Jump to content
wanza

Football Manager 2011

Recommended Posts

Game FM2011 dah keluar dah. Aku baru beli semalam di Digital Mall dengan harga RM10...hoho...nak beli yang ori tak mampu, RM159 aku tengok di Midvalley. Walaupun aku install laptop yang lama, ram tak sampai 2GB pun ok lagi.

Istimewa FM2011:
- ada agen pemain masa nak sain kontrak. kena tawar-menawar la plak.
- ada private chat antara pengurus dengan pemain
- diintegrasikan dengan twitter dan youtube. senang nak upload atau kongsi cerita dengan kawan-kawan online
- sebelum lawan, ada latihan untuk persiapan dulu.

Setakat ni aku tgh uruskan ManUtd. Baru nak faham2 konsep terkini FM2011. Pening juga nak klik masa mula-mula. hehehe...

Cerita MU Terkini:
- Semua perlawanan persahabatan menang tanpa bolos langsung. Menang besar 9-0 dgn Antwerp.
- Pembelian pemain. Peruntukan 24juta euro je. Beli Eden Hazard (28M) dengan Giuliano (12M), sangat mahal T_T.
- Pemain yang dibeli aku scout dulu, 3.5 bintang dan ke atas terus beli.
- Nak jual Hargreaves sebab rekod kecederaan yang merugikan duit kelab bayar gaji dia sorang.

Lepas ni bersiap sedia untuk lawan Chelsea - Community Shield.

Formasi 4-4-2
Van der Sar
Brown/Rafael - Vidic - Ferdinand - Evra
Giuliano - Fletcher - Scholes/Carrick - Hazard/Nani
Rooney - Berbatov/Hernandez

Jom main dan tukar-tukar taktik korang di sini.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sekali FM2011 aku sangkut tarikh 2 Oktober 2010. Ingat masalah sebab cd lanun. Rupa-rupanya kena update patch yang baharu. Nasib baik lepas update, boleh main lagi file save yang lama..

Buat masa ni aku berhenti kejap sebb asyik main Final Fantasy Tactic kat PSP. Lepas ni aku nak pilih pasukan baharu. Cadangnya sama ada Newcastle ataupun Totenham. Maklumlah sekarang tengah meningkat naik...hehehe...

Kalo guna MU, Arsenal, Chelsea ngan Liverpool tak syiok sangat, kurang cabaran... :3:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='msbmna' date='21 November 2010 - 10:51 PM' timestamp='1290351077' post='1054030']
Kalo guna MU, Arsenal, Chelsea ngan Liverpool tak syiok sangat, kurang cabaran... :3:
[/quote]

Kita serupa.. :D

aku belum godek pon lagi FM yang baru ni.. boleh letak screenshot sikit new features game nie? gambar apa2 lah.. belasah saja.. best sikit tengok gambar..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Boleh2...nanti aku ulas skit...dalam pembikinan :38:

Sementara aku wat screen capture, boleh tengok senarai pemain muda bawah 22 tahun yang berpotensi untuk dibeli. 100% aku scout sendiri. Database terhad di England sahaja sebab cuba-cuba dengan ManUtd 3 bulan. Hasil scout, pemain berpotensi 3.5 bintang dan ke atas:

1. Javier Pastore - AMC/MC - Palermo
2. Sergio Aguero - AMC/ST - Atletico Madrid
3. Juan Manuel Mata - ML/AMLC/ST - Valencia
4. Borja Baston - ST - Atletico B
5. Kevin - MC/MR/AMC - Zaragoza
6. Kyriakos Papadopoulos - DC - Schalke
7. Eljiro Elia - AML/MRL/AMR - HSV
8. Renato Augusto - M/AMR - Leverkusen
9. Nassim Ben Khalifa - ST - Wolfsburg
10. Jack Wilshere - M/AMRLC - Arsenal
11. Haris Vuckic - Newcastle
12. Khouma Babacar - ST - Fiorentina
13. Simone Verdi - AML/MRLC/AMRC - AC Milan
14. Daniel Kofi Agyei - DM/MC - Fiorentina
15. Ezequiel Munoz - DC - Palermo
16. Raphael Varane - DC - Lens
17. Levan Kenia - AMC/MC - Schalke
18. Yaya Sanogo - ST - AJ Auxerre
19. Sofiane Hanni - AT/AMC - FC Nantes
20. Thorgan Hazard - AMC/MLC/AML - RC Lens
21. Eden Hazard - AMCL/MLC - Lille
22. Gregory van der Wiel - DR/WBR - Ajax Edited by msbmna

