Jump to content
Pok_Den

Penternakan Sarang Burung Walit

Recommended Posts

Salam semua...
Terima kasih Allah kerana bagi jawapan kepada kita melalui forum ni.Sekadar makluman saja kepada mereka yang terlupa password,untuk mengelakkan perkara ni berlaku kita bleh cuba gunakan palayar internet mozilla firefox sebab bila login ke satu laman sperti email dan tanya putera ni dia akan bagi kita pilihan sama ada nak save tau tak,kalau rasa selalu lupa savelah macam saya sampai sekarang tak ingat apa password harap masuk melalui password yang di save.tentang bersabar saya kurang setuju sebab konteks sabar ada tahap dan cara perlaksanaanya.sebagai orang islam sebelum kita berbuat sesuatu kita kenalah bertanya pada Tuhan adakah ia sesuai untuk ita atau tidak,bila Tuhan dah bagi jawapan baru kita usahakan dan tawakal,barulah akan timbul takwa kemudian baru kita istiqomah barulah kita akan dapat kejayaan.Doa pula ada protokolnya dan saya tak dapat terangkan kat cini secara detail sebab ia memerlukan praktikel tetapi kita boleh ambil contoh protokol doa dari surah al-fatiha sebab itu ia wajib dan adalah rukun dalam solat.yang dapat saya terangkan ialah spicific mesti direct to the point.bila kita minta dimurahkan rezki,itu satu konteks yang luas,dapat tidur ,buang air berjalan bernafas tergolong dalam rezki jadi bila kita nak kan sesuatu kena terus terang dengan Tuhan,kalau nak duit minta duit.kalau minta duit bagi tau berapa sebulan kita nak dan permintaan biar logik,memang Allah maha mengetahui dan Allah boleh bagi berapa saja yang DIA mahu tapi fikir2lah,nabi junjungan kita Muhammad S.A.W pun bekerja dan beramal sedengakan Beliau kekasih Allah.Tetapi kita bila meminta selalu mempertikaikan apa yang kita pohon dengan Tuhan seolah-olah Tuhan tak mampu,Contoh kita minta bantuan pok den buat RWB,bila pok den buat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita pula risau,pok den bleh berjaya ke ni?ok ker ni?walit buat sarang ke kalau pakai designe macam ni?agak2 apa pok den pikir?kalau hilang pertimbangan silap2 pok den bagi jer bau yang walit tak suka habis cerita.hehehe...sebagai contoh....memang Allah maha pengasih lagi maha penyayang.Tapi fikir2lah kalakuan Nabi Mihammad S.A.W yang saya katakan tadi.orang barat telah lama mengamalkan sunah dan hadis nabi kita pula tidak mengamalkan ikutan kita.Nbai bersabda tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china.Kenapa negeri china yang disebut?kenapa tak negara2 lain?tak yah pikir ikut saja sunah dan hadis sohih nabi sebab apa yang nabi buat adalah apa Allah bagi tau,apa yang Allah bagi tau kompom tak bagi susah kita.so tak payah nak kaji.Soal pertanyaan.saya berbincang dengan rakan2 yang terlibat dengan walit dikampung tentang masaalah sarang serinti tapi kenapa ada liur sekualiti walit di tepi2 sarang?setelah habis berbincang saya mengatakan kepada rakan2 agar kita tanyakan kembali kepada Allah,Terima kasih Allah kerana bagi saya jalan agar betanya kepada pok den atau sesiapa yang tahu di forume ni.Sarang serinti tetapi burung yang duduk kat sarang tu walit dan tepi kaki sarang adaliur yang mahal tu,pacik saya sendiri dah dapat hasil jualan tepi2 kaki sarang yang di kumpul.Setakat ni soalan yang saya hantar ke mana konsultan di malaysia n indonesia masing2 blum dapat jawapan bila saya hantar gambar sarang tersebut.Semoga Allah bagi kita jawapan.
salam...

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(pok_den2000 @ Nov 1 2008, 08:23 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ez tm, kekangan apabila berbicara melalui 'pphb' image perlu di upload dari suatu sumber lain dan bukannya boleh direct upload. Oleh itu berbicara soal layout / plan memang sukar skit, camner pon Pok Den akan usahakan selepas nie. (Bagi masa skit)

Sekiranya LMB jenis OR di buat di RBW atas tanah persendirian, sebesar mana pon nak dibuat memang tidak menjadi masalaah (hanya $$$ ada ker tak) Tetapi apabila LMB OR di buat di rumah kedai.. hmm, sebaiknya maksimumkan penggunaan toilet sebagai ruangan masuk burung, soal Rooving Area boleh biarkan di luar bangunan (dengan syarat tidak ada pokok atau binaan yang menghalang LMB)

kepada semua, apa definasi kita (dalam konteks RBW) terang dan gelap?? Mata manusia akan menfsirkan Terang dalam RBW adalah suatu keadaan samar-samar dan adakalanya wujud bayangan hitam. Manakala, Gelap memang tak nampak, langsung tidak ada cahaya yang dapat dipantulkan dari suatu objek untuk ditafsirkan oleh mata.

Oleh itu, jalan terbaik adalah menggunakan suatu alat yang dinamakan LUX Meter untuk menyukat tahap kekuatan biasan cahaya dalam RBW anda. Nilai terbaik adalah apabila meter menunjukkan kekuatan biasan cahaya dalam RBW adalah sebanyak 30lux @ 3 candle. Kepada yang takde meter, keadaanya seperti anda duduk dalam hutan dengan diterangi bulan (hijrah) pada hari ker 18.

Aler ez tm, Pok Den nie pon masih belajar.. banyak lagik yang tak tau.. "Ilmu Allah nie terlalu luas.. semakin Pok Den belajar lagi banyak yang Pok Den tak tau, sehingga diibaratkan walau habis semua pokok dijadikan pena dan air laut menjadi tinta, ianya hanya setitik dari Ilmu Allah. Sebab itu, Pok Den pon berusaha agar apa yang disampaikan dalam thread ni memberi manfaat kepada semua. Jadi soalan umum, Pok Den jawab secara umum ler.. nanti lagik yak paham wacko.gif

salam...
ada sesiapa yang tahu macam mana saya nak letak gambar n kita bleh click melalui forume ni jak?macam pok den buat macam mana nak letak ABPH punya artikel.mungkin pok den bleh bantu?
- setakat ni tentang harga apa yang saya tahu

• Sarang burung walit ini diperbuat daripada air liurnya dan harganya berdasarkan jenis
dan warna dengan hitam dijual dari RM1,500 sekilogram; putih RM3,0000 sekilogram;
kuning RM25,000 sekilogram dan merah RM45,000 sekilogram.
• Dianggarkan pada tahun 2005 terdapat 10,000 premis membela burung walit di seluruh
negara dengan nilai eksportnya RM500 juta.
• Sarang burung walit disahkan Kementerian Kesihatan sebagai bersih dan boleh
dimakan serta burung itu tidak membawa vektor penyakit.

ni di petik dari perkembangan ternakan walit di johor.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(pok_den2000 @ Nov 1 2008, 08:23 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ez tm, kekangan apabila berbicara melalui 'pphb' image perlu di upload dari suatu sumber lain dan bukannya boleh direct upload. Oleh itu berbicara soal layout / plan memang sukar skit, camner pon Pok Den akan usahakan selepas nie. (Bagi masa skit)

Sekiranya LMB jenis OR di buat di RBW atas tanah persendirian, sebesar mana pon nak dibuat memang tidak menjadi masalaah (hanya $$$ ada ker tak) Tetapi apabila LMB OR di buat di rumah kedai.. hmm, sebaiknya maksimumkan penggunaan toilet sebagai ruangan masuk burung, soal Rooving Area boleh biarkan di luar bangunan (dengan syarat tidak ada pokok atau binaan yang menghalang LMB)

kepada semua, apa definasi kita (dalam konteks RBW) terang dan gelap?? Mata manusia akan menfsirkan Terang dalam RBW adalah suatu keadaan samar-samar dan adakalanya wujud bayangan hitam. Manakala, Gelap memang tak nampak, langsung tidak ada cahaya yang dapat dipantulkan dari suatu objek untuk ditafsirkan oleh mata.

Oleh itu, jalan terbaik adalah menggunakan suatu alat yang dinamakan LUX Meter untuk menyukat tahap kekuatan biasan cahaya dalam RBW anda. Nilai terbaik adalah apabila meter menunjukkan kekuatan biasan cahaya dalam RBW adalah sebanyak 30lux @ 3 candle. Kepada yang takde meter, keadaanya seperti anda duduk dalam hutan dengan diterangi bulan (hijrah) pada hari ker 18.

Aler ez tm, Pok Den nie pon masih belajar.. banyak lagik yang tak tau.. "Ilmu Allah nie terlalu luas.. semakin Pok Den belajar lagi banyak yang Pok Den tak tau, sehingga diibaratkan walau habis semua pokok dijadikan pena dan air laut menjadi tinta, ianya hanya setitik dari Ilmu Allah. Sebab itu, Pok Den pon berusaha agar apa yang disampaikan dalam thread ni memberi manfaat kepada semua. Jadi soalan umum, Pok Den jawab secara umum ler.. nanti lagik yak paham wacko.gif

Pok den,
Boleh bagi sikit cadangan dgn alatan RBW ni, Lux Meter, ThermoHygrometer, Temperature meter, Multi Meter dan lain-2 lagi. Boleh bagi komen atau cadangan meter bari jenis manakah yg biasa atau terbaik di gunakan dlm RBW. Buat masa ni ada juga sound meter digunakan ada perlu dan berapakah level db utk suara dlm dan luar yg di perlukan. Saya bercadang membeli meter yg utk mengukur Suhu, kelembapan, Cahaya dan Suara jika perlu, harap Pok Den beri cadangan jenis dan model meter yg sesuai, mendapat bacaan yg lebih tepet serta harga yg berpatutan.

Pok Den, Satu lagi nak tanya tentang suara yg dikatakan suara campur atau remix dan bagaimanakah cara utk membuat editnya dari susunan suara dan perkara yg berkaitan atau perkara yg perlu ambil perhatian.

Serta akhir sekali harap Pok Den boleh beri sikit Tip-tip tentang suara dalam dan panggil, terutamanya suara paggil utk memdapat kesan yg terbaik dan disukai burung
Terima Kasih banyak-banyak... diatas segala komem dan tunjuk ajar yg tulus dan jujur, Terima kasih sekali lagi....................... Edited by ez tm

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(mohdrozmi @ Nov 1 2008, 12:48 PM) <{POST_SNAPBACK}>
salam...
ada sesiapa yang tahu macam mana saya nak letak gambar n kita bleh click melalui forume ni jak? macam pok den buat.....mungkin pok den bleh bantu?

