Jump to content
10sen

Jai Network System Sdn Bhd (jnssb)

Recommended Posts

kepada saudara 10sen,

walaupun u bkn upline saya...saya tetap tak puas hati...

mane janji2 upline dlu..

ble dah terjadi..

hanya blh cakap....

minta maaf...piiiirahhhhhhhh...jnssb...

mampus la ko jailani...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kpd 10sen, ko kene ganti duit diorang ni semua. baru la ko dianggap pembuka topik yg bertanggungjawab. heh

kpd org2 yg bengang ngan upline tuh, korang tak penah ke cari downline dan tabur janji korang mcm yg upline korang buat? heh

kwn aku ada gak ajak aku join jai ni dulu. tp takde la promote gila2. nasib baik tak terjebak sekali. selamat duit aku :D

Edited by mozou

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah berbulan aku x masuk cni...baru aku tahu jai dah berkubur...dulu aku nasihat korang x dengar kena maki lagi ada...smpai aku x join berbulan dah skrg amek la pengajaran...jangan join benda2 gini lagi..jangan close thread ni mgkin orang nak baca sebagai rujukan dan amek iktibar

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum kepada semua. memandangkan jnssb dah berkubur berdasarkan maklumbalas drpd rakan2 di sini, saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kpd semua sekiranya kewujudan thread ini telah menyusahkn kehidupan anda semua. seperti yg telah saya nyatakan sebelum ini, tujuan saya ikhlas hanya ingin berkongsi peluang dan x pernah terniat untuk membawa beban kepada anda semua. namun dukacita krn sekali lagi kita tertipu dgn janji2 manis org yg sebangsa dan seagama dgn kita. seperti anda semua, saya sendiri turut merasa sama beban seperti anda semua. insya'allah kpd yg terlibat secara direct melalui saya, akan saya cuba bantu. kpd ahli2 yg lain, saya minta berbanyak2 maaf sekali lagi kepada anda semua. kepada saudara cikgu reza, semut dll, terima kasih kerana menyedarkn saya walaupun telah terlambat. semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua pada masa akan dtg. sekian. :(

Salamm semua.. saya member baru, panggil saya Azhar... kebetulan search nak cari member2 yang minat berniaga alat2 penjimat minyak.. jumpa thread ni... saya tak tau la boleh iklan ke tak dalam ni.. kalau boleh bagus la...

Saya sedang mencari dan membuat pendaftaran awal kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Stokis Kawasan dan Pengedar untuk MyGreenOil, penjimat minyak yang murah tetapi berkesan. Mendapat pengesahan dari SIRIM QAS International, Puspakom, Speedworks, USM dan sanggup pulak syarikat Insuran Allianz menginsurankan produk ini sebanyak rm1juta kalau ada kenderaan yg rosak bila guna bahan ini. Iss.. kalau tak terbukti dan tiada pengesahan2, saya rasa tak de satu pun sykt insuran yg sanggup.. betul tak?

Saya sedang mencari sesiapa yang betul2 nak berniaga, macam cina meniaga supply spareparts la utk jadi stokis bagi Kawasan Kawasan di Selangor dan KL.. sebab dia kena sentiasa boleh supply kpd pengedar2 berhampiran atau dibawah jajahannya nanti... stokis akan dibantu dengan iklan iklan dalam paper untuk memudahkan pengedar mengambil barang dari stokis...

sahabat2..! ini perniagaan, bukan skim2 cepat kaya. Jadi kalau nak duduk saja2 duit masuk, memang tak ada lah... tapi insyaallah, dengan iklan yg kita bantu, pengguna2 akan mula menggunakan minyak ini, pengedar2 akan sibuk membekalkan dan stokis2 akan sibuk menyediakan produk ini... maklumat lanjut tentang produk boleh didapati dari www.mygreenoil.com. Bukalah untk maklumat lanjut.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di 019-2790060 segera untuk mengetahui kawasan2 yang kosong sebagai stokis. Modal???? Memang kena modal sebab barang nak kena ada dalam simpanan, kalau tak.. melopong la pengedar nak amik barang nanti... betul tak... Untuk Stokis, modal pusing kena ada rm5,000 untuk mendapatkan stok permulaan yang sama nilainya. Tak ada caj caj untuk jadi stokis, duit tu semua untuk dapatkan stok. Macam org nak bukak stesen petronas, kena ada duit pusing... orang nak meniaga berger kena ada duit modal jugak kann?

