Jump to content
frannez

Pengalamanku Berniaga Dalam Unit Trust

Recommended Posts

Sedikit info berguna mengenai unit trust Public Mutual.. :rolleyes:

-- anda boleh melabur serendah RM1000.. setiap kali nk tmbh pelaburan, blh tmbh sekurang2nyer RM100.. tak kiralah sebln skali ker..6 bln sekali ker dsbnyer..

--masa mula2 buat pelaburan, yuran pengurusan akan dikenakan. % yuran bergantung kpd jenis dana yg bakal pelabur minat nk melabur.. katakan kalau public ittikal, yuran yg dikenakan adalah 6.5% dari jumlah pelaburan. Katakan kalau nk melabur RM500, 6.5% darab dgn RM500 = RM32.50..

--bakinyer akan ditukarkan kpd btk unit, bergantung kpd harga jualan pd hari sebelumnya.. kalau nk tgk harga belian, harga jualan, untung atau rugi, leh gi website www.publicmutual.com.my

--katakan dlm tempoh kurang seminggu (ini dikenali sbg cooling off period) selps buat pelaburan, tiba2 terdesak nk pakai duit.. pelabur blh dpt semula duit pelaburan td dlm tempoh 6 hari bekeje, 100% duit pelaburan td tmasuk yuran pgurusan td..

--kita tgk kes lain pulak.. katakan selps bebrp bln/thn melabur, nk pakai duit.. duit blh dkuarkan.duit tbt akan dpt dlm tempoh 10 hari bekeje.. tp kalau masih nk aktifkan akaun, sekurang2nyer kena ader 1000 unit di dlm akaun tbt.

--utk public ittikal, katakan jumlah pelaburan telah mencecah 5000 unit, automatik akan dpt perlindungan TAKAFUL scr percuma, cover sehingga umur 65 thn, dgn syarat akaun tbt tidak ditutup dan sekurang2nya mesti ada 5000 unit.tp skang fund sudah diclose kerana dah fully subscribe..

Unit trust amat sesuai kepada mereka yang :

1. tidak mempunyai masa untuk membuat pelaburan terus ke kaunter2 saham. Ini kerana untuk melabur dalam kaunter saham BSKL contohnya, kerana kita perlu mengkaji pencapaian sesebuah kaunter. Dengan Unit trust,Pengurus Dana Profesional akan membuat analisis untuk pelabur.

2. inginkan keselamatan , kerana UT adalah satu cara yang selamat untuk melabur. SC x kaco!! B)

3. mempunyai modal yang kecil, tetapi mempunyai pendedahan yang amat besar kepada pelbagai jenis pelaburan yang selalunya tidak boleh dilakukan.

4. merancang kewangan jangka panjang untuk tujuan tertentu, cth, beli rumah, hartanah, melancong, dll lagi.

5. mempunyai modal yang kecil tapi mahu melabur di pasaran saham.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Erm pengalaman org lain mungkin best.. tp yg aku tgk ayah aku sendri mula2 masuk 40k ke 50k tk sure..mmg buang karan. tp die masuk ssb la.. lps 4-5 tahun dpt 2-3k je. baik masuk asb. bile dh mcm tu ayah aku pun bengang la..dlm 4-5 bln lps die g kl nk jual alih2 ade sorg ni ckp die ble tlg ayah aku..so die take over la..cite market tgh bagus la.. last2 tgk skang ni tkde mane bagusnye..tp ye la aku paham benda ni long term..skang ni ayah aku pun dh maleh igt nk masuk stromberg lps ni hahah :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ron..aku simpati dgn ayah ko..sepatutnya die da untung besar dah..kalo die melabur di public mutual aku rase kemungkinan besar dah balik modal..aku nk jelaskan disini unit trust tidak sama dari satu company ke satu company yg lain..yg pasti, performance unit trust SBB tidak same dgn unit trust Public Mutual..faktor2 lain yg mempengaruhi performance adalah seperti fund manager yg bagus serta consultant yg bertanggungjawab selain dari keadaan pasaran saham..ciri2 ini seme ada di public mutual..Jika melabur di fund PIOF public mutual.,invest 5 bulan pn bleh dapat 28% nett profit (one of my client really get this),ada yg sebulan invest dah dpt 5.5% nett profit pn fund PIOF gak,tp tgk fund mane yg dilaburkan dan keadaan semasa pasaran saham..diisnila tanggujawab consultant atau agent penting pada seseorang client.. B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Public Mutual lancar dana Islam luar

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Public Mutual akan melancarkan sebuah dana Islam luar negara iaitu Public Islamic Asia Balanced Fund (PIABF) mulai esok.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, PIABF merupakan sebuah dana Islam yang bermatlamat menawarkan pendapatan dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui portfolio pelaburan yang berlandaskan Syariah di pasaran-pasaran domestik dan serantau.

