• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada [email protected] 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________

Apa Pentingnya C++?

63 posts in this topic

Posted (edited) · Report post

'Language War' memang tidak akan habis dan kadang-kadang boleh membuat kekacauan di dalam jiwa anda semua. :lol:. Tetapi kalau diselitkan dengan segala jenis fakta, boleh memberikan manfaat kepada mereka yang berkenaan.

Atas permintaan ramai, thread dibuka semula.

edit:

aku terlupa nak bagi link ke http://www.joelonsoftware.com/Archive.html very insightful articles especially

http://www.joelonsoftware.com/articles/CollegeAdvice.html

http://www.joelonsoftware.com/items/2007/06/05.html

http://www.joelonsoftware.com/articles/SortingResumes.html

http://www.joelonsoftware.com/articles/fog0000000319.html

dan yg paling relevan dgn thread ni - http://www.joelonsoftware.com/articles/The...avaSchools.html

Edited by encik pot pet

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

jawapan peribadi aku, kalaulah aku yg yg design kurikulum kat varsities, aku akan

1. guna ruby sebagai bahasa pertama, sebabnya utk mengajar student what is computer programming really is.

2. C sebagai bahasa kedua, utk persediaan kepada c++, kursus java dan .net sebagai subject pilihan.

3. memperbanyakkan jumlah jam subject discrete maths(brain tickle utk menyelesaikan masalah kompleks), data structure, and algo.

p/s: aku start programming guna C, kemudian x86 asm. kemudian jadi classic vb basher.

Yes, ini la jawapan yang menepati kehendak ... ok, jadi pada pendapat encik mod, ruby merupakan bahasa yang terbaik untuk mengajar pelajar erti programming sebenar. C sebagai bahasa kedua? Jadi, nampaknya tidak kira apa-apa bahasa pun, ia tetap boleh mengajar sedikit sebanyak erti programming? Boleh kah?

Kelebihan ruby berbanding dengan asas C++ dalam mengajar erti programming sebenar dan mengapa ia penting untuk digunakan semasa awal semester dan untuk semua pelajar?

P/s: Satu je yang lain nih .. yang diskret math tu penting ka? Modul yang paling dahsyat selain kalkulus .. isk isk ..

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Yes, ini la jawapan yang menepati kehendak ... ok, jadi pada pendapat encik mod, ruby merupakan bahasa yang terbaik untuk mengajar pelajar erti programming sebenar. C sebagai bahasa kedua? Jadi, nampaknya tidak kira apa-apa bahasa pun, ia tetap boleh mengajar sedikit sebanyak erti programming? Boleh kah?

imho, tak boleh bahasa pengaturcaraan pertama sembarangan, nanti susah nak tercapai objektif iaitu membiasakan student dgn computer programming -> loop, input/output, data/numeric manipulation, arithmethic calc, data structure, algo etc.

kalau guna java, memang akan ambik masa sebab program java paling simple (print "hello world") pun memang dah panjang. agak kompleks utk org yg tak pernah buat programming.

kalaulah naib canselor tak bagi pakai ruby or any others dynamic type language (python, groovy, ruby, etc), aku akan guna C sebagai bahasa pertama :)

dalam ruby,

puts "Hello World!"
compare dgn java
class HelloWorldApp {
    public static void main(String[] args) {
        System.out.println("Hello World!"); // Display the string.
    }
}

tu baru hello, world!. belum masuk benda2 lain lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

P/s: Satu je yang lain nih .. yang diskret math tu penting ka? Modul yang paling dahsyat selain kalkulus .. isk isk ..

penting kalau nak jadi above average programmer. kalau setakat nak develop database front-end apps (sebelum ni aku refer as CRUD apps), rasanya takyah masuk dalam syllabus langsung pun takper.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

ruby programming..

bru sy thu... sesuatu yang menarik... bagaimana ngn python?> ruby n python mana lg bagus?

sy sem 1,2 belajar c++ then sem 3 belajar java..

semuanya basic...

skrang sem 4.. msih igt simple2 je c++ n java..

lecturer sy ckp... nk power.. nk thu lebih lanjut... explorer la sendiri...

pihak ipt hanya buka minda jer... kenaper kita nk salahkan silibus...

