Jump to content
zsuperxtreme

Kelab Bina Game

Recommended Posts

nanti aku d'load.....

zon mati.... sabar ekk.... SPm lagi sikit nak abis... pastu aku mulakan kerja menulis skrip ngan jalan citer....

p/s : no jiwang in this game... pure death n killing... grr

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak join gak.. biggrin.gif

tp aku tak reti programing..aku lebih buat grafik jer..character design, 3d model, texturing, storybod

sum of my werk..

user posted image

3D gem low poly

user posted image

4 tahun lepas model utk cs karekter jinggo dlm gempak

user posted image

texturing

user posted image

user posted image

2D n character design

..harap dpt membantu wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

cayalah kacang.... ko nye grafik n visual skill memang diperlukan tak gitu? hehehhe.....

Ape kata jangan gune Inspektor... sebab polis paling koman main revolver ngan mp5 je... huhuhuhuhu!1... kita buat comando ke... hehe...

mule kat Sungai Beshi.... Akhir kat mane-2... misi mangkok nie... berambos dari Kuala Lumpur...

p/s : perlu skrang ialah planing beberapa landmark yang best... cam Suria KLCC ke... Sentral ke... kita hancurkan landmark tue untuk dijadikan staging... sape leh dapatkan blueprint KLCC ngan Sentral... nak buat storyline kene ade Latar... takde latar... tak jalan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahahha menyibuk lak peenut ni kat sini

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahahha menyibuk lak peenut ni kat sini

ahehehe.. peenutt yang maki hamun sundarajan tu ka? uhuhuu.. bagus-bagus.. nanti ada boleh buat sound lagi..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wow.. peenut... lukisan kau memang extra powerful... cantek... biggrin.gif... Dari sudut pandangan aku mengenai modelling cara lukisan kau memang sesuai untuk buat game... hyperclass... Aku rasa jumlah vertex pun kurang. Dan yang penting lagi lukisan kau memang kreatif.... aku kategorikan kau nie memang graphic expert... biggrin.gif

PeeNut aku ada task untuk kau, boleh tak tolong design "manusia yang secara fizikalnya telah diubah menggunakan bio teknologi" contoh: the house of the dead... every single work yang kau buat will be counted. email me at [email protected] kalau nak lagi sirius dalam buat game... biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Okeh... aku dengan kelam kabutnya siapkan babak pertama cerita nie... korang kene lar pepandai translate jadikan game... aku kerja tulis cerpen je...huhuhu!!!

Zon Mati : Lari

Ditulis oleh : A.R Yaacob (WhiteShark)

Disediakan untuk : Krew Projek Zon Mati versi Permainan PC

Babak Satu : Krisis

Tahun 2012, krew penyelidikan perubatan Malaysia berjaya menemui sejenis bahan perubatan yang dikatakan dapat menyembuhkan kanser otak. Bahan medikasi yang dibuat dari campuran bahan-bahan ubatan moden dikatakan dapat melemahkan dan melumpuhkan pembiakan tumor di dalam otak seseorang, sekaligus membunuh tumor dan menyembuhkan individu tersebut dari kanser otak.

Oleh kerana terlalu taksub dengan kejayaan yang baru diperolehi, medikasi baru yang dipanggil Anti-BC telah diluluskan tanpa pengawalan rapi, ubat-ubatan ini dijual kepada mereka yang terseksa dengan kanser otak pada harga yang tinggi. Ubatan ini juga dieksport secara besar-besaran menjadikan Malaysia terkenal dalam bidang perubatan dan bioteknologi dalam modifikasi gen.

Syarikat yang mengedar ubatan tersebut, MyBrain corp. mengaut keuntungan yang luar biasa, sebanyak 1 juta unit medikasi ini dijual dalam masa sebulan di Kuala Lumpur sahaja. Dua bulan selepas medikasi pertama dilancarkan, kesan sampingan ubatan itu mula kelihatan, kebanyakan pengguna berjaya sembuh dari penyakit kanser mereka tetapi kulit pesakit mula mereput, mereka semua seperti mati perlahan-lahan dan mula hilang kawalan, mereka menjadi mutan tidak-mati (zombie) dan merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur.

Pengimport telah membatalkan import dan pembeli produk di luar kawasan merah berjaya dikuarantinkan, Cuma Kuala Lumpur sahaja yang tidak berjaya dikuarantin kerana sesiapa yang tersentuh dengan mutan ini walaupun mangsa belum bertukar menjadi mutan sepenuhnya akan dijangkiti, Kuala Lumpur dikurung menjadi kawasan merah. Pengurus syarikat MyBrain corp. hilang tanpa dapat dikesan, dikhuatiri telah menjadi sebahagian daripada mereka yang tidak-mati. Dalam masa sebulan selepas penyakit tidak-mati mula menyerang, sepuluh pasukan elit dari seluruh dunia telah dihantar ke kawasan merah, dan tiada siapa yang kembali.