.. macam mana nak letak ABPH punya artikel
Bukankah Pok Den dah bagi link Direct Download sebelum nih. Nie ada artikel lain lagik ker??

Nampaknya terpaksa lompat, Pok Den jawab yang nie dulu.

[u]Cara-cara masukkan gambar dalam forum 'pphb'[u/]

1. Savekan gambar dalam server hosting. Contohnya Photobucket yang lain pon ada tapi Pok Den guna yang nie jer..
2. selepas dah settled kat photobucket. Ambil url yang disediakan oleh photobucket dgn cara highlight copy atau ctrl-c

3. pastu kat dalam forum nie ada butang 'insert image' clik butang tuh, akan keluar script prompt
4. paste kan url dari photobucket tuh kat dalam script prompt tadi dan tekan butang ok
5. untuk pastikan gambar dah masuk atau tidak tekan butang preview dulu, ada kat bawah tuh.

Harap dapat meleraikan persoalan mohdrozmi.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(rajkumar @ Oct 31 2008, 11:40 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam,

Saya baru 2 minggu tertarik pasal projek sarang burung ni lepas baca kat harian metro, jadi mulalah membaca, cari maklumat kat internet ni selama lebih kurang 2 minggu ni, jadi saya dah mula bebincang dengan adik saya dan dah buat keputusan nak buat kat melaka projek ni, jadi saya nak tanye ada tak sesiapa di sini boleh bagi servis khidmat nasihat? mungkin sya nak jumpa secara live...terima kasih

Pok Den rasa kalau rajkumar baca balik dari awal thread nih mesti dah dapat gambaran camner nak buat Rumah Burung Walit. Pok Den galakkan DIY, tapi kalau tak yakin memang kena pakai jururunding ler. Hmm.. nak bagi kat sapa??

Konsultant walit yang ada kat luar le PM rajkumar, bincang ler baik².. jangan post kat sini yer. Pok Den nak tau result jer.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(mohdrozmi @ Nov 1 2008, 12:31 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam semua...
Terima kasih Allah kerana bagi jawapan kepada kita melalui forum ni.Sekadar makluman saja kepada mereka yang terlupa password,untuk mengelakkan perkara ni berlaku kita bleh cuba gunakan palayar internet mozilla firefox sebab bila login ke satu laman sperti email dan tanya putera ni dia akan bagi kita pilihan sama ada nak save tau tak,kalau rasa selalu lupa savelah macam saya sampai sekarang tak ingat apa password harap masuk melalui password yang di save.tentang bersabar saya kurang setuju sebab konteks sabar ada tahap dan cara perlaksanaanya.sebagai orang islam sebelum kita berbuat sesuatu kita kenalah bertanya pada Tuhan adakah ia sesuai untuk ita atau tidak,bila Tuhan dah bagi jawapan baru kita usahakan dan tawakal,barulah akan timbul takwa kemudian baru kita istiqomah barulah kita akan dapat kejayaan.Doa pula ada protokolnya dan saya tak dapat terangkan kat cini secara detail sebab ia memerlukan praktikel tetapi kita boleh ambil contoh protokol doa dari surah al-fatiha sebab itu ia wajib dan adalah rukun dalam solat.yang dapat saya terangkan ialah spicific mesti direct to the point.bila kita minta dimurahkan rezki,itu satu konteks yang luas,dapat tidur ,buang air berjalan bernafas tergolong dalam rezki jadi bila kita nak kan sesuatu kena terus terang dengan Tuhan,kalau nak duit minta duit.kalau minta duit bagi tau berapa sebulan kita nak dan permintaan biar logik,memang Allah maha mengetahui dan Allah boleh bagi berapa saja yang DIA mahu tapi fikir2lah,nabi junjungan kita Muhammad S.A.W pun bekerja dan beramal sedengakan Beliau kekasih Allah.Tetapi kita bila meminta selalu mempertikaikan apa yang kita pohon dengan Tuhan seolah-olah Tuhan tak mampu,Contoh kita minta bantuan pok den buat RWB,bila pok den buat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita pula risau,pok den bleh berjaya ke ni?ok ker ni?walit buat sarang ke kalau pakai designe macam ni?agak2 apa pok den pikir?kalau hilang pertimbangan silap2 pok den bagi jer bau yang walit tak suka habis cerita.hehehe...
kha..kaha..kah..kah gelak besar Pok Den dibuatnya. Terus teringat, ada satu bauan memang sedap kat hidung manusia.. kesannya kat walit.. kesian kat pengusaha tuh (nie citer benar)

sebagai contoh....memang Allah maha pengasih lagi maha penyayang.Tapi fikir2lah kalakuan Nabi Mihammad S.A.W yang saya katakan tadi.orang barat telah lama mengamalkan sunah dan hadis nabi kita pula tidak mengamalkan ikutan kita.Nbai bersabda tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china.Kenapa negeri china yang disebut?kenapa tak negara2 lain?
Setakat pengetahuan Pok Den nie bukan hadis tapi percakapan Saidina Umar Al-Khattab. Kalau Pok Den silap, Pok Den minta maaf.

tak yah pikir ikut saja sunah dan hadis sohih nabi sebab apa yang nabi buat adalah apa Allah bagi tau,apa yang Allah bagi tau kompom tak bagi susah kita.so tak payah nak kaji.Soal pertanyaan.saya berbincang dengan rakan2 yang terlibat dengan walit dikampung tentang masaalah sarang serinti tapi kenapa ada liur sekualiti walit di tepi2 sarang?setelah habis berbincang saya mengatakan kepada rakan2 agar kita tanyakan kembali kepada Allah,Terima kasih Allah kerana bagi saya jalan agar betanya kepada pok den atau sesiapa yang tahu di forume ni.Sarang serinti tetapi burung yang duduk kat sarang tu walit dan tepi kaki sarang adaliur yang mahal tu,

Berhubung perkara nie Pok Den pon cuma boleh bagi pandangan. Walit adalah lebih dominan daripada seriti, oleh itu, populasi seriti akan mengecil apabila populasi walit berkembang. Manakala sarang seriti yang ditinggalkan akan digunakan oleh walit muda untuk dijadikan sarang.

pacik saya sendiri dah dapat hasil jualan tepi2 kaki sarang yang di kumpul.Setakat ni soalan yang saya hantar ke mana konsultan di malaysia n indonesia masing2 blum dapat jawapan bila saya hantar gambar sarang tersebut.Semoga Allah bagi kita jawapan.
salam...

Komen Pok Den ada kat atas ayat Merah

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(mohdrozmi @ Oct 24 2008, 03:52 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam...damak09.
semoga dalam keadan yang sihat dan kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah..
tentang melangkah atau belum suka saya ingatkan kepada kita yang beragama islam elakan dari membelakangkan tuhan.Adalah sebaik-baiknya buat solat istikhorah dan tanya dengan tuhan adakah kita sesuai buat bh ke tak lepas tu baru kita berusaha,lepas usaha baru tawakal.kekadang kita selalu lupa dengan tuhan,usaha dulu baru tawakal lepas tu gagal juga baru salahkan takdir.Sekadar memperingatkan kawan2 dan diri saya sendiri jugak.bidang ternakan walit ni adalah berkaitan dengan benda yang hidup,apa pun yang kita ketahui tentang walit ni takan sama dengan pengetahuan tuhan dengan makhluk yang diciptakanya,jadi selalulah kita sama2 bertanya pada Tuhan apakah ia baik untuk kita atau tidak supayah kita tidak menyesal kemudian hari.kalau kita dah bertanya fahamilah bahasa alam,kalau dipermudahkan bermakna sesuai untuk kita,kalau dijauhkan maka bukan untuk kita,itulah hakikat namanya,pasrah dengan ketentuan tuhan tapi bukan bermakna berserah saja tanpa berbuat apa2,tanya Tuhan apa yang perlu dibuat baru usaha dan baru tawakal.maaf kalau terlampau fanatik tapi sekadar memperingatkan antara satu sama lain.Harap kita semua dapat terima dengan positif dan mudah2han perbincangan kita sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH,Amiiiinnnnn...
damak09 apa yang penting untuk kita sediakan adalah modal jiwa yang kuat dalam membuat sebarang perniagaan.Ini adalah kata2 dari jutawan gila mendiang tan seri lim goh tong,bagi kita orang islam memang patut pun sediakan modal jiwa yang kukuh.
sekian...

Terima kasih mohdrozmi atas kata semangat dan nasihat. Saya bersetuju dengan apa yang saudara katakan. Soal usaha dan tawakal dan niat amat penting. Bermula dengan niat yang khudus seterusnya akan mampu menjuruskan hati kepada perbuatan yang diredai. Mudahan kita semua mendapat petunjuk. Saya baru dalam proses belajar dan belajar. (usaha).Namun tak ke mana usaha itu kalau tidak berakhir dengan perbuatan dan amal.

Saya harap akan dapat sokongan daripada semua

Share this post

Link to post
Share on other sites
Assalamu’alaikum semua.

Sebenarnya ucapan salam yg sebaiknya utk diucapkan kpd org Islam baik secara oral mahupun tulisan ialah ucapan salam yg sebenarnya, iaitu “Assalamu’alaikum” atau pun yg lebih panjang “Assalamu’alaikum-warahmatullahi- wabarokaatuh” & bukannya perkataan “Salam” tu saja. Kalau kita nak ringkaskan dlm tulisan terutamanya sms (sbb nak jimat $$) singkatan “As’kum” tu kira bolehlah diterima. Saya rasa bab2 yg bersangkutan dgn Ugama Islam ni jgn kita permudahkan atau pun perlekehkan, kalau nak buat, buat elok2. Kalau susah sangat tak payah sebut apa2 atau kalau nak juga, ucapkan saja “morning” (sekiranya waktu pagilah) tak payah buboh “good” pun tak apa, sebab itu bukannya budaya Islam, nak hentam keromo sikit pun tak apa. Pun begitu bagi yg pencita BI, itu pun tak kena. Begitulah juga kalau kita nak ucapkan takziah kpd sahabat2 Muslim kita yg ditimpa musibah, ucapan yg biasa kita dengar ialah perkataan “takziah” itu saja. Walhal ucapan takziah yg sewajarnya dlm Islam bukan begitu, ada ungkapan yg khusus dlm B. Arab (atau pun terjemahannya dlm BM kalau tak reti berbahasa Arab) juga ada jawapannya yg seharusnya dijawab oleh sahabat yg ditimpa musibah. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila rujuk pd ustazlah. Kalau ini semua boleh kita praktikkan barulah lengkap diri kita kalau kita nak membicarakan tentang adap Islam di dlm segala sudud. Maaf tuan2, ini cuma muqadimah saja. Sebab ada kawan2 yg nak berhujah bab ugama, jadi saya selitkanlah sikit apa yg patut.