Menurut beliau, sehingga 60 peratus daripada nilai aset bersih (NAB) dana ini boleh dilaburkan dalam pasaran-pasaran serantau terpilih termasuk Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, New Zealand dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Katanya, pendedahan ekuiti PIABF biasanya berada antara 40 peratus hingga 60 peratus daripada NAB dana.

Tambah beliau, dana itu memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dengan menggunakan pendekatan seimbang dengan pelaburan dibuat dalam saham-saham domestik dan serantau yang berlandaskan Syariah serta sekuriti-sekuriti hutang Islam dalam bahagian yang hampir sama untuk mengagihkan risiko.

‘‘PIABF sesuai untuk para pelabur yang bersifat sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran mereka serta berminat untuk menerima pendapatan dengan pertumbuhan modal sebagai objektif kedua,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga terbitan PIABF ialah sebanyak RM0.2500 seunit bagi sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 21 Ogos 2007 hingga 10 September 2007.

Sepanjang tempoh tawaran permulaan PIABF, bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.45 peratus dan NAB seunit akan dikenakan ke atas pembelian unit PIABF oleh para pelabur, kata Hong Piow.

Para pelabur yang memilih untuk melabur dengan Arahan Debit Terus dengan PIABF semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.45 peratus NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif.

Katanya, pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

p/s harga seunit rm0.25 jer..mmg murah..service charge lak 5.45% (biasa 6.5%)..jika berminat utk melabur bole hubungi saya 012 6720978.. B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cara utk melabur di unit trust public mutual:

korang ada 2 choice :

1) pegi trus ke public bank atau public mutual

2) invest melalui agent spt aku

kelebihan invest melalui agent, agent boleh cadangkan mana 1 fund yg bagus dan dia akan tlg submit korang nyer investment... korang x perlu ke bank... juz jumpa agent tu je kat memana.... segala form semua dia akan bawak....

invest dlm UT tak se volatile dan se tinggi risiko main saham... kita bkn main saham... so tak perlu sgt nak tgk hari2 price dia sbb naik turun tu agak slow berbanding stocks... tapi kalau nak tgk jugak, dalam paper spt The Star, The Edge, Utusan or BH ada siarkan harga semasa utk semua UT di malaysia... kat muka tgh ekonomi tu laa...

jgn risau, investment kita tu dilaburkan oleh FUND MANAGER public mutual yg sgt expert... bkn kita sendiri2 yg pilih mana stock yg kita nak invest... so juz leave it to the expert... and wait 4 ur return aje..

Anybody who interested can contact me by call/sms/pm/ym.. B)

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

kecik88..utk cash investment pelaburan minimum permulaan adalah rm1000..pelaburan minimum tambahan pula rm100..x semestinya u kene labur bulan2..ikut pada kemampuan anda..tapi yg pasti utk tambah pelaburan minimum adalah rm100 ye..

oh kire nye 3 bulan sekali boleh la bayar RM100....

kecairan die camner pulak....??

dalam berape tahun lak kite x leh kuar kite nye duit...??

skarang perunit berape harge die...??

kamu public mutual area maner...??KL ker...??

Edited by kecik-88

Share this post


Link to post
Share on other sites

oh kire nye 3 bulan sekali boleh la bayar RM100....

kecairan die camner pulak....??

dalam berape tahun lak kite x leh kuar kite nye duit...??

skarang perunit berape harge die...??

kamu public mutual area maner...??KL ker...??

kecik..u bole byr 3 bulan sekali ke 6 bulan sekali ker ikut pada kemampuan u..dr segi kecairan pula,bile u nk jual semula amik masa 10 ari bekerja utk public mutual bank in ke acc u..kite leh kuarkn brp kali kita nak..dr segi harga per unit setiap fund u bole check kat website www.publicmutual.com.my..kat situ ade senarai harga terkini fund2 public mutual..4 ur info sy di public mutual bangsar..u ade di kl ke?kalo snang kita bole jumpe kat mana2..bole sy explain detail.. B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

23-08-2007: KLCI firmer on strong corporate results

by Lee Yu Tang

Email us your feedback at [email protected]

KUALA LUMPUR: Share prices on Bursa Malaysia remained firmer in the morning session on Aug 23, on the back of bargain hunting across the board following the release of stronger corporate results.

