Jump to content
Sign in to follow this  
ariff360

serangan jatung..camana cara untuk elak???

Recommended Posts

salam..berdasarkan topik,ade cara atau langkah2 dari skrg x??maksud aku dr mase muda lagi ni..ade org kat umah aku sakit batu karang,tp g spital meninggal sbb serangan jantung..die sesak nafas..

Share this post


Link to post
Share on other sites
kurangkan makanan berlemak.
selalu la berjogging@bersukan untuk menjaga jantung supaya dapat berkerja dengan lancar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
5 faktor utama yang meningkatkan risiko sakit jantung
1)merokok
2)kencing manis
3)darah tinggi
4)kolestrol tinggi
5)sejarah keluarga

kalau nak elak sakit jnatung, elak la benda2 ni..kecuali sejarah keluarga.

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau nak mengelak tu senang jer cakap... tapi nak buat tu yang ssh... cthnya berapa kerat sangat lah org nak bersenam selalu berbanding yang bercakap... hehehehe lagi satu minumlah atau makanlah minuman dan makanan kesihatan tambahan cth macam vitamin2 atau yang paling best alpha lipid lah... tapi dari korang jak lah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Erk nampak cam keliru tang " sakit batu karang tapi meninggal pasal serangan jantung ", doktor tak suspek ke dia ada sakit jantung ?

Betul apa yang ruzlam terangkan kat atas,kita cakap memang senang tapi cara pemakanan kita sarat dengan lemak setiap hati,memang sukar nak elakkan makanan berlemak ni.Cara yang terbaik,ialah mengawal pemakanan kita.

Sebagai contoh nak makan rendang,jangan pakai santan tapi pakai susu rendah lemak.Walaupun kurang lemak tapi rasa rendang tu masih ada lagi.Kurangkan penggunaan minyak dalam makanan,seeloknya kukus atau masak masakan berasaskan air.

Kebiasaannya orang yang ada penyakit 3 serangkai mudah kene stroke ni,apa itu 3 serangkai ? Darah tinggi,kencing manis dan kolestrol,ni adik beradik yang banyak menyusahkn orang di dunia.Satu lagi,kalau adalah kalangan ahli keluarga ada darah tinggi,jangan sesekali menyergah atau buatkan darah dia naik,silap2 boleh mati dengan skali kejutan sahaja !!! Ini benar.

Langkah terbaik mencegah serangan jantung :-

- Kurangkan makanan berlemak
- Banyakkan melakukan senaman untuk meningkatkan kadar degupan jantung
- Makan fish oil
- Buat pemeriksaan darah tinggi dan kolestrol di hospital atau klinik serta farmasi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
lepas tu jangan lupa check darah setiap 6 bulan ok... boleh buat kat hospital tapi maybe lama la kena tunggu faham2 lah dengan karenah birokrasi ni... tapi kalau korang nak jumpa aku kat sabah untuk check darah no hal... hahahaha... lagi pun kat tpt aku kerja ni 5 minit jer masa menunggu nya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Penambahan sket... ::icon_biggrin:: check darah check bp hendaklah dilakukan di Jabatan Pesakit Luar (klinik kesihatan kerajaan atau hospital yang ada Jabatan Pesakit Luar)... jgn plak pi Jabatan Kecemasan dan Trauma minta utk check darah...

pastu simptom mudah untuk berjaga2 kalau ada family korg yang rasa seakan simptom disenaraikan di bawah, jangan berlengah utk pi klinik swasta ke atau just tahan sakit... korg terus bawa gie hospital berdekatan...

1. Pesakit mengadu sakit di bahagian dada terutama sebelah kiri dan sakit di bahagian epigastrium (ulu hati) rasa sakit mcm dihempap benda berat n pedih.
2. Jantung rasa berdebar2 laju.
3. Sakit di bahagian dada melarat dan membawa ke bahagian bahu kiri dan kaki kiri (selalunya pesakit akan mengadu bahu kiri sengal dan lenguh2)
4. Kesukaran untuk bernafas.
5. Berpeluh terutama di bahagian dahi pada permulaan sakit.
6. Terasa loya dan ingin muntah.

apa yang perlu anda buat dan boleh buat...

