Jump to content
coisox

Ipcc 2008 Grant Winner

Recommended Posts

About Bubbletter,

Hehehe.. dah namanya protoip.. bab grafik & sound tu semua belum finalize lagi. Yang penting, nak tunjuk gameplay. Lagipun benda2 tu semua bleh tukar bila2 masa ikut kesesuaian. Jangan plak anggap grafik tu semua dah memang kekal camtu bila game tu siap nanti... Grafik2 serta animasi sebenar termasuk muzik latar dan sound efek akan dihasilkan kemudian. Kena ingat kat sini... innovation dari segi gameplay yang unik jadi kunci utama game tersebut dan benda tulah sebenarnya nak ditunjukkan dalam demo tu.

About Shuball Awaken,

Aku memang minat game ko nie. Kalau ko hantar kat publisher.. sure diorang takkan pandang sebelah mata punya. Malahan pada pendapat aku lah.. game Shuball nie lebih baik dari sesetengah game komersial yang sama genre. Sebenarnya aku expect ko salah seorang pemenang masa pitch tu... bukan senang nak buat game camtu, lagipun memang fun dan good looking graphic (nie bukan nak bodek ko ker apa...hehehe).

Thanks Coisox.

Menitis airmata aku baca apa yang kau tulis.

:mellow:

Share this post


Link to post
Share on other sites

He he... macam bodek je :rolleyes: Kalau betul2 best, mesti kau dah main sampai stage >50. Kalau 30 saat pun tak sanggup main, takde laa best. :P

Actually, aku masih menantikan komen dari tester. Betul ke game Shuball tu terlalu susah? Atau terlalu senang? Sebab kalau aku main, aku leh sampai stage 50 dalam masa 15 minit je tanpa guna sebarang power. Tapi bini aku main, dah pakai cheat mode pun baru sampai level 30. Bini aku hardcore gamers gak. cuma dia tak main genre racing. dia lebih suka game cam Age of Empire, Heroes, etc.

Aku nie peminat TBS. Sebab tu aku suka game cam Ballistic Wars. Aku selalu gak cari kat internet (tak kira laa free or [lanun]), game jenis TBS yg boleh main lama dlm sebulan. Grafik aku tak kisah sangat asalkan tak terlalu buruk macam zaman DOS.

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

About Shuball Awaken,

Aku memang minat game ko nie. Kalau ko hantar kat publisher.. sure diorang takkan pandang sebelah mata punya. Malahan pada pendapat aku lah.. game Shuball nie lebih baik dari sesetengah game komersial yang sama genre. Sebenarnya aku expect ko salah seorang pemenang masa pitch tu... bukan senang nak buat game camtu, lagipun memang fun dan good looking graphic (nie bukan nak bodek ko ker apa...hehehe).

Quoted for truth. (ni pun bukan bodek :P)

Hazmer

Easy Only! Games

Share this post


Link to post
Share on other sites

He he... macam bodek je :rolleyes: Kalau betul2 best, mesti kau dah main sampai stage >50. Kalau 30 saat pun tak sanggup main, takde laa best. :P

Actually, aku masih menantikan komen dari tester. Betul ke game Shuball tu terlalu susah? Atau terlalu senang? Sebab kalau aku main, aku leh sampai stage 50 dalam masa 15 minit je tanpa guna sebarang power. Tapi bini aku main, dah pakai cheat mode pun baru sampai level 30. Bini aku hardcore gamers gak. cuma dia tak main genre racing. dia lebih suka game cam Age of Empire, Heroes, etc.

Aku nie peminat TBS. Sebab tu aku suka game cam Ballistic Wars. Aku selalu gak cari kat internet (tak kira laa free or [lanun]), game jenis TBS yg boleh main lama dlm sebulan. Grafik aku tak kisah sangat asalkan tak terlalu buruk macam zaman DOS.