Nampaknya forum ini bertambah meriah, banyak kawan2, yg selain bertanya macam2 hal pasal walit ni, ada juga yg memberikan ilmu2 lain yg kalau tak diluahkan masaalah kita, sampai kiamat pun kita tahu jawapannya, Alhamdulillah, terima kasih mohdrozmi kerana memberi tip bagi masaalah lupa password. Pok Den pun nampaknya berkerja keras betul, membaca & jawap segala pertanyaan. Ini bukan main2 tuan, its time consuming. Kalaulah Robert Lim atau David Lee di tempat Pok Den tak semudah itu dia nak bermurah hati korbankan masa & tenaganya dgn percuma macam Pok Den. Moga2 Allah memberi ganjaran yg setimpal kepada Pok Den serta dipanjangkan umurnya, disihatkan tubuh badannya & dimurahkan rezeqinya, Amiin.

Kalau boleh sy nak bagi komen lagi mengenai walit ni berdasarkan pengalaman yg sy lalui utk tatapan kawan2 khususnya yg berura2 nak memulakan penternakan walit ini. Kalau ada yg tak kena, Pok Den boleh komen atau tokok tambah, ye. Persediaan untuk memulakan penternakan walit:-

1) Mesti ada tanah sebagai tapak (khususnya bagi org2 Melayu yg kebanyakannya ada memiliki tanah pusaka di kg), kalau tak ada pandai2lah cari tapak yg sesuai.

2) Modal yg secukupnya. Ia bergantung kpd saiz bangunan, kata org besar perioknya maka besarlah keraknya. Bagi org yg banyak duit tak perlu ada tanah, sebab bila2 boleh beli bangunan rumah kedai yg sesuai, sama-ada baru atau lama. Utk nak cari bangunan yg sesuai, tak masaalah, sebab sy baru saja balik dari Tangkak. Kalau tuan2 perpeluang ke Tangkak, tuan2 akan lihat hampir setiap bangunan rumah kedai, ada BH di atasnya. Pergi & lihat sendiri utk jadikan contoh.
3) Test lokasi. Kalau tempat tu belum lagi ada BH, cubalah gunakan cd seperti mana yg Pok Den terangkan dulu. Mana nak cari cd? Itu kena ikhtiarlah, kena kerja sikit nak cari benda tu (Pok Den yg pemurah pun tak sanggup nak beri percuma pd semua org). Pastikan tempat yg kita nak bena BH tu, atau nak beli bangunan utk convert jadikan BH benar2 ada walit jika dipanggil. Tapi mengikut pendapat consultant sy, kebanyakkan tempat di M’sia, memang ada terdapat walit, terkecualilah kalau tempat itu berhantu. Kalau betul berhantu, itu kena cari bomohlah utk halaukan hantu tu..…..

4) Ilmu yg secukupnya. Tuan2 sy cadangkan sebelum tanya Pok Den atau sapa saja dlm forum ini, baca dulu semua posting2 yg lalu, kekadang sy perhatikan soalan yg ditanya sudah pun dijawab atau dijelaskan dulu. Kalau kita catatkan dlm nota kita penjelasan2 yg lalu tu, pasti kita dah dpt ilmu walit ni melebihi 50%. Sekiranya kawan2 yg berkenaan nak pakai consultant, ada basic knowledge mengenai walit ni pun kira memadailah, sebab kalau apa2 consultant tu cakap jgn main anggok saja. Nak cari consultant senang aja, banyak yg mengiklankan diri, di akhbar & internet, pilih aja mana yg kita suka.

5) Aaa ini bab spiritual, bagi org Muslim, sebelum kita nak mulakan setelah 4 perkara di atas beres, eloklah dirikan berbagai2 solat sunat, termasuk puasa sunat (kalau mampu) utk memohon kepada Tuan yg empunya dunia ini (Allah Subha nahua Taala), supaya Allah maqbulkan hajat kita agar project kita ini akan berjaya. Di antara solat sunat yg elok dikerjakan ialah solat hajat. Dirikan solat hajat ini sebanyak yg mungkin & kalau dpt jemput kawan2 yg alim, ustaz2, imam2 kerumah kita utk dirikan solat sunat hajat ni secara jemaah, atau pun kita buat di surau atau pun di masjid, mudah2an doa yg dipohon secara beramai2 akan lebih cepat dimaqbolkan Allah. Untuk ini, kita kena bertawakal, sebab setahu saya kita tidak diberitahu Allah sama-ada perusahaan walit ini sesuai bagi kita ke tidak setelah dikerjakan segala ibadat2 tersebut sebagaimana pendapat sahabat kita. Biasanya yg Allah perlihatkan kpd kita sama ada pilihan kita baik atau tidak ialah selepas kita dirikan solat istikhorah. Akan tetapi solat istikhorah ini sesuai didirikan tatkala kita nak memilih satu diantara dua, contohnya nak menikah (nak pilih 1 di antara 2 calun isteri) atau pun nak pilih 1 di antara 2 pekerjaan. Pun begitu banyak kes2 yg mana kita tak dipertunjukkan Allah pilihan yg sebaiknya. Pada sy bab menikah ini, mana2 wanita yg kita kahwini pun akan baik bagi kita kalau kita pandai menjaga isteri & menguruskan rumah tangga. Jgn asyik nak menggatal dgn perempuan lain yg lebih muda & lawa walau pun isteri kita tak ada cacat celanya, malah begitu taat setia lagi dia pada kita, macam kes seorg artis (yg Allah jadikan begitu handsome sehingga menjadi gilaan anak2 gadis) baru2 ni. Balik kpd solat istikhorah, sy tak tahulah sama ada sahabat kita tu ingat kita ada 2 pilihan, sama-ada nak ternak walit ke atau nak ternak kambing. Kalau begini mungkin sesuai utk kita dirikan solat istikhorah, memohon petunjuk Allah, sama-ada kita ni lebih cocok akhirnya bergelar saudagar walit atau pun saudagar kambing. Kalau itulah persoalannya (maaf, kalau tapi), pada sy ada sikit tak kena, sebab kalau kita berhasrat nak berkecimpung dgn walit jgn kita kaitkan dgn lain2 ternakan, sebab akhirnya sy bimbang kita cuma mendongak ke langit melihat walit2 bertebangan di BH org2 Cina atau BH kawan2 kita yg lain. Hajat nak buat, duit dah cukup, tapi takut. Kata pepatah Inggeris, “if you fail to plan, you plan to fail". Jadi kesimpulannya, kerja kita sebagai manusia ialah berusaha dgn bersungguh2, dan yg menjayakannya ialah Allah. Kalau Allah nak tarik balik kekayaan kita, kita dah jadi multi-millionaire pun sekelip mata boleh jadi papa kedane. Jadi jgnlah kita jadi org yg mudah patah semangat, kalau kita berusaha bersungguh2 (secara rohani & jasmani), buat kerja dgn betul, berdoa kpd Allah, Insya Allah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tun Dr. Mahathir semasa menjadi PM kita dulu dia dah “fatwakan” ungkapan ini, “Malaysia Boleh”, “Melayu Boleh”, apa lagi gunakan ungkapan ini utk naikkan semangat kita. Ada yg dah berenang menyeberangai lautan dlm & sampai ke angkasa lepas pun dgn berbekalkan ungkapan “Malaysia Boleh” (tapi hakikatnya Allah jualah yg mengizinkannya). Tuan2 kalau berpeluang ke Tanah Suci, peniaga2 di sana, kalau dia nampak jemaah M’sia mereka akan kata, “Malaysia Boleh”, tapi mereka tambah sikit, “Malaysia Bagus”, sebab dia nak suruh org M’sia borong barang2 jualan mereka…...

6) Tawakkaltu’alallah & sabarrrr. Ada org dah berjaya dlm tahun pertama. Sy pernah cerita dulu, satu kawan (org M’sia, keturunan Jawa) dia buat BH di Banyu Wangi di Pulau Jawa, Indonesia, dia buat 3 tingkat (60’X60’X60’). Mungkin susah kita nak ikut cara dia, sebab selain di sana tu memang lubok walit (org Indon bilang, walet), dia gunakan khidmat Pak Kiaai, & Kiaai itu menggunakan doa2 yg tertentu dari Ayat2 Al-Quran, tak payah pakai suara, berduyun2 walit masuk & terus fall in love kpd BHnya. Hasil panen yg pertama dlm tahun yg sama dia boleh gunakan wang itu utk bena BH satu lagi. Kat sana harga tanah murah. Sekarang ni dia dah ada 3 BH di sana (entah2 bini Indon pun ada kat sana – he he, ini sy agak saja). Sekarang ni dia dah jadi OKL (sebab sebelum tu OKB). Sy rasa, kalau kat M’sia ni susah sikit nak dapatkan hasilnya begitu cepat & banyak. Semasa saya di Tangkak, salah seorg dari ahli keluarga sy yg mengenali pengusaha2 Cina di situ, mendapat maklumat bahawa ada di kalangan mereka yg BHnya dah berusia 5 tahun, tapi hasilnya masih lagi belum memuaskan walaupun modalnya ratusan ribu Ringgit, tapi mereka tak patah semangat & mereka terus sabarrrr menunggu. Manakala pengusaha2 lain di situ terus membena BH mereka yg baru. Kalau tak percaya, silakan ke Tangkat utk lihat sendiri. Alaah, kan jauh sangat, dari KL kalau tak jem, 2 jam sampai, petrol pun dah murah sikit ni kan?. Kalau nak tengok lagi banyak pergi pulak ke Segamat, dgr ceritanya kat Segamat lagi banyak, tapi sy belum pergi lagi.

