• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada [email protected] 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________
Sign in to follow this  
Followers 0

Penipuan Sms - Perkembangan Terbaru

18 posts in this topic

Posted · Report post

Assalamualaikum, salam hormat. Sebelum memulakan isi topik ni, sila baca berita dari Harian Metro 23/5/08 ni.

Spoiler :

Imam terjerat

Oleh Rashidi Karim

KANGAR: “Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh,†kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, Muridi Mohammad.

Muridi, 42, berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.

“Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja,†katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu.

Mengimbas kejadian itu, Muridi berkata, beliau menerima SMS daripada nombor telefon +6281584051 yang tertera ‘From Astro AF6. Nombor Sim Card anda berjaya memenangi RM14,000. Untuk info sila hubungi 0062817705397’ pada Selasa lalu.

Menurutnya, ketika dihubungi, seorang lelaki bertutur dengan pelat Indonesia mendakwa wakil Astro mengesahkan Muridi adalah pemilik kad modul pengenalan pengguna (SIM) bertuah, lalu meminta nombor akaun bank untuk urusan deposit wang hadiah.

“Pada mulanya saya sedikit ragu untuk mengikuti arahan terbabit, tetapi terpedaya dan menyerahkan satu daripada tiga nombor akaun milik saya yang mempunyai nilai simpanan paling sedikit.

“Saya kemudian diminta ke bank dan menghubungi nombor berkenaan untuk kali kedua, tetapi mula meragui dan terus memeriksa baki akaun sebelum mendapati dua transaksi tidak sah dilakukan dengan nilai pengeluaran masing-masing RM120.

“Pelik dengan kejadian berkenaan, saya terus meminta penjelasan bank sebelum dimaklumkan ia kejadian pertama seumpama itu dan terus membuat laporan di Balai Polis Kangar,†katanya

Selain itu, beliau membuat aduan mengenai penipuan terbabit di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perlis, Deputi Superintendan Wong Ing Sung, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 12 kes hampir sama terutama membabitkan penipuan SMS yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sindiket penipuan AF bukan perkara baru dan sudah lama berlaku. Malah, pihak berkuasa termasuk polis dan institusi perbankan di negara ini sudah berkali-kali mengingatkan orang ramai jangan mudah terpedaya.

“Berdasarkan maklumat, kami percaya mereka mempelbagaikan taktik termasuk menggunakan nama pelbagai jabatan atau syarikat termasuk Astro sebagai samaran untuk memperdaya mangsa bagi menyerahkan nombor akaun bank,†katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Perlis, Mohd A Aruwan Ab Aziz, berkata walaupun perkara ini bukan baru, ia aduan pertama diterima di negeri ini, terutama membabitkan penipuan SMS AF6.

“Kami akan memanjangkan aduan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut. Sementara itu, orang ramai diminta tidak menyerahkan sebarang butiran peribadi kepada pihak tertentu terutama yang menawarkan hadiah lumayan tanpa sebab.

“Seelok-eloknya, semak terlebih dulu sebarang peraduan melalui SMS dengan syarikat terbabit, sebelum memberikan maklumat bagi mengelak menjadi mangsa,†katanya.

Aku dah pernah dengar benda ni memang lama dah. Aku sendiri pun pernah dapat SMS mengarut camni. Cuma yang aku cuba bawak kat sini, sesiapa yang ada pengetahuan atau maklumat tentang bidang ni, harap boleh kongsi sama. Ada beberapa aku musykil mengenai perkara ni. Harap sesiapa yang tahu, boleh kongsi sini untuk pengetahuan umum dengan harapan dapat meningkat kesedaran dan mengurangkan jumlah mangsa.

Persoalannya:

1. Teliti nombor telefon yang diberi. Aku rasa tu memang bukan nombor Malaysia. Member aku pun pernah cakap dalang atau orang yang buat benda ni bukan orang Malaysia tapi dari Indonesia. Ada sesiapa boleh ulas pasal ni?

2. Dalam kebanyakan kes, wang dalam akaun simpanan lesap setelah kita beritahu nombor akaun simpanan tersebut. Masalahnya, macamana boleh berlaku? Aku tak berapa tahu sangat pasal perbankan ni, tapi setahu aku, kalau kita nak keluarkan duit tanpa guna ATM card, kita kena pergi kat kaunter, pastu mesti ada IC atau pengenalan diri, baru boleh keluar. Ada kemungkinan lain ke?