andai kata kita dh thu basic c++... then baca thread... ada org kata ruby lg bagus.. klu kita minat.. kita explore la blajar ruby...penguasaan kita dtg dr usaha kita...

sy dpt A java... tp tkleh nk aplikasi juga java dlm ape2 project.. sbb malas nk explore n tk minat...

sy kurang minat programming.. lebih ke arah networking jer..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Ya ya, sebab tu aku wujudkan thread ni .. bukan salahkan silibus, anda belajar C++ semasa diploma, bukan sekali, 2-3 kali lagi .. anda berusaha untuk memahaminya kerana kata pensyarah anda pada masa itu, ia adalah asas kepada pengaturcaraan dan membina sistem .. tetapi bagi pelajar-pelajar baru yang masuk atas tiket Matriks dan STPM hanya perlu belajar JAVA semasa degree. Kenapa mereka tidak perlu langsung untuk mengetahui bahasa tersebut? Benarkah kata-kata pensyarah ia tidak relevan lagi?

Melalui perbincangan baru-baru ni, ramai forumer yang mengatakan struktur bahasa C++ adalah lebih baik, masih digunakan dan kerap menjadi pilihan untuk membina sistem yang lebih kompleks dan tidak mempunyai terlalu banyak masalah.

Jadi tidakkah tertanya-tanya, kenapa ia perlu dimansuhkan? Kenapa tidak mempelajari kedua-duanya sekali? Tidakkah ia suatu bahasa yang sepatutnya diketahui oleh semua pelajar atau bakal graduan? Adakah penting untuk menguasainya? atau Adakah tidak kira bahasa apa pun, pelajar tetap boleh menguasainya dengan hanya memahami erti programming sebenar?

Dan melalui thread ni, pelbagai komen dan fakta yang menarik dapat dilihat dan sesetengah pendapat mengatakan tidak kira bahasa apa pun, dengan memahami langkah-langkah dan prosedur pengaturcaraan sahaja .. ia dapat membawa kita ke arah ke depan. Ada juga yang mengatakan dengan mempelajari bahasa baru seperti Ruby, ia adalah lebih baik dan lebih mudah untuk dikuasai berbanding bahasa lain. Bagi aku sebagai pembuka topik, dengan membina minat menguasai asas C++ sebelum ni walaupun masa tu rasa susah, dengan mudah aku dapat memahami asas JAVA berbanding dengan kawan-kawan aku yang amek C++ tapi sekadar lulus atau hafal sebab nak dapat A sebelum ni... Dan kesan dia boleh dilihat bila time wat assignment, ramai la berpusu-pusu tanya antara satu sama lain untuk copy dan paste je .. jangan kata exam, nak kuasai asas JAVA pun tergagap-gagap .. dan masa mintak kerja dan ditanya oleh encik majikan? Hampeh .. baik C++, ataupun JAVA sume dah lupa .. jadi, kerja la dorang di bidang lain ..

Jadi, mari la berforum dengan sihat .. keluarkan fakta-fakta anda itu ... buktikan kenapa anda menyokong fakta anda itu? :)

P/s: Belajar kalau bersem-sem, kalu target hanya dapat A dan nak lulus, tapi kalu x der minat, ajar apa pun bleh lupa .. :) . Senario graduan-graduan Malaysia masa kini ..

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Pada pendapat aku, mmg bagus untuk kita mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan. Sebab kita boleh membandingkan teknik implementasi yang ditekankan oleh setiap bahasa.

Aku tulis program dalam C++, tapi belajar konsep dan methodology dalam bahasa lain. Java misalnya banyak menekankan aspek Pattern.

Sedikit sejarah pengalaman aku belajar:-

1- Bahasa C memperkenalkan aku pada variable type (double, int), control flow, looping dan pelbagai keyword lain.

2- VB mengajar GUI Programming, Event trigger, Event handler.

3- C++/MFC memperkenalkan objek oriented, Windows API, Windows Message, COM.

4- Java memperkenalkan Design Pattern pada aku.

5- Perl memperkenalkan REGEX, parser

6- C++/Std ajar aku Template Metaprogramming, Data structure. Refined Design Pattern.

Setiap bahasa pengaturcaraan ada tema dia sendiri. Tak salah kalau kita nak belajar. Malah semua tema tu boleh di gunakan dalam bahasa yang lain. Tapi ini bukan bermakna kita kena menguasai setiap bahasa pengaturcaraan.

