Jump to content
Mr. EMr

Tayar Kereta Terbaik

Recommended Posts

assalamualaikum semua..
nak minta pendapat ttg tayar keta, kawe nak tukar tayar keta tp tak tahu mana yg terbaik dan tahan lama pendek kata utk terbaik dr segenap segi, sblm ni pakai michelin pilot precedda tp mmadangkan ekonomi tgh gawat sekarg ni, budget dlm RM200 kebawah /pcs :wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebelum beli tayar

kenal tayar dulu.,

[img]http://www.kwik-fit.com/assets/jpg/graphics/tyre-sidewall-2008-10-10.jpg[/img]

[img]http://i550.photobucket.com/albums/ii409/syed_k10/Presentation1-4.jpg[/img]







[img]http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/2a/Tirecode.gif[/img] -------------[img]http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/ae/Tirecode-lt.gif[/img]
Tire identification diagram --------------------------------------------------Tire identification diagram, light truck specific features




[quote]
[url="http://en.wikipedia.org/wiki/Tire_code"]http://en.wikipedia.org/wiki/Tire_code[/url][/quote]


mase nak beli tayar tengok juga pada kod manufacture/date of birth
ade 4 digit no (macam 2020) - maknenyer tayar tu dibuat pada minggu ke 20 tahun 2020

Share this post


Link to post
Share on other sites
nice info KA, :)

untuk waja tak pasti mana bagus tapi skang ni aku pakai tayar continental. orang cakap lembut sket tayar dia.. harga pon kira boleh milik la :D

pendapat lain mungkin dapat tolong membe kita ni..

kipidap~

Share this post


Link to post
Share on other sites
em... bagusla info nih KA..
hime baru tao... :blush:
selama nih takde terpk lak nk mengenali tayar
dgn lebih dkt lg.. ekekeke.. :lol:

salu kalo tayar botak g bengkel tukar tayar
jenama Good Year.. tu je.. dh 4 thn berturut2 pakai
tayar jenama nih.. so far.. alhamdulillah la..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalo da pakai 4 tahun tapi bunga masih cantik dan ok

sila check permukaan2 tayar, takut ade rekahan2

kalo bawak dalam kelajuan tinggi kemungkinan/kebarangkalian tuk tayar tu rosak/meletup tinggi :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='09 June 2010 - 09:50 AM' timestamp='1276048210' post='1035807']
kalo da pakai 4 tahun tapi bunga masih cantik dan ok

sila check permukaan2 tayar, takut ade rekahan2

kalo bawak dalam kelajuan tinggi kemungkinan/kebarangkalian tuk tayar tu rosak/meletup tinggi :)
[/quote]


eh.. maksud hime dlm 4thn pakai jenama nih..
2thn sekali ganti tayar... sb perjalanan jauh..
perjalanan g balek keje amik masa 2jam..
stakat nih alhamdulillah la.. tayar nih kalo terlanggar
lubang besar secara tak sengaja pon die tak jd "membengkak".. -_-

mmm....lg satu kete.. pakai tayar silverstone.. baru terlanggar
lubang sket.. abis 3 tayar skali gus "membengkak" kt bhgn tepi..
so terpaksa la ganti 3 tayar aritu..
terus ganti tayar Good Year jugak..
dan so far.. alhamdulillah la.. puas hati.. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nak ganti tayar kena ikut manual pengeluar kenderaan jugak.

Contoh kereta Waja, manual mengesyorkan 195/50R15 tapi kita tukar jenis 195/55R15 atau 195/60R15. Kesalahan akan terjadi kepada kelajuan dan speedometer yang tidak selaras. Bacaan pada speedometer menunjukkan 80km/j tetapi kelajuan kenderaan akan melebihi 80km/j. Kelajuan yang tidak dapat kita jangka menyebabkan kita terperangkap dalam perangkap hadlaju.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='adnan_tdd' date='09 June 2010 - 12:26 PM' timestamp='1276057580' post='1035849']
Nak ganti tayar kena ikut manual pengeluar kenderaan jugak.

