Jump to content
qucai2020

3 Cara Nak Jadi Pilot.

Recommended Posts

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 5 tahun akan datang, dianggarkan 38,000 juruterbang baru diperlukan di rantau Asia Pasifik? Ini kerana industri penerbangan komersial semakin berkembang dan banyak pesawat baru yang lebih besar dan lebih canggih dibeli oleh syarikat-syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik seperti Cathay Airlines, Qantas Airways, Singapore Airlines dan banyak lagi termasuk syarikat-syarikat penerbangan dari Malaysia.

Mari kita lihat apakah yang sedang berlaku dalam sektor penerbangan komersial di Malaysia:

Malaysia Airlines System beli:-
-55 Boeing 737-800
-29 Airbus A330
-6 Airbus A380

Air Asia beli:-
-175 Airbus A320
-25 Airbus A330
-10 Airbus A350XWB

Firefly beli:-
-30 Boeing 737-800
-45 ATR-72

KLIA 2:
-sedang dibina
-dijangka siap 2012
-60% lebih besar berbanding KLIA
-68 pintu
-30 juta penumpang setahun
-50% trafik dioperasikan Air Asia

Inilah peluang besar kepada mereka yang berminat menceburi kerjaya sebagai juruterbang. Lebih banyak juruterbang baru diperlukan bagi menampung jumlah penumpang udara yang semakin bertambah dengan mendadak dalam masa beberapa tahun akan datang.

Terdapat 3 cara bagaimana seseorang itu boleh menjadi seorang juruterbang iaitu:-

1. Menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan
2. Membiayai sendiri lesen PPL, CPL dan Frozen ATPL
3. Memohon kemasukan ke program kadet dengan PPL sahaja.

Cara pertama adalah paling sukar kerana lebih kurang 1% calon sahaja yang akan berjaya. Sebagai contoh, permohonan program kadet juruterbang British Airways mencapai sehingga 10,000 permohonan tetapi hanya 100 orang sahaja yang akan berjaya pada peringkat akhir. Hanya calon yang terbaik sahaja akan terpilih.

Cara kedua adalah lebih mudah berbanding cara pertama jika ibu bapa anda mampu menampung yuran pengajian anda. Biasanya yuran utk mendapatkan Frozen ATPL di Malaysia adalah lebih kurang RM 240,00 hingga RM 300,000. Dengan Frozen ATPL, anda tak perlu mencari kerja, tapi syarikat penerbangan yang akan menawarkan pekerjaan kepada anda.

Cara ketiga sesuai bagi mereka yang mendapat keputusan ‘kurang cemerlang’ dalam SPM dan kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dapatkan lesen PPL sahaja. Kos pengajian lebih kurang RM 40,000 (bergantung kepada sekolah penerbangan) dan mengambil masa 4-6 minggu. Dengan PPL sahaja anda sudah layak mendapatkan tempat untuk ditemuduga bagi menyertai program kadet. Biasanya calon yang mempunyai PPL lebih mudah terpilih kerana dapat menjimatkan kos latihan yang akan ditanggung pihak syarikat.

Mengapa cara ketiga lebih mudah bagi mereka yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik?

Sebagai contoh:

Zul merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Ali pula mendapat keputusan ‘atas pagar’ sahaja. Tetapi sementara menunggu keputusan SPM, Ali telah mengambil kursus PPL (Private Pilot Licence) selama beberapa minggu manakala Zul hanya duduk di rumah atau bekerja sambilan.

Selepas mendapat keputusan SPM, Zul dan Ali membuat permohonan ke program juruterbang kadet di syarikat X. Zul mempunyai kelebihan SPMnya manakala Ali pula mempunyai PPL. Siapakah yang lebih mudah terpilih?

Semestinya Ali. Mungkin anda tidak percaya, bukan? Ini kerana pihak penaja dapat mengurangkan kos pembiayaan latihan juruterbang kadet jika mereka memilih Ali. Ali sudah mempunyai latihan asas juruterbang dan hanya perlu mengikuti kursus lanjutan iaitu CPL (Commercial Pilot Licence) dan Frozen ATPL (Airlines Transport Pilot Licence).

Berbanding Zul yang mempunyai SPM sangat cemerlang tetapi kerana tidak mempunyai asas penerbangan, beliau lebih sukar terpilih kerana pihak penaja perlu menanggung kos latihan PPL.

Untuk maklumat lanjut tentang info kerjaya juruterbang sila [url="http://www.kerjayajuruterbang.com"]klik di sini.[/url] Edited by qucai2020

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam

aku baru saja tertarik dengan peluang ni.. tapi memandangkan ak dari kasta orang2 sederhana, maka aku rasa ak sesuai dengan pilihan yang ke-3

tapi, RM 40000? mak aih.. aku berharap ade 1 titik yang membahagi 4 digit 0 itu seimbang :P

pelaburang yang [s]agak[/s] sangat besar.. kena pastikan pulangannya benar2 berbaloi.. thanks for the info

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...