Jump to content
pcbase

Bahaya Hidup Dekat Menara Pemancar Telekomunikasi

Recommended Posts

Hidup bawah pancaran maut

Oleh Helmy Abd Rahman

[email protected]

KELANA JAYA: Ibarat telur di hujung tanduk. Itulah situasi dihadapi penduduk Taman Subang di sini, yang dipercayai berisiko lebih tinggi diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman, bersama 10 pelajarnya, baru-baru ini, melalui kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di taman perumahan itu.

Anak lelakinya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah dan peliknya selepas dirawat, ketumbuhan itu kembali berulang.

Anak perempuannya pula dijangkiti ‘herpes zoster’ iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal.

Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus responden dilaporkan diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami penyakit sama.

Kebanyakan kes berlaku sesudah sebuah menara pemancar telekomunikasi didirikan di taman perumahan itu 10 tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung dengannya.

Dr Adlina yang turut menghuni taman perumahan itu mengambil inisiatif membuat siasatan mengenai bahaya kesan radiasi gelombang elektromagnetik (EMR) dihasilkan menara pemancar telekomunikasi sebelum melakukan kaji selidik dua minggu membabitkan 170 responden terbabit.

“Mengikut kajian satu badan dibiayai Kesatuan Eropah (EU) yang dipanggil Reflex menunjukkan, wujud kemungkinan gelombang elektromagnetik bertenaga rendah (EMF) dapat memusnahkan kromosom, merubah aktiviti sesetengah gen dan mempercepatkan pembahagian sel.

“Ini bermakna ada kemungkinan sesiapa yang mempunyai sel kanser peringkat awal berdepan risiko maut secara mendadak jika masuk ke Taman Subang dengan percambahan segera sel itu yang dipertingkatkan melalui gelombang EMF.

“Dengan jumlah lebih 50 antena dan cakera pemancar gelombang yang dipasang pada menara berkenaan, bayangkan berapa banyak gelombang EMF terpaksa diserap penduduk setiap hari,†katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, objektif kaji selidik yang dilakukannya untuk menentukan kesan EMR terhadap penduduk Taman Subang membabitkan kejadian kanser, simptom tertentu, kekerapan sambaran kilat dan kebimbangan penduduk setempat berhubung kewujudan menara telekomunikasi berkenaan.

“Hasil kaji selidik itu menunjukkan angka mengejutkan membabitkan kejadian kanser di kalangan penduduk apabila mendapati 18.8 peratus daripada responden lelaki berumur 40 hingga 59 tahun diserang kanser berbanding hanya 0.21 peratus penduduk lelaki Malaysia dalam lingkungan usia sama mengalaminya.

“Responden wanita pula dalam lingkungan usia sama 2.56 peratus berbanding hanya 0.38 untuk keseluruhan kes di negara ini.

“Bagi lelaki berumur 60 ke atas (responden) pula, 11.54 peratus penduduk Taman Subang mengalaminya berbanding lelaki negara ini yang seusia (0.94 peratus), manakala wanita seusia di Taman Subang 13.3 peratus berbanding 0.67 peratus di Malaysia.

“Secara amnya, 8.23 peratus di kalangan 170 responden mengalami kanser berbanding tidak sampai satu peratus membabitkan keseluruhan populasi penduduk negara ini mengalaminya,†katanya.

Menurutnya, kaji selidik berkenaan dibuat membabitkan penduduk yang tinggal dalam lingkungan jarak 120 meter dari menara berkenaan dengan populasi penduduk dibahagikan tiga zon lingkungan iaitu Radius A yang berjarak 40 meter, Radius B (80 meter) dan Radius C (120 meter).

“Penduduk yang tinggal dalam Radius A mengalami simptom paling tinggi membabitkan keluhan pening, hilang ingatan, kurang penumpuan, loya, kemurungan, hilang selera makan, sakit kepala, gangguan penglihatan, gangguan waktu tidur dan ketidakselesaan, manakala penduduk yang tinggal dalam Radius B pula mengalami gangguan haid, penurunan keinginan syahwat, masalah kardiovaskular, kelainan pergerakan, gangguan pendengaran, keletihan serta ketidakselesaan.

“Walaupun simptom itu semakin berkurangan apabila menuju Radius C, zon berkenaan mencatat distribusi kes kanser paling tinggi,†katanya.

