Jump to content
KaLiFah

-

Recommended Posts

1 je soalan ,

nape kat malaysia ni ... dalam berita , atau kat mane2 je ... teknologi pasal PLC ni senyap je...

org TNB kat tempat aku ni .. takde cakap ape2 pun pasal PLC ni ..

thanks..

Share this post


Link to post
Share on other sites

1 je soalan ,

nape kat malaysia ni ... dalam berita , atau kat mane2 je ... teknologi pasal PLC ni senyap je...

org TNB kat tempat aku ni .. takde cakap ape2 pun pasal PLC ni ..

thanks..

tu ler pasal... dok gembar gembur kat luar je lebih... dalam malaysia ni camner??? orang nak melabur pun tengok prospek jugak, kalo tak, buta2 jer kena tipu...

contohnya skim jai network (korang korek2 la, dalam putra.com ni pun ade), ia cakap yang produk die sangat laris di negara2 asia, terutamanya indon dan thai (yang aku heran, kenapa lansung aku tak penah tengok penjualan besar besaran kat malaysia)... die jugak mengakui pemegang hak pengedar tunggal asia untuk produk itu.... pernah masuk paper beberapa kali.... keuntungan dibayar kepada pelabur sehingga 2 kali ganda nilai pelaburan dalam masa 8 bulan...

Hakikatnya, skang ni semua akaun dibekukan, semua pelabur kehilangan wang pelaburan... so, bertindak bijak lah sebelum terlambat... Kaji betul2 sebelum tarik orang masuk...

ps:: aku tak samakan skim jai netwrok denagn skim kau yang kat atas tu... hehehe.. skadar pandangan biase2 jer... Tapi kebetulan, nama kompeni hampir sama, MYGH2U.COM NETWORK SYSTEM, JAI NETWORK SYSTEM... hehee

Edited by azmi_tech

Share this post


Link to post
Share on other sites

harap topic starter ni , leh komen serba sedikit ..

aku berminat jgak... tapi susah sangat nak percaya lar benda2 mcm ni .. :)

'' Beringat sebelum terkena ''

Share this post


Link to post
Share on other sites

errm..

Teknologi PLC ni..yang dijalankan oleh TNB dah masuk FASA 3 dah bro..

Tadi ade user kate org tnb tak tau..mmg..tak sume org tnb tau..coz, tnb sub kan ke company swasta lain utk memasang equipment berkenaan...

macam mane aku tau??

hehe...sy ade geng yang wat keje utk PLC ni bro..

benda ni akan establish dlm bbrapa tahun lagi..tunggu jela streamyx mgkin down sket bla PLC dah siap sepenuhnya kat malaysia...

:lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalo tak tau fakta lebih baik jangan bercakap.

Teknologi PLC sebenarnya bukan lah dipelopori oleh TNB (Ini Fakta), teknologi ni dah lama dah dibuat kajian kat luar negara.

Dan organisasi/syarikat yang bertanggungjawab bukannya FAR ALLIANCE, tapi PLC ALLIANCE

INI OFFICIAL WEB PLC ALLIACE - http://www.plc-alliance.org/

Jangan jadi macam syarikat EM-PAY, guna nama/lesen IPC SHOPPING untuk buat sistem yang takde market value.

Jangan jadi macam syarikat JAI NETWORK Sdn Bhd guna lesen JAI NETWORK SYSTEM untuk menghalalkan pelaburan haram.

Aku cadangkan ko supaya buat kajian yang mendalam tentang sesuatu teknologi terlebih dahulu dari semua sudut, teknikalnya. Jangan kerana KOMISYEN yang tak seberapa, ko sanggup menganiaya bangsa sendiri dengan dengan janji-janji palsu. Promoter yg tak bertanggungjawab

Edited by tengkorakko

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh caya ker.?

ada yang dah dapat ker

Percaya pada teknologi, tapi jangan percaya pada sistem

Ini yang berlaku sekarang, oleh kerana opportunity untuk membuat keuntungan berlipat kali ganda melalui teknologi.. banyak company yg cuba berani invest pada tech-tech baru ni tapi malangnya diorang tak buat kajian yang mendalam. Tau nak untung saja.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terus terang saja la yang tujuan ko buat promosi ni adalah untuk tarik orang masuk join http://www.mygh2u.com dengan produk-produk MLM tu (Fuel Tablet, beauty Care, Liquid Lobata, oil). Takyah berbeli-belit macam empay.

Benda yg masih dalam kajian, biar dalam kajian.. takyah cerita konon-konon macam benda tu dah berjaya diimplementasikan. Tak takut ke ko nanti bila orang yang masuk mengharapkan produk PLC, tapi last-last kena tipu akhirnya kena jual tablet, oil, liquid tu semua...

