Jump to content
TJ-Ariff

Senarai Ajaran Sesat Yang Telah Diwartakan

Recommended Posts

Ape masalah ni? Dapat banyak dosa bertaki dengan aku? Mengalah dengan aku? Bila aku kata aku nak menang? Ok, macam tu kau fikir, takpelah. Aku ingat, ko boleh kongsi - kongsi benda ko tahu, sebab aku tahu jawapan untuk satu benda, bukan maksud aku tahu semua. Tapi, taknak kongsi takpe.

Edited by P Untuk Pendeta

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa hal ko orang nie.!!!

Kalau ko orang nak berbincang dan membanding bandingkan ugama ugama lain, sini BUKAN TEMPAT NYA !

Cuba la Jadi Dewasa, faham akan tajuk. Nie kalau ko orang ambil peperiksaan Bahasa Malaysia, dah tentu Gagal...

Lari dari tajuk !

Ingat, tajuk ini adalah untuk memberi ingatan dan panduan kepada Umat Islam agar Tidak tersesat.. bukan nya untuk orang yang berugama lain !

Sudah,

Hentikan perbalahan dan perbincangan anda, sebelum tindakan tegas dikenakan !!

Wassalam..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ingat, tajuk ini adalah untuk memberi ingatan dan panduan kepada Umat Islam agar Tidak tersesat.. bukan nya untuk orang yang berugama lain !

Sudah,

Hentikan perbalahan dan perbincangan anda, sebelum tindakan tegas dikenakan !!

Wassalam..

sory mod..

sila tunjuk ajar ...

niat asal bkn untuk berbalah, just beri pendapat, tp disalah aggap oleh pihak lain..

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa laa korang nie

dah tajuk mengatakan senarai ajaran sesat bukan ugama sesat

tak paham buka kamus maa

kepada orang yg mengatakan saper kita untuk menentukan sesat atau tidak sesat ajaran 2

lebih lagi kepada yg membezakan mazhab (blajar dulu betol2 bang sebelum wat statement)

kita ada byk sumber rujukan seperti al-quran, hadis, qias, ijtimak

kenalaa meliputi semua nie baru leh kuar statement

mana tak jelas dalam al-quran boleh rujuk dalam hadis atau di kiaskan

pada mazhab aku tidak mengatakan mana2 salah

cuma kat cnie aku ingin menyatakan pendapat

saperlaa kita untuk mengubah kalimah syadah dengan membuang kalimmah muhammad dan mengantikan ali

saper laa kita untuk mempersoalkan kelaykkan nabi muhammad sebagai rasul dengan menyatakan ali lg layak (bukankah yang MAHA BERKUASA YG MENENTUKAN)

untuk mengklasifikasikan sesebuah 2 adalah ajaran sesat bukan mudah

klau kita amik konsep "saper laa kita unutk menentukkan yang mana sesat atau tak" mmg akan lagi bersepah orang yang berani memperlekehkan islam iaitu dengan mengolah islam 2 sendiri

tidak terasa marah ke sebagai umat islam ada ssetengah ajaran mengatakan dialaa nabi dan rasul sedangkan dah jelas lagi nyata hnya nabi muhammad s.a.w adalah yang terakhir.

kepada arif mod, sabar jer laa,

Share this post


Link to post
Share on other sites

daripada topik untuk nak tau pasal ajaran

sesat dah jadi topik untuk menyesatkan orang....

apa nie bro....

sesetengah tu yang x pandai nak tunjuk pandai

tu lah yang sebenar-benarnya SESAT.......

Share this post


Link to post
Share on other sites

daripada topik untuk nak tau pasal ajaran

sesat dah jadi topik untuk menyesatkan orang....

apa nie bro....

sesetengah tu yang x pandai nak tunjuk pandai

tu lah yang sebenar-benarnya SESAT.......

ko tujukan pada sapa...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak wat cam ahcai gak ar,ah mod a...wa lasa u patut block ini folum dali kasi olang2 learning ka average ka new ka dali mauk ini macam punya folum...sebab aaa..diolang tapandai lagi cala mau belfolum...u kasi ati panas olang2 senior ini lalam putelala...lia olang latang,kasi kecoh2 then chow, susah maaaaaaaa....bolehka? :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

tolong jangan "bersembang" dalam topik ni. ni bukan IRC, ataupun yahoo messenger.

kumpulan-kumpulan yang mengajak berdemonstrasi jalanan boleh masuk kategori ajaran sesat tak? :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

ekekekekek tol tuh, wartakan jeks puak-puak "tuh" yg dok wat demonstrasi jalanan, dok sokong stail camtuh sbagai kumpulan ajaran sesat. abeh citer :lol:

kenapa dalam islam,tidak beragama seseorang selagi tidak sempurna akalnya.Adakah agama menjadi ikutan,keturunan atau sebagainya.Tanpa mengetahui sungguh-sungguh islam itu sendiri.Agama yang direstui disisi tuhan.Cara hidup yang sempurna,berdasarkan rukun iman dan islam.

