Jump to content
frannez

Pengalamanku Berniaga Dalam Unit Trust

Recommended Posts

apa yg saya paham..anda menggunakan dividen yg anda dapat setahun utk membayar pinjaman anda..so anda dapat untung rm5000 - rm4526.64 = rm473.36 pada setiap tahun.....

tepat sekali.....

Pada thn ke 20 anda untung rm9,467.2.ini saja la untung yg nada dapat kerana anda tidak kompaun dividen anda setiap tahun sebaliknya anda mengeluarkannya pada setiap tahun....

ini mungkin pada saya tak tepat.....keuntungan ke 20 tahun= rm9,467.2 + rm50,000 =59,467.20 (tidak termasuk kompaun tahunan rm473.36)(kalau dah campur mungkin 70K) dengan hanya modal rm4526.64 (kite keluar duit sebanyak 4526.64 untuk 70,000 pada 20 tahun akan datang untungkan?

betul ke pengiraan saya?......

cuma nak tau....lagipun saya minat diversified ni....mungkin unit trust plak lps ni....tapi kalau yg atas tu betul kenapa x teruskan je....kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tepat sekali.....

ini mungkin pada saya tak tepat.....keuntungan ke 20 tahun= rm9,467.2 + rm50,000 =59,467.20 (tidak termasuk kompaun tahunan rm473.36)(kalau dah campur mungkin 70K) dengan hanya modal rm4526.64 (kite keluar duit sebanyak 4526.64 untuk 70,000 pada 20 tahun akan datang untungkan?

betul ke pengiraan saya?......

cuma nak tau....lagipun saya minat diversified ni....mungkin unit trust plak lps ni....tapi kalau yg atas tu betul kenapa x teruskan je....kan?

soopee.,,sy nasihatkan awk semak semula dgn bank yg awk pinjam psal keuntungan yg bakal awk dpat..sbbnya keuntungan mereka yg kompaun setiap tahun selama 20 tahun pun rmRM 27,260.07(semak post sy seblum ni)..mustahil awk yg x kompaun untung rm59,456.20..klo camtu sy pun nk buat cara awak..lagi untung..mungkin saya salah pengiraan..better awk semak semula dgn pihak bank...sila post disini bila awk dah dapat jawapnnye.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Belian susulan, Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia lebih tinggi pada penutup hari ini ekoran pembelian susulan menyeluruh di kaunter-kaunter yang berkaitan indeks dan saham mewah utama, disokong oleh prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik, kata peniaga.

Mereka berkata MISC dan Petronas Gas paling banyak menyumbang kepada peningkatan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), menggerakkannya pada 4.75 mata lebih tinggi atau 0.37 peratus untuk ditutup pada 1,278.27.

Pada pembukaan, Indeks Komposit menokok 9.42 mata kepada 1,282.94 berbanding 1,273.52 yang dicatatkan pada penutup Jumaat. Indeks Komposit bergerak antara 1,274.33 dan 1,292.20 sepanjang hari dagangan.

Indeks Papan Kedua menokok 0.31 mata kepada 105.61, Indeks Mesdaq menokok 0.70 mata kepada 125.40.

Indeks Kewangan meningkat 4.52 mata kepada 10,374.4 dan Indeks Perindustrian menokok 23.45 mata kepada 2,492.33.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas melonjak 92.59 mata kepada 8,701.38 dan FBM30, yang melibatkan 30 syarikat utama berdasarkan penguasaan pasaran penuh, meningkat 9.84 mata kepada 8,084.15.

Kaunter-kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 531 berbanding 315 manakala 266 kaunter tidak berubah, 287 tidak diniagakan dan 34 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.3 bilion saham bernilai RM1.787 bilion berbanding 1.197 bilion saham bernilai RM1.878 bilion pada penutup Jumaat.

Seorang penganalisis di firma pembrokeran tempatan berkata pasaran yang naik turun sejak kebelakangan ini, kini pulih perlahan-lahan dan menuju aliran meningkat apabila pelabur menjangkakan berita baik daripada Bajet 2008 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu depan.