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ezequiel Munoz tu based on FM 2010 aku beli memang mantapo defend die.. tatau la sengaje ke tak sengaje.. power pulak die.. tgk stats die takde la gah mane..

kamon2.. we want pictah.. pictah!!

:lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[center][b]FUNGSI BAHARU DALAM FM2011[/b][/center]

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-23-20102-13-59PM.jpg[/IMG][/center]

[center]Diintegrasi dengan Twitter dan Youtube. Senang nak update status pasukan dengan upload gol yang cantik ^_^ [/center]

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-23-20102-12-57PM.jpg[/IMG][/center]

[center]Ada match preparation sebelum lawan. Aku tak godek lagi. Suruh penolong sahaja yang buat kerja...hehehe :P [/center]

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-23-20102-10-38PM.jpg[/IMG][/center]

[center]Masih teringat peristiwa Rooney nak keluar MU? Inilah puncanya. Agen menyibuk semasa sain kontrak. :121: [/center]

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-23-20102-09-21PM.jpg[/IMG][/center]

[center]Private Chat. Rapatkan ukhwah sesama pemain. Penting untuk naikkan semangat mereka.[/center]

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-22-20108-30-05AM.jpg[/IMG][/center]

[center]Paparan 3D yang lebih menarik. Pastikan komputer anda ada kad grafik dahulu...hehehe...[/center]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Selepas berjaya pasang patch baru 11.1 dan copy paste 'biskut rangup' yang baru. Dapatlah aku main dengan jayanya. Sebelum ni guna MU 3 bulan, kurang cabaran sebab selalu menang. Sekarang aku guna Totenham memandangkan aku suka gandingan Bale dan Vaart di dunia Realiti. Barulah cabaran skit...hehehe...

1. Buat pilihan liga yang nak main dulu

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-22-20101-33-46AM.jpg[/IMG][/center]

[center]Pilihan liga-liga seluruh dunia. Malaysia pun ada, macam tak percaya... :lol:[/center]

2. Isi borang jawatan kosong. Aku guna nationality Malaysia je. Nationality main peranan komunikasi dalam pasukan. Kalau main La Liga, siapa faham bahasa Melayu dengan Inggeris? :3: Pengalaman bermain 2 ke 3 terlupa. Internasional footballer dengan none kot. Aku letak none je. Hasilnya pemain-pemain meragui status aku selaku jurulatih diorang. Hampeh <_< . Jenuh la aku nak naikkan moral dorang supaya meyakini kewibawaaan aku...chewahhh... :D

3. Ni dia pasukan Totenham Hotspur. Menurut penolong aku, bahagian pertahanan kiri dan kanan serta sayap kanan aku bermasalah. Kena beli yang baru atau ubah taktik. Pemain terbaik kelab yang sedia ada ialah Luka Modric.

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-22-20102-34-35AM.jpg[/IMG][/center]

Mula-mula macam biasa. Cari pemain yang tak relevan untuk kelab untuk dijual. Memandangkan Totenham kelab yang bagus juga, sasaran aku adalah layak ke pertandingan benua. Belanja pemain Euro 18M sahaja.

Pemain yang aku nak jual: Bentley, Assou-Ekotto, Pavlyuchenko, Jenas dan Hutton. Penilaian bawah 3 bintang. Macam mana nak bersaing Liga Juara-juara kalau pemain tak bagus?

Penjaga Gol utama: Gomes. Tapi dia ni bodoh cara nak sepak bola. Asyik seri atau kalah sebab cara sepakan bola dia ni. Terpaksa ubah seting baling je bola kat pertahanan yang dekat. Nak beli baru rugi duit. Lagipun dia penjaga gol utama Brazil sekarang.

Pertahanan tengah: Banyak pilihan. Ada Bassong, King, Gallas dan Dawson. Kaboul pun boleh juga kalau ada kecemasan.