Setakat ni sini jer, kalau ada lain nanti aku tambah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

hmm aku ada crita cam ni gak..tapi kisah ni terjadi kat diri aku ngan mbr aku.

aku dapat SMS dari no indonesia kata sim terpilih dari celcom menang rm15000.

aku cal no tu balik n si penipu tu mengaku dari manara petronas celcom.dia tanya

ada x akaun maybank n aku cakap xda.kebetulan mbr aku dgr perbualan ni n dia ofer

akaun maybank dia utk transaksi duit aku.mulanya aku tolak sebab dari mula aku kurang percaya

n si penipu ni bertutur dalam pelat indonesia yang pekat.slepas dipujuk oleh mbr aku ni,aku pun beralah sebab

kata mbr aku, "ala ni akaun aku,lau da papa aku sendiri yang tanggung.hang tak rugi papa pun".

aku dengan selambanya n tanpa fikir panjang terima jer..kat bank,aku call penipu tu balik n dia soh aku wat

maybank2u iaitu transfer akaun ke pihak yang satu lagi..segala urusan memang cepat n penipu tu boleh tahu brapa

ringgit yg ada dalam akaun kita.mulanya mbr aku hilang rm930.kemudian bila dapat gaji,semua duit dalam akaun dia

lesap.2 bulan mbr aku merana sebab hilang duit n last2 dia tukar akaun.

moral~jangan jadi bodoh n tamak (termasuk diri aku) pikir dulu kesan2 yg bakal kita terima.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Wizard, boleh detailkan lagi tak step dia, boleh kaji sket MO diorang ni. Dalam beberapa kes, memang ada diorang suruh depositkan dulu duit kita (tu yang pelik, nak bagi hadiah duit, tapi suruh depositkan dulu duit kita pulak). Tapi kalau ikut laporan pak imam kita tu, dan jugak beberapa citer lain yg aku dapat, duit diorang dalam akaun lesap hanya dengan memberi no. akaun bank je. Tu yang aku pelik. Boleh ke duit kita hilang terus camtu? Kalau ya, macamana diorang buat? *Biskut tawar* ke (power ler pulak diorang)? Ke ada orang "dalam" bank tu sendiri yang buat hal? Siapa ada info/pengalaman/citer meh ler kongsi sini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

oooo.duit tu hilang coz da 1 transaksi antara si penipu ngan mangsa..

melalui apa ek..ha,transfer akaun.mulanya penipu tu akan suruh korang

aktif kan no pin transfer yang diorang akan bagi(no pin utk diorang keluarkan duitkorang ler)

pastu diorang akan proses semua data yang ada kat dalam akaun mangsa.melalui no pin tu,diorang

boleh tahu ada brapa ringgit yang ada dalam akaun tu.pastu diorang akan suruh mangsa keluarkan kad atm & masa tu la korang akan tahu yang duit dalam akaun korang dah lesap.

:unsure:

kalau stakat bagi no akaun pun,penipu tu ada kepakaran + teknologi untuk "godam" duit dalam akaun.

so korang kalau nak buat transfer akaun ngan orang yang tak dikenali berhati2 la..tu nasihat aku utk korang

suma.

percaya la sebab aku sendiri saksi kejadian ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Baru complete sket info tu. Ni pak imam ni tak cerita abis ler ni kot. Suratkhabar ni pun satu, citer pasal peristiwa je, citer ler dari segi teknikal, baru intelektual sket. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

surat kabar pun lupa kot nak tanya detail..x pon panjang

berjela2 nak karang.ahaks :lol:

slalu lau msg cam tu masuk,aku reply balik

tapi ayat aku u nak duit rm100000 tak?kalau nak call no I balik :rolleyes:

hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

oooo.duit tu hilang coz da 1 transaksi antara si penipu ngan mangsa..

melalui apa ek..ha,transfer akaun.mulanya penipu tu akan suruh korang

aktif kan no pin transfer yang diorang akan bagi(no pin utk diorang keluarkan duitkorang ler)

pastu diorang akan proses semua data yang ada kat dalam akaun mangsa.melalui no pin tu,diorang

boleh tahu ada brapa ringgit yang ada dalam akaun tu.pastu diorang akan suruh mangsa keluarkan kad atm & masa tu la korang akan tahu yang duit dalam akaun korang dah lesap.

:unsure:

kalau stakat bagi no akaun pun,penipu tu ada kepakaran + teknologi untuk "godam" duit dalam akaun.

so korang kalau nak buat transfer akaun ngan orang yang tak dikenali berhati2 la..tu nasihat aku utk korang

suma.

percaya la sebab aku sendiri saksi kejadian ni.

aku confius ckit...

klu transfer pkai mybank2u bukan kt jer yg ader no pin tu...yg mybank sms kat no hp kt wtpe kt nk amik yg dorg punyer no pin..

Edited by zookambing

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

pelik

kat memana bsn ada notis penipuan ni sejak previous2 AF lagi

tu pun masih ada org terkena

sejak bila AF bagi duit menang kalau kita guna duit

tak kisah le AF ke apa ke, kalau nampak SMS yg berbunyi anda menang ke, sila bagi nombor akaun ke,

delete jer, kalau bukan penipuan pun contohnya iklan pun delete je

email pun sama, buat semak inbox je

Edited by DRS

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Betul gak tu, aku pun tak berapa paham. Melainkan pihak penipu ada maklumat keselamatan akaun, camno diorang boleh buat transfer sesenang je? Dalam kes pak imam ni dan kebiasaan yang lain, aku tak rasa diorang ni pakai M2U. Elok kita check balik step buat transfer M2U.