At 12.30pm, the KLCI rose 28.1 points to 1,283.49 points, the FBM Emas rose 187.32 points to 8,658.41 points, while the Second Board Index inched up 1.33 points to 103.80 points. The KLCI futures rose 22.5 points to 1,274.5 points.

Turnover was 930.4 million shares valued at RM1.44 billion. There were 732 gainers, 144 losers and 189 counters unchanged.

p/s alhmdulillah..naik lagi KLCI pagi ni.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Keajaiban faedah kompaun dalam saham amanah

Utusan Malaysia

Oleh YUSOFF ZAKY OMAR

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan daripada 100 lelaki apabila tiba usia bersara, hanya seorang mempunyai situasi kewangan yang mantap, empat orang tidak menghadapi kerumitan kewangan, lima masih bekerja, 27 meninggal dunia dan 63 orang akan berada dalam kesempitan kewangan.

Sebuah kartun oleh Dave Craven, The Three Legs To Growing Rich mengandaikan kestabilan kewangan seperti bangku yang memerlukan tiga kaki untuk berdiri teguh.

Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh tapi tidak membuat simpanan akan menghadapi masalah kewangan juga akhirnya. Begitu juga mereka yang membuat simpanan tapi tidak dimanfaatkan simpanannya dan yang gigih mengumpul wang. Manakala mereka yang membuat simpanan serta bijak melabur sahaja akan mendapat kestabilan kewangan apabila tiba hari tua kelak. Tiga faktor tersebut adalah sangat penting dalam perancangan untuk mendapatkan kebebasan daripada belenggu kewangan.

Amanah saham bukanlah perkara baru, ia bermula seawal tahun 1868 di London menerusi Saham Amanah Kerajaan Kolonial dan Asing. Malaysia memperkenalkannya agak awal berbanding jiran-jiran negara Asia lain apabila satu amanah saham diperkenalkan oleh sebuah syarikat pada tahun 1959 iaitu `Malaysian Unit Trust Ltd'.

Kesungguhan kerajaan dalam konteks saham amanah jelas terbukti apabila pada tahun 1979 kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan amanah saham sebagai wahana untuk mencapai matlamatnya mengagihkan semula kekayaan negara di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menerusi skim amanah saham, kerajaan berusaha mencapai matlamat DEB menambah pegangan bumiputera dalam syarikat awam dan berhad kepada 30 peratus jumlah pemilikan ekuiti.

Maka pada tahun 1981 secara besar-besaran Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan amanah saham bumiputera yang pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN).

Walaupun demikian adakah kita sebenarnya faham apakah keajaiban faedah kompaun yang ada pada konsep amanah saham? Adakah ia terletak pada dividen dan bonus di mana setiap kali kita mendapatnya, maka kita mempunyai lebihan wang untuk mengubahsuai rumah, menukar kereta atau pergi melancong.

Atau adakah setiap kali bonus dan dividen diagihkan, kita hanya mendapat sedikit daripada lebihan yang diperoleh setelah pihak bank awal-awal lagi telah menyedut sebahagian daripada keuntungan pelaburan kerana melabur melalui pembiayaan bank?

Kata seorang teman, ``Jika tidak meminjam untuk melabur, sampai tua pun aku tak melabur.'' Mengapa ini terjadi? Mungkinkah keistimewaan yang ada dalam amanah saham tidak begitu jelas kepada umum.

Pelabur yang bijak tidak melabur melalui pembiayaan bank atau mengeluarkan pengagihan yang diterima kerana jika berbuat demikian amanah saham telah lari dari konsep asal dan ia sedaya upaya perlu dielak.

Faedah kompaun ialah satu proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan. Hasilnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas jika kita membuat pelaburan untuk jangka masa panjang dan secara berterusan.

