Jump to content
cikgureza

Tindakan Sesetngah Majikan Yg Peras Tenaga Dak Praktikal

Recommended Posts

Tindakan sesetngah Majikan yg peras tenaga student praktikal:

Rata-rata yg aku peratikan dlm forum (Putera.com), akan terdapat student2 yg 'berusaha' untuk bertanya kepada forumers yg lain, jln penyelesaian bagi sistem software yg perlu mereka develop untuk memenuhi tuntutan praktikal mereka semasa On Job Training. (ada segelintir, mintak terus mana2 forumers yg kesian kat diorang untuk buat sampai siap!)

Kebanyakan software yg perlu di buat, di request sendiri oleh pihak majikan tempat mereka membuat latihan industri.

Dengan cara ini (meminta bebudak praktikal ni yg develop software tu), maka company yg diorang buat practical tadi telah melakukan penjimatan yg (amat) besar dari segi Total Cost of ownership, licensesing, malah tidak keterlaluan aku katakan proses after completed services terhadap software2 yg di bina oleh bebudak praktikal tersebut. (ini hnaya berlaku kalau software tu sempat siap sebelum diorang habis praktikal kat situ, kalau tak siap, citer lain)

jadi, sedikit sebanyak, student2 tadi telah mengeluarkan masa, dan juga tenaga, malah sesetengahnya wang (untuk mengupah orang lain menyiapkan system tersebut- ini kes tak reti dan malas nak berusaha bagi siap).

Bagi pihak company pula, mereka hanya menanti supaya software itu siap.Dan kalau betul2 siap, diorang memang akan jimat duit tak ingat.

Aku, yg berada di pihak majikan, merasakan perkara ini amat tidak patut, iaitu satu keadaan di mana, student2 ni membuat kerja (software) yg menguntungkan syarikat tersebut, tetapi tidak di beri ganjaran yg setimpal.Kalau ada pun , mcm belanja mee goren ke,air teh ke dsbgnya. Padahl sesetengah system software yg diorang develop dan siap tu,kalau nak di beli, bukan kata teh, dekat nak sama harga ngan kilang teh pun ada.

bagi aku, ini adalah satu bentuk penindasan terhadap student2 ni. Dan di kira sebagai mengambil kesempatan.

Apa yg aku buleh cadangakan untuk mengekang keadaan ini dari terus berlaku adalah, student2 yg di minta untuk membina system software yg rumit (buat website syarikat tak kira ye! dan lain2 keje ringan pun tak kira) bolehlah mengemukakan quotation kepada majikan tersebut, iaitu sebutharga untuk pembanggunan perisian tersebut. Jumlah ini buleh mengikut kadar standard harga market.

Dan kalau majikan tidak mahu membayarnya, tetapi ingin juga meminta korang menyiapkan software tu atas alasan nak bagi korang training supaya mahir bende2 ni, maka , apa yg korang buleh buat, adalah dgn men develop sebuah software berbentuk trial ,iaitu,ianya hanya akan berjalan/running selama tempoh kotrang praktikal je, lepas tu dia lock. Dan kalau majikan tu still nak pakai software tu lepas korang abis praktikal, maka diorang perlulah membayar harga yg di minta di quotation tersebut.

Dengan cara ini, takdelah kes2 majikan amik kesempatan dari student2 ni. Dan pihak IPT pula ,perlulah memantau keadaan ini,sebab, hasil kerja student ni di gunakan secara take it for granted, padahal, amat beharga kepada company tu, untuk memudahkan urusan mereka seharian..

kalau sespa pernah mengalami kejadian seperti topik ini,maybe boleh share kat sini, apa yg telah terjadi..

