Jump to content
Pok_Den

Penternakan Sarang Burung Walit

Recommended Posts

Pok Den, saya dari Malaysia dan hendak mula bisnes sarang burung walet di Malaysia. Sebelum saya mulakan ternakan sarang burung walet ini, saya hendak belajar cara untuk membina rumah sarang burung walet, tatacara dan segala maklumat tentangnya. Bolehkah Pok Den mencadangkan kepada saya bagaimana hendak mencari sekolah atau institusi atau tempat sesuai untuk membelajarinya?

Kerjasama Pok Den amat dialu-alukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sekian. Terima kasih.

Vincent

Kuala Lumpur

Malaysia

Email: [email protected]

Telefon bimbit : 006-012-2366706

En. Vincent. Dalam dunia nih belum ada secara rasmi ditubuhkan sekolah atau institusi yang boleh mengajar secara standard tentang penternakan sarang burung walit nih. Apa yang ada sekarang adalah kumpulan orang-orang yang telah menjalankan penternakan walit, dari situ pengalamanya digunakan untuk membantu membina rumah burung orang lain, perkhidmatan seperti ini dikenakan bayaran perkhidmatan. Dari sini timbul istilah Konsultan. En. Vincent tak perlu risau, kita sama² belajar kat dalam nih sampai paham, lepas tuh boleh gelar diri sendiri sebagai konsultan... :lol:

Edited by pok_den2000

Share this post

Link to post
Share on other sites

minta tolong sikit, siapa antara sini yang tahu mana tempat nak dapatkan cd suara burung walit di malaysia

Secara umum ada banyak cara untuk dapatkan suara burung walit.

1. Secara alami dengan merakam suara burung walit menggunakan peralatan audio visio. Boleh juga bawa masuk burung kat dalam studio :lol:

2. Buat sendiri bunyi menggunakan gabus.

3. Tukar² dengan kengkawan

4. Beli dari kedai penjual suara. Kat malaysia ada beberapa penjual "saja tak nak sebut nama company"

Share this post

Link to post
Share on other sites

Kepada Individu yang nak menceburkan diri dalam Penternakan nih, secara tidak sedar anda perlu dilengkapi dengan ilmu zoology.

Untuk kefahaman awal berikut susunan keperluan/kepentingan Penternakan Sarang Burung Walit mengikut kepentingan

1. Suhu :25-29 darjah celcius

2. Kelembapan / Humidity :75% RH - 85% RH

3. Cahaya :1-2 candle foot atau 10-18 lux.

4. Ruang / Keluasan Bangunan :Belum ada standard untuk keluasan bangunan. Kecil, besar bukan masalah.

5. Suasana Bau²an / Aroma :Bauan selain walit akan memberi impak besar cth: Semen, Masakan, Pemangsa

6. Keselesaan / Keamanan :Bebas dari ganguan sama ada manusia atau haiwan pemangsa

7. Suara / Bunyi²an :Bunyi Burung Walit Asli atau Bunyi Buatan

8. Makanan :Makanan dari Habitat Asal atau Makanan tambahan yang dibuat sendiri.

9. Persekitaran :Lebih baik bersebelahan dengan sungai. Laut, kilang, kurang sesuai.

10 Jenis bangunan :Bangunan Batu lebih baik. Kayu, Zink, Fiber pon boleh tapi leceh skit.

Sekiranya ada maklumat lain boleh tambah kat sini.