Dr Adlina berkata, pihak berkuasa perlu mengambil langkah sewajarnya dengan menghentikan operasi menara telekomunikasi itu seberapa segera untuk kesejahteraan penduduk.

“Saya sendiri terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM20,000 untuk merawat dua anak. Anak lelaki saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah dan selepas dirawat, kembali berulang. Anak perempuan saya pula dijangkiti ‘herpes zoster’ iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal. Seluruh ahli keluarga kami juga sentiasa berasa pening kepala melampau.

“Selain itu, kedudukan menara yang terlalu hampir dengan rumah penduduk iaitu sekadar 10 meter menimbulkan persoalan kerana garis panduan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan jarak 150 meter,†katanya.

Kes penyakit berbahaya di seluruh dunia disebabkan gelombang elektromagnetik dihasilkan pemancar telekomunikasi

>Kes 1 - London

PADA Ogos 2007, syarikat telefon bimbit Orange bersetuju mengalihkan pemancarnya yang dikenali ‘Menara Kemusnahan’ yang dipasang di atas bumbung pangsapuri lima tingkat selepas tujuh penduduk yang tinggal di bangunan itu diserang kanser dengan tiga daripada mereka meninggal dunia, manakala empat lagi sedang bertarung nyawa.

Peratusan kanser membabitkan penduduk yang tinggal di tingkat atas bangunan itu ialah 20 peratus, 10 kali ganda melebihi kadar keseluruhan negara berkenaan.

Sejak menara itu dipasang pada 1994, penduduk terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan seperti pening kepala melampau dan sebagainya.

>Kes 2 - Warwickshire, England

SEBANYAK 31 kes kanser pernah dilaporkan berlaku di satu jalan berhampiran sebuah menara telekomunikasi di bandar berkenaan. Hampir 10 daripada kira-kira 30 kakitangan sebuah sekolah istimewa berhampiran menara itu dilaporkan terkena barah sejak 2000, manakala selebihnya mengalami pelbagai masalah kesihatan lain.

>Kes 3 - Osafia, Israel

DALAM tempoh empat tahun (sejak 2000) seramai 165 orang meninggal dunia akibat kanser di satu kawasan kejiranan di Osafia yang mempunyai pemancar telekomunikasi.

Hal ini menyebabkan Kementerian Kesihatan negara itu membuat kajian kaitan kes kanser dengan pemancar di kawasan terbabit serta bercadang memanjangkan kajian mereka ke bandar Yavne, Modeen, Reud dan Tamra yang turut mempunyai pemancar seperti itu.

>Kes 4 - London, England

PADA 2002, ketua masyarakat setempat, Iain Duncan Smith menggesa kerajaan British menyiasat kaitan di antara 16 pemancar telekomunikasi yang dipasang pada bumbung sebuah bangunan di South Woodford apabila lima penduduk daripada tujuh rumah mengelilingi bangunan itu diserang kanser.

Kejadian kanser membabitkan penduduk yang tinggal jauh dari situ adalah rendah.

Kes 5 - Cardiff, Wales

SEKURANG-KURANGNYA lapan penduduk di St George dan St Brides mati akibat kanser dalam tempoh lima tahun. Setiap satu daripada 10 rumah berhampiran pemancar di Bedfordshire mencatatkan kematian akibat kanser.

>Kes 6 - Norfolk County, Amerika Syarikat

PADA 2006, 17 orang yang tinggal berhampiran menara pemancar di Norfolk County dilaporkan mengalami gangguan kesihatan termasuk pening kepala, keletihan, loya dan sebagainya sejak menara itu didirikan.

Menara itu kemudian dipindahkan.

petikan metro

http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtam...icle/print_html

Share this post


Link to post
Share on other sites

ini termasuk tiang2 elektrik yg besar tu ke? (maksud aku yg selalu brdktn dgn stesen janakuasa elektrik)

kdg2 aku tgk menara telekomunikasi dibina ikut suka hati...berdekatan dgn perumahan...xkn pnduduk nk pindah plak..kesian2 :mellow:

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehhe...susah ar kalo kena pidah...

syarikat telekomunikasi nie nak bagi perkhidmatan baik tapi dengan secara lansung dier bagi penyakit yang merbahaya sekali...

hampeh tul...