Selagi manusia tidak menurut gaya hidup islam dan berpandukan rukun iman dan islam,selagi itulah manusia hilang pedoman.Sesungguhnya manusia sendiri yang perlu merubah nasib mereka walau bagaimana sekali pun.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape bende la korang nie.. demonstrasi jalanan kan sejak dlu lagi dah buat.. masa sebelum kemerdekaan.. kita dah wat demonstrasi menolak malayan union.. so, jgn sempitkan pemikiran korang..

tak silap aku.. founder ketupat linux pun disenaraikan ajaran sesat oleh JAIS kalo tak silap aku.. camne leh jadi camtu ek??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nasrul Haq masuk dalam ranking.....pernah kawan aku bercerita mengenai ilmu bela diri nasrul haq ni.....ilmu ni memang menngunakan tenaga batin...memang nampak hebat sangat sebab setiap serangan dipatahkan dengan hanya menggunakan renungan...aku pernah tengok video yang dirakam dalam youtube......Alhamdulillah,baru aku tau yang ilmu tu sesat....nasib baik dapat tau sewaktu dalam proses mencari....kalau dah belajo,kes naya plak.....jurus nasrul haq ni digunapakai oleh gologan sufi tapi telah disalah tafsir dan amalan...maka telah disahkan sesat oleh majlis fatwa....ilmu ni seolah2 badan kita ni ada lapisan ozon,tak bole disentuh......

Edited by TJ-Ariff
Tak perlu bagi link...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sorry mod, aku bukan nak bangkitkan perkara lama, cuma aku nak tegur sikit post-post jahil yang menununjukkan kejahilan sendiri tu.

Umum mengetahui, sini adalah perbincangan senarai ajaran yang telah diwartakan sesat di Malaysia oleh Majlis Ugama Islam Malaysia. "Yang telah diwartakan di Malaysia", "Majlis Ugama Islam Malaysia"...jadi perbincangan ini adalah khas untuk "golongan Islam" sahaja. (Lain-lain agama jangan masuk sini) dan tertumpu kepada yang diwartakan sahaja. Patutnya, kalau nak bincang pun, bincang pasal apa diorang sesat, atau panduan mengenal pasti ajaran sesat...jangan ambil cerita lain.

Ini nasihat aku kepada yang berkenaan....

Jangan mencari pasal!!! Aqidah, syariat , akhlaq tak sampai ke mana nak berdebat tentang Islam. Lagi-lagi dengan mereka yang bukan Islam. Kamu hanya mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.Pergi cari ulamak muhaqqiqin, menjadi murid, menerima dan belajar dari mereka. Adakah caci maki, atau pertanyaan pelik-pelik mereka menyatakan mereka benar? Atau perbandingan kekuatan/kuasa pada zaman sekarang ini, (yang mana kita masih di bawah jajahan mereka

) mengatakan merekalah kebenaran yang nyata. Tidak bahkan tidak sama sekali...ALLAHU MA'ANA...Aku malas nak panjang-panjang, nanti jadi radikal pulak post ni. Lagipun sini bukanlah tempat yang sesuai untuk berbincang hal tersebut. Terimalah nasihat aku ini, bukanlah aku alim sangat tapi aku dah alami jalan yang korang pakai tu. Malah aku jumpa berdepan-depan. Lagipun tiada faedah atau kebajikan pun, korang berdebat tu, pasal masing-masing enggan menerima pendapat yang dikemukakan. Korang ceritalah sampai di sebalik sana langit pun, mereka akan menterbalikkan sampai disebalik sana bumi. Faham tak? Cerita-cerita atau pertanyaan-pertanyaan mereka akan menjadi satu virus yang menghantui kehidupan korang. Sedarlah, korang jahil, ilmu agama korang terlalu sedikit, malah tak ada langsung tok guru dalam kehidupan korang untuk dijadikan rujukan dan bimbingan, kalau aku tanya pasal fardu syahadah pun , pasti ramai yang tak dapat jawab sedangkan syahadah adalah langkah pertama atau tapak yang menjadi asas keIslaman korang, jadi korang memang tidak layak langsung untuk berbicara hal tersebut....