Share this post

Link to post
Share on other sites

mmg standard la budak praktikal kene perah buat keje, aku dulu kene jugak, elaun skit je tapi keje x berkaitan pun kene jugak, dah mcm buruh kasar pun ade jugak,aduuhh...

tapi tgk la keje yg diorang perah tu mcmmane, kalo mende tu elok,bole tambah ilmu,nak buat ko keje lebih cepat, tak der hal ler, susah2 dahulu....

sbb satgi kalo ko keje betul2,at least ko dah dah ade experience... bila dah keje lagi mcm hampes... nak2 kalo keje yg ade due date...

sabo jer laaa yer... :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

software berbentu trial tu aku rasa menarik. ataupun wujudkan timebomb dalamtu. katakan la ko "diugut" secara halus oleh majikan dengan ayat macamni: "kamu kena jugak develop software ni sampai siap atau pihak kami tidak akan mentauliahkan sijil praktikal kamu" atau dalam ayat lain dia takmo sahkan praktikal ko dalam buku praktikal ko tu.

jadi apa yang ko boleh buat, wujudkan timebomb dalam tu, jangan mention kat software tu "this is trial version" blabla, nanti kantoi la pulak. buat biar majikan nampak tu macam full version dan boleh guna sampai kiamat. katakan ko praktikal selama 6 bulan, set sahaja software tu boleh digunakan sampai 2-3 hari selepas pemergian ko dari syarikat tu, dan lepastu, tebabo! bukannya apa, ni untuk mengelakkan perisian tu dari digunakan sesuka hati padahal ko tak dibayar royalti pun. jadi sesuai la dengan konsep "perisian itu hanya digunakan ketika pemiliknya ada di premis itu sahaja"

memang bagus dan bernas!.baru ada akai sikit company tu!

Tapi memang brengsek le kalau ada majikan yg sanggup ugut camtu kat student ni,semata2 nak dapatkan sistem yg free. Apa punya hati perut le.

:huh:

Share this post

Link to post
Share on other sites

hermm...mcm terkena kat aku jer..tapi bukan aku la...terkena dekat member aku..sian dia ..dia tgh praktikal ..pastu org kt tempat praktikal tu suruh dia buat sistem..member aku ni x tau buat..so dia upah aku buat...aku buat la....pastu member aku ni submit kat dia punya supervisior (tul ker supervisior or tutuor...ahhh blasah la)..supervisior ni kata software yg aku bangunkan ni x lengkap..pastu member aku ni mintak aku modified..aku x da masaalh nak modified..tapi yg aku tak tahan ni..aku tanya member aku ni..diaorang nak pakai ker sistem yg aku bangunkan ni..member aku ni kata kemungkinan besar diaorang nak pakai..pastu aku tanya ..tempat praktikal ko tu ada bayar x nak pakai software tu..dia kata diaorang x nak bayar...apo la kedekut tull..perah tenaga budak praktikal..tempat yg member aku praktikal ni bukan calang2..tapi sep tull..hampes...x leh pakai

pasal konsep trial software tu best gak la...tapi aku x tau plak nak buat trial software utk sebsite...erm maybe aku kena buat shell script kot utk drop database dalam masa sebulan..huhuhu padan ngan muka diaorang...huhuhu

Share this post

Link to post
Share on other sites

pasal konsep trial software tu best gak la...tapi aku x tau plak nak buat trial software utk sebsite...erm maybe aku kena buat shell script kot utk drop database dalam masa sebulan..huhuhu padan ngan muka diaorang...huhuhu

untuk web apps, tak teruk sgt, buat je untuk certain Username dan Password (yg company tu guna) ada validation period.maknanya,lepas je ari kedua korang abis practical kat tempat tu,maka, apps tu takleh jalan dah..

Nak lagi menarik,kau Live kan webserver tu untuk public kan ke internet,kendian,kau edit2 le suma file2 tu,ataupun kau delete le password dia.Sebab dgn cara ni, kalau betull apps yg kau buat tu memang sgt di perlukan oleh company tu, dan tiap2 kali dia bukak ada problem, percayalah, diorang mesti tipon korang balik,walaupun masa tu korang dah tak practical kat situ. Masa tu, korang pelan2 kayuh le mintak maintenance fee tiap2 kali diorang panggil buat repair..hehehe, time ni baru diorang ada akai..

Aku sebenarnya bukan apa, aku kesian gak kat student2 yg bertanya soalan untuk menyiapkan sistem apps dan bertanya cara nak buat kat forum ni. Bunyi mcm terdesak sgt, padahal, bende2 tu sepatutnya menyeronokkan. Kiranya satu expose pada pengalamana skill korang jugak. CUma, bila majikan buat tindakan peras ugut mcm encik Azuan ckp tu,hmmm..memang melampau sgt..