Edited by pok_den2000

Share this post

Link to post
Share on other sites

syarikat saya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan mengadakan kursus untuk penternakan burung walit, perundangan, pelaburan dsbnya. Peserta kursus akan diberikan sijil oleh JPH. Next kursus di Ipoh pada 16hb April 2008. Kursus adalah untuk bakal pengusaha dan pengusaha sedia ada. Sesiapa nak tau lebih lanjut, sila ctc sy at 017 612 2152

Sorry....silap type ctc number daaa... :lol:

Boleh ctc saya: 017 617 2152 or sahar : 017 281 0021.

tks...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Maklumat seperti ini amat dialu-alukan. Sebaiknya masukkan maklumat cam nie

Tarikh Kursus:

Tempoh Masa:

Bayaran:

kandungan Kursus:

Bakal Penceramah: <- Nie pon penting. Manalah tau jenis tangkap muat jer.. (Bidan Terjun Tingkap)

Tahap Kursus: Bigginer / Intermidiate / Advance <-yang nie memang sangat penting agar yang hadir tak buang masa mendengar perkara yang sama jer.. (melainkan nakkan sijil dari JPH hehe..)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Nesting Planks

Nesting Planks merujuk kepada papan sirip dimana burung walit merehatkan diri dan membuat sarang. Boleh juga diistilahkan sebagai tempat isterehat atau tempat bersantai selepas seharian terbang mencari makan. Selain itu, dapat diertikan sebagai tempat pembiakan burung walit.

Lebar Nesting planks yang digunakan papan 1"x6" dengan terdapat 2 atau 3 jalur sebelah bawah iaitu 2" ke bawah bertujuan memudahkan burung walit mencengkam kukunya. Ini perlu memandangkan burung walit tidak mempunyai keupayaan melonjakkan diri sebagaimana burung yang lain.

Share this post

Link to post
Share on other sites

akum dan salam sajehtera....

saya ni orng kedah dan skg ni menetap di sabah....saya nak tanya sikit tentang jenis sarang hitam...berapa kah harag pasaran sekilo untuk sarang yang belum di proses dan bagaimana nak cari pembeli sarng burung ni??sekarang ni saya ada try melabur duit dengan kawan di lahad datu untuk membeli sarang hitam dari gua madai??cuma saya tengok kebanyakan informasi yang ada di internet hanyalah berkenaan sarang putih...adakah sarang hitam ni kurang permintaan atau bagaiman...Boleh sesiapa tolong jawab pertanyaan ini....timakasih.....

:rolleyes:

Salam semua,

Saya mewakili Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (PUSHPIAM) menjemput sedara/sedari menyertai persatuan kerana banyak faedah yg akan diperolehi. Persatuan juga mempunyai projek induk iaitu projek rumah burung layang² (walit) untuk ahli². Ahli² yg tidak mempunyai modal dana/sumber kewangan disediakan.

www.pushpiam.com

Tajudin - 013-5088275

Salam kpd en tajudin dan semua ahli pushiam.. saya ada datang taklimat hari tu di ukm, bangidan saya sangat berminat dengan industeri ini. Saya ada tanya dengan wakil drp konsultat burung walit ni mengenai tapak yg sesuai untok burung walit. Nampaknya dia tidak menggalakan projek tersebut di dirikan di tanah sendiri yang belum di kenalpasti potensinya kerana kos nya yg tinggi, terutama tanah tersebut terletak lembah kelang. Pada saya kalau ianya sesuai di tanah sndiri, kenapa kita mesti sewa tanah orang? Tak pa lah kita keluarkan belanja sedikit untuk kenal pasti potensi, tetapibila dah berjaya ianya tahan lama seumur dengan tanah tu sendiri. Kawasan yang saya cadang kan tu di Ulu Yam Baru, kawasan pertanian yg di kelilingi oleh bukit bukau yg masih belum di teroka. Di Serendah, 10km dari situ telah ada pun pengusaha di atas rumah kedai.. jadi saya pasti tentu kawasan ulu yam pun sesuai. Selain dari itu, kawasan ini luas dan potensinya sangat baik untuk ahli2 pusphiam, banyak tanah boleh di sewa untuk bena sarang burung untuk ahli2. Harap dapat respond dr tuan.

Share this post

Link to post
Share on other sites

PENENTUAN LOKASI

Berikut dapat dijadikan panduan lokasi sesuai penternakan Sarang Burung Walit.

