• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada [email protected] 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________

Apa Pentingnya C++?

63 posts in this topic

Posted (edited) · Report post

Asssalamualaikum, kat sini aku ada persoalan yang aku pun x tawu camna nak jawab .. memandangkan aku pernah belajar di peringkat diploma, aturcara C++ sangat-sangat ditekankan di dalam setiap semester dan bukan sahaja untuk diploma teknologi maklumat/sains komputer tetapi juga kejuruteraan. Oleh itu, 3 peringkat pembelajaran bermula dari semester 1, 2, dan juga 3 yang juga meliputi struktur data dan algoritma. Apa yang aku tertanya-tanya kenapa ada sesetengah IPTA tidak mempraktikkan lagi pengajaran C++ untuk peringkat ijazah? Antara alasan yang dijawab, C++ adalah bahasa aturcara lama .. kami lebih mempraktikkan JAVA ..

Persoalan:

Mungkin boleh difahami bahawa sebilangan pelajar-pelajar telah belajar di peringkat diploma lagi dan sedikit sebanyak mengetahui perjalanan atau struktur sesuatu aturcara ringkas C atau C++, tetapi bagaimana dengan pelajar-pelajar dari jurusan STPM dan Matriks?

Bermula pada semester 1, pelajar baru akan terus didedahkan dengan pengaturcaraan JAVA dan tidak perlu langsung mengetahui C++ atau C. Dan benarkah dengan hanya mempelajari JAVA, bahasa C dan C++ tidak diperlukan langsung?

Jadi, apa rasionalnya diteruskan dengan pengajaran C++ di peringkat diploma sekiranya tidak diperlukan di peringkat ijazah?

Ada sesapa leh jawab?

P/s: Aku pun tertanya-tanya ..... x payah citer visual basic, itu pun x diajar masa ijazah .. felik felik ..

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

jawapan aku senang jer....

kita terperangkap ngn falsafah pendidikan barat yg terlalu mengkelaskan sesuatu ilmu...maksd aku klu subjek C++,maka kita hanya blaja tang C++ jer...sedangkan semua kategori ilmu saling berkait antara satu sama lain...xleh pisah2...

dan lagi satu aku nk cakap..falsafah sonsang ni hanya utk org2 bud** cam kita...aik kita!!...mmmm..rasa2 aku x termasuk la...hehehee..sapa2 xnk termasuk ubah2 lah mindset tu...dorang plak pakai sistem pendidikan islam....cuma dorang jer xnk ngaku...perghhh!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

aku setuju ngan xtahu... 'carilah ilmu hingga ke china'

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Asssalamualaikum, kat sini aku ada persoalan yang aku pun x tawu camna nak jawab .. memandangkan aku pernah belajar di peringkat diploma, aturcara C++ sangat-sangat ditekankan di dalam setiap semester dan bukan sahaja untuk diploma teknologi maklumat/sains komputer tetapi juga kejuruteraan. Oleh itu, 3 peringkat pembelajaran bermula dari semester 1, 2, dan juga 3 yang juga meliputi struktur data dan algoritma. Apa yang aku tertanya-tanya kenapa ada sesetengah IPTA tidak mempraktikkan lagi pengajaran C++ untuk peringkat ijazah? Antara alasan yang dijawab, C++ adalah bahasa aturcara lama .. kami lebih mempraktikkan JAVA ..

Persoalan:

Mungkin boleh difahami bahawa sebilangan pelajar-pelajar telah belajar di peringkat diploma lagi dan sedikit sebanyak mengetahui perjalanan atau struktur sesuatu aturcara ringkas C atau C++, tetapi bagaimana dengan pelajar-pelajar dari jurusan STPM dan Matriks?

Bermula pada semester 1, pelajar baru akan terus didedahkan dengan pengaturcaraan JAVA dan tidak perlu langsung mengetahui C++ atau C. Dan benarkah dengan hanya mempelajari JAVA, bahasa C dan C++ tidak diperlukan langsung?

Jadi, apa rasionalnya diteruskan dengan pengajaran C++ di peringkat diploma sekiranya tidak diperlukan di peringkat ijazah?

Ada sesapa leh jawab?

P/s: Aku pun tertanya-tanya ..... x payah citer visual basic, itu pun x diajar masa ijazah .. felik felik ..

Senang je... Cuba tanye balik, JAVA tu developed pakai apa? Windows (atau lain2 OS) developed pakai apa? Visual Studio developed pakai apa?