Cuba bayangkan jika seruan kerajaan disahut pada 1981 dan kita beristiqamah melabur RM100 sebulan maka pada tahun 2020 hasilnya ialah kita akan memperoleh kira-kira RM2.4 juta pada ketika itu. Jumlah itu saya congak dari purata kadar faedah amanah saham swasta sebanyak 15 peratus setahun. Bukankah perbezaannya cukup besar jika dibandingkan dengan simpanan sebanyak itu dalam masa 39 tahun hanya RM46,800 dapat dikumpulkan.

Pada hari ini jika kita menggunakan hanya sedikit kebijaksanaan asas yang ada pada diri kita, melalui amanah saham kita akan dapat membuat lebih keuntungan dengan membuat pemindahan dari tabung bon ke tabung ekuiti atau sebaliknya berdasarkan keadaan pasaran.

Kadar kemeruapan yang rendah berbanding saham di bursa saham melalui arahan telefon tanpa komisen yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus saham amanah perlu direbut dan dimanfaatkan secara bijaksana.

Masih terlalu ramai yang tidak jelas tentang kaedah pelaburan yang bijak walaupun ramai yang telah sedar tentang langkah bijak membuat pelaburan menerusi saham amanah. B);)

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

Keajaiban faedah kompaun dalam saham amanah

Kata seorang teman, ``Jika tidak meminjam untuk melabur, sampai tua pun aku tak melabur.'' Mengapa ini terjadi? Mungkinkah keistimewaan yang ada dalam amanah saham tidak begitu jelas kepada umum.

Pelabur yang bijak tidak melabur melalui pembiayaan bank atau mengeluarkan pengagihan yang diterima kerana jika berbuat demikian amanah saham telah lari dari konsep asal dan ia sedaya upaya perlu dielak.

B);)

saya nak tanya pendapat anda tentang di atas. Apakah konsep meminjam untuk melabur yang dimaksudkan? loan pribadi atau loan ASB yang biasa kita dengar tu...aku rasa kalau loan asb yg kita dengar tu lagi elok...coz kita dapat pulangan yang lebih berbanding labur kompaun sendiri.

mcne pendapat anda? apa kelebihan unit trust berbanding asb...berkenaan perolehan dividen? saje nak tau...

Edited by soopee

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya nak tanya pendapat anda tentang di atas. Apakah konsep meminjam untuk melabur yang dimaksudkan? loan pribadi atau loan ASB yang biasa kita dengar tu...aku rasa kalau loan asb yg kita dengar tu lagi elok...coz kita dapat pulangan yang lebih berbanding labur kompaun sendiri.

mcne pendapat anda? apa kelebihan unit trust berbanding asb...berkenaan perolehan dividen? saje nak tau...

soopee,..sila baca artikel ini .. B)

MELABUR DALAM AMANAH SAHAM:WAJARKAH MEMINJAM?

Salam sejahtera.

Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana amanah saham berharga tetap.

Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.

Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!

Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% ( 6.65% dengan KPA semasa 6.75%).

Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.

Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam amanah saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?

Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:

Jumlah pinjaman : RM 50,000.00

Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)

Bayaran balik sebulan : RM 377.22

Jumlah bayaran balik : RM 90532.80

(240 bulan)

Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?

Saya mengandaikan dana amanah saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :

Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00

( 10 % setahun )

Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80

Keuntungan bersih : RM 245,842.20

Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam amanah saham tanpa meminjam?

Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;

Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22

Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)

Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20

(240 bulan)

Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27

( purata 10% setahun )

Perbezaan:

Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27

(RM 377.22 sebulan/240 bulan)

Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20

(tolak bayaran balik pinjaman)

beza : RM 27,260.07

Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?

Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.

Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus

RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan amanah saham kita?

Tidak perlu bersusah payah.

Masih bank yang sama.

Masih kaunter bank yang sama.

Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.

CUMA: masukkan dalam akaun amanah saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman

Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!

Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!

CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran. Percuma.