7) Setelah kita mulakan penternakkan walit kita atau perusahaan walit kita atau apa nak diungkapkan, asalkan ianya walit, kita kenalah terus berdoa bersolat & macam2 ibadah memohon doa kpd Allah agar project kita ni berjaya. Dirikahlah solat Dhuha sebagaimana yg sy catatkan dulu. Doa yg sy terjemahkan itu, sebenarnya ialah maksud doa umum selepas solat Dhuha. Bagi org yg biasa mendirikan solah Dhuha ini, dia pasti faham. Kalau kita nak spesifikkan doa kita macam kata sahabat kita tu, ayoh, silakan, kita boleh sambung dgn bermacam2 doa yg sesuai & bertepatan dgn matlamat solat Dhuha, yakni solat yg dikhususkan utk kita memohon rezeqi dari Allah, macam yg Pok Den komen tu. Contoh (ini sy reka sendiri, tuan2 boleh fikirkan yg lain kalau tak suka versi sy, dlm bahasa Banjar, Jawa pun boleh), “…Ya Allah, Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Hamba Mu ni baru saja memulakan penternakkan walit di No. 1234, Jalan Walit, Kg Solok, Tangkak Johor, Malaysia, yg berwarna kelabu asap (takut nanti walit masuk dlm BH org lain yg berwarna merah jambu), ketinggiannya adalah 40’ (takut walit masuk BH org lain yg tingginya 50’) dan telah membelanjakkan wang sebanyak RM…….. Engkau jayakanlah project hamba Mu ini Ya Allah, Kau jadikan walit2 yg banyak berterbangan di angkasa supaya sudi mampir ke BH hamba Ya Allah, dan walit2 itu terus menjadikan BH hambu Mu Ya Allah tempat tinggalnya yg kekal abadi sehingga membiak mereka dgn cepat dan banyak di dlm BH hamba Mu Ya Allah, agar dapat hamba Mu panen sarangnya secepat mungkin utk hamba Mu dijadikan rezeqi supaya hambu Mu dpt membelanjakan rezeqi dari Mu itu ke jalan yg Kau Redhoi Ya Allah ……. (boleh sambung lagi dgn kata2 yg indah)…….”

Baiklah tuan2, sebenarnya tujuan sy menceritakan ini semua ialah utk berkongsi ilmu & membakar semangat kita semua, supaya satu hari nanti apa yg bangsa lain di negara kita yg tercinta ini buat & berjaya, kita pun sama2 boleh buat & berjaya. Jgn kita jadi kata org, “menang sorak, kampong tergadai”, “musafir di tanah air sendiri”. Jgn iri hati pd bangsa lain di negara kita khusus kaum Cina, mereka berilmu, rajin, berani & jangan marah ya, sabarrrrrr. Sy percaya bahawa semua ahli2 forum ini kebanyakkannya adalah terdiri dari golongan yg ingin menjadi pengusaha walit yg berjaya. Seharusnya selepas ini, jgn ada org2 kita yg tahunya tak ada lain, cuma mematahkan semangat org sahaja. Itu tak takut, ini takut, walaupun tak secara terang-terangan, cuma dgn menggunakan issue spiritual. Kalau tuan2 nak memperincikan bab2 keagamaan ni dlm hidup kita ni, kerja di bank2 conventional tak boleh, sebab bank tersebut mengamalkan riba. Dlm bab riba ni org yg memberi haram, yg menerima haram & yg menulis (yakni staffnya) juga haram. Kerja dgn MAS pun tak boleh sebab bersubahat dgn pengurusannya jual arak dlm pesawat. Kerja di super market pun tak boleh sebab mereka pun jual arak juga. Malah kalau tuan2 menggunakan modal dari sumber2 yang haram atau syubahak utk memulakan penternakan walit ini pun tak boleh kalau dikaji dari sudud Islam dgn secara terperinci. Kenapa sahabat kita yg seolah2 ustaz tu tak jelaskan tentang hal ini? Nak cakap tentang ketuhanan dlm kita membicarakan hal walit, cakap betul2, kalau tak, baik diam, baca saja apa yg Pok Den terangkan, sebab ilmu Pok Den tentang walit & technical part mengenai forum ini, setakat ini saya lihat he's the best.

Tuan2 sy tak bercadang nak berceramah di sini sebab ini bukan forumnya, juga bukannya nak kenakan org tak tentu pasal. Tapi tuan2 renongilah sendiri apa yg tersirat. Sebaiknya dlm kita nak menceritan perihal walit, kita focus saja terus kpd walit ini. Bab2 keugamaan semua org Islam seharusnya dah tahu, sebab saya rasa semua ahli2 forum ini semuanya dah akhir baligh. Kalau pun tak tahu walau pun dah akhir baligh, masih belum terlambat, cepat2 cari ustaz utk mantapkan ilmu. Apa yg telah sy perkatakan tentang bab2 keislaman, memang baik & semuanya betul Insya Allah setakat yg telah sy belajar, tapi sy selitkan di sini antara lainnya seqadar memberi response kpd komen dari sahabat kita, agar sy tak kelihatan terlalu jahil, walau pun sy akui sy ni bukannya alim. Yg tahu segala2nya hanyalah Allah. Ampun maaf dari sy sekiranya terkasar bahasa & mungkin ada yg tersinggung. Sesungguhnya yg baik semestinyalah dari Allah & yg buruk, salah, tak betul, kurang tepat, sy akui semuanya dari kelemahan diri sy sendiri yg kini masih terus belajar hingga ke-akhir qalam sy, Insya Allah. Allahu Akbar 3X.

WASSALAM. Edited by sukawalit

Share this post

Link to post
Share on other sites
Assalamu’alaikum semua.

Sebenarnya ucapan salam yg sebaiknya utk diucapkan kpd org Islam baik secara oral mahupun tulisan ialah ucapan salam yg sebenarnya, iaitu “Assalamu’alaikum” atau pun yg lebih panjang “Assalamu’alaikum-warahmatullahi- wabarokaatuh” & bukannya perkataan “Salam” tu saja. Kalau kita nak ringkaskan dlm tulisan terutamanya sms (sbb nak jimat $$) singkatan “As’kum” tu kira bolehlah diterima. Saya rasa bab2 yg bersangkutan dgn Ugama Islam ni jgn kita permudahkan atau pun perlekehkan, kalau nak buat, buat elok2. Kalau susah sangat tak payah sebut apa2 atau kalau nak juga, ucapkan saja “morning” (sekiranya waktu pagilah) tak payah buboh “good” pun tak apa, sebab itu bukannya budaya Islam, nak hentam keromo sikit pun tak apa. Pun begitu bagi yg pencita BI, itu pun tak kena. Begitulah juga kalau kita nak ucapkan takziah kpd sahabat2 Muslim kita yg ditimpa musibah, ucapan yg biasa kita dengar ialah perkataan “takziah” itu saja. Walhal ucapan takziah yg sewajarnya dlm Islam bukan begitu, ada ungkapan yg khusus dlm B. Arab (atau pun terjemahannya dlm BM kalau tak reti berbahasa Arab) juga ada jawapannya yg seharusnya dijawab oleh sahabat yg ditimpa musibah. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila rujuk pd ustazlah. Kalau ini semua boleh kita praktikkan barulah lengkap diri kita kalau kita nak membicarakan tentang adap Islam di dlm segala sudud. Maaf tuan2, ini cuma muqadimah saja. Sebab ada kawan2 yg nak berhujah bab ugama, jadi saya selitkanlah sikit apa yg patut.

Nampaknya forum ini bertambah meriah, banyak kawan2, yg selain bertanya macam2 hal pasal walit ni, ada juga yg memberikan ilmu2 lain yg kalau tak diluahkan masaalah kita, sampai kiamat pun kita tahu jawapannya, Alhamdulillah, terima kasih mohdrozmi kerana memberi tip bagi masaalah lupa password. Pok Den pun nampaknya berkerja keras betul, membaca & jawap segala pertanyaan. Ini bukan main2 tuan, its time consuming. Kalaulah Robert Lim atau David Lee di tempat Pok Den tak semudah itu dia nak bermurah hati korbankan masa & tenaganya dgn percuma macam Pok Den. Moga2 Allah memberi ganjaran yg setimpal kepada Pok Den serta dipanjangkan umurnya, disihatkan tubuh badannya & dimurahkan rezeqinya, Amiin.

Kalau boleh sy nak bagi komen lagi mengenai walit ni berdasarkan pengalaman yg sy lalui utk tatapan kawan2 khususnya yg berura2 nak memulakan penternakan walit ini. Kalau ada yg tak kena, Pok Den boleh komen atau tokok tambah, ye. Persediaan untuk memulakan penternakan walit:-

1) Mesti ada tanah sebagai tapak (khususnya bagi org2 Melayu yg kebanyakannya ada memiliki tanah pusaka di kg), kalau tak ada pandai2lah cari tapak yg sesuai.

2) Modal yg secukupnya. Ia bergantung kpd saiz bangunan, kata org besar perioknya maka besarlah keraknya. Bagi org yg banyak duit tak perlu ada tanah, sebab bila2 boleh beli bangunan rumah kedai yg sesuai, sama-ada baru atau lama. Utk nak cari bangunan yg sesuai, tak masaalah, sebab sy baru saja balik dari Tangkak. Kalau tuan2 perpeluang ke Tangkak, tuan2 akan lihat hampir setiap bangunan rumah kedai, ada BH di atasnya. Pergi & lihat sendiri utk jadikan contoh.
3) Test lokasi. Kalau tempat tu belum lagi ada BH, cubalah gunakan cd seperti mana yg Pok Den terangkan dulu. Mana nak cari cd? Itu kena ikhtiarlah, kena kerja sikit nak cari benda tu (Pok Den yg pemurah pun tak sanggup nak beri percuma pd semua org). Pastikan tempat yg kita nak bena BH tu, atau nak beli bangunan utk convert jadikan BH benar2 ada walit jika dipanggil. Tapi mengikut pendapat consultant sy, kebanyakkan tempat di M’sia, memang ada terdapat walit, terkecualilah kalau tempat itu berhantu. Kalau betul berhantu, itu kena cari bomohlah utk halaukan hantu tu..…..

4) Ilmu yg secukupnya. Tuan2 sy cadangkan sebelum tanya Pok Den atau sapa saja dlm forum ini, baca dulu semua posting2 yg lalu, kekadang sy perhatikan soalan yg ditanya sudah pun dijawab atau dijelaskan dulu. Kalau kita catatkan dlm nota kita penjelasan2 yg lalu tu, pasti kita dah dpt ilmu walit ni melebihi 50%. Sekiranya kawan2 yg berkenaan nak pakai consultant, ada basic knowledge mengenai walit ni pun kira memadailah, sebab kalau apa2 consultant tu cakap jgn main anggok saja. Nak cari consultant senang aja, banyak yg mengiklankan diri, di akhbar & internet, pilih aja mana yg kita suka.