Itulah masaalahnya pendidikan di Malaysia dan itu lah sebabnya kebanyakan programer Malaysia hanya programer nilai tambah (value added programmer), atau untuk senang difahami, "Programmer tempelan", hanya tahu buat homepage.

Edited by CFoo++

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Kt overseas, diorg tgh mengevolusikan c++....why dont us malaysian modify it to be our own way?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Senang je... Cuba tanye balik, JAVA tu developed pakai apa? Windows (atau lain2 OS) developed pakai apa? Visual Studio developed pakai apa?

Itulah masaalahnya pendidikan di Malaysia dan itu lah sebabnya kebanyakan programer Malaysia hanya programer nilai tambah (value added programmer), atau untuk senang difahami, "Programmer tempelan", hanya tahu buat homepage.

ada satu fakta lagi, kat malaysia ni penuh dengan CRUD application developers tak kira la desktop app atau web app.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

aku salah sorang yg jadik mangsa gak.1st sem dan seterusnya (masa diploma) hanya diajar java,langsung xde c/c++ sampai abis.masa degree (amik at institusi lain) belajar system programming,kena pakai linux.dan bila nak buat shell programming kena tau c.terpaksala aku amik inisiatif sendiri belajar sendiri.alhamdulillah aku lepas gak,hehe.cuma terpaksa double effort la berbanding bebudaklain yg dah ada basic c.

sadly skang aku keja bukan dlm bidang programming..so aku banyak dah lupa apa yg aku belajar.lagipun aku x berapa minat programming so aku xde inisiatif nak buat2 program sket2 ke.apa yg aku ingat skang hanyalah system.out.println :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Dah 2 hari aku tahan diri dari post ke thread ni. Tapi takleh, nak tulis jugak.

Dulu Java jual idea

write-once, run anywhere

Tapi apa yang jadi

write-once, debug everywhere

C/C++ bahasa paling neutral utk semua platform dan merupakan peneraju teknologi pengkomputeran. Java dahpun mula dipinggirkan oleh kebanyakan pihak (kecuali universiti di Malaysia. Malu malu).

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Urm .. macam2 pendapat .. so, salah satu lagi ayat yang aku pernah dengar dari lecturer :

"C++ sudah tidak relevan untuk digunakan pada masa kini"

Adakah anda setuju?

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Urm .. macam2 pendapat .. so, salah satu lagi ayat yang aku pernah dengar dari lecturer :

"C++ sudah tidak relevan untuk digunakan pada masa kini"

Adakah anda setuju?

Jgn dgr ckp lect tu, diorang blaja bende basic, string manipulation etc, pastu tak de inisiatif langsung nak blaja sendiri....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

pada pendapat peribadi aku, tugas universiti/kolej ialah utk melahirkan programmer, bukan melahir c++ atau java programmer. utk melahirkan programmer, univ kena ajar student programming skill melalui certain 1st programming language yg dia orang pilih sama ada lisp, scheme, c, c++, basic, pascal, java atau apa saja. programming language ni ada tahap masing2 sama ada high level (java, c++, vb) atau low lvl (c, asm).

tahap tinggi atau rendah ni ada pro kontranya sendiri. kalau guna high lvl, student boleh buat something useful dgn cepat sebab tak perlu nak study/implement low lvl function mcm hardware and memory manipulation, tak perlu nak reinvent the wheel bagi function2 yg terdapat dalam package programming lang tersebut, sebagai contoh java yg terkenal dgn library yg besar. kalau korang pernah guna pure C, korang akan tahu betapa susahnya nak buat program sebab semua function kena implement sendiri sebab standard library C ni kecik sangat. tapi, dgn 'reinvent the wheel' ni la yg menyebabkan skill programming korang power :), apa bila dah skillful, bagi la apa2 language pun, korang boleh cope dgn cepat.

berdasarkan senario kat malaysia ni, univ/kolej masih tak mampu nak mengeluarkan skillful programmers (ada, tapi percentage programmer yg berkemahiran tinggi ni masih rendah). soalan disini, kenapa boleh jadi begini and macam mana nak solve problem ni. marilah kita sama2 fikirkan.

p/s: aku nak bagi soalan klasik, 'sila buat satu aturcara (function) utk mengira panjang string dalam bahasa pengaturcaraan pilihan anda'