Share this post

Link to post
Share on other sites

majikan ni mmg tak leh kasi muka sgt. dulu aku praktikal pun gitu la juga, tapi kan kita ni budak mentah dlm selok belok IT ni. dlm kepala duk pk nak belajar dari kosong la apa la, pastu bila da 5 thn berlalu aku rasa cam bangang jer . pastu bagi starting gaji rm400 , klaka tak? eeeee aku ni mmg lurus giler ... hahaha

sebab tu lah digalakkan untuk student2 yg kena buat apps yg camni, buat mcm yg disarankan.Silap2 buleh jadi long term income tau..

bermakna, by the time korang abis je practical kat situ, korang dapat dua perkara :

(1) ilmu yg penuh di dada- sebab bila korang siapkan je apps tu, maka banyak le bende yg korang akan tau..

(2) Penat lelah korang mendapatkan/membina/memaintain source code untuk sistem apps tu akan terkawal copyright nya serta tidak akan merugikan korang apabila di pakai tanpa royalti.

Share this post

Link to post
Share on other sites

software berbentu trial tu aku rasa menarik. ataupun wujudkan timebomb dalamtu. katakan la ko "diugut" secara halus oleh majikan dengan ayat macamni: "kamu kena jugak develop software ni sampai siap atau pihak kami tidak akan mentauliahkan sijil praktikal kamu" atau dalam ayat lain dia takmo sahkan praktikal ko dalam buku praktikal ko tu.

jadi apa yang ko boleh buat, wujudkan timebomb dalam tu, jangan mention kat software tu "this is trial version" blabla, nanti kantoi la pulak. buat biar majikan nampak tu macam full version dan boleh guna sampai kiamat. katakan ko praktikal selama 6 bulan, set sahaja software tu boleh digunakan sampai 2-3 hari selepas pemergian ko dari syarikat tu, dan lepastu, tebabo! bukannya apa, ni untuk mengelakkan perisian tu dari digunakan sesuka hati padahal ko tak dibayar royalti pun. jadi sesuai la dengan konsep "perisian itu hanya digunakan ketika pemiliknya ada di premis itu sahaja"

Susah gak Azuan kalu 2-3 hari jek, selalunya kalau dah habeh pun praktikal, company still leh call institusi pengajian, katekan yang dak2 praktikal ni wat itu .. wat ini .. wat software sebgai latihan, tapi letak mender ni .. mender tu .. pahtu lecturer/pegawai kat institusi yang bertanggungjawab cuma tawu satu je, "awak salah ke x salah ke, awak patut ikut cakap majikan tempat awak kerja". Paling teruk boleh kena ulang lek latihan atau dapat markah kurang .. isk isk ..

P/s: Ni berdasarkan mase kat politeknik, tengah sem atau hujung sem lepas masuk balik belajar baru dapat result ... so, x dapek le nak wat pape .. tapi sesape rase nak wat gitu, pastikan korang set tarikh timebomb tu lepas korang dapat result .. hehehe :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sebab tu kalau nak praktikal pun biarlah cari company MNC or high in market reputation. Ikut pemerhatian kasar aku company kategori ini kebanyakannya tak menindas para apprentice diorang.

P/s:Tp kan kalaulah company besar cam Microsoft/Accenture/CSC yg paksa aku buat software tanpa berbayar haha aku tak kisah sesangat pun.... lagi rasa semangat dan honored ada la, precious experience tu (at least for student/entry developers):P

Tapi kalau fikir balik maybe itulah tujuan para company hire internship trainee - buat untuk kami software/solution dan kami provide training dan luluskan praktikal anda. Haha... taktau pulak kalau ada company yg paksa student intern siapkan apps tanpa training dan secara paksa rela kalau nak lulus lol.

IMHO tak perlu risau sangat... software nak buat boleh siap satu hari... tapi nak maintain boleh pegi sampai lifetime. Kalau company tu core business dia bukan dalam bidang IT dan takde staff programmer yg berkaliber... alamat habislah kalau letak time bomb or bila tiba masa untuk maintenance.

p/s: ada member aku setelah habis madu disedut sepah terus dibuang walau belumpun sempat tamat tempoh intern. Ya manusia camni memang ada... dari company bukan IT menggunakan khidmat student computer utk buat apa yg dia perlukan, company bumiputera to be precise!

