Jump to content
Sign in to follow this  
Quraisya

Jom tengok resipi ape hari ni...

Recommended Posts

Miss nk share nasi ayam madu ngn sesape yg suka masak kt umah tuh...

Bahan-bahan :
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

untuk hiasan lak:
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
First, bersih ayam dulu. Potong ikut suka nk mcmana..
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masak ayam sampau masak

Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh

Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Sekianla nasi ayam madu Miss U.A
hehhehe...selamatlah mencuba ye sume! ::herz:: ::herz::

Share this post


Link to post
Share on other sites
ni satu lg resepi yg miss rase leh tahan sedapnye...
ni copy je nih...hehehhee...lom cuba pown lagi..

DALCA DAGING
Bahan-bahan
600 gm daging kambing/lembu - dipotong 2 cm
100 gm kacang dal - direndam semalaman.( jeni terus rebus)
100 ml minyak masak
3 sudu makan rempah kari daging (Baya campurkan dari 2 jenis rempah
1/2 dari adabi dan 1/1 dari alagapas jika adabi saja
rasanya pahit skit)
2 sudu makan dadih
2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam



Dibelah empat
2 biji terung bulat
2 biji tomato
1 batang lobak merah - dipotong serong 1 cm
2 batang buah murungai - dipotong 4 cm (Jeni takde)
4 biji cili hijau - dibelah 4, jangan putus
1-2 biji limau nipis - ambil jusnya
750 ml santan cair - dari 1 biji kelapa (Jeni guna santan kotak 200 ml + 550ml air)
Garam secukupnya (Jeni tambah gula juga)

Bahan (A)
Dihiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5 cm halia
1 tangkai daun kari
5 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Dikisar
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Membuatnya
Rebus kacang dal dan daging berasingan hingga lembut. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan (A) hingga berbau.
Masukkan rempah kari, garam masala dan lada hitam. Kacau hingga keluar minyak.
Tuangkan dadih dan santan. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan daging, ubi kentang, lobak merah, murungai dan terung.
Masak hingga kuah mendidih dan sayur-sayuran empuk.
Tambah garam dan jus limau secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Apabila mendidih tutupkan api.

sile cuba ye....lalala...

Share this post


Link to post
Share on other sites
menarik gak thread ni ye..sya pn ada gak resepi..leh le try klau yg suka mkn pasta..sya suka masuk satu website nie..resepi dia memg best..tambah ngn gambr yg cukup meleleh air liur..perghh..
nie laman webnya..http://rinnchan.fotopages.com/
mintk maaf ye pd kak rinn..nk promote sat akak punya resepi kt member2 kt sini..
kt bwh ni resepi makaroni bebola daging (diambil drp rinnchan fotopages):


MACARONI BEBOLA DAGING ( 7~8 servings)
Bahan2:
300gm macaroni, direbus dan ditoskan. Gaul dgn sedikit minyak zaitun or butter.

Utk Bebola Daging:
400gm daging lembu cincang
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji telur
3/4 cwn serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley
* Campurkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi bebola-bebola kecil. Goreng dengan sedikit mentega. Boleh juga dibakar dlm oven pada suhu 170 darj celsius selama 30min atau hingga masak.
Nota : Serbuk roti boleh dibuat sendiri dgn membakar roti keping hingga garing kemudian hancurkan.

Utk sos:
1 biji bawang besar, dicincang
5 ulas bawang putih, dicincang
3 biji buah tomato, didadu
2 sudu mkn gula merah
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub ayam
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit air
1 sudu teh oregano-optional
150gm (any) keju-optional

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada hitam dan kacau seketika.
2. Masukkan buah tomato, sos, gula merah, garam dan kiub ayam.
Kacau dan tambahkan air. Biarkan mendidih. Apabila masak, perlahankan api.
3. Jika suka boleh masukkan keju dan oregano. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bebola daging. Kacau hingga rata. Boleh curah atas macaroni yg telah siap direbus tadi.

Selamat mencuba!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
Daging Masak Arab daaa....

Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu, dipotong nipis-nipis
4 camca besar minyak masak
6 biji bawang merah, dihiris halus
6 ulas bawang putih, dihiris halus
1,000 ml santan
50 g puri tomato
1 camca teh garam
5 biji tomato, digiling lumat 300 g bawang merah, digiling lumat
100 g bijan, digiling lumat
½ camca teh jintan putih, digiling lumat
½ camca teh jintan manis, digiling lumat
½ camca teh serbuk lada sulah, digiling lumat
1 cm halia, digiling lumat
2 cm kunyit hidup, dihiris nipis
Cara:
Perap daging bersama bahan giling di dalam mangkuk, sejam. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang merah bersama bawang putih hingga ia terbit bau. Masukkan daging perap, goreng di atas api sederhana hingga kering airnya. Tuang santan, biar ia mendidih perlahan-lahan sambil dikacau selalu hingga ia pekat dan daging empuk. Kemudian masukkan puri tomato, biar hingga ia mendidih, lima minit sambil dikacau selalu. Masukkan garam.

Sila la mencuba..sedap ni..


::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bubur Gandum

Bahan-Bahan:
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji gandum (direbus)
100 gm gula melaka 30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara:
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, gandum dan santan pekat. Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan hidangkan.

p/s: mudah dan cepat...sesuai dimakan diwaktu ptg...hehhehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku nak kongsi resepi kek batik biskut marie yang aku pandai buat kek nih jer satu-satunya..hahahahha...



Bahan-Bahan:
1 paket Milo kecil (200g)
1 bar mentega (buttercup @ farmcows)
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marrie (aku suka perisa coffee)
1 Biji telur
badam (suka ati nak banyak mana)dikisar kasar

Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega dalam kuali
2. Selepas mentega cair, masukkan milo yang dibancuh bersama susu pekat(macam air milo tuh korang buat tapi pekat ler jangan letak air banyak sangat)
3. Putar kan telur sehingga naik buih, masuk kan sekali dalam campuran mentega+milo+susupekat (dengan erti kata lain campakkan semua hahahaha)
4. masak adunan sehingga pekat kemudian Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian Gaul dengan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.
6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.
7. Sejukkan dalam peti ais(bagi beku skit) sebelum di hidangkan.


Cadangan Hidangan:
1. Boleh ditabur dengan coklat rice atau coklat chips untuk hiasan.

tu jer setakat nih yang aku pandai masak hihihihi....

Share this post


Link to post
Share on other sites
knapa slalu sya buat mesti dia mcm lembek je???
leps msk semua bhn2 tu kena tunggu sejuk dulu dak @ teruih ja buboh biskut merry?
takpa nk try tgk akuccputsedut nya resepi..
klu mnjadi nnti sya antor gambr..

Share this post


Link to post
Share on other sites
lepas jer masuk kan semua bahan2 dalam kuali tuh..buttercup + bancuhan air milo + susu pekat + telur yang dah di putar tu kacau jer sampai bancuhan tuh jadi pekat macam coklat yang dicairkan...

pastu terus masukkan biskut marrie tuh masa bancuhan tuh panas2 dalam kuali..kacau sampai sebati bancuhan milo yang dah pekat tuh ngan biskut marrie + time nih masuk badam yang dikisar kasar gaul sekali....

pastu masuk kan dalam bekas tekan2 bagi padat...pastu baru masuk dalam peti ais...

P/S: aku memang pro bab nih sebab aku tau masak nih jer..hahahahha....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Okey kali nih aku nk bagi satu resepi yang paling mudah untuk korang buat...

Kueytiaw Teng...(kuah sup ala siam)

Bahan2..

Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 pax sup sayur
4 ketul ayam (amik bhgn yang byk isi)
Garam secukup rasa
Sebungkus kueytiaw (dicelur)
Fishcake n fishball (kalo bole belila yang bumiputera, terjamin halal sket)
Kangkung
Taugeh
Serbuk kacang (kalo ade)


Cara membuat:

Ok firstly, korang kisarkan dulu bawang besar n bawang putih tuh...then korang tumiskan dalam periuk..dah agak2 garing bawang2 tuh td, perlahankan api..pastu masukkan sup sayur tuh...kacau2 sume pastu masukkan air..agakla sebanyak mane air untuk jadikan kuah..

