Jump to content
TJ-Ariff

Kelab Pengaturcara@programming

Recommended Posts

Yupp... betul tu.... buka la mana mana yang patut dibukak... :lol:

jangan bukak seluar dah le.... he he he...

Ok.. kalau tak keberatan, sebelum kita mulakan projek, kena ada majlis suai kenai dulu...

tapi majlis ni di 'Alam Cyber' ajer ler.... he he he :lol:

So saper nak mulakan suai kenal kita nie...

citer ler sikit tentang pengalaman dlm programming dan apa2 program yang penah ko orang cipta atau tulis,

siapa yg guna, boleh jugak kita bincang2 smbil bertukar tukar kepala... he he he...

silakan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

So saper nak mulakan suai kenal kita nie...

citer ler sikit tentang pengalaman dlm programming dan apa2 program yang penah ko orang cipta atau tulis,

siapa yg guna, boleh jugak kita bincang2 smbil bertukar tukar kepala... he he he...

silakan...

Apa kata en. TJ yang mulakan dulu.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ngehehehe kalau kes lagu nie la asik hang suruh dia,dia suruh hang sampai bila pun tk hbs sapa yg nk mulakan...apalaa...ngeheehh spttnya sifu la dulu yg mula,sapa yg terbitkan dulu program nie ngeheeheh dia kena intro baru diikuti dgn anak2 buahnya ahaks..tk gitu,..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ngehehehe kalau kes lagu nie la asik hang suruh dia,dia suruh hang sampai bila pun tk hbs sapa yg nk mulakan...apalaa...ngeheehh spttnya sifu la dulu yg mula,sapa yg terbitkan dulu program nie ngeheeheh dia kena intro baru diikuti dgn anak2 buahnya ahaks..tk gitu,..

Betul tu... aku sokong.. :lol:

ps:/takkan semua programmer nie pemalu.. aiseh. :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

nk join gk.. bgune mnde ni..

email = [email protected]

ym = mistique_mastermind

pengalaman = 0.01% :P

ade blaja pasal c++ ngan vb, tp cm x msk dlm kpla.. :lol:

2 pasal nk blaja kt cni.. skrg2 nye dapat tau mnde bru.. :lol:

Edited by mistique_mastermind

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah.. bagus ler makin ramai nie.. so lagi elok kalo ada YM memasing. Bleh kita buat conference nanti..... aku tunggu boss TJ citer pengalaman dia nie....... hehehehe. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape pulak boss...

wah.. bagus ler makin ramai nie.. so lagi elok kalo ada YM memasing. Bleh kita buat conference nanti..... aku tunggu boss TJ citer pengalaman dia nie.......

ko ingat ini kelab gengster ker... ha ha ha

apa apa pun kita nie semua sama saja... tak kira orang lama ke, orang baru ke, semua nya ada kelebihan yang Allah telah berikan. Ko tak tahu VB, aku tahu, aku tak tahu VB.net ko orang tahu, jadi mana mana yang tahu tu, tunjuk tunjuk kanlah kepada yg tak tahu, "perkongsian Ilmu" itu dituntut dalam Islam.

he he dah melalut pulak... :rolleyes:

Nak citer pengalaman.?... :unsure:

Mula mula saya belajar programming dalam tahun 80an.. masa itu komputer yang power adalah 486DX .. he he he

harga nya dalam RM3k lebih...

Ketika saya belajar tu (belajar sendiri aje pun) semuanya dalam DOS. ( jenuh nak ingat arahan DOS)

Jadi banyak program yang saya buat (dalam bentuk Batch fail) adalah untuk menyenangkan pengguna tanpa perlu menaip arahan DOS tersebut. (ketika itu semua program mesti ditaip untuk menjalankan nya)

Kira nya saya buat macam Menu la.. ada pilihan , hanya tekan no. pilihan dan komputer akan menjalankan program yang dipilih oleh pengguna.

Lepas itu sedikit demi sedikit saya belajar BASIC dan QBASIC. - Program saya adalah bergaya dan berwarna warni sedikit... he he he :P

Bermula dari Qbasic lah saya berjinak jinak dalam VB. ketika itu VB4, jadi sehinggalah sekarang baru aktif balik buat program dalam VB6, kerana kerja saya terpaksa kena buat itu...

