Jump to content
Athrun Zala 02

Pedang Samurai, Shinken, Katana Dan Yang Berkaitan Dgn Nya~

Recommended Posts

Jika topik yg saya buka ini x kena dgn thread ini sila mod pindahkannya ke tempat yg sepatutnya~~~

Ada x sesiapa di sini yg memiliki replika pedang jenis ini atau memang memiliki pedang yg asli???atau ada sesiapa yg berminat dan mempunyai pengetahuan yg luas dalam jenis pedang ini sila kongsikannya di sini~~~~

mari cerita sikit pasal menda nih~

Deference_Hamon_shinken.jpg

ini merupakan jenis mata pedang yang dihasilkan~ yang corak gelombang tuh nampak lagi cool dari yang strait...

tapi kebanyakan katana nih semuanya adalah corak gelombang pada matanya~

katana20explication32cl.jpg

katana20explication13wd.jpg

katana20explication29ss.jpg

nama2 setiap bahagian pada katana

sekarang nih katana diahasilkan melalui 2 cara iaitu:

cara tradisional & di buat kat kilang.

dan cara tradisional lah yang menghasilkan pedang yang berkualiti dan tahan lasak berbanding di buat kat kilang.

Edited by Athrun Zala 02

Share this post


Link to post
Share on other sites

Odachi_Giant_Samurai_Sword_M.jpg

pedang diatas ini namanya odachi... tapi kalau nak tau pedang jepon tidak dipengaruhi oleh pedang cina... tapi bentuk pedang jepon nih banyak mempengaruhi pembuatan pedang di negara2 lain spt korea & thailand termasuk pedang agong sendiri...

Nodachi.jpg

jenis yg lain adalah nodachi

semua hulu pedang mmg dari kayu. cuma cara ia di sediakan biasanya mmg seperti hulu pedang jepon yg biasa

Pedang (Katana & Tachi) Sebenar Milik Shogun Dan Daimyo Terkenal Jepun

TACHI Minamoto Yoritomo (1180)

ssword11809ln.jpg

TACHI Hojo Tokimune (Kamakura) (1274)

hojotokimuneofkamakura12744ia.jpg

TACHI Takeda Shingen (1570)

ssword15707xd.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hishh... minat ker kat pedang katana nie.. nak jadi botusai ker.. hahaha. Aku ada simpan beberapa pedang/parang sebagai collection tapi takde plak simpan pedang katana nie. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Perghhhh!!! Best gila thread ko ni... tak sangka lak akan ada thread pasal pedang samurai... Aku ada sebilah kat rumah... aku beli tahun 2001 kalau tak silap... Sekarang ada banyak jual dari china punya tapi kualiti tak meyakinkan la... ada yang aku jumpa kat jln klang lama tu hulu buat dari plastik... kalau berlaga pastu pecah tak pasal2 melantun balik kat muka kita....

Dulu aku ada baca artikel pasal pembuatan pedang samurai ni... seingat aku pembuatannya gunakan teknik lapisan... besi-besi akan dileperkan dan disusun berlapis-lapis sampai membentuk satu susunan monolithic... kaedah ni menjadikan pedang samurai yang dihasilkan mempunyai sifat spring yang mana sekiranya berlaga takkan mudah patah... itu yang aku ingat... kalau salah tolong betulkan...

Tapi sejak sekian lama... pedang samurai dan keris memang dua benda yang boleh membuatkan aku asyik...

Tambah sket lagi... teknik pegang pedang yang orang tua kat dalam gambar tu buat ikut gaya pedang lama... teknik baru kedua-dua tangan lebih rapat... setakat aku baca camtu lah... sekali lagi kalau salah tolong betulkan...

semua hulu pedang mmg dari kayu. cuma cara ia di sediakan biasanya mmg seperti hulu pedang jepon yg biasa

Hulu pedang aku buat dari besi... tak pasti kalau setakat kulit luar aje besi tapi kat dalam kayu...