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Camner kalo ajar C# plak? Relevant jugak ker...?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

pendapat saya pula, tak perlu dipersoalkan mengenai bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh lecturer.. bukannya bahasa pengaturcaraan tu sebenarnya yang depa nak ajar sebab ia hanyalah medium untuk mengubah sutu prosedur kepada kod mesin. pelajaran yang tersirat sebenarnya adalah bagaimana anda boleh menggunakan komputer untuk menyelesaikan masalah. So, they choose language yang mudah dan tak kompleks supaya anda tak struggle dengan language tersebut dan lupakan pelajaran sebenar....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

pendapat saya pula, tak perlu dipersoalkan mengenai bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh lecturer.. bukannya bahasa pengaturcaraan tu sebenarnya yang depa nak ajar sebab ia hanyalah medium untuk mengubah sutu prosedur kepada kod mesin. pelajaran yang tersirat sebenarnya adalah bagaimana anda boleh menggunakan komputer untuk menyelesaikan masalah. So, they choose language yang mudah dan tak kompleks supaya anda tak struggle dengan language tersebut dan lupakan pelajaran sebenar....

Language yang mudah dan x struggle? So, apa yang akan jadi lepas graduate nanti? Ni yang persoalan aku cuba ungkapkan .. apa pentingnya belajar C++? Adakah relevan dengan skop kerja pada masa hadapan? Atau ia hanya sekadar prasyarat untuk belajar je?

Bahasa pengaturcaraan adalah penting untuk diketahui dari mula lagi . X kan masa mintak kerja nanti :

Penemuduga : Apakah kemahiran yang anda ketahui?

Calon : Saya x tahu lagi . Lagipun ia hanyalah medium untuk satu prosedur kepada kod mesin. Oleh itu, saya dapat menguasai bahasa tersebut dengan mudah.

Atau?

Penemuduga : Sistem kami dibina dengan menggunakan JAVA. Adakah anda menguasai bahasa ini?

Calon : Saya x belajar masa dulu. Cuma tahu Visual Basic dengan C++ je. Tapi, encik jangan risau, saya tahu prosedur-prosedur untuk membina sesuatu sistem. Cuma, saya perlukan masa untuk menguasai bahasa ini.

Penemuduga : Jadi, adakah anda pernah belajar JAVA?

Calon : Tidak. Saya akan belajar sekiranya encik menerima saya nanti .

Penemuduga : .......

So, agak-agak boleh ke dapat kerja gini?

Dan apa itu pelajaran yang sebenar yang dimaksudkan?

P/s: Jangan kira dak2 lepasan IT/CS yang keje lain dari bidang dorang lepas graduate .... tu lain citer ...

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Mr Ijan:

tugas student ialah belajar, tak kira la belajar dalam kuliah, dari lecturer ke, atau BELAJAR SENDIRI

oleh yg demikian, ko kena la belajar java sendiri kalau nak mintak jadi programmer java. anyway, programmer2 high class kat dunia ni ramai yg bukan graduate dari computer science atau IT. mereka belajar sendiri (self-taught). no excuse here.

Teach Yourself Programming in Ten Years - http://www.norvig.com/21-days.html

Penemuduga : Sistem kami dibina dengan menggunakan JAVA. Adakah anda menguasai bahasa ini?

Calon : Saya x belajar masa dulu. Cuma tahu Visual Basic dengan C++ je. Tapi, encik jangan risau, saya tahu prosedur-prosedur untuk membina sesuatu sistem. Cuma, saya perlukan masa untuk menguasai bahasa ini.

Penemuduga : Jadi, adakah anda pernah belajar JAVA?

Calon : Tidak. Saya akan belajar sekiranya encik menerima saya nanti .

Penemuduga : .......

Calon: kalau begitu, saya akan cuba belajar java sendiri, nanti saya akan apply utk jawatan ni bulan depan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Yes, tugas student adalah belajar dan sebahagian dari high class programmer tidak datang dari background IT/CS itu sendiri, tapi jangan lupa sebahagiannya tetap datang dari background IT/CS sendiri .. dan kemahiran yang didapati juga berbeza-beza. So, apa kelebihannya pelajar-pelajar dari jurusan IT/CS belajar sekiranya mana-mana jurusan lain boleh menguasai sesuatu lebih baik dari mereka sendiri?