Sementara itu, jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 980.692 juta saham bernilai RM1.67 bilion berbanding 1.008 bilion saham bernilai RM1.77 bilion pada penutup Jumaat.

Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 60.59 juta saham bernilai RM47.658 juta berbanding 63.354 juta saham bernilai RM63.842 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 66.788 juta saham bernilai RM41.869 juta berbanding 63.275 juta saham bernilai RM36.61 juta yang direkodkan sebelum ini.

Waran panggilan melonjak kepada 192.77 juta saham bernilai RM27.972 juta berbanding 61.533 juta saham bernilai RM8.121 juta pada Jumaat.

Urus niaga langsung meningkat kepada 28.97 juta saham bernilai RM28.614 juta berbanding 25.88 juta saham bernilai RM15.734 juta yang direkodkan pada Jumaat.

Antara saham aktif, Keladi Maju dan Land General masing-masing menokok tiga sen kepada 35.5 sen dan 76 sen, Chalco-C1 meningkat 14 sen kepada 23 sen manakala Time dotCom menambah lima sen kepada RM1.14.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 28.747 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 100.158 juta, pembinaan 130.949 juta dan perkhidmatan dan perdagangan 250.666 juta, teknologi 21.782 juta, infrastruktur 41.227 juta, kewangan 43.425 juta, hotel 9.701 juta, hartanah 281.988 juta, perladangan 15.474 juta, perlombongan 108,200, REITS 1.608 juta, dana tertutup 314,000, ETF 428,100 dan pinjaman 54.119 juta. - Bernama -

p/s pasaran dijangka naik minggu depan selepas Budget 2008..so amik la kesemptan ini utk melabur di unit trust sekarang seblum harga dijangka meningkat.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Industri unit amanah salur dana dalam pasaran modal

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Industri unit amanah berperanan penting menyalurkan dana ke pasaran modal dan mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang pada masa kini, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Dr Ng Yen Yen hari ini.

Memandangkan kadar simpanan di negara ini adalah lebih tinggi berbanding negara maju, katanya industri unit amanah berupaya menarik sebahagian daripada deposit ini dan bakal membawa kenaikan ketara kepada pasaran modal.

Bagi tahun 2006, adalah dianggarkan kira-kira RM279 bilion disimpan di dalam sistem perbankan di Malaysia oleh individu dan institusi, katanya ketika berucap pada pelancaran ASM Global Diversified Structured Fund di sini.

“Malaysia mempunyai kadar simpanan yang tinggi kira-kira 35 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 2000. Ia adalah lebih tinggi berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun,†katanya.

Ng berkata, keadaan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh dan tahap pendapatan yang turut meningkat, kadar simpanan dan pelaburan terus mantap, ia turut menyumbang kepada pertumbuhan yang memberangsangkan bagi industri unit amanah negara.

“Sehingga 31 Jun, jumlah nilai aset bersih tabung unit amanah di pasaran bernilai RM146.6 bilion, bersamaan dengan 13.47 peratus daripada pasaran modal Bursa Malaysia.

“Walaupun peratusan ini semakin meningkat, namun ia masih terlalu jauh untuk disamakan dengan pencapaian 40 peratus di pasaran modal negara maju,†katanya.

Bagi menarik lebih ramai pelabur dalam unit amanah, Ng berkata syarikat pengurusan unit amanah dan aset perlulah memperkenalkan lebih banyak produk inovatif seperti produk pelaburan berstruktur atau produk perlindungan prinsipal.

Buat masa ini, terdapat lebih kurang 10 produk pelaburan berstruktur yang menawarkan perlindungan modal kepada para pelabur, katanya.

Selain itu, pemain industri perlu berperanan untuk mengisi ruang yang wujud di pasaran dengan mengembangkan rangkaian produk dengan mempakejkan produk dengan spektrum risiko dan pulangan tertentu serta disesuaikan dengan kehendak para pelabur masing-masing, kata Ng.

