Jump to content
adinor

Bisnes Komputer + Jual Jenama Sendiri

Recommended Posts

Aku nak buka satu syarikat Enterprise. Skop perniagaan adalah jualan komputer & komponen-komponennya, repair & upgrade. Buat masa ini aku nak buat secara sambilan dulu sebab sekarang ni masih lagi bekerja dengan majikan. Premis perniagaan adalah di rumah saja...kiranya kecil-kecilan jer (permulaan dulu). Aku juga terfikir untuk merekacipta jenama untuk komputer yang dijual itu.

Sebarang idea berkaitan perniagaan ini, bolehlah dikongsi bersama disini.

Sekian, terima kasih.

Edited by adinor

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah kat 2 tahun setengah involve dalam bisnes hardware & IT nih :D

perkara paling getir nak tempuh :

1. margin ciput sangat (harga barang RM 300 untung RM 10 jer)...sebab sumer org compare harga kat lowyat...

2. cara nak jalankan stocks & kuantiti dalam masa tertentu untuk dapatkan smooth cash flow

3. competitivenes ngan CA YA NUN ALIF :lol: sebab industri ni diorang kontrol :wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Persaingan yang banyak.. bukan pakat2 nk untung,tapi pakat2 nk turunkan harga.. kasi harga murah

SEbagai pandangan :

Kalau 5 buah kedai komputer baru di buka, 2 biji yang hidup.. 3 lagi KO.. bukan nk takutkan ko bro..tapi hakikat, ni lah ceramah masa aku kursus.

Tapi ko boleh hidup bro..coz ada pengalaman dalam bidang ni.

--------------

Kat tempat aku ni pon dah kurang pendapatan.. orang pakat2 pegi tempat yang 'over' murah.. cam nk pergi ke arah pertanian lak aku ni.. sob2. 4 tahun dulu OK sangat bisnes komputer ni..

Tapi kena ingat, rezeki datang dari Allah..kita pohon, kita usaha, kita perbaiki yang kurang..insyaAllah..boleh maju :)

Note : Maaflah kalau TerOFF Topic

Edited by malayNUX

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alhamdulillah saya dah 4 tahun berniaga sendiri.

Buat 2 bisnes jual,servis pc dan laptop. Lagi satu buat networking,cabling, dan lain-lain.

Betul jual hardware memang margin seciput. Hanya servis yg akan cover margin. Buat permulaan buat sambilan dulu. Baru serious bukak kedai. Tapi memang kena pelbagai, kena buat macam macam. Tak boleh buat repair pc ajer. Kena buat typing,internet surfing, printing, video editing dan macam macam servis yg boleh naikkan margin.

Kena jugak focus pada bisnes lain yg boleh cover sana sini, macam buat wiring dan cabling.

Pasa idea ko nak cipta jenama komputer tu boleh..semoga ko boleh jadik macam Michael Dell(insyaallah).Masa kat U pun dia jual PC clone ajer kan?Pastu baru dia naik gila gila jual Brand Dell.

Pasal apa jenama komputer ni ada 2 ajer dalam pasaran, yg branded dan yg clone. Tengok Mimos walaupun dia ada jenama mimos tapi pcnya hanya boleh dijual disektor awam ajer..org ramai yg tahu pasal pc yg mimos jual pun guna komponen pc clone jugak. Yg pc branded mcm dell,ibm,hp,acer,fujitsu semua org tahu dah..

Kalau nak buat brand jugak ko buatlah yg pelik sikit mcam ada satu brand computer fuzzY(kalau tak silap aku namanya). Computer ni warna dia colorfull(orange,merah dan hijau). Dalam komponennya sama ajer..tapi dia nak curi perhatian org ramai akan perlunya kelainan atas brand dia tu..ok jugak kan?

So ko fikirlah apa idea yg ko nak buat untuk PC ko...GOOD LUCK Bro

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku nak buka satu syarikat Enterprise. Skop perniagaan adalah jualan komputer & komponen-komponennya, repair & upgrade. Buat masa ini aku nak buat secara sambilan dulu sebab sekarang ni masih lagi bekerja dengan majikan. Premis perniagaan adalah di rumah saja...kiranya kecil-kecilan jer (permulaan dulu). Aku juga terfikir untuk merekacipta jenama untuk komputer yang dijual itu.