Dan satu lagi tak payah la ko nak yakinkan orang konon projek ni akan bermula tahun depan. Kalau betul projek ni jalan biar Far Alliance sendiri yang buat press conference kat TV dan Akhbar.

So, teruskan bercerita pasal tablet, liquied lobata tu, dan hentikan bercerita pasal PLC.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Benda yg masih dalam kajian, biar dalam kajian.. takyah cerita konon-konon macam benda tu dah berjaya diimplementasikan. Tak takut ke ko nanti bila orang yang masuk mengharapkan produk PLC, tapi last-last kena tipu akhirnya kena jual tablet, oil, liquid tu semua...

Dan satu lagi tak payah la ko nak yakinkan orang konon projek ni akan bermula tahun depan. Kalau betul projek ni jalan biar Far Alliance sendiri yang buat press conference kat TV dan Akhbar.

Dah jalan pun pemasangan equipmentnye..Company KL (tera tak x silap) wat..sub from tnb..then kajiannye di UPM..dah masuk phase 5..

equipment2 for plc dah fasa 3... :lol:

staff den dah buat pmasangan phase 1 ngan phase 2..cuma phase 3 tak dpt projek coz, org len dah lobi...

So, teruskan bercerita pasal tablet, liquied lobata tu, dan hentikan bercerita pasal PLC.

ya..teruskan2...

Edited by NSTechSquad

Share this post


Link to post
Share on other sites

See? dah terserlah dah kan? Makin panjang penerangan yang ko bagi, makin terbongkar rahsia ko. Syabas.

oh.. ko nak samakan company MyGH2u ni dengan SONY? hahahaha.. lawak.. lawak.. adekah sony dulu buat produk yg campur-campur mcm yg mygh2u buat? tak melambangkan identiti corporate langsung. macam ni ke nak bagi bangsa melayu bangkit dan bersaing dengan bangsa asing?? macam ni ke? jangan tidor..

Aku tak pernah kena tipu, semua company2 macam em-pay, jnssb pernah aku ramalkan akan lingkup <guna nick lain> sebagai skim cepat kaya. tengok sekarang ape jadi? aku bukan nak doakan company ko ni akan turut lingkup sama, tapi cuba la buat business yang lebih produktif dan proaktif sikit.

tak perlu la aku hebahkan identiti aku kat sini, ape yg boleh aku kata, sekarang aku running company sendiri dan company aku bersaing dengan company-company luar negara. Terpulang pada ko la? cuma aku taknak tengok lagi orang melayu diperlekeh dan dilabel sebagai PEMALAS lagi . itu saja..

salam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Emmm.....

Aku dah baca kau punya xplain kat atas tu....

Memang nampak logik.... real.... tapi....

Gini la, aku dah cek laman web elitechindo dan mygh2u....

Tapi aku ragu2...

Cuma nak kepastian...

Betul ke ada syarikat telekomunikasi elitechindo tu?

kot2 laman web je... template sana sini....

Dia punya commissioner and director, boleh percaya ke?

Ntahla... aku cuma nak kepastian...!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum sahabat, saya ingin menengahkan buah fikiran berkaitan topik yang diperkatakan ini.

Setiap bisnes yang AKAN, SEDANG dan TELAH berjalan punya implikasi yang menjuruskan PRO dan KONTRAnya.

Terpulang pada penilaian seseorang berdasarkan ILMU dan PENGALAMAN yang dimiliki dalam sesuatu perkara.

Kita nak membangunkan ekonomi terutamanya UMAT ISLAM di Malaysia yang masih tertinggal jauh kebelakang dan bukannya bertelagah mengenai EGO dan FALSAFAH diri individu itu sendiri.

Cadang, bincang dan ambil keputusan yang tak merugikan sesiapapun.

Dalam perkara ini, tiada sesiapapun yang MENANG!! yang saya nampak... RUGI :unsure:

Diskusi secara ilmiah dan rasional dan bukannya emosional.

Kalau khalifah wujudkan `BLOG' sendiri lagi bagus! dapat menyampaikan INFO dan IDEA BISNES yang sedang diusahakan sekarang dengan lebih berkesan lagi.

Dan tengkorakko pula, kemukakan idea bisnes lain yang lebih BERNAS dan PRATIKAL seandainya anda lebih berpengetahuan.

Maaf sekiranya ada yang TERASA. Terima kasih.

Dari ORANG LAMA dalam bisnes.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam... Sdr Khalifah... Saya dah baca keseluruhan isi perbincangan. Minat gak..!! dari satu segi nampak okla.. jika benar perancangan dan perjalanan syarikat..memang baik... tapi ada satu kemusykilan yang meragukan... kalau dapat dijelaskan...

