Jump to content
TJ-Ariff

Kelab Pengaturcara@programming

Recommended Posts

7) bila ditanya untuk membuat primary key - klik NO.

Kenapa NO pula?

Edited by SHiDi

Share this post


Link to post
Share on other sites

sori , kalau aku nak buat tutorial nie memang lah lambat... banyak kerja... tapi pelan pelan la.. ok..

ok, satu lagi aku nak tambah, hari tu terlupa pulak.. tentan database yang telah siap tu, sebalum keluar dari Access, kita kena convert dahulu sebelum boleh dilinkkan dengan VB6.

cara nya , dengan database yg telah dibuka, pergi ke :-

tools - datebase Utilities - Convert Database - To Access 97 file format...

kemudian barulah di simpan (save) fail tersebut..

wassalam..

p/s: sambungan untuk VB nanti akan aku cuba curi2 masa..

2 projek on hand

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pun tak sempat nak jenguk thread ni selalu... nak buat tutorial... komitmen macam tu, masa tak izinkan lagi. Lagipun ada projek lain tengah diusahakan nie... kepada ahli2 kelab lain, marilah menyumbang ilmu korang...:D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Function_Conn()

Set conn = Server.CreateObject("ADODB.Connection")

conn.Open("DRIVER={Microsoft Access Driver (*.mdb)};DBQ=" & Server.MapPath("NamaDatabase.mdb"))

SQL = "SELECT * FROM NamaTable"

Set rsTest = Server.CreateObject("ADODB.Recordset")

rsTest.Open SQL, conn, 3, 3

End Function

Salah satu lagi cara nak connect database tanpa convert...

Sbb die pakai SQL coding dan kebanyakan source code lain pun seakan-akan coding ni...

Cara ni lagi mudah sbb xperlu sangat pakai ODBC dalam setiap form..

Panggil je function - call Conn() - ni untuk database dalam setiap form yg guna database ni tuh..

Xsilap aku macam ni la cara panggil die.. ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salah satu lagi cara nak connect database tanpa convert...

Sbb die pakai SQL coding dan kebanyakan source code lain pun seakan-akan coding ni...

Cara ni lagi mudah sbb xperlu sangat pakai ODBC dalam setiap form..

Panggil je function - call Conn() - ni untuk database dalam setiap form yg guna database ni tuh..

Alhamdulillah... bagus tu...

Betul, cara untuk memanggil dan berhubung dengan database ada banyak, dan apa yg diberikan itu adalah salah satu cara, walaupun database tersebut tidak di convert, tetapi kita kena tahu bagaimana hendak menulis command untuk memanggil database tersebut.

Kita akan cuba gunakan cara yang paling basic, InsyaAllah..

p/s : Pendapat dan cadangan dari ahli juga diperlukan..

Silakan..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alhamdullillah...

Dengan sedikit kelapangan yang saya dapat nie, mari kita mulakan membuat login page dengan VB6.

Buka VB , mulakan dengan Standart.exe ,

tambahkan button.. seperti dalam gambar..

form1.jpg

setelah itu, kita add form. (tambah form)

lihat gambar kedua..

form1add.jpg

kemudian pilih login form..

gambar ketiga..

frmlogin.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites

Teruskan Abang TJ dengan tutorialmu itu..

Saya akan menyusul kemudian..

Tutorial untuk pangkalan data dah ada..

Tapi takde kemudahan internet la..nak masukkan kat sini..

Huhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sudah semakin menyepi thread ini ya.. Hehe..

Takpe, aku hangatkan balik ...

Okey kita sambung sebulan yang lalu..

Kita telah belajar cara untuk Do/Loop dan di bawah ini

adalah contoh aturcaranya..

Apa lagi tulis dalam perisian VB anda. Hehehe...

Contoh Aturcara 3.4

Aturcara ini melibatkan melibatkan data yang berada dalam satu senarai.

Senarai tersebut akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam aturcara melalui objek senarai (list).

1. Bina antaramuka Form seperti Rajah 3.8

2. Tekan 2 kali butang arahan cmdCari dan masukkan aturcara di bawah:

Rajah38AntaramukaFormbagiAturcara34.jpg

Rajah 3.8

-----------------------------------------

1. Private Sub cmdCari_Click()

2. ‘Mencari padanan antara kotak teks dengan elemen senarai

3. Dim blnJumpa As Boolean

4. Dim intIndeksItem As Integer

5. blnJumpa = False

6. intIndeksItem = 0

7.

8. Do Until blnJumpa Or intIndeksItem = lstNama.ListCount

9. If txtCarian.Text = lstNama.List(intIndeksItem)Then

10. blnJumpa = True

11. End If

12. intIndeksItem = intIndeksItem + 1

13. Loop

14.

