• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada [email protected] 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________

Kelab Bina Game: Tutorial Buat Game 2d

146 posts in this topic

Posted · Report post

err...C ngan C++ xjauh beza kan?

Jawapan: YA. TAK JAUH BEZA.

Bahasa C++ adalah 'enhancement' kepada bahasa C.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Asalamualaikum semua... fuhh minggu nie memang penuh dengan urusan kerja yang sibuk. Hari2 aku balik lewat malam dari ofis. So, kali ini nak sambung ler kita punya tutorial yang tertangguh. Okey, kita teruskan....

BAHAGIAN 6: ARAHAN UNTUK MENEMBAK!

Kapal Angkasa kita sekarang berupaya untuk bergerak ke kiri dan ke kanan dengan menggunakan arrow pada keyboard anda (arrow kiri dan arrow kanan). Kali ini, kita akan tambah sebijik lagi Actor iaitu peluru kapal angkasa berkenaan. Peluru nie, kita guna yang simple dah ler kan.... jadi, anda boleh buatkan sebiji peluru dan letakkan diluar kawasan segiempat seperti ilustrasi dibawah.

gameeditor-22a.jpg

Kita namakan Actor berkenaan "ship-shot" dan masukkan pula imej peluru kecik dan namakannya "shot".

gameeditor-23.jpg

Selepas itu, cuba anda tengok pada panel kawalan Actor Control dan perhatikan kat "Create at startup:", cuba klik pada butang YES dan gantikan dengan NO. Ini bertujuan untuk setkan actor berkenaan supaya tidak dihasilkan ketika permainan dimulakan.

gameeditor-24.jpg

Seterunya terdapat 2 jenis event yang akan dilalui oleh actor ini. Oleh itu kita akan buat event berkenaan satu persatu.

1. Event Pergerakan Peluru Ke Atas.

Apabila kita menembak, sudah pasti peluru yang dilepaskan akan bergerak menghala ke atas. Untuk membuat event ini, pada panel kawalan ship_shot tersebut, klik pada butang ADD disebelah tajuk Event. Pilihan berikut akan dipaparkan.

gameeditor-17.jpg

Cuba anda pilih "Create Actor" iaitu actor berkenaan akan dimunculkan daripada tiada. Dari situ muncullah pula panel berikut:

gameeditor-24b.jpg

... bersambung.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

.... sambungan.

Dari panel ini, kita akan klik pada butang Add Action dan dalam senarai berkenaan, pilih Script Editor.

gameeditor-19.jpg

Dalam Script Editor berkenaan, anda perlu masukkan sedikit kod untuk membuat peluru bergerak ke atas (paksi-y). Anda boleh taipkan kod berikut:

yvelocity = -5;

Seterusnya, klik pada butang Add di bawah Script Editor berkenaan dan pilih Immediate Action.

2. Event untuk menghilangkan actor

Kali ini, kita akan hasilkan pula satu lagi event yang berkaitan dengan actor ship_shot ini iaitu apabila peluru ini bergerak dan keluar daripada paparan resolusi yang dah kita setkan. Dalam erti kata lain, sudah tiada dalam skrin.

Pada panel kawalan yang sama:

gameeditor-24.jpg

Seperti pertama tadi, klik pada butang Add pada sebelah Event. Selepas itu keluar senarai pilihan event yang hendak kita pilih.

gameeditor-25a.jpg

Dalam seleksi pilihan berkenaan, kita pilih "Out of Vision", bermakna keluar daripada pandangan mata kita... hehehe.

gameeditor-25b.jpg

Dalam panel berkenaan pula, anda klik pada Add Action untuk memberitahu tindakan akan dilakukan apabila event berkenaan berlaku. Sesudah itu, senarai berikut dipaparkan.

gameeditor-25c.jpg

Anda bolehlah memilih "Destroy Actor"... yang sudah tentu bermakna memusnahkan actor berkenaan.

.... bersambung

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

... sambungan.

Apabila pilihan Destroy Actor diklik, panel berikut pula ditayangkan:

gameeditor-26.jpg

... dan jangan lupa klik pada Event dan pilihlah "Event Actor". Ini sebenarnya digunakan untuk memusnahkan aktor apabila sesuatu event itu terjadi. Oleh itu, apabila actor di hasilkan, maka tidak semua actor akan termusnah apabila satu action telah berlaku... sebaliknya satu persatu.