5) Aaa ini bab spiritual, bagi org Muslim, sebelum kita nak mulakan setelah 4 perkara di atas beres, eloklah dirikan berbagai2 solat sunat, termasuk puasa sunat (kalau mampu) utk memohon kepada Tuan yg empunya dunia ini (Allah Subha nahua Taala), supaya Allah maqbulkan hajat kita agar project kita ini akan berjaya. Di antara solat sunat yg elok dikerjakan ialah solat hajat. Dirikan solat hajat ini sebanyak yg mungkin & kalau dpt jemput kawan2 yg alim, ustaz2, imam2 kerumah kita utk dirikan solat sunat hajat ni secara jemaah, atau pun kita buat di surau atau pun di masjid, mudah2an doa yg dipohon secara beramai2 akan lebih cepat dimaqbolkan Allah. Untuk ini, kita kena bertawakal, sebab setahu saya kita tidak diberitahu Allah sama-ada perusahaan walit ini sesuai bagi kita ke tidak setelah dikerjakan segala ibadat2 tersebut sebagaimana pendapat sahabat kita. Biasanya yg Allah perlihatkan kpd kita sama ada pilihan kita baik atau tidak ialah selepas kita dirikan solat istikhorah. Akan tetapi solat istikhorah ini sesuai didirikan tatkala kita nak memilih satu diantara dua, contohnya nak menikah (nak pilih 1 di antara 2 calun isteri) atau pun nak pilih 1 di antara 2 pekerjaan. Pun begitu banyak kes2 yg mana kita tak dipertunjukkan Allah pilihan yg sebaiknya. Pada sy bab menikah ini, mana2 wanita yg kita kahwini pun akan baik bagi kita kalau kita pandai menjaga isteri & menguruskan rumah tangga. Jgn asyik nak menggatal dgn perempuan lain yg lebih muda & lawa walau pun isteri kita tak ada cacat celanya, malah begitu taat setia lagi dia pada kita, macam kes seorg artis (yg Allah jadikan begitu handsome sehingga menjadi gilaan anak2 gadis) baru2 ni. Balik kpd solat istikhorah, sy tak tahulah sama ada sahabat kita tu ingat kita ada 2 pilihan, sama-ada nak ternak walit ke atau nak ternak kambing. Kalau begini mungkin sesuai utk kita dirikan solat istikhorah, memohon petunjuk Allah, sama-ada kita ni lebih cocok akhirnya bergelar saudagar walit atau pun saudagar kambing. Kalau itulah persoalannya (maaf, kalau tapi), pada sy ada sikit tak kena, sebab kalau kita berhasrat nak berkecimpung dgn walit jgn kita kaitkan dgn lain2 ternakan, sebab akhirnya sy bimbang kita cuma mendongak ke langit melihat walit2 bertebangan di BH org2 Cina atau BH kawan2 kita yg lain. Hajat nak buat, duit dah cukup, tapi takut. Kata pepatah Inggeris, “if you fail to plan, you plan to fail". Jadi kesimpulannya, kerja kita sebagai manusia ialah berusaha dgn bersungguh2, dan yg menjayakannya ialah Allah. Kalau Allah nak tarik balik kekayaan kita, kita dah jadi multi-millionaire pun sekelip mata boleh jadi papa kedane. Jadi jgnlah kita jadi org yg mudah patah semangat, kalau kita berusaha bersungguh2 (secara rohani & jasmani), buat kerja dgn betul, berdoa kpd Allah, Insya Allah, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tun Dr. Mahathir semasa menjadi PM kita dulu dia dah “fatwakan” ungkapan ini, “Malaysia Boleh”, “Melayu Boleh”, apa lagi gunakan ungkapan ini utk naikkan semangat kita. Ada yg dah berenang menyeberangai lautan dlm & sampai ke angkasa lepas pun dgn berbekalkan ungkapan “Malaysia Boleh” (tapi hakikatnya Allah jualah yg mengizinkannya). Tuan2 kalau berpeluang ke Tanah Suci, peniaga2 di sana, kalau dia nampak jemaah M’sia mereka akan kata, “Malaysia Boleh”, tapi mereka tambah sikit, “Malaysia Bagus”, sebab dia nak suruh org M’sia borong barang2 jualan mereka…...

6) Tawakkaltu’alallah & sabarrrr. Ada org dah berjaya dlm tahun pertama. Sy pernah cerita dulu, satu kawan (org M’sia, keturunan Jawa) dia buat BH di Banyu Wangi di Pulau Jawa, Indonesia, dia buat 3 tingkat (60’X60’X60’). Mungkin susah kita nak ikut cara dia, sebab selain di sana tu memang lubok walit (org Indon bilang, walet), dia gunakan khidmat Pak Kiaai, & Kiaai itu menggunakan doa2 yg tertentu dari Ayat2 Al-Quran, tak payah pakai suara, berduyun2 walit masuk & terus fall in love kpd BHnya. Hasil panen yg pertama dlm tahun yg sama dia boleh gunakan wang itu utk bena BH satu lagi. Kat sana harga tanah murah. Sekarang ni dia dah ada 3 BH di sana (entah2 bini Indon pun ada kat sana – he he, ini sy agak saja). Sekarang ni dia dah jadi OKL (sebab sebelum tu OKB). Sy rasa, kalau kat M’sia ni susah sikit nak dapatkan hasilnya begitu cepat & banyak. Semasa saya di Tangkak, salah seorg dari ahli keluarga sy yg mengenali pengusaha2 Cina di situ, mendapat maklumat bahawa ada di kalangan mereka yg BHnya dah berusia 5 tahun, tapi hasilnya masih lagi belum memuaskan walaupun modalnya ratusan ribu Ringgit, tapi mereka tak patah semangat & mereka terus sabarrrr menunggu. Manakala pengusaha2 lain di situ terus membena BH mereka yg baru. Kalau tak percaya, silakan ke Tangkat utk lihat sendiri. Alaah, kan jauh sangat, dari KL kalau tak jem, 2 jam sampai, petrol pun dah murah sikit ni kan?. Kalau nak tengok lagi banyak pergi pulak ke Segamat, dgr ceritanya kat Segamat lagi banyak, tapi sy belum pergi lagi.

7) Setelah kita mulakan penternakkan walit kita atau perusahaan walit kita atau apa nak diungkapkan, asalkan ianya walit, kita kenalah terus berdoa bersolat & macam2 ibadah memohon doa kpd Allah agar project kita ni berjaya. Dirikahlah solat Dhuha sebagaimana yg sy catatkan dulu. Doa yg sy terjemahkan itu, sebenarnya ialah maksud doa umum selepas solat Dhuha. Bagi org yg biasa mendirikan solah Dhuha ini, dia pasti faham. Kalau kita nak spesifikkan doa kita macam kata sahabat kita tu, ayoh, silakan, kita boleh sambung dgn bermacam2 doa yg sesuai & bertepatan dgn matlamat solat Dhuha, yakni solat yg dikhususkan utk kita memohon rezeqi dari Allah, macam yg Pok Den komen tu. Contoh (ini sy reka sendiri, tuan2 boleh fikirkan yg lain kalau tak suka versi sy, dlm bahasa Banjar, Jawa pun boleh), “…Ya Allah, Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Hamba Mu ni baru saja memulakan penternakkan walit di No. 1234, Jalan Walit, Kg Solok, Tangkat Johor, Malaysia, yg berwarna kelabu asap (takut nanti walit masuk dlm BH org lain yg berwarna merah jambu), ketinggiannya adalah 40’ (takut walit masuk BH org lain yg tingginya 50’) dan telah membelanjakkan wang sebanyak RM…….. Engkau jayakanlah project hamba Mu ini Ya Allah, Kau jadikan walit2 yg banyak berterbangan di angkasa supaya sudi mampir ke BH hamba Ya Allah, dan walit2 itu terus menjadikan BH hambu Mu Ya Allah tempat tinggalnya yg kekal abadi sehingga membiak mereka dgn cepat dan banyak di dlm BH hamba Mu Ya Allah, agar dapat hamba Mu panen sarangnya secepat mungkin utk hamba Mu dijadikan rezeqi supaya hambu Mu dpt membelanjakan rezeqi dari Mu itu ke jalan yg Kau Redhoi Ya Allah ……. (boleh sambung lagi dgn kata2 yg indah)…….”

Baiklah tuan2, sebenarnya tujuan sy menceritakan ini semua ialah utk berkongsi ilmu & membakar semangat kita semua, supaya satu hari nanti apa yg bangsa lain di negara kita yg tercinta ini buat & berjaya, kita pun sama2 boleh buat & berjaya. Jgn kita jadi kata org, “menang sorak, kampong tergadai”, “musafir di tanah air sendiri”. Jgn iri hati pd bangsa lain di negara kita khusus kaum Cina, mereka berilmu, rajin, berani & jangan marah ya, sabarrrrrr. Sy percaya bahawa semua ahli2 forum ini kebanyakkannya adalah terdiri dari golongan yg ingin menjadi pengusaha walit yg berjaya. Seharusnya selepas ini, jgn ada org2 kita yg tahunya tak ada lain, cuma mematahkan semangat org sahaja. Itu tak takut, ini takut, walaupun tak secara terang-terangan, cuma dgn menggunakan issue spiritual. Kalau tuan2 nak memperincikan bab2 keagamaan ni dlm hidup kita ni, kerja di bank2 conventional tak boleh, sebab bank tersebut mengamalkan riba. Dlm bab riba ni org yg memberi haram, yg menerima haram & yg menulis (yakni staffnya) juga haram. Kerja dgn MAS pun tak boleh sebab bersubahat dgn pengurusannya jual arak dlm pesawat. Kerja di super market tak boleh sebab mereka pun jual arak juga. Malah kalau tuan2 menggunakan modal dari sumber2 yang haram atau syubahak pun tak boleh kalau dikaji dari sudud Islam dgn secara terperinci. Kenapa sahabat kita tu tak jelaskan tentang hal ini?

Tuan2 sy tak bercadang nak berceramah di sini sebab ini bukan forumnya, juga bukannya nak kenakan org tak tentu pasal. Tapi tuan2 renongilah sendiri apa yg tersirat. Sebaiknya dlm kita nak menceritan perihal walit, kita focus saja terus kpd walit ini. Bab2 keugamaan semua org Islam seharusnya dah tahu, sebab saya rasa semua ahli2 forum ini semuanya dah akhir baligh. Kalau pun tak tahu walau pun dah akhir baligh, masih belum terlambat, cepat2 cari ustaz utk mantapkan ilmu. Apa yg telah sy perkatakan tentang bab2 keislaman, memang baik & semuanya betul Insya Allah setakat yg telah sy belajar, tapi sy selitkan di sini antara lainnya seqadar memberi response kpd komen dari sahabat kita, agar sy tak kelihatan terlalu jahil, walau pun sy akui sy ni bukannya alim. Yg tahu segala2nya adalah Allah. Ampun maaf dari sy sekiranya terkasar bahasa & mungkin ada yg tersinggung. Sesungguhnya yg baik semestinyalah dari Allah & yg buruk, salah, tak betul, kurang tepat, sy akui semuanya dari kelemahan diri sy sendiri yg kini masih terus belajar hingga ke-akhir qalam sy, Insya Allah. Allahu Akbar 3X.