Sebarang idea berkaitan perniagaan ini, bolehlah dikongsi bersama disini.

Sekian, terima kasih.

ahaks.........ko kerja ngan majikan ke bro?...........sama ngan aku apa kata kita tukar pandangan dalam YM [email protected] nick A.N.G.E.L :lol: ....situasi aku sama ngan ko.....meh la bincang2

Share this post


Link to post
Share on other sites

Firstly: Terima kasih diatas segala pandangan korang. Perkongsian ilmu berkaitan bisnes ini masih diteruskan...

Secondly:

PowerRootTongkatAli_GS: Aku belum daftar lagi tapi dalam masa yang terdekat

I am The Angel Of Dead: Yer, aku bekerja dengan majikan. Kalau nak diikutkan hati dan perasaan aku ni, aku nak buka kedai komputer masa umur aku 19 tahun tapi memandangkan masa tu ada halangan keluarga dan aku masih budak hingusan pada masa tersebut. Sebab masa tu fikiran aku berorientasikan keusahawanan dan bukannya makan gaji. Aku dah fikir aku tak suka kerja dibawah bos, sebaliknya aku nak akulah bos dalam kerja aku dsb. Aku lebih suka membuat sesuatu dari ilham aku daripada membuat sesuatu dari arahan orang lain. Kalau ceritakan kisah hidup aku ni panjang sangat tapi tidak mengapa kira summary jer la. Paling penting, Tuhan dah bagi aku ilham ni dah lama, jadi aku tak nak sia-siakan ilham tersebut.

add me : [email protected]

Tq sahabat semua. Teruskan diskusi...

Edited by adinor

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah kat 2 tahun setengah involve dalam bisnes hardware & IT nih :D

perkara paling getir nak tempuh :

1. margin ciput sangat (harga barang RM 300 untung RM 10 jer)...sebab sumer org compare harga kat lowyat...

2. cara nak jalankan stocks & kuantiti dalam masa tertentu untuk dapatkan smooth cash flow

3. competitivenes ngan CA YA NUN ALIF :lol: sebab industri ni diorang kontrol :wacko:

Bile kite nak bisnes..

mesti ade strategi..

klu customer asyik compare ngan harge lowyat..

kita buka bisnes ngan jauh dari lowyat..

masa aku keje kat Johor..

kat Bandar tenggara..

memang dpt sambutan la kedai komputer..

sebab jauh ngan pekan Kulai,JB

tiap2 hr ader org dtg..

kira xrugi la..

buka jauh2 pun..

kt kn cari persaingan yg kurg sbb kita dah tau CA YA NUN ALIF yg kontrol benda2 nie..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wooo, patutlah msg aku tanya pasal benda ni.. ahahahaha..

Apapom, register kompeni kat SSM dulu, alamat buat rumah tak per, derang tak marah + saman punya, janji kena ada kompeni dulu.. then register dengan disto besar, kalu tak dapat distro besar, amik local distro pom tak per.. janji harga ok..

Mmg sekarang ni kebanyakan bisnes bersaing dari segi harga, tapi jangan lupa, after sales service tu pom maha penting jugak. Kita mahal sket dari orang, tapi kalu serbis kita bagus, tak banyak cekadak + songeh, insyaAllah boleh pegi..

Cth kat tempat aku ni, katakan kat loyat jual pendrive 1Gb @ rm37, aku jual RM45. Jadi katakan ada kastemer komplen mahal dari loyat. So jawapan aku, loyat ngan tempat aku ni lebih kurang 400km, duit minyak + tol dah berapa? itu tak campur masa + tenaga lagi. Kalau naik bas pulak tiket sehala dah rm30.++ Beli kat kedai aku ni, dlm masa setahun mmg 1 to 1 waranti dengan syarat ada resit sebagai bukti. Jadi bergantung kepada kastemer lah camner kan? Nak markup pom agak agak lah, takkan nak jual pendrive 1gb sampai 150 kut?

Jadi apap om, kena acu cuba terai test dulu baru tahu.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

PETABITE: hahahahahahaha siap bagi jawapan untuk aku standby berdepan dengan customer camtu. Aku nak tanya..distro tu apa? astro aku tahu la. Ko sekarang bisnes apa? suspen jugak...

alang-alang aku tengah taip ni, apa kata kita buka minda skit. Sikit jer, tak banyak.

