Jump to content
Sign in to follow this  
kerelovani

Nak Bukak Syarikat Kontraktor

Recommended Posts

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru lagi kat sini..Saya nak tanya sikit nih..Saya berminat untuk membuka syarikat kontraktor saya sendiri. Soalan2nya berbunyi begini:

1. Apakah proses2 yang perlu saya jalani?Ade kursus ke?Nak isi borang ape?

2. Bolehkah saya membuat pinjaman bank untuk modal permulaan?Camne?Ini kerana setahu saya, jika hendak mendapatkan lesen kelas f perlu ada modal rm10k,kalau kelas E rm17k,dan saya plak xde modal langsung.Jadi camne ye?Ada x pinjaman untuk siswa lepasan ijazah?

Ini saja yang saya nak tanya setakat ni. Saya harap akan mendapat jawapannya secepat mungkin. Terima kasih.. :):)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kelayakan untuk mendapatkan lesen kontraktor.

1. Syarikat / Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Boleh rujuk SSM.com.my.

2. Boleh rujuk laman PKK untuk maklumat tambahan.

3. Ada Company Profile.

4. Ada Akaun Bank. (Statement 3 bulan)

5. Kalau boleh ada potongan KWSP untuk pekerja.

6. Dalam profile tu ada surat pembekal (e.g bahan binaan, peralatan, jentera)

7. Ada pernah buat kerja-kerja Sub kontrak.

8. Permohonan CIDB/PKK/MOF selalunya dokumen dan syarat hampir sama.

9. Permohonan Kelas F PKK dibekukan.

p/s: Cadangan Tahun 2008 oleh MARA kepada PKK supaya membuka permohonan Lesen Kontraktor Kelas F pelatih Giatmara SAHAJA. Harap membantu.. Usahalah lebih sikit naik turun tangga ofis-ofis yang berkenaan. Satu lagi, Giatmara menyokong penuh pelatihnya menjadi usahawan. Peruntukan MARA Pinjaman RM50k untuk pelatih yg tamat kursus.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Betul tu 1st thing ko kena setup company dahulu. Register dkt SSM. Modal utk setup / register company baru tak sampai dlm rm100. Tpi seperti kata atok kelas F telah dibekukan buat masa sekarang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo kelas F dibekukan..boleh ke sy apply utk kelas E?

sape2 ade kawan yg kerja kat PKK?

bukan senang nak lompat kelas ni bang! tapi kalo ada kabel ok la! bole tumpang sekaki. hehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites

untuk dapatkan maklumat pasal nak jadi kontraktor boleh lawati http://pkk.mecd.gov.my

korang nak mintak kelas ape pon boleh dari F, E,D, C, B,A.. asalkan modal cukup.. tapi yang penting ko kenala ada sijil kursus asas kontraktor dulu. pastu kena la ada sijil yang berkaitan ko nak mintak tajuk dia nanti... Kelas F memang dah Dibeku. atau yang paling senang kena ada diploma kejuruteraan awam. memang confirm tajuk akan banyak...

Kabel bagi aku tak perlu sangatla kalu setakat nak buat pendaftaran pkk. tapi kalu nak projek memangla kena ada kabel.. kalu takder kabel payahler...hehehee

Selain itu ko kena gak ada CIDB, ituyang paling penting. untuk kontraktor.. Lesen PKK hanya untuk kerajaan jer.. kalu ko takder pon tkper... Buat Subcon jerla. hehehehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kadang2 pakai alibaba jer... mase tahun 2006 dulu ade sorang kontraktor kelas A pinjam degree aku untuk renew lesen kontraktor die... pastu die buat2 la seolah2 aku ni keje sbg engineer dalam kompeni die dan die bayar epf aku untuk 3 bulan... camtu jer... die mmg orang melayu, sebab tu aku bagi... kalo bukan bumiputra aku takkan bagi... hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan inisiatif untuk menyatukan pendaftaran kontraktor di bawah satu agensi sahaja iaitu di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, jemaah menteri pada 14 September lepas telah meluluskan pelaksanaan sistem 1RoC berkonsepkan ‘Satu Pendaftaran, Satu Klasifikasi, Satu Bayaran’ bagi mewujudkan 1 sistem pendaftaran kontraktor pembinaan yang komprehensif.

“Sistem 1RoC adalah satu kaedah yang mengasingkan prosedur pendaftaran kontraktor dan penetapan taraf bumiputera kepada agensi berasingan iaitu CIDB dan juga Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Dalam perkara ini, CIDB bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan pendaftaran kontraktor manakala PKK hanya bertanggungjawab kepada penetapan taraf kontraktor bumiputera, “ katanya dalam sidang media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya di sini.

Shaziman berkata, idea mewujudkan 1RoC telah dicetuskan kementeriannya setelah PKK diletakkan di bawah pentadbirannya pada 10 April 2009.

“Idea ini mula dibincangkan apabila wujud dua agensi di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu CIDB dan PKK yang menjalankan fungsi dan tanggungjawab sama iaitu melakukan pendaftaran dan membangunkan kontraktor pembinaan, “ ujarnya.

Menurut beliau, pendaftaran 1RoC juga turut dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan industri pembinaan dan pendaftaran kontraktor.

“Antaranya, 1RoC dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan, mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawab, mengurangkan kerenah birokrasi, menyeragamkan polisi pembangunan, akreditasi dan pendaftaran kontraktor serta memastikan pemusatan maklumat kontraktor yang komprehensif,” jelasnya.

________________________________________________________________________

* Untuk makluman, Perlaksanaannya kemungkinan besar akan dilancarkan pada awal September 2012 akan datang. Segala urusan berkaitan pengurusan perkhidmatan pendaftaran bolehlah menerusi dan menghubungi HP: 016-6631979 (Ezlie) atau email ke [email protected]. Anda juga boleh mengisi borang pendaftaran online untuk 1RoC CIDB-PKK disini.

Ezlie Syafarin Baharin

HP: 016-6631979

DaftarSyarikat.biz

Tel: +606-2331350

H/P: +6016-6631979

Email: [email protected]

Web: www.daftarsyarikat.biz

Related Posts :

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...