Jump to content
mk_gunnerz

Nape Xmau Tutup Aurat

Recommended Posts

[quote name='rockerzin' date='06 November 2010 - 08:01 PM' timestamp='1289044878' post='1052485']
Itu caranya nak test species berlagak suci .....
baru nampak perangai sebenar .....
kat forum boleh berlagak suci ....ala ahli syurga ...
entah2 kat luar kaki porno ....
[/quote]

Salam, Kepada rockerzin, :excl:
Ini Amaran kepada anda!.
Tolong dengan segala hormatnya ubah cara dan gaya penulisan anda.


Wassalam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Agama islam pun ko tak abis belajar lagi .............
cuba cari hadis berkenaan dgn hamba wanita .....
kat mana aurat mereka .............. [/quote]
takde orang yang pernah belajar ISLAM sampai habis melainkan Nabi Muhammad SAW.


hamba wanita auratnya adalah...aku sebut pun ada ke hamba wanita kat sini? hamba di sini bermaksud hamba kepada manusia lain, bukan hamba Allah.

kalau xde pun ade ke tuan kepada hamba di sini?

hamba dan perhambaan kepada manusia dah lama habis. tamat. cuma ilmu tentangnya masih dipelajari sebab kemungkinan untuk berlaku lagi zaman perang seperti dulu ada.

hamba lelaki dan wanita sama auratnya, antara pusat dengan lutut sahaja. sekalipun bersama lelaki/perempuan ajnabi yang boleh dikahwini. juga semasa solat dan tawaf.

yang penting semasa solat adalah tutup aurat bukan tutup badan. tengok istilahnya. tutup badan tapi tak pakai seluar, tak pakai apa2 di bahagian bawah, sah ke solat? tak kan?

tutup aurat, kalau tak tutup badan pun sah cuma ADAB dengan Allah pi mana? mana nak letak hadis mafhumnya "dengan Allah lebih berhak untuk kamu berasa malu"

dengan Allah perlu beradab, dengan sesama manusia juga perlu beradab. wajib kepada setiap muslim untuk ada Iman, Islam/syariat, serta akhlak atau tasawuf. hadis Jibril...nak cakap degang2 pasal hadis meh kita cakap..nak cakap pasal Islam jom...

[quote]Itu caranya nak test species berlagak suci .....
baru nampak perangai sebenar .....
kat forum boleh berlagak suci ....ala ahli syurga ...
entah2 kat luar kaki porno .... [/quote]
akhlak muslim tak berburuk sangka sesama muslim. sentiasa baik sangka. tuduh2 ni, balik kepada diri sendiri kang...buat malu ja..

Share this post


Link to post
Share on other sites
offtopic:

err.. aku nak suggest sekali lagi in case terlepas pandang pada post aku sebelom nih..

nape tak letak topic ni kat bahagian Agama ? tak sesuai ke ?

p/s: kalo reply ni rasa tak sesuai, gitau eh.. nanti aku delete :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
offtopic:
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=375200

mungkin jer la...pelanduk dua serupa...kan.
better ignore je org2 mcm ni.
kelmarin pun aku ada buat satu post, kemudian aku padam balik sebab terpikir,
kenapa perlu dilayan org2 yg cakap tak serupa bikin ni. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='TJ-Ariff' date='09 November 2010 - 08:18 AM' timestamp='1289261904' post='1052752']
Salam, Kepada rockerzin, :excl:
Ini Amaran kepada anda!.
Tolong dengan segala hormatnya ubah cara dan gaya penulisan anda.


Wassalam.
[/quote]
Maaf yea ... memang penulisan saya begini ....
nak delete posting ...ker ..sila kan
forum adalah tempat bagi pendpt ......
bukan nak berlagak suci :125:

Aku ler Maideen dlm forum Cari tu .... he he he
digeruni oleh pejuang islam nenek moyang ......

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rockerzin' date='12 November 2010 - 09:37 PM' timestamp='1289569063' post='1053225']
Maaf yea ... memang penulisan saya begini ....
nak delete posting ...ker ..sila kan
forum adalah tempat bagi pendpt ......
bukan nak berlagak suci :125:

Aku ler Maideen dlm forum Cari tu .... he he he
digeruni oleh pejuang islam nenek moyang ......
[/quote]
nak suarakan pandangan, silakan. Islam tak pernah halang. kalau salah Islam betulkan, kalau betul Islam sokong dengan hukum yang jelas dan terang.

berakhlak dengan akhlak nabi bukan berlagak suci. kita usahakan sekadar yang kita boleh. ye, manusia tak lepas dari salah dan silap, kadang-kadang terlanjur jugak, tapi adakah itu berkekalan? tak boleh taubat?
boleh taubat lagi kan? boleh buat baik lagi kan?

dalam Islam ajar kita, bila kita buat salah terus berenti kesalahan dan kemudian banyakkan kebaikan untuk menebus kejahatan serta dosa tu. berlagak suci? Islam yang ajar begitu maknanya Islam yang suruh berlagak suci?

PEJUANG ISLAM takkan takut sesiapa, melainkan hanya Allah. disebut dalam al-Quran/hadis mereka takkan takut celaan orang yang mencela. jika dicela diserang mereka tak takut, berhujah dan berbincang untuk apa takut?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='09 November 2010 - 05:04 PM' timestamp='1289293470' post='1052809']
takde orang yang pernah belajar ISLAM sampai habis melainkan Nabi Muhammad SAW.


hamba wanita auratnya adalah...aku sebut pun ada ke hamba wanita kat sini? hamba di sini bermaksud hamba kepada manusia lain, bukan hamba Allah.

kalau xde pun ade ke tuan kepada hamba di sini?

hamba dan perhambaan kepada manusia dah lama habis. tamat. cuma ilmu tentangnya masih dipelajari sebab kemungkinan untuk berlaku lagi zaman perang seperti dulu ada.

hamba lelaki dan wanita sama auratnya, antara pusat dengan lutut sahaja. sekalipun bersama lelaki/perempuan ajnabi yang boleh dikahwini. juga semasa solat dan tawaf.