15. If blnJumpa Then

16. MsgBox “Nama anda ada dalam senaraiâ€, vbInformation, “Nama dijumpaiâ€

17. Else

18. MsgBox “Maaf, nama anda tiada dalam senaraiâ€, vbInformation, “Nama tak jumpaâ€

19. End If

20. End Sub

----------------------------------

ATURCARA 3.4

Penerangan Aturcara 3.4

Dalam baris 3, kita perhatikan data diisytiharkan sebagai boolean.

Seperti yang dipelajari sebelum ini, boolean cuma mempunyai 2 nilai iaitu TRUE dan FALSE (BENAR dan SALAH).

Boolean memudahkan kita untuk mencari suatu senarai atau pangkalan data.

Dalam baris 5, data boolean blnJumpa akan kita setkan sebagai FALSE,

menandakan data belum dijumpai.

Jika nama yang dimasukkan dalam kotak teks sama dengan senarai (aturcara baris 8),

barulah blnJumpa akan disetkan TRUE. Keadaan TRUE dan FALSE ini amat penting untuk

kita menentukan mesej apa yang akan dikeluarkan oleh kotak mesej (aturcara 15-19).

Share this post


Link to post
Share on other sites

Contoh Aturcara 3.5 Gegelung For... Next

Bina antaramuka di bawah ini.

Rajah39AntaramukaFormAturcara35.jpg

Rajah 3.9 Antaramuka Form Aturcara 3.5

dan tekan 2 kali pada butang dan masukkan kod di bawah ini.

-----------------------------------------

1. Private Sub cmdTekan_Click()

2. Dim i As Integer

3. ‘Tunjukkan jadual nombor dan kuasa duannya

4. For i = 1 to 5

5. picJawapan.Print i; i ^ 2

6. Next i

7. End Sub

-----------------------------------------------------------

ATURCARA 3.5

Dalam contoh sebelum ini, kita tidak menetapkan berapa langkah nombor yang bergerak untuk setiap gelung.

Oleh yang demikian, nombor akan bergerak satu langkah bagi setiap gelung.

Untuk menetapkannya, kita akan gunakan katakunci step di dalam gegelung For/Next kita.

For i = m To n Step s

Ertinya gelung akan bermula dari nilai m ke nilai n dengan bergerak sebanyak s langkah.

Contoh Aturcara 3.6

1. Bina antaramuka seperti rajah di bawah (Rajah 3.10)

2. Tekan butang arahan cmdTerbalik dan masukkan Aturcara 3.6

Rajah310AntaramukaFormAturcara36.jpg

Rajah 3.10 Antaramuka Form Aturcara 3.6

-----------------------------------------------------

1. Private Sub cmdTerbalik_Click()

2. Dim m As integer, j As integer, temp As string

3. picTerbalik.Cls

4. m = Len (txtKata.text)

5. temp = “â€

6. For j = m To 1 step -1

7. temp = temp + Mid(txtKata.text, j, 1)

8. Next j

9. picTerbalik.Print temp

10. End Sub

---------------------------------------------------------------

ATURCARA 3.6

Penerangan Aturcara 3.6

picTerbalik.Cls dalam baris 3 bermaksud kita akan mengosongkan skrin bagi picTerbalik.

Len dalam baris 4 akan memulangkan bilangan huruf dalam perkataan yang diberi (dalam kes ini txtKata.text).

Pembolehubah temp sengaja diwujudkan sebagai ingatan sementara bagi menyimpan huruf yang akan diterbalikkan.

Mid (txtKata.text, j, 1) pada baris 7 bermaksud, fungsi Mid akan memulangkan satu huruf,

iaitu huruf yang ke-j bagi perkataan dalam txtKata.text.

Rajah311Outputdanaturcara36.jpg

Rajah 3.11 Output dan aturcara 3.6

KESIMPULAN

Selain dari penyataan kawalan yang diulas dalam tutorial ini,

banyak lagi penyataan lain yang diubahsuai dari penyataan If Then … Else, Select Case, Do/Loop mahupun For/Next.

Namun tujuannya tetap sama, iaitu untuk mewujudkan kawalan bagi program yang kita bangunkan.

Konsep kawalan amat penting dan amat memudahkan kita dalam membangunkan aturcara yang baik.

Okey. Bersambung nanti. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahh... bagus.. bagus... dah bertambah ramai...

sila kenalkan diri masing masing...

senarai terbaru...

1) LanoG

2) mFaiz

3) Airbatucamput_QzaiMe

4) Intel2Core (Nad)

5) Shidi

6) Spirit

7) Pyro

8) Kamshin

9) Mistique_Mastermind

10) amie6

11) Zaly

12) Kuzie

12) Funtasie_ilusi

aku nk join jgk!!! cambest jek..

nk join gk.. bgune mnde ni..

email = [email protected]

ym = [email protected]

aku tatau pape pasal vb..start bidang IT ni pon mase diploma..start2 je da subjek c++..start from ZERO..mmg blur jek memule..

