Jump to content
khalidyazit

Extend Satu Semester Atau Peluang Kedua?

Recommended Posts

Salam.

Saya buntu. Saya merupakan pelajar kolej bersekutu mara dan mengambil pengajian dibawah kursus diploma uitm.
Saya merupakan pelajar Diploma Office Management & Technology semester 5, result semester baru sahaja keluar dua hari lalu. Saya dapati telah gagal dalam dua subjek, subjek law & account. Januari tahundepan merupakan semester 6, semester akhir tahun dan semester untuk complete praktikal. Tapi memandangkan saya telah gagal dalam kedua dua subjek tersebut, saya terpaksa extend one semester dan buat praktikal sem 7.

Saya tidak berpuas hati dan agak terkilan kerana:

1) Student official UITM diploma/degree boleh apply untuk supplementary exam 21-24 disember bagi subjek yang gagal sedangkan kami student kolej bersekutu Uitm tidak boleh. Kalau tiada perkhidmatan dalam kolej, saya sanggup ambil exam di Uitm sekiranya diberi peluang. apakah disebabkan kami hanya pelajar kolej bersekutu tidak dapat benefit macam student official uitm .dan ,

2)Saya yakin dengan peluang kedua. Saya pernah gagal subjek math semasa sem 3, tetapi saya tidak mengikut consulation dengan coordinator OM kolej saya, saya teruskan juga semester 4 ambil subjek math dan semua subjek sem 4 tanpa drop mana2 subjek.. alhamdulillah, peluang kedua saya lulus. jadi, saya yakin saya mampu lulus dengan subjek yang sekarang terkandas diambil dengan praktikal memandangkan company yang saya praktikal tu memberi green light pada saya sekiranya ianya tidak membebankan saya.

Apa pendapat awak semua kalau awak jadi saya? Patutkah extend one sem kerah duit dan tenaga ataupun ambilje sekali dengan praktikal? Saya nak try luahkan pada fakulti OM uitm sekiranya boleh. Saya betul2 yakin akan LULUS sekiranya diberi peluang kedua. Dan saya mahu habis ON time dengan kawan kawan yang sama batch dengan saya :')

Share this post


Link to post
Share on other sites
Boleh ke ambil subject masa tengah praktikal? Setengah tempat tak boleh macam tu. Mesti kena clearkan semua subject baru boleh praktikal. Walaupun company tempat praktikal beri kebenaran untuk buat macam tu, macam mana dengan Institut? Kalau boleh tak ada masalah rasanya untuk repeat & buat praktikal dalam masa yang sama, jadi tak perlu extend. Cuba ko tanya pihak institut dulu macam mana. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1292119497' post='1056282']
Boleh ke ambil subject masa tengah praktikal? Setengah tempat tak boleh macam tu. Mesti kena clearkan semua subject baru boleh praktikal. Walaupun company tempat praktikal beri kebenaran untuk buat macam tu, macam mana dengan Institut? Kalau boleh tak ada masalah rasanya untuk repeat & buat praktikal dalam masa yang sama, jadi tak perlu extend. Cuba ko tanya pihak institut dulu macam mana. ^_^
[/quote]

Salam. Terima kasih atas feedback yang diberikan. Saya sudah bertanya pada kordinator OM di Kolej. Beliau memberi jawapan begini "Saya bukan tak mahu bagi awak ambil praktikal & subjek gagal sekaligus, boleh memang boleh, masalahnya subjek yang awak gagal banyak". Beliau menggalakkan saya extend one semester meng'clear'kan paper tersebut baru pergi ke praktikal semester, semester 7.

Saya bukan tidak mahu terima inisiatif dari kordinator kolej saya sendiri, tapi saya masih percaya pada peluang kedua. Contohnya, semasa saya di semester 3, saya pernah gagal dalam matapelajaran math. Masuk sem 4, kordinator kolej suggestkan saya drop 1 paper semester 4, kerana mungkin beliau tidak yakin dengan kebolehan saya. Saya tak ikut. Saya register juga semua dan Alhamdulillah, Semester 4 tu saya LULUS semua dengan jayanya.