Pertahanan kiri: Assou-Ekotto tak cukup kompetitif. Bale lebih kepada sayap kiri. Mujur Bassong boleh main kiri. Pemain muda Naughton pun dah 8x cap bawah 21 England. Beli satu lagi pemain berpotensi bahagian kiri.

Pertahanan kanan: Corluka biasa sahaja dan Kaboul cenderung main tengah. Beli satu pemain muda yang berpotensi.

Tengah: Mantap. Tak payah main guna sayap. Vaart, Huddlestone, Sandro, Palacios, Modric dan Kranjar dah cukup. dos Santos backup semua.

Penyerang: Biasa sahaja. Crouch, Defoe dan Keane standard 3 bintang. Muda dan bertenaga perlu dicari, yang penting berpotensi.


[b]Pembelian baharu[/b]
van der Wiel - DR/WBR - Ajax - 13.5M
Digne - DL/WBL - Lille - 5M
Lukaku - ST - Anderlecht - 8.75M

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/11-23-20102-08-08PM.jpg[/IMG][/center]

Rekod terbaik aku setakat ini. Hahahaha... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites
Berita terkini Totenham aku:
- Sekarang tangga ke-5; MU (31), Chelsea (30), Everton (30), Liverpool (29), Totenham (29), Sunderland (28)...saingan gila-gila punya :wacko:
- Separuh akhir League Cup bakal berdepan Stoke
- Pengurus terbaik bulan November...bangga...hahaha... :3:
- Lukaku pemain terbaik bulan November, Vaart pemain ketiga terbaik bulan November
- Bale pemain muda kedua terbaik bulan November
- Top scorer: Defoe (11), Lukaku (10), Keane (9)
- Assist: Vaart (8), Modric (7), Huddlestone (6)
- Terpaksa beli Christian Benitez untuk cover Lukaku yang cedera 2-3 bulan masa lawan Fulham. Dah la penyerang aku yang lain tak konsisten. Hanya mengharapkan keajaiban midfield cam Vaart, Bale, dos Santos, Lennon dan O'Hara. Main set-piece je la :ph34r:


Baru aku paham pasal Match preparation, kita boleh tahu taktik yang kita guna sesuai dengan pasukan atau tidak. lagi, keserasian pemain dalam strategi, tempo, hantaran bola dll... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='msbmna' date='24 November 2010 - 03:27 AM' timestamp='1290536879' post='1054252']
Baru aku paham pasal Match preparation, kita boleh tahu taktik yang kita guna sesuai dengan pasukan atau tidak. lagi, keserasian pemain dalam strategi, tempo, hantaran bola dll... ^_^
[/quote]

Pasal preparation tuh.. macam mana nak tau taktik sesuai ke tak? Nak godek kat mana? Aku pernah cuba main Spurs FM 2010..memang pecah kepala jugakla nak qualify ECL. Yg FM 2011 ni baru main liverpool and dah masuk season ke 2. Walaupun Liverpool kuat, EPL mencabar wei. Hanya mampu no.5 season pertama. Lawan Big 4 tak menang.. Cuma sekali jer menang MU itupun macam nasib ja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='zareight' date='25 November 2010 - 12:13 AM' timestamp='1290615210' post='1054333']
ahaksz..burn n post kt aku game nih..hik3..
[/quote]

takda hal.. bak RM160.. aku tolong post siap box lagi.. huahuahua.. :P

patch untuk replace emblem dalam game ni dah keluar ke? kalau ada moh la share sikit.. nak review 1 1 malas pulak.. :155:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='capoi' date='24 November 2010 - 11:29 PM' timestamp='1290612549' post='1054330']
Pasal preparation tuh.. macam mana nak tau taktik sesuai ke tak? Nak godek kat mana? Aku pernah cuba main Spurs FM 2010..memang pecah kepala jugakla nak qualify ECL. Yg FM 2011 ni baru main liverpool and dah masuk season ke 2. Walaupun Liverpool kuat, EPL mencabar wei. Hanya mampu no.5 season pertama. Lawan Big 4 tak menang.. Cuma sekali jer menang MU itupun macam nasib ja.
[/quote]

Uih, cepatnya main...aku baru setengah musim...hahaha...