– Bernama -

Share this post


Link to post
Share on other sites

ayiee..awk berminat utk melabur atau berminat nk jadi unit trust consultant(UTC)?kalo awk nak melabur modal minimum rm1000 kemudian awk bole buat pelaburan tambahan minima rm100 selepas itu..kalo nk jadi UTC pula perlu bayar rm247.50 utk dpatkan lesen sebagai consultant..awk bole rujuk post2 sy seblum ni tentang cara2 nya coz sy sudah terangkan dengan detail seblum ni..kalo masih x jelas pasal unit trust bole contact sy 012 6720978... B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

ayiee..awk berminat utk melabur atau berminat nk jadi unit trust consultant(UTC)?kalo awk nak melabur modal minimum rm1000 kemudian awk bole buat pelaburan tambahan minima rm100 selepas itu..kalo nk jadi UTC pula perlu bayar rm247.50 utk dpatkan lesen sebagai consultant..awk bole rujuk post2 sy seblum ni tentang cara2 nya coz sy sudah terangkan dengan detail seblum ni..kalo masih x jelas pasal unit trust bole contact sy 012 6720978... B)

hai.frannez,..overall apa yg ko ckap skit sbyk adalah aku paham..dan drpd semua ni aku berminat nak jd UTC..

so, mcm aku ni stay kt jb kan..so..mcm mana aku nakk apply jd UTC ni...terus g public bank ker apa..bleh bg panduan tak mcm mana..

Share this post


Link to post
Share on other sites

hai.frannez,..overall apa yg ko ckap skit sbyk adalah aku paham..dan drpd semua ni aku berminat nak jd UTC..

so, mcm aku ni stay kt jb kan..so..mcm mana aku nakk apply jd UTC ni...terus g public bank ker apa..bleh bg panduan tak mcm mana..

snot07,.tahniah coz berminat menjadi UTC..good decision bro.. :D insyaalllah u x kan menyesal...bisnes unit trust mmg menguntungkn x kisah la samaada u pelabur ataupun consultant (UTC)...kalo u berada di lembah klang mungkin u bole join group saya..tapi disebabkan u kat JB sy suggest u pegi ke branch public mutual di sana utk mendaftarkan diri sebagai UTC dan join mana2 group yg terdapat di sana..4 ur info market JB masih fresh bg unit trust...take this opportunity ASAP... :)

Public Mutual Berhad (JB Branch)

30th Floor, Public Bank Tower

19 Jalan Wong Ah Fook

80000 Johor Bahru

[email protected]

07-2281098

Share this post


Link to post
Share on other sites

soopee.,,sy nasihatkan awk semak semula dgn bank yg awk pinjam psal keuntungan yg bakal awk dpat..sbbnya keuntungan mereka yg kompaun setiap tahun selama 20 tahun pun rmRM 27,260.07(semak post sy seblum ni)..mustahil awk yg x kompaun untung rm59,456.20..klo camtu sy pun nk buat cara awak..lagi untung..mungkin saya salah pengiraan..better awk semak semula dgn pihak bank...sila post disini bila awk dah dapat jawapnnye..

ini berdasarkan contoh yang anda bagi pada awal-awal lagi.... saya membuat kiraan berdasarkan contoh anda...tapi kalau contoh betul betul la...begitu la sebaliknya....kalau ada masa terluang saya post contoh yang betul betul. pinjaman ni ada banyak pakej so boleh pilih lah,,,,....saya rasa pengiraan saya betul....

tahniah saya ucapkan pada frannez sebab peka kpd perkembangan semasa...payah nak dapat utc mcni....saya pernah jadi utc tapi sekjap je,,,no sales...tgk plak lps ni.....

ok.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sopee..saya hanya berkongsi ilmu yg saya ada pada org lain..,bila ade forum sebegini kita bole tukar2 idea,peluang,pengetahuan..sebagai seorang UTC mmg patut tahu pun perkembangan semasa..otherwise u ketinggalan...u pun UTC gak yer..bagus2.. push sales bro..market tgh bagus skang... B) btw nanti post la kt sini pasal pulangan yg u dapat dalam ASB tu..sharing is caring... :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bijak Menabung: Melabur untuk persaraan

Berita Harian

HIDUP adalah satu pengembaraan yang panjang, tindakan yang diambil hari ini menentukan nasib masa depan. Earl Nightingale ada berkata: Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat perancangan, merangka peta perjalanan dan keberanian untuk terus menuju destinasi.