yang penting semasa solat adalah tutup aurat bukan tutup badan. tengok istilahnya. tutup badan tapi tak pakai seluar, tak pakai apa2 di bahagian bawah, sah ke solat? tak kan?

tutup aurat, kalau tak tutup badan pun sah cuma ADAB dengan Allah pi mana? mana nak letak hadis mafhumnya "dengan Allah lebih berhak untuk kamu berasa malu"

dengan Allah perlu beradab, dengan sesama manusia juga perlu beradab. wajib kepada setiap muslim untuk ada Iman, Islam/syariat, serta akhlak atau tasawuf. hadis Jibril...nak cakap degang2 pasal hadis meh kita cakap..nak cakap pasal Islam jom...


akhlak muslim tak berburuk sangka sesama muslim. sentiasa baik sangka. tuduh2 ni, balik kepada diri sendiri kang...buat malu ja..
[/quote]
Ulamak mempunyai pelbagai pandangan terhadap aurat wanita ....
wanita hamba diringankan aurat kerana mereka ni aktif .....
kita tengok org arab ni kuat cemburu ... jadik sesuai ler wanita mereka berbungkus mcm ninja .....
pandangan ulamak aurat ni ada pelbagai pendpt .....
malah ada yg kata wanita berbungkus tu hanya mengikuti budaya arab aje .....
wanita disuruhkan tutup aurat berdasarkan dalil mengelakkan fitnah .......
ada yg mengatakan keseluruhan wanita tu aurat termasuk kena ban kuar umah ......
tengok kat Arab Saudi mengenakan larangan keras terhadap wanita termasuk melarang mereka bekerja hanya dibenarkan kerja dlm bidang tertentu ...
kita hanya mengikut berdasarkan aliran tertentu aje ......
kita tak kaji aliran lain selain dari kita ...... padahal banyak lagi pendpt

Tengok kata2 Imam Ibnu Rusyd rahimahullah taala telah memberi penjelasan dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1; halaman 114: “Para ulama keseluruhannya telah ittifak (sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu suatu kewajipan yang mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah ia merupakan suatu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang ataupun tidak....
kata2 Iman rusyd jelas ..... org islam semua sepakat tentang aurat ... tetapi mereka berselisih tentang bahagian mana harus ditutup .............
Jika ko baca pendpt Ibnu Arabi .... tentu ko kata dia kafir ....
beliau kata aurat wanita sebagaimana aurat di zaman Adam dan Hawa lagi ...tutup kemaluan aje Edited by rockerzin

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Jika ko baca pendpt Ibnu Arabi .... tentu ko kata dia kafir ....
beliau kata aurat wanita sebagaimana aurat di zaman Adam dan Hawa lagi ...tutup kemaluan aje [/quote]
ada teks berbahasa arab? kitab asal?

tengok dikaitkan had kawasan aurat itu di mana keadaannya? di khalayak lelaki tengok boleh jugak ke?

seperti contohnya mazhab maliki, lelaki auratnya ketika solat sekurang2 adalah 2 kemaluan (aurat berat), tetapi nampak bahagian peha, solat sah tetapi BERDOSA! berhadapan dengan orang lain, orang boleh tengok, tetap kena tutup aurat ringan sekalipun dalam solat SAH!

sila naqal dan quote kalam ulamak dengan jelas dan penuh!

aku akan cek balik nanti fakta2 yang disebutkan, memandangkan kejap lagi aku ada kelas, tak sempat nak rujuk2...

.
.
rockerzin tulis bawakan perbincangan, secara baik, kenapa di merahkan post beliau?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='13 November 2010 - 07:08 PM' timestamp='1289646483' post='1053280']
ada teks berbahasa arab? kitab asal?

tengok dikaitkan had kawasan aurat itu di mana keadaannya? di khalayak lelaki tengok boleh jugak ke?



.
.
rockerzin tulis bawakan perbincangan, secara baik, kenapa di merahkan post beliau?
[/quote]
Ko taw ker Ibnu Arabi ni sapa????
Tunjuk teks arab pun ko tak caya gak ...
sebab Ibnu Arabi ni bukannya ulamak fekah .....
beliau dari aliran tawasuf ..... sufi
dan pakai pendpt Wihdatul Wujud ,,,...
ulamak fekah cop sesat utk golongan ni
[quote name='Panglima Khalid' date='13 November 2010 - 07:08 PM' timestamp='1289646483' post='1053280']
tengok dikaitkan had kawasan aurat itu di mana keadaannya? di khalayak lelaki tengok boleh jugak ke?

seperti contohnya mazhab maliki, lelaki auratnya ketika solat sekurang2 adalah 2 kemaluan (aurat berat), tetapi nampak bahagian peha, solat sah tetapi BERDOSA! berhadapan dengan orang lain, orang boleh tengok, tetap kena tutup aurat ringan sekalipun dalam solat SAH![/quote]
jadik org bermazhad maliki boleh bersolat dgn memakai spender aje ler Edited by rockerzin

Share this post


Link to post
Share on other sites
maaf, setahu saya, dan saya tanyakan kawan untuk kepastian, Ibnu Arabi ada dua yang masyhur dalam sarjana ilmu Islam. Ibnu Arabi dan Ibnul arabi.

salah seorangnya, Mujtahid Mazhab Maliki,
seorang lagi, ulamak tasawuf, seperti yang anda sebutkan.

buku melayu mungkin tak disebutkan alif+lam tersebut, atau sebutkan semua, sebab tak tahu pembezaan yang telah dibuat ulamak dahulu, oleh kerana itu perlukan rujukan teks arab untuk pastikan, dan pengecaman identiti mana satu yang fekah mana satu yang tasawuf, ibnu ka ibnul?