Dan untuk belajar sendiri, ia pastinya mengambil masa .. persoalan aku ni ditujukan khas buat pelajar-pelajar dari jurusan IT/CS, dan bagi yang beralih bidang ke jurusan IT/CS dan belajar sendiri, pastinya ia akan mengambil masa yang lebih panjang .... Contohnya : Graduate as a Chef/Doctor/Musician kemudian bertukar ke bahagian programming, x ke terbabas nama tu? So, sekarang lupakan orang-orang yang x der kaitan ngan mender nih .. fokus pada pelajar IT/CS.

Apa yang aku cuba persoalkan kat sini, seseorang graduan yang baru kuar dari sesuatu universiti, perlukah diorang mengetahui/memahami/menguasai/mempelajari bahasa C++ ataupun bagi pihak industri/syarikat :

1) C++ adalah sesuatu bahasa yang tidak diperlukan lagi

2) Tidak relevan

3) Terlalu kompleks

4) Mengambil masa yang terlalu lama.

5) Ada bahasa yang lebih kurang sama yang lebih baik dan meyakinkan

P/s: Sebulan untuk menguasai sesuatu language? Susah tu bang ... 3 bulan pun belum x tentu lagi boleh kuasai level basic

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab menyimpang sikit dari persoalan asal thread ni.

on topic:

mengikut kehendak mainstream (mostly crud application) programming task , c++ dah tak relevan langsung berdasarkan sebab2 yg ko dah list kat atas. c++ memang menyusahkan programmer kalau nak dibanding bahasa level tinggi yg lain. c++ naturally takde RAD framework. MFC pun masih lagi kompleks utk digunakan kalau nak dibandingkan dgn .NET, java, delphi vcl, etc. even aku sendiri guna prefer Ruby nak buat something useful dgn cepat. oleh itu, ko kena belajar sendiri .net atau java. IMHO, go for .net for a better career.

anyway, jawapan aku sebelum ni nampak berbelit2 sebab aku ada hidden agenda dan biased kepada c/c++. aku nak tengok lebih ramai programmer/developer kat malaysia especially kaum aku ni boleh buat benda2 yg bukan mainstream, contohnya operating system kernel programming, boleh develop performance critical software seperti database server engine, simulation engine, 3d graphic renderer, game engine, graphic engine, bla bla, etc etc.

off topic:

bidang komputer ni especially bab2 penggunaan dan bidang pengaturcaraan tak sama dengan kerjaya profesional lain seperti peguam, doktor. di mana bidang2 ni ko kena belajar secara formal, ada ijazah, dan berdaftar (ke korang pernah dengar doktor yg keje kat hospital takde degree?).

oleh kerana bidang komputer ni bukan mcm peguam atau doktor, sape2 pun boleh join bidang ni secara merit skill. ko kena bersaing dengan it/cs degree holder (ramai) and bukan degree holder (ramai jugak). persaingannya sangat tinggi bro. kalau ko nak jugak menceburkan diri dalam bidang utk karier korang, live with it. learn n practice as much as u can and keep doing that.

ranting:

"Computer science education cannot make anybody an expert programmer any more than studying brushes and pigment can make somebody an expert painter" - eric raymond.

develop program ni macam artist la, kalau pengukir dia akan ukir batu atau kayu utk dijadikan sesuatu hasil seni. kalau programmer plak, ko kena craft codes dan kalau kena cara, terhasil la software. dua bidang2 ni memerlukan basic crafting skill (boleh belajar kat univ/kolej even kat rumah), kena practice selalu to sharpen the skill, dan juga bakat utk menjadi ahli seni yg baik.

lastly, i'm not an it/cs degree holder and i rest my case here. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Ya ya .. jawapan yang dinanti-nanti, terima kasih untuk jawapan yang menarik untuk dibaca dan difahami .. nampaknya dari satu sudut memang benar bahasa C++ tidak perlu diamalkan sepertimana seperti dulu kerana wujudnya beberapa kelemahan dan wujudnya bahasa yang lebih baik, mempunyai tahap sokongan yang tinggi, dan juga prosedur yang lebih mudah .... so, kepada pakar-pakar C++(kipas-susah-mati), bagaimana dengan pendapat anda? Kenapa ia penting untuk pelajar-pelajar untuk belajar sebelum memasuki alam pekerjaan?