Program2 yang saya dah buat adalah seperti, aplikasi memeriksa warna monitor, aplikasi database pelanggan untuk jurujual, aplikasi database bil talipon, aplikasi rekod pekerja keluar masuk.

Dan yang sedang dibuat sekarang ni adalah aplikasi untuk akaun keluar masuk duit. (tengah pening... :wacko: .. sebab takada asas akaun...)

Jadi tujuan saya membuka Kelab Programming ni, agar kita dapat bertukar2 fikir dalam mencipta aplikasi kita sendiri.

Dan Saya pun sedang berjinak2 sedangn belajar VB.net .

Marilah kita sama sama berkongsi maklumat kerana tidak rugi dan percayalah lebih murah kita memberi, bertambah tambah lagi ilmu yang Allah berikan kepada kita... Percaya la... :D

Itu saja kut...

Wassalam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Visual BASIC adalah suatu tools yang sangat mudah untuk kita membuat program.

Ia berasaskan kepada RAD (Rapid Application Development) dimana kita boleh membuat sesuatu aplikasi

program dengan pantas dan cepat.

Pendekatan yang digunakan adalah secara "What you see and what you get" adalah salah satu cara VB ni berfungsi.

Untuk proses permulaan kita kena tahu apakah program yang kita nak buat.

Kita kena tahu carta alir dan pseudocode bagi sesuatu program.

Kita kena tahu apakah keperluan pengguna dan keperluan bagi sistem.

Kena merekabentuk antaramuka dan apakah code yang perlu ditentukan untuk setiap tools yang terlibat.

Fungsinya harus disetkan terlebih dahulu.

Semua perkara tersebut harus diteliti terlebih dahulu sebelum memulakan programming.

Programming yang baik dapat menggunakan segala kaedah dan cara yang lebih efektif.

Ini bagi memastikan segala aturcara dapat dilarikan dengan bebas ralat.

Sekiranya kita membuat program yang besar, kita perlu memecahkan ia kepada modul-modul yang lebih kecil.

Dari situ analisa kepada ralat yang muncul semasa program sedang dilarikan dapat diperiksa.

Banyak perkara lain yang perlu anda tahu sebelum memulakan programming.

Kena tahu sintaks, fungsi, argumen, kawalan dan sebagainya.

Semua ini akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh kawan-kawan yang lain.

Okey :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

camne nak citer ek?hmm...saya nie still blaja lagi dan sekarang final semester dlm diploma..

saya pun baru lagi dalam programming nie.programming yang saya dah blaja ialah C, C++, VB, PAP (Pengaturcaraan Antaramuka Pengguna) dan Java. Program yang saya buat menggunakan VB ialah Sistem Klinik. Java pula saya buat games snake(ala yang macam dlm handset nokia tu..).PAP pula saya x ingat buat projek ape.. :P

saya harap kepada yang dah lame atau yang dah berpengalaman sila tunjuk ajar kepada saya yang baru lagi...

nak kena refresh balik nie.. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam.... aku pun nak joint gak... walaupun aku study 10 thn dlm IT tapi aku baru nak buka buku utk prgrmg ni...

amie6

[email protected]

tapi mintak maap ler yeak.. aku leh participate dlm nie jer... nak jumpa kat luar sorry la.. aku kat perak nie... lagipun aku dah berkeluarga... payah nak tinggal anak2..

hmm hope korang x kesah...

pengalaman aku plak... aku memula buat system kecik2.. guna autoware attain.. pastu guna dreamweaver.. projek paper 1 dulu aku guna macromedia director.. system pun ala2 web.. or kiosk ....

programming aku mula c++, pastu java (tapi aku hafal koding untuk pass xm jer..) skrg aku dah x ingat aper2.. zero ...

final projek ni aku nak try guna vb plak... tu yang mintak tolong kat korang nie..

tu je la kot...

Edited by amie6

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahha..vb..dah ketinggalan la vb..orang sekarang dah mula beralih ke c# pula..

Tak apa walaupun ketinggalan, tetapi bagi orang yang baru nak berjinak jinak didalam dunia programming ia adalah sesuatu yang amat hebat kerana dapat mengarahkan komputer melakukan apa yang kita kehendaki

Tak kiralah bahasa pun yang kita belajar, janji bahasa itu senonim dengan kita dan memudahkan.