1. Terus bawa ke hospital.
2. Jangan panik atau timbulkan suasana panik yang mana akan menyebabkan pesakit lagi resah dan tidak tenteram.
3. Kalau pesakit mmg tau dia ada sakit jantung, nasihatkan sentiasa bawa ubat Sublingual GTN.. so bila serangan berlaku masukkan sebiji ubat di bawah lidah pesakit. tidak perlu telan.
4. berikan ruang pengudaraan yang secukupnya.
5. kalau boleh ikuti kelas atau kursus CPR (PENTING!!!) bab nie aku pun xtau arr nak kata cz pada aku better kerajaan Malaysia serapkan dlm pelajaran sekolah di bawah subjek pendidikan jasmani ke.. cz CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) mmg amat terlampau sangat penting yang amat (nak tunjuk mmg penting ::icon_biggrin::) utk hadapi pesakit yang sakit jantung. 1st responder besar peratusannya dlm menyelamatkan pesakit yang mcm nie sebelum kedatangan pihak ambulans.

harap dapat membantu.. kalau salah diharap buat pembetulan... sama2 kita kongsi pengetahuan ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
yap CPR mmg sangat penting dan lau tak silap aku skrg ni semua kakitangan polis, bomba, asakar dsb kena tau CPR... 3 minit pertama dalam menyelamatkan mangsa sakit jantung adalah kritikal

Share this post


Link to post
Share on other sites
amalkan permakanan yg sihat. baca kandungan apa yg kita makan.

elak makanan bercampur marjerin contoh noti canai, kueh raya. fungsi majerin ialah menyumbat saluran darah supaya tersumbat.
gula putih/brown (gula tebu bertapis) adalah pengalak kencing manis. belilah guna tebu asli tidak bertapis (gula organic/organic molasses sugar).
garam kasar/halus adalah pengalak darah tinggi. pengantinya ialah garam himalaya. garam bukit, garam buluh pun bagus asal jangan garam kasar/halus. sebetulnya kegunaan garam kasar adalah utk baja kelapa sawit.

elak minuman proses yg banyak gula spt (jenama) tongkat ali/kacip fatimah banyak-in-1. tongkat ali sikit, gula yg banyak.
susu pekat manis penuh krim
susu rendah lemak tinggi kalsium
segala daging proses
daging import
mee kuning. kita tak tau mana yg bagus dgn yg dicampur asid boric & perwarna pakaian.
kicap, sos, makanan dalam tin. bahan pengawet banyak.
minuman jus buah-buahan. sebagagian besar hanya bahan kimia perasa tiruan tiada langsung buah dalamnya.
roti putih. pengantinya ialah roti gandum penuh.
paling popular - MSG. boilot keropok lekor, makan kat warong, restoren mamak, nasi kerabu, nasi dagang, kerepek ubi, pisang, keladi .... u name it semua ada MSG. paling tidak ditambah garam halus dalam kes kerepek.
ikan segar yg sebetulnya tidak segar. nampak segar bila dimasak tak rasa manis ikan segar.

tengok la semua makanan sekarang membahayakan kesihatan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bersenam dapat KURANGKAN risiko terkena serangan jantung. Jangan dah kena baru nak bersenam. Itu menambahkan bahaya aderlah. Sekiranya ada orang yang diserang penyakit jantung, panggil ambulan ajer. Jangan pepandai nak hantar sendiri ke hospital. Apa yang seharusnya kita lakukan baringkan orang tu atas lantai. Tujuannya untuk mengurangkan jantung orang tu bekerja. Itu apa yang aku dapat dari kursus CPR..Sekadar berkongsi ajer. hehehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Pemakanan sihat.
Kurangkan makanan berminyak, masin dan manis.

Bersenam.
Jalan kaki 30 minit sehari pun ok.

Inshallah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Cubalah minyak kelapa dara bio asli..Insyaallah blh sembuh! Nenek sy baru kuar dari ICU sg buloh..skng nenek bertambah sihat setelah ibu sy memberi nenek mkn myk bio asli..minyak tu boleh meghilang kolestrol di dlm darah n byk khasiat lg..kalo nk tanya lbh lanjut Hubungi sy..Sesungguhnya tiada penyakit yg tiada penawarnya...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hilang ?? jumlah kolestrol dalam darah berkurangan dik,kalau kolestrol hilang ( 0 ) pun tak berapa bagus .Pemakanan kalau tak jaga,esok lusa naik juga... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ariff360' timestamp='1244977140' post='967770']
salam..berdasarkan topik,ade cara atau langkah2 dari skrg x??maksud aku dr mase muda lagi ni..ade org kat umah aku sakit batu karang,tp g spital meninggal sbb serangan jantung..die sesak nafas..
[/quote]

Salam,

Muda2 memang senang dapat penyakit jika tak kawal makan minum.Sy cadangkan anda minum susu kambing.Kita hanya berusaha.PM sy jika ingin mencuba susu kambing [email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sakit Jantung.

Iaitu toksid/racun yang menyekat pembuluh darah.Ini menghalang otot-otot jantung,injap-injap oksigen mengenakan tekanan yang serius kepada jantung.Oleh itu ia terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat berbanding dengan kaedah normal untuk menolak  sekatan pada aliran darah tadi.