Edited by songoten86

Share this post


Link to post
Share on other sites

BAB 3 MENCIPTA DAN MENCAPAI PANGKALAN DATA

Kebanyakkan sistem atau aplikasi yang dibangunkan melalui Visual Basic pasti akan menggunakan pangkalan data.

Apakah ia pangkalan data ?

Pangkalan data adalah koleksi data yang disimpan dalam sistem komputer yang akan

memudahkan pengguna untuk mencapai, menambah, membuang, mengubahsuai atau memanipulasikan data tersebut.

Dalam erti kata lain, ia adalah stor simpanan bagi data.

VB mempunyai kelebihan mencapai dan memanipulasi pangkalan data.

Terdapat pelbagai jenis pangkalan data yang disokongh oleh VB seperti Dbase, FoxPro, Lotus, Paradox, MDB dan fail teks.

Malah dengan menggunakan Penyambungan Data Terbuka (ODBC), VB boleh mencapai berbagai lagi jenis pangkalan data

lain yang lebih laju seperti Oracle, DB2, MySQL atau PostgreSQL.

Dalam tutorial kali ini, untuk pengenalan kita akan menggunakan pangkalan data Microsoft Data Base (MDB)

yang dibangunkan oleh Microsoft Access. Format bagi fail pangkalan data ini adalah *.mdb

Share this post


Link to post
Share on other sites

BEBERAPA TERMINOLOGI PENTING PANGKALAN DATA

Fail Access (format .mdb) boleh mengandungi banyak jadual (table).

Setiap jadual akan dilihat seperti kita melihat jadual dalam excel yang mengandungi baris (rows) dan lajur (column).

Setiap baris akan mewakili satu rekod data, contohnya data pekerja bernama Ahmad.

Setiap lajur akan mewakili pelbagai elemen data, contohnya nama, alamat, nombor KP dan sebagainya.

Setiap elemen data ini dikenali sebagai medan (field).

Jadual yang baik seharusnya mengandungi kekunci medan (key field) untuk memberikan identiti unik ke atas setiap rekod.

Kekunci medan seharusnya memilih medan data yang unik seperti nombor KP atau nombor pekerja.

Nama tidak sesuai dipilih sebagai kekunci medan kerana ramai antara kita yang mempunyai nama yang sama.

Contoh sebuah jadual dalam pangkalan data adalah seperti Jadual di bawah ini :

pangkalan_data1.jpg

Edited by hairulfadly

Share this post


Link to post
Share on other sites

MENCIPTA SEBUAH PANGKALAN DATA

Kita tidak boleh mencipta pangkalan data terus dari VB kerana VB hanyalah sebuah platform

bagi menyediakan antaramuka dan program.

Di sini, kita akan menggunakan Microsoft Access untuk mencipta fail pangkalan data.

1. Buka Microsoft Access. Tekan New pada menu bar.

2. Klik Blank Databases dari senarai pilihan (secara default di kanan skrin).

3. Akan keluar windows File New Databases. Masukkan dbPekerja pada ruangan File Name.

Ingat lokasi fail anda, sebaiknya diletakkan ia dalam satu folder yang baru dicipta.

4. Tekan butang create.

5.Tetingkap dbPekerja seperti Rajah 1 dipaparkan.

Rajah1.jpg

Rajah 1

6. Kita sudah mencipta nama bagi pangkalan data. Kini kita perlu mencipta jadual pula.

Tekan Create table in Design View.

Rajah2.jpg

Rajah 2

7. Tetingkap Table (nama Table 1) akan dipaparkan. Masukkan data seperti Rajah 2.

(Kepada yang mahir mencipta Pangkalan Data, anda boleh masukkan terus saiz medan (Field Size)

untuk setiap jenis data yang anda cipta. Contohnya NoKP boleh dimasukkan Field Size bernilai 12,

kerana nombor KP mempunyai 12 angka. Data-data lain juga boleh dimasukkan Field Size mengikut kehendak masing-masing.

Secara defaultnya, Field Size bernilai 50.

8. Kemudian, halakan penunjuk ke rekod NoPekerja. Klik kanan dan akan keluar satu popup menu. Lihat Rajah 3.

Rajah3-1.jpg

Rajah 3

9. Klik Primary Key untuk mensetkan rekod NoPekerja sebagai kekunci medan.

10. Klik butang Close pada tetingkap Table 1. Akan keluar satu kotak mesej menanyakan adakah anda ingin menyimpan perubahan pada Table 1 ? Tekan butang Yes.

