• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada [email protected] 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________
Sign in to follow this  
Followers 0

Peraturan Dan Cara Berforum

1 post in this topic

Posted (edited) · Report post

Bagi melancarkan perjalanan forum C/C++ ini, diharapkan anda memberi kerjasama dengan mematuhi semua peraturan2 dibawah.

1. Sila gunakan search button terlebih dahulu untuk mencari topik-topik lepas yang telah membincangkan persoalan yang anda ingin kemukakan. Forum ini telah wujud agak lama, mungkin soalan tersebut telah dibincangkan.

2. Jika hendak membincangkan masalah anda, terlebih dahulu anda mesti menunjukkan hasil kerja dan usaha yang telah dibuat. Hasil kerja tersebut bergantung kepada anda. Contohnya, snippets code yang mempunyai ralat dan sebagainya. Ahli-ahli forum ini tidak berminat untuk menyuapkan segala info kepada anda jika anda sendiri tidak mahu berusaha.

3. Kepada para pelajar, anda boleh bertanya mengenai masalah berlaku ketika menyiapkan assignment, tetapi soalan yang 100% berbentuk soalan assignment/kerja sekolah tidak dibenarkan untuk dipos di ruangan ini dan akan dibuang tanpa amaran. Oleh itu, anda hendaklah memastikan soalan tersebut spesifik kepada masalah yang dihadapi, bukan copy-paste dari soalan yang diberikan oleh pensyarah.

4. Selepas perbincangan berjaya, anda sebagai pembuka topik digalakkan utk menutup sendiri topik tersebut untuk menyatakan topik tersebut telah berjaya memberikan penyelesaian kepada masalah anda.

5. Ahli-ahli forum sangat digalakkan untuk membuka topik yg berkaitan dengan tip-tip atau artikel yang ditulis oleh anda sendiri untuk berkongsi ilmu pengetahuan.

6. Sila paste kod sumber anda ke dalam 'kotak kod' seperti contoh di bawah.

code.PNG

Edited by zeph

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now
Sign in to follow this  
Followers 0