Sakit jantung dalam rawatan urut tradisional sentiasa berkait dengan darah tinggi.Penyakit Siplis.TB,Taifod juga boleh menyebabkan luka pada jantung.

Sakit jantung dalam rawatan urut tradisional juga disebabkan oleh kelemahan kelenjar tiroid dengan sakit paru-paru yang teruk yang memberi tekanan lebih pada jantung,anemia dan beri-beri.

 

Apabila pembuluh darah yang menyekat yang membekal darah pada jantung tersekat dan menyebabkan darah mengalir amat perlahan dan menyebabkan pengumpulan darah pada dinding pembuluh serta menghalang darah sampai ke jantung.Jika pembuluh darah tertutup sepenuhnya,serangan adalah amat serius.

Siapa Diserang Sakit Jantung?

1. Berat badan yang berlebihan.

2. Pengidap kencing manis.

3. Merokok 15 batang sehari.

4. Kolestrol yang tinggi dalam badan.

5. Tekanan perasaan yang tinggi.

 

Makanan Yang Perlu Diambil Oleh Pesakit Jantung:

1. Karot,jus bayam (mengandungi potasium yang ,memberi pH darah yang betul),membuang kotoran dari pembuluh darah,bina selaput darah yang kuat.

2. Jus karot,jus timun,melarut asid kristal dalam buah pinggang.Oleh sebab itu membersih darah 10 auns/3 auns/3 oz,1-2 pain sehari.

3. Sirap pekat dari gula mentah (Molesses) : Kaya dengan organik zink+kuprum,potosium - Bina selaput darah yang kuat 2 camca di dalam 1 gelas air suam,2 kali sehari.

4.Anggur,1-3 paun anggur hitam untuk 5-7 hari - sebagai tonik kepada otot-otot injap jantung,bersihkan darah.

5. Minyak empeng jagung,rangsang bekalan oksigen kepada jantung - elok dimakan dengan bawang putih,1 sudu w. germ oil + 2-3 potong bawang putih,2 kali sehari selepas makan.

6. Kobis,bayam mentah,pisang masak,kacang soya dan biji bunga matahari.

7. Minyak ikan - 1 kapsul,3 kali sehari.

8. Vitamin E.

9. Evening primrose oil 1 kapsul,3 kali sehari.

10.Makanan berfibre tinggi.

11.Jangan merokok,bawa bertenang,betulkan berat badan dengan ketinggian.

12. Bersenam 28  minit,3 kali seminggu,meningkat 80% kadar dengup jantung maksima mengikut umur.

Kadar jantung maksima untuk umur = 220.Untuk umur 40, 220-40=180,80% daripada 144 dengup seminit.

Makanan Yang Perlu Dielakkan.

1. Kanji saringan - tepung terutama roti putih,pastri manis,gula,telur masak,susu pasture,daging berlemak yang masak dan juga garam.

 

Jenis Herba Yang Disyorkan:

Herba MIX,herba CHOLES,herba YANG/YIN,herba ALL PLUS,herba FLUID.

Herba pain diambil dahulu dalam 2 minggu kemudian selepas itu diminum bersama-sama herba-herba yang lain.

 

www.uruttradisional.com.my

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

 

saya jururawat pelatih...yup, selama saya merawat pesakit yang ada kencing manis di hospital, saya dapati rawatan barat ini tidak menyembuhkan langsung, hanya untuk mengawal diabetes sahaja.

fikir2kanlah, insulin diberi setiap hari setiap kali sebelum makan, akibatnya badan kita takkan hasilkan insulin semulajadi lagi dah..inilah tujuan mereka, supaya kita tetap dengan ubat barat.

insulin ini dihasilkan oleh pankreas dalam badan kita. mengapa jika sakit jantung, mereka boleh pulihkan semula jantung kita, tetapi jika diabetes, mereka cuma mengawalnya sahaja???

 

sebabnya ialah, jika pesakit jantung mati, maka terputuslah pendapatan mereka.

sepanjang saya jadi jururawat, saya dah lihat ramai pesakit saya yang sembuh dengan rawatan islam dan tradisional.

diabetes, gout malah juga kanser, ada ubatnya, cuma kita ni terlalu percaya pada hospital dan ubat-ubatan mereka. dari segi penjagaan, saya akui jururawat kita adalah terbaik (bukan berniat puji diri sendiri).

 

Terlalu panjang untuk saya terangkan di sini, untuk maklumat lanjut tentang kisah perubatan tersebut, termasuklah kisah benar seorang pesakit kanser tahap 3 yang sudah sembuh dari kansernya, sila layari : rawatankanser2013.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...