Edited by matrix01

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sambungan:-

KATANA Usegi Kenshin (1573)

uesugikenshin15730vx.jpg

KATANA Oda Nobunaga (1576)

srealsword15766nv.jpg

KATANA Toyotomi Hideyoshi (1590)

s15900zz.jpg

KATANA Tokugawa Leyasu (1605)

tokugawaieyasu16055tw.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hamba x tau sangat tentang pedang Jepang ni... tapi hamba pernah tengok video kat YouTube ade orang putih buat exsperimen kat pedang jepun dan pattern dia pun lebih kurang mcm ni gak.. dia tembak pistol kat pedang tu.. pastu peluru tu terbelah dua :lol: !!!...dasat..dasat :wacko: ....itu pedang katana ke tu???..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ttg pedang reverse blade lak:-

swordanatomy.jpg

kalau katana biasa bahagian tajam adalah dibahagian biasa spt mana pada mana2 pedang~

handmadekenshinpr1540yz6.jpg

manakala reverse blade lak bahagian tajam adalah disebaliknya~ iaitu dibahagian belakangnya~

Shirasaya_full_large.jpg

yg nih shirasaya... biasanya boss yakuza jer yg pakai...pemegangnya diperbuat dari kayu~~~

Edited by Athrun Zala 02

Share this post


Link to post
Share on other sites

jenis pedang samurai yg saya minat(boleh dikategorikan sebagai pedang ke senjata dibawah ni??):-

Nama pedang ini ialah Naginatanaginata.jpg

12345_oc1.jpg

naganita.jpg

Naginata1.jpg

Naginata1_big.jpg

The naginata, a long pole with a sharp curving sword blade at one end, like the spear and sword is one of the ancient weapons of Japan. Its name was first visible in the Kojiki (A Record of Ancient Matters, 712) and was used by warrior priests during the Nara Period, around 750 A.D. Furthermore, in the paintings of battlefieled scenes made during the Tengyo no Ran (Tengyo Insurrection), in 936 A.D., the naginata can be seen in use.

It was in 1086, in the book entitles Oushu Gosannenki (A Diary of Three Years in Oushu) that the use of the naginata, in combat, is first recorded. In this period the naginata was regarded as an extremely effective weapon by warrors, however by the time of the 1500s the introduction of muskets and mass battles forced the naginata into becoming a specialist weapon, wielded by warrior priests and women.

By the Edo period, when the naginata was hardly ever used in combat, it became the representative weapon of samurai women. They would engage in training in order to polish the virtues of Harmony, Order, Chastity and Moderation. The traning would also develop the etiquette, style and personalities of the trainees. Furthermore a fashion developed where samurai families would display naginata in prominent places such as the entrances to theeir homes they would also be clearly visible in parades led by the local lords, and were even given as pressents to brides.

Due to the influence of westernization after the Meiji Restoration the perceived value of martial arts, naginata included, dropped severely. It was from this time that the focus of training became the strengthening of the will and the forging of the mind and body. During the Showa period naginata became a part of the public school system.

Edited by Athrun Zala 02

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

pedang katana adalah yg terbaik dan tertajam di dunia..dibuat oleh pakar yg bukan calang2 org...pemilihan bijih besi, bakar dlm relau...taruk arang (karbon) secukupnya...utk jadi steel yg berkualiti tinggi..

corak tu terhasil masa proses pertengahan lagi..diorang taruk mcm tanah liat kat kawasan atas tu...pastu diorang bakar lagi...tujuannya utk kekalkan bahagian tanah liat tu agak 'sejuk' sikit dari yg takde tanah liat (mata)

lepas diorang bakar tu...diorang dengan pantas akan celup kedalam air...so mata katana tadi akan menyejuk dengan serta merta...believe it or not bilah tu akan membengkok ke atas mcm pisang sebab tindakan tadi (rendam dgn cepat)...kalu korang tau prinsip dwilogam...yg kawasan lebih sejuk (ada tanah liat) akan lebih cepat mengecut dari yg panas (mata tajam)..

bermakna bilah bengkok tu terhasil dari ala prinsip dwilogam dan bukan ditempa.. :rolleyes: lalu menjadi identiti bagi katana..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pedang lengkung secara rasminya sudahpun wujud sejak kurun ke 10 Masihi, tetapi tidak sepopular pedang lurus. Hanya beberapa ratus tahun kemudian ia menjadi popular kerana bentuk lengkung itu mengurangkan impak ketika melakukan tetakan. Ini boleh dibuktikan melalui kiraan fizik yang melibatkan sudut & kekuatan potongan, kelengkungan, tangen & normal.

Pada era pra serangan Mongol, pedang samurai tidak sekuat yang kita ketahui hari ini. Hanya setelah teknik 'folded-steel' dibawa masuk dari China, barulah teknik tersebut digunakan utk menempa pedang samurai. Terdpt 2 teknik 'folded-steel' yg utama iaitu yg pertama, teknik 'multiple-folding' di mana besi panas dilipat beberapa kali utk mendptkan kekerasan yg diinginkan. Pedang yg dihasilkan melalui teknik ini perlu dilengkungkan secara manual. Teknik kedua iaitu 'fused-folding' di mana besi berkarbon tinggi yg lebih keras dilipat utk mengapit besi berkarbon rendah yg lebih lembut di tengah-tengah. Oleh kerana kadar pengembangan dan pengecutan besi-besi ini berbeza, ia akan melengkung secara semulajadi apabila menyejuk. Selalunya, di antara proses melipat ini, asid borik pepejal akan dimasukkan di celah-celah lipatan utk mengelakkan pengoksidaan yg boleh melemahkan struktur pedang.