WASSALAM.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(sukawalit @ Nov 3 2008, 11:12 AM) <{POST_SNAPBACK}>

Satu komen yang kritis dan mendalam oleh sukawalit. Saya hargai amat. Perdebatan dengan perkataan salam , a'kum, askum dan etc telah banyak kita jumpai diforum2 internet. Namun secara peribadi. saya berpendapat apabila kita berforum kita kena fikirkan khalayak pembaca dan mereka yang mendapatkan makulmat itu. Izinkan saya, yang sedikit ilmunya ini memberi pandangan. Perkataan "salam" pada pembuka kata bukan satu perkataan ayat ucapan, tetapi lebih kepada penerangan kepada apa yang kita maksudkan dan ucapkan apabila kita membuka bicara. Umpama kita membaca dialog Drama atau Teater. Akan ada satu ayat penerangan situasi yang memberitahu apa yang sedang berlaku kepada wataknya (maksudnya semasa penulis menulis salam, ia mengucapkan assalamualaikum secara verbal). Saya lebih selesa beranggapan ia lebih kepada satu penerangan untuk menunjukan rasa hormat dan tertib kita sebelum berbicara. (Memang Islam sudah gariskan berilah salam secara penuh, atau ringkas) namun saya berpendapat ia lebih praktikal untuk lisan dan verbal. Apabila kertas atau skrin desktop mengambil alih tugas suara dan mulut. Kita mula melihatnya dengan cara kompleks. Hukum memberinya sunat dan hukum menjawabnya wajib. Adalah amat jangal sekiranya dalam keadaan lisan apabila kita berjumpa dengan kawan atau kenalan kita mengucapkan sekadar " salam"

Namun tidak salah, kerana salam sendiri berasal daripada perkataan arab maksudnya selamat. atau salima. Saya berpendapat tidak salah kita mendoakan seseorang itu selamat. Berbalik kepada kelompok khalayak yang multi- ras, multi agama. Sekiranya kita menggunakan perkataan penuh Assalaimualaikum, perbincangan forum tadi mungkin akan dilihat sebagai rigid dan hanya terhad untuk sesama kita orang islam sedangkan dalam forum ini aspek keterbukaannya amat luas kerana terdapat di WWW. Lainlah situasinya kita berhubung secara peribadi atau terus dengan individu itu.. Malah mengikut bacaan saya, perkataan assalamualaikum ini, di Tanah Arab juga digunakan oleh orang Arab Kristian. Jadi adakah mereka menghina agama kita, atau mereka lebih alim atau lebih baik dari kita?

Hal yang sama apabila kita mengirimkan salam kepada seseorang tidak cukup dengan kita mengatakan " tolong kirimkan salam saya kepada si polan bin si polan". Kita harus mengucapkan "assalaimualaikum" dan orang tengah tadi akan menjadi medium untuk menyampaikan salam, dan orang yang menerimanya wajib menjawab
" walaikumusalam"

Saya amat setuju dengan lain-lain hal berkaitan dengan BHW. Adab berforum, ada masanya pandangan dan pendapat kita akan mendapat pandangan daripada orang lain. Namun saya beranggapan itu adalah ilmu kerana sebagai manusia kita tidak pernah sempurna. sekadar pendapat laugh.gif

wasalam.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Pok Den,
Atau Siapa-2 boleh pun bagi infor utk alatan RBW seperti Hygrometer, Hygrostat, Humidifier dari biasa dan pamp, Multimter utk mengukur Suhu, Humidity, Cahaya LUX serta lain-2 lagi. Dari segi Harga, ketepatan bacaan, ketahanan kegunaan dan pembekal. Saya dalam proses pembinaan RBW amat mengharapkan semua rakan-rakan yg lebih senior terutamanya Pok Den bantu beri cadangan atau komen-2 bagi alatan-2 diatas untuk dikongsi bersama-2 saya serta rakan-2 yg baru dlm bidang ini. Silakan...... Edited by ez tm

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(ez tm @ Nov 3 2008, 04:44 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Pok Den,
Atau Siapa-2 boleh pun bagi infor utk alatan RBW seperti Hygrometer, Hygrostat, Humidifier dari biasa dan pamp, Multimter utk mengukur Suhu, Humidity, Cahaya LUX serta lain-2 lagi. Dari segi Harga, ketepatan bacaan, ketahanan kegunaan dan pembekal. Saya dalam proses pembinaan RBW amat mengharapkan semua rakan-rakan yg lebih senior terutamanya Pok Den bantu beri cadangan atau komen-2 bagi alatan-2 diatas untuk dikongsi bersama-2 saya serta rakan-2 yg baru dlm bidang ini. Silakan......

Assalamu'laikum kepada sahabat yg berugama Islam & good morning to all of you.

Sy rasa elok sy bercakap mengenai walit sahaja & itu pun terhad tentang apa yg sy tahu saja. Selebihnya sifu kita atau sahabat/kawan kita yg lain akan jawab, Insya Allah (God Willing). Dlm banyak alat yg disebutkan itu, sy cuma ada pakai humidifier saja. Humidifier yg sy gunakan itu adalah sejenis alat menggunakan kuasa letrik. Ianya digunakan utk mengeluarkan wap bg tujuan kelembapan di dlm BH. Sy cuma "on" ianya dari 7.30 am hingga 8.00 pm. Boleh di adjust mengikut keadaan cuaca di luar. Sy gunakan timer supaya "on" & "off" nya dpt dikawal. Drp 7.30 am ke 8.00 pm tu pula ada banyak waktu "break-time" lebih kurang 10 minutes each time. Maksudnya lebih kurang macam ini setelah kita "on" kan ianya dlm masa 20 minutes, kita "off" kan dia dlm masa 10 minutes. Ini terpulang kpd kesukaan individu, maknanya tidak ada hard & fast rules. Humidifier ini banyak terdapat di pasaran, antara lainnya kita boleh dapati di kedai menjual mesin2. Kalau di Negeri Selangor ini harganya lebih-kurang RM400 sahaja. Mahal murahnya mungkin bergantung kpd jenama. Kadang2 yg menjual tu pula mungkin blood-sucker, jadi dia jual mahal sikit (agaknyalah).

Semoga Encik ez tm dapat manfaat drp apa yg sy khabarkan itu, kalau masih nak penjelasan lanjut, boleh dgr pula pendapat dari Pok Den atau kawan2 kita yg lain yg lebih banyak pengalaman & ilmu dari sy.

Wallahu'aklam & Wassalam.

Share this post

Link to post
Share on other sites
salam sejahtera untuk semua...

sebelum melangkah ke alam perwaletan ini pastikan sekurang2nya ilmu asas tentang burung walet ni kamu ader..jangan bg rembat kat consultant jer..bila BH xmenjadi perunding pun entah kemana.. Edited by saifzra

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(saifzra @ Nov 5 2008, 08:22 AM) <{POST_SNAPBACK}>
salam sejahtera untuk semua...

semoga semua dalam keadaan sihat2 selalu...

terus pada soalan la ya...

1. pada sape2...mengenai suara.. suara yang dikenali sebagai void tu apa? dimana letaknya dalam sesebua BH?

untuk Damak..taniah la kerana sudah mula membina Bh idaman beliau...semoga anda berjaya.

2. sesebuah BH yang mana nestgplank hanya terletak pada dinding atau tembok..selain mengenakan tweeter..cara lain bagi memudahkan walet hinggap ke dinding seterusnya brsarang mcmmana?(selain aroma)

.-Bg mereka yang masih menunggu keberhasilan walet bersarang..bersabar la..sabar ya.. kita kena banyak bersabar...maklumlah..manusia banyak kelemahan..aper yang penting..(*KERJASAMA) antara kita dan jangan sesekali PUTUS ASA.

Tahniah, atas semangat membara itu Saifzra. Kena wat solat hajat dia biar ikhlas. tu! smile.gif Saya terima ucapan Tahniah itu dengan cara tergantung dulu sebab BHW baru duk gali tapak. Bila walit masuk esok (insyallah) baru saya terima secara keseluruhannya.

Sebut pasal ikhlas dan solat hajat. Saya suka menyentuh soal doa. Sekiranya mengikut Ustaz Zahzan pensyarah UIA yang selalu bersiaran dalam radio IKIM, slot 8.00 malam setiap hari. Beliau mengariskan beberapa aspek dalam soal berdoa. ( baca buku dia lah). Ada adab2 berdoa, dam ia agak kontradik dengan apa tercatat dibawah yang saya italic ;

"Ya Allah, Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Hamba Mu ni baru saja memulakan penternakkan walit di No. 1234, Jalan Walit, Kg Solok, Tangkat Johor, Malaysia, yg berwarna kelabu asap (takut nanti walit masuk dlm BH org lain yg berwarna merah jambu), ketinggiannya adalah 40’ (takut walit masuk BH org lain yg tingginya 50’) dan telah membelanjakkan wang sebanyak RM…….. Engkau jayakanlah project hamba Mu ini Ya Allah, Kau jadikan walit2 yg banyak berterbangan di angkasa supaya sudi mampir ke BH hamba Ya Allah, dan walit2 itu terus menjadikan BH hambu Mu Ya Allah tempat tinggalnya yg kekal abadi sehingga membiak mereka dgn cepat dan banyak di dlm BH hamba Mu Ya Allah, agar dapat hamba Mu panen sarangnya secepat mungkin utk hamba Mu dijadikan rezeqi supaya hambu Mu dpt membelanjakan rezeqi dari Mu itu ke jalan yg Kau Redhoi Ya Allah ……. (boleh sambung lagi dgn kata2 yg indah)…….”

Mengikut penerangan buku Ustaz Zahzan..., apabila kita berdoa.. tidak perlu terlalu detail seperti menyebut berapa tinggi, lebar,warna, tempat, dan sebagainya. Ini akan memberikan gambaran semacam Allah itu sempit ilmunya dan tahu sehingga kita perlu memberitahu segalanya pada Allah. Apa yang terdetik dalam Hati kita pun Allah dah tahu ( malah datang dari Allah). Oleh itu cukuplah dengan ikhlas agar Allah permudahkan urusan kita dan mendapat berkat dan rahmat.