1. Login akaun, kena masuk ID ngan password.

2. Kena pulak mintak TAC number.

3. TAC number sampai kat no tepon kita.

4. Buat transfer, letak jumlah yg ingin transfer dan TAC number.

So dari sini kita dapat simpulkan, untuk melakukan transaksi, perlu ada ID, password, pastu TAC number. TAC number ni pulak hanya boleh guna dalam tempoh masa terhad dan sentiasa berubah, pastu dia sampai kat tepon kita je. Kalau teknik "phishing", ni antara ciri-ciri yang diorang guna.

Ciri keselamatan kuar duit kat ATM, kad ATM sendiri, nombor PIN.

Kalau kuar duit kat bank, kena ada pengenalan diri.

So, aku pun tak paham camno duit tu boleh hilang, melainkan pihak penipu tu memang dah dapat kita punya ciri keselamatan macam PIN number ke dan sebagainya.

Any comment?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

erm itu kalau korang buat secaara sah.

dalam kes ni diorang godam akaun tu...bukan nya buat perpindahan duit.korang

bagi klu sket jer kat diorang,diorang leh wat ler.lagi pun macam mana diorang

leh tau 4 digit terakhir no akaun korang?melalui nama,jenis bank & no

permulaan akaun korang jer diorang dah leh rangka no keseluruhan akaun korang....

So, aku pun tak paham camno duit tu boleh hilang, melainkan pihak penipu tu memang dah dapat kita punya ciri keselamatan macam PIN number ke dan sebagainya.

Any comment?

akaun tu kena godam la mr pyan... :blush:

Edited by wizard

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Maknanya sistem sekuriti kat bank2 di Malaysia nie masih lemah hinggakan boleh digodam dengan sewenang2nya oleh penjenayah. So, ke mana hilangnya pakar security Malaysia nie.... takkan tak boleh trace ke mana duit tu masuk atau ke akaun mana. Semua nya boleh dikesan per....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Maknanya betul la akaun tu kena [email protected]|<, camtu bahaya ler pulak kalau setakat dengan info yg terhad diorang boleh kopak akaun orang. Aku ada terfikir gak ada kerja orang dalam, tapi memandangkan depa ni dari Indon, maybe takkan la pulak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Penjenayah sekarang ni pun makin hebat bab2 teknologi ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

So,konklusinya kalo ada mana2 sms yg menawarkan ganjaran yg x masuk akal x payah percaya..Perhalusi dengan dengan rasional:)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

So,konklusinya kalo ada mana2 sms yg menawarkan ganjaran yg x masuk akal x payah percaya..Perhalusi dengan dengan rasional:)

tak semestinya sms. scammers skang ni byk cara lain nak tipu org

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Maknanya sistem sekuriti kat bank2 di Malaysia nie masih lemah hinggakan boleh digodam dengan sewenang2nya oleh penjenayah. So, ke mana hilangnya pakar security Malaysia nie.... takkan tak boleh trace ke mana duit tu masuk atau ke akaun mana. Semua nya boleh dikesan per....

ermm aku pun tak tau..sebab aku ngan mbr aku tu g kat kaunter tanya pastu korang

tau jawapan diorang apa?"maaf encik,kami tak tahu mana hilang duit tu tapi kami akan

cuba cari".lepas 2 bulan mbr aku g skali lagi kat bank tanya diorang cakap masih tak dapat cari kerana

duit tu hilang melalui internet..aku sbnrny sangsi sket sbb dia buat melalui transfer akaun..

aku tau setakat ni jer la sebab bila aku tanya mbr aku,dia cakap still x dapat kesan..

korang da papa idea x?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

so, adakah ni kes penipuan SMS AF6, atau kes akaun bank kena [email protected]|<?

ke atau pihak bank buat berita salahkan SMS?

ke imam ni kad ATM dia tercicir/kena curi dan ada org SMS kat dia mintak key password kad ATM dia?

tak lama dulu ada kawan satu kolej swasta belajar bahasa inggeris ni org hongkong,

kesian, akaun bank dia boleh kena [email protected]|<

masa tu belum ada AF lagi

ke yg imam tu hilang duit dia kebetulan ada org [email protected]|< akaun dia

tak pun ke anak dia curik kad ATM dia keluarkan duit tu

dgn bilangan keluar yg dua kali, dan setiap satu cuma rm120, sangat pelik

sebab org terer kalau dah mencurik mmg akan terus curi semua skali dan cuma skaligus habis terus.

lain cerita le kalau dia takder kad ATM, mmg kena [email protected]|< lah tu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Mana-mana saja ler yang logik. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now
Sign in to follow this  
Followers 0