11. Akan keluar kotak mesej seperti Rajah 4. Masukkan nama jadual anda sebagai infoPekerja. Tekan butang OK.

Rajah4.jpg

Rajah 4

Share this post


Link to post
Share on other sites

12. Kita akan dapati pada tetingkap dbPekerja, akan muncul sebuah jadual yang baru dicipta iaitu infoPekerja.

Ini bermakna kita telah berjaya mencipta sebuah jadual dalam pangkalan data.

Lihat Rajah 5.

Rajah5.jpg

Rajah 5

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pangkalan data boleh terdiri lebih dari satu jadual.

Setiap jadual mempunyai peranan dalam menyimpan data yang berbeza-beza.

Contohnya mungkin kita boleh cipta jadual lain seperti waktu bekerja pekerja,

maklumat anak dan isteri bekerja, maklumat gaji pekerja dan sebagainya dalam pangkalan data yang sama.

13. Klik pada ikon infoPekerja seperti Rajah 5.

14. Akan keluar jadual infoPekerja yang masih kosong seperti Rajah 6.

Rajah6.jpg

Rajah 6

15. Isikan jadual di atas dengan 2 atau 3 rekod sebagai percubaan.

Bahagian medan Bil tidak perlu diisi kerana nombornya akan dijana secara automatik oleh komputer.

NoPekerja tidak boleh bertindan dan mesti unik. Lihat Rajah 7.

Rajah7.jpg

Rajah 7

16. Klik butang Close pada teingkap infoPekerja.

17. Kini jadual kita telahpun diisi dengan beberapa data.

Secara umumnya, kita telah pun membina sebuah pangkalan data yang lengkap. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

MENGHUBUNGKAN VB DENGAN PANGKALAN DATA

Selesai membina pangkalan data, kini tiba masanya untuk menghubungkan sebuah sistem.

Sebenarnya kita mempunyai beberapa pilihan mencapai pangkalan data.

Paling mudah kita gunakan Data Access. Namun Data Access mempunyai beberapa kekangan.

Oleh yang demikian itu, kita akan guna aplikasi Kawalan Data Objek Activex atau ADODC.

Menyenaraikan ADODC dalam kotak alatan

1. Jika kita membuka VB, ADODC tidak disenaraikan terus dalam kotak tools.

Ia perlu diadakan terlebih dahulu melalui VB Components.

2. Pada bar menu, klik Project > Components.

Rajah8.jpg

Rajah 8

3. Tetingkap Components seperti Rajah 8 akan dipaparkan.

4. Klik kotak pilihan Microsoft ADO Data Control. Kemudian tekan butang OK.

Rajah9.jpg

Rajah 9

5. Kita akan dapati, ikon ADODC akan muncul pada kotak tools seperti Rajah 9.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mencipta Aplikasi Yang Dihubungkan Dengan Pangkalan Data

1. Bina sebuah Form seperti Rajah 10.

Rajah10.jpg

Rajah 10

2. Klik ikon ADODC pada kotak alatan dan heret ke atas form.

Objek ADODC bernama Adodc1 telah dimasukkan ke dalam form. Lihat Rajah 11.

Rajah11.jpg

Rajah 11

3. Klik kanan pada objek Adodc1 tersebut, akan keluar satu popup menu. Klik Adodc properties.

4. Tetingkap Properties Pages akan dipaparkan. Klik butang pilihan Use Connection String dan tekan butang Build.

Lihat Rajah 12.

Rajah12.jpg

Rajah 12

5. Tetingkap Data Link Properties akan dipaparkan. Pilih Microsoft Jet 4.0 OLE DB Provider pada senarai OLE DB Provider dan tekan butang Next>>.

6. Seterusnya pada bahagian Connection , kita akan memilih pangkalan data yang telah kita cipta sebentar tadi. Tekan butang kecil…, cari dan pilih pangkalan data dbPekerja.mdb. Lihat Rajah 13.

Rajah13.jpg

Rajah 13

7. Tekan Test Connection. Jika kotak mesej seperti Rajah 14 muncul, pangkalan data yang anda pilih betul dan berfungsi.

Jika tidak, anda mungkin telah silap memilih pangkalan data.

Rajah14.jpg

Rajah 14

Share this post


Link to post
Share on other sites

8. Klik butang OK.

9. Kini kita kembali ke tetingkap Property Pages. Klik bahagian Record Source.

10. Pada senarai Command Type, pilih 2-adCmdTable. Kemudian pada senarai Table or Stored Procedure Name,

pilih jadual yang anda bina tadi iaitu infoPekerja. Lihat Rajah 15.