Dan kita harus berani mendoakan sekiranya sesuatu yang kita nak usahakan tadi bakal mendatangkan fintah kepada iman kita ( mengikut Ilmu Allah) maka jauhkanlah kita daripda perkara tersebut atau bisnes itu, kerana iman dan taqwa muslim kepada Allah tiada galang ganti dengan dunia ini. Dan ini penting sebgai satu sebab yang boleh kita sandarkan apabila sesuatu perkara yang kita usahakan tadi tidak seperti yang kita harapkan atau usahakan. Maka bisnesman Islam tidak akan bunuh diri, minum racun, sembelih anak, dan sebagainya. Ramai orang yang tertekan dengan kegagalan kerana tiada perjanjian ini dengan Allah.

Doa juga sebagai satu sumber motivasi kepada kita apabila kita bangun setiap hari dan kita perbaharuinya 5 kali sehari maka segalanya mengikut apa yang kita rancangkan. Insyallah

wasalam.

damak= dunia alam maya akhirat kekal

Share this post

Link to post
Share on other sites
Buat masa ini banyak dapat dilihat atau kedegaran nesting plank dari kayu yg tidak dimesin rata atau buang bulu-2 kayu.
Harap kawan-2 sifu yg berpengalaman atau yg pernah menggunakan cara ini bagi information. Apakah lebih baik dari yg telah dimesinkan?
Terima kasih.

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(ez tm @ Nov 5 2008, 12:53 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Buat masa ini banyak dapat dilihat atau kedegaran nesting plank dari kayu yg tidak dimesin rata atau buang bulu-2 kayu.
Harap kawan-2 sifu yg berpengalaman atau yg pernah menggunakan cara ini bagi information. Apakah lebih baik dari yg telah dimesinkan?
Terima kasih.

Ya saya pun berminat nak tahu..., mungkin ada kelebihan masing2.
dan juga mgkn boleh berikan rate harga kayu meranti sekarang satu tan, yang siap diketam dan tak diketam.,

Share this post

Link to post
Share on other sites
Alhamdullilah selamat.. baru balik dari tour de' walit.

Jam 3 pm gerak dari rumah gi lihat RBW kat Kota Tinggi, macam biasa banyak walit terutama RBW sepanjang sungai. Pastu lalu Mersing & Endau tengok RBW jenis Open Roof kat Pekan Rompin. En. Ez Tm, Pok Den galakkan awak gi tengok RBW Open Roof kat rompin memang sangat mengujakan. Lepas sejam memerhatikan walit membuat persediaan masuk ke sarang, Pok Den bersantai makan malam di Medan Selera bertemankan suara dalam kicauan walit dari RBW berdekatan. Wahh.. memang santai, harga makanan pun murah.

Perjalanan diteruskan ke Pekan, Kuantan Pahang dan terus ker Kuala Terengganu melalui jalan pantai. Sepanjang perjalanan mata Pok Den sentiasa terpaku dengan binaan RBW yang pelbagai. Ada yang besar, ada yang kecil, warna warni, tinggi hmm.. semuanya ada bayangan di huni burung walit. Hati Pok Den berdetik, "macam nie mudah ler.. buat jer RBW mesti walit nya masuk.." entah ler..

Di Kuala Terengganu, Pok Den sekali lagi melihat aksi² walit beterbangan dari satu RBW ke RBW lainnya.. "ehh dah jam 1 pagi, walit nie tak reti tidur ker.." hmm.. mungkin disebabkan terangnya lampu yang dipasang.. atau walit tuh tengah buat persiapan sebab esok ada Pesta FEI World Endurance Championship Terengganu 2008 kot..

Selesai urusan di Terengganu, Pok Den meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang dan berhenti di Segamat, Johor Sekali lagi Pok Den cuci mata melihat bagaimana sebuah bangunan yang asalnya menempatkan hotel (mungkin 20 tingkat.. tak sempat kira) dan bank (Kesan Nama Public Bank di dinding jelas kelihatan) telah di tukar sepenuhnya kepada bangunan untuk walit. Hasil bicara setempat.. walit telah membantu pemilik bangunan menukarkan semula status dari seorang bunkrupt kembali semula kepada Jutawan.. mungkin doanya telah dimakbulkan walaupun dia kaum cina.. Maha Suci Maha Kaya Tuhan Seluruh sekelian Alam sentiasa mendengar doa hamba-hambanya.

QUOTE
ader..ader orang ckap...orang ckap la..pakden ni..ala2 jawa ke...mana tahu kot2..saudara pak hen..

Saifzra, orang cakap boleh didengar tidak salah.. dry.gif yang salahnya apabila disampaikan semula kepada orang lain, Prima Facie U.
Confirm takde pertalian baik belah nenek atau belah atuk.. blush.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites
salam, semalam jalan ke bandar tangkak punya banyak bangunan dah convert jadi RW. Tapi kat jalan ke kmpg solok ada satu bangunan nie rasa ada beribu ekor BW berterbangan. Mesti kaya raya tokey RW nie. Pok den nak tanya pasal jenis burung walit yang hasilkan sarang warna putih, kuning dan merah. Kalau di semenanjung m'sia jenis walit apa yg banyak? thanx

Share this post

Link to post
Share on other sites
salam sejahtera semua...

wah2....jauh perjalanan luas mata memandang tambah2 ilmu pengetahuan... mgkin kesimpulan darai lawatan [pokden] tu menyatakan bahawa indusri perladangan walet ni bkan main2 lagi sekarang ni.. di setiap negeri..setiap kota setiap pekan dan setiap kampung mgkin ader BH. kalu macam ni 10tahun akan datang....berjuta-juta lemon la....

bagi sy mgkin orang lain lbh tahu..mengenai kayu berketam ataupun xberketam tidak menjadi dasar utama berjayanya sesebuah rumah walet. kayu berketam mgkin memudahkan lagi untuk walet hinggap seterusnya membuat sarang memandangkan kayu tersebut telah mempunyai jalur2 yang telah siap dibuat terlebih dahulu. Bagi kayu xberketam pun ok jugak..burung walet juga tidak ader masalah untuk hinggap sebagaimana kayu yang mempunyai jalus2 tadi pendek kata..mana2 kayu pun ok la.. lagi pun perkara ni terpulang pada empunya tuan BH. tepuk dada tanya la hati.. cuma kalu dijual mgkin harga yang diketam lbh mahal sdikit.. pengalaman sy..sudah banyak BH yang pakai nestingplank xberketam berjaya..malah walet lbh bebas untuk bersarang tanpa mengikut jalur2 yang telah ditetapkan.

untuk Damak.... harga pasaran meranti kenalah tanya sawmill.. mgkin ader yang mahal dan ader yang murah sedikit..pada sy dalam areaRM2k+++/tan bergantung pada jenis meranti. alah macam sarang walet jugak la bergantung pada gred.. yang elok yang cantik tentulah up sikit.

Edited by saifzra

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(pok_den2000 @ Nov 5 2008, 11:36 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Alhamdullilah selamat.. baru balik dari tour de' walit.

Jam 3 pm gerak dari rumah gi lihat RBW kat Kota Tinggi, macam biasa banyak walit terutama RBW sepanjang sungai. Pastu lalu Mersing & Endau tengok RBW jenis Open Roof kat Pekan Rompin. En. Ez Tm, Pok Den galakkan awak gi tengok RBW Open Roof kat rompin memang sangat mengujakan. Lepas sejam memerhatikan walit membuat persediaan masuk ke sarang, Pok Den bersantai makan malam di Medan Selera bertemankan suara dalam kicauan walit dari RBW berdekatan. Wahh.. memang santai, harga makanan pun murah.

Perjalanan diteruskan ke Pekan, Kuantan Pahang dan terus ker Kuala Terengganu melalui jalan pantai. Sepanjang perjalanan mata Pok Den sentiasa terpaku dengan binaan RBW yang pelbagai. Ada yang besar, ada yang kecil, warna warni, tinggi hmm.. semuanya ada bayangan di huni burung walit. Hati Pok Den berdetik, "macam nie mudah ler.. buat jer RBW mesti walit nya masuk.." entah ler..

Di Kuala Terengganu, Pok Den sekali lagi melihat aksi² walit beterbangan dari satu RBW ke RBW lainnya.. "ehh dah jam 1 pagi, walit nie tak reti tidur ker.." hmm.. mungkin disebabkan terangnya lampu yang dipasang.. atau walit tuh tengah buat persiapan sebab esok ada Pesta FEI World Endurance Championship Terengganu 2008 kot..

Selesai urusan di Terengganu, Pok Den meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang dan berhenti di Segamat, Johor Sekali lagi Pok Den cuci mata melihat bagaimana sebuah bangunan yang asalnya menempatkan hotel (mungkin 20 tingkat.. tak sempat kira) dan bank (Kesan Nama Public Bank di dinding jelas kelihatan) telah di tukar sepenuhnya kepada bangunan untuk walit. Hasil bicara setempat.. walit telah membantu pemilik bangunan menukarkan semula status dari seorang bunkrupt kembali semula kepada Jutawan.. mungkin doanya telah dimakbulkan walaupun dia kaum cina.. Maha Suci Maha Kaya Tuhan Seluruh sekelian Alam sentiasa mendengar doa hamba-hambanya.

Saifzra, orang cakap boleh didengar tidak salah.. dry.gif yang salahnya apabila disampaikan semula kepada orang lain, Prima Facie U.
Confirm takde pertalian baik belah nenek atau belah atuk.. blush.gif

Salam...
Tahnia pok den dan terima kasih atas informasi tour de'walit,semoga ilmu yang kita perolehi diberkati Tuhan.

Share this post

Link to post
Share on other sites
Salam...
Tahnia pok den dan terima kasih atas informasi tour de'walit,semoga ilmu yang kita perolehi diberkati Allah.

saper2 yang ingin tengok ribuan walet balik ke sarang boleh la ke HUSM.. area dalam kul 7 lbh2..
tentu satu pengalaman yang indah bagi pengemar walet la.. baru2 ni ambo tengok memang banyak walet pulang...mgkin ke bandar kot.. dalam hati alangkah bagusnya kalau walet2 itu pulang ke BH ambo.... tentu meletup..terus jadi top carta walet2 dalam kategori BH2 yang berjaya di kelantan.

yang lain aper crita??

sikit cerita darai indonn...

