Jump to content
Sign in to follow this  
LanoV

Peraturan Berforum Di Ruangan Pembangunan Permainan

Recommended Posts

Berikut adalah peraturan yg perlu dipatuhi oleh semua ahli di Sub-forum Pembangunan Permainan, sila ambil perhatian dan beri kerjasama yang sewajarnya.



Bahasa

- bahasa kesat, lucah dan kurang ajar adalah dilarang sama sekali
- penggunaan 'bahasa sms' yg melampau tidak digalakkan berikutan kesukaran ahli lain untuk memahaminya.
- penggunaan 'caps lock' tanpa sebab juga tidak digalakkan.



Hormat

- jangan memperlekeh pendapat ahli lain walaupun anda tidak bersetuju mengenainya, sila berbincang dengan berhemah.
- dilarang menghina, memfitnah, memaki dan mengapi-apikan ahli lain, elakkan sebarang perkara yang boleh mengundang pertengkaran
- hargai dengan ucapan 'terima kasih' kepada ahli yg telah membantu anda



Membalas & Membuka Topik

- sila gunakan fungsi carian terlebih dahulu sebelum membuka topik
- topik yg hendak dibuka mestilah berkaitan dengan Pembangunan Permainan sahaja.
- tajuk topik hendaklah jelas, elakkan meletak tajuk seperti 'tolong saya' 'macam mana ni?' dan lain-lain yang terlalu ringkas.
- ahli tidak dibenarkan membalas topik dengan pos-pos yg tidak berfaedah seperti 'hahaha', 'betul tu' atau sekadar emoticon sahaja.
- elakkan berbincang perkara-perkara luar dari topik.
- 'double post' tanpa sebab yg munasabah atau sekadar untuk menarik perhatian ahli lain adalah tidak dibenarkan.
- artikel yg panjang hendaklah dibuat secara berperenggan untuk memudahkan ianya dibaca



Perkongsian Perisian

- 'direct link' dalam mana-mana pos yang bertujuan berkongsi perisian yang tidak sah adalah tidak dibenarkan.
- ahli disaran menyertakan kredit utk mana-mana perisian yang dikongsi sebagai menghormati hak author/sumber.
- sila sertakan sedikit penerangan atau info mengenai perisian yg dikongsi.
- dilarang meletak sebarang media berunsur lucah dan keganasan melampau yg boleh mengganggu ketenteraman mana-mana pihak media yg dimaksudkan adalah dalam bentuk audio, video, imej mahupun artikel.

Terima kasih di atas kerjasama anda

**pihak admin berhak mengubah/menggubal mana-mana peraturan di atas dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

TERIMA KASIH

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...