Kenapa keuntungan yang bakal dikongsi agak tinggi.. bayangkan saya hanya memilih pembelian bernilai RM1050.00 dan dalam masa tiga tahun dapat untung RM 20,000.00 atau lebih..misalnya. Ini yang ada orang kata takde beza ngan skim cepat kaya gak... mungkin boleh sdr jelaskan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum. saya nak tanya beberapa soalan. Dalam web mygh2u ada menyebut syarikat induk adalah K-Direct Sdn Bhd.

Boleh saya tahu nama penuh CEO K-Direct Sdn Bhd?

Soalan kedua saya ialah, boleh saudara beri contoh-contoh ISP atau telco dalam Malaysia atau luar negara yang menggunakan kaedah pelaburan sebegini untuk membentuk sebuah syarikat telekomunikasi?

Itu sahaja 2 soalan saya setakat ini.

assalamualaikum wbt.

Share this post


Link to post
Share on other sites

CEO K-Direct Sdn Bhd bukan Melayu. Dan pernah dikaitkan dengan skim pelaburan Internet

Tak percaya??? pergi tanya KPDNHEP.

Kalau cakap pasal pejabat, IPCShopping pun ada office, tapi Empay takdak office. Jai Network pun ada office, tapi JNSSB takdak office.

Kalau setakat ada lesen AJL, habis tu kenapa ada banyak MLM company yg disenarai hitam bila pihak kementerian mendapati mereka beroperasi secara skim piramid atau binari, faham tak apa aku cakap?

sekali lagi aku nak ulang soalan cico, siapa nama penuh CEO K-Direct kalau betul-betul kau tahu mengenai operasi syarikat ni. kalau tak tahu, lebih baik jangan berbisnes.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau ada yang rajin dan murah hati boleh pi pendaftar sykt - ROC, bayar RM10 utk setiap satu maklumat syarikat yang berkenaan dan paparkan di sini.

Boleh tau pasal modal dibenarkan dan modal berbayar sykt berkenaan.

Kalau sykt dah establish, penyata aset dan untung rugi tahun sebelumnya pun ada.

MYGH2U dah nak tutup profit sharing SPS1: PLC Broadband.

Tahun 2008 nak buka pula profit sharing SPS2: IRON ORE.

Kalau PLC Broadband sangat berpotensi untuk 8 tahun akan datang dan masih boleh membuat keuntungan lebih 100% setahun, kenapa agaknya tak gunakan produk yang sama...

SPS2: Perlombongan besi... untuk tahun 2008

Apapun.. butiran dari ROC boleh menunjukkan core business/ bidang perniagaan sesuatu syarikat...

Jika core business dan perniagaan profit sharing yang ditawarkan TIDAK sama...

syarikat mengambil risiko tinggi dalam bidang perniagaan yang ia tiada kepakaran.

Sime Darby pun pernah buat kerja bodoh masuk bidang perbankan... akhirnya rugi dan terpaksa melupuskan SIME Bank. Nasib baik ia sykt BHD.. open share, modal besar. Juruaudit bertauliah dan kena declare laporan tahun ke Suruhanjaya Sekuriti (SC), bursa dan para pelabur. Skang dah UP kerana fokus pada core business perladangan.

RISIKO syarikat Sdn. Bhd. terhad kepada modal/aset/syer berbayar yang dinyatakan dalam butiran ROC...

Profit Sharing...? Kalau sykt Sdn Bhd declare rugi macamane ye...?

Laporan tahunan, untung rugi /bisnes details sykt untuk tahun 2007, bakal "peserta profit sharing tahun 2008" dan 5000 orang yang join tahun 2007 tu boleh access/ dapat ke...?

Fikir-fikirkan.

P/S: yang dah masyuk $ tu.. boleh la dptkan details sykt dari ROC dan pamerkan untuk tatapan ahli forum.

Edited by meroc

Share this post


Link to post
Share on other sites

Click di sini untuk melihat laman web Syarikat PT. Elitech Datacom yg merupakan syarikat telekomunikasi Indonesia.

inilah website syarikat yang bakal memasarkan penggunaan peralatan bernilai 12 juta EURO lebih kurang RM 60 juta

kebanyakan berita/new di website bertarikh tahun 2005... staff IT nye patut update la skit website company...

Edited by meroc

Share this post


Link to post
Share on other sites

Profit-sharing PLC pula walaupun telah ditetapkan keuntungan iaitu sebanyak 10% (RM12) drpd setiap bil, tp jumlah keuntungan itu bergantung kpd jumlah modem yg ditempah serta jumlah bil yg dijelaskan pd setiap bulan. Sy bagi contoh ASB, adakah akan ditetapkan peratus bonus kepada ahli pd tiap2 tahun?? Tentunya tidak kerana bergantung pd sesuatu.