Game tu takde ler susah sangat pun..... bergantung ler kepada jenis Gamers tu. BTW ko suruh budak2 Gamers kat seksyen game putera nie try main. Ramai tu kat sana. Kalau bini ko hardcore gamer.. so, ko maybe "Extreme SuperHardcore Gamer kot.. tu yang bleh habiskan level sampai stage 50 dalam masa 15 minit... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ha ha... lawak. Anyway, tadi Jordan tanya aku samada aku menang ke tak. Sedih, dia dah bagi banyak support kat aku selama nie tapi aku tak dapat ceritakan benda yg baik kat dia :(

Oh ya, LanoX, mintak tolong buatkan satu logo 130x130 pixel game Bubbletter. Sebab aku nak masukkan kat blog aku.

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

Oh ya, LanoX, mintak tolong buatkan satu logo 130x130 pixel game Bubbletter. Sebab aku nak masukkan kat blog aku.

Ok, malam karang ko on YM, nanti aku transfer...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kau email je kat [email protected].

Aku balik kampung jap agi. Adik aku nak tunang :D

Owh.. adik tunang ek, tahniah! Malam karang aku e-mail. Kat office nie komputer takde benda2 game tu semua.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa planning korang untuk next pitch (aka IPCC 2009). Kena prepare awal ler kalau nak masuk... jangan jadi cam tahun nie, sebulan nak masuk baru nak prepare.. hehehe. Habis kelam kabut gak.. dengan keje & outstation nyer, takleh consentrate betul untuk buat proposal & game presentation yang berkilat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bestnye korg dok bincang2 ni...

terinspirasi jap...

nk gak test main... huhu...

kat mne nk dpatkan??

Kat sini aku ada kumpul semua working demo. Bagi kesemua pemenang IPCC 2008, demo masih blum ada, so bersabar laa. Diorang diberi timeline 8 bulan untuk menyiapkan game masing2. So we can expect dlm 4 bulan lagi working demo will be available.

http://www.malaysianindiegames.co.cc

Anyway, since kau dah terinspirasi, kat sini aku nak kongsi clue utk success:

1. Fokus pada interface and character artwork.

Kalau korang sekadar tau lukis biasa2, cari laa yg power graphic 2D. Make sure PowerPoint korang penuh ngan artwork yg kaw2. Sebab artwork nie ibarat pembuka selera... Macam game Weetopia hari tu, aku tengok intro PowerPoint je aku dah kata dlm hati "hmm... hilang satu slot". Kemudian, bila MC panggil je team AhBonk gi present, terkejut aku! Ingatkan AhBonk datang as penonton, rupanya dia join sekali... dan hatiku berkata "hmm... tinggal satu slot" :D

2. Fokus pada target pengguna = female

Ini bukan sahaja memudahkan korang buat character yg "cute2", malah lebih senang nak jual. Sebab 70%++ pembeli casual game is female. Tapi hampir 50%-50% yg main casual game is male & female. So aku rasa, female nie tak reti nak [biskut tawar]. So lagi senang kalau kita buat game utk diorang :D

3. Cuba pakai Flash

Kelebihan Flash, selain lebih mudah nak manage (aku rasa buat game 3D susah gile nak manage), Flash game memerlukan specification yg lebih rendah. Sebab masa aku present hari tu, ada judge yg mempertikaikan samada game aku sesuai utk laptop 5 tahun lepas. Actually, nie terpulang laa pada masing2. Kalau dah jiwa korang cenderong pada sesuatu tema, kalau dah jiwa korang hanya utk 3D, buat laa 3D. Sebab buat game nie perlukan jiwa.

4. Saiz PowerPoint dalam 10 pages

Ini bukan teori aku tapi kalau korang Google "powerpoint pitching for game", korang akan jumpa satu garis panduan yg menggalakan kita buat 10 pages je. Tumpukan pada business model. Lagipun, masa IPCC Pitching day, korang cuma akan ada masa 10 minit utk present dan 10 minit utk Q&A.