Contoh kereta Waja, manual mengesyorkan 195/50R15 tapi kita tukar jenis 195/55R15 atau 195/60R15. Kesalahan akan terjadi kepada kelajuan dan speedometer yang tidak selaras. Bacaan pada speedometer menunjukkan 80km/j tetapi kelajuan kenderaan akan melebihi 80km/j. Kelajuan yang tidak dapat kita jangka menyebabkan kita terperangkap dalam perangkap hadlaju.
[/quote]

itu betul tapi yg lebih ketara jika kita tukar rim sukan yg lebih besar diameternyer 17 atai 18 inci akan terdpt perbezaan speedometer kita...tetapi stakat tukar ketebalan tayar dlm saiz rim yg sama tak la beza sgt(pendpat aku yg biasa kai rim beso nie)...lagi satu kelebaran tayar pun memain peranan penting dlm pengendalian diatas permukaan jln raya..(jgn asyik nak yg beso dan lebo ajer...bahaya ooo bila bawak laju dlm ujan...)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
wah! baru kutahu betapa luasnya ilmu ALLAH ni, bab tayar saja pun dah menampakkan kejahilan diri :mellow:

feedback dr abg ipar kawe, kiranya kaki keta jg la dia ni, dia suggestkan good year
feedback dr member kawe keja teksi driver, dia pun suggestkan good year.. tp diaorg takde detailkan version tayar tu @ apa2 je la, so kawe yg jahil ni nak bertanya : good year punya tayar utk 195/55/15 ni ada satu jenis je ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites
byk jenis daaa tgk sini-http://www.goodyear.com.my/tyres_view.asp ...tapi klu aku pilih Eagle F1 GS-D3 sebab aku guna tayar nie (best wooo corner..hujan pun ok tadak lari woooo..kata apek kedai tayr g&y ekekeke..melayang rm800....)

Share this post


Link to post
Share on other sites
cube MR.EMr survey kt bengkel2 sedia ada yg brdekatan..
leh buat perbandingan harga.. lg pn kata member hime
elok g kedai yg jual tayar.. sb kt situ dh mmg khas utk
tayar2 keta pelbagai jenama.. senang sket nk wat pilihan..
lg satu.. harga leh nego lg rase nye...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='din77' date='09 June 2010 - 04:31 PM' timestamp='1276072293' post='1035939']
byk jenis daaa tgk sini-http://www.goodyear.com.my/tyres_view.asp ...tapi klu aku pilih Eagle F1 GS-D3 sebab aku guna tayar nie (best wooo corner..hujan pun ok tadak lari woooo..kata apek kedai tayr g&y ekekeke..melayang rm800....)
[/quote]

mcm best je tayar tu berapa RM sebijik?

[quote name='h!me' date='09 June 2010 - 04:40 PM' timestamp='1276072805' post='1035940']
cube MR.EMr survey kt bengkel2 sedia ada yg brdekatan..
leh buat perbandingan harga.. lg pn kata member hime
elok g kedai yg jual tayar.. sb kt situ dh mmg khas utk
tayar2 keta pelbagai jenama.. senang sket nk wat pilihan..
lg satu.. harga leh nego lg rase nye...
[/quote]

mmg nak pegi survey kat kedai tayar, tp sblm tu nak cari ilmu ttg tayar dulu kat sini nnti tak lah kena tipu ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mr. EMr' date='09 June 2010 - 05:10 PM' timestamp='1276074639' post='1035951']
mcm best je tayar tu berapa RM sebijik?