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah ada banyak kes...so orang yang berdekatan tu...apa kata pindahh...tak takut kena kanser ke?

risikonyer adalah kenser dan leukimia. ubat mudah dah leni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kadang2 kita kena pikir balik kenapa cendikiawan islam dulukala tidak mengembangkan teknologi berdasarkan asas-asas pengetahuan mendalam yg dimiliki oleh mereka.........byk perkara yg dirasakan oleh mereka jika dikembangkan byk memudaratkan manusia....oleh itu, mereka menghadkan kajian mereka sekadar utk pengetahuan tentang kebesaran ALLAH....contohnya, teknologi atom dipercayai telah ditemui oleh Ibnu Sina..tetapi kerana memikirkan kesannya terhadap alam sejagat, beliau menghentikan kajiannya....dipercayai buku mengenai atom tulisan ibnu sina itu telah ditemui oleh einstain semasa menelaah buku2 karangan cendikiawan islam di perpustakaan dijerman yg dikatakan yg terbesar didunia...

smua pengetahuan yg asalnya dijumpai dan dikaji oleh cendikiawan islam dulukala, telah dimanipulasi oleh sarjana barat semata-mata memenuhi nafsu dunia mereka setelah tersedar dr lena yg panjang.......oleh kerana terlalu ghairah dan jauh dr adab2 islam yg menekankan keharmonian dan keselamatan sejagat, maka terus-terusan digunakan pengetahuan yg asalnya utk menunjukkan kebesaran Allah itu semata-mata utk kepentingan hemogoni duniawi semata.....sekarang impaknya sudah melanda setiap penjuru alam....

p/s:betulkan jika aku salah......

Share this post


Link to post
Share on other sites

mcm mane gelombang tue blh ade radiation?...pelik aku...pastu kene kanser...bkn kene radiation jd mutant ker? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

mcm mane gelombang tue blh ade radiation?...pelik aku...pastu kene kanser...bkn kene radiation jd mutant ker? :lol:

kalo kena radiation jadi mutan so kena bukak skola mutanlah...

sebab ramai yang kena radiation...

hahahaahah...lawak di petang hari..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Janji ujian terperinci

Oleh Helmy Abd Rahman

[email protected]

http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Setempat/...icle/index_html

PETALING JAYA: Wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘bergegas’ ke Taman Subang, Kelana Jaya di sini, semalam, tidak sampai dua jam Harian Metro memasuki pasaran dengan pendedahan mengenai penyakit kanser dialami segelintir penduduk ada kaitan dengan kewujudan menara pemancar telekomunikasi di situ.

Difahamkan, mereka yang turut disertai wakil syarikat telekomunikasi dan beberapa wakil penduduk termasuk Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman, membuat pemeriksaan awal.

Pasukan itu turut berjanji akan melakukan ujian lanjut secara lebih terperinci dalam masa terdekat.

Dr Adlina sebelum ini membuat kaji selidik mengenai kesan radiasi ‘menara maut’ itu di kalangan penduduk Taman Subang.

Menurutnya, beliau sempat menyerahkan keputusan kaji selidik yang dilakukan bersama 10 pelajarnya, baru-baru ini, kepada wakil SKMM dan syarikat telekomunikasi terbabit.

“Secara dasarnya, pihak SKMM turut berpandangan sama mengenai lokasi pembinaan menara yang kurang sesuai kerana terlalu hampir dengan rumah penduduk.

“Mereka juga berjanji akan membuat bacaan kadar radiasi dalam masa terdekat dengan bantuan Agensi Nuklear Malaysia (Mint),†katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai risiko tinggi penduduk diserang kanser dan pelbagai sakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi terbabit.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat Prof Madya Dr Adlina bersama 10 pelajarnya, baru-baru ini, melalui kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di taman perumahan itu.

Anak lelakinya turut dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah dan peliknya selepas dirawat, ketumbuhan itu kembali berulang.

Anak perempuannya pula dijangkiti ‘herpes zoster’ iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal.

Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus responden diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami penyakit sama.

Kebanyakan kes berlaku sesudah sebuah menara pemancar telekomunikasi didirikan di taman perumahan itu 10 tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung dengannya.

Prof Madya Dr Adlina yang turut menghuni taman perumahan itu mengambil inisiatif membuat siasatan mengenai bahaya kesan radiasi gelombang elektromagnetik (EMR) dihasilkan menara pemancar telekomunikasi sebelum melakukan kaji selidik dua minggu membabitkan 170 responden terbabit.