Kita pilih dan fokus pada satu bahasa pengaturcaraan yang spesifik utk produktiviti. Programmer dibayar untuk kepakaran, bukan berapa banyak bahasa dia tahu.

Pada masa sama, jangan hindarkan bahasa lain. Setiap bahasa ada komuniti dan isu2 menarik yang kita boleh follow up. Pasang telinga pada berita terbaru.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

ipta mana?

klu kt uitm... setiap pelajar komputer mmg belajar c++ 1st then java...

tp tgk kos juga la... mcm degree business computing mmg takde la belajar...

mcm aku nih amik IT... aku terus degree IT..sebelum ni diploma akaun..

masih belajar C++ 2 sem then java satu sem...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Salam semua... 1st ly... sori kalau lari topik... CuMa sekadar meluah pendapat

Actually konsep pendidikan IPT dimalaysia adalah lebih kepada mencari keuntungan berbanding memberi pendidikan(i'll explain later)... So the student have to gain their own knowledge.. C++ cuma satu landasan utk perkenalkan student kepada program asas komputer... utk perkembangkan ilmu kita kena pandai2 lah nak survive... Contohnyer kongsi ilmu ngan kawan2 di putera.com dll.

one more thing

IPT= menawar perkhidmatan

Pelajar= pelanggan(membayar yuran=gaji2 pensyarah,pkerja etc)

MPP= Majlis perwakilan pelajar/pelanggan

Semua ini kesilapan kita sendiri... sebagai pelajar(pelanggan)... kita berhak menyuarakan kekurangan dalam sistem pendidikan kita melalui saluran yang betul(MPP). Malangnyer daripada berjuta pelajar... tak pernah ader yang menggunakan saluran yang betul utk menyuarakan isu ini... so think about it... Kalau ader pun suara yang tak kedengaran... contohnya di blog yang tak akan di jenguk oleh kakitgn kerajaan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Sebagai post yg terakhir aku dalam thread ini, aku nak bagi peringatan sikit mengenai pos2 *aku* sebelum ni: anda tidak perlu percaya sangat.

Hahahaha. Tipah tertipu.

Sebabnya ialah, aku bukanlah seorang 'full-time master developer' atau 'full-time slave programmer", dan yang paling penting; aku tak pernah buat sesuatu program melebihi 300 baris (sesungguhnya adalah sangat memalukan untuk mengakui pernyataan ini). Aku dilantik jadi moderator(mod) forum ni sebab takde orang lain yang sanggup (sama ada berkelayakan atau tidak) nak jadi mod kat forum c/c++ @ putera.com. I'm just a hobbyist _coder_, in fact my day (sometimes night) job is not related to IT at all. Oleh yg demikian, aku tiada kredibiliti untuk bercakap tentang computer science atau software development. (kalau sesiapa rasa dirinya sanggup dan berkelayakan, boleh pm aku. nanti aku akan rekomen kat admin)

Demikian juga, masa aku bashing java; aku hanya attack part *desktop* application jer, sebabnya tak praktikal untuk kegunaan umum. Sebagai contoh, program torrent client yg bernama Azureus (azu). walaupun azu ni paling canggih dari segi features, tapi semakin hari semakin sedikit pengguna azu khususnya untuk platform windows sebab terlalu berat dan sangat meletihkan. Para pengguna azu mula beralih kepada uTorrent yang menggunakan windows api (native dan laju) dan sizenya juga kecil dari segi executables dan penggunaan memori. *Tetapi*, utk web applications dgn menggunakan Java EE yang telah dikecilkan skopnya adalah praktikal, jauh lebih laju dari PHP (mungkin juga lebih laju walaupun programmer tersebut menggunakan C sebagai back-end kepada PHP). ASP.NET? 'saya tidak tahu'.

Kesimpulannya, java masih relevan disini dan the web applications is the future. So, please dont feel bad if you learned and mastered Java, just go on. Jika Java rebah di tengah jalan secara tiba-tiba, tolong jangan salahkan saya. Saya tidak tahu.

Sebagai bukti, kebanyakan coding yang aku pernah buat kelihatan lebih kurang macam ni jer. Dari hasil kerja crappy aku ni, memang lah tak sesuai langsung untuk bercakap tentang IT/CS dan/atau software development.