Kawasan kuning dan oren berjaya dikuarantin selepas lima pasukan elit dihantar, tetapi pasukan yang dihantar ke kesemua 5 kawasan merah tidak kembali. Aku, salah seorang askar elit Malaysia menyertai pasukan terakhir yang akan dihantar ke sana, destinasi pertama ialah Suria KLCC. Misi kami ialah menghapuskan semua mutan tidak-mati di sekitar Suria KLCC. Tiga orang menyertai pasukan ini, kod Swanback, elit dari United Kingdom, kod Bazooka, elit RPG dari Amerika Syarikat dan aku kod Redheart atau nama sebenarku Halim, seorang elit senjata rifle dan senjata berat.

Kami diturunkan dari udara dengan helikopter dan semasa kami menuruni helikopter, kami diserang hendap. Helikopter kami terhempas ditembak dan aku pengsan…

Sedar aku berada di dalam kolam di KLCC Park, dengan kesemua krew lain hilang dari pandangan, keadaan yang teruk kelihatan di mata aku, KLCC seperti hancur dikerjakan oleh makhluk mutan ini, tetapi aku keliru, apakah yang menembak kami?

Aku keluar dari kolam mendapati diri aku dikelilingi oleh mutan ini, dengan hanya glock 18 di tangan, aku mempertahankan diri aku. Beberapa das tembakan aku lepaskan ke dada makhluk itu tetapi makhluk itu masih mendekati… adakah aku akan mati di sini? Aku melepaskan satu das lagi tembakan tepat di kepala dan makhluk itu tumbang, aku tembak kesemua makhluk itu dikepala dan semuanya seperti mati selepas mengenai tembakan di kepala, aku berjalan terus ke arah Suria KLCC dengan radio yang rosak, senjata api yang hilang dan 15 butir peluru 9mm glock 18 yang aku bawa bersama. Semakin aku melangkah, semakin banyak makhluk yang keluar dan semakin kurang peluru yang aku bawa.

Aku berlari kearah Suria KLCC dan menjumpai rifle M4A1 di lantai berhampiran pintu masuk ke Suria KLCC, aku ambil rifle itu dan berjalan ke hadapan sambil menembak kesemua tidak-mati itu di kepala, seperti fungsi mereka dimatikan selepas otak berhenti memberi impuls, kemudian aku terjumpa mayat kod Swanback, aku mengambil kesemua peluru miliknya dan beredar, tidak putus-putus aku diserang oleh makhluk ini, semasa di dalam Suria, radio aku dihubungi, siaran yang aku terima kurang jelas tetapi yang aku pasti ialah serangan udara akan dijalan ke atas kesemua lima zon merah dalam masa 24 jam. Kini aku terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur.

Aku dikelilingi oleh makhluk tidak-mati, aku rasa kesemuanya adalah mangsa kepada konspirasi MyBrain corp. yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi disebalik semua ini, tetapi sesuatu masih lagi berlegaran di fikiran aku. Siapakah yang melakukan serangan ke atas helikopter skuad aku sebentar tadi. Aku berlegaran di sekitar Suria sambil mencari petanda serangan yang dilakukan ke atas skuad elit sebentar tadi. Sambil melarikan diri ke arah stesen Putra LRT, aku menjumpai selaras pelancar RPG yang ditinggalkan, aku khuatir yang RPG itu digunakan untuk menembak Helikopter yang aku naiki sebentar tadi, kini aku membuat kesimpulan yang ada seorang lagi manusia yang dengan sengaja menembak jatuh helikopter itu.

Aku teruskan langkah ke stesen LRT sambil diserang oleh makhluk itu yang tidak putus-putus, setibanya di stesen LRT, aku menjumpai seorang tidak-mati dalam pakaian seragam elit cuba menyerang aku, dia memakai helmet jadi aku tidak boleh menembak kepalanya, aku berhempas pulas untuk menanggalkan helmet tersebut sambil diserang hamper dua dozen tidak-mati yang berada di stesen tersebut. Aku bunuh kesemua dua dozen makhluk itu dan kini aku berdepan dengan elit aku sendiri.