Apapun yang dilakukan perlu ada perancangan kerana nasib seseorang itu tidak akan berubah kecuali dia sendiri mahu mengubahnya. Mungkin kehidupan masa kini kurang menyenangkan, penuh dugaan dan cabaran, namun ia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk memulakan lembaran baru kerana dalam istilah kamus kehidupan manusia, tidak seharusnya ada perkataan `terlalu lambat`.

Dalam hidup, anda tidak mungkin dapat mengubah permulaan yang sudah anda buat, tetapi anda boleh menentukan bagaimanakah bentuk penghujung kehidupan yang ingin anda jalani.

Sekalipun baru sekarang anda mula menabung, ia masih belum terlambat asalkan anda mengetahui betapa pentingnya mempunyai tabungan untuk diri sendiri. Arus kehidupan tidak menentu, ada ketikanya hidup kita mudah dan mewah, tetapi ada waktunya sempit dan sesak.

Dengan menabung, anda menjadi manusia merdeka yang tidak bergantung pada orang lain ataupun meminjam daripada kad kredit untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Selepas menentukan matlamat tabungan anda itu, sama ada untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang, dan memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada wang gaji anda untuk disimpan setiap bulan, anda perlu fikirkan di manakah seharusnya anda menyimpan wang anda itu.

Banyak instrumen pelaburan yang ada di negara ini, contohnya anda boleh menyimpan dalam akaun simpanan tetap, Amanah Saham Bumiputera (ASB), akaun simpanan biasa atau anda boleh menabung dengan melabur dalam Saham Amanah.

Anda perlu kaji mana satu instrumen pelaburan yang mampu memberikan pulangan lebih tinggi sesuai dengan matlamat pelaburan anda. Selain menabung untuk saat kecemasan, pendidikan anak, ramai yang tidak berfikir untuk menyediakan tabungan persaraan.

Persaraan sering kali diabaikan kerana yang selalu bermain dalam fikiran kita, tempohnya masih jauh, apabila bersara ada wang pencen ataupun ada dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh dikeluarkan apabila usia menginjak 55 tahun.

Hakikatnya apabila wang KWSP dikeluarkan, ketika itulah ramai yang mengambil kesempatan membesarkan rumah bagi kemudahan anak cucu yang datang menziarah, wang itu jugalah yang akan digunakan untuk pembiayaan anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, wang itu juga digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan anak, untuk menunaikan haji dan umrah ataupun melancong.

Ada juga yang menggunakan wang persaraan untuk memulakan perniagaan sedangkan risiko perniagaan amat tinggi. Jika perniagaan tidak menjadi, wang persaraan yang sepatutnya diguna untuk membiayai hidup, akan lebur dan hangus. Ketika inilah ibu bapa yang sudah berusia itu terpaksa meletakkan penggantungan mereka kepada anak sedangkan anak pula mempunyai komitmen mereka sendiri.

Tidak menghairankan jika kita dapati ramai pesara terutama daripada kalangan berpendapatan sederhana terpaksa bekerja semula sama ada menjadi pengawal keselamatan, pembantu stesen minyak ataupun berjualan kecil-kecilan dengan berniaga nasi lemak.

Mengikut laporan KWSP, 72 peratus daripada pencarum yang mengeluarkan wang simpanan mereka daripada KWSP menghabiskan wang itu dalam tempoh tiga tahun. Bayangkan, apa akan berlaku sekiranya dalam usia begitu, kita tidak mempunyai wang untuk hidup.