saya lebih merasakan Ibnu Arabi tersebut yang dimaksudkan adalah Mujtahid Maazhab Maliki, bukan ulamak tasawuf. kerana tradisi keilmuan adalah menaqalkan kalam ulamak mengikut bidang yang mereka paling kuasai. tak ramai yang boleh menjadi seperti Imam Syafie, yang mahir hadis hafal beratus ribu hadis, dan mahir bahasa arab, yang mahir juga fiqh dan syariat, yang mahir jugak namun kurang terserlah dalam bidang aqidah. imam nawawi mahir dalam hadis dan fiqh serta tasawuf sehinggakan menjadi rujukan seperti syarah soheh muslim dalam hadis serta bustanul arifin dalam tasawuf, namun kepakaran beliau sangat cemerlang dalam fiqh syafie. tabi'in yang masyhur, Hassan Basri merupakan rujukan dalam fiqh serta tasawuf, namun dalam bidang hadis ada ulamak yang melemahkan pandangan beliau melainkan dalam hadis fadhilat amal sahaja.

jika Ibnu Arabi yang tasawuf yang dimaksudkan, maka perbincangan selesai di sini.


tunjukkan teks arab jika ada, aku tak terkejut kerana sudah terbiasa dengan perbezaan pendapat ulamak yang berbagai-bagai, sekalipun dalam mazhab syafie sendiri kengkadang ada ulamak yang berijtihad menyalahi kaedah-kaedah umum mazhab atau kaedahnya betul cuma mengikut pandangan sisi lain dari kaedah yang berbagai.


aku rujuk majmuk syarah muhazzab tadi, alhamdulillah, Imam Nawawi sebutkan dalam tu mengikut kaedah Fiqh perbandingan mazhab, so aku dapat pandangan ulamak selain syafie secara quote yang dipercayai.

benar kata Ibn Rusyd seperti yang kamu quote di atas, walaupun aku tak sempat semak kitabnya tapi memang diperakui dalam majmuk bahawa permasalahan aurat merupakan perkara yang disepakati WAJIB TUTUP namun had dan kadarnya berbeza. juga berbeza sebagai syarat sah solat atau tidak. sebahagian dari mazhab maliki contohnya tidak meletakkan menutup aurat sebagai syarat sah solat, namun ianya WAJIB ditutup. namun kebanyakan mereka mengatakan ianya termasuk syarat sah solat. mazhab hanbali yang mengasingkan aurat berat dan aurat ringan. maafkan jika kesilapan di atas. namun sekalipun dalam majmuk tak sebutkan mazhab maliki juga mengasingkan aurat berat dan ringan, tak bermakna inaya tak berlaku. apapun perlu rujuk sumber muktamad dari mazhab maliki.

so, yang paling benar dan muktamad dalam mazhab maliki menurut Majmuk Imam Nawawi, adalah batal solat pengikut mazhab maliki jika dia sedar dan mampu tutup semasa solat. jika terlupa atau tak tahu atau tak mampu nak tutup maka solatnya sah. kerana ianya syarat sah solat, terbuka aurat maka telah berlaku sesuatu yang menyebabkan keabsahan solat itu terjejas lalu membatalkan solat. hanya sebahagian yang tidak menganggap aurat sebagai syarat sah solat, jika terbuka atau sengaja buka tetap sah solat, namun perlu diingat, aurat bagi mereka tetap wajib dan sekalipun solat sah, tetap berdosa kerana melakukan sesuatu yang menyalahi kewajipan.

Allahu a'lam.

saya membuat carian di internet, terjumpa di [url="http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/13/menjawab-syubhat-ke-atas-aurat-wanita-penipuan-di-dalam-majalah-al-islam/"]sini[/url]

[quote]Keempat:

Seterusnya Zainudin Idris menukil kata-kata Ibn ‘Arabi dari kitabnya al-Futuhat al-Makkiah:

“Ibnu al-Arabi berkata dalam al-Futuhat al-Makkiah jilid 1, halaman 521 pada bahagian `pada menyatakan batas aurat: “Sebahagian ulama mengatakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah dua kemaluannya sahaja (qubul dan dubur). Manakala sebahagian ulama pula mengatakan aurat lelaki itu dari pusat ke lutut. Di sisi kami (Ibnu al-Arabi) hanyalah dua kemaluannya sahaja yang dikira aurat yang hakiki, iaitu anggota-anggota manusia yang dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan itu adalah tempat kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati hukum haram, anggota-anggota selain daripada dua kemaluan itu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah adalah menepati hukum syubhat yang sepatutnya berjaga-jaga kerana berternak di sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya.’’

KOMEN:

Saya ingin menarik perhatian saudara-saudari kepada ejaan nama pengarang kitab al-Futuhat al-Makkiah oleh Zainudin Idris.

[b]Terdapat dua orang yang bernama hampir sama: Ibn ‘Arabi dan Ibn al-’Arabi. Yang pertama adalah tokoh Sufi yang dihukum sesat oleh banyak ulama, yang kedua adalah seorang tokoh besar Mazhab Maliki.[/b]

Pengarang asal kitab al-Futuhat al-Makkiah ialah Ibn Arabi dan bukan Ibn al-Arabi sebagaimana yang didakwa oleh beliau. Ibn Arabi ialah sang Sufi yang berkata Aku adalah Tuhan dan Tuhan adalah aku.

Ini jauh berbeza dengan al-Imam Ibn al-Arabi di mana beliau ialah seorang ahli hadis, ahli fiqh dan ahli tafsir yang terkenal bagi Mazhab Maliki. Perlu dibezakan tambahan alif lam bagi nama Arabi. [b][u]Sang Sufi Ibn Arabi bukanlah seorang mujtahid mahupun ahli fiqh, justeru apa-apa pendapatnya tidak boleh dijadikan sandaran hukum yang muktamad. Kitab al-Futuhat al-Makkiah bukanlah rujukan dalam hukum-hukum Fiqh, sebagaimana buku Ekonomi bukanlah rujukan kepada pelajar Engineering.[/u][/b]

Pengarang al-Futuhat al-Makkiah ialah Ibn ‘Arabi (tanpa AL), akan tetapi Zainudin Idris telah menyebutnya sebagai Ibn AL-Arabi. Jika bab “alif lam” pun berlaku kesilapan, pasti sahaja bab aurat dalam syari’at Islam terlebih-lebih silapnya.