Dan FYI, saya ada buat research ramai juga bekas-bekas senior kolej saya pernah membuat benda yang sama. Ambil sekali praktikal dan subs yang gagal, ade 1 subs ada juga mcm saya, lebih dari 1-2 subs. Dan mereka ada yang LULUS, ada yang tak. Tapi saya yakin sekiranya diberikan peluang yang kedua, saya akan LULUS. Saya betul-betul ingin grad ON time dengan kawan kawan saya. Itu sahaja yang saya fikir sekarang. Apa yang saya fikir sekarang hanya mahu memohon rayuan kepada dean fakulti OM di UiTM sendiri, minggu depan. Saya harap rayuan saya diterima memandangkan ye betul, syarikat tempat saya bekerja, memberikan peluang untuk saya melakukan sedemikian asalkan ianya tidak membebankan syarikat dan saya sendiri. Saya tidak mahu extend satu semester untuk 3 subjek sahaja jika masih ada jalan untuk saya melakukannya sekaligus dengan praktikal. Saya bukan terhegeh-hegeh nak habis cepat, saya cuma mahu grad ON time dengan kawan-kawan saya, memandangkan saya baru diploma, itu sahaja ;')

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pendapatku, kalau betul² yakin dapat lulus subjek tu kalau ambil sekali lagi, rasanya tak ada masalah ambil dengan praktikal. Kelebihanya: 1. Dapat kurangkan kos bebab tak perlu tambah lagi satu sem, 2. Dapat grad on time. Ni adalah 2 faktor yang paling ketara yang kita nampak. Keburukan: 1. Pengurusan masa, 2. Lokasi tempat praktikal & kolej, kalau jauh mungkin menimbulkan masalah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
xpayah nak frust la .. extend je .. atleast sedap sket blajar lama2 .. sbb bila time ko dah keje .. ko xleh dah nak enjoy time blajar huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1292212237' post='1056384']
Pendapatku, kalau betul² yakin dapat lulus subjek tu kalau ambil sekali lagi, rasanya tak ada masalah ambil dengan praktikal. Kelebihanya: 1. Dapat kurangkan kos bebab tak perlu tambah lagi satu sem, 2. Dapat grad on time. Ni adalah 2 faktor yang paling ketara yang kita nampak. Keburukan: 1. Pengurusan masa, 2. Lokasi tempat praktikal & kolej, kalau jauh mungkin menimbulkan masalah.
[/quote]

Salam.

Itulah, sayang kan? Nampaknya tidak ada rezeki untuk habis ON time dengan rakan-rakan yang lain. Baru dapat feedback dari KA Fakulti OM di UiTM bahawa mana-mana pelajar dibawah Kolej Usahasama UiTM memang tidak dibenarkan untuk membuat supplementary examination dan membuat praktikal sambil carry subjek yang gagal melainkan semester melebihi jangkasama course aktif (melebihi semester 6). Tak apalah, terpaksa juga extend satu semester menghadap 2 subjek ini kembali. Tak mengapa. I dont want to give up and stay in race.

Something to toughen up for me after this "Bill Gates once said : "I FAILED in some subjects in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the OWNER of Microsoft!". Well thanks bill, I could totally relate :)

[quote name='Navigator®' timestamp='1292378357' post='1056570']
xpayah nak frust la .. extend je .. atleast sedap sket blajar lama2 .. sbb bila time ko dah keje .. ko xleh dah nak enjoy time blajar huhu
[/quote]

Salam.