Actually ada lagi beberapa tips tapi malas laa aku nak tulis semua. Boleh YM aku kalau nak tau. Aku percaya LanoG and Affendi pun banyak benda yg boleh share. Dan, kalau korang mintak tunjuk ajar from past winner, lagi bagus. AhBonk (aka Hazmer) tu banyak gile pengalaman. Macam2 projek dia dah/tengah buat. Macam2 competition dia dah pulun... Dah berpuluh2 ribu laa duit dia dapat from competition only. Tu belum campur advertisement. Kalau mintak pendapat dia, macam2 laa boleh belajar.

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

Perdebatan telah bermula kat IGDA Malaysia... hehehe. :D

Betul tu Lanox. Buatla persiapan awal-awal. Lagi best buat terus full version dan jual je kat game portal. Tah yah tunggu2 sgt IP Challenge ni. Baru la lumayan. Hohohoho!!

Tu arr... apa kata IPCC tahun 2009 nanti kita hantar plak 3 team buat presentation. Kita penuhkan dewan dengan Puteranian semua bagi sokongan. Dark Crow.. taknak join ker.

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dark Crow nak masuk category animasi. So dia takkan jadi saingan kita :)

Anyway, fendi, udah lee... takkan tak habis lagi geram tu :P Dah takde rezeki... Tahun depan cuba laa lagi... Tak berjaya gak, cuba lagi next year...

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hoooiisshhh!! Apa ni bagi tahu orang ni. Eh, mana ada..woohoohohohohohoho!! Hamba tidak dapat join game sebab hamba tidak ada programmer. Hohohohohoho!! COCOpie!! Hoooooo!!!

Wahh.. tahniah! Kalau camtu, jumpe next year. Animasi pakai apa buat... fuhh, mesti citer best nie.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku dah berjaya collect beberapa pandangan kenapa Shuball boleh tertewas. Utk memudahkan comparision, aku nak compare with Solitaire (minta maaf team Solitaire kalau tersinggung). Sebab yg 2 pemenang lagi tu aku memang tak heran kenapa leh menang.

1. Kelemahan utama Shuball is marketing.

Kalau Solitaire leh jual 1000 copies, akunye maybe 100 copies jek. Walaupun game diorang is remake, but Solitaire memang dah ada ramai peminat. So tinggal twist sikit2, org senang terima. Sedangkan Shuball, hanya org yg ingin mencari sesuatu yg baru akan cuba. So dari segi innovation, Shuball is much better but on marketing potential, Solitaire win.

2. Kelemahan kedua is marketing

2 kali marketing daa... Ye laa, aku cuba propose sesuatu yg baru dalam variasi marketing strategi. Aku cuba perkenalkan konsep freeware but with free monthly license renewal dan telah mendapat kritikan hangat.

shuballbizmodel.gif

Sepatutnya aku play safe dengan menyatakan aku akan gunakan khidmat portal. Actually, dalam actual plan aku, memang aku target nak cuba segala cara.... aku nak jual kat portal, iklan kat forum, dan kalau tak laku, baru nak tukar plan kepada advertising. Masa tu aku pikir marketing model tak penting sangat sebab everybody boleh tukar bila2. Sama macam team lain, kalau dah portal taknak deal, mesti laa better tukar kepada advertisement system daripada biar projek tak jalan kan? Kat sini aku silap, ingatkan judges tak pandang tu sangat sebab biz model is flexible. But the concept of IPCC Game Design is to see the whole package.

3. Prentation tak canggih

Ini adalah pendapat from grafik artist. Powerpoint sama penting macam game demo. PPT nie macam cover disc, kena cantik, berkilat, menarik, etc. So kalau korang nak masuk IPCC, better make sure PPT berkilat2, penuh ngan artwork2. Upah laa org utk tolong present kalau english korang hancur. Sebab penyampaian tu penting. Jgn ingat org hanya akan pandang our game demo je. Sebab in real world, funder akan tengok cara pembawakan kita gak. But of course, kalau aku laa funder, aku akan tengok gameplay je :D

Aku nak komen skit pasal salah satu team yg present Congkak Ajaib (nie teguran membina, jgn marah). Walaupun korang tak bersedia dan english berterabur, jangan laa sengaja menampakkan kelemahan. Ada ke dia mengakau "actually I'm not really prepared"... :wacko: Aku tau laa dia tu student yg takde masa. Tapi berbangga laa kerana berani mencuba.

