Jump to content
TJ-Ariff

Ubatan Dari Sumber Alam

Recommended Posts

Salam,
Kita ketahui bahawa Allah mencipta Dunia ini dengan penuh kasih sayang.
Oleh itu dengan kasih sayang Allah itu, di mukabumi ini penuh dengan sumber ubatan baik dari atas darat, dalam tanah, dalam lautan, mahu pun hutan, semuanya untuk kita manusia.

dibawah ini saya sertakan satu artikal berkenaan dengan [b]Khasiat Buah Durian Belanda[/b].
[img]http://2.bp.blogspot.com/_FZReR-E_sow/SvIgISeMN5I/AAAAAAAAAG0/SrNzuAGU04M/s320/durian+belanda.jpg[/img]
"Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.



Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

sekian.
Wassalam. Edited by TJ-Ariff

Share this post


Link to post
Share on other sites
hime tambah sikit ya..

kulit pokok nya juga dipercayai sesuai utk membantu
masalah sakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan
kesuburan pasangan yg sukar mendapatkan anak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nama Herba : Bunga Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Famili: Rubiaceae
Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain: Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga

Keterangan :
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.
Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja.~ke atas~

Share this post


Link to post
Share on other sites

Menarik. Secara keseluruhannya bahagian tumbuhan yang biasanya dibuat ubat dalam rawatan urut tradisional ialah akar,daun,ranting,buah,kulit,bunga atau semua bahagian tumbuhan.Walaubagaimanapun akar adalah bahagian terpenting.Ubat akar kayu dalam rawatan urut tradisional selalunya dicampur dengan beberapa jenis akar kayu lain,bergantung kepada petua pembuat ubat dan kesesuaian untuk merawat sesuatu penyakit.Campuran ini mungkin terdiri daripada 5,7,13,30,40 dan adakalanya terdiri daripada 100 jenis akar kayu dan lain-lain bahagian tumbuhan.

 

www.uruttradisional.com.my

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jantan KUAT BIANG, kena makan pucuk miding yang dilayur dengan api! Tumbuhan yang mampu lawan kanser, biasanya mengandungi flavoid. Bende ni bila masuk ke dalam sistem, sistem akan bertindak dengan menghasilkan banyak asid urik. Berbah air kencing! Kena setel pulak kencing kasi clear....

Share this post


Link to post
Share on other sites

ayah aku cakap kulit jering yang dibakar sampai jadi arang, lepas tu rebusan airnya diminum boleh memecahkan batu karang pada ginjal. katanya petua orang kampung dia di sumatera sinun. dia kata, dia cuba minum, pagi esoknya ada macam pasir2 keluar masa kencing. pedih jugak la...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ayah aku cakap kulit jering yang dibakar sampai jadi arang, lepas tu rebusan airnya diminum boleh memecahkan batu karang pada ginjal. katanya petua orang kampung dia di sumatera sinun. dia kata, dia cuba minum, pagi esoknya ada macam pasir2 keluar masa kencing. pedih jugak la...

boleh try nih utk wa punya projek!

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak de la.... ubat karang tu utk masalah kambing tersumbat salur kencing akibat makan banyak pelet!

 

lain2 ubat karang, pokok belimbing tanah, direbus keseluruhan sebatang pokok & minum air rebusan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

... tentang batu karang, saya tak pasti, tapi tentang gout dan juga radang sendi, gabungan madu dan serbuk kayu manis memang sangat berkesan merawatnya. jangan pandang rendah pada serbuk kayu manis...ia antara ramuan utama dalam merawat gout di sesetengah hospital luar negara.

 

Sepanjang saya jadi jururawat, saya dah lihat ramai pesakit saya yang sembuh dengan rawatan islam dan tradisional.

Diabetes, gout malah juga kanser, ada ubatnya, cuma kita ni terlalu percaya pada hospital dan ubat-ubatan mereka. dari segi penjagaan, saya akui jururawat kita adalah terbaik (bukan berniat puji diri sendiri).

 

Terlalu panjang untuk saya terangkan di sini, untuk maklumat lanjut tentang kisah perubatan tersebut, termasuklah kisah benar seorang pesakit kanser tahap 3 yang sudah sembuh dari kansernya, sila layari : rawatankanser2013.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...