Jump to content
Destroyer

Keputusan Upu

Recommended Posts

huwaa...aku nak asasi sains uitm tapi dapat diploma sains uitm daa...huwaa...sedihnyer aku!

:unsure:

ni..pada sape2 yang keliru..korang baca la benda ni..aku dapat kat laman web sifu..

moga2 lepas ni takla korang keliru nak gi matrik ke, asasi ke or diploma...

hah,..baca!

............................................................

...........................

MATRIKULASI OR ASASI OR DIPLOMA???

Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.

Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.

Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.

Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2008 ini.

Pertengahan tahun 2008 - Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM.

Pertengahan tahun 2009 - Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.

Pertengahan tahun 2010 - Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.

Pertengahan tahun 2011 - Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.

Pertengahan tahun 2012 - Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.

Pertengahan tahun 2013 - Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.

Pertengahan tahun 2014 - Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belaja di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.

Pertengahan tahun 2015 - Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2014 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.

* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.

........................

So pilihla laluan korang sndiri...huhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Thanx 4 da information...memang benar2 membantu..hehehe :lol:

hehehe..tQ kat aku ke?

aku copy n paste jer benda tu..

ucap tQ kat sifu..

klu sifu masuk laman web ni,aku mohon maaf byk2 coz copy bnda ni n paste kat sini..

tapi aku takde niat tak baik..aku just nak tolong sesape yg keliru tu..

aku tak nak ar kedekut..so,share ar apa bnda yg aku baca kat sni...

ika,dapat matrik ke?kat ne?

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehe..tQ kat aku ke?

aku copy n paste jer benda tu..

ucap tQ kat sifu..

klu sifu masuk laman web ni,aku mohon maaf byk2 coz copy bnda ni n paste kat sini..

tapi aku takde niat tak baik..aku just nak tolong sesape yg keliru tu..

aku tak nak ar kedekut..so,share ar apa bnda yg aku baca kat sni...

bagi laa credit kepada website asal atau kepada tuan punya artikel kat atas tu,

sebagai menghargai tulisan dan idea dia..

Share this post


Link to post
Share on other sites

dia dah bg credit kot..

ni har website dia..

http://sifu2b.wordpress.com/2008/03/13/bag...m/#comment-2051

tQ tQ the one man!!

hehehe..sori ar scorps..tapi atleast aku mengaku gak yang aku copy benda tu dari website sifu...

dapat akaun kat perak...ko lak?

aku?kedah daa..jauh ar..aku duk kl..dapat kedah..aku tak mohon pun kat sna..adeh!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

uhuhuh,sapa kat sini dpt uitm tesl or law???

me!!!sambil raise up my hand.... :ph34r: :ph34r:

ko dapat ke???law ke tesl???ok x klo wat course ni kat uitm???

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko dpt aper law ker tesl?...aku dah nak masuk sem 3 dah sem ni kat uitm ni kos asasi undang2...tapi kan kalo ko nak tau kos asasi uitm skang ni dah ader pembaharuan start dari badge aku dia dah start bagi 1.duit rm1000 setiap satu sem 2.yuran pendaftaran diorang bayarkan setiap sem 3.yuran makan pun diorang bayarkan(dpt kupon or duit yg mana rm 120 sebulan 4.kalo sapa ddk sabah and sarawak diorang bayar tambang pergi dan balik utk balik cuti sem ajer....mmg bez pasal g sana blaja jer tanpa kuar byk duit tapi kena strugle sikit pasal dulu badge atas aku lulus ajer dah ler masuk degree..skang uitm letak sasaran 3.0 utk degree dari asasi

Share this post


Link to post
Share on other sites

same ar utim

NAMA PROGRAM PENGAJIAN : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK)

IPTA : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

tapi tak tau kat ner ...website uitm tulis "Harap Maaf: Pangkalan Data sedang dikemaskini"

Share this post


Link to post
Share on other sites

"Harap Maaf: Pangkalan Data sedang dikemaskini"

bikin cuak jer!hehee :D

Erm..aku lak dpt kat Unimap..kejuruteraan metalurgi..tp dlm dilema r..x au nak pilih ner satu..

(Refer new post Uniten atau Unimap)

Share this post


Link to post
Share on other sites

wehh..

leh x kite replace tmpt org yg xnk pegi u tuh..

cth si A dpt asasi engineerin tp decide xnk pegi,

and si B ni nak sgt asasi engineerin tp dpt kos laen..

boleh x si A bg tempat die kat si B??

help plss.. :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

wehh..

leh x kite replace tmpt org yg xnk pegi u tuh..

cth si A dpt asasi engineerin tp decide xnk pegi,

and si B ni nak sgt asasi engineerin tp dpt kos laen..

boleh x si A bg tempat die kat si B??

help plss.. :blush:

harapan ar dpt buat..

chances are near to zeroooo

kalau camtu sume main trade je..

ade ramai lg org yg lg deserve tempat tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

harapan ar dpt buat..

chances are near to zeroooo

kalau camtu sume main trade je..

ade ramai lg org yg lg deserve tempat tu..

okeh,

i think i deserve that place also.

because she got straight a,

me got straight a oso..

dr got wasted..

better she pass to some who REALLY interested for her place..

nvm..

im just asking..

pretty curious.. :blush:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku dah kate dah.......

yg agak2 cemerlang ar dapat dua tawarn....

xpe ah,rezeki kite kat matriks ar kot kan..

uish xde mkne nyer.

aku bese jer.

x bape nk cmrlg. :D

upu dpt.mtrk dpt kot

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...