UNTUNG: RM 27,260.07 !!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Soopee,sy ingin menerangkan sedikit mengenai perbezaan pulangan yg anda terima antara ASB dan Unit Trust.. B)

Pulangan yang anda akn dapat dalam ASB adalah melalui pembayran dividen setahun iaitu sebanyak 7-8% setahun...Dalam unit trust,anda akan mendpat pulangan dari 2 sumber...Yg pertama adalah melalui capital gain,maksudnya untung yg anda dapat dr perubahan hrga fund yg anda langgani..Yg kedua adalah melalui pemberian distribution atau pun dividen....Dlm unit trust public mutual,dr rekod2 kami setakat ni,seme dana2 kami memberikan pulangan lebih daripada 15% setahun....Adalah bagus untuk anda melabur di ASB kerana pulangannya dijamin kerajaan,tapi adalah lebih bagus sekiranya anda mempelbagaikan(diversify) wang anda ke medium2 pelaburan lain seperti unit trust kerana anda tidak akan rugi apa2..malah mendpat untung dari kedua2 medium pelaburan tersebut.. ;)

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih frannez, tapi kadar pengiraan saya lain daripada anda...atau saya mungkin silap perkiraan....

saya melabur dalam pinjaman asb....contoh diatas la ye...

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:

Jumlah pinjaman : RM 50,000.00

Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)

Bayaran balik sebulan : RM 377.22

Jumlah bayaran balik : RM 90532.80

(240 bulan)

kalau dividen tahun pertama 10% bermakna tahun pertama saya dapat RM50,000 x 10%=RM5,000.

Saya dapat dividen tersebut RM5,000 dan duit tersebut saya guna untuk bayar balik pelaburan.

Maksudnya RM5,000/RM 377.22 saya dapat 13 kali...so saya dapat untung 1 kali (1 bulan)....

so saya tak payah keluar duit untuk tahun kedua kerana dividen tahun pertama sudah cukup untuk tampung bayaran tadi.13 kali (lebih dari 12 bulan).

begitu la seterusnya...

so saya akan keluar modal untuk tahun pertama saja bermakna RM 377.22 x 12 bulan = RM4,526.64 untuk pelaburan tersebut.

atau modal itu dipusing untuk tahun tahun yang seterusnya.....bermakna saya melabur RM4,526.64 untuk RM50,000 untuk 20 tahun akan datang.

jadi tahun kedua saya boleh buat pinjaman lagi untuk bayaran RM377.22 untuk 20 tahun lagi....

jadi saya dapat RM100,000 untuk 20 tahun berikutnya pulak....

betul tak pengiraan mcm tu,,,,,,

Share this post


Link to post
Share on other sites

soopee..sy ade membuat calculation utk anda..

apa yg saya paham..anda menggunakan dividen yg anda dapat setahun utk membayar pinjaman anda..so anda dapat untung rm5000 - rm4526.64 = rm473.36 pada setiap tahun.Pada thn ke 20 anda untung rm9,467.2.ini saja la untung yg nada dapat kerana anda tidak kompaun dividen anda setiap tahun sebaliknya anda mengeluarkannya pada setiap tahun..Bg sy membuat pinjaman ASB rm50,000 selepas 20 tahun untung rm9,467 sahaja (return 18.9% selepas 20 thun) adalah terlalu sedikit (kerana anda tidak kompaunkn dividen anda).Bg mereka yg kompaun mungkin akn dpat berasa lebih untung (seperti calculation sy seblum ini) kerana akan dapat hasil yg lebih besar (tapi anda terpaksa menuggu sehingga thun ke 20)..Apepun sy inginkan sarankan agar anda merancang pelaburan anda sebaiknya dan kalo bole cuba diversify ke pelaburan lain seperti unit trust.. B)

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

22 produk tempatan paling dipercayai

KUALA LUMPUR – Reader’s Digest hari ini telah mengiktiraf 22 jenama tempatan termasuk kategori kereta, khidmat stesen petrol, makanan dan minuman dalam satu tinjauan tahunan jenama.

Bagi kategori kereta yang paling digemari, Proton memperoleh Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest, berkongsi tempat bersama-sama dengan Honda dan Toyota.

Para pengguna juga lebih gemar menggunakan minyak petrol Petronas dan Shell di Malaysia berbanding jenama lain.

Pengarah Pengiklanan Reader’s Digest Asia, Simon Cholmeley berkata, tinjauan dijalankan untuk jenama yang diyakini mempunyai kredibiliti yang amat baik kerana keputusan dibuat berdasarkan undian pengguna secara menyeluruh.

“Kaedah pengundian dan metodologi tinjauan yang profesional membolehkan keputusan yang tepat diperoleh.

“Jenama yang diyakini bermakna jenama yang sentiasa berada dalam ingatan pengguna,†kata beliau dalam majlis penyampaian Anugerah Jenama Reader’s Digest di sini.