Edited by electroboy

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sebab tulah majikan2 cam ni perlu sedar, IT pun adalah merupakan investment jugak, bukan somethig yang boleh diambil ringan je.Dan sebab kan di ambil ringan le, diorang tak kisah pasal system tu punya segala ciri2 critical yg perlu ada..

yang student ni pulak, pilih tempat practical tanpa membuat backgorund check company tu. Maksud aku adaka tempat yg dia nak training tu akan sesaui untuk enviromen keje dia lepas abis belajar nanti. kira cam amik mudah je semua tu. Padhal bukan tak tau, OJT adalah bayang2 tepat kerja nanti.

Ada gak student yg jenis pilih elaun tinggi untuk kriteria tempat practical diorang, dan pastinya end result untuk keputusan yg hanya ber based kan atas perasaan nak 'syok je ' akan membawa padah di masa depan.

Jadi, point nya adalah, student, sebelum masuk tempat training tu, make sure yg korang buat backgorund check dulu pasal company tu, iaitu, kalau koang training kat sana, berapa banyak knowledge dan skill kah yg korang boleh dapat dan bolh guna in the future nanti. Masa yg singkat tu bukanlah masa untuk menduga berapa banyak income korang boleh dapat hasil dari training kat tempat tu.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Biasalaa tu.. Aku pun kena buat mcm2 mcm tu time praktikal. Mmg banyak giler belajar time praktikal.tapi bukan depa yang salurkan ilmu tu, tapi budak2 U yang bantu mereka time LI.Semua kerja yang berkaitan dengan kerja diorg dan relate dgn bidang aku depa suruh buat.Oklaa tu mmg standard suasana kerja yang sebenar.Lepas dah nak habis LI, Bos belanja makan, bos taknak aku blah, tapi aku terpaksa blah.lepas tu abis jer belajar,bontot tak panas lagi sblm grade, bos tempat LI aku panggil suruh datang kerja.Ha skrg nie aku berada di sana :D . Aku sokong giler kalau budak2 LI di suruh buat mcm tu..Kalau aku jadi bos pun, aku buat dak LI mcm tu gak.. Nak tgk dapat buat kerja ker tak.Elaun aku bagi..tapi kalau tak bagi pun, kira ok ada tempat LI yang sudi amik koorang untuk belajar explore sendiri.. kalau tak.mmg malas punyalaa

Share this post

Link to post
Share on other sites

hmmm, timebomb tuh satu idea yang menarik tuh. watper nak kasik derang guna percuma lama lama? pulak tuh kekadang derang wat macam harta sendrik, contoh macam database pekerja ker apa ker, atau software accounting ker. bubuh jeks timelimit biar derang ader akal sket :D

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku, yg berada di pihak majikan, merasakan perkara ini amat tidak patut, iaitu satu keadaan di mana, student2 ni membuat kerja (software) yg menguntungkan syarikat tersebut, tetapi tidak di beri ganjaran yg setimpal.Kalau ada pun , mcm belanja mee goren ke,air teh ke dsbgnya. Padahl sesetengah system software yg diorang develop dan siap tu,kalau nak di beli, bukan kata teh, dekat nak sama harga ngan kilang teh pun ada.

bagi aku, ini adalah satu bentuk penindasan terhadap student2 ni. Dan di kira sebagai mengambil kesempatan.

Softwer yang dibuat oleh budak praktikal.... boleh pakei ke? Siap ke? Berfungsi ke? Ada nilai ke? Macamana rupa kilang teh yang nak sama harga ngan sofwer yang diaorang buat ni? Ni yang aku kompius ni...