Aku bergelut dengan makhluk itu cuba menanggalkan helmetnya, aku menembak ke arah helmetnya bertubi-tubi sehingga helmet itu kerosakan dan aku berjaya menembak ke kepalanya. Aku pergi ke arah elit itu dan memeriksa namanya, makhluk itu kod D-day, pasukan elit kedua yang dihantar ke KLCC, aku ambil alat komunikasi miliknya dan kesemua peluru hidup yang disimpan bersamanya. Aku turun kebawah dan menaiki LRT, aku terduduk semasa di dalam LRT keletihan dan kepenatan. Kini aku terfikir yang aku bukan sahaja melawan mangsa MyBrain corp. tetapi rakan-rakan elit aku yang kini menjadi tidak-mati. Hampir 20 orang elit tidak kembali selepas dihantar ke zon merah. Kini aku bersendiri dikelilingi oleh sesuatu yang pada masa dahulu adalah manusia seperti aku, kini mereka menjadi makhluk yang ganas bertindak menghancurkan segalanya, kini… Cuma aku dan diri aku berada di…Zon Mati…

Tamat Babak Satu.

KLCC Park -> Suria KLCC -> Stesen PUTRA LRT KLCC

Glock 18 ( 25 rounds)

M4A1 (250 Rounds)

RPG Launcher (0 Rounds)

Tamat babak pertama

aku siapkan cerita nie kelam kabut... kira nie stage pertama lar... bagi pendapat dulu... tanpa pendapat aku takleh buat cerita yang terbaik (cam karya 1st aku menang peringkat daerah... sebab ramai orang bagi pendapat... cekgu aku bace menangis tue...hehehe) soo benda nie akalu nak buat kaw-2 perlukan bantuan korang... soo kita still design zombie... en. kacang... ada cadangan...?

Share this post


Link to post
Share on other sites

sori2 aku nk gelak kejap berdasarkan ayat berikut:

mereka semua seperti mati perlahan-lahan dan mula hilang kawalan, mereka menjadi mutan tidak-mati (zombie) dan merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur.

aku rasa mmg dah wujud dah "zombie2" ni kat area kl laugh.gif

okeh2 masa utk serius...

1. kalau bole tukar-jgn pakai ubat kanser otak tu psl xramai org yg ada kanser otak n kalau ramai pon xberapa logik psl pasaran ubat tu meluas seluruh dunia tapi KL jugak yg jadik pilihan mayat rayau tu(tempat lain kat dunia ni xkena ke?)

ckp laa konon2nya ade 1 gempa bumi yg heran dan pelek berlaku kat kl pastu certain area kat kl berlobang2 n kuar gas kentut berasid yg mampu menukar manusia menjadi hantu kom-kom ..........(ini jalan cerita ape2 jelah...jln citer ko pon ok gak).... pastu bila main char dh mengembara sana sini baru dia dpt tau yg company mybrain tu dah buat slack- diorg xlupuskan bahan toksik yg terhasil mase diorg buat ubat pil chi kit teck aun diorg tu tp diorg letak bahan toksik tu dekat saluran pembentungan bwh tanah sekitar KL(kira masa gempa bumi tu kebanyakan bahan toksik tu terdedah n mengewap ke udara)

btw, aku mcm berminat tp programming aku lebey pd buat sistem(buat masa ni) so aku rase aku cuma bole bg idea ngan sketch sikit2(ada masa nnt aku upload keje aku)

p/s: game ni FPS eh? kalu FPS confirm aku xbley main...pening kepale laugh.giflaugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

we begin from scratch... from there we go on and on...

aku cuma siapkan tulang belakang game nie... koranglah yang akan menyerikan game nie... (budget aku buat storyline dan gabungan imiginasi semua kita jadikan storyline tue lebih menarik)

lagi best kalau aku buat MyBrain tue buang sisa kat Sungai Kelang... kluar mutan ikan makan orang... hehehe.... smile.gif

BTW armster... nice modification on the storyline...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ada satu idea.

asyik-asyik zombie ni datang dari ubat yang kita cipta tapi tak test sepenuhnya. macam kita ni tak belajar dari kesilapan yang lepas. apa kata kalau kita buat virus ni datang dari angkasa lepas?

macam storyline aku

satu hujan meteor berlaku dekat pekan. masa tu keluarga diraja ade dekat pekan. Unit kecemasan dari kuantan dihantar ke pekan untuk membantu mangsa yang tercedera. mujur keluarga diraja tidak tercedera. tanpa disedari batu meteor itu membawa sejenis virus yang belum pernah ditemui orang manusia .

hampir keseluruh penduduk pekan dijangkiti virus ni. virus ni menyebabkan badan kita membengkak(supaya jahat kelihatan tak same). selain itu ia juga mematikan fungsi kita untuk berfikir. mujur keluarga diraja tidak dijangkiti kerana berada di dalam istana.pasukan elit dihantar untuk membawa keluar keluarga diraja.

ni baru aku fikir. kalau boleh diterima korang kembangkan lagi

Share this post


Link to post
Share on other sites

Menarik cerita WhiteShark oleh itu kredit ditambah [1+] kepada WhiteShark.. sebenarnya aku pun dah tak dapat pikir bagaimana nak hasilkan jalan cerita yang baik, rasenya jalan cerita yang diberi oleh WhiteShark memang best dan kalau dibaiki berdasarkan pandangan armster dan bjoe iaitu gempa bumi atau meteor akan menjadi lebih menarik.