1. Moto yang sesuai untuk company aku

2. Apa yang anda harapkan dari komputer yang anda beli. Kepuasan? kebolehpercayaan? kelajuan? kestabilan?

3. Apakah perkara yang anda tidak suka apabila berurusan dengan kedai komputer / penjual /agen?

* Mod, aku rasa dah macam serious discussion. Terpulang pada Mod nak pindah post ini atau sebaliknya. Tq

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku jual orang lah.. macam yg aku msg ko tuh.. khokhohkohkohkhokhokhohkoh..

Aku buat pc sales n service jugak, sekali ngan cc.. tapi kecik kecik je lah.. tak der nye besar gaban macam loyat tu.. baru 4 tahun lebih.. bulan 04-2008 ni masuk 5 tahun. :)

Nah jawapan yg aku boleh bagi utk soalan ko tuh:

1) Cheap thing never good, good thing never cheap.

2) Kelajuan + performance + stability + etc berpadanan dengan harga.

3) Tipu + kelentong tak hengat dunia.

Yosh, harap membantu! :)

Tambahan :

Distro tu distrobutuh la... Opsss, distributor.. Cth utk barang kingston, distro dia Amble Action dengan Convergent. Utk WD cthnya servex.. begitu lah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau beli dengan distributor ni nak kena pukal ker atau boleh dalam jumlah yang sedikit (eg: 5 unit items)

Edited by adinor

Share this post


Link to post
Share on other sites

dengan distrobutor pun ...kena hati2.... jgn ingat boleh dapat harga murah betul. kena tengok keadaan dan keramahan ko dengan agent distro tu. contohnya :

Dengan orang A, harga bagi sebatang ram RM 110. dengan ko, dia bagi RM 112. Tak pun, paling murah RM 111.

terutamanya kalau orang A tu, Cheeee Narrr. Lagi murah lar harganya. :)

Tapi... kalau kau pandai kautim.... musti dapat lagi murah... uhuk uhuk... aku bagitau berdasarkan pengalaman berurusan dengna disro... ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Haah betol taipan xdsl tu, mmg dengan orang kita ni, kita mmg akan dapat rega lagi mahal dari orang dia. Tapi kalu dah lama deal, dan dalam masa deal tu kita tak buat palat ngan dia, tak der payment sangkut, tak der banyak songeh.. insyaAllah rega kita akan dapat better dari orang lain.. Tapi apapom, mesti dapatkan lebih dari 2 distro utk sesuatu barang, baru kita banyak pilihan dan tak kena main dek derang..

Bab kuantiti beli ngan disto ni, utk mula mula kena cakap la, bisnes baru nak mula, takkan nak amik banyak terus, tak padan la nnti.. macam aku dulu, distro yg cari, suruh push barang derang.. memula aku takut takut jugak, cth utk pendrive aku amik dari 40 batang je mula mula, bila dah ok amik dlm 100 batang, bila dah ok amik dlm 500 batang, sekarang bila dah ok order seribu batang terus.. khohkohkohkohkho.. baru la derang respek sket..

Dan pasal payment, mmg utk 2-3 puluh urusniaga pertama, semua pakai cash, bila dah nak masuk tahun ke-5 ni, masing masing pakat offer term, sebab selama ni tak der penah sangkut payment.. Apapom, kena berhari hati jugak lah, sebab depa ni suka main main harga..

Harap membantu! :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ikut pengalaman aku, nak borong kat loyat ok je, tapi kena baik dengan bos kedai yg nak diborong tu lah.. Sebab kat loyat tu, kebanyakan kedai jual barang murah, tapi ha.. tapi kalu taim claim barang, barang antar RMA, mmg sakit la nak dapat balik.. Mungkin kalu beli barang 2-3 puluh ketol ok lagi, tapi kalu dah beratus ketol camner kan? Pada aku lah, loyat tu rega ok, cuma tang serbis RMA je yg sakit jiwa sket, bukan semua kedai, ada sebijik dua kedai lah..