Katanya, buat pertama kalinya, Universiti Malaya menjadi universiti yang paling diyakini manakala Pusat Perubatan Gleneagles Intan Kuala Lumpur memenangi kategori perkhidmatan perubatan.

Katanya, kedua-dua kategori tersebut merupakan kategori yang baru diperkenalkan pada tahun ini.

Menurut Simon, kajian tahun kesembilan itu dijalankan di tujuh pasaran di Asia termasuk Malaysia, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand untuk membuat undian melalui 43 kategori.

“Pihak kami sentiasa mengemaskini data untuk memasukkan maklumat-maklumat terbaru yang berguna bagi pengguna.

“Ini amat penting bagi memastikan kualiti dan imej sesuatu jenama terus meningkat dan berupaya mencapai kepuasan pengguna,†katanya.

Selain itu, Amanah Saham Nasional Berhad dan Public Mutual telah memenangi kategori tabung pelaburan manakala Maybank dan Public Bank menerusi kategori bank yang dipercayai.

Bagi kategori-kategori lain yang mendapat kepercayaan pengguna ialah DHL dan Poslaju mendapat keyakinan untuk perkhidmatan penghantaran barangan yang menepati waktu, Sime UEP Properties (pemaju hartanah), Giant (pasar raya), Habib Jewels dan Poh Kong (barang kemas).

Share this post


Link to post
Share on other sites

biosfree..sebagai perunding saham amanah public mutual kita bole buat secara part time atau full time..kalo u sedang bekerja bole la buat secara part time..x rugi apa2..disebab kan u berada di Sabah sy bagi no contact public mutual sana..mereka akn bantu u nanti.. :)

Cawangan Public Mutual di Sabah:

Ground & 1st Floor, Unit 1/G10, Api-Api Center

88000 Kota Kinabalu, Sabah

088-231080

Room 1505-1507, 15th Floor, Wisma Khoo Siak Chiew,

Jalan Sim Sim,

90000 Sandakan, Sabah. Postal Address : PublicMF Sandakan Branch,

P.O.Box No 3488,

90739 Sandakan, Sabah

089-222922

2nd Floor, TB 323 (Lot 20)

Block 38, Fajar Complex,

Jalan Haji Karim,

91000 Tawau, Sabah

089-765325

Maklumat lanjut boleh layari www.publicmutual.com.my

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

erm.....apa bezanya antara public mutual dengan lain lain unit trust? adakah dananyer ker yg berbeza ataupun kualiti ker apa ker......aku nak tau gak, sebabnya kebanyakkan orang akan cakap yg dioarang punya unit trust is the best.....so aku nak tau bezanya jer.....harap ko tak keberatan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

zippo..setiap company unit trust berbeza antara satu sama lain.unit trust Public Mutual tidak sama dengan unit trust CIMB-WA atau mane2 company lain kerana setiap company ada fund manager masing-masing yg akn menguruskan pelaburan anda secara x langsung menentukan samaada u rugi atau untung ..dalm public mutual kami ada fund manager yg berpengalaman dalm industri saham amanah sehinggakn fund2 kami byk mendapat pengiktirafan diatas prestasi yg bagus.. setakat ni belum ada satu pun fund2 public mutual yg rugi sejak ia dilancarkan..B)

Kenapa perlu melabur di Public Mutual?

1.Public Mutual adalah company unit trust terbesar di Malaysia.Setakat 14 May 2007,kami mengendalikan 42 jenis dana berjumlah rm20 billion (sumber dari Edge-Lipper) dgn 1,000,000 pemegang akaun.

2.Public Mutual juga adalah penerima anugerah paling byk di Malaysia dgn memenangi 117 anugerah sejak 1999, termasuk 21 anugerah dari The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2007 and The Star / Standard & Poor’s Investment Fund Awards Malaysia 2007.

Dan yang paling penting sekali bg mana2 company unit trust adalah consultant yg terbaik...pilihla consultant yg berwibawa yg selalu monitor pelaburan u dan memberi nasihat tentang bagaimana mahu memaksimumkan keuntungan u dan meminimakan kerugian..utk client2 saya ,biasanya sy bagi monthly report pelaburan mereka so mereka akan tahu prestasi semasa pelaburan mereka.. :)

Edited by frannez

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...