"Katakanlah, Apabila datang kebenaran maka hancurlah kebathilan, kerana kebatilan itu adalah sesuatu yang pasti akan hancur"

Wallahu A'lam

Share this post


Link to post
Share on other sites

yg dwartakan mgkn mnurut pandangan syariat shj tnpa mhalusi/mdalami ssuatu ilmu tsebut.. mungkin.

stiap ssuatu bpasangan, ada zahir ada batin, ada syariat ada hakikatnya... walaubgmnpun sblm mdalami ssuatu ilmu tu, mintalah kpd Allah diberi petunjuk yg benar. kita bukanlah 'alim ttg quran & hadis, kdg2 sstgh pguruan dan kbykannyalah smua kata ilmu/ajaran depa yg paling tinggi, benar dsb. kita yg jahil pn dok ikut aje kata tok2 guru ni.

Asas pun mesti ada, nanti dok kata diri Allah, itu Allah.. main blasah je susah gak nanti.

Kalau akademiik ada tingkatannya - tadika, rendah, mnengah, 'U' & strusnya. maka dlm Islam jua ada peringkat2nya... kalau bab solat cthnya, RUKUN smua tau hatta budak tadika blh hafal 13 rukunnya serta syarat sah dsb. Xkan dah tua nanti still lagi nak d level tue. Mesti ada peringkat2 yg lebih mendalam tanpa memisahkan yg asasnya. Khusyuknya, matinya diri ktika solat, b'ubahnya akhlak d luar solat...

Bgaimana dikatakan solat spt solatnya Rasulullah, adakah solat kita ini bsanad trus ke Rasulullah? Atau ikut tok nenek kita. Solat ikut2an? Tgk mak ayah, tok kita solat kita pn solat. Mengapa kita tgk jemaah2 d masjid apabila mdirikan solat smuanya x sama pgrakan, qiam, kaki, rukuk, dsb? Dimanakah penghayatan kita thadap sabda Rasulullah yg lbh kuran 'Solatlah kamu sptmana aku solat'..

Blajarlah dan terus blajar agar tidak sesat. 'Org yg berilmu sdkt yg fahm, yg fahm tu sdkt b'amal, yg b'amal sdkt yg istiqamah, yg istiqamh sdkt yg smpai, yg smpai tue sdkt yg tselamat dr tipudaya'

Fikir2kanlah... Sekadar bkongsi. Mintalah kpd Allah petunjuk, bdoalah slalu spaya djauhkan ilmu yg x bmanfaat dunia akhirat & dkurniakan ilmu yg bmanfaat slamanya...

Share this post


Link to post
Share on other sites

AJARAN SESAT.

Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.

2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.

2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;

(B) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;

© mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;

(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;

(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;

(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);

(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

... yang aku tahu bnyk lagi la pasal benda pelik dan xmasuk akal golongan ni, bela anjing hitam dekat umah dn lain2 ( aku tahu sbb sorang pak cik aku jumpa sembang2 dia citer kat aku pengalaman dia semasa bsama dgn kawan yg golongan sesat ni, masa tu aku belajar kat skolah teknik alor setar, aku selalu shor cut klo keluar bandar dr hostel aku lalu kg geng depa alor malai ni aku heran sbb aku tgk umah diorg ada kubur dekat2 umah, aku bertanya ngan sorang pak cik ni ler...).

aku nak tanya...

rasa2 skrg ni kat kampung seronok ni ada yg sesat lagi tak?

Aku ada sorang kwn dok sini. aku penah tanya dia.

Dia kata mana ada sesat, dan memang tak pernah sesat pun.

Aku pun taknak la tanya lebih2, takut dia terasa plak.

Aku tengok dia biasa je. Sembyg & puasa mcm biasa.

Cuma yg musykil skit sbb aku tengok kampung depa ni mcm tak bgaul dgn org la.

Buat Kenduri pun ramai kaum kerabat depa je. Kahwin pun sesama dalam kampung.

Aku tak pasti depa pulaukan orang lain, atau org pulaukan depa.

Ada sesiapa yg tau tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mungkin anda tidak membaca dari awal, sebenar nya ciri ciri ajaran sesat itu telah pun diberi diawal topik ini.

Untuk tidak menghampakan anda saya paste kan sekali lagi.

Difinasi Ajaran Sesat itu adalah satu penilaian amalan yang diamalkan oleh Orang Islam yang menyalahi ciri ciri yang disebutkan seperti dibawah:-

Dalam ajaran / Aqidah Theosophy, Tasauf, Occultism (Ilmu Ghaib), Syiah Ismailiah dan Batiniah.

Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-

1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.

2) Guru membuat pengakuan memegang kkunci pintu syurga.

3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.

4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.

5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.

6) Pengikut tarekat mereka sahaj dijamin masuk syurga.

7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.

8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.

9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.

10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.

11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.

12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah.

13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.

14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.

15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.

16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.

17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.

19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan allah melalui Nur Muhammad

yang ada dalam dirinya.

20) Boleh memanggil roh orang mati dlam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.

21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.

22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.

23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.

24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.

25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh

memberikan kesan baik atau buruk.

26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.

27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.

28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.

29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.

30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.

31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum

32) Menghalalkan nikah adik beradik

33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.

34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.

35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.

36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.

37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.

38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di

-- - dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.

39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.

40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.

41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.

42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.

43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk

- -- kepada guru.

44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.

45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.

46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan

-- - menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.

47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.

48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.

49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.

50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.

51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.

52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.

53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru

--- tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.

54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.

55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.

56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.

57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.

58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.

59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.

60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.

____________________________________________________________

Bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan mana mana perkara di atas segeralah bertaubat "NASUHA"

Rujuan:Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam

------------------------------------

Wassalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dahulunya aku belajar di sekolah agama menengah kerajaan di Negeri Sembilan. Walaupun belajar subjek agama Islam lebih dari sekolah menengah yang biasa, solat yang wajib aku tak pernah cukup 5 kali dalam sehari. Paling teruk, aku jarang-jarang solat Subuh dan Isyak. Mengantuk pada Subuh dan penat pada malam selepas prep.

Warden asrama puaslah menasihati kami-kami yang biasa mengamalkan keadaan ini. Keadaan berlarutan dari tingkatan 1 Ugama hingga 4 Ugama Sains.

Bagi aku tak rasa bersalah langsung dan sikit pun tak rasa takut akan siksaNYA. Sebab aku rasa aku orang berilmu dan pandai berceramah tentang hukum-hakam. Paling aku benci pada masa itu ialah seorang Ustaz yang rajin mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW pada pemakaian Jubah, simpan Janggut dan memakai Serban. Bagi aku kolot dan tak ikut zaman. Dan kebetulan Ustaz itu ada ikut satu jemaah yang diwartakan sesat oleh JAKIM. Lagilah bertambah-tambah kebencian aku pada Ustaz itu.

Wallahualam, ketika aku di penghujung tingkatan 4 Ugama Sains, tetiba kawan aku yang paling banyak buat benda-benda tak senonoh seperti hisap rokok, gam, dan macam-macam lagi yang dia buat berubah menjadi seorang yang gemarkan solat sunat padahal yang wajib dulu pun tak pernah lengkap, berselawat, berzikir selepas solat. Dan aku bertambah terkejut dia mulai memakai jubah dan serban. Aku mushkyil dan bertanya pada dia macamana dia boleh berubah. Tahu-tahu jawapan yang di berikan begitu mengejutkan aku. Dia kata pergi mengaji Agama dengan Ustaz yang paling aku benci tu. Ustaz itu banyak membantu dia berubah dengan caranya yang penuh berhikmah.

Aku macam tak percaya dan aku mengambil keputusan nak jumpa Ustaz tu pada hari Sabtu, sebab masa itulah yang boleh aku keluar dari asrama. Masa nak jumpa tu, punyalah hati ni tak tenteram. Yalah, nak jumpa orang yang dikatakan sesat oleh JAKIM.

Aku tanya pada Ustaz tu, kenapa JAKIM kata jemaah Ustaz sesat? Dia jawab Wallahualam. Aku bingung dengan jawapan dia. Kemudian dia kata pada aku,"Awak mengaji agamakan? Mengapa awak tak solat hajat dan mohonlah pada ALLAH SWT tunjukkan samada saya ini bertentangan atau tidak dengan ajaran Rasulullah SAW."

Masya ALLAH, terkejut bila aku dengar jawapan dia. TUHAN pun aku tak pernah nak fikir. Apatah lagi nak buat solat hajat.

Masalahnya di sini, aku mudah percaya dengan Fatwa-Fatwa yang banyak mengelirukan masyarakat. Tentang acara-acara konsert, persandingan yang membazir, amalan adat Minangkabau, bertadarus tapi tak solat wajib, berzanji di kalangan wanita yang terbuka dikalangan orang ramai yang dibuat oleh orang-orang Islam Melayu tidak pula dikatan ajaran sesat. Sebabnya dalam JAKIM pun ada orang macam itu. Dan sekarang ini aku bekerja di agensi Islam dalam Jabatan Perdana Menteri, berasa terkilan sebabnya masih ramai yang tak solat fardu 5 waktu. Siap ada lagi pasukan koir dan nasyid yang bercampur lelaki dan wanita. Aku pelik, begitu mudah Jakim mengatakan jemah itu sesat tanpa membuat penyelidikan yang menyeluruh.