Walaupun kitab ini bukanlah rujukan dalam Fiqh, elok juga kita cuba memahami apa yang ditulis oleh Ibn ‘Arabi tersebut. Apakah ianya boleh difahami sebagaimana yang didakwa oleh Zainudin Idris atau itu hanyalah dakwaan palsu beliau semata-mata.

Berdasarkan kepada terjemahan beliau itu pun, jelas di sini, walaupun Ibnu ‘Arabi menyatakan aurat yang sebenar untuk lelaki ialah dua kemaluan, tetapi beliau juga menyatakan bahawa anggota yang selain dari dua kemaluan iaitu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah juga hendaklah ditutup kerana syubhat. Di dalam sebuah yang sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat bermakna dia terjerumus ke dalam perkara haram.”

Kelima:

Seterusnya Zainudin Idris menukil kata-kata Ibnu ‘Arabi lagi:

“Ada pun mazhab kami (Ibnu al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga. (Al-A’raf, ayat 22). Allah menyamakan di antara Adam dan Hawa pada menutup aurat keduanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.”

KOMEN:

Perhatikan kepada kenyataan tersebut: “Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.”

Maksudnya ialah walaupun aurat sebenar pada Ibnu ‘Arabi adalah dua kemaluan, tetapi menurutnya juga, apabila perempuan disuruh menutup anggota yang lain maka ia mesti ditutup juga kerana itu adalah undang-undang (perintah) syarak. Jadi Ibnu ‘Arabi sendiri pun tidak menyatakan bahawa selain dari dua kemaluan boleh didedahkan, bahkan ia mesti ditutup juga.[/quote]

.
.
.
.
tambahan..
[quote name='Panglima Khalid' date='14 November 2010 - 05:49 AM' timestamp='1289684988' post='1053316']
jika Ibnu Arabi yang tasawuf yang dimaksudkan, maka perbincangan selesai di sini.
[/quote]
saya belum edit teks di atas, so...

jika Ibnu Arabi yang tasawuf yang dimaksudkan, maka perbincangan selesai di sini. quote ilmu bukan dari ahlinya adalah satu jenayah ilmiah! bak kata penulis dari link yang saya jumpa, menggunakan buku ekonomi sebagai rujukan engineering adalah tindakan yang salah.

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rockerzin' date='13 November 2010 - 12:31 PM' timestamp='1289622683' post='1053262']
kita hanya mengikut berdasarkan aliran tertentu aje ......
kita tak kaji aliran lain selain dari kita ...... padahal banyak lagi pendpt
[/quote]
bukan salah kita beramal dengan aliran tertentu. kerana tugas kita beramal dengan benar mengikut kehendak Islam. bukan meringan-ringan, bukan memberat berat kan...

kenapa tak wajibkan semua orang mengetahui tentang engineering? apabila berurusan atau menggunakan alatan elektrik serta jentera? kenapa tak wajibkan semua orang tahu tentang perubatan jika mereka sakit? kenapa untuk ugama wajibkan semua orang belajar dan mahir setiap cabang ilmu ugama? hanya sekadar alasan semua kita hidup perlu berpandukan ugama, maka perlu tahu semuanya? habis yang menggunakan jentera dan barangan elektrik? yang sakit? cukup yang sakit tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh dimakan untuk sembuhkan penyakitnya, tak perlu memahami konsep otak atau konsep kulit atau anatomi atau sistem rangka. tak perlu semua tu. tak perlu orang yang nak gunakan blender tahu hukum fizik, tahu tentang mechanical engineering, tahu tentang electrical engineering, cukup sekadar tahu bagaimana untuk gunakan dengan baik, dan selamat!.

bak kata ulamak, orang awam seperti kita, cukup untuk tahu apa yang wajib kita buat, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. bila kita tanyakan ulamak, mereka katakan buat begini maka itu yang kita buat. [b][u]ULAMAK [/u][/b]ye bukan ustaz yang tah mana-mana. [u]lebih selamat untuk tanyakan mufti[/u]. gunakan peluang. sepanjang pengalaman saya, mufti di malaysia tidak dikejar orang. hadir untuk majlis apa-apa takde orang serbu. mufti di mesir ni, pi mana-mana pun ada sahaja orang nak jumpa, nak tanya. nak rujuk bidang ugama kepada ahlinya.



[quote name='rockerzin' date='13 November 2010 - 12:31 PM' timestamp='1289622683' post='1053262']
tengok kat Arab Saudi mengenakan larangan keras terhadap wanita termasuk melarang mereka bekerja hanya dibenarkan kerja dlm bidang tertentu ...
[/quote]
arab saudi, afghanistan, dan mana-mana negara yang berlebih-lebihan mengenakan sekatan, mungkin sesuai di negara mereka.

namun tindakan mereka bukan hujah kepada syarak. biarlah mereka lakukan itu. kita berpaksikan kepada ilmu, dan kepada keadaan semasa di tempat kita. itu yang sepatutnya.

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
bila saya baca balik apa yang saya tulis di atas, rasa kurang sesuai satu point...

saya tak tuduh anda wajibkan untuk tahu tentang Islam yang lain, tapi galakan untuk mengkaji juga pendapat dan aliran mazhab yang lain kurang sesuai. akal manusia terbatas, perlu dilatih untuk memahami bidang tertentu.

bukan menyekat, saya bukakan seluas-luasnya sesiapa nak kaji tentang fiqh, namun gunakan medan yang sesuai. fiqh adalah suatu kemahiran minda menganalisis nas syarak. al-Quran dan hadis. namun di peringkat awal perlu memahami MENGAPA ulamak letakkan hukum ini? berdasarkan apa? maka untuk itu perlu mengikut satu aliran tertentu. kerana dengan berjaya memahami aliran tersebut barulah mampu memahami BIG PICTURE Islam. dan kemudian atau di samping menguasai satu mazhab tertentu, mempelajari juga mazhab lain, bagaimana berlaku perbezaan pandangan hanya dengan satu ayat al-Quran. ianya akan lebih kompleks.

dan untuk memahaminya perlukan latihan, dan latihan itu adalah dengan mempelajari secara teliti mazhab tertentu, aliran tertentu. dan untuk pelajarinya perlukan cara yang betul, ada step dan paling penting, GURU!

kesilapan mempelajari fiqh dengan baik, cara yang betul, akan membuka luas ruang kesilapan. itu hakikatnya!