Rajah15.jpg

Rajah 15

11. Tekan butang OK.

12. Kita telah selesai mengkofigurasi hubungan pangkalan data ke form kita.

13. Sebagai langkah terakhir, kita perlu hubungkannya pula dengan objek-objek dalam form kita seperti kotak teks.

Menghubungkan Pangkalan Data dengan Objek

1. Klik pada kotak teks txtNoPekerja dan fokus kepada Propertiesnya.

2. Lakukan ini mengikut turutan. Pada ciri DataSource pilih Adodc1.

3. Kemudian pada DataField, kita dapati senarai medan data yang kita cipta dalam jadual infoPekerja muncul di sini.

4. Pilih medan data yang bersesuaian. Jika kotak teks yang kita pilih ada txtNoPekerja, pilih medan data NoPekerja.

5. Ulang semua langkah di atas dengan kotak teks yang lain seperti txtNama, txtNoKP, txtJawatan dan txtAlamat.

6. Kesemua DataSource bagi kotak-kotak teks tersebut adalah sama. Bezanya hanya pada DataField sahaja. Rujuk Rajah 16.

Rajah16.jpg

Rajah 16

7. Setelah selesai, klik Start. Lihat Rajah 17. Kita boleh klik butang < atau > untuk menggerakkan data kita.

Rajah17.jpg

Rajah 17

Seperti Rajah 17, kita dapati data yang kita isi dalam jadual infoPekerja tadi telah dipaparkan pada form kita.

Ini menunjukkan kita telah berjaya menghubungkan aplikasi VB kita dengan pangkalan data Microsoft Access tadi.

Dalam tutorial yang berikutnya, kita akan belajar pula cara menambah,

membuang dan mengubahsuai data dalam pangkalan data melalui VB.

Share this post


Link to post
Share on other sites

BAB 4 PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Dalam tutorial yang tadi kita telah mempelajari cara mewujudkan pangkalan data dan menghubungkannya dengan Visual Basic.

Tetapi sistem tersebut masih belum siap sepenuhnya, kerana kita perlu mengubahsuai sistem kita agar dapat menerima, membuang, mencari atau mengubahsuai data.

Tidak dapat tidak anda perlu menaip baris aturcara bagi mencapai matlamat ini.

Namun kemahiran mengaturcara ini amat penting sekiranya kita bercita-cita mewujudkan sebuah sistem yang mantap.

Tutorial ini akan memperkenalkan beberapa jenis aturcara yang penting dalam memanipulasikan pangkalan data.

MEMULAKAN ATURCARA

1. Ubahsuai Form kita dalam tutorial yang lepas seperti Rajah 1.

2. Masukkan butang2 arahan yang berkenaan.

Pastikan nama dan captionnya seperti jadual Rajah 1.

Rajah1Tambahanbutang-butanguntukmen.jpg

Rajah 1 Tambahan butang-butang untuk mengawal rekod

MEMASUKKAN DATA BARU

Memasukkan data baru (adding new data) adalah antara ciri terpenting dalam sesebuah sistem.

Ciri ini membenarkan kita memasukkan rekod baru tanpa perlu membuka pangkalan data seperti Access dan sebagainya.

Kita Cuma boleh melakukannya melalui sistem yang dibangunkan.

Aturcara 1

1. Tekan 2 kali pada butang cmdTambah.

2. Masukkan aturcara seperti dalam Rajah 2.

Rajah2AturcaraTambahData.jpg

Rajah 2 Aturcara Tambah Data

Dua baris sahaja?.

Mungkin ada antara kita yang terkejut bagaimana aturcara untuk memasukkan data

ke dalam pangkalan data hanya memerlukan 2 baris sahaja.

Sebenarnya 2 baris ini adalah kaedah kemasukkan data yang paling ringkas.

Anda boleh melakukan pengubahsuaian yang sesuai dengan keperluan sistem anda.

Penerangan

Adodc1.Recordset adalah set aturcara terpenting kita akan sentuh dalam tutorial ini.

Adodc1 adalah objek yang kita wujudkan untuk menghubungkan pangkalan data.

Kita boleh memanipulasi set rekod seperti menambah, membuang atau mengemaskini data.

Perhatikan Rajah 3.

Rajah3KomponendalamRecordset.jpg

Rajah 3 Komponen dalam Recordset

Jika kita lihat Rajah 3, setelah kita menaip titik, akan keluar sebuah popup list yang

menyenaraikan tindakan atau keadaan yang boleh kita setkan ke atas set rekod Adodc1.

Untuk pengetahuan, popup list ini tidak akan keluar jika kita tersilap menaip aturcara kerana

ia hanya mencari objek yang telah kita wujudkan.

Jika ia muncul bermaksud kita telah menaip aturcara yang betul.

Adodc1.Recordset.AddNew adalah arahan untuk menambah rekod baru ke dalam pangkalan data.