Ni pengalaman aku la, kat sebuah syarikat IT di KB. Kita orang pun amek juga budak-budak praktikal ni, sampai sekarang pun kita orang ambek tapi kita orang tak harap untuk dapat manafaat apa2 dpd diaorang ni, kalau mengharap pun sia-sia je. Aku anggap ni sebagai keja amal saja. Aku penah cube bawak masuk budak-budak ni dalam team developement, tapi payah, bila kita ajar sume angguk, bila tanya balik senyap. Bila bagi keje suma tekedu, kena ajar A, pastu B, pastu C.... sampai Z. Dalam dunia pembangunan perisian ni kebanyakan bende haya dibuat sekali je pas tu simpan dlm library dan pikir benda lain plak, sebab tu bila kena tunjuk dpd A sampai Z bagi aku ini koje sia-sia. Lainlah kalau buat rumah, katakan kita buat satu jendela sebagai contoh, kita potong, paku sume sampai siap tak pe lah sebab masih ada lagi berpuluh jendela lain yang nak kena buat. Tapi kalau sofwer nak tunjuk dari A smp Z, bila siap tak de apa lagi yang nak suruh diaorang buat, kalau ade pun benda lain plak dan nak kena tunjuk dari A sampai Z pulak. Kalu macam tu baik aku buat sorang2 lagi cepat.

Pastu aku cube bagi mende lain yang tak ada kaitan ngan software, buat kandugan multimedia. Hasilnya... langsung tak profesional, tak ada kualiti (ikut standard syarikat), kalau jual pun buat jatuh nama syarikat, akhirnya aku buang je. Pastu aku cube pula suruh buat hompej, hemppppph.......

Aku bukan nak ungkit sangat bende ni, duit elaun yang aku bayar bulan-bulan tu pun aku niat sedekah je, tapi bila korang bukak topik macam ni hentam majikan konon dapat manafaat yang melimpah ruah dari budak praktikal, mintak maap la aku terpaksa cakap. Sorry la yek!

Edited by CFoo++

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku bukan nak ungkit sangat bende ni, duit elaun yang aku bayar bulan-bulan tu pun aku niat sedekah je, tapi bila korang bukak topik macam ni hentam majikan konon dapat manafaat yang melimpah ruah dari budak praktikal, mintak maap la aku terpaksa cakap. Sorry la yek!

maybe kau belum lagi dapat panglaman bebudak lepasan IPT yang terus2 ada tahap dewata raya dlm programming ni. Takpe, pengalaman majikan masing2 memang unik.

BTW, kalau betul bende yg student tu buat tak bleh pakai, apsal yg kau nak angin sau badan ngan topik ni?

aku tgh citer pasal student yg penah practical kat company-company mcm E**(bukan company sebenar) dan lain2, dan diminta pada asalanya untuk buat satu sistem yg membantu internal punya oprerasi. Tapi sampai skang sistem tu masih diguna kat sana di Negeri X (bukan bandar sebenar).Siste tu dia buat masa dia practical tahun 1999 dulu, sampai skng guna lagi..

Kau tak tahu, ada gak suden2 ni yg buat webbasd punya Asset Managemet System yg dah jln atas Red Hat 8(masa tu). Branch company yg guna tu pulak ada 5 kat Me'sia ni. Diorang ni vendor untuk maintenance M&E kat sebuah syarikat Telekomunikasi GLC. Buda tu pun dah abis practcal kat situ dekat nak 4 tahun dah..

Dan banyak kes lagi..

So,jgn le ingat bende yg kau tak alami tu tak jadi..

Kalau rasa tak buat mcm yg topik ni sedag diskaskan, silalah jgn gabra semacam. Ni aku tgk, mcm ada bua salah je.

BTW, duit elaun tu kalau dah niat sedekah takyah le nak cerita kat orang nanti takdapat pahala ikhlas nanti..

Edited by cikgureza

Share this post

Link to post
Share on other sites

Software yang dibuat oleh budak praktikal.... boleh pakei ke? Siap ke? Berfungsi ke? Ada nilai ke? Macamana rupa kilang teh yang nak sama harga ngan sofwer yang diaorang buat ni? Ni yang aku kompius ni...

Sungguh malang syarikat kamu amik budak LI yang tak bleh buat kerja. Saya tau mmg diorg tak boleh buat kerja walaupun dlm resume cakap macam2 tahu ini, tahu itu, itu semata-mata nak mengaburi mata majikan. Tapi takpe saya sedar mmg diorg perlu dilatih slow sbb saya ada org yang incharge bahagian dak LI. Elaun bagi bagi menampung hidup sepanjang LI. Drp LI, saya lihat mana yang sesuai. Kalau yang sesuai tahu buat kerja selama 3 bulan dlm tempoh percubaan itu, saya serap sebagai staf. Biar dia belajar macam2. Tapi hasil product yang dhasilkan budak LI taklaa berkualiti sbb gap pengetahuan industi dengan pelajar mmg jauh beza.. Walaupun tak tahu buat kerja, IDEA mereka sampai skrg brguna bagi syarikat.IDea mereka tak semestinya ditolak, kena amik juga..

