Jump to content
Sign in to follow this  
NazreenNazari

Hukuman.....msuk la dalam..tgk sndiri

Recommended Posts

petikan dari kosmos


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh. Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman. Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya. Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan. Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan. Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya. Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir. Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap. Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi.


p/s;hmm...yg pling malang skali,owg yg membuat kputusan rejam itu mestilah owg yg betol2 arif ttg undang2 islam..tp mslahnye,owg yg yg xsekolah,yg hanya tau berperang je plak ,yg al-quran pn blum tentu khatam,status negara yg tidak merdeka,yg langsung xlyk utk laksanakan hukum hudud...aku pn brasa ksian pada owg yg terlibat dgn hukuman tersebut....moga2 mreka dilaknat krana menjadikn hukum hudud yg baik itu dilihat sbgai penganaiyaan oleh pihak luar yakni bukan islam..

hukum hudud mmg berkesan,Allah da janji,tp Allah letakkan syarat pling besar iaitu ZAKAT..zakat ssebuah negara mesti didahulukan...zakat yg aku maksudkan ni bkn la RM5 1 kepala yg dibayar pd bulan puasa..tp zakat yg besar,hal ehwal islam,harta org islam,gologan fakir dan miskin terbela,hak org islam,pendidikan org2 islam,sosio-budaya org islam,ekonomi org islam,institusi masjid dan lain2 dlm sesuatu negara haruslah dijaga terlebih dahulu...

erti kata lain..bile ekonomi negara dah maju,xde org2 islam yg tercicir,xde yg hidup melarat,xde la owg yg nk bwat jenayah sperti mencuri dan sbgainya....




bincangkan....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pun tak sanggup nak tengok.

Tapi kalau Majlis Fatwa dan ulama2 setuju, aku setuju la.
Tapi sebagai hamba Allah yang lemah, aku tak sanggup nak tengok dan rejam.
Lemah semangat sket ::icon_wink::

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam..

erm aku pun kesian dan ngeri tgk nie..tp niela tujuan hukum huduh..memberi peringatan dan pengajaran kepada org yg melihatnya..tp diorg nie mmg btl2 ikut 100% ke main rejam jek?

erm kalu kat Malaysia bt hukum huduh aku rs dah xde org dh berani nk berzina dgn minum arak.kelab mlm pon mesti lingkup punya,tp mslhnya hukum hudud di zaman sekrg dianggap sebagai penderaan dan penganaiyaan kepada manusia oleh org2 kafir dan juga sesetgh org islam..mgkin sbb diorg tgk dari satu sudut je kot..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..


“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” [Al-Isra : 32]


“Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shalih ; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Al-Furqan : 68-70]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...