[/quote]
rm245/sebiji klu kat kuantan laa tahun 2006...(tp aku dpt rm2rat ajer coz toke aku kenal)ekekkeke skang tak tau lg yg terbaru..klu aku ada masa aku bg info harga pasal tayar nie k

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='din77' date='09 June 2010 - 05:24 PM' timestamp='1276075471' post='1035955']
rm245/sebiji klu kat kuantan laa tahun 2006...(tp aku dpt rm2rat ajer coz toke aku kenal)ekekkeke skang tak tau lg yg terbaru..klu aku ada masa aku bg info harga pasal tayar nie k
[/quote]

klu harga turun RM200 sebijik bleh la kawe melaram ngan tayar tu B)

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam.. mcm2 gak nak kene tau ye utk pilih tayar.. tapi apa2 pun nak kene ikut budged gak..kalu budged lebih leh la amik yg bagus sikit.. sy pun dah nak kene tukar tayar kreta sy.. tgh fikir2 lg nak amik tyr apa.. betul ke goodyear tu tahan tak mudah membengkak..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='han77' date='10 June 2010 - 12:13 PM' timestamp='1276143215' post='1036094']
salam.. mcm2 gak nak kene tau ye utk pilih tayar.. tapi apa2 pun nak kene ikut budged gak..kalu budged lebih leh la amik yg bagus sikit.. sy pun dah nak kene tukar tayar kreta sy.. tgh fikir2 lg nak amik tyr apa.. betul ke goodyear tu tahan tak mudah membengkak..
[/quote]
tul tu ,klu elok ambik la yg bagus ckit ,pengalaman aku guna sime tyre (murah ajer )dia cepat bengkak la klu bunga dah mula 50% berbanding tayar lain (kumho,toyo,brgstone,dunlop,g&yr)...tp sime tyre lambat botak dan lama leh pakai...(tp jgn la takut nak beli simetyre nie maybe cara dan enjin kete aku berbeza ngan korang...kete sakit dan selalu bersin la katakan ekekke)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salah satu punca tayar mudah membengkak adalah disebab selalu membuat break mengejut. Tarikan yang kuat ke atas tayar semasa membuat brek mengejut menyebabkan bebenang di dalam tayar akan putus dan dibahagian yang putus itu menjadikan kawasan itu lemah. Lain-lain punca mungkin berlaku hentakan yang kuat, geseran di bahagian tepi yang kuat dsb.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='han77' date='10 June 2010 - 12:13 PM' timestamp='1276143215' post='1036094']
salam.. mcm2 gak nak kene tau ye utk pilih tayar.. tapi apa2 pun nak kene ikut budged gak..kalu budged lebih leh la amik yg bagus sikit.. sy pun dah nak kene tukar tayar kreta sy.. tgh fikir2 lg nak amik tyr apa.. betul ke goodyear tu tahan tak mudah membengkak..
[/quote]


wasalam.. em.. stakat nih la.. pengalaman hime
guna tayar Good Year selama 4 thn nih..
dgn perjalanan jauh hari2 g balek keje..
dan laluan yg tak bape nk elok..
tak penah lg terjadi kes tayar bengkak walaupn
hime salu terlanggar divider.. lubang besar dan sbg nya..
xcident pn dh 2 kali.. tapi...
alhamdulillah la oki je.. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum semua..

ambe dah tukar 2 bijik tayar depan dgn Good Year EAGLE NCT 5, tp ada bunyi berdengung mcm wau bulan ler, mmg tayar tu bunyi mcm tu ke???? @ ada problem lain ,tq

[quote name='OngBok' date='10 June 2010 - 05:48 PM' timestamp='1276163329' post='1036164']
Kata tokeh kedai, tayar yang paling sesuai dengan enjin 1.5/1.6

14/65/195
[/quote]

tp nape yg dah siap pasang kat waja 195/55/15 ???

sekadar bertanya je..

Share this post


Link to post
Share on other sites
wasalam...

eh?? bunyik macam wau bulan??
pelik gak tu... tak dpt bayangkan..
em.. salu tiap kali tukar tayar..
hime akan wat balancing dgn alignment skali.. -_-

bergantong pd keadaan jugak la..
kalo rase perlu buat..hime buat.. :lol: Edited by h!me

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Mr. EMr' date='11 June 2010 - 09:27 AM' timestamp='1276219647' post='1036271']
tp nape yg dah siap pasang kat waja 195/55/15 ???

sekadar bertanya je..
[/quote]
Ukurlilit tayar 195/55/15 dengan 195/65/14 hampir sama, tak menjejaskan pelarasan speedometer dan boleh masuk ke kereta Waja.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...