Klik OK seterusnya setkan Immediate Action (macam biasa...) dan kembali ke panel asal. Tutup panel ship_shot berkenaan dahulu dan relax.... hehehehe. (penat wooo buat tutorial nie....).

INTEGRASIKAN KAPAL ANGKASA & PELURU.

Sekarang peluru sudah kita setkan. Bagaimana nak integrasikan actor kapal angkasa (space_ship) dan peluru (ship_shot). Sekarang, cuba kita kembali semula ke panel space_ship dengan klik pada imej kapal angkasa (klik kanan mouse dan pilih Actor Control).

gameeditor-a7.jpg

Sekarang kita akan hasilkan event apabila menekan kekunci tembak... mungkin kita boleh gunakan kekunci CONTROL pada keyboard untuk tindakan menembak.

Pada kategori event, klik pada butang Add dan buat pilihan "Key Down"

gameeditor-17.jpg

Selanjutnya, pada panel Key Down Event berkenaan... anda boleh tekan pada keyboard anda kekunci Control.

gameeditor-27.jpg

Perhatikan juga pada panel kawalan berkenaan DISABLE kan butang ENABLE.

Selain itu, kita kena klik pada butang ADD dan pada senarai, pilih Create Actor.

gameeditor-28.jpg

... bersambung.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

... sambungan.

Cuba perhatikan baik2 panel Create Actor berkenaan.

Pada butang sebelah nama Actor: pilih ship_shot.

Pada butang sebelah nama Animation akan secara otomatiknya tertulis shot (iaitu nama imej peluru tadi).

Seterusnya, akhir sekali pada panel yang sama, klik pada butang Add dan pilih Immediate Action.

Anda telah selesaikan proses integrasi berkenaan!

Untuk menguji peluru berkenaan, anda bolehlah macam biasa.... klik kat GAME MODE kat menu atas tu.

gameeditor-29.jpg

Uji dengan menggunakan kawalan kekunci arrow kiri dan kanan selain menembak dengan menggunakan kekunci control. Selamat mencuba.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Wah lanog, dah ada tembak2 la... mcm game GALAGA.. :D.... enemy nye pulak... pastu tauk score... dah bleh main...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Wah lanog, dah ada tembak2 la... mcm game GALAGA.. :D.... enemy nye pulak... pastu tauk score... dah bleh main...

Lepas nie nak masukkan enemy plak, jangan bimbang.... Tapi tutorial nie terpaksa ditunda kerana cuti tahun baru cina... hehehehehe. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Cepat LanoG.. Trail version dah hampir luput :excl:

Ko dah try buat untuk game hs ke LanoG guna Game Editor nie??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Cepat LanoG.. Trail version dah hampir luput :excl:

Ko dah try buat untuk game hs ke LanoG guna Game Editor nie??

Hmmm... jangan bimbang tarikh luput sebab dia tak akan luput punya kalau korang pakai Demo Version. Aku dah guna lebih 2 bulan pun takde masalah tarikh luput pun. :blush:

http://game-editor.com/download.html

B1naryc0de, apa benda "game hs" tu, aku tak paham lerr... ?? Sila jelaskan dengan lebih lanjut. :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Hmmm... jangan bimbang tarikh luput sebab dia tak akan luput punya kalau korang pakai Demo Version. Aku dah guna lebih 2 bulan pun takde masalah tarikh luput pun. :blush:

http://game-editor.com/download.html

B1naryc0de, apa benda "game hs" tu, aku tak paham lerr... ?? Sila jelaskan dengan lebih lanjut. :unsure:

Hehe.. ada kesalahan tatabahasa sikit.. :P

Maksud aku ko pernah buat game untuk smartphone/pocket pc tak, guna Game Editor nie?? Sebab kalo ok aku rasa nak beli full version.. game engine lain mahal.. untuk permulaan takpe kot pakai yang murah punye..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

Ohoo... game untuk smartphone/pocket pc rupenya. Untuk pengetahuan, Demo Version mempunyai limitation iaitu