Kelebihan pedang samurai berbanding pedang 'saber' dari barat ialah ia lebih ringan dan lincah utk dikawal. Walau bagaimanapun, pedang 'saber' yang lebih berat dan besar mempunyai kelebihan lain di mana ia berkeupayaan memotong sasaran walaupun dlm keadan tumpul dan tidak berasah. Ini kerana rekabentuknya yg menukarkan hampir semua impak tetakan kepada kekuatan memotong tambahan.

Sumber maklumat dari ahli2 forum puteranime.com~~~~

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa itu katana? haa.. aku pun baru memahaminyer.. jom kita baca:-

Katana (?) adalah pedang panjang Jepun (dait?, ??), walaupun ramai penduduk Jepun menggunakan perkataan ini sebagai merujuk kepada semua jenis pedang. Katana (disebut sebagai [katana]) adalah kunyomi (Sebutan Jepun) bentuk kanji ?; onyomi (Sebutan Cina) adalah t?. Ia merujuk kepada pedang satu mata, melengkung yang khusus yang secara tradisi digunakan oleh samurai Jepun.

Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan wakizashi, atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai daisho, dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah samurai (buke pengiring kepada daimyo). Sarung senjata scabbard bagi katana dikenali sebagai saya, dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir tempoh Edo, yang dikenali sebagai tsuba.

Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah iaido (juga dikenali sebagai batt?-jutsu atau iaijutsu), dan kendo adalah seni berpedang dengan shinai (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang koryu lama masih wujud (Kashima Shinto Ryu, Kashima Shin Ryu, Katori Shinto Ryu).

dalam semua katana jepun ni ada ketegori nyer mengikut saiz pedang..

Semua pedang Jepun dihasilkan menurut kaedah ini dan mempunyai bentuk yang agak sekata. Apa yang membezakan pedang yang berlainan adalah panjangnya. Pedang Jepun diukur dalam unit "Shaku". Satu shaku sekitar 12" atau 30 cm.

Bilah yang lebih pendek dari 1 shaku dianggap tanto (pisau).

Bilah yang lebih panjang dari 1 shaku tetapi kurang dari 2 dianggap wakizashi (pedang pendek).

Bilah yang lebih panjang dari 2 shaku dianggap 'daito', atau pedang panjang. Pedang 'katana' termasuk dalam kelas ini. Bagaimanapun, istilah 'katana' sering disalah gunakan: sesuatu pedang hanya dianggap katana sekiranya ia dikenakan dengan mata keatas melalui ikat pinggang (biasanya diiringi dengan wakazashi atau tanto). Jika ia digantung dengan ikatan dari pinggang, ia dikenali sebagai 'tachi'.

Mata bilah yang luar biasa panjang, dipakai menyendeng dibelakang, dikenali sebagai ?dachi atau nodachi. '?dachi' juga digunakan seerti dengan katana.

Perlu juga disedari bahawa terdapat banyak jenis pedang kayu untuk tujuan latihan, termasuk jenis diperbuat daripada kayu(bokken) dan yang diperbuat daripada buluh (sering digunakan untuk latihan kendo, biasanya dirujuk sebagai shinai).

Itu adalah cara membezakan mereka menurut saiz, dan dibawah pula adalah bagaimana mengbezakan pedang Jepun menurut tarikh pengbuatan:

sebelum 900: Lurus dengan dua mata, seperti pedang Cina pada era yang sama, ini boleh dikatakan sebagai 'Stail Cina' Chinese Style.

700-1500: 'Koto': jenis ini dianggap kemuncak seni pedang Jepun. Model awal mempunyai lengkungan tidak sekata dengan dengan lengkungan paling besar pada bahagian pangkal.

1500-1867: Diejek dengan geleran 'shinto', atau 'pedang baru'. Pedang ini dianggap kurang bermutu berbanding koto, dan bersamaan masa dengan kemerosotan dalam kemahiran penghasilan pedang.

1867+: Jika berbentuk koto, ia dikenali sebagai 'shin shinto', atau 'pedang baru dihidupkan semula' (harafiah: 'pedang baru yang baru'). Ia dianggap lebih berkualiti berbanding shinto, tetapi kurang berbanding koto.