[quote name='rockerzin' date='13 November 2010 - 12:31 PM' timestamp='1289622683' post='1053262']
Ulamak mempunyai pelbagai pandangan terhadap aurat wanita ....
wanita hamba diringankan aurat kerana mereka ni aktif .....
kita tengok org arab ni kuat cemburu ... jadik sesuai ler wanita mereka berbungkus mcm ninja .....
pandangan ulamak aurat ni ada pelbagai pendpt .....
malah ada yg kata wanita berbungkus tu hanya mengikuti budaya arab aje .....
wanita disuruhkan tutup aurat berdasarkan dalil mengelakkan fitnah .......
ada yg mengatakan keseluruhan wanita tu aurat termasuk kena ban kuar umah ......
[/quote]
saya ada banyak yang tak setuju dengan ini. jika saya sebutkan dalil, hadis atau quran, hampir semuanya berdasarkan ingatan saya yang lemah. saya hanya sampaikan mafhum dan makna hadis/quran.

pertama sekali, saya ingin perbetulkan pandangan, ISLAM datang bawa syariat. Rasulullah datang bertutur dan bertindak dengan syariat. maka al-Quran dan hadis adalah hukum syarak.

Islam (khususnya nabi diutuskan) datang membawa syarak bukan membawa adat. maka berhujah dengan adat bukan dinamakan hujah. lebih mendukacitakan, tidak semua ulamak menerima adat sebagai hujah. sekalipun adat dan amalan di zaman sahabat nabi, ianya dalil yang tidak disepakati jika menurut ilmu Usul Fiqh.

adat sebagai menyokong hujah? ya...itu lebih tepat. namun adat secara asasnya bukan hujah. ada adat arab yang dihazafkan setelah datangnya Islam, ada adat arab yang diterima Islam sebagai adat yang baik, dana da adat arab yang diperbaiki kerana ada silapnya namun diteruskan memandangkan adat itu adat yang baik. maka Islam datang bukan kerana adat, namun adat yang mengikut Islam.

jika dikatakan contohnya "arab kuat cemburu maka pompuan kena tutup macam ninja" satu kenyataan yang tidak benar. Islam datang bawak syariat, wajib tutup itu, tutup ini, maka kebetulan mungkin masyarakat arab kuat cemburu maka kebetulan sama. kebetulan. jika arab tak cemburu langsung beberapa tahun kemudiannya setelah dididik dengan cermat, adakah hukum terangkat?

jika mengatakan bahawa disebabkan adat cemburu maka ditutup, maka jika tak cemburu boleh bukak, begitu?
jika mengatakan bahawa kerana Islam tetapkan begitu, kebetulan kuat cemburu, maka jika tak cemburu tetap tak boleh bukak, begitu?

yang sebenarnya adalah yang ke dua, Islam datang bawak syarak. berubahlah adat, tetap hukum syarak begitu.

harapnya tulisan saya boleh diikuti dan difahami.

hamba, menurut hadis, hukumnya adalah separuh wanita merdeka. namun bukan semua dipotong separuh, ada yang tak dipotong. mas kawen hamba adalah separuh dari wanita merdeka menurut adat setempat jika tak ditetapkan, sebatan keatas hamba yang berzina separuh dari merdeka, puasa ramadhan tetap 30 hari. dan seterusnya.

dalam bab aurat juga adalah separuh. saya perlu telaah secara khusus bab ini, namun sekadar apa yang terlintas di kepala saya, ini sumbernya mengapa aurat hamba wanita hanya antara pusat dengan lutut. separuh dari wanita merdeka.

hikmahnya, kerana mudah kerja, hikmahnya kerana untuk mengenali dan membezakan antara hamba dan merdeka, hikmahnya kerana derajat dan sosio budaya mereka rendah (kerana itu Islam berusaha menutup pintu perhambaan dengan menggalakkan pemerdekaan hamba) hikmahnya itu dan ini. itu hanya hikmah. dalilnya ada dalam hadis.

apabila kita tak mempelajari mengikut kaedah yang betul, kita akan silap paham, betul kan?

contoh lain, kenapa ada mazhab lain mengatakan aurat wanita sekalipun bersama lelaki ajnabi ada yang mengatakan wajib tutup kecuali muka dan tapak tangan, ada yang kata leher boleh bukak, ada yang kata kaki sampai buku lali boleh bukak, ada yang kata tangan sampai segenggam dari pergelangan tangan yakni tengah lengan, ada yang kata itu dan ini. kenapa berlaku begitu? orang yang silap paham mungkin akan katakan, ulamak kata boleh bukak leher kerana perempuan adatnya bekerja di dapur, maka dibuka memudahkan mereka bekerja di sana, atau kata mereka ulamak berkata boleh disinting lengan sedikit kerana memudahkan kerja mereka. semua itu hanya HIKMAH dan KEBETULAN. mereka tak mempelajari secara detail maka berlaku silap paham. dalilnya adalah dalam al-Quran, mafhum ayat "kecuali yang terzahir dari mereka" yang berlaku berbagai-bagai takrifan di situ.

maka mari kita kembali kepada ilmu, kepada cara yang benar untuk mendapatkan ilmu.

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
terlupa nak sebut. pasal aurat hamba.


aurat hamba wanita, antara pusat dengan lutut. itu yang disepakati dalam mazhab syafie. namun ada yang mengatakan wajib juga tutup badan seperti wanita merdeka kecuali tangan dan lengan hingga bahu serta kepala dan kaki sehingga atas sedikit dari buku lali.

namun, hamba wanita yang dijanjikan kemerdekaan dengan melakukan sesuatu (dalam kitab fekah sebut hamba mukatab/mukatabah) mereka ada separuh tahap sosial hamba, dan separuh tahap sosial merdeka, maka aurat mereka lebih dari hamba biasa, namun kurang dari wanita merdeka. yakni kecuali kepala, leher, lengan sampai siku atau sampai bahu bagi sesetengah ulamak, kaki sampai buku lali.

juga hukum yang sama bagi Ummu Walad (hamba wanita yang menjadi ibu kepada anak tuannya, yakni tuannya bersama dengannya sehingga terbenih anak, dia akan merdeka sejurus dengan melahirkan anak tersebut) kerana memiliki separuh tahap sosial hamba dan separuh tahap sosial merdeka.

juga hukum yang sama bagi hamba wanita yang dijanjikan merdeka jika tuannya meninggal. kerana dijanjikan merdeka maka taraf sosialnya separuh hamba separuh merdeka.