1. Kawasan Bersebelahan sungai

2. Kawasan Paya

3. Kawasan Bakau

4. Berdekatan dengan Gua Batu Kapur

5. Kawasan Sungai Mati

6. Kawasan Sawah Padi

7. Kawasan Kolam Penternakan

8. Kawasan Sentra Walit

9. Kawasan Laluan Penerbangan Walit

10. Kawasan Perburuan Walit.

Dan untuk menentukan kawasan tersebut mempunyai potensi bolehlah dilakukan teknik dipanggil 'Test Location' dengan menggunakan Audio/suara tertentu. Penternakan di tanah sendiri mempunyai pro dan kontra. Kebaikan - tiada sewa dan wang yang dilaburkan tidak banyak. Kelemahan - mungkin nak kena tunggu lebih lama untuk melihat hasil penternakan.

Tetapi saya sendiri berpendapat, pelaburan jenis ini adalah Pelaburan Jangka Panjang, jadi tidak salah membuat Rumah Burung Walit di kawasan pedalaman seperti di Ulu Yam, Selangor. Perlu diingat, radius penerbangan burung walit mencari makanan sekurang-kurangnya 80km. Berkaitan dengan kawasan Ulu Yam, Selangor. Perlu diingat semasa membina Rumah Burung Walit kena pastikan 'rooving area' diluar rumah burung tidak terdapat ganguan seperti pokok tinggi dsb.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Salam kpd en tajudin dan semua ahli pushiam.. saya ada datang taklimat hari tu di ukm, bangidan saya sangat berminat dengan industeri ini. Saya ada tanya dengan wakil drp konsultat burung walit ni mengenai tapak yg sesuai untok burung walit. Nampaknya dia tidak menggalakan projek tersebut di dirikan di tanah sendiri yang belum di kenalpasti potensinya kerana kos nya yg tinggi, terutama tanah tersebut terletak lembah kelang. Pada saya kalau ianya sesuai di tanah sndiri, kenapa kita mesti sewa tanah orang? Tak pa lah kita keluarkan belanja sedikit untuk kenal pasti potensi, tetapibila dah berjaya ianya tahan lama seumur dengan tanah tu sendiri. Kawasan yang saya cadang kan tu di Ulu Yam Baru, kawasan pertanian yg di kelilingi oleh bukit bukau yg masih belum di teroka. Di Serendah, 10km dari situ telah ada pun pengusaha di atas rumah kedai.. jadi saya pasti tentu kawasan ulu yam pun sesuai. Selain dari itu, kawasan ini luas dan potensinya sangat baik untuk ahli2 pusphiam, banyak tanah boleh di sewa untuk bena sarang burung untuk ahli2. Harap dapat respond dr tuan.

boleh sedara sabjaya berikan nama dan no tel.

Share this post

Link to post
Share on other sites

boleh sedara sabjaya berikan nama dan no tel.

cik din, saya razak dr klang.hari tu tak berkesempatan utk ke bangi utk dengar taklimat..si area pekan sabak bernam saya nampak ada sorang tokey cina buat banglo khas utk burung walit..hajat di hati nak buat projek serupa tapi modal kureng....

apa komen awak..tq

Share this post

Link to post
Share on other sites

sori bebanyak. nak tanya nih.. dok tgh rancak bincang pasal bisnes ni, satu persoalan timbul. virus H5N1 atau selsema burung ni tak efek ke kat sarang burung tuh?? risau nih.. tadi masa baca thread ni ada sorang dari indonesia kata bisnes ni no.1 kat sana. heboh gile... baru2 ni plak indonesia dikejutkan lagi dengan virus tuh...

explain..

Begini En. Razak, bagi yg tiada modal kita akan jalankan projek ini secara berkumpulan. Kita akan adakan perjanjian antara tuan tanah dimana peserta projek perlu membayar nilai pajakan tanah selama 30 tahun. Perjanjian antara Aeroswift sebagai perunding yg akan menguruskan projek dan juga perjanjian antara perserta.