Pasal match preparation tu teori aku sahaja. Kalau hang perasan, Tactic Familiarity Levels akan beritahu pasal taktik kita. Kalau penuh (fluid) semua, senang la ubah posisi untuk kecemasan seperti dibuang padang akibat kad merah dan pemain cedera. Makan masa juga nak tahu taktik tu ok ke tak.

Lagi, kita boleh tentukan kawasan fokus untuk latihan berdasarkan laporan scout. Ada 6; None, Team Blend, Defensive positioning, atacking movement, defending set piece dan attacking set piece.

Contoh: Scout beritahu aku Man City suka eksploit pertahanan yang suka buat offside. Midfield pun bagus dan penyerang pandai cari peluang dan ruang kosong. Jadi, aku pilih defensive positioning untuk mantapkan lagi kombinasi pertahanan aku. Ikut kesesuaian dan kebijaksanaan hang la.


Pendapat aku la sebab apa Liverpool hang dapat no 5. Waktu sidang media kena pandai jawab dan main psikologi skit. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku suka tengok laporan penolong aku setiap kali lawan mana-mana pasukan. Kalau jawab soalan wartawan dengan nada terlalu yakin, pemain over-confident dan main lebih kurang. Tengok la masa lawan, pasukan kecil pun seri walaupun dah mendahului. Kalau sebaliknya, morale pemain jatuh dan gemuruh sebelum lawan. Kena guna pendekatan tengah2, tak kurang tak lebih.

Jarang aku suruh penolong pergi sidang media, nanti dia komen bukan2 nak jatuhkan kita. Jangan tak tahu, kadang2 penolong ada konspirasi tersendiri walaupun FM2011 hanyalah game, bahaya orang tikam dari belakang. Pastikan penolong hang tak bercita-cita begitu. Tengok skit profil dia...hahaha :P

Nak puji pemain pun aku check dulu stat form setiap pemain. 8.5 sampai 8.9 aku puji biasa, 9 dan ke atas puji melambung kat private chat. Main bawah 6, separuh masa aku terus keluarkan dan bagi amaran singkirkan dari first team untuk star player. Terus tobat nak main sungguh-sungguh lepas tu...hehehe :3:

[quote name='ahaksz28' date='25 November 2010 - 12:14 PM' timestamp='1290658460' post='1054377']
takda hal.. bak RM160.. aku tolong post siap box lagi.. huahuahua.. :P

patch untuk replace emblem dalam game ni dah keluar ke? kalau ada moh la share sikit.. nak review 1 1 malas pulak.. :155:
[/quote]

Patch 11.1 cuma tambah skin hitam atas permintaan peminat, ubah pengurusan atasan kelab Liverpool dan tambah database pemain sahaja.

Satu lagi benda yang aku terlupa; DVD lanun boleh main sampai 2 Oktober 2010 sahaja. Lepas tu, file korang tersekat di situ sahaja, tak boleh loading. Tapi tak tahu la DVD korang cap apa...hehehe...

Nasihat aku, update patch 11.1 dulu. Kemudian, cari biskut di internet (bukan kat dapur). Kalau versi FM sebelum ni kena main semula kan? Sekarang update je terus boleh main. Bayangkanlah dulu main dah 2 musim, lepas update kena main dari mula balik. Mampus!


[quote name='zareight' date='25 November 2010 - 12:13 AM' timestamp='1290615210' post='1054333']
ahaksz..burn n post kt aku game nih..hik3..
[/quote]

Bagi aku RM10, PM alamat rumah. Aku burn DVD untuk hang siap patch 11.1 dan 'biskut rangup' terkini. Ada berani? :lol: Edited by msbmna

Share this post


Link to post
Share on other sites
Berita terkini Totenham di Bulan Februari:

- EPL di tangga kedua mengejar MU 5 mata di depan. Waktu ni la pemain aku ada masalah dalaman pula. Adeh... <_<
- Luka Modric pemain terbaik Januari.
- Gareth Bale pemain muda terbaik Januari.
- Aku pengurus ketiga terbaik Januari. Kalah dengan Ferguson dan Hodgson.