Kita nie hanya pengikut kepada bahasa tersebut sahaja. Jika kita benar benar hebat, kita mesti mencipta bahasa kita sendiri dengan teknologi kita sendiri, baru lah dikatakan kita tu seorang yang hebat.

_______________________________________________________

RENUNGAN:

Bukan semua manusia boleh bertutur didalam bahasa Inggeris tetapi mereka boleh berbahasa Arab...

Wassalam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wahh.. TJ, kisah ko nie ada iras-iras kisah aku start dalam programming ler.. kekeke. Masa zaman MS DOS dulu tahun awal 90-an, aku memang guna QBASIC mula-mula. Ko tau ler MS Dos punya arahan, yang kena taip kat C:> prompt tu kan.. dah lama aku tak guna, macam XCOPY, FORMAT, MOVE, DELETE, REMOVE, MKDIR, DIR, etc.. banyak lagi aku tak ingat dah.. hahahaha. Dulu aku suke buat batch file pakai NORTON BATCH ENCHANCER. Dia bleh buat arahan dalam batch secara visual... hehehe.

Kisah aku minat programming nie sebab aku suka main game. So, aku bercita-cita ler nak bina game sendiri. So, berbekalkan ilmu aku yang sedikit, aku exlore ler QBASIC tu... sampai ler bleh buat macam2 games. Lepas tu aku off daripada buat programming, lama jugak ler rasanya sebab aku sambung study... lepas SPM. Then... setelah hampir 10 tahun aku start balik programming sebagai hobby jer... :lol: So, bermula semula minat aku dalam programming nie dengan belajar beberapa bahasa yang baru. Salah satu bahasa yang aku belajar sendiri iaitu yang seakan-akan QBASIC ialah JUST BASIC. Pastu aku buat e-book (236 mukasurat) berbahasa Malaysia untuk bahasa tu dan publishkan secara PERCUMA untuk semua. :lol:

Sekarang aku tengah study Visual BASIC 2005 Express plak... tapi on dan off ler sebab buat benda nie secara sambilan. Aku bukan kerje sebagai programmer @ apa2 bidang yang ada kaitan dengan information technology nie. Aku hanya orang biasa yang berminat dengan programming. So far, terdapat kira-kira 5 program dan lebih 10 games 2D yang penah aku buat dalam beberapa bahasa..... semuanya dibuat sebagai hobby jer... hehehee.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahh... bagus.. bagus... dah bertambah ramai...

sila kenalkan diri masing masing...

senarai terbaru...

1) LanoG

2) mFaiz

3) Airbatucamput_QzaiMe

4) Intel2Core (Nad)

5) Shidi

6) Spirit

7) Pyro

8) Kamshin

9) Mistique_Mastermind

10) amie6

11) Zaly

12) Kuzie

12) Funtasie_ilusi

Share this post


Link to post
Share on other sites

kire terrer la ko lanog... leh buat game sendiri... aku nak buat 1 system payah... kalo ala2 web... kiosks aku ok gak.. ntah kali ni aku gatai nak buat information system lak... konon nak test power.. hancus nampaknye... blom masuk networking... mase kecik2 dulu gigi atas aku tumbuh dulu.... tok aku kata kalo gigi atas tumbuh dulu, angan2 tinggi.. ntah lah... suratan atau kebetulan... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

ME

- Active Server Page (ASP)

- MS Access

- VB6

- SQL (Beginner)

- JS (Beginner)

- C++ (beginner)

- ASP.net (beginner)

- PHP (Beginner)

- ASPX (Beginner)

- PC Maintanance

Ilmu IT yg lain nak mintak korang semua ajarkan..Sekian terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

perghhh dah jauh topik nei...sampai aku blh terciciaq nie,mana 1 aku nk follow nie,tkpa2 aku still ikt perkembangan,dah nmpak main power nie,ngehehe makin kuat,apa2pun welcome yg baru mai tu,,ngeheheeh aku akan menyusul kemudian,sbk skt la nie,jadi pengawas exam lak adoi laa...nanti aku join blk...sori guyss

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam,

Nak join sekaki bleh ke? hehe

Cadangan:

Kita buat project-project kecik-kecik dulu. Tapi lebih kepada one man show project cth macam yang brader LanoG buat. Boleh la kita pelbagaikan lagi la software-software local.

So, bila nak start ni? hehe..

Count me in.

p/s: Tengah korek-korek source code lama

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...