1876+ (selepas-pengistiharan Haitorei): Sebarang bilah yang dihasilkan secara pukal diejek sebagai 'gunto'. Ini sering kali berbentuk pedang saber Barat berbanding katana, walaupun terdapat banyak pedang baru (1970+) yang dibuat agar kelihatan menyerupai katana, tetapi dihasilkan secara pukal.

Untuk mengkelaskan cara pedang dikenakan:

sebelum 1500: Kebanyakan pedang digantung dengan ikatan pada pinggang, mata kebawah. Stail ini dipanggil 'jindachi-zukuri', dan semua daito dipakai menurut cara ini dikenali sebagai 'tachi'.

1500-1867: Hampir semua pedang dikenakan pada ikat pinggang ( sash ), berpasangan dengan pedang pendek. Kedua bilah dikenakan mata ke atas. Stail ini dikenali sebagai 'buke-zukuri', dan semua daito dikenakan cara ini adalah 'katana'.

1876+: Disebabkan pengharaman dan/atau pembubaran golongan Samurai, kebanyakan bilah dikenakan menurut cara jindachi-zukuri, seperti pegawai tentera laut Barat. Baru-baru ini (1953+) terdapat kebangkitan semula stail buke-zukuri, tetapi oleh kerana pedang hanya dibenarkan untuk tujuan pertunjukan demonstration, ia tidak begitu penting.

Nota sisi: pedang yang dikhususkan sebagai tachi secara umumnya adalah koto bukannya shinto, dengan itu ia dihiasi dan dihasilkan dengan lebih baik. Bagaimanapun ia masik bergela katana jika dikenakan menurut cara 'buke-zukuri' moden.

Nota sisi tambahan: kebanyakan pelbagai jenis lembing dilengkapi dengan bilah yang dihasilkan menurut stail yang sama dengan pedang Jepun. Walaupun sering diketepikan dalam penulisan Barat, lembing merupakan senjata pertama bagai sebarang samurai ataupun petani, dan bilah pada mata lembing samurai seringkali berkualiti tinggi. Bagaimanapun, walaupun begitu, pedang masih dianggap sebagai semangat samurai, bukannya lembing.

Besi Jepun tradisional dianggap sebagai bahan terbaik untuk menghasilkan pedang. Komposisi sepenuhnya berbeza antara pandai besi dengan pandai besi dan satu penghantaran bijih dengan yang lain.

Salah satu formula moden (dari Perang Dunia II) memerlukan:

komposisi: 0.04% molybdenum 0.05% tungsten

0.02% titanium

1.54% tembaga

0.11% manganese

0.1% to 3% karbon

jumlah silika berbeza

dan beberapa bekas (sediki) bahan lain

Besi adalah bakinya (membentuk sebahagian besar besi waja).

Peratusan besar karbon memberikan bilah kekuatan, sementara silikon meningkatkan kelenturan mata bilah termasuk keupayaannya menangani ketegangan. Katana direka untuk memotong daging, oleh itu komposisi ini tidak selalunya mencukupi untuk menembusi perisai.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nak tanya nih,..

Bahagian Corda (tali) pada sarung pedang tu untuk diikat kat pinggang atau biarkan jer terjuntai sebagai perhiasan

Lagi satu, kat mana untuk kita dapatkan pedang samurai ni kat Malaysia?..ada tak pertubuhan yang kawal selia untuk dapatkan pedang samurai nih,. legal ke,..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Simpan pedang tu tak salah, untuk tujuan koleksi, perhiasan dan sebagainya. Kat internet pun ada jual, boleh dapat dalam area RM200 kalau tak silap. Try check lelong.com. Aku pun ingat cam nak buat collection. Jangan dibawa ke hulu hilir dah ler, memang ler kena tangkap. :D Kalau dari segi undang-undang Malaysia, menjadi satu kesalahan kalau bawa benda tajam di tempat umum, kecuali peralatan berkaitan tujuan tertentu seperti peralatan berkebun dan sebagainya. Kalau pedang, memang ler tujuannya nak mencederakan orang, takkan nak buat tebang pokok pulak. Keh keh keh...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nak tanya nih,..