P/s: Mari berforum .. :lol:

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

#include <iostream>

class Bird // the "generic" base class

{

public:

virtual void OutputName() {std::cout << "a bird";}

virtual ~Bird() {}

};

class Swan : public Bird // Swan derives from Bird

{

public:

void OutputName() {std::cout << "a swan";} // overrides virtual function

};

int main()

{

Swan mySwan; // Creates a swan.

Bird* myBird = &mySwan; // Declares a pointer to a generic Bird,

// and sets it pointing to a newly created Swan.

myBird->OutputName(); // This will output "a swan", not "a bird".

return 0;

}

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Aku masa amik diploma blajar gak C++ ni tapi aku boleh la bawak sekadar lulus jer...

JAVA lagi mampus..susah ..sangat susah bagi orang berotak lembab seperti aku ni.. ye la zaman aku belajar dulu aku tak tahu pun copy paste dari internet..

tentang C pulak ...tak dinafikan aku leh lulus kerana dapat ilmu dari putera.com

PS-Last2 aku tukar cozz huh B) hehhe

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Apa yg saya cuba hendak perkatakan di sini adalah BAHASA APA YANG ANDA PELAJARI TIDAK RELEVAN SAMA SEKALI. They just want to introduce you to the world of computer programming. What programming is all about. Bagaimana awak boleh gunakan suatu bahasa pengaturcaraan untuk menyelesaikan permasalahan dengan komputer (dengan mengambil C++ sebagai medium, dalam kes di sini). Samada awak boleh gunakannya untuk mencari kerja di masa hadapan itu masalah awak. Kenapa lecturers perlu risau dengan semua tu.. dan bukannya awak sendiri?? Kalau cuma subjek yang diajar dalam universiti yang awak gunakan sebagai senjata dalam temuduga.. tiada siapa yang akan ambil awak berkerja.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Apa yg saya cuba hendak perkatakan di sini adalah BAHASA APA YANG ANDA PELAJARI TIDAK RELEVAN SAMA SEKALI. They just want to introduce you to the world of computer programming. What programming is all about. Bagaimana awak boleh gunakan suatu bahasa pengaturcaraan untuk menyelesaikan permasalahan dengan komputer (dengan mengambil C++ sebagai medium, dalam kes di sini).

Ia adalah relevan untuk diketahui. Menguasai sesuatu bahasa tidak bermakna boleh menguasai sesuatu bahasa yang lain. Dan untuk menguasai sesuatu bahasa, ia pastinya mengambil masa pelajar itu sendiri.

Samada awak boleh gunakannya untuk mencari kerja di masa hadapan itu masalah awak. Kenapa lecturers perlu risau dengan semua tu.. dan bukannya awak sendiri??

Ia adalah tanggungjawab IPT sendiri untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mencukupi untuk pelajar menghadapi alam pekerjaan. Jika tidak,mengapa pihak IPT tidak kira IPTA atau IPTS berlumba-lumba untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan terkini dengan menghadiri seminar, menjalani kursus, atau pun dengan menyediakan modul-modul terbaru dan advance. Jika bukan, kenapa pula IPT perlu memperkenalkan dan menekankan bahasa-bahasa lain, contoh seperti JAVA? Dan mengapa pula sesetengah IPTS menggalakkan pelajar-pelajar mereka mengambil sijil professional seperti SCJP?

Dan mostly kena tahu, subjek tentang "They just want to introduce you to the world of computer programming. What programming is all about." adalah sesuatu yang telah diajar pada semester pertama lagi dan kemudiannya akan melalui level-level yang lebih tinggi. Jikalau pada pemikiran ko tu yang tujuan belajar bahasa programming adalah untuk memperkenalkan bahasa pengaturcaraan, ia adalah salah sama sekali. Dan kenapa pula ada sehingga 3 subjek JAVA yang perlu dilalui oleh pelajar sepanjang pembelajaran? Pastinya ia cuba memperkenalkan pelajar dengan pengetahuan yang lebih tinggi berbanding asas.

"Kalau cuma subjek yang diajar dalam universiti yang awak gunakan sebagai senjata dalam temuduga.. tiada siapa yang akan ambil awak berkerja."

Mengikut apa yang aku baca dan fahami melalui laman web pencari kerja, Jobstreet, Star Jobs, JobsDB, dan sebagainya, bagi calon-calon yang menguasai sesuatu bahasa, mereka akan diberi kelebihan berbanding calon lain. Now, seorang graduate Sains Komputer (major dalam bab programming), dan ia mempunyai pandangan tidak perlu menguasai sesuatu bahasa pun atas alasan ia tidak relevan, semuanya pasti menjadi bahasa mesin kemudian hari dan semua aturcara adalah sama, apa gunanya syarikat mengambil dorang dalam untuk melakukan tugas-tugas yang memerlukan pengetahuan JAVA, C++ dan sebagainya?