Edited by matrik02

Sokong kenyataan ni!!!...sy pun tgh praktikal ni. lagi tak dapat elaun :wacko: . kena bangunkan 2 sistem lagi.Alhamdulillah..siap kedua2nye dengan mnggunakan php ( wlupun bru bljar mase praktikal ni). Terima kasih kepada yg memberi tunjuk ajar.Tujuan LI adalah untuk membolehkan pelajar merasai suasana bekerja...mempraktikkan segala ilmu yg telah di ajar ketika bljr dlu.

Share this post

Link to post
Share on other sites

LI bukannya wajib pun bagi elaun, sekadar nak menampung hidup mereka sepanjang LI, so kalau tak bagi pun jgnlaa bising2, dah kat dlm surat tu tidak menyatakan syarikat wajib bagi elaun LI, atau wajib amik pelajar ini buat LI.Tu terpulang bagi syarikat nak bagi elaun atau tidak. So biasalaa mereka dibebankan dengan kerja, dah nama pun kerja..syarikat suruh buat ape2 tu terpulang pada syarikat sbb dia sendiri yang pilih syarikat.Syarikat amik kerja pun untuk memberi peluang kepada mereka suasa kerja yang sebenar dlm syarikat.Dan pelajar itu sendiri patut sedar yang dia berada dlm suasana bekerja,bukannya suasana time belajar, dan dia sendiri pun tahu, yang dia LI ini untuk lulusan graduate., so kena patuhlaa dgn arahan syarikat.Mybe pembuka topic asal ini mengalami masalah tekanan jiwa semasa kerja time dia LI. kalau saya tahu mmg saya tunjukkan kamu jalan keluar.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Softwer yang dibuat oleh budak praktikal.... boleh pakei ke? Siap ke? Berfungsi ke? Ada nilai ke? Macamana rupa kilang teh yang nak sama harga ngan sofwer yang diaorang buat ni? Ni yang aku kompius ni...

kenape tak ade lak? ape ingat budak2 praktikal ni tak reti buat keje ke? sedangkan membe aku dari u lain pun siap ajar programmer kat syarikat aku tu. last2, software yang membe aku buat tu diguna pakai sampai skang. siap pegawai aku puji. dapat rm300 lak tu. free2 je dapat. dah kalau majikan sendiri pandang rendah, nak buat camane. kalau nak buat amal, kene ikhlas. tapi dah cakap panjang lebar tu, komen itu ini, macam tak ikhlas jek.

mak oi.. baru 1 page. letih gile nak bace. pape pun, aku just nak kongsi pengalaman.

aku seorang pelajar yang mengambil bidang ntah ape2 kat poli mengarut di kuantan. Sijil Pemprosesan Data. Semuanya basic. ekonomi, programming sikit2, networking asas sikit, web sikit2, itu sikit2, ini sikit. ape yang tau, semuanya sikit2. rata2 student mengeluh. sebab ape, alasannye poli ajar takat tu je. poli ajar sikit jek. memang la sikit. macam kat topic yang lagi 1, kene la belajar sendiri kan.

aku dah melalut dah ni. straight to the point. Syarikat Perbadanan Air Melaka. skang ni dah tukar, Syarikat Air Melaka. dah brape taun aku tak pasti. tapi lebih dari 10 taun. bayangkan, 10 taun diorg beroperasi, tapi tak pernah ade 1 TECHNICIAN!!!

harapkan pegawai dan student2 praktikal je buat keje. perghh...sedihnye. kalo korang tengok ape skill yang aku ade, hancus. haram. memang dah pening kepale. dah la aku ditempatkan kat bahagian IT. mase tu lak takde technician lagi. lame kelamaan, bile aku tinggal sorang je(budak2 lain dah abis praktikal), baru diorg hire 1 tehcnician. aduhh...mase aku tinggal sorang, terpinga2. turun naik bangunan. nasib baik ade lif. tapi 13 tingkat. aku kat tingkat 13. letih gak la turun naik lif.