Jurucakap satu daripada syarikat telekomunikasi yang meletakkan cakera pemancar di menara berkenaan, ketika dihubungi, semalam, enggan mengulas lanjut mengenai isu menakutkan itu.

“Menara berkenaan dikongsi bersama tiga syarikat telekomunikasi. Kami berpendapat kurang wajar memberi sebarang komen pada masa ini,†katanya.

Walaupun berkali-kali mencuba, Harian Metro tidak berjaya mendapatkan ulasan SKMM berhubung isu terbabit.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo kena radiation jadi mutan so kena bukak skola mutanlah...

sebab ramai yang kena radiation...

hahahaahah...lawak di petang hari..

kalau bkak sekolah mutan sape nk jd prof.X?kau ke Viking?sbb kau tak ade perasaan..hehehe :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

x psl2 semua jd tahyul...hahaha...klau pakai handset,celcom wireless broadband bole gakkenekan

x psl2 semua jd tahyul...hahaha...klau pakai handset,celcom wireless broadband bole gakkenekan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Penduduk kerap pening, sakit mata

MELAKA: Pendedahan akhbar ini mengenai risiko menghidap kanser bagi penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran menara pemancar komunikasi baru-baru ini, membimbangkan penduduk Bukit Duyong, di sini, berikutan kedudukan dua menara pemancar di kawasan itu yang didirikan sejak lebih 10 tahun lalu.

Seorang penduduk, Othman Md Salleh, 64, berkata dia sekeluarga mula cemas sebaik membaca laporan mengenai risiko penduduk yang tinggal berdekatan menara telekomunikasi boleh terdedah kepada pancaran radiasi yang menyebabkan kanser.

Katanya, pada awal pembinaannya, menara pemancar itu hanya mempunyai beberapa cakera atau piring tetapi ia mula ditambah sejak beberapa tahun lalu.

Dia berkata, dia sekeluarga juga berasa ada berlaku perubahan apabila suhu dalam rumahnya menjadi semakin panas berbanding dulu.

“Kehangatan dalam rumah kami itu sungguh luar biasa dan kami ada juga terfikir sama ada ia berkaitan dengan cuaca semasa bagaimanapun, sejak dua bulan lalu kami sentiasa menghidupkan kipas angin walaupun pada waktu malam.

“Lebih ketara apabila setiap kali anak cucu kami pulang ke rumah ini, mereka (cucu) sentiasa menangis kerana berasa kurang selesa dengan keadaan suhu dalam rumah, malah saya dan isteri, Alijah Kasim, 63, kini sudah mula berasa ada perubahan pada diri kami iaitu kami kini kerap sakit kepala,†katanya kepada Harian Metro di rumahnya di sini, semalam.

Othman berkata, sejak kebelakangan ini, dia mendapati dirinya mengalami beberapa masalah kulit, mata dan beberapa simpton lain mungkin ada kaitan dengan radiasi pancaran menara.

Sementara itu, seorang penduduk dari Kampung Permatang Duyong, Ramli Hat, 47, berkata sebaiknya menara pemancar telekomunikasi yang dibina di kawasan bukit berhampiran kampung berkenaan dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Dia mendakwa, terdapat empat menara seperti itu di atas bukit berhampiran dan sangat membimbangkan.

http://www.hmetro.com.my/Saturday/Setempat...icle/print_html

Bukan perkara luar biasa

Oleh Helmy Abd Rahman

KUALA LUMPUR: “Kejadian kanser yang dikaitkan dengan menara komunikasi bukan baru, malah pernah berlaku di Sabah,†kata Ketua Penyelidik Pertubuhan Unit Sains Kampung Lingkudan Sabah (Puskal), Dr Mustafa Nasir.

Beliau yang juga pakar astronomi dalam bidang isyarat radio semula jadi angkasa lepas, berkata kira-kira 10 penduduk di Kampung Silau, Ranau, Sabah pernah menanggung derita diserang kanser dan beberapa penyakit ganjil yang sukar diubati dipercayai berpunca daripada radiasi sebuah menara telekomunikasi berhampiran kampung berkenaan.