Mengenai Ustaz yang aku benci sebelum ini, Jakim melulu membuat dakwaan sesat sebab banyak perkara-perkara dalam kesufian yang tiada difahami oleh Ulama-Ulama Jakim. Dan Alhamdulillah, Mufti Negeri Sembilan adalah salah seorang pendukung kesufian yang diwarisi oleh moyangnya, Syeikh Said Linggi. Sudahlah hanya mendengar cerita-cerita orang kampung yang tidak senang dengan sesuatu jemaah yang membawa ajaran kesufian, lantas tanpa menyiasat terus mengecop orang itu sesat. Dan ini, perkara biasa di Jakim, tentang berleluasanya jualan ayam yang tidak halal, main ekor, berzina dikalangan koporat, penipuan dalam hadis untuk membuat Islam Hadhari, penyalahgunaan wang zakat, semuanya macam tak berlaku apa-apa dan tiada tindakan oleh JAKIM.

Punyalah lama aku kerja di sini, dan pada bulan puasa bukan main nak buat tadarus dan ceramah tapi yang wajibnya tak ambil pusing langsung seperti solat Fardu. Sikit sahaja yang nak solat. Kebanyakannya golongan Muslimat sahaja. Ada yang pakai kurung ketat-ketat datang ke pejabat. Aku tanya pada diri aku, dia ini kerja syarikat Cina Majusi ke atau Islam? Padahal nama organisasi aku kerja sekarang ini ada nama Islam kat tengah-tengah . Di bawah JPM lagi, aku ulangi.

Apa dia ajaran sesat? Tak pernah seorang Ustaz Jakim atau Majlis Ugama nak tunjukkan pada masyarakat bahawa merekalah yang membawa ajaran BENAR dalam Islam. Kadang-kadang aku malu kalau masyarakat tanya tempat aku kerja, mereka akan cakap..."Wah, Ustaz kerja kat kat situ. Tapi banyak pula Ustaz-Ustaz Koporat ya Ustaz. Peliklah saya Ustaz. Kenapa mereka tak pakai kopiah ke atau songkok? " Apa aku nak jawab? Diam sahajalah. Banyak juga duit habis untuk membuat satu-satu ceramah, RM 2000.00 habis dalam satu hari. Kalau duit sendiri tidak mengapalah, kekadang tu duit zakat dan duit amanah. Dalam sebulan ada 4 kali program ceramah. 4 x 2000? Dan Insya Allah, semoga kerajaan Islam Hadhari @ Qadiani akan BERTUKAR @ BERHJRAH kepada yang lebih baik.

Wallahualam. Anda pun tak pasti orang itu sesat atau tidak. Mengapa nak kata orang itu sesat?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tengok dia biasa je. Sembyg & puasa mcm biasa.

Cuma yg musykil skit sbb aku tengok kampung depa ni mcm tak bgaul dgn org la.

Buat Kenduri pun ramai kaum kerabat depa je. Kahwin pun sesama dalam kampung.

Aku tak pasti depa pulaukan orang lain, atau org pulaukan depa.

Ada sesiapa yg tau tak?

Edited by Sang_pengembara

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengenai Ustaz yang aku benci sebelum ini, Jakim melulu membuat dakwaan sesat sebab banyak perkara-perkara dalam kesufian yang tiada difahami oleh Ulama-Ulama Jakim. Dan Alhamdulillah, Mufti Negeri Sembilan adalah salah seorang pendukung kesufian yang diwarisi oleh moyangnya, Syeikh Said Linggi. Sudahlah hanya mendengar cerita-cerita orang kampung yang tidak senang dengan sesuatu jemaah yang membawa ajaran kesufian, lantas tanpa menyiasat terus mengecop orang itu sesat.

Pengembara,

Aku setuju yg kita kena berbaik sangka.

Aku setuju yg dlm masyarakat kita sendiri pun ada amalan yg 'salah'.

Tapi aku musykil la kisah ustaz tu. Setahu aku definisi sesat dari JAKIM tu memang dah clear

(macam definisi yg TJ Arif bagi tu). Boleh explain kenapa JAKIM kata ustaz tu sesat? Mesti ada sebab kan. :huh: Bleh explain sekali pasal ajaran kesufian tak? Sory la, aku tak pandai sangat bab2 agama ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...