30,000 modem telah ditempah (bernilai 12 juta EURO = RM60 juta)

30,000 x RM12 = RM360,000 sebulan (10% drpd RM120 bil bulanan)

5000 orang X 10point (peserta rm2450) = 50,000 point

RM360,000.00 / 50,000 = RM7.20

10 point dapat la RM72.00 sebulan, RM864.00 setahun

Max. income dah ada siling,

Macam mana nak dapat income lebih sebab bilangan modem dan pengguna dah maksimum.

Kalau pengguna/modem bertambah, katakan 10,000... siapa tanggung kos modem...

Kalau syarikat tanggung 10,000 X RM2000 = RM20 juta, kenapa sykt nak share 10% = RM120,000 dgn 5000 peserta tu. Sykt yang keluar modal untuk 10,000 modem tambahan tu.

Melainkan kalau dlm perjanjian, sykt bermurah hati nak bagi profit 10% bagi modem/pengguna tambahan yang dimodalkan oleh sykt.

Cerita pasal income bagi contoh 1 juta pengguna RM120 x 10% = RM12 juta

RM12 juta / 50,000 point = RM240

10 point dapat RM2,400 sebulan

Kos tambahan 970,000 modem x RM2000 = RM1,940,000,000

RM 1.9 billion tu siapa keluar modal agaknya....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tahniah kepada yg telah mendaftar...kpd yg belum mendaftar tunggu apa lagi ??

Sebelum sy terlupa..saya nak nyatakan di sini anda akan mendapat bonus serta-merta setelah pendaftaran anda disahkan. Bagi yg menggunakan akaun Maybank, deposit akan masuk dlm masa beberapa jam sahaja. Pengumuman pendaftaran dan pengumuman penerimaan bonus akan dilakukan secara sms ke Hp anda.

BONUS:

Pendaftaran Platinum (RM2450) = RM200

Pendaftaran Master Platinum (RM22050) = RM5600

NOTE: Bonus yg dinyatakan ini ialah bonus yg anda akan dapat secara terus after daftar (tidak termasuk bonus2 lain).

Jika ditolak dgn bonus yg anda dapat, maka sbenarnya nilai pendaftaran adalah lebih kecil terutamanya Master Platinum.

Bonus2 lain yg anda akan dapat:

1) Keuntungan profit-sharing PLC

- Keuntungan UTAMA bg saya

- Bagi penyertaan RM1050, anggaran keuntungan melebihi 20 RIBU dlm masa 3 tahun

- Bagi penyertaan majoriti iaitu RM2450, anggaran keuntungan melebihi 100 RIBU dlm masa 3 tahun

- Bagi penyertaan RM22040, anggaran keuntungan melebihi 1 JUTA dlm masa 3 tahun

- Anda akan dapat setiap bulan selama 3 tahun

- Keuntungan akan dibahagikan berdasarkan jumlah mata yg anda pilih semasa daftar (1, 3, 10 atau 90 mata)

- Keuntungan didapati drpd RM12 setiap bil pengguna modem PLC di Indonesia (termaktub dlm kontrak ialah seramai 2 juta pengguna untuk fasa 1)

2) Bonus Jualan

- Bagi mereka yg mampu menjual

- Barang yg anda dapat boleh dijual di pasaran

- Jika anda dapat menjual kesemua barang @ tinggal sedikit jer, wang jualan yg akan anda dapat melebihi modal anda untuk menyertai profit-sharing ini

- Maka diibaratkan anda menyertai profit-sharing ini secara percuma malah mendapat keuntungan lebih pula

3) Bonus network

- Bonus yg diberi secara terus setelah ada org mendaftar di bawah anda (downline)

- Ada 2 kaki dan 4 level semuanya (level 1-RM20 per 1 lot), (level 2-RM10 per 1 lot), (level 3 dan 4-RM5 per 1 lot)

- 1 lot ialah RM350. Maka jika downline anda masuk RM2450, maka 7 lot x RM20 = Anda dapat RM140

- X semestinya anda cari downline. Oleh kerana saya ada 2 kaki sahaja, maka jika saya dapat cari lebih daripada 2 org, secara automatik sy akan letak org tersebut sebagai salah satu downline antara 2 org di bawah saya td

4) Bonus pairing

- Jika anda cari 2 org (dapat bonus downline) dan letakkan satu di kaki kanan dan satu di kaki kiri, maka anda juga telah mendapat bonus pairing

- Jika kedua2 org di bawah anda td memenuhi kedua2 kakinya, anda juga mendapat bonus pairing. Begitulah sepenuhnya

askum.. hai..

at 1st, i berminat nak join coz u ni sungguh2 tegakkan kebenaran ur bisnes here.. tp, i heran, i dah baca keterangan u bout ur bisnes & u kata bila kita labur more than RM2000 kita xperlu cari org bawah atau downline, tp cuba tgk keterangan u di atas.

mcm ada sumting yg x betul...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...