Armster ngan Bjoe secara automatik menjadi member.

Selepas pembikinan storyline ini maka proses modelling babak satu bermula. cuma lokasi macam KLCC memerlukan modelling yang terlalu detail akibat rekabentuk arkiteknya. apa pendapat korang?

Bagi sesiapa yang mendapat kredit [5+] akan ditukar status kepada senior.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku cube cari blueprint KLCC... kalau dapat aku hantar sinie... buat ground floor je... lain-2 escalator ko buatlah hancur so kita tak dapat naik tingkat atas... tertumpu kepada melarikan diri...

sedia... babak kedua akan datang... hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites

okeh... nie aku dpaat planning KLCC Park... tapi kecil sikit... usha betul-2 kay?

user posted image

nie ade view dari tangga menara

user posted image

nie planning KLCC park... jelas sket

user posted image

Share this post


Link to post
Share on other sites

Uh Ok ... tapi kemungkinan model persekitaran yang akan dihasilkan takkan sama dengan keadaan yang sebenar... Terrain pun mungkin mendatar tak macam taman tu. Mungkin aku akan buat character tu ikut jalan belakang jerk.. baru adventure... pastu masuk ke lorong LRT... lorong tu pun nak kena adjust supaya nampak Thrill... aku rase character tu kena start dekat sebelah masjid dan meluru ke Isetan dan masuk entrance belakang... amacam?

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahh sori2...aku tgh byk kejer plak this week tgh buat comic..nanti free aku lukis kan eh..sorii my fren

Share this post


Link to post
Share on other sites

ermmm... aku dah siap sketch zombie makcik cleaner tp lom bole upload psl aku xde scanner-nak pakai web cam aku gambar xterang psl malam daaa...

Share this post


Link to post
Share on other sites

STATUS ATURCARA

Aku telah dapatkan fungsi "PENGCAHAYAAN" dengan kadar AMBIENT 0.01(ARGB) dan SPOTLIGHT pada kadar 0.5 (ARGB) maka kawasan kelihatan gelap dan menyeramkan dan cerah dalam jarak dekat. Ini membuatkan 'player' tak perasaan sebelah dia ada zombi.. haha. Selain itu aku dapatkan TEXTURE seminima mungkin dan melakukan proses UVW mapping. Oleh itu kredit aku jadi [3+]. biggrin.gif . Model Persekitaran nie direka sebelum WhiteShark bagi storyline.. so ia bukan klcc tapi Pangkalan Rahsia Tentera. ArmSter, kasi a gambar zombi tu boleh la buat texture untuk model nanti. wink.gif

user posted image

Edited by zsuperxtreme

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mana ada aku guna engine apa apa Hoyoyo. Aku kod manually pakai Visual Basic. tupun aku guna Directx 8.0 Direct3d.. tak upgrade ke Directx 9.0 lagi.

whiteshark, jangan kata makcik cleaner, tukang bancuh kopi pun nanti armster tukar jadi zombi.. kekeke

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pun buat game guna vb...sblum tu guna a6...lama dah tak sntuh...skrang dlm buat short demo...karang aku post..kalau ngkorang nak model benda simple2 tu blehla aku tolong sket2...tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

zsuperxtreme:

(kalau ko x keberatan) send aah kat aku code vb ko.. bole jugak aku study + tolong mane yg aku mampu

zeph:

sori weih aku xbls msg ko... xde kredit ahh.. nk tepon pakai tepon umah takut aku xmmpu baya bil-biase ahh no "luar negri" laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

zeph, sebenarnya aku tak biasa nak guna directx dalam c.. kalau guna printf tu reti la.. keke. Apakata kau start guna vb kan senang. vb bukannya susah sangat. tak mcm c. kalau kau nak bagi sesuatu dalam fungsi c pun boleh gak..

Hoyoyo, wah ok la tu boleh la kau program sama dengan aku, kasi la demo tu cepat cepat yer. Kalau boleh kau tolong la model zombi dalam game nie... dan kalau ada texture lagi baik.

Armster, kod keratan boleh la bagi... pastu discuss kat sini.. yang lain tu sama dengan kod yang disediakan oleh MSDN microsoft. cuba refer pada MSDN directx 9.0 SDK.

Edited by zsuperxtreme

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...