Allahu a'lam.

.
.
.
waaahh..banyaknya aku tulis...penat betul otak diperah...dan jari menaip...dan mata rujuk kitab... :o

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='14 November 2010 - 06:16 AM' timestamp='1289686571' post='1053317']
bukan salah kita beramal dengan aliran tertentu. kerana tugas kita beramal dengan benar mengikut kehendak Islam. bukan meringan-ringan, bukan memberat berat kan...

kenapa tak wajibkan semua orang mengetahui tentang engineering? apabila berurusan atau menggunakan alatan elektrik serta jentera? kenapa tak wajibkan semua orang tahu tentang perubatan jika mereka sakit? kenapa untuk ugama wajibkan semua orang belajar dan mahir setiap cabang ilmu ugama? hanya sekadar alasan semua kita hidup perlu berpandukan ugama, maka perlu tahu semuanya? habis yang menggunakan jentera dan barangan elektrik? yang sakit? cukup yang sakit tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh dimakan untuk sembuhkan penyakitnya, tak perlu memahami konsep otak atau konsep kulit atau anatomi atau sistem rangka. tak perlu semua tu. tak perlu orang yang nak gunakan blender tahu hukum fizik, tahu tentang mechanical engineering, tahu tentang electrical engineering, cukup sekadar tahu bagaimana untuk gunakan dengan baik, dan selamat!.
[/quote]
cukup sekadar tahu apa yang dibuat ni boleh (halal/sah yakni wajib sunat dan harus) dan selamat (tak menyebabkan terbatal, cukup syarat dan rukun serta kewajipannya), apa yang tak boleh dibuat (haram)atau boleh buat tapi kurang selamat (makruh).

dan dalam masa yang sama, kita berlapang dada dengan perbezaan pandangan ulamak lain. [b]kalau kita rasa hairan atau was-was, orang tu buat gitu, sah ke?[/b] tanyalah ke pihak yang [u]berautoriti[/u]. aku mungkin tak berautoriti tapi jika kamu percaya bolehlah tanyakan. jika apa yang aku sebutkan berbeza dengan mereka yang lebih berautoriti, maka ikut mereka bukan aku, dan betulkan aku jika aku silap.

kaedah fekah : dituntut untuk keluar dari permasalahan yang khilaf padanya. ada ulamak kata gitu, ada ulamak kata gini, dua-dua kita raikan, jangan gaduh2.

kaedah fekah : khilaf ulamak ummat nabi adalah rahmat. bila kita perlukan kepada pandangan yang lebih ringan akibat berlaku masalah seperti darurat atau kesusahan pada kita, ambillah pandangan ulamak lain, tapi pastikan sumbernya tepat dan difahami kenapa dan bagaimana. lebih selamat, jika berlaku masalah, tanyakan mufti, apa yang difatwakan sekalipun berbeza dengan pegangan mazhab kamu, buatlah. fatwa itu untuk kamu bukan untuk orang lain ikut sama. kerana fatwa meraikan hal keadaan individu, setiap individu permasalahannya berbeza.

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='14 November 2010 - 05:54 AM' timestamp='1289685289' post='1053316']
maaf, setahu saya, dan saya tanyakan kawan untuk kepastian, Ibnu Arabi ada dua yang masyhur dalam sarjana ilmu Islam. Ibnu Arabi dan Ibnul arabi.

salah seorangnya, Mujtahid Mazhab Maliki,
seorang lagi, ulamak tasawuf, seperti yang anda sebutkan.

buku melayu mungkin tak disebutkan alif+lam tersebut, atau sebutkan semua, sebab tak tahu pembezaan yang telah dibuat ulamak dahulu, oleh kerana itu perlukan rujukan teks arab untuk pastikan, dan pengecaman identiti mana satu yang fekah mana satu yang tasawuf, ibnu ka ibnul?

saya lebih merasakan Ibnu Arabi tersebut yang dimaksudkan adalah Mujtahid Maazhab Maliki, bukan ulamak tasawuf. kerana tradisi keilmuan adalah menaqalkan kalam ulamak mengikut bidang yang mereka paling kuasai. tak ramai yang boleh menjadi seperti Imam Syafie, yang mahir hadis hafal beratus ribu hadis, dan mahir bahasa arab, yang mahir juga fiqh dan syariat, yang mahir jugak namun kurang terserlah dalam bidang aqidah. imam nawawi mahir dalam hadis dan fiqh serta tasawuf sehinggakan menjadi rujukan seperti syarah soheh muslim dalam hadis serta bustanul arifin dalam tasawuf, namun kepakaran beliau sangat cemerlang dalam fiqh syafie. tabi'in yang masyhur, Hassan Basri merupakan rujukan dalam fiqh serta tasawuf, namun dalam bidang hadis ada ulamak yang melemahkan pandangan beliau melainkan dalam hadis fadhilat amal sahaja.

jika Ibnu Arabi yang tasawuf yang dimaksudkan, maka perbincangan selesai di sini.


tunjukkan teks arab jika ada, aku tak terkejut kerana sudah terbiasa dengan perbezaan pendapat ulamak yang berbagai-bagai, sekalipun dalam mazhab syafie sendiri kengkadang ada ulamak yang berijtihad menyalahi kaedah-kaedah umum mazhab atau kaedahnya betul cuma mengikut pandangan sisi lain dari kaedah yang berbagai.


aku rujuk majmuk syarah muhazzab tadi, alhamdulillah, Imam Nawawi sebutkan dalam tu mengikut kaedah Fiqh perbandingan mazhab, so aku dapat pandangan ulamak selain syafie secara quote yang dipercayai.