Pembelian Januari: Benitez (1.6M), Eden Hazard (12.75M), Khumalo (1.7M)
- Benitez untuk cover Lukaku cedera 3 bulan.
- Eden Hazard. Sengaja beli selepas didesak Scout (boleh terima tak alasan ni? hoho..). Direbut antara MU, Real Madrid, Chelsea dan Bayern Munich awalnya, Totenham juga yang beli akhirnya. Pemain bertaraf 4.5 bintang. Walaupun mid aku dah ok, terpaksa beli supaya MU dan Chelsea tak boleh berkuasa di EPL. Jahat x aku? Hahaha... :P
- Khumalo bukan aku yang beli. Zaman Redknapp punya. Pembelian yang pelik bagi aku sebab pertahanan tengah dah mantap dengan King, Gallas, Bassong dan Kaboul. :83:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nak bina hubungan pemain dengan pengurus memang susah kalau tak kena gaya. Komunikasi kena baik, guna Private Chat untuk atasi masalah peribadi pemain atau dalaman pasukan. Bayangkanlah pasukan yang kita pacu sedap-sedap mendahului liga, tiba-tiba selalu seri dan kalah dengan pasukan kecil atau setelah mendahului beberapa gol.

Kenapa masalah ini berlaku? Pemain penat? Moral pemain teruk?

Mungkin benar, mungkin juga tidak. Sebagai jurulatih kita perlu bijak menangani sebarang jenis pemain. Pastikan pemain tidak pijak kepala jurulatih, nanti kita jadi juruletih...hehehe...

Hasil 8 bulan di Totenham:

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/robiekeane.jpg[/IMG][/center]

Robbie Keane. Seorang penyerang yang tegas. Hasil 'bimbingan' aku sekarang dah jaringkan 20 gol, 9 assist dan 8x MOM dalam 34 perlawanan. Dia dah mula suka dengan cara kerja aku...hehehe... ^_^


[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/kaboul.jpg[/IMG][/center]

Younes Kaboul. Pemain pertahanan muda Perancis yang semakin meningkat naik. Suka gaya jurulatih aku. Dah jaring 4 gol, 1 assist, 2x MOM dan 5 kad kuning untuk 31 perlawanan. Semua jaringan menerusi tandukan daripada corner. Baru sahaja dapat cap pertama untuk Perancis. Ingat senang nak masuk first team Perancis yang ramai bakat? Lagipun ok la tu 4 gol, tak kan nak 10 gol. Menangis team lawan setiap kali aku ambil corner...hehehe... :3:

[center][IMG]http://i1081.photobucket.com/albums/j359/msbmna/laporanberitaangin.jpg[/IMG][/center]

Khabar angin yang tak boleh blah...

Guardiola belum sain kontrak dengan Barcelona memandangkan tempoh tamat semakin dekat. Nama aku pun termasuk dalam senarai jurulatih yang berkemungkinan memimpin Barcelona sekiranya Guardiola meletak jawatannya.

Hahaha...gila wei...tapi serius aku tak nak, EPL lebih mencabar walaupun hanya berlawan Blackpool dan Sunderland. Baru-baru ni Arsenal kalah dengan Sunderland 2-0, bengong... :lol: Edited by msbmna

Share this post


Link to post
Share on other sites
syok la baca post msbmna. aku sekarang control man city, very time consuming la game ni. tak sampai separuh musim terpaksa stop jap.
btw, aku masih main cm 01/02 (EIDOS dah bagi free). siap ada org buat patch utk start tahun 2010.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa lagi zeph, kongsi cerita pasukan hang kat sini. Boleh sembang-sembang, tukar idea, strategi dan taktik. Mana tahu hang ada idea menarik untuk dikongsi...hehehe...