Ramai beranggapan kita tidak perlukan banyak wang ketika bersara kerana semua anak sudah besar dan bekerjaya sedangkan hakikatnya ketika ini kita ingin mengekalkan gaya hidup sihat dan berkualiti. Sumber pendapatan bulanan sudah tiada, tetapi perbelanjaan seharian masih berterusan. Akan timbul perbelanjaan tambahan seperti perbelanjaan perubatan kerana apabila usia semakin meningkat, keadaan kesihatan semakin menurun.

Kajian menunjukkan jangka hayat manusia semakin panjang dengan adanya kecanggihan teknologi perubatan. Kajian daripada Jabatan Statistik Malaysia (2004), jangka hayat lelaki meningkat pada 70.3 tahun manakala jangka hayat perempuan, 76.2 tahun dibandingkan masing-masing 69.4 tahun dan 73.6 tahun pada 1992.

Andaikan RM668,200 diperlukan untuk membiayai kehidupan persaraan selama 20 tahun. Kita perlukan tambahan RM79,000 untuk hidup lima tahun lagi dan RM136,000 untuk hidup 10 tahun. Andaian ini dibuat berdasarkan pendapatan persaraan setahun RM60,000 dan dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang memberi kadar pulangan enam peratus setahun.

Mengikut kajian, kita dapat bersara dengan selesa apabila mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus daripada gaji bulanan diterima ketika bekerja.

Bagi tujuan persaraan ini, anda tidak seharusnya mengharapkan saja wang pencen ataupun wang KWSP untuk membiayai kehidupan bersara. Bagi meningkatkan tabungan persaraan, KWSP sejak 1995 lagi sudah memberi kebenaran kepada pencarumnya mengeluarkan sebahagian simpanan dalam Akaun 1 untuk dilaburkan dalam saham amanah. Ramai yang tidak menyedari perkara ini dan ada juga yang mengetahui, tetapi tidak mahu mengambil risiko. Mereka lebih rela simpanan mereka dimamah inflasi.

Bagi meningkatkan tabungan, anda boleh menyediakan akaun persaraan kedua iaitu dengan menabung secara konsisten setiap bulan. Bayangkan, apabila anda memperuntukkan RM200 sebulan dan melabur secara konsisten selama 35 tahun dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi purata pulangan tahunan12 peratus, apabila bersara anda mempunyai RM1.2 juta.

Buka minda dan jadilah pelabur berwawasan!

p/s unit trust public mutual ada menyediakan pelaburan utk anda yg berminat melabur menggunakan EPF (KWSP) anda..ambil peluang ni ukt tingkatkan wang persaraan anda semasa bersara nnti.. maklumat lanjut untuk melabur menggunakan EPF bole hubungi saya..B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

sori lambat balas...sbb lame x on9

jumpe..?

maybe x payah kot....

saye area kl duk kat wangsa maju....

kalo boleh saye nak bukak acc kat area rumah saye....

public bank kat wangsa maju boleh bukak acc UT kan...????

unit trust saye x leh bukak skrang...mungkin awal tahun depan kot.... coz sy tunggu dividen ASB dulu... :P

Edited by kecik-88

Share this post


Link to post
Share on other sites

kecik..awk x perlu buka acc apa2 seblum melabur..bile nk melabur nnti baru buka..itupun consultant seperti saya yg akn uruskan segala2 nya coz mmg tugas kitaorg pun..cuma sy advised u kalo bole buka dlu savings acc public bank utk tujuan pembayran return (dividen) utk pelaburan awk kelak..klo x de gak guna acc maybank pun bole.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

hai frannez.i memang minat ngan unit trust ni.tapi, i tak tau ape2 psl bende ni.so,bleh kite berhubung or berjumpe?