Menguasai C++ tidak bermakna ia boleh menguasai JAVA, seperti mana lain, menguasai MYSQL, tidak bermakna ia boleh membuat C++? Dan yang paling penting, kenapa wujudnya sijil professional bagi subjek-subjek seperti JAVA, MYSQL, dan sebagainya? Dan kenapa pula di sesetengah syarikat, calon adalah wajib untuk memperolehi sijil-sijil ini?

X kira la calon tersebut mendapat CGPA 4.0, dan mempunyai anugerah Dekan, Canselor, dan sebagainya, ia tetap tidak menjamin pekerjaan sesuatu calon tersebut sekiranya tidak menguasai sesuatu bahasa yang diperlukan oleh syarikat tersebut... Apa gunanya kalau calon tersebut perlu belajar dari "scratch" dan syarikat perlu mengambil dorang untuk kerja-kerja kritikal?

Sekarang cuba nyatakan sebab-sebab kenapa bahasa tidak boleh dijadikan senjata dalam temuduga yang melibatkan bidang pengaturcaraan?

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

:blink: aku dah pening baca post en. ijan ni. aku ingat last post aku membolehkan otak aku berehat sikit. dgn tidak semena2, lebih banyak pula persoalan yg dikemukakannya :P

btw, memang betul cakap paralyser, student sendiri yg menentukan nasib dirinya sendiri, bukan lecturer.

Dan untuk menguasai sesuatu bahasa, ia pastinya mengambil masa pelajar itu sendiri.

berdasarkan tulisan en ijan, nampaknya beliau masih keliru antara programming language dan standard libraries packed dalam language tersebut. kalau korang reti programming, nak belajar bahasa baru ambik sedikit masa jer. bahasa bermaksud bahasa, bukannya library/framework. sebagai contoh, aku boleh reti* python dan ruby dalam seminggu jer, but it would take me months to learn all the fuctions in the standard libraries. anyway, tak perlu la utk study semua on the spot, just study utk benda2 yg kita nak pakai jer. in fact, antara bahasa paling kecik ialah C. kalau korang ada baca buku The C Programming Language, cuba tengok buku tu berapa muka surat.

aku nak tanya encik ijan, adakah anda menganggap diri anda seorang yg reti programming? kalau reti, semua masalah yg anda kemukakan mungkin telah terjawab disini. kalau tak reti, its never late to change ur career path.

* reti disini bukan bermaksud master in python/ruby, just adequate enough to make this; as example http://en.wikipedia.org/wiki/Sieve_of_Eratosthenes happen in python/ruby

rujukan - http://en.wikipedia.org/wiki/Programming_language

Most programming languages have an associated core library (sometimes known as the 'Standard library', especially if it is included as part of the published language standard), which is conventionally made available by all implementations of the language. Core libraries typically include definitions for commonly used algorithms, data structures, and mechanisms for input and output.

A language's core library is often treated as part of the language by its users, although the designers may have treated it as a separate entity.

X kira la calon tersebut mendapat CGPA 4.0, dan mempunyai anugerah Dekan, Canselor, dan sebagainya, ia tetap tidak menjamin pekerjaan sesuatu calon tersebut sekiranya tidak menguasai sesuatu bahasa yang diperlukan oleh syarikat tersebut... Apa gunanya kalau calon tersebut perlu belajar dari "scratch" dan syarikat perlu mengambil dorang untuk kerja-kerja kritikal?

soalan ni, telah pun diperbincangkan panjang lebar berdasarkan tulisan blog http://blog.revsys.com/2007/08/a-guide-to-hiri.html

kat sini http://developers.slashdot.org/article.pl?...7/08/06/1950201

anyway, aku pernah terbaca satu interview paper dgn ceo company game. ceo tu cakap, dia akan hire cgpa 2.0 excellent programmer in game coding dan cgpa 4.0 not so excel programmer. why? ask urself.