Dulu pun aku main CM01/02 juga. Itu zaman Eidos dengan Sport Interactive belum gaduh lagi. Lepas gaduh sampai ke mahkamah, masing-masing bawa haluan sendiri. Secara peribadi, aku lebih suka Football Manager daripada CM. Kesukaran menguasai kepermainannya banyak benda yang boleh dipelajari. Tapi tak la sesukar FIFA Manager, sampai harga tiket pun nak suruh juga tentukan. Tak sangka ada orang buat patch untuk CM dulu ye...malas nak upgrade PC kot...hahaha... :lol:

Mula terjebak dengan FM lepas tersalah beli CD FIFA Manager 2000 kalau tak silap. Tapi game tak logik langsung, boleh beli star seluruh dunia. harga pun tak mahal. Tak mencabar minda langsung. Tengok kat internet, ramai cakap CM best. Terus pergi kedai naik basikal beli. Berbekalkan komputer yang dibeli awal tahun 2000, gagah juga main sampai FM2005/5006 walaupun tersemput-semput. Lepas dah ada PC sendiri, boleh la godek macam-macam... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ahaksz28' date='25 November 2010 - 12:14 PM' timestamp='1290658460' post='1054377']
takda hal.. bak RM160.. aku tolong post siap box lagi.. huahuahua.. :P

patch untuk replace emblem dalam game ni dah keluar ke? kalau ada moh la share sikit.. nak review 1 1 malas pulak.. :155:
[/quote]

eleh...bli [lanun] rm10 je nk suh aku byr rm160..huahuahua :P

[quote name='msbmna' date='25 November 2010 - 12:27 PM' timestamp='1290659256' post='1054378']




Bagi aku RM10, PM alamat rumah. Aku burn DVD untuk hang siap patch 11.1 dan 'biskut rangup' terkini. Ada berani? :lol:
[/quote]

rm5 sudah la..kasi topup rm5..kih3.. btw,aku tgh donlod kt tenet..tgl last part je lg..harap2 boleh main...fufufufu~

Share this post


Link to post
Share on other sites
[b]ISU KAD MERAH, PENALTI, PENGGANTUNGAN DAN RAYUAN[/b]

Pemain kita dikenakan kad merah dan digantung perlawanan. Jadi, kita perlu respons kepada lembaga pengarah tindakan yang akan diambil. Media pun sibuk menemuramah kita nanti.


[b]Nak buat apa?[/b]

1. Mula-mula baca report perlawanan macam esei. Tengok kesalahan yang dicatatkan sama ada; kesalahan profesional, kesalahan bentes secara berbahaya, kesalahan tidak sengaja, memprovok pengadil, ketidakpuasan hati kepada pengadil, kesilapan pengadil sendiri atau pengadil jenis Australia semasa Malaysia lawan China tempoh hari :140: .

2. Setelah kenal pasti laporan, pemain terbukti salah dan jangan buat rayuan. Jika pengadil masalah, mohon rayuan dan backup habis-habisan dalam sidang media. Kalau perasan, sebelum perlawanan ada paparan statistik pengadil. Kita boleh tengok prestasi setiap pengadil sama ada hebat macam Coralina atau pengadil sekolah rendah jemputan yang suka berat sebelah atas alasan tertentu (teremosi pula teringat kenangan sekolah dulu :P ).

Contohnya: Mike Dean dah keluarkan 107 kad kuning dan 5 kad merah untuk 16 perlawanan. Purata 7 kad dikeluarkan dalam setiap perlawanan. Juga, penalti cenderung kepada pasukan rumah sebanyak 3x.

Jaga-jaga kalau kita pasukan pelawat, pastikan pasukan kita buat bentesan 'sedang-sedang' sahaja. Tak pasal-pasal lawan dapat penalti nanti.


[b]Semasa sidang media?[/b]

Tindakan pengadil:
1. Kalau pasukan seri, cakap keputusan pengadil tidak adil tetapi konon-kononnya kita boleh terima. Mesti manis mulut ma...
2. Kalau pasukan kalah, cakap pengadil punca kekalahan.
3. Kalau pasukan menang tipis, cakap pengadil buat keputusan 'bijak'.
4. kalau pasukan menang besar, cakap pengadil tersalah pandang.