mane lebih bagus,jadi investor or consultant?for ur info,i baru je dpt keje,n duit simpanan pun tak byk.nk masuk ribu2 mmg tak bleh la.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mrbapak..tahniah kerana berminat dgn unit trust..sebenarnya samaada u investor atau pun consultant dua2 ade untungnya..kalo u check post sy lepas2 sy ada xplain kelebihan2 sebagai seorang investor or consultant..cuma kalo awk nk mendpatkan income lebey sy advise u join sebagai consultant..sy berada di area lembah klang skang..awk setkan tempat dan masa..kita boleh bjumpa di mana2.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam kmerdekaan kpada semua..moga2 kemerdekaan ni memberi kita seribu pengertian tentang kebebasan dari segi kewangan,,bebas dari hutang (kad kredit,loan rumah&kereta,loan PTPTN etc)...sebenarnya pelbagai cara utk kita mencari duit di luar sana tapi samaada kita mmpu mengawal n mengurus nya dgn btul dan sempurna,itu la yg paling terbaik..kepada semua client2 saya dan UTC yg bernaung di bwh saya,sy doakan moga pelaburan dan kerjaya anda berkembang dgn cemerlang di unit trust public mutual..terima kasih di atas kepercayaan yg telah diberikan..saya akan cuba melakukan yg terbaik utk kalian semua... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bursa Malaysia kukuh pada penutup

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia lebih kukuh pada penutup hari ini ekoran sentimen yang meningkat, dicergaskan oleh pengumuman data pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata peniaga.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.7 peratus pada suku kedua 2007 berbanding 5.5 peratus pada suku pertama, dirangsang oleh permintaan domestik yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 10.23 mata untuk ditutup pada 1,273.93 selepas dibuka 9.20 mata lebih tinggi pada 1,272.90 pagi ini.

Sepanjang sesi hari ini, ia bergerak antara 1,266.60 dan 1,278.10.

Peniaga berkata pasaran juga dinaikkan oleh satu siri perkembangan korporat yang memuaskan, termasuk pelaburan baru dari Timur Tengah ke wilayah ekonomi selatan bernilai RM4.2 bilion.

Disamping itu, musim laporan kewangan yang baru berakhir hari ini, memperlihatkan kebanyakan syarikat senarai awam mengumumkan keputusan yang kukuh, yang sekaligus merangsangkan keyakinan pelabur untuk menyertai bursa tempatan, kata mereka.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mosabiro..konsep unit trust sama spt asb tapi return die lebey tinggi dr asb (average 15% per annum). U akn dapat pulangan melalui distribution (dividen cam asb) per annum dan juga dari capital gain.maksudnya u akan dapat profit dari trun naik harga sesuatu fund..contoh u invest rm1k dalam satu dana public mutual yg berharga rm0.50 seunit..selepas setahun harga naik kepada 0.70 seunit so u da untung rm200 !!(inilah yg dipanngil capital gain)

service charge sebanyak 6.5% dikenakan semasa mula2 ingin invest,charge2 lain adalah seperti annual management fee,annual trustee fee (hanya dikenakan setahun sekali).. B)

hi...saya just nak clarify saya punye pemahaman..

just now saya baru baca website salah sorg agen unit trust, katanya jumlah unit saham bergantung kpd brapa harga jualan ketika itu...apa yg saya faham, kalao kite invest rm1k pada dana yg berharga 50sen, maknanya kite ada 2000unit..so, bile harga dah naik jadi 70sen, nilai pelaburan kita dah jadi rm1400, so untung rm400 la kan??..pls confirm...

saya baru nak blaja , nak try jadik agen, hrp awk dpt bantu saya...

Edited by nutella

Share this post


Link to post
Share on other sites

Peluang Kerjaya Di Public Mutual.. B)

Aku nk buka satu peluang kerjaya kepada mereka yg bminat mnjadi Unit Trust Consultant,jika u all inginkan income 4 angka ke 5 angka sebulan malahan ada yg 6 angka(tidak mustahil!) bole la ceburi bidang ni.,igt,.industri unit trust masih baru di Malaysia,.so ia mnjanjikan pulangan yg lumayan dan prospek yg luas!!yang penting korang mesti rajin,displin dan mempunyai kezaman yg tinggi utk berjaya!

