Jump to content
Sign in to follow this  
cikdayah

menjual haiwan yang haram dimakan..tp halal disentuh

Recommended Posts

aku ada kemusykilan la..aku ada la terfikir hendak berurus niaga 2 jenis binatang ni.tp tak tahu apa hukum dia.
1.katak.memandangkan harga pasaran tinggi.
2.ular sawa.pembiakan semulajadi belakang rumah hutan belukar,dari asik kena bunuh baik jual.dapat gak hasil.tak call bomba sebab mls nk tunggu bomba dtg.tunggu bomba abes sereban ayam kena telan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Erkk..
1. Katak kalau jual sebagai umpan joran ok kot, kalau jual sebagai makanan untuk orang bukan Islam, I donno, sama macam jual makanan kucing kot.
2. Ular sawa tak boleh dijual kot nanti kena tangkap. Menjual ular sawa tanpa lesen, satu kesalahan di sisi undang-undang sebab ular sawa tu haiwan yang dilindungi bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76 (eccehh).. So hukum jual benda yang menyalahi undang2 haram kot.
Bagi kat zoo negeri boleh dapat komisen kot.

p/s: banyaknye kot.

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam, mungkin nih bole membantu sket...

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Apabila Allah mengharamkan sesuatu, maka hasil dari jualan tersebut juga adalah haram. Sabda Nabi :-

"Sesungguhnya Allah apabila mengharamkan sesuatu, ia akan mengharamkan harganya" [Hadith riwayat Abu Daud #3488]

Persoalan menjual barang haram kepada non-muslim pernah ditanyakan kepada Jawatankuasa tetap Fatwa Arab Saudi, dan jawapannya :
"Tidak dibenarkan berniaga barangan yang diharamakan Allah, seperti Arak dan Khinzir walaupun kepada orang kafir, kerana tsabit dari Nabi : Sesungguhnya Allah apabila mengharamkan sesuatu, ia akan mengharamkan harganya" [al-Lajnah al-Daaemah (13/49), Fatwa bernombor : 12087].

Berikut kami petik SOAL-JAWAB BAHEIS :-

Soalan: apakah hukum penjualan ular sawa. .

Jawapan: Perniagaan adalah salah satu dari muamalat Islam dan ia perlu memenuhi syarat serta rukun yang ditentukan syariat. Perniagaan binatang yang haram dimakan adalah haram seperti ular, keluang dan lain-lain. Perniagaan ini bukan sahaja bertentangan dengan syarak tetapi ia juga bertentangan dengan hukum negara..
.
sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil. ... enDocument


catitan - hukum haramnya makan ular adalah khilaf ulama'. Mazhab Syafie dan Hambali mengharamkannya oleh kerana ular merupakan binatang yang bahaya dan bisanya mengandungi racun. Bagi Mazhab Maliki, jika bisa ular itu tidak mengandungi racun, maka ia boleh disembelih dan halal dimakan.

Sekian, wassalam


kamin
Panel Feqh


Posts: 1341
Joined: Sep 11th, '01, 02:00
Location: Subang Jaya, Selangor
WebsiteYIM


Spoiler:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bagi Mazhab Maliki, jika bisa ular itu tidak mengandungi racun, maka ia boleh disembelih dan halal dimakan.

ular sawa dan anaconda, om nom nom nom tapi ular sawa ngan anaconda takde bisa tapi ada taring.Seeloknya takyah la rasa mengidam ular2 nih pada aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites
bende takleh dimakan, Imam nawawi bahagikan jadi 4 keadaan, salah satunya diharamkan makan sebab najis. dan najis diharamkan jual beli kerana tidak boleh dihartakan (istilah asalnya mutaqawwam-tak tahu apa istilah sebenar bahasa melayu).

tapi binatang yang tak boleh dimakan tu, masa mati baru dia najis, masa hidup dia suci boleh pegang tanpa perlu basuh tangan dulu untuk solat. kaedah fekah mazhab syafie kata semua yang hidup bernyawa itu suci (kalau pegang sebelum solat tak perlu basuh) kecuali anjing dan babi (mazhab maliki kata termasuk anjing dan babi suci masa hidup)..

sebagai mengelak melakukan yang haram, niatkan semasa bayaran jual beli kucing dan binatang peliharaan lain tu sebagai upah susah payah dia tolong tangkap, kos cukai kedai dia, bukan untuk binatang tu.

Allahu a'lam.