benar kata Ibn Rusyd seperti yang kamu quote di atas, walaupun aku tak sempat semak kitabnya tapi memang diperakui dalam majmuk bahawa permasalahan aurat merupakan perkara yang disepakati WAJIB TUTUP namun had dan kadarnya berbeza. juga berbeza sebagai syarat sah solat atau tidak. sebahagian dari mazhab maliki contohnya tidak meletakkan menutup aurat sebagai syarat sah solat, namun ianya WAJIB ditutup. namun kebanyakan mereka mengatakan ianya termasuk syarat sah solat. mazhab hanbali yang mengasingkan aurat berat dan aurat ringan. maafkan jika kesilapan di atas. namun sekalipun dalam majmuk tak sebutkan mazhab maliki juga mengasingkan aurat berat dan ringan, tak bermakna inaya tak berlaku. apapun perlu rujuk sumber muktamad dari mazhab maliki.

so, yang paling benar dan muktamad dalam mazhab maliki menurut Majmuk Imam Nawawi, adalah batal solat pengikut mazhab maliki jika dia sedar dan mampu tutup semasa solat. jika terlupa atau tak tahu atau tak mampu nak tutup maka solatnya sah. kerana ianya syarat sah solat, terbuka aurat maka telah berlaku sesuatu yang menyebabkan keabsahan solat itu terjejas lalu membatalkan solat. hanya sebahagian yang tidak menganggap aurat sebagai syarat sah solat, jika terbuka atau sengaja buka tetap sah solat, namun perlu diingat, aurat bagi mereka tetap wajib dan sekalipun solat sah, tetap berdosa kerana melakukan sesuatu yang menyalahi kewajipan.

Allahu a'lam.

saya membuat carian di internet, terjumpa di [url="http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/13/menjawab-syubhat-ke-atas-aurat-wanita-penipuan-di-dalam-majalah-al-islam/"]sini[/url]



.
.
.
.
tambahan..

saya belum edit teks di atas, so...

jika Ibnu Arabi yang tasawuf yang dimaksudkan, maka perbincangan selesai di sini. quote ilmu bukan dari ahlinya adalah satu jenayah ilmiah! bak kata penulis dari link yang saya jumpa, menggunakan buku ekonomi sebagai rujukan engineering adalah tindakan yang salah.

Allahu a'lam.
[/quote]
Tentu saya maksud Ibnu Arabi yg sufi tu ..... kan saya dah bagitaw bukan ulamak fekah ...
kita mesti ingat ....
ada manusia islam di sisi manusia kafir di sisi Tuhan ...
ada manusia islam di sisi manusia islam di sisi Tuhan
ada manusia kafir di sisi manusia islam di sisi Tuhan
ada manusia kafir di sisi manusia kafir gak di sisi tuhan
so sapakah manusia kafir di sisi manusia ..islam di sisi Tuhan ni ....

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='rockerzin' date='14 November 2010 - 11:40 AM' timestamp='1289706055' post='1053338']
Tentu saya maksud Ibnu Arabi yg sufi tu ..... kan saya dah bagitaw bukan ulamak fekah ...
kita mesti ingat ....
ada manusia islam di sisi manusia kafir di sisi Tuhan ...
ada manusia islam di sisi manusia islam di sisi Tuhan
ada manusia kafir di sisi manusia islam di sisi Tuhan
ada manusia kafir di sisi manusia kafir gak di sisi tuhan
so sapakah manusia kafir di sisi manusia ..islam di sisi Tuhan ni ....
[/quote]
sekalipun!

sekalipun dia dihukum kafir, sekalipun dia ulamak yang hebat dalam tarekat dan sufi, sekalipun dia nilainya tinggi di sisi tuhan...

kalam dia bukan hujah untuk dibincangkan dalam bab fiqh, maka saya menolak bulat2.

itu bukan amanah ILMU.

kenapa Hassan Basri yang meriwayatkan BANYAK hadis tapi ulamak hadis dhoefkan beliau?
kenapa berjuta-juta perawi hadi, hafal berjuta-juta hadis, tapi pandangan mereka dalam fiqh lemah?
kenapa?

sebab ILMU diambil dari ahlinya.

ok, saya ulas sikit, ya, pandangan dia benar juga, dari sudut pandangan mazhab hanbali dan mungkin maliki.

yang membahagikan aurat kepada 2, berat dan ringan. aurat berat tiada kompromi, aurat ringan tetap berdosa tetapi jika terbukak (sesetnegah - sengaja bukak) tak mengapa.

so, takde masalah di situ. titik.

Allahu a'lam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Panglima Khalid' date='14 November 2010 - 07:59 PM' timestamp='1289735947' post='1053357']
yang membahagikan aurat kepada 2, berat dan ringan. aurat berat tiada kompromi, aurat ringan tetap berdosa tetapi jika terbukak (sesetnegah - sengaja bukak) tak mengapa.
[/quote]
maaf..aku tak sebut penuh....yang di atas tu untuk DALAM SOLAT

keadaan semasa solat dan berhadapan manusia lain tak sama. dalam mazhab syafie sendiri, jika punya hanya satu sut pakaian, jubah hitam contohnya, seluar/kain takde, jubah kena najis yang tak dimaafkan (ada bab khusus dalam fiqh syafie, najis yang dimaafkan dan najis yang tak dimaafkan) , tak boleh basuh sebab takde air, jika tak boleh potong seperti najis itu berada di badan dan dia seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat (kalau pakai baju berlubang, koyak, boleh jatuh maruah), maka boleh solat tanpa sebarang pakaian, dalam tempat yang tertutup terlindung dari pandangan orang, sah solat itu tanpa perlu ulang. jika di tempat terbuka, pakai pakaian itu dan solat dalam keadaan baju bernajis, dan perlu ulang selepas dapat pakaian lain yang suci boleh bersolat dengannya.

sila bezakan ya, antara keadaan dalam solat dan luar solat bersama manusia.