Ok,pastu bolehla masukkan ayam2 td kedalam periuk tuh...masa ni jugak korang leh masukkan halia yg ditumbuk td dan jugak garam...

Dah agak2 masak, korg leh angkat ayam tuh dulu... Carikkan isi2 die...

Kuey tiaw yg dah dicelur td, korg leh letak dalam pinggan..kemudian letak kangkung n taugeh yg fresh tuh...terus letakkan kuah yg panas2 td dalam pinggan tuh sebelum korang letak bahan2 lain mcm serbuk kacang,ayam dll..

Nak lg sedap korg leh perahkan limau kasturi kat dalam sup tuh..fuhhhh confirm rasa die cam sup siam!

p/s: sup ni tak sesuai untuk letakkan ubi kentang n jugak rempah ratus (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)

sekejap je wat kueytiaw sup nih...setengah jam korg dah leh mkn!

Selamat mencuba!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
agak kecur bile aku tgk resipi yg cm best...

okey ye puan2...resipi kite pd arini adalah ROJAK SOTONG..... ::icon_wink::

Bahan A:
Seekor sotong kembang - kerat 3cm x 1cm- rebus agak2 masak
1/2 biji timun - potong macam saiz buat tauhu sumbat (ikut suka) kangkung air - potong mengikut citarasa -dicelur
taugeh -dibersihkan-dicelur
2 keping tauhu putih -digoreng (jangan garing sangat) - dipotong nipis
kacang tanah -digoreng dan dimesin (jangan terlalu halus)
2 camca besar bijan yang digoreng tanpa minyak

Bahan B-kuah
3 camca besar pis udang
1/2 buku gula melaka
1 sudu cili mesin (kalau nak pedas tambah lagi)
1 camca besar gula pasir
1 cawan air

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A kecuali kacang tanah & bijan-ketepikan
2. Tenggek dalam periuk bahan B hingga mendidih-sejukkan
3. Tuang kuah di atas bahan A dan taburkan bijan & kacang tanah. Siap dihidangkan. Sesuai utk minum petang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sotong Sumbat Berempah




Bahan-bahan

600 gm sotong
500 ml air (Jeni agak2 saja)
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (Jeni guna rempah kari daging/ayam)
2 sudu makan cili kisar (Jeni guna 1 je takut pedas hehe)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa

Jeni tambah satu sudu besar yogurt untuk memberikan rasa lemak2 sikit.


Cara Membuatnya

Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Black Pepper Chili Crab



Bahan-bahan
3 ekor Ketam
Chilli dlm 3 sdm (chili bersama bwg besar - saya dah kisar n tumis kering utk kegunaan bila perlu)
Bawang putih (lebih kurang 3 ulas)
Sos cili
Sos tomato
Oyster sos
1 sudu lada hitam (ditumbur kasar)
Sedikit air

Cara:

Tumis bwg putih hingga wangi, masukkan chili dan kacau sebentar.
Masukan tiga jenis sos dan lada hitam, tambah sedikit air kemudian masukan ketam. Kacau rata dan tutup kuali biar ketam masak.
Kepekatan kuah ikut selera, kalau suka cair tambah sedikit air.
Dah masak apa lagi hidangkan lah

Share this post


Link to post
Share on other sites
Frankfurter bersos

sosej ikut berapa banyak korang nak letak
sos cili,sos cili thai yang dirembat dari KFC adalah paling sedap
bawang putih 3 ulas
bawang besar sikit dalam 2 ulas
minyak masak tanpa plumbum
kuali
sudip
dapur gas,bukan dapur isap ganja
tong gas,bukan tong ngv

cara2 memasak panaskan minyak sesuka hati,masukkan bawang putih yang telah dimayang mengurai,timis sehingga baunya naik manggunakan lif,(tangga pun boleh).pastu masukkan bawang besar,tumis lagi dalam satu minit setengah,masukkan sos dalam 6-8 sudu besar,masak selama seminit,pastu humbankan sosej2 kedalam kawah berapi,masak dalam 2 minit dan tara!!!
dah siap...
cara2 memakan
duduk atas kerusi atau bersila(bukan bersilat)
sudu atau pakai tangan(pakai kaki kalau anda rasa anda cacat!!!)
enak dimakan ketika bersama rakan2 dan seisi keluarga...