4. Salah paham tentang konsep Casual Game Design

Rata2 antara kita pikir, game design is about developing game. Well, aku tak kata korang salah tapi bukannya betul sangat pun. Rata2 antara kita adalah developer (grafik artist and programmer). Jadi kita pikir, kalau dah berjaya buat game demo, itu adlaah satu big shot. Tapi tu dari perspektif kita. Sebab kita nie developer, jadi kita tau buat game tu susah camne, jadi kita cuma akan bentangkan idea2 yg di dalam kemampuan kita, sesuatu yg kita yakin boleh buat. BUT, Game Design is about Game Idea. Tugas seorang game designer ialah berangan dan pikirkan idea nak buat game camne, bukannya jadi programmer. Idea kena creative dan innovative. Sebab tu ramai pemenang, boleh menang tanpa demo. Kita bukan nak membincangkan samada adakah kita mampu deliver or not but sepower mana idea kita. Kemudian, cara management kita, adakah kita mampu mencari programmer dan grafik artis yg boleh merealisasikan angan2 kita tu.

Again, this competition is about Game Design not Game Development. Ramai antara kita (termasuk aku) yg kecewa sebab kita rasa judge salah nilai. Actually kita yg salah paham tentang tajuk competition. Kalau korang nak competition tentang game development, cuba Jayisgames.com or Playyoo.com or what ever.

Of course, kalau game design gempak, di tambah ngan demo lagi bagus. But the game idea is the first priority.

Sometimes, game idea kita bagus, tapi sebab masa yg diperuntukan tu sikit sangat, ditambah lagi english yg hampeh, kita tidak mampu menyampaikan game idea dengan sempurna. Kita tidak reti utk mengkagumkan org lain. Kita tak reti nak dahulukan mana yg patut. Pada pendapat aku, masa Pitching, better fokus kat gameplay and artwork. Tak sempat present bab marketing or benda2 lain pun takpe. Yg penting, mesti boleh buat org minat game kita. Cite je laa panjang lebar pasal gameplay sampai laa loceng berbunyi.

So game design camne yg korang patut buat?

Even aku kata, game idea yg paling penting, tapi kalau korang main bantai features melangit, korang mungkin senang menang, but.... MDEC cuma akan bayar based on progress. Setelah idea cangih manggih korang diterima, kalau korang gagal cari programmer yg mantap, or tak mampu nak siapkan projek, duit geran 50k tu bukannya dapat kat kita. Maybe laa korang leh kutip dalm 10-20k sebab korang boleh kata first stage of your development is graphics artwork. Grafik nie tak pening sangat sebab tak melibatkan bugs. Once dah lawa, lawa laa sampai bila2. Tak mungkin tiba2 esok gambar tu jadi buruk. Tak macam programming, hari nie ok, lepas tambah satu feature, jadi ko plak. Seminggu dok mengadap baru jumpa bugs. Then ko balik... Pehtu lain PC lain plak perangai... ada yg boleh run, ada yg takleh. Kalau grafik, semua sama. Cuma maybe color akan sikit berbeza dari satu PC ke satu PC.

Ada satu kisah utk renungan (tak pasti kebenarannya)

Aku dengar cite nie dari org lain, so samada betul atau tidak, ambik saja laa tauladannya. Salah seorang pemenang IPCC nie, idea dia bagus, judges suka. Dia nie orang grafik. Lepas menang, baru laa nak cari programmer yg sanggup buat projek tu. Cari punya cari, susah nak jumpa. Last2, dia upah programmer from Jepon (bukan nama negara sebenar). Separuh jalan, programmer tu cabut. Then what? Garuk kepala!!! Sampai sekarang tak tau apa cite. Aku macam pernah terbaca (not sure dlm mimpi ke betul), kalau kita gagal deliver projek yg dapat fund melalui geran, kita kena bayar balik with denda. Betul ke?