sekalipun dia solat dalam keadaan tanpa pakaian, jika dia mampu untuk cari sehelai kain atau sehelai daun untuk menutup kemaluannya maka WAJIB di sisi syafieyyah. macam sama dengan mazhab lain kan? sekurang2 tutup dua kemaluan, tapi mazhab syafie letakkan dalam keadaan terpaksa seperti itu baru boleh buat demikian, bukan mudah2.

begitu juga mazhab lain, mereka tetap wajibkan tutup aurat, semasa solat atau tidak, kadar sekurang2 tu mungkin berbeza mengikut keadaan dan perbuatan. dan ada had aurat yang tak boleh berkompromi dengannya namun ada had aurat yang lebih luas yang perlu juga ditutup jika tidak BERDOSA.

jangan nampak sah dengan berdosa tu sesuatu yang tidak mengapa. kenapa ulamak letak begitu? sebab ada orang tanya contohnya, semalam saya berpuasa, tapi saya mengumpat dengan jiran2 saya tentang seorang wanita, maka apa hukumnya? batal tak puasa saya? ulamak katakan puasa sah sebab mengumpat bukan membatalkan puasa tapi BERDOSA kerana mengumpat. namun selepas itu adakah dibenarkan mengumpat? tak! tetap tak boleh

begitu juga aurat, bagaimana jika tiada pakaian? atau hanya ada begini dan begini? ok, solat sah tapi berdosa. jangan pulak ulang. nak sangat masuk neraka untuk bakar dosa apasal?

pelik betul manusia zaman sekarang...

.
.
.
aku tak sangka pulak topic ni di-pin-kan jadik topic PENTING..huhu..

ka...dah lama dah tapi aku tak perasan?




..
.
kenapa aku anggap Ibn Arabi yang Rocker Zin sebut tu ulamak maliki? sebab aku sangka baik, rockerzin ambil kalam ulamak dari ahlinya. selagi kita boleh bersangka baik, teruskan. jika tak boleh dah sangka baik, cari 70 alasan untuk tidak bersangka buruk. kalau tak boleh jugak, sangka baik sahaja tanpa perlu apa-apa alasan. jangan sangka buruk.

tapi bila disebut jugak ulamak tasawuf, dan ada orang lain sebutkan benda yang sama di website lain, aku mempercayainya dan itu adalah kesalahan dalam periwayatan ilmu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[color="#0000FF"]:salam"

Islam itu indah.

Islam SAHAJA yang bela martabat wanita.
[/color]
:wub: :wub: :wub: :wub:

[img]http://3.bp.blogspot.com/_O8-6i9IrsAY/TTt7XwIcPPI/AAAAAAAABF8/XHQk1Yko80A/s1600/Aurat+Wanita+Muslim.JPG[/img]

[color="#FF0000"]Baca kat sini secara detail.[/color]

[url="http://yaneyms.blogspot.com/2011/01/aurat-wanita-islam.html"]AURAT WANITA ISLAM[/url]

[color="#0000FF"]
PS: Jalan2 kat K.L masih lagi ramai yang 'tak reti' tutup aurat dengan sempurna; masih JELAS bentuk tubuh etc.[/color] Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
Penerangan yang mantap oleh Panglima Khalid mengenai perbahasan Fiqh tentang aurat seorang perempuab.

Saya tertarik untuk melontarkan persoalan dan pandangan, mengapa muslimah begitu berani bahkan tiada rasa segan silu untuk mendedahkan auratnya? Saya sangat pelik... Adakah mereka terlalu jahil dan tidak mengerti ajaran Islam yang sebenar ataupun tiada penerangan Islam ke atas mereka? Mungkin juga ada galakan dari pelbagai aspek agar sentiasa mendedahkan aurat ni

Sebenarnya, yang inilah yang patut kita bincangkan dan selesaikan. Masalah yang masih belum selesai sehingga kini...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='Jedi' timestamp='1305154861' post='1068327']
[color=#0000FF]:salam"[/color]

Islam itu indah.

Islam SAHAJA yang bela martabat wanita.

[img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/wub.gif[/img] [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/wub.gif[/img] [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/wub.gif[/img] [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/wub.gif[/img]

[img]http://3.bp.blogspot.com/_O8-6i9IrsAY/TTt7XwIcPPI/AAAAAAAABF8/XHQk1Yko80A/s1600/Aurat+Wanita+Muslim.JPG[/img]

[color=#FF0000]Baca kat sini secara detail.[/color]

[url="http://yaneyms.blogspot.com/2011/01/aurat-wanita-islam.html"]AURAT WANITA ISLAM[/url]


PS: Jalan2 kat K.L masih lagi ramai yang 'tak reti' tutup aurat dengan sempurna; masih JELAS bentuk tubuh etc.
[/quote]
peh terbaik ini baru pakaian wanita islam hehe

[quote name='khairuddin_25' timestamp='1316909305' post='1072573']
Penerangan yang mantap oleh Panglima Khalid mengenai perbahasan Fiqh tentang aurat seorang perempuab.

Saya tertarik untuk melontarkan persoalan dan pandangan, mengapa muslimah begitu berani bahkan tiada rasa segan silu untuk mendedahkan auratnya? Saya sangat pelik... Adakah mereka terlalu jahil dan tidak mengerti ajaran Islam yang sebenar ataupun tiada penerangan Islam ke atas mereka? Mungkin juga ada galakan dari pelbagai aspek agar sentiasa mendedahkan aurat ni

Sebenarnya, yang inilah yang patut kita bincangkan dan selesaikan. Masalah yang masih belum selesai sehingga kini...
[/quote]
ramai remaja skrg menjadi idola mereka sebagai icon contoh style tudung...terikut2 dgn artis, tudung yuna la, tudung wardina, tudung siti la....media massa dan hiburan memainkan peranan...untuk membentuk masyarakat....memandangkan manusia pada zaman ini lebih byk suka mengikut2 org

Share this post


Link to post
Share on other sites
setuju dgn ahli rajin..masyarakat kita terlalu didedah dengan hiburan dan maksiat..terlalu banyak..sampaikan mudah terpengaruh terutama fesyen cara berpakaian dan pergaulan..media perlu main peranan untuk promote orang Islam agar tutup aurat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...