Aku dulu selalu borong kat Compuzone, masa tu si Scoot tengah jaga sekali ngan Meng Chai, mmg derang kasi no hp derang. Jadi amik barang dlm 30 - 60k pom rilek je bila nak claim.. tapi bila Mrs dia yg jaga, alamak mati kering la aku bila call bahagian RMA dia tu.. wakakakakakkakakaka.. dah la Mrs dia tu kureng mesra alam.. Jadi lepas tu aku pom stop amik barang ngan dia, register ngan distro je.. Itulah cerita tahun 2002 - 2004 dulu.. kuikuikui..

Apapom terai la tanya geng geng lain dulu, mungkin derang ada lubang bagus lagi ke.. boleh kita pakat terjun lubang.. wakakakakaka..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Menarik sunggoh topik ni. kawe pong berminat nok terjung ke lembah PC sales & service ni. tapi aku tertarik jugak nak jual barang2 2nd refurbished. saper ade pengalaman buat bende ni boleh la tunjuk ajar.. soalan pertama.. mane nk dapat lobang dapatkan brg2 2nd ni secara pukal?

terus kan diskusi...

Edited by rarahim

Share this post


Link to post
Share on other sites

menarik diskusi ni...aku harap ia dapat membantu semua termasuk aku yng suka gak bisnes ni...sebelum aku terjun aku survey dulu...dapat info macam PETABITE tu bagus....tolong orang kite...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku ada juga syarikat komputer Enterprise Level. Tapi aku tak buat sangat jualan end-user. Aku lebih kepada configuration dan service support sebab dua benda tu long-term punya berniaga. Senang cerita, benda tu sentiasa diperlukan pengguna.

Share this post


Link to post
Share on other sites

suka tengok ramai kaum bumiputera nak ceburi bidang computer sales & service nih :D

saja nak share pengalaman membuka kedai PC nih....huhuhu

aku dulu pun buat company / business pakai alamat rumah jerk...office / store pun dalam rumah jugaks :)

waktu aku nak bukak dulu aku pikir...macamana aku nak bukak kedai PC, tp berlainan dari kedai PC lain...sebab dekat subang dan KL ni dah banyak kedai PC....so kire nak buat something different...

then aku beli satu buku ni..tak ingat aper namenyer...citer bab online business....kire dari A to Z lah camana nak start...camner nak dapat customer etc...

so dalam 2 tahun nih aku buat all-out sales online dan sales kat rumah melalui forum2 dan etc...tgk idea camaner online business kat U.S @ Europe operate dan try apply kan kat local situation kat Malaysia nih...

then dapat belajar sendiri software nak buat e-commerce shop...aku buat sendiri kedai online aku.... --> www.modernopc.com....then hujung tahun lepas...boleh la bukak kedai sendiri kat Subang SS19 nih...

sekarang dah ada kat 2 ribu registered customer...plus walk-in customer kat kedai...org malaysia ni suka tgk barang dulu...kasi main then baru beli...huhuhu..

kire customer kat area KL, banyak jugak la yg datang bertandang...yg luar KL, banyak pakai postage lah :)

tp dalam 2 tahun nih...perit gak buat 2 kerja.....siang kerja kat opis...petang sampai malam buat kerja kat kedai :lol: member tolong jaga waktu siang...petang guek sambung...

sekarang bila dah yakin business okey...dah boleh berenti kerja permanent tu....concentrate buat business ni full-time... :lol:

IN LIFE...U CAN ALWAYS CHOOSE 2 --> FREEDOM OR SECURITY

FREEDOM --> BUSINESS (jatuh naik ikut rezeki kita)

SECURITY --> JOB (rezeki maintain)

memang kita takleh dapat dedua benda nih serentak.....itu yg aku baca dalam buku koyaski (ntah betul ker aku eja nama mamat nih..) ehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

helloo broo..

aku pon dl buat bisnes komp jugak kt rumah..

tp sekarang dah ade kdai la

modal?? time 2 ciput jerk.. delah rm 10k

tp aku ingat ko buka je bisnes komp tuh...

barang??? mase aku memule buat bis ni dl aku amek kt kdai2 komp je

xyh la nk ambek kt lowyat kalo beli 1 or 2 brg jerk....

pepehal pon...it's up 2u

ok bro...