Sarang burung walet adalah komoditas ekspor yang aneh. Sarang ini terbuat dari protein yang berasal dari kelenjar liur burung walet/layang-layang (collocalia fuciphaga) dan ditempelkan di dinding gua atau plafon rumah tua. Warnanya putih kekuningan. Bentuknya seperti potongan ”BH” berukuran kecil. Panjangnya sekitar 10 cm, lebarnya 5 cm. Sarang ini biasa dijadikan menu andalan restoran Chinese food di kota-kota besar di seluruh dunia. Sup sarang burung adalah hidangan yang sangat prestisius. Sama dengan sirip ikan hiu, sarang walet akan hancur bila dimasukkan ke dalam air panas. Hidangan ini dipercaya bisa menyehatkan dan mendatangkan kekuatan bagi yang menyantapnya. Saat ini harga sekilogram sarang walet kualitas baik sekitar Rp 15 juta. Karena itu, para pemodal lalu berlomba-lomba membangun rumah yang diharapkan akan didatangi dan kemudian dihuni burung walet. Membangun rumah walet memang sesuatu yang sangat menarik. Sebab, satu rumah walet yang sudah produktif, dalam setahun bisa dipanen sampai tiga kali. Kalau sekali panen menghasilkan 10 kg, dalam setahun, penghasilan rumah walet itu mencapai Rp 450 juta. Padahal, burung itu tidak memerlukan biaya perawatan, obat-obatan, dan pakan. Pagi hari, mereka akan keluar dan mencari makanan berupa serangga. Seharian mereka akan beterbangan tanpa hinggap dan baru sore hari mereka kembali ke rumah. Jadi, rumah walet itu cukup dibiarkan, hanya perlu dijaga supaya tidak dijarah maling. Rumah-rumah walet demikian tersebar mulai dari Pandeglang di Banten sampai ke Banyuwangi di Jawa Timur.Juga di gua-gua kapur serta gua-gua pantai di sepanjang pantai selatan Pulau Jawa. Populasi walet di gua-gua kapur/pantai terus menyusut bahkan beberapa di antaranya telah punah karena penjarahan. Walet akan membangun sarang jika jumlah serangga melimpah. Sebelum sarang terbentuk sempurna, pemilik rumah walet akan memanennya. Sarang yang belum sempurna ini masih sangat bersih hingga harganya tinggi meskipun ukurannya masih kecil. Karena sudah ingin bertelur tapi sarangnya hilang, si burung segera membangun sarang lagi secepatnya. Selanjutnya betinanya akan bertelur. Oleh si pemilik rumah walet, sarang ini akan segera dipanen dengan mengambil telurnya. Di gua-gua, biasanya telur ini dibuang begitu saja hingga populasi walet menurun terus. Sekarang banyak pemilik walet yang menetaskan telur hasil panen rampasan ini di sarang burung sriti (collocalia esculenta) atau dengan mesin tetas. Sarang hasil panen rampasan ini kualitasnya paling baik karena ukurannya sempurna tapi masih sangat bersih. Berikutnya, burung ini dibiarkan membangun sarang lagi, bertelur, mengerami, dan merawat anaknya sampai bisa terbang. Baru setelah anaknya terbang, sarang yang sudah kotor ini bisa dipanen. Itulah siklus panen sarang yang benar. Kalau cara panen ini dipatuhi pemilik rumah walet, populasi burungnya akan bertambah terus. Hasil panennya tiap tahun akan meningkat. Misalnya, panen pertama hanya beberapa ons. Tahun berikutnya meningkat menjadi 1 kg. Tahun depannya lagi 1,5 kg dan seterusnya hingga bisa mencapai angka panen yang optimal. Kalau pola panen ini tidak dipatuhi, populasi burung akan menurun hingga bisa punah. Modal miliaran belum tentu sukses Tapi, bukan cuma itu yang perlu diwaspadai. Bila lingkungan di sekitar rumah walet itu tercemar, burung pun akan pindah mencari tempat baru yang lebih baik. Di Gresik, misalnya, ada seorang haji yang mempunyai rumah walet sampai belasan buah. Hasil per tahunnya mendekati 1 kuintal. Tapi, tiba-tiba walet itu punah padahal pola panennya selalu benar. Ternyata, kawasan di sekitar Gresik yang dulu didominasi tambak, tiba-tiba menjadi areal industri. Walet pun pindah ke Tuban, Bojonegoro, dan Blora. Di sini banyak pemilik rumah walet yang sebelumnya hanya panen beberapa ons tiba-tiba bisa panen sampai belasan kilogram. Rumah walet yang sekarang ini produktif biasanya berasal dari rumah-rumah tua peninggalan warga Belanda, Arab, dan Cina. Bisa juga rumah-rumah yang sebelumnya dihuni burung sriti dan telur-telur sriti itu diganti dengan telur walet. Setelah telur walet menetas dan diasuh sriti, sebagian ruangan harus digelapkan total, sebagian lagi dibiarkan tetap terang. Sebab, walet menghendaki ruangan yang gelap total sementara sriti maunya ruangan yang terang. Tapi, rumah-rumah walet yang banyak dibangun investor baru itu biasanya berupa rumah kosong. Investasinya bisa mencapai ratusan sampai miliaran rupiah. Hasilnya biasanya nihil. Berbagai upaya dilakukan untuk memancing walet datang. Misalnya dengan melumuri dinding rumah dengan kotoran walet, memutar kaset suara walet, mendatangkan paranormal, dan lain-lain. Sebagian besar dari rumah-rumah walet tersebut itu tetap saja kosong dan sia2 sajer.

p/s ;-) bukan senang nak jadi senang oiii..... di Malaysia..lain la ceritanyaa...ya tak pakden.. Edited by saifzra

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(pok_den2000 @ Oct 23 2008, 10:36 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Lerrr.. lupa pulak. Nasib baik ingatkan.

Kursus Perternakan Sarang Burung Walit

Sahabat Pok Den iaitu Pak Hendri Mulia (Pak Hen) dari Klub Penternak Walit (KPW) akan mengadakan kursus penternakan walit pada 29 - 30 November 2008 di Jakarta, Indonesia. Nie poster iklan nya

Kos Rp2,250,000 (tak termasuk tiket kapal terbang yerr.)
Hotel: Twin Plaza Hotel Jakarta

*yang penting kursus nie akan menerangkan teknik membuat sarang merah. Rugi jika tak datang. Tempat terhad nak 'book' pok den leh aturkan.

Salam...
Pok den macam mana mau tengok diorang punya laman web penganjur kursus ni?
masih ada tempat kosong lagi ker?
macam mana nak kontik pok den kalau mau booking?

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(pok_den2000 @ Nov 5 2008, 11:36 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Alhamdullilah selamat.. baru balik dari tour de' walit.

Jam 3 pm gerak dari rumah gi lihat RBW kat Kota Tinggi, macam biasa banyak walit terutama RBW sepanjang sungai. Pastu lalu Mersing & Endau tengok RBW jenis Open Roof kat Pekan Rompin. En. Ez Tm, Pok Den galakkan awak gi tengok RBW Open Roof kat rompin memang sangat mengujakan. Lepas sejam memerhatikan walit membuat persediaan masuk ke sarang, Pok Den bersantai makan malam di Medan Selera bertemankan suara dalam kicauan walit dari RBW berdekatan. Wahh.. memang santai, harga makanan pun murah.

Perjalanan diteruskan ke Pekan, Kuantan Pahang dan terus ker Kuala Terengganu melalui jalan pantai. Sepanjang perjalanan mata Pok Den sentiasa terpaku dengan binaan RBW yang pelbagai. Ada yang besar, ada yang kecil, warna warni, tinggi hmm.. semuanya ada bayangan di huni burung walit. Hati Pok Den berdetik, "macam nie mudah ler.. buat jer RBW mesti walit nya masuk.." entah ler..

Di Kuala Terengganu, Pok Den sekali lagi melihat aksi² walit beterbangan dari satu RBW ke RBW lainnya.. "ehh dah jam 1 pagi, walit nie tak reti tidur ker.." hmm.. mungkin disebabkan terangnya lampu yang dipasang.. atau walit tuh tengah buat persiapan sebab esok ada Pesta FEI World Endurance Championship Terengganu 2008 kot..

Selesai urusan di Terengganu, Pok Den meneruskan perjalanan ke Gambang, Pahang dan berhenti di Segamat, Johor Sekali lagi Pok Den cuci mata melihat bagaimana sebuah bangunan yang asalnya menempatkan hotel (mungkin 20 tingkat.. tak sempat kira) dan bank (Kesan Nama Public Bank di dinding jelas kelihatan) telah di tukar sepenuhnya kepada bangunan untuk walit. Hasil bicara setempat.. walit telah membantu pemilik bangunan menukarkan semula status dari seorang bunkrupt kembali semula kepada Jutawan.. mungkin doanya telah dimakbulkan walaupun dia kaum cina.. Maha Suci Maha Kaya Tuhan Seluruh sekelian Alam sentiasa mendengar doa hamba-hambanya.

Waaa.....jln2 cr walit le Pok Din nie erk,best2 biggrin.gif saye br nk mule bisnes ni,ayah saye yg sungguh2 nk buat bisnes ni.Skrg pnjmn ngn MARA dh lulus,kitorg dh sain sume agrement tu.Bayaran direct ke kontaktor tu,BINA AGRO ape ntah kontraktor tu.Pok Din penah dgr x syarikat tu?Kadang2 tu takut jgk,yelh buatnye kontraktor tu buat hal.x psl2 lesap duit tu sad.gif insyaallah kalu sume dh berjln lancar nanti,blh le ajk Pok Din tgk2kn nanti erk tongue.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites
QUOTE(mohdrozmi @ Nov 8 2008, 09:32 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam...
Pok den macam mana mau tengok diorang punya laman web penganjur kursus ni?
masih ada tempat kosong lagi ker?
macam mana nak kontik pok den kalau mau booking?

Tinggalkan No tel untuk Pok Den hubungi. Pok Den Leh tolong 5 orang jer lagik. Tambang kapal Terbang sendiri urus tau. Last Date untuk 'confirmation secure seat' n urusan bayaran adalah pada 22 Nov 2008 (Sabtu).

QUOTE(mitsui83 @ Nov 9 2008, 12:41 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Waaa.....jln2 cr walit le Pok Din nie erk,best2 biggrin.gif saye br nk mule bisnes ni,ayah saye yg sungguh2 nk buat bisnes ni.Skrg pnjmn ngn MARA dh lulus,kitorg dh sain sume agrement tu.Bayaran direct ke kontaktor tu,BINA AGRO ape ntah kontraktor tu.Pok Din penah dgr x syarikat tu?Kadang2 tu takut jgk,yelh buatnye kontraktor tu buat hal.x psl2 lesap duit tu sad.gif insyaallah kalu sume dh berjln lancar nanti,blh le ajk Pok Din tgk2kn nanti erk tongue.gif

Takat nak tengok no hal punyer.. tongue.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...