Berikutan itu, katanya beliau dan penduduk meminta pihak Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia (SKMM) Sabah, membuat siasatan lanjut serta memindahkan menara berkenaan, tahun lalu.

“Anehnya, penyakit ganjil seperti itu cuma berlaku di situ dan tidak berlaku di kawasan lain.

“Secara kebetulan, pejabat saya juga terletak di kawasan itu dan atas dasar keprihatinan, saya dan wakil penduduk membuat aduan kepada SKMM.

“Walaupun pihak SKMM memaklumkan kepada kami kawasan berkenaan selamat diduduki berikutan bacaan kadar radiasi yang rendah, keputusan itu tidak memuaskan hati kerana ujian cuma dilakukan dalam tempoh satu ke dua hari sedangkan pelbagai kejadian serangan penyakit ganjil berlaku depan mata selepas menara itu wujud bertahun-tahun.

“Akhirnya, selepas mengadakan perbincangan dengan penduduk dan ketua masyarakat setempat, SKMM bersetuju untuk tidak menyambung operasi menara selepas tamat kontrak selain menurunkan struktur sebuah lagi menara telekomunikasi yang baru didirikan di Kampung Selayang,†katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas mengenai pendedahan Harian Metro mengenai risiko penduduk diserang kanser dan pelbagai sakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi.

Isnin lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan mengenai risiko tinggi penduduk diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi di Taman Subang, Kelana Jaya.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman, bersama 10 pelajarnya melalui kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di Taman Subang, Kelana Jaya.

Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus responden diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami penyakit sama.

Dr Mustafa berkata, pihak berwajib tidak sepatutnya mengambil risiko dengan membina menara telekomunikasi berhampiran rumah penduduk.

http://www.hmetro.com.my/Saturday/Setempat...icle/index_html

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pendedahan medan elektromagnetik

SM Mohamed Idris

Wed | Apr 30, 08 | 5:06:58 pm MYT

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat laporan akhbar baru-baru ini yang merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh pensyarah Fakulti Perubatan UiTM, Profesor Madya Dr Adlina Suleiman. Kajian itu mendapati lebih daripada 8% penduduk yang ditemu bual di Taman Subang di Kelana Jaya didapati mengalami kanser. Menurut Dr Adlina, kebanyakan kes muncul selepas menara telekomunikasi didirikan di kawasan kediaman mereka 10 tahun lalu.

Pada umumnya, sudah pun terdapat bukti global yang mencukupi menunjukkan kemungkinan kesan berbahaya kepada manusia terutama sekali kanak-kanak hasil daripada pendedahan kepada medan elektromagnetik (EMF). Ini sudah cukup bagi penggubal dasar supaya mengambil langkah mencegah untuk melindungi kesihatan manusia.

Di beberapa negara, undang-undang mengawal kehadiran wayar penghantaran sumber lain radiasi bukan ion di kawasan kediaman dan kawasan lain yang mudah terjejas memandangkan kepada keprihatinan terhadap kesihatan.

Pada Jun 2001, International Agency for Research on Cancer (IARC), cawangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengumumkan bahawa medan magnetik frekuensi rendah boleh menyebabkan kanser dalam kalangan manusia, berdasarkan kaitan yang didapati antara pendedahan EMF kediaman dan leukemia kanak-kanak dan dua jenis kanser kalangan orang dewasa.

CAP menggesa Kementerian Kesihatan dan kementerian berkaitan yang lain supaya bertindak tanpa sebarang penangguhan lagi untuk menggubal undang-undang dan langkah lain bagi melindungi rakyat Malaysia daripada pendedahan kepada radiasi elektromagnetik daripada sumber seperti talian tenaga, sub-stesen, dan menara telekomunikasi. Ini termasuklah memindahkan menara telekomunikasi daripada kawasan yang terjejas dan tidak meluluskan pembinaan kawasan kediaman atau tempat kerja berdekatan talian penghantaran tenaga dan sumber lain EMF.

Daripada menunggu bagi semua bukti saintifik diperolehi, tindak balas kerajaan perlu berdasarkan Prinsip Pencegahan yang antara lain menyatakan bahawa "apabila terdapat aktiviti yang menimbulkan bahaya kepada kesihatan manusia atau alam sekitar, langkah pencegahan perlu diambil malah jika hubungan kesan dan sebab tidak sepenuhnya wujud secara saintifik." - lanh

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...