Pemain yang bersalah:
1. Pemain star dalam pasukan - akan kembali selepas penggantungan.
2. Pemain biasa - direhatkan dalam beberapa perlawanan

Jangan kerap sangat salahkan pengadil dan FA England, nanti pengadil akan memberi 'tumpuan' yang lebih untuk pasukan kita setiap perlawanan sebagi tanda kasih sayang. Hahaha... :P

Kalau hang banyak cakap juga, dengan bangganya hang akan pelik sebab tak boleh ubah taktik pasukan waktu separuh masa. Hang hanya dapat tengok dari kerusi penonton sahaja...hahaha... :153:


[b]Tindakan susulan?[/b]

Jurulatih mesti hukum pemain yang salah supaya berdisiplin. Kalau tidak, boleh mencetuskan huru-hara dalam pasukan. Tak percaya, cuba buat banyak kali.

1. Pemain menerima 2 keping kad kuning dan sekeping kad merah (kes pertama dan kedua) = beri amaran sahaja
2. Pemain menerima 2 keping kad kuning dan sekeping kad merah (kes ketiga dan seterusnya) = potong gaji 1 minggu untuk setiap kes
3. Pemain menerima terus kad merah kali pertama = potong gaji 1 minggu
4. Pemain menerima terus kad merah kali kedua dan seterusnya = potong gaji 2 minggu untuk setiap kes

Kesimpulannya, Fair Play la bro...hoho...

[quote name='zareight' date='25 November 2010 - 10:18 PM' timestamp='1290694696' post='1054441']
rm5 sudah la..kasi topup rm5..kih3.. btw,aku tgh donlod kt tenet..tgl last part je lg..harap2 boleh main...fufufufu~
[/quote]

Ok la RM10 = setem naik harga, sekeping DVD berkualiti tinggi, Plastik DVD, saiz sampul surat macam Urusan Seri Paduka Baginda, minyak moto, bil elektrik...

Aku harap tak boleh main la...sebab nanti aku boleh dapat duit...hahaha...gurau je bro :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='msbmna' date='25 November 2010 - 10:30 PM' timestamp='1290695453' post='1054442']

Ok la RM10 = setem naik harga, sekeping DVD berkualiti tinggi, Plastik DVD, saiz sampul surat macam Urusan Seri Paduka Baginda, minyak moto, bil elektrik...

Aku harap tak boleh main la...sebab nanti aku boleh dapat duit...hahaha...gurau je bro :ph34r:
[/quote]

aku suke la penerangan ko..membuatkan aku semakin minat game nih..aritu men FM2010 smpai 4season je pastu stop dah..ha3..

kali ni nk amik team stendet..aku aim nk try everton...

btw bro..da berjaya install+patch! yaribba..save rm10..save rm160 if suh ahaksz! hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tahniah. Welcome to the club...Hidupkan komuniti FM2011 Malaysia! Hidup FM2011 (ala-ala salakan Perkasa :ph34r: )

Korang bila lagi nak cerita pasukan korang. Asyik aku je...bosan juga nanti...hehehe...

Pautan lain pasal FM2011:

[url="True Football Manager"]http://www.truefootballmanager.com/[/url]
Blog sepenuhnya pasal FM. Mamat Ukraine, Vitaliy Mokosiy ni main mengalahkan pengurus pasukan sebenar. Diberi kredit oleh Sport Interactive sebagai 'gold-member'. Dahsyat! Banyak ilmu yang aku belajar daripada dia ni.

Nasihat aku, FAM kena ambil dia jadi perancang pemkembangan bola negara kita. Serius!

Rujukan yang lain, klik butang FM > Community Information. Banyak rujukan di situ, klik je.

Share this post


Link to post
Share on other sites
msbmna..aku rasa hang pun layak amik jawatan kat FAM tuh. Aku berminat nak tau camna hang develop Spurs sampai camtu sekali. Aku minatnak tau formasi yang hang guna tu? Role apa yang hang bagi kat Keane? post la formasi masa main home dan away dan arahan untuk team dan individu. Aku rasa aku belum cukup ilmu lagi pasal taktikal nih. Tu yang segan nak cerita pasal team sendiri nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
tu la..aku pon xckup taktikal nih...

btw,friendly match menang dgn jayanya..2 game je aku bolos 1 gol..yg len menang 2/3 goal tanpa bolos..

tp td bru lpas 1st game lwn arsenal kt tempat sendri tp kalah 1-0.. sedey sungguh..camne leh kene kitai ngn team fav sndr ni..sob3..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...