format pc ni memang skill basic yang wajib ade. dan benda ni senang sangat2. aku pulak mase tu memang bengap. format pun lembap. plan2 aku format. yang paling best, ade 1 hari tu, aku kene format 3 pc. dah la aku takde meja sendiri. macamane nak format sampai 3 skaligus. paling koman kene ade 4jam utk 3 pc. lagi best, mase tu kul 4. agak2nya kul bape aku balik? kul 8. tu mase kul 4. dari pagi sampai ke malam, total lebih 10 pc. tambah2 lagi, ade yang meragam. hdd dah hancus. ram tebakar. mobo tunggu masa nak dibuang je. macam2 lagi la problem hardware.

mase tu rase nak sambung esok je. so aku pegi la cakap kat staff yang aku formatkan pc dia tu. aku cakap tengahari esok boleh tak? dia nak pagi2 buta esok gak. cakap ade keje penting la, bos suruh buat la, ape la. pastu bila bos diorg lalu, mula la menggedik2 tanya konon2 macam urgent sangat. padahal bos die rilek je. dengar cite, bos die anti student lelaki. die pun pandang semacam jek kat aku mase tu. nak taknak, buat je la.

aku cite sbb takde elaun. kalo ade elaun walaupun RM100, atleast ok la nak cover minyak moto aku pegi balik keje. bos kat bahagian IT 2 orang je ok. big boss je kerek sikit. memang la aku ni student sijil je. tapi hina sangat ke student sijil ni sampai di anak tirikan macam tu skali.

pape pun, aku bsyukur gak sbb dapat tau sikit2 tentang camane diorg bekeje, dan sempat gak korek2 ape tips2 pegawai2 kat bahagian IT tu. cume aku kurang berpuas hati dengan layanan sesetengah orang yang berpangkat kat dalam sesebuah company yang melayan student macam dalam cite aku ni.

aku pun ade silap, sbb aku tak report perkara ni dekat pegawai latihan industri poli kuantan tu. aku taknak report, sbb aku memang nak belajar ape yang aku tak tau. lagi2 bab2 pc ni.

bagi student2 yang bakal melalui latihan industri/praktikal ni, kalau ade kes2 sedemikian contoh macam majikan menindas atau kerja lebih masa, report kat pegawai latihan industri/lecturer ipta/ipts korang cepat2. tapi report tu kalau boleh, biar ade sokongan dan bukti yang kukuh.

Edited by imam

Share this post

Link to post
Share on other sites

LI bukannya wajib pun bagi elaun, sekadar nak menampung hidup mereka sepanjang LI, so kalau tak bagi pun jgnlaa bising2, dah kat dlm surat tu tidak menyatakan syarikat wajib bagi elaun LI, atau wajib amik pelajar ini buat LI.Tu terpulang bagi syarikat nak bagi elaun atau tidak. So biasalaa mereka dibebankan dengan kerja, dah nama pun kerja..syarikat suruh buat ape2 tu terpulang pada syarikat sbb dia sendiri yang pilih syarikat.Syarikat amik kerja pun untuk memberi peluang kepada mereka suasa kerja yang sebenar dlm syarikat.Dan pelajar itu sendiri patut sedar yang dia berada dlm suasana bekerja,bukannya suasana time belajar, dan dia sendiri pun tahu, yang dia LI ini untuk lulusan graduate., so kena patuhlaa dgn arahan syarikat.Mybe pembuka topic asal ini mengalami masalah tekanan jiwa semasa kerja time dia LI. kalau saya tahu mmg saya tunjukkan kamu jalan keluar.

kau tak baca kot dari mula lagi.. aku ni sbenarnya mewakili pihak industri a.k.a majikan. Maknanya company tu aku punya...

aku tulis ni berdasarkan testimoni beberapa kawan2 aku serta staff aku skang ni...

Ni bukan masalah nak bagi training atau tidak, tapi tanggungjawab sebanr pihak amjikan tu amik student tu. Apa niat dia? pasal elaun ada atau tidak itu terpulang pada pihak majikan. bagi aku, kebanyakan IPT skang ni dah memang ada bagi pinjaman pelajaran, so, duit budget untuk sepanjang LI tu korang buat apa?beli henpon ke? sampai nak jugak duit elaun tu? so yg tu citer lain.