+ tambahan:
hati2 semasa pegang kucing dan sebagainya, bulu2 yang tertanggal dan melekat pada pakaian kita tu najis, termasuklah bulu kambing walaupun kambing boleh dimakan kalau disembelih, sebab masa bulu tu tercabut dan melekat kat kita dia masih hidup. so, kalau bangkai dia boleh dimakan tanpa perlu disembelih maka bulu dia tu suci tak najis walaupun tercabut masa dia masih hidup. jika bangkai dia najis tak boleh dimakan tanpa disembelih bulu tu najis jika tercabut masa dia masih hidup. hanya jika setelah disembelih, bulu dia suci kalau trlekat pun boleh bawa solat.

bangkai yang boleh dimakan tanpa perlu sembelih hanya 2, ikan dan belalang. sisik tercabut ka, kaki belalang tercabut ka, melekat kat baju kita dan kita bawak masuk solat tak batal solat sebab benda tu tak najis.

bulu manusia seperti rambut ka, atau anggota badan lain seperti kuku dan lain2, tak najis walaupun selepas mati. kalau sekiranya ada berlaku satu kemalangan ngeri, tangan terputus dan tercampak ke mana2, dah beberapa hari kita terjumpa tangan tu, tak berdarah, dah kering, tak pulak berulat dan sebagainya, kita ter bawak masuk solat sebab letak dalam beg sandang di belakang, solat sah. kalau tangan tu berdarah menitik2, tu najis sebab darah bukan jasad tangan tu...

Allahu a'lam.. Edited by panglimakhalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='14 April 2010 - 05:42 PM' timestamp='1271238134' post='1025678']


+ tambahan:
hati2 semasa pegang kucing dan sebagainya, bulu2 yang tertanggal dan melekat pada pakaian kita tu najis, termasuklah bulu kambing walaupun kambing boleh dimakan kalau disembelih, sebab masa bulu tu tercabut dan melekat kat kita dia masih hidup. so, kalau bangkai dia boleh dimakan tanpa perlu disembelih maka bulu dia tu suci tak najis walaupun tercabut masa dia masih hidup. jika bangkai dia najis tak boleh dimakan tanpa disembelih bulu tu najis jika tercabut masa dia masih hidup. hanya jika setelah disembelih, bulu dia suci kalau trlekat pun boleh bawa solat.


[/quote]

bulu kucing tu terlalu halus,kalau kita pegang mesti melekat2 kat baju,masih ada keringanan tak dalam hal ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mk_gunnerz' date='30 April 2010 - 05:25 PM' timestamp='1272619548' post='1028395']
bulu kucing tu terlalu halus,kalau kita pegang mesti melekat2 kat baju,masih ada keringanan tak dalam hal ni?
[/quote]

ade keringanan

tapi kalo boleh
ape yang nampak dengan mata tu buang la

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='01 May 2010 - 10:31 PM' timestamp='1272724267' post='1028508']
ade keringanan

tapi kalo boleh
ape yang nampak dengan mata tu buang la
[/quote]
yup...setiap orang ada had keringanan masing2...

kalau bela kucing, kompom ada banyak bulu yang bertaburan di atas lantai, di sofa, cucilah sekadar mampu, yang boleh dilihat mata.

Share this post


Link to post
Share on other sites
air liur pulak lagi satu problem...najis kan..memang biase la kene gigit..pastu campak makanan atas lantai,pastu dia makan,air liur die mesti kene lantai punye...nak kena basuh ke ?ada dgr cerita air yg diminum kucing,kita pun bleh minum,kekeliruan di situ Edited by mk_gunnerz

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak, air liur tak najis...kalau haiwan tu selain anjing dan babi.

kalau dia minum dari mangkuk megi kite, pun kita boleh sambung makan seolah2 xde ape jadi...cuma mcm jijik kan?

lain pulak masalahnya kalau kucing tu makan cicak ke, gigit tikus ke, berdarah-darah mulut dia, tapi kesan darah dalam mulut dah hilang sebab dia telan, dia tak cuci mulut dengan air mutlak, baru najis mulut dan air liur die...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hati2 semasa pegang kucing dan sebagainya, bulu2 yang tertanggal dan melekat pada pakaian kita tu najis, termasuklah bulu kambing walaupun kambing boleh dimakan kalau disembelih, sebab masa bulu tu tercabut dan melekat kat kita dia masih hidup. so, kalau bangkai dia boleh dimakan tanpa perlu disembelih maka bulu dia tu suci tak najis walaupun tercabut masa dia masih hidup. jika bangkai dia najis tak boleh dimakan tanpa disembelih bulu tu najis jika tercabut masa dia masih hidup. hanya jika setelah disembelih, bulu dia suci kalau trlekat pun boleh bawa solat.

Rambut atau bulu haiwan yang boleh dimakan dagingnya dihukumkan suci, berbeza dengan haiwan yang tidak boleh dimakan seperti kucing tadi bulunya adalah dihukumkan najis. hanya anggota yang lain dari haiwan yang boleh dimakan ini jika terpotong dan haiwan tersebut masih hidup maka anggota yang terpotong itu dihukumkan najis...

Rujuk Surah An-Nahl 16:80 tentang suci bulu binatang yang halal dimakan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...