Kita akan perhatikan kesemua kotak teks akan dikosongkan untuk kita memasukkan rekod baru.

Arahan ini akan menyimpan rekod yang kita masukkan secara automatik ke dalam pangkalan data tanpa sebarang kawalan.

txtNoPekerja.setFocus adalah arahan untuk mensetkan txtNoPekerja sebagai kotak teks yang bersedia untuk dimasukkan data

(cursor berada di dalam kotak teks tersebut).

Share this post


Link to post
Share on other sites

MEMBUANG DATA

Fungsi ini digunakan untuk membuang rekod yang sedang dipaparkan dari pangkalan data pada sistem kita.

Aturcara 2

1. Tekan 2 kali pada butang cmdBuang.

2. Masukkan Aturcara 2.

1. Private Sub cmdBuang_Click()

2. ‘Buang data yang sedang dipapar

3. Adodc1.Recordset.Delete

4. ‘Gerakkan ke data seterusnya supaya pengguna nampak data yang dibuang.

5. Adodc1.Recordset.MoveNext

6. If Adodc1.Recordset.EOF Then

7. Adodc1.Recordset.MovePrevious

8. End If

9. End Sub

Penerangan

Adodc1.Recordset.Delete adalah arahan untuk membuang set rekod yang sedang dipaparkan dari pangkalan data.

Arahan di baris 5-8 bermaksud setelah kita membuang rekod yang dikehendaki, maka rekod tersebut akan hilang

dan rekod yang akan dipaparkan adalah set rekod selepasnya. Jika rekod tersebut adalah rekod terakhir seperti

ditunjukkan dalam aturcara baris 6, maka set rekod sebelumnya pula akan dipaparkan.

MENGUBAHSUAI DATA

Fungsi ini digunakan untuk memngubahsuai rekod yang telah sedia ada dalam pangkalan data.

Untuk tujuan pengemaskinian, kita akan gunakan satu lagi butang iaitu cmdSimpan.

Aturcara 3

1. Tekan 2 kali pada butang cmdEdit.

2. Masukkan Aturcara 3.

3. Aturcara ini akan mensetkan sekali butang cmdSimpan.

1. Private Sub cmdEdit_Click()

2. cmdSimpan.Enabled = True

3. End Sub

4. Private Sub cmdSimpan_Click()

5. Adodc1.Recordset.Update

6. cmdSimpan.Enabled =False

7. End Sub

Penerangan

Jika kita lihat dalam baris 2, kita tahu peranan butang cmdEdit hanyalah untuk mensetkan butang cmdSimpan kepada boleh ditekan (Enabled=True). Hal ini kerana sebelum ini, kita telah mensetkan cmdSimpan sebagai tidak boleh disetkan (Enabled=False).

Tujuannya hanyalah sebgai kawalan yang mana kita cuma boleh mengemaskini data hanya setlah membuat pengubahsuaian ke atasnya.

Untuk butang cmdSimpan, kita akan mengemaskini pangkalan data dan akan dilaksanakan oleh Adoc1.Recordset.Update.

Baris 6 menunjukkan kita akan mensetkan semula butang cmdSimpan untuk boleh ditekan (Enabled =False).

MENCARI DATA

Carian data antara ciri terpenting yang perlu ada dalam setiap sistem.

Kita perlu menetapkan sebuah medan data sebagai kekunci untuk carian kita.

Dalam sesetengah sistem, kekunci carian boleh terdiri dari lebih satu jenis medan.

Dalam kes ini, kita akan memilih No Pekerja yang unik sebagai kekunci carian.

Aturcara 4

1. Tekan 2 kali pada butang cmdCari.

2. Masukkan Aturcara 4.

3. Tekan Start dan perhatikan output atucara seperti Rajah 4 dan 5.

1. Private Sub cmdCari_Click()

2. Dim strCai As String

3. Dim blnJumpa As Boolean

4. strCari = UCase(InputBox(“Masukkan No Pekerja yang dicariâ€))

5. If Len(strCari)>0 Then

6. Adodc1.Recordset.MoveFirst

7. blnJumpa = False

8. Do While (Not blnjumpa) And (NotAdodc1.Recordset.EOF)

9. If UCase(Adodc1.Recordset.Fields(“NoPekerjaâ€).Value) = strCari Then

10. blnJumpa = True

11. Else

12. Adodc1.Recordset.MoveNext

13. End If

14. Loop

15. If Not blnjumpa Then

16. MsgBox “No Pekerja yang anda masukkan tidak dijumpaiâ€, , “Tak Jumpaâ€

17. Adodc1.Recordset.MoveLast

18. End If

19. Else

20. MsgBox “Masukkan nombor pekerjaâ€,,â€â€

21. End If

22. End Sub

Penerangan

Aturcara ini mungkin agak panjang bagi anda, tetapi pengertiannya mudah sahaja.

strCari yang diisytihar dalam baris 2 adalah katakunci yang kita masukkan untuk dicari rekodnya.