{
    srand(GetTickCount());
    char alfa[] = "0123456789ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVXY";
    unsigned char digest_md5[16];
    md5_context ctx;
    char seed[50], string[50], md[50];
    
repeat:
    for (;;)
    {

        string[0] = 'z';

        for (int j = 1; j < 7; j++)
        {
            string[j] = alfa[rand() % 34];
        }
        string[7] = 0;
        strcat(string,"rh");

        md5_starts(&ctx);
        md5_update(&ctx, (unsigned char *)string, strlen(string));
        md5_finish(&ctx, digest_md5);
        if (0x89 == digest_md5[0] && 0x92 == digest_md5[1] && 0xF6 == digest_md5[2])
        {
            break;
        }
    }
    for (int k = 0; k < 8; k++)
    {
        wsprintf(md + k*2,"%02X",digest_md5[k]);
    }
    cout << "string: " << seed << endl;
    cout << "Seed: " << string << endl;
    cout << "hash: " << md << endl;

    if (0 == strcmp(md,"8992F64490C56F32"))
    {

        cout << "Found: " << seed << endl;
        cout << "Hash: " << string << endl;
    }
    else
    {
        goto repeat;  /* hahaha.. mcm mana goto boleh sesat ni.*/
    }
    return getch();
}
atau
char alfa[] = "1234567890ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVXY";
char key[100]={0};
char hexi[] = "DONGLI";
char seed[25];
char output[100];
int i,j,y,k;
for (j = 0; j < 25; j++)
{
    seed[j] = alfa[rand() % 34];
}
seed[25] = 0;

for (i = 0, y = 0; i < 6; i++, y+=4)
{
    seed[(seed[y] % 3) + 1 + y] = hexi[i];
}

i = 0;
y = 0;
for (k = 1; k < 6; k++)
{
    j = k * 6 - 1;
    while (i < j)
    {
        key[i] = seed[y];
        i++;
        y++;
    }
    key[i]='-';
    i = j+1;
}

key[29]=0;
SetDlgItemText(hwnd,IDC_OUT,key);

Kalau adik-adik pelajar nak berbincang tentang macam mana nak buat replacement function utk strlen, strcpy, strcmp, memset, etc or simple crypto algo/implementation, crypto/big_number c/c++ library usage. A-ha, welcome to my world! Yezzza.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

apa pentingnya C++?Kenapa ia semakin dipinggirkan?

terus terang ckp aku sgt x bersetuju dgn topik ni.

aku x rs yg C++ tu x penting dan ia dipinggirkan.

1st programming language yg aku bljr ialah C++ ms kat matrik.

n then kat u 1st sem utk subjek computer programming, language yg diajar ialah C++.

mcm mn org leh kata yg C++ semakin dipinggirkan?

member aku ada ckp yg windows pun dibuat menggunakan C++.

utk embeded system pun bnyk yg guna C++.

pendek kata everywhere is C++.

psl java vs C++ aku x tau la.aku x minat n x tau apa2 pun psl java.

utk pasaran kerja bg mereka yg faham C++ prospek sgt lah cerah.

tp masalahnya agar sukar nak cr graduate yg faham C++ even peringkat basic pun.

n then x rmi pun graduate yg minat nak buat kerja2 programming even drp bdk2 yg amik sains com or it.

1 lg fact kebanyakan bos/company lebih prefer amik pekerja/programmer di kalangan bdk2 jurusan elektronik/computer engineering drp bdk2 sains com atau it.aku pun x phm.

aku ckp ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.bos/pengintvw sendiri yg ckp bnd ni.dorang kata bdk2 sains com atau it x leh jawab soalan2 psl basic programming yg di tanya.dorang x brp paham sgt logik2 mcm AND, OR, XOR atau pun dlm erti kata yg lain low level language.ni bukan aku yg pndi2 reka cipta tau tp mmg betul bos aku ckp mcm tu.kalo bdk2 sains com/it nak marah, marah kat bos aku!

a = 7

b = 8

cuba tulis program supaya nilai a jd nilai b dan nilai b jadi nilai a.

ni adalah salah 1 cth soalan yg ditanya ms aku intvw dulu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now