Awal lagi perancangan untuk bekerja. Mungkin selepas ijazah, saya bukan apa, cuma malu berhadapan dengan adik perempuan yang kedua yang sudah melanjutkan pengajian ke ijazah kejuruteraan awam UiTM dan adik perempuan ketiga yang lulus jayanya dalam diploma akaun di UiTM (saya masuk satu batch dengan dia, tahun 2008 baru saya ambil diploma bersama dengan dia), masuk belajar lambat 22 tahun baru lanjutkan pengajian ke diploma, sebelum ini bekerja).

[quote name='M3ntary' timestamp='1292389820' post='1056588']
Extend pun ada kelebihannya jugak. Boleh focus paper tu sampai dapat A. Jadi kalau tak rugi la kalau extend pun. Tapi masalah duit dan masa je la. ^_^
[/quote]

Salam kembali.

Itulah, rakan rakan & keluarga pun pesan benda sama juga. 5 bulan lagilah bertempur, hehehe.. Doakan ye, brother/sister...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1292389820' post='1056588']
Extend pun ada kelebihannya jugak. Boleh focus paper tu sampai dapat A. Jadi kalau tak rugi la kalau extend pun. Tapi masalah duit dan masa je la. ^_^
[/quote]
hehehe bab duit tu yg masalah laaa.. ye laa extend kena pakai duit gak utk yuran sem baru, tpi subjek 2 je yg kena amik ..sepatutnya boleh buat exam khas ataupon kuratif

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1293163765' post='1057507']
Insya-Allah. Kalau ada masa free tu boleh la buat part-time, boleh la bt saving sikit. ^_^
[/quote]

Salam.

Saya memang ada buat kerja part time sekarang, freelance photographer, tapi bukan untuk formal/informal event, saya belum cukup pro lagi, sekarang ni untuk personal portfolio klien sahaja untuk sahaja sahaja suka feeling photoshoot. Sekadar nak tambah duit poket memandangkan saya boleh jugalah bab2 adobe photoshop software ni.

Selain tu, saya memang ada side income lain, ada pinjaman dari MARA. Memang tak ada masalah dengan kewangan. Mungkin try EPJJ (belajar sambil bekerja) bila nak sambung degree di UiTM nanti kot? InsyaAllah. Ada juga teringin nak sambung sampai ijazah.

[quote name='M3ntary' timestamp='1293584440' post='1058009']
Kebanyakkanya kolej bersekutu ni susah sikit nak buat macam tu. Biasa la business. ^_^
[/quote]

Salam kembali.

Ha ah. Memang pelajar di bawah mana mana Kolej Usahasama Uitm susah nak dapat benefit macam student UiTM. Bagi pelajar akhir tahun diploma/degree yang tidak lepas mana mana subjek boleh membuat permohonan untuk redo supplementary exam seminggu lepas result keluar, tapi kami tak boleh. Student official uitm je boleh, hehehe..

Tak apalah, dah nasib, saya kena harung & pulun jelah 5 bulan ni clearkan 2 subjek tu.

[quote name='scorps' timestamp='1293557807' post='1057998']
hehehe bab duit tu yg masalah laaa.. ye laa extend kena pakai duit gak utk yuran sem baru, tpi subjek 2 je yg kena amik ..sepatutnya boleh buat exam khas ataupon kuratif
[/quote]

Salam,

Hehehe betul tu, rasa macam rugi betul. Tapi apa nak buat, saya cuma student Kolej Usahasama UiTM je, tak dapat nak ambil praktikal sekali dengan subjek yang "tak clear". Terpaksa juga extend one semester memandangkan benefit kami tak sama dengan pelajar official uitm, mereka bagi pelajar akhir tahun diploma atau ijazah yang tak lepas subjek boleh buat supplementary redo seminggu lepas result keluar, tapi kami tak boleh. Student official yang ada praktikal pula boleh nak ambil subjek yang tak clear dengan praktikal dan bekerja dekat office UiTM tu sendiri tapi kami tak boleh. Tak apalah, dugaan time diploma sebagai pelajar kolej biasa je. hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...