Bahagian Corda (tali) pada sarung pedang tu untuk diikat kat pinggang atau biarkan jer terjuntai sebagai perhiasan

Lagi satu, kat mana untuk kita dapatkan pedang samurai ni kat Malaysia?..ada tak pertubuhan yang kawal selia untuk dapatkan pedang samurai nih,. legal ke,..

sebenarnya rata2 yg jawab memiliki katana kene ada lesen~

saya pun tak tau kenapa kena ada lesen~ sebab nampak cool sgt kot berbanding parang biasa ngan keris tuh~

sapa yang memiliki katana kalau polis nampak berkemungkinan besar akan dirampas lagi ler kalau bawak kat khalayak ramai~

kalau replika aje takper rasanya... kalau ada pertubuhan pon hanya kelab2 seni mempertahankan diri yg berdaftar aje yg dibenarkan menyimpan dan mengendalikannya... tak leh bawak kuar dari permis dia org kecuali dia org nak buat pertunjukkan atau pertandingan... tapi jarang atau tak pernah lagi aku dgr ada pertandingan yg guna pedang samurai nih...

bahagian tali tuh pulak... nampak ramai yg tak ikat pon hanya selit kat pinggang dia org atau pikul mcm tuh jer...

mkn fungsi asalnya mmg utk di ikat kot... tapi bila jadik perhiasan biasa jer menyebabkan ia nampak lagi cool~

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hamba x tau sangat tentang pedang Jepang ni... tapi hamba pernah tengok video kat YouTube ade orang putih buat exsperimen kat pedang jepun dan pattern dia pun lebih kurang mcm ni gak.. dia tembak pistol kat pedang tu.. pastu peluru tu terbelah dua :lol: !!!...dasat..dasat :wacko: ....itu pedang katana ke tu???..

salam... maaf mencelah.... yup, tu katana bro...

Nak tanya nih,..

Bahagian Corda (tali) pada sarung pedang tu untuk diikat kat pinggang atau biarkan jer terjuntai sebagai perhiasan

Lagi satu, kat mana untuk kita dapatkan pedang samurai ni kat Malaysia?..ada tak pertubuhan yang kawal selia untuk dapatkan pedang samurai nih,. legal ke,..

ade, sy ade supply... tp skang slow sket sbb brg nie illegal... tp sepanjang sy simpan blom lagi la kene tgkap ke, masuk jel ke, ape ke... hehehehehhe.... kalau berminat boleh la ke blog sy.... sy promote dkt sana.... tp jgn mintak pure katana udah le, sy x jual yg tu, mahal sgt... dlu jual, tp pyh nk cr market... so sy jual yg high quality tp berpatutan.... insyallah... ape2 bley la email sy ok? [email protected] service 24 hrs. hehehehehhehehe.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak sampai kot puluh ribu. Kalau yang biasa dijual pun bilah dia buat dari keluli, ada gred dia aku tak ingat, tapi kalau dari keluli pun kira kuat jugak tu, tebas kepala pun boleh putus, dalam RM500 ke bawah boleh dapat dah, kalau benda ni replika pun, boleh jugak mencederakan orang. Try check lelong.com. Aku pernah nampak orang jual pedang Anduril dalam LOTR lagi, gempak tu, starting bid area RM50.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku dah jumpa pedang2 nih jual kat online. battle rady sword lagi..

harga dia rm400 ke atas tak silap.

aku ingat nak beli ar satu.. so spa2 bak join boleh la.. tapi, dalam 3 tahun lagi la... lol..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Setau aku la, klau katana yg betul2 handmade mmg cecah berpuluh riban, sbb aku ader member cina, bapa dia kumpul katana n diala yg cite katana yg betul2 handmade dr japan mmg mahal namanya pun handmadekan, yg byk kita tgk kt lelong tu sumenyer yg mass producenyer, tp still klau asah bleh putus tangan gak klau libas :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

Setau aku la, klau katana yg betul2 handmade mmg cecah berpuluh riban, sbb aku ader member cina, bapa dia kumpul katana n diala yg cite katana yg betul2 handmade dr japan mmg mahal namanya pun handmadekan, yg byk kita tgk kt lelong tu sumenyer yg mass producenyer, tp still klau asah bleh putus tangan gak klau libas :ph34r:

betul tu..bukan aku kata yg replika tu tak tajam...yg handmade ni mahal sebab proses dia tu..start dari bijih besi lagi sampai ke polish..suma guna tangan2 pakar...kalu yg mass production ni, kilang buat la..kualiti paham2 la

ala kalu kuih bahulu pon dpt beza yg kilang punya atau handmade..sedap lagi handmade :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku dah jumpa pedang2 nih jual kat online. battle rady sword lagi..

harga dia rm400 ke atas tak silap.

aku ingat nak beli ar satu.. so spa2 bak join boleh la.. tapi, dalam 3 tahun lagi la... lol..

Lol ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...