En. Razak nak keluarkan modal sendiri? PUSHPIAM juga mencari sumber kewangan untuk ahli² yg tiada modal.

Untuk pengetahuan semua,

Jangkitan selsema burung dibawa oleh burung dari luar yg berhijrah. Burung² yg membawa jangkitan ini singgah disesuatu kawasan utk berehat. Burung² ini bertenggek atau berjalan diatas tanah sambil melepaskan najis². Dan najis² ini akan jatuh ditanah.

Aerodaramus Fusiphagus tidak mencari makanan di atas tanah tetapi makanan seperti unggas² yg beterbangan. Haiwan yg dijangkiti virus selsema burung biasa mencari makanan dgn cara mematuk diatas tanah dimana virus yg dibawa merebak melalui makanan yg terdapat diatas tanah.

kalau kita lihat selepas hujan, burung walit akan berterbangan dgn banyaknya utk mencari makanan, begitu juga dikawasan sawah.

Saya harap ianya serba sedikit menjawab pertanyaan tersebut.

0135088275 (Tajudin)

www.pushpiam.com

Share this post

Link to post
Share on other sites

Begini En. Razak, bagi yg tiada modal kita akan jalankan projek ini secara berkumpulan. Kita akan adakan perjanjian antara tuan tanah dimana peserta projek perlu membayar nilai pajakan tanah selama 30 tahun. Perjanjian antara Aeroswift sebagai perunding yg akan menguruskan projek dan juga perjanjian antara perserta.

En. Razak nak keluarkan modal sendiri? PUSHPIAM juga mencari sumber kewangan untuk ahli² yg tiada modal.

terima kasih atas feed back.

Untuk keluarkan modal sendiri = memang tak mampu la

Tapi kalau utk option pertama tu mungkin lebih realistik..satu lagi tapak cadangan di Johan Setia,klang(kawasan pertanian)..tak nampak lagi banglo burung..entah ada potensi entah tidak tapi area bandar klang memang dah banyak tokey2 cina buat/convert kedai jadi sarang burung..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pembetulan:

Saya sebagai salah seorang ahli sains ingin membetulkan fakta mengenai burung walit ini (Edible-Nest Swiftlet).

1. Nama saintifik yang dinyatakan disini setelah diperhatikan dieja dengan salah dan menggunakan huruf besar serta tidak di'italic'kan atau digaris pada nama spesies.

Nama saintifik burung ini yang betul ialah: Collocalia fuciphaga Hirundo fuciphaga Thunberg @ Aerodramus fuciphagus (Thunberg, 1812)

2. Berikut ialah maklumat terkini IUCN mengenai burung ini: http://www.iucnredlist.org/search/details.php/48141/summ

Walau bagaimanapun data ini masih belum dikemaskini memandangkan IUCN mengemaskini data setiap empat tahun sekali dan kali terakhir di kemaskini pada tahun 2004. Data mengenai status burung ini dan kesemua spesies haiwan lain akan dijangka di keluarkan pada 19 Mei 2008 ini.

3. Mana-mana kesalahan atau perkara yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan oleh kerana spesies burung ini terletak di bawah Akta Perlidungan Hidupan Liar.

En. Razak, PUSHPIAM akan mengadakan sesi taklimat sekali lagi di UKM, Bangi pada 18/5/2008.

Boleh hadir utk penerangan lebih lanjut.

Tajudin

013-5088275

Pembetulan:

Saya sebagai salah seorang ahli sains ingin membetulkan fakta mengenai burung walit ini (Edible-Nest Swiftlet).

1. Nama saintifik yang dinyatakan disini setelah diperhatikan dieja dengan salah dan menggunakan huruf besar serta tidak di'italic'kan atau digaris pada nama spesies.