Share this post


Link to post
Share on other sites

akum suma saya pun nak bg pandangan skit.

banyak dugaan nak memulakan perniagaan ni,modal tu satu hal lah.tp yang paling penting sekali camna nak mendapat kepercayaan pelanggan.bg saya imej kedai mmg amat penting.kalau bukak kedai komputer tp kedai macam kedai kusyen mmg susah la.kecuali kalau org memang da kenal

Nak bersaing dengan bangsa lain dalam perniagaan hardware newpart ni mmg susah.harga diorang dapat drpd distributor mmg berbeza ngan kita.

Nak margin keuntungan tinggi buat bisnes jualbeli part 2nd,yg ini memang kita boleh bersaing ngan bangsa lain tuh.

Ni nak cite la skit pengalaman saya

dulu penah la sekali saya pegi saje2 tanya hd 20 gig kat satu kedai 2nd tuh,terkejut dengar harga,hd 20gig 2nd dia jual rm120,padahal hd 40 gig baru punye baru rm140.tanya nape mahal sgt,jawapan apek tu cukup membuat hati saya panas bila mendengarnya.pada masa itu saya ingat apek tu kencing punya kaki,takkan hd 20gig 2nd rm120.beberapa bulan lps tu saya dapat customer suh tukar hd2nd 40gig ganti hd lama 20 gig dia yg rosak,time bayar tu lebar jer senyumnya.rupenya hd yang saya jual kpd dia tuh jauh lebih murah drpd hd 20 gig dia yg asal padahal 2nd jugak.saya rasa margin keuntungan saya agak tinggi gak jual hd 40 gig tuh.

Menarik sunggoh topik ni. kawe pong berminat nok terjung ke lembah PC sales & service ni. tapi aku tertarik jugak nak jual barang2 2nd refurbished. saper ade pengalaman buat bende ni boleh la tunjuk ajar.. soalan pertama.. mane nk dapat lobang dapatkan brg2 2nd ni secara pukal?

terus kan diskusi...

add ym, waang_78,kita boleh bincang2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ikut pengalaman aku, nak borong kat loyat ok je, tapi kena baik dengan bos kedai yg nak diborong tu lah.. Sebab kat loyat tu, kebanyakan kedai jual barang murah, tapi ha.. tapi kalu taim claim barang, barang antar RMA, mmg sakit la nak dapat balik.. Mungkin kalu beli barang 2-3 puluh ketol ok lagi, tapi kalu dah beratus ketol camner kan? Pada aku lah, loyat tu rega ok, cuma tang serbis RMA je yg sakit jiwa sket, bukan semua kedai, ada sebijik dua kedai lah..

Aku dulu selalu borong kat Compuzone, masa tu si Scoot tengah jaga sekali ngan Meng Chai, mmg derang kasi no hp derang. Jadi amik barang dlm 30 - 60k pom rilek je bila nak claim.. tapi bila Mrs dia yg jaga, alamak mati kering la aku bila call bahagian RMA dia tu.. wakakakakakkakakaka.. dah la Mrs dia tu kureng mesra alam.. Jadi lepas tu aku pom stop amik barang ngan dia, register ngan distro je.. Itulah cerita tahun 2002 - 2004 dulu.. kuikuikui..

Apapom terai la tanya geng geng lain dulu, mungkin derang ada lubang bagus lagi ke.. boleh kita pakat terjun lubang.. wakakakakaka..

huhuhuhu aku pun sama buat bussines mcm nie...skrg cibuk jaga computer2 dan printer2 dkt 2 company bawah MBI selangor..office dkt umah jek.pening gak ar..Aku ar bos,aku ar staff..memang mencabar bidang pc nie...bleh nak gaul ca ya nun alif tapi ada skilll....bleh tanya x kwn2 di sini mcm mana nak register Distro?.. nak gi lowyat leceh...satu lagi mana ek aku nak dapatkan laptop untuk harga dealer?......faham2 jek ar jaga company besar nie..mcm2 ragam....aku skrg tgh plan nak bukak cc baru nak tanya pandangan tokeh cc dkt shah alam nie....sambil tue ada gak jadi streamyx agen....sambil menyelam minum air..klu ada pandagan tolong hulur-hulurkan... :rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...