Sebagai orang yang berpengalaman dalam bidang jualan dan promosi, saya secara peribadi akan membantu stokis dan pengedar dengan menyediakan training2 berkaitan jualan, promosi kaunter, mencari peruncit dan pengedar, menentukan lokasi promosi dan banyak lagi....

Untuk Pengedar pula, modal pusingan awal untuk membeli siok dari Stokis hanyalah rm700 sahaja. Tapi harga kos mmg tinggi sikit dari stokis.. untung masih tinggi, dont worry.

Pendekkan cerita.. jangan kecewa dengan kegagalan kerana bagi kita orang berniaga, kegagalan sebenarnya TIADA.. kita cuma BELUM BERJAYA! BELUM BERJAYA! BELUM BERJAYA!

Hubungi saya utk Stokis dan Pengedar... 019-2790060 Azhar, Stokis untuk Kawasan Selangor Dan KL sahaja. Pengedar, seluruh Malaysia.

Tankiu

Share this post


Link to post
Share on other sites

janji manihmu...tebu dibibir...muahahahah..

Betulah kata uncle tu.. dulu masa musin swiicash, mcm tu lah saya kena bila bagi nasihat.. alhamdulillah, kebenaran muncul jua.. udah2 ler dgn cara nak cepat kaya ni.. tu saya bagi peluang tu, minyak nak naik harga... org mengeluh duit makin kurang, sahabat2 yang meniaga mygreenoil nanti memgeluh duit makin banyak....

salammm

Share this post


Link to post
Share on other sites

KUANTAN: Sepasang suami isteri yang merupakan pengarah sebuah syarikat swasta dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 189 pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan hampir RM170 juta.

Dr. Jailani Jabar, 48, menghadapi 106 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM98.7 juta manakala isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, didakwa atas 83 tuduhan melibatkan RM71.3 juta. Mereka dituduh melakukan aktiviti itu dari Februari 2006 hingga Oktober 2007.

Mereka yang merupakan pengarah syarikat Jai Network System Sdn Bhd di Jalan Beserah di sini dituduh menggunakan wang tersebut yang merupakan hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram untuk pelbagai kegunaan termasuk membayar deposit pembelian hartanah, pembayaran ansuran pelbagai jenis kereta, pemindahan ke akaun milik mereka serta mendapatkan hak pengedar minyak hidrogen.

Mereka didakwa mengikut Sub Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka yang ditahan semalam bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah Mahkamah Sesyen yang mengambil enam setengah jam bermula 3 petang sehingga 9.30 malam ini.

Di Mahkamah Sesyen yang pertama, Jailani menghadapi 28 pertuduhan dan Latifah sebanyak 36 pertuduhan manakala di Mahkamah Sesyen kedua, pasangan suami isteri itu masing-masing menghadapi 39 dan 24 pertuduhan dan di Mahkamah Sesyen ketiga, masing-masing menghadapi 39 dan 23 pertuduhan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Jailani dan Latifah memandangkan keseriusan kes itu yang membabitkan jumlah wang yang besar.

Bagaimanapun, peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu memandangkan Jailani mempunyai empat isteri dan 13 anak selain aset mereka telah dibekukan.