Ia adalah tanggungjawab IPT sendiri untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang mencukupi untuk pelajar menghadapi alam pekerjaan. Jika tidak,mengapa pihak IPT tidak kira IPTA atau IPTS berlumba-lumba untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan terkini dengan menghadiri seminar, menjalani kursus, atau pun dengan menyediakan modul-modul terbaru dan advance.

sebab dunia IT sentiasa berubah2, kadang kala perubahan tu berlaku dgn cepat sekali bergantung kepada hype. contohnya, dulu banyak kompeni nak ambik php/asp programmer (oleh itu, kolej berlumba2 offer course php/asp), tapi sekarang (ko baru jer keluar dari univ), tiba2 kompeni2 tu nak ambik ruby on rails programmer pulak. oleh itu, isu course ketinggalan zaman ni tak akan habis.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

:blink: aku dah pening baca post en. ijan ni. aku ingat last post aku membolehkan otak aku berehat sikit. dgn tidak semena2, lebih banyak pula persoalan yg dikemukakannya :P

Nama pun forum bro, mesti la kasi pening nye soalan,anggap la budak baru mau belajar pengaturcaraan sedang bertanya soalan .. nak bincang panjang lebar kat blog lain atau forum lain .. payah nak cari yang sama url .. ada betul? So mari la berforum di Putera.com agar orang-orang yang x gi ke blog/forum/homepage orang lain dapat berbincang kat sini .. kof kof kof

Jadi, kepada yang nak memberi komen/balasan .. sila tumpukan pada soalan utama, agar kita kita semua x menyimpang ke tajuk lain, aku pun dah mula menyimpang nih .. isk isk ..

btw, memang betul cakap paralyser, student sendiri yg menentukan nasib dirinya sendiri, bukan lecturer.

berdasarkan tulisan en ijan, nampaknya beliau masih keliru antara programming language dan standard libraries packed dalam language tersebut. kalau korang reti programming, nak belajar bahasa baru ambik sedikit masa jer. bahasa bermaksud bahasa, bukannya library/framework. sebagai contoh, aku boleh reti* python dan ruby dalam seminggu jer, but it would take me months to learn all the fuctions in the standard libraries. anyway, tak perlu la utk study semua on the spot, just study utk benda2 yg kita nak pakai jer. in fact, antara bahasa paling kecik ialah C. kalau korang ada baca buku The C Programming Language, cuba tengok buku tu berapa muka surat.

Memang student yang akan menentukan nasib dorang sendiri .. tapi yang aku tekankan kat atas, IPT berperanan untuk membentuk pelajar-pelajar ni untuk jadi orang yang berkualiti atau tidak berkualiti. Kalau sekiranya tugas IPT hanyalah untuk meluluskan pelajar dan memberi sijil sahaja, tidak perlulah mereka bersusah payah untuk mengubah semua subjek berdasarkan permintaan semasa, ye x? Lebih baik ajar semua benda yang lama dan sama? Mungkin hanya subjek programming dalam C sahaja dan selebihnya tidak berkaitan dengan pengaturcaraan?

Dan untuk menguasai bahasa lain seperti Ruby dan Phyton dalam masa seminggu, terus terang aku katakan ko memang genius. Bukan aku sorang je yang x boleh, even sahabat-sahabat aku di tahun akhir degree pun akui x dapat mengusai ilmu-ilmu tu dalam masa sebulan (Kajian dibuat berdasarkan pelajar-pelajar yang terlibat dengan IT/CS dan bukan pada yang sudah bekerja) . Even ada yang dah amak subjek advance programming (JAVA), still x dapat memahami language tersebut .. Respek ..

Kita juga boleh bezakan antara IPTA dan IPTS, dan mengapa pelajar-pelajar dari MMU, UNITEN, APIIT lebih disukai oleh majikan berbanding dengan pelajar IPTA sendiri? Di IPTS juga, mengapa mereka lebih menekankan pelajar-pelajar untuk belajar subjek-subjek yang ada kaitan dengan industri, dan juga mengapa mereka dimestikan untuk menguasai sijil-sijil professional seperti CCNA,MCSE dan juga SCJP? Adakah di sebalik sijil-sijil tersebut terdapat pengiktirafan di sebalik tu? Mesti ada kaitan dengan bakal kerjaya itu sendiri ..

Dan satu lagi, tentang menguasai sesuatu bahasa ..

Rasanya mana satu syarikat akan ambil, 1,2,3 atau 4?