Blnjumpa adalah sejenis boolean (dwipilihan) yang mana jika kita menjumpai rekod yang dikehendaki,

nilainya adalah TRUE, dan sebaliknya, nilainya adalah FALSE.

Baris 4 menunjukkan kita menggunakan kotak input untuk pengguna memasukkan input.

Len(strCari)>0 dalam baris 5 bermaksud kita perlu memasukkan kata kunci dan tidak boleh kosong.

Baris 8-14 menunjukkan gelungan yang mana komputer akan mencari data yang sama dengan

katakunci yang dicari dalam setiap rekod sehingga jumpa.

Baris 15-17 adalah penyataan sekiranya data tidak dijumpai.

Rajah4PenggunaMemasukkankatakuncida.jpg

Rajah 4 Pengguna Memasukkan kata kunci dalam kotak input

Rajah5Kotakmesejsekiranyatiadadatay.jpg

Rajah 5 Kotak mesej sekiranya tiada data yang dicari

Share this post


Link to post
Share on other sites

MENGGERAKKAN DATA KE DEPAN DAN KE BELAKANG

Kita boleh menggunakan butang Previous atau Next pada Adodc1 sahaja

tetapi biasanya objek Adodc ini akan dilindungkan (hide) apabila sistem siap.

Jadi bagaimana kita boleh menggerakkan data ke depan atau ke belakang?

Kita boleh mencipta butang sendiri yang hanya mempunyai fungsi yang sama dengan yang ada pada objek Adodc.

Aturcara 5

1. Tekan 2 kali sama ada butang cmdPrevious atau cmdNext

2. Masukkan aturcara seperti di bawah.

1. Private Sub cmdNext_Click()

2. Adodc1.Recordset.MoveNext

3. If Adodc1.Recordset.EOF Then

4. Adodc1.Recordset.MoveFirst

5. End If

6. End Sub

7. Private Sub cmdPrevious_Click()

8. Adodc1.Recordset.MovePrevious

9. If Adodc1.Recordset.BOF Then

10. Adodc1.Recordset.MoveLast

11.End If

12.End Sub

MEWUJUDKAN FORM LOGIN

Sebuah sistem tentulah mempunyai kawalan capaian yang tersendiri.

Biasanya sebelum pengguna boleh login ke dalam sistem, mereka perlu

memasukkan nama pengguna atau ID dan katalaluan sebagai pengesahan mereka sebagai pengguna yang sebenar.

Disini kita akan diterangkan bagaimana kita boleh wujudkan form login yang mula sekali akan

dipaparkan yang mana boleh menerima ID dan katalaluan yang disimpan dalam pangkalan data

dan menentukan ID tersebut sah atau tidak.

Aturcara 6

Pangkalan data dan ID kita perlu disimpan dalam pangkalan data.

Kita tidak perlu mencipta fail pangkalan data (*.mdb) yang baru sebaliknya boleh mewujudkan satu lagi jadual

(table) dalam pangkalan data sedia iaitu dbpekerja.

1. Seperti dalam tutorial sebelum ini, buka Microsoft Access, buka fail dbpekerja dan wujudkan jadual bernama login

dalam pangkalan data dan cipta medan data seperti Rajah 6.

Rajah6JadualLoginyangbarudicipta.jpg

Rajah 6 Jadual Login yang baru dicipta

2. Masukkan medan data dan setkan bil sebagai autonumber dan kekunci utama seperti Rajah 7.

Rajah7Settingbagijaduallogin.jpg

Rajah 7 Setting bagi jadual login

3. Masukkan beberapa ID dan katalaluan sebagai permulaan seperti Rajah 8.

Rajah8Jadualloginyangdiisibeberapar.jpg

Rajah 8 Jadual login yang diisi beberapa rekod

4. Setelah selesai, buka VB dan cipta Form Login seperti Rajah 9.

Rajah9FormLogin.jpg

Rajah 9 Form Login

5. Bagi Adodc yang baru dicipta bernama Adodc1, setkan hubungan pangkalan data kepada dbpekerja.

Setting yang lain adalah sama seperti sebelum ini kecuali RecordSource.

Jika sebelum ini kita gunakan Command Type adCmdTable, kali ini kita gunakan adCmdText.

Dengan erti kata lain, kita akan gunakan arahan SQL (Structed Query Language).