yeah nantikan saya chef kesayangan anda dari putera lama sampai ke putera skrg ini untuk resepi2 terbaru dan mudah bagi mereka2 yang pemalas yang amat nak masak tapi nak makan sedap...oh ye nantikan buku terbitan saya yang tak tau la bila nak kuar!!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

hi ladies..(termasuk loy) ::icon_biggrin::

nak request resipi tomyam buleh tak? sapo2 tau buat tomyam yg kaw mcm siam punya tu..apa diorang taruk la..mcm2 cara aku dah buat tak jadi pon...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sardin ala ala aloyz

bahan2 :

satu tin sardin apa2 cap(botan,ayam,marina dll)

bawang putih 3 ulas

bawang besar 2 biji

lada boh 3-4 sudu besar

asam jawa satu sudu kecik

garam halus dlm setengah sudu kecil

air dlm 1/3 cawan

cara2 memasak :

panaskan minyak dalam 3 sudu besar...
tumis bawang putih yang telah dimayang atau cincang dlm seminit sampai naik bau.(bau mungkin berbeza jika anda kentut waktu ini)
masukkan bawang besar yang telah dipotong.
tumisdalam seminit.
masukkan cili boh...tumis sampai garing(dalam 2-3 minit)
masukkan sardin...
masukkan asam jawa ke dalam bekas kecil dan tambah 5 sudu besar air.uli sampai patinya keluar.
masukkan asam jawa kedalam sardin(masukkan air dia aje,biji dia tu boleh baling kat rumah awek sebelah )hehehe...
kacau skit pastu masukkan 1/3 air kedalam sardin...
letak ajinomoto sikit contohnya tak sampai 1/3 sudu kecil(ni pun dah banyak)
perlahankan api,masak dalam 7 minit.....(jangan kacau ikan tu nanti bersememeh isi dia)

Wallah!!!! dah siap dah...try la mesti sedap...

balik ni aku nak buat hahaha...

Share this post


Link to post
Share on other sites
wei..hang tak letak kicap ngan sos ker dalam sardin..????

bahan2 ada garam tapi masa masak takder lak letak garam...???

bahan2 takder ajinomoto masa masak hang letak ajinomoto hang gantikan garam ngan ajinomoto ker pakcik wei..????

Share this post


Link to post
Share on other sites
telur cincang

ini adalah masakan paling mudah bagi mereka2 yang pemalas nak mampos!!!
mudah cepat dan sedap!!!

bahan2 :

Telur ayam 2 biji,bukan telur orang.......(maksud aku telur ayam org kg nak buat keja kawin)
kicap masin atau manis,lemak masin paling sedap...
panaskan kuali,masukkan minyak masak cap org pegang tukul dlm 1 sudu besar
pecahkan telur dan masukkan dlm kuali,tunggu dalam 10 saat pastu masukkan kicap sikit,jgn sampai hitam semua!!!
pastu gaul kasi hancur telur tu!!!
masak dalam seminit...
tara!!! dah siap dah

menu ini adalah dari zaman2 aku kecik2 dulu dimana aku kalau nak makan kena masak sendiri.amat sedap jika dimakan disaat anda takde duit nak makan tapi selera nak makan sedap.makan dgn nasi putih pun sedap!!!

terkenang masa aku keja kat jb dulu inilah menu harian lepas balik keja,seminggu sekali masak sardin huhuu makanan paling mewah masa tu hhuuuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

takpe loy..aku dah tubuhkan R&D aku seniri utk research psl tomyam siam tu..rupanya resepi simple je..alang2 aku dah salin tu (aku pon dah buat 4 hari lepas) aku kongsi dgn korang..

lepas aku pening nak pilih resepi yg mana satu, last2 aku gabung 4 resepi tomyam tu..hahahaha..so ini dia:

TOMYAM SIAM

Bahan-bahan:

stok ayam
udang
serai
lengkuas
daun limau purut
daun ketumbar
cili padi
cendawan tiram
limau nipis (amik jus dlm 3 bijik)
sos ikan
gula

namprik pao <-- cili yg berendam minyak tu..kat pasaraya ada jual, dlm botol
bawang besar kuning (bawang holland ke?)
tomato
halia


* sorila sebab amaun aku tak reti nak tulis..pandai2 korang la ye?