Kepada matrik 02, kut kalau engkau yg tertekan jiwa lepas baca thread ni kut, aku tak tahu, cumanya, aku cuma mengimbangi keadaan ni.

Harap maklum..

arigatogazaimaisu

Cikgureza

Kyoto, Japan <--- tipu!!

Share this post

Link to post
Share on other sites

Dan kalau majikan tidak mahu membayarnya, tetapi ingin juga meminta korang menyiapkan software tu atas alasan nak bagi korang training supaya mahir bende2 ni, maka , apa yg korang buleh buat, adalah dgn men develop sebuah software berbentuk trial ,iaitu,ianya hanya akan berjalan/running selama tempoh kotrang praktikal je, lepas tu dia lock. Dan kalau majikan tu still nak pakai software tu lepas korang abis praktikal, maka diorang perlulah membayar harga yg di minta di quotation tersebut.

buat shareware la ni........x pun buat macam Avast antivirus .........kata free tapi tiap2 tahun ada keygen dia snirik ... :lol:

Share this post

Link to post
Share on other sites

pada majikan yang terasan pasai topik nih mungkin hentam ngkorang aku rasa better ngko baca balik topik, terutama kat perkataan "SESETENGAH" tuh. :)

aku ngaku bahawa ader sesetengah practical student yang:

1 perah sepenuh tenaga untuk kompeni, kompeni balas balik dengan baik

2 perah sepenuh tenaga, kompeni tak appreciate pun, pulak tuh tak dapat aper ganjaran yang setimpal, pulak tuh digunakan hasil kerja mamat tuh untuk kepentingan syarikat sampai syarikat tuh bungkus satu hari nanti

3 malas. datang hari hari untuk penuhkan syarat jeks untuk praktikal, majikan still kasik elaun cam dier banyak berjasa

4 malas. datang hari hari untuk penuhkan syarat jeks untuk praktikal, majikan balas balik dengan kasik markah rendah dalam buku latihan industrinyer, dengan takder/sikit elaun.

jadik aku rasa topik nih sesuai untuk point nombor 2.

Share this post

Link to post
Share on other sites

kepada student2 yg bakal LI dan mungkin rasa dia dlm situasi yg di bincangkan di sini, maka, aku sarankan korang buat cenggini:

( Kita andaikan situasi majikan korang sedang meminta korang membina sebuah aplikasi yg agak rumit- untuk tahu apa yg rumit, sila buat kajian serta homework, dan please, sattic website tak kira unik pun, melainkan diorang suruh setup server. )

1) Fahami permintaan aplikasi tersebut. Dan buat perbincangan sebenar2 nya dgn pihak majikan. Cuba selidik, sejauh makah aplikasi tersebut akan membantu operasi syarikat, even selepas korang abis practical pun, masih nak pakai aplikasi tersebut..

2) Bawak segala flow chat, DFD, analisi yg telah di buat tadi ke company software development yg korang tau. Tanya kepada company software tadi, berapakah anggaran kasar untuk develop serta untuk maintain after sales..(tanya beberpa acompany, dan amik harga yg paling rendah)

3) turunkan harga yg dapat tadi dlm 30%

4) Mula membina aplikasi tersebut dgn built -in time bomb, atau pun user level security (timer activated)

5) Buat dgn sesungguhnya supaya semua staf2 yg ada dlm company tersebut dependant habis kat aplication korang, kira mcm kalau takde apps tu, diorang memang kena cuti le 2 -3 hari..

6) tunggu LI korang habis, dan buat sunguh2 LI tersebut..

Dan kemudian bila LI korang habis serta segala report kjepada supervisor telah di beri, maka, andaikan yg timer korang tu dah pun di activate kan, syarikat yg terdesak tadi akan mula call korang untuk buat maintenance, so ,sakng ni, berikan quotation mengikut harga yg telah di kira di # 3 tadi..

Kalu diorang betul2 terdesak, maka diorang akan amik terus. Dan kalau diorang kata taknak amik sebab harga korang tu mahal, maka diorang akn bertanya kepada company2 yg develop software untuk quotation, dan diorang akan dapati harga yg korang bagi tu memang murah...

so, harap membantu..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...