Hakim di ketiga-tiga mahkamah iaitu Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain dan Hakim Habibah Mohd Yusof kemudian membenarkan ikat jamin yang keseluruhannya berjumlah RM848,000 bagi Jailani dan RM415,000 bagi Latifah, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 11 Ogos depan sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Jagjit Singh selepas membenarkan permohonan Dzulkifli bagi perbicaraan serentak. BERNAMA

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pergi mampos DR JAI dan konconya.. makan duit haram... aku antara orang yang termakan hasutan dowline DR Jai..

sebelum menyertai mana-mana program/syarikat jualan langsung, adalah menjadi satu kewajipan menyemak di dalam DSAM (Direct Selling Association of Malaysia).. Adakah syarikat tsbt tersenarai di dalam DSAM. Jika tidak tersenarai, wajib jauhi kerana jika mendekati syarikat yang tidak ada dalam DSAM, memang kena jadi macam ni lah spt semua yang join JAI NETWORK.

Kan ada banyak syarikat MLM di Malaysia yang berdaftar dibawah DSAM yang boleh anda join. Kan lebih mudah... Tak banyak masalah.. Cuma nak berjaya dalam syarikat yg anda pilih tu, anda perlu ikut lah langkah dan sistem kerjanya. Barulah anda boleh berjaya.. Usaha anda, komitmen anda, masa anda korbankan untuk kejayaan anda dan kerjasama anda bersama UPLINE anda saja yang boleh buatkan anda berjaya dalam sesebuah syarikat MLM yang anda pilih.. Pastikan syarikat tersebut berdaftar dgn DSAM.

Kegagalan hari ini, jadikan sebagai satu pengajaran untuk anda lebih berjaya pada masa akan datang kerana melalui MLM, ramai orang dah berjaya menjadi jutawan pun. Bagaimana mereka berjaya? Mereka memilih syarikat yang betul, produk yang selalu mereka gunakan (tanpa perlju membeli apa yang tak perlu mereka beli), mereka ikut sistem yang betul dan amat penting mereka mengikut segala kursus dan training usahawan yang dianjurkan syarikat. (di US, MLM pun kena belajar iaitu di Universiti Ilyinois, ada subjek MLM). Orang malaysia ramai yang takmau pergi kursus, macam mana nak berjaya....

Kegagalan hari ini, tidak akan menyebabkan anda gagal buat selama-lamanya.

Yang paling baik, anda cuma perlu fikirkan kebenaran dan jadikan sebagai satu pengalaman. Anda pasti boleh berjaya. kerana saya yakin anda mempunyai keyakinan diri yang amat baik dan anda juga seorang yang pandai. Buatlah perniagaan MLM yang berdaftar dgn DSAM kerana syarikat ini dah bertapak di Malaysia sudah berbelas tahun. Buat saja, insyaallah anda berjaya...

izwan

0193319897 atau 0192727068

[email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

aikkk aku baru nak join tngh search psl bisnes camniii dah manposs lak ..isk2

banyak lagi bisnes yg awak bleh buat. Tak susah mana pun..

Bezanya, nak dgn taknak je... nak kalau faham. taknak bila taknak ambik tau.. sebab tu ramai org melayu miskin. Bukan mereka tak boleh buat tapi mereka takmau buat. Pastu kutuk sana, kutuk sini, maki sana maki sini. Siapa yang dapat dosa? Tapi kalau pikirkan secara positif, banyak syarikat MLM di luar sana yang menjalankan mengikut akta jualan langsung dan berdaftar dgn DSAM, buat ajer .... pasti akan diberi tunjukajar dgn betul.. tapi disebabkan ramai yg cepat nak kaya dgn melabur duit beribu-ribu ringgit, so skrg siapa yang susah.. diri sendiri yang susah... Baik buat bisnes MLM yang sah dan modal kecik macam yang saya buat sekrang. :rolleyes: Dah le sangat mudah. Modal memang ada tapi tak banyak... Hanya perbelanjaan harian yang biasa-biasa kita beli je tiap2 bulan....

Boleh tengok dalam post saya k...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...