Antara kelebihan jadi UNIT TRUST CONSULTANT ni ialah :

1) Direct komisyen - starting, korang akan dapat 2.85% (drp investment clients initial invetment) contoh : dia invest rm100k, kita dpt rm2,850.. kalau sales sebulan 200k, dpt la rm5,700.... rm200k sebulan senang je nak achieve....

komisyen akan naik sehingga 4.15% bila korang achieve certain sales...

2)Indirect Sales (overiding) - bila korang dah ade downlines nanti, bleh dpt lagi indirect komisyen from sales yg diorang buat.. tak byk average dlm 1% je drp downlines kita punya sales...(tapi kalo ade 5 org dowline yg buat sales rm100,000 sebulan kire byk gak tuh!!)

contoh kalau kita ada 5 orang downline, setiap sorang buat sales rm100,000... so jumlah rm500,000.. average overiding komisyen ialah 1%... dpt la kat korang lebih kurang rm5000 (byk tuh)... tu kira sbg insentif korang didik korang nyer downline lah kan..

3) Year end bonus - dpt bonus ujung tahun ikut percentage drp sales kita utk spjg tahun tersebut... dpt gak la skit bonus...

4) Free trip - jalan2 ke vietnam, jepun, mana2 je la kat overseas yg diorang nak bawak kita pegi... tapi kena achieve target sales dulu la... trip slalunya seminggu, semua FOC kecuali nak beli2 apa2, duit sendiri la...

Selain tu byk gi benefit lain mcm Breakaway Bonus,Equalisation Bonus..etc

Kalo korang nak jadi agent, kena ada lesen drp FMUTM (federation malaysian unit trust manager) dulu... so utk amik lesen tu, ko kene seat exam dulu... dan diorang akan berikan kelas extensive khas utk lesen tu (9am-5pm) tp jgn risau exam ni mudah je nk lulus dgn syarat study nota yg diprovide..

Fees yg dikenakan lebih kurang RM247.50 aje....

Tapi ade satu berita baik!!kalo join PUBLIC MUTUAL, then korang buat buat sales rm30,000 dan ke atas, fees ko tadi public mutual REFUND balik.... so kirenye mcm ko join free je la.. menarik kan?

Utk info lanjut bole call/sms/pm aku di talian 012-6720978 .. :rolleyes:

1)Direct komisyen - starting, korang akan dapat 2.85% (drp investment clients initial invetment) contoh : dia invest rm100k, kita dpt rm2,850.. kalau sales sebulan 200k, dpt la rm5,700.... rm200k sebulan senang je nak achieve....

Aku nak tanya yg ni..komisyen akan dpt bergantung kpd sales yg kite buat kan??..katakan bulan ni saya buat sales rm100k so saya dpt la rm2,850, kalo bulan depan saya buat sale rm10k so saya dptla rm285 kan??..dan kalo bulan lepas tu xdak sale langsung, maknanya saya xkan dapat apa2 la kan??...betul yek??

saya berminat nak join agen public mutual UT.... tapi kat mana saya boleh pergi seminar/exam??....atau boleh tak awk terangkan cara2nya..saya kerja, dok shah alam, hopefully ada yg buat seminar kat area shah alam...camana yek??...

tq

Edited by nutella

Share this post


Link to post
Share on other sites

nutella..mmg tepat sekali kiraan awk tu..rm400 tu la adalah untung yg awak dapat ataupun dalam bahasa unit trust dipanggil capital gain.,.dari trun naik harga sesuatu fund inilah pelabur2 mendapat untungdr pelaburan mereka.,.u bole jadi UTC yg bagus jika u ada semangat yg tinggi,.komited,.rajin..selain tahu kehendak pelabur,..kalo u berminat bole join our group,.kami akan train u become a good UTC.. B)

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...