==============================================

cara ianya diperlakukan:


1. didihkan stok ayam

2. masukkan bahan di bawah dan renih sejam <-- diulangi sejam, lagi lama lagi bagus

halia
kepala udang
serai
lengkuas
daun limau purut
urat ketumbar
cili padi


*andaikata korang ada sotong, daging, ayam, tenggiling etc..masukkan time ni, sebab daging menatang tu lambat empuk..harap maklum

3. lepas sejam, BUANG kepala udang, masukkan udang dan cendawan

4. renih 5-10 minit

5. masukkan:

jus limau
sos ikan
gula
namprik pao


6. renih lagi

7. masukkan:

bawang besar
tomato
daun ketumbar


8. renih lagi sekejap

9. hidangkan.

10. makan la kot? tu pon nak ajar ke?

===========================================


info: tomyam siam wajib ada bahan ini:

serai, udang, stok ayam, lengkuas, daun limau purut, daun ketumbar, cili padi, jus limau, sos ikan, namprikpao..


okeh itu sahaja..anda berani? cubalah !!

Share this post


Link to post
Share on other sites
akuccputsedut wrote:wei..hang tak letak kicap ngan sos ker dalam sardin..????

bahan2 ada garam tapi masa masak takder lak letak garam...???

bahan2 takder ajinomoto masa masak hang letak ajinomoto hang gantikan garam ngan ajinomoto ker pakcik wei..????
garam aku lupa nak taip,weh mana ade org letak kicap dalam sardin? pelik...

Share this post


Link to post
Share on other sites
loy_azloy wrote:
akuccputsedut wrote:wei..hang tak letak kicap ngan sos ker dalam sardin..????

bahan2 ada garam tapi masa masak takder lak letak garam...???

bahan2 takder ajinomoto masa masak hang letak ajinomoto hang gantikan garam ngan ajinomoto ker pakcik wei..????
garam aku lupa nak taip,weh mana ade org letak kicap dalam sardin? pelik...

tak la mane pelik nyer. big mama pun letak juga. letak jer.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ada org suka letak kicap... aku pernah mkn sambal sardin dengan kicap. agk sedap la jugk.

Share this post


Link to post
Share on other sites
hahahahhahaha....tak sempat aku cakap apa lagi dah ramai yang sokong aku masak sardin ngan kicap sedap...aku selalu masak sardin buh sardin ngan kicap sekali letak sos cili skit....baru masyukk....hihhihihihi...tak perlu letak ajinomoto...sardin jer dah cukup tak sihat lagi nak taruk aji apa daa....letak garam jer dah laa...

Share this post


Link to post
Share on other sites
loy_azloy wrote:Frankfurter bersos

sosej ikut berapa banyak korang nak letak
sos cili,sos cili thai yang dirembat dari KFC adalah paling sedap
bawang putih 3 ulas
bawang besar sikit dalam 2 ulas
minyak masak tanpa plumbum
kuali
sudip
dapur gas,bukan dapur isap ganja
tong gas,bukan tong ngv

cara2 memasak panaskan minyak sesuka hati,masukkan bawang putih yang telah dimayang mengurai,timis sehingga baunya naik manggunakan lif,(tangga pun boleh).pastu masukkan bawang besar,tumis lagi dalam satu minit setengah,masukkan sos dalam 6-8 sudu besar,masak selama seminit,pastu humbankan sosej2 kedalam kawah berapi,masak dalam 2 minit dan tara!!!
dah siap...
cara2 memakan
duduk atas kerusi atau bersila(bukan bersilat)
sudu atau pakai tangan(pakai kaki kalau anda rasa anda cacat!!!)
enak dimakan ketika bersama rakan2 dan seisi keluarga...

yeah nantikan saya chef kesayangan anda dari putera lama sampai ke putera skrg ini untuk resepi2 terbaru dan mudah bagi mereka2 yang pemalas yang amat nak masak tapi nak makan sedap...oh ye nantikan buku terbitan saya yang tak tau la bila nak kuar!!!!


Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...