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

Idea Coisox memang bernas.

Kena cari satu cerita yang bagus untuk menyokong jalan cerita game tu.

Saya harap ramai lebih ramai warga putera akan menyertai pertandingan ini tahun depan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Idea Coisox memang bernas.

Kena cari satu cerita yang bagus untuk menyokong jalan cerita game tu.

Saya harap ramai lebih ramai warga putera akan menyertai pertandingan ini tahun depan.

Yup.. betul tu. Coisox punya post-mortem tu memang sangat bernas. Kadang2 kita buat game sendiri, lebih kepada syok sendiri.. hehehe.

Ada satu kisah utk renungan (tak pasti kebenarannya)

Aku dengar cite nie dari org lain, so samada betul atau tidak, ambik saja laa tauladannya. Salah seorang pemenang IPCC nie, idea dia bagus, judges suka. Dia nie orang grafik. Lepas menang, baru laa nak cari programmer yg sanggup buat projek tu. Cari punya cari, susah nak jumpa. Last2, dia upah programmer from Jepon (bukan nama negara sebenar). Separuh jalan, programmer tu cabut. Then what? Garuk kepala!!! Sampai sekarang tak tau apa cite. Aku macam pernah terbaca (not sure dlm mimpi ke betul), kalau kita gagal deliver projek yg dapat fund melalui geran, kita kena bayar balik with denda. Betul ke?

Korang rasalah, agaknya apa tauladan yang boleh kita diperolehi dari cerita nie...

Edited by LanoX

Share this post


Link to post
Share on other sites

But still, aku dapat rasakan fun masa main Bubbletter :D

Aku ada banyak idea nak improve Shuball tapi bila pikirkan bugs yg bakal dihadapai, huhh.... tak sanggup :P So aku akan stick to the original plan. Shuball yg sekarang nie pun dah 1k++ coding line. Skill coding management aku masa peringkat awal pengunaan Gamestudio tak power, so coding berserabut. Nak start from sketch malas laa plak.

Edited by Coisox

Share this post


Link to post
Share on other sites

Trimas kepada Coisox untuk tips2 yang diberikan. Aku memang bercadang untuk join IPCC tahun depan dan info2 di sini amat berguna untuk aku yang masih rookie ini.

Pada pendapat aku. Dalam keadaan sekarang ini, penggunaan Flash adalah paling sesuai untuk pembangunan Casual Game kerana flexibility yang ditawarkan. Dengan Flash, developer boleh menghasilkan game yang boleh dipublishkan secara online atau dengan erti kata lain sebagai Browser Game dan juga boleh menawarkan download kepada sesiapa yang mahu membeli atau main secara offline. Bukan lar aku nak promote Flash tapi Flash sekarang dah mengarah kepada Object Oriented programming, mempunyai Library and API 3D dan juga mobile2 device sekarang ada yang dah boleh mainkan FLASH dengan menggunakan FLASH Lite. Tidak mustahil suatu hari nanti game mobile yang selama ini menggunakan Java J2ME akan digantikan oleh FLASH :)

Aku dah buat sedikit research pasal tool2 yang sesuai untuk Casual Gaming dan pendapat aku Flash paling sesuai buat masa ini. Hehe..ini pendapat aku jer lar. Mungkin lain orang lain caranya kan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tu bukan pendapat kau sorang. Aku pun nak ke arah Flash. Lagipun, kalau kita fokus kat mobile games (Flash Lite), lagi senang nak market. Hampir setiap isi rumah pakai handphone dan cuma 1-2 bijik PC kat setiap rumah.

Aku pun akan masuk IPCC 2009 menggunakan Flash.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tu bukan pendapat kau sorang. Aku pun nak ke arah Flash.

Me too.. :lol:

Apa kata kita bincangkan model business yang sesuai kat sini. Kalau ada rujukan boleh jadi panduan berguna dalam merangka marketing strategy dan lain2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...