Kerja : Membina aplikasi JAVA

Calon :

1) Degree in Sofware Engineering (pengalaman bekerja membina aplikasi C++ setahun)

2) Degree in Software Engineering with SCJA, SCJP (Fresh Graduate)

3) Degree in Networking (Pengalaman 2 tahun)

4) Degree in Multimedia (Fresh Graduate)

Rasa-rasanya mana satu dia akan ambil?

aku nak tanya encik ijan, adakah anda menganggap diri anda seorang yg reti programming? kalau reti, semua masalah yg anda kemukakan mungkin telah terjawab disini. kalau tak reti, its never late to change ur career path.

* reti disini bukan bermaksud master in python/ruby, just adequate enough to make this; as example http://en.wikipedia.org/wiki/Sieve_of_Eratosthenes happen in python/ruby

Masih x reti .. banyak lagi perlu belajar. Dan tidak reti x bermakna tidak boleh menguasai di kemudian hari? Ye x? Lagipun kurang faham apa yang link tu cuba nyatakan .. So, persoalan masih tidak terjawab, saya budak baru belajar ... mari-mari discuss .. kof kof kof

P/s: Isi tajuk semakin lari ... C++, apa kepentingan kepada pelajar-pelajar lulusan IT/CS? Pihak majikan atau sesiapa saja yang mempunyai pengalaman dalam membina aplikasi C++ di syarikat, sila berikan kupasan anda itu ..

TQ

*** Tajuk tentang peranan IPTA/Kepentingan Language, semuanya next time, banyak isi boleh kupas tu .... hehehe

Edited by Mr Ijan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Dan untuk menguasai bahasa lain seperti Ruby dan Phyton dalam masa seminggu, terus terang aku katakan ko memang genius. Bukan aku sorang je yang x boleh, even sahabat-sahabat aku di tahun akhir degree pun akui x dapat mengusai ilmu-ilmu tu dalam masa sebulan (Kajian dibuat berdasarkan pelajar-pelajar yang terlibat dengan IT/CS dan bukan pada yang sudah bekerja)

lor.. mana ada genius. cuba ko masuk http://www.python.org atau http://www.ruby-lang.org/en/ kemudian baca dan prektis tutorial/guide/ebook yg ada kat dalam tu. aku gerenti la boleh pandai dalam masa sebulan kalau bukan seminggu.

Masih x reti .. banyak lagi perlu belajar. Dan tidak reti x bermakna tidak boleh menguasai di kemudian hari? Ye x? Lagipun kurang faham apa yang link tu cuba nyatakan .. So, persoalan masih tidak terjawab, saya budak baru belajar ... mari-mari discuss .. kof kof kof

aku tak bermaksud nak suruh ko lari dari bidang, tapi kalau ko rasa tak larat nak buat ni, tak semestinya perlu paksa diri. and kalau ko masih bersemangat, teruskan pembelajaran. gud luck.

pasal sieve tu, ni jer code dia dalam ruby. simple, plain, slow and straightforward approach.

a = Array.new
x = 0
a.fill(1..1000) {|x| x + 1}
a.slice!(0)
a.delete_if {|x| x % 2 == 0 and x != 2 }
a.delete_if {|x| x % 3 == 0 and x != 3 }
a.delete_if {|x| x % 5 == 0 and x != 5}
a.delete_if {|x| x % 7 == 0 and x != 7}
a.delete_if {|x| x % 11 == 0 and x != 11}
a.delete_if {|x| x % 13 == 0 and x != 13}
a.each { |x| puts x}

takkan la setakat boleh buat camni pun boleh consider genius.

1) Degree in Sofware Engineering (pengalaman bekerja membina aplikasi C++ setahun)

2) Degree in Software Engineering with SCJA, SCJP (Fresh Graduate)

3) Degree in Networking (Pengalaman 2 tahun)

4) Degree in Multimedia (Fresh Graduate)

Rasa-rasanya mana satu dia akan ambil?

setakat tengok resume, aku takkan pilih sape2. aku pilih lepas aku bagi satu soalan programming (open book, buat kat pc terus, takde internet), lepas tu suruh dia selesaikan dalam masa yg tertentu kat dalam bilik tu jugak.

*** Tajuk tentang peranan IPTA/Kepentingan Language, semuanya next time, banyak isi boleh kupas tu .... hehehe

boleh, tapi aku nak jugak dengar pandangan2 mereka yg terlibat kat kolej/univ. maybe ko boleh ajak lecturer ko datang berforum kat sini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now