Share this post


Link to post
Share on other sites

6. Taip SQL pada command Text seperti Rajah 10.

Rajah10SetkanSQLpadaRecordSource.jpg

Rajah10 Setkan SQL pada RecordSource

7. Tekan OK.

8. Tekan 2 kali pada cmdMasuk dan masukkan Aturcara 6.

9. Namakan form anda sebagai frmLogin.

10. Pada menu Project, tekan Project1 Properties dan setkan Startup Object anda sebagai frmLogin. Tekan OK.

11. Tekan Start untuk larikan aturcara kita tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Private Sub cmdMasuk_Click()

2. Adodc1.RecordSource = “SELECT * FROM Login where ID = ‘ “&txtID.Text&â€â€™â€

3.Adodc1.Refresh

4. If Adodc1.Recordset.RecordCount = 0 Then

5. MsgBox “ID anda salah, sila cuba lagiâ€

6. txtID.SetFocus

7.Exit Sub

8.End If

9. If Adodc1.Recordset.Fields(“Passwordâ€) = txtPassword.Text Then

10. Form1.Show

11.Unload Me

12. Else

13. MsgBox “Kata laluan anda salah, sila cuba lagiâ€

14. End If

15. End Sub

-----------------------------------------------------------------------

Penerangan

Bermula dari aturcara ini, kita akan mula berjinak-jinak dengan arahan SQL.

Arahan SQL tidak akan diajar di sini namun ia adalah arahan mudah untuk mentadbir pangkalan data.

Baris 2 menunjukkan penggunaan arahan SQL yang mana kita mahu Adodc1 cuma memilih rekod yang

mana Idnya sama dengan ID yang dimasukkan pengguna dalam teks txtID.

Dalam baris ke 4 menunjukkan jika rekod tersebut tiada,

maka ID tersebut tidak wujud dan mengeluarkan mesej seperti baris 5.

Jika wujud, maka arahan pada baris 9 akan dilaksanakan.

Jika katalaluan pada rekod sama dengan kata laluan yang dimasukkan pengguna, maka Form1 akan dipaparkan.

Jika tidak, mesej seperti baris 13 akan dipaparkan.

Rajah11OutputbagiFormLogin.jpg

Rajah11 Output bagi Form Login

Dalam tutorial yang akan datang, kita akan membongkar lagi modul-modul dalam pengurusan data terutama yang melibatkan SQL.

Sekian, jumpa lagi. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

6. Taip SQL pada command Text seperti Rajah 10.

Rajah10SetkanSQLpadaRecordSource.jpg

Rajah10 Setkan SQL pada RecordSource

7. Tekan OK.

8. Tekan 2 kali pada cmdMasuk dan masukkan Aturcara 6.

9. Namakan form anda sebagai frmLogin.

10. Pada menu Project, tekan Project1 Properties dan setkan Startup Object anda sebagai frmLogin. Tekan OK.

11. Tekan Start untuk larikan aturcara kita tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Private Sub cmdMasuk_Click()

2. Adodc1.RecordSource = “SELECT * FROM Login where ID = ‘ “&txtID.Text&â€â€™â€

3.Adodc1.Refresh

4. If Adodc1.Recordset.RecordCount = 0 Then

5. MsgBox “ID anda salah, sila cuba lagiâ€

6. txtID.SetFocus

7.Exit Sub

8.End If

9. If Adodc1.Recordset.Fields(“Passwordâ€) = txtPassword.Text Then

10. Form1.Show

11.Unload Me

12. Else

13. MsgBox “Kata laluan anda salah, sila cuba lagiâ€

14. End If

15. End Sub

-----------------------------------------------------------------------

Penerangan

Bermula dari aturcara ini, kita akan mula berjinak-jinak dengan arahan SQL.

Arahan SQL tidak akan diajar di sini namun ia adalah arahan mudah untuk mentadbir pangkalan data.

Baris 2 menunjukkan penggunaan arahan SQL yang mana kita mahu Adodc1 cuma memilih rekod yang

mana Idnya sama dengan ID yang dimasukkan pengguna dalam teks txtID.

Dalam baris ke 4 menunjukkan jika rekod tersebut tiada,

maka ID tersebut tidak wujud dan mengeluarkan mesej seperti baris 5.

Jika wujud, maka arahan pada baris 9 akan dilaksanakan.

Jika katalaluan pada rekod sama dengan kata laluan yang dimasukkan pengguna, maka Form1 akan dipaparkan.

Jika tidak, mesej seperti baris 13 akan dipaparkan.

Rajah11OutputbagiFormLogin.jpg

Rajah11 Output bagi Form Login

Dalam tutorial yang akan datang, kita akan membongkar lagi modul-modul dalam pengurusan data terutama yang melibatkan SQL.

Sekian, jumpa lagi. :)

nk wat vb kene pkai software apa ya?? seyes tatau ape pon psl vb ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...