Nama saintifik burung ini yang betul ialah: Collocalia fuciphaga Hirundo fuciphaga Thunberg @ Aerodramus fuciphagus (Thunberg, 1812)

2. Berikut ialah maklumat terkini IUCN mengenai burung ini: http://www.iucnredlist.org/search/details.php/48141/summ

Walau bagaimanapun data ini masih belum dikemaskini memandangkan IUCN mengemaskini data setiap empat tahun sekali dan kali terakhir di kemaskini pada tahun 2004. Data mengenai status burung ini dan kesemua spesies haiwan lain akan dijangka di keluarkan pada 19 Mei 2008 ini.

3. Mana-mana kesalahan atau perkara yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan oleh kerana spesies burung ini terletak di bawah Akta Perlidungan Hidupan Liar.

Typo error, terima kasih atas teguran anda.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Pembetulan:

Saya sebagai salah seorang ahli sains ingin membetulkan fakta mengenai burung walit ini (Edible-Nest Swiftlet).

1. Nama saintifik yang dinyatakan disini setelah diperhatikan dieja dengan salah dan menggunakan huruf besar serta tidak di'italic'kan atau digaris pada nama spesies.

Nama saintifik burung ini yang betul ialah: Collocalia fuciphaga Hirundo fuciphaga Thunberg @ Aerodramus fuciphagus (Thunberg, 1812)

Saya setuju dengan pandangan anda. Cumanya hanya sebelum ini dikenali dengan Collocalia tetapi selepas itu diselaraskan dengan nama Aerodramus.

3. Mana-mana kesalahan atau perkara yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan oleh kerana spesies burung ini terletak di bawah Akta Perlidungan Hidupan Liar.

Selain itu, spesies ini termasuk dalam senarai CITES. Oleh itu apa-apa transaksi atau jual-beli kena mendapat kebenaran mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar

Share this post

Link to post
Share on other sites

Salam,

Syarikat kami ASIARASA Resources, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan mengadakan kursus G.A.H.P. pada 20hb Mei, 2008 di Hotel Seri Costa, Melaka. Antara penceramah yang akan hadir pada hari tersebut adalah dari Jab. Perkhidmatan Haiwan (GAHP), Seksyen Virologi MVKPJ, Peg. Jab. Kerajaan Tempatan KPKT (PBT), AGRO Bank (Loan), MARA dan consultant yang dijemput oleh Jab. Per. Haiwan. Sijil yang dikeluarkan oleh JPH akan diberikan kepada peserta di akhir kursus. Kursus boleh disertai oleh Newbiz/penternak yang ingin memohon lesen/penternak yang belum mendapat sijil. Sesiapa berminat boleh ctc saya: Jijan 017 - 617 2152 / Sahar 017 281 0021.

Terima kasih

Share this post

Link to post
Share on other sites

Assalamu’alaikum. Dulu ingat nak masuk bagi sikit komen, tapi lupa pula password, entah macam-mana ingat balik pula baru2 ni. Sebulan yg lepas ada seseorg nak tanya saya berkenaan dgn cara2 utk start rumah walit, tujuannya utk jimatkan kos, yakni tak payah bayar/guna khidmat consultan. Saya cuba balas tapi tak boleh sebab saya ni tak berapa faham sangat dgn kecanggihan IT sekarang ni. Walau bagaimana pun saya yg masih mentah lg ni, nak berkongsi sikit pengalaman yg ada (baru 23 bln, ibarat bayi yg baru nak belajar bercakap). Pok_Den pun ada juga suruh saya kongsi sikit dgn teman2.

Rumah walit saya terletak di Selangor, 23’X60’ keluasannya, jauh juga rasanya dari laut & sungai. Roving room - 15’X17’. Di dlmnya ada lagi bilik kecil (8’X8’). Lubang masuk, 2’X3’. Ada beberapa besin guano (najis walit) & air diletakkan di dlmnya. Atas & bawah roving room ada kolam air. Suhu, kelembapan & kegelapan mengikut spesifikasi yg dikehendaki. Kos bangunan tak payah sebutlah, yg penting sesuai utk walit, cukup saya katakana ianya dibina drp konkrek bt pasir & atapnya ardek & terdapat lubang angin di sekelilingnya. Kos consultan RM40k. (mungkin consultan lain berbeza bayarannya, boleh jadi lagi murah). Ia termasuk kos menyediakan/memasang kayu (1â€X4â€) pd ceiling, sistem audio yg lengkap (utk suara dlm 2 dvd 24 jam & suara luar 1 dvd 7 pq – 8 mlm), humidifier, hormon (sejenis cecair yg di sembur di seluruh bahagian dlm – pd peringkat awal saja), beberapa besin guano & khidmat nasihat. Khidmat nasihat ini termasuk reka-bentuk bangunan, pemantauan & jaminan sahingga walit masuk buat sarang.

Lain2 benda teknikal tak payahlah sebut sebab Pok_Den dah banyak beritahu dulu. Kalau kita kumpul semua maklumat yg telah dibicangkan dahulu oleh Pok-Den & beberapa cerdik-pandai yg lain, maka sekarang ini kita dah tahu segala ilmu tentang walit. Apa yg perlu ialah, lets start. Modal? (don’t ask me), sebab banyak yg dah dibincangkan dulu. Maaf, boleh tanya sikit? Betulkah org kita ni tak ada wang? Kalau soalan itu ditujukan kpd saya, jawabnya TIDAK!!. Mungkin yg berwang tak berminat (atau mungkin tak tahu) dlm industri ini. Dulu, saya katakan TPM kita penyokong kuat industri ini, nah baru2 ini pula dlm HarakahDaily diberitakan, MB Kelantan pula turut tertawan & mengharapkan industri ini akan menjadi tarikan pelancung di Kelantan. Lihat, betapa hebatnya sang walit ini. Saya sendiri merasakan apabila melihat walit berterbangan & keluar masuk lubang rumahnya menjadikan jiwa saya tenteram sekali. Kepada rakan2 yg sering mengalami tekanan, cuba gunakan kaedah yg saya alami ini. Kalau tengok walit org lain mungkin tak sehebat yg sendiri punya. Jadi kena mulakanlah.

Baiklah, sekarang persoalannya nak pakai consultan ke tidak? Dulu semasa saya menghadiri kursus ternakan walit, saya bertemu dgn seorg hamba Allah yg mempunyai rumah walit di tingkat atas bangunan yg dia sewa ,bawah dia buat pejabat & kawasan itu memang banyak terdapat rumah walit. Dia tak pakai consultan, jadi jimat kos. Saya tanyalah, dah berapa banyak jualannya, dia jawab rumah walitnya yg ketika itu dah 2 thn hanya ada 6 sarang, walhal saya punya pd waktu itu jauh lebih banyak walau pun hanya 10 bln, apatah lagi kalau nak dibandingkan sekarang. Nampak tak masaalahnya? Kebanyakan yang gagal adalah mereka yg tak berani nak keluar wang (maaf, terus terang saya katakan). Tapi kalau tuan memang pakar betul dlm industri ini, lain cerita, beli saja alat2 yg diperlukan & upah org pasang atau kalau boleh pasang sendiri, lagi cantik. Bg saya, walaupun ada sikit pengalaman tapi tak berani nak jadi consultan, sebab kalaulah betul2 walit tak buat sarang, macam-mana? Berlainan dgn consultan yg qualified atau berpengalaman (contohnya consultan yg saya engaged tu, dia dah terbabit dlm industri ini selama belasan thn & lg dia sendiri ada rumah walit hampir 30 buah). Saya difahamkan bahawa di mana2 tempat di negara kita ni memang sesuai untuk walit tinggal, asalkan betul reka-bentuk rumahnya termasuk sistem audionya, dll. Jauh dari laut atau sungai pun taka apa, tapi kalau dapat macam yg Pok_Den sarankan dulu tu lg baik. Peringatan; nak guna consultan pun kena berhati2 tak boleh hentam keromo saja. Harap2 Jabatan Haiwan atau agensi2 kerajaan yg lain berupaya utk memainkan peranan sebagai consultan, tanpa mengenakan caj atau kalau ada pun cuma minimal saja.

Seperti yg saya katakan dahulu pulangan drp perusahaan ini agak lama (lihat komen saya pada Nov. 07). Walaupun saya setakat ini dah merasa 2 kali hasil jualannya & yg ke3 akan menyusul tak lama lg, namun sebenarnya utk mendapatkan pulangan bulanan yg tetap ianya cuma berlaku dari thn ke3 (secepatnya) atau thn ke5 (selambat2nya), terkecualilah tempat yg kita buat tu memang lubok walit, ini lain cerita. Macam satu sahabat buat rumah walit di Pulau Jawa, bln ke3 dah jadi OKB. Rumah tak siap lagi walit dah tak sabar2 nak masuk!! Saya rasa bab tunggu lama inilah yg menyebabkan banyak org kita tak berapa minat. Maaf sekali lagi, banyak yg minat macam yg Pak Man Telo buat dulu, ingat lagi tak? Utk maklumat, saya diberitahu oleh seseorg bahawa ada seorg pengusaha Cina yg dikenalinya mempunyai rumah walit yg terletak di selatan tanah air, yg saiznya lebih besar dari yg saya punya & berusia 5 thn. Percayakah tuan kalau saya katakan bahawa tauke Cina tu dapat hasil bulanannya sebanyak RM100k? Kalau saya tunggu sampai 5 thn, tak tahulah berapa saya akan perolehi. Jgn tamak, kalau dapat 5-10% drp itu pun dah kira Alhamdulillah, syukran jazilan!!

Kalau kita tinjau di tingkat atas rumah2 kedai di merata tempat di negara kita ini (kecuali KL, Putra Jaya & cities yg seumpamanya), contohnya bandar Klang, jumlah rumah walitnya memang banyak sekali (bukti bahawa industri ini mendpt sambutan “gilaâ€) & jgn terperanjat kalau ternampak pengusaha2 Cina (yg saya lihatlah) sanggup menjadikan tingkat atas rumah kedai di tengah kota (Klang ni mungkin dlm 10 thn lg bertaraf bandaraya) yg baru dibeli dgn harga jutaan RM (yakni rumah kedai yg baru siap dibina), untuk rumah walit. Bangunan baru dipinggir kota tak hairan sangat (macam gambar yg Pok_Den tunjuk). Amacam, kita berani tak? Baiklah bg yg mampu ayoh, mari kita mulakan. Mungkin satu hari nanti, ada satu pertubuhan baru yg bernama, Persatuan Pengusaha2 Walit Melayu Semenanjung Malaysia atau yg lebih besar lagi, Persatuan Pengusaha2 Walit Bumiputra Seluruh Malaysia. Harap2 waktu itu saya dapat jadi salah seorg ahlinya pun jadilah. Manalah tahu, Presidennya pula ialah Pok_Den!! Ampun maaf & salam hormat dari saya, WASSALAM.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Salam,

Alhamdulillah, kursus kami telah selamat diadakan di Melaka pada 20hb May. Seramai 22 orng telah hadir, 1 orang Melayu, 1 orang India, dan selebihnya Chinese. Kebanyakkan newbiz and nampaknya semua bersemangat. Semua telah menerima Sijil daripada Jab. Perkhidmatan Veterinar (dulu Jab. Per. Haiwan) di akhir kursus dan penceramah yang kena serang ( byk terima soalan), adalah dar PBT dan Bank pertanian. Next kursus mungkin di Shah Alam Selangor. If confirm nanti saya akan bagi tau.

Terima kasih kepada yang sudi telefon tapi tak dpt hadir. Mungkin bulan depan di Shah Alam ye.

Tolong inform kat saya yer bila taklimat akan diadakan di Shah Alam.Citer la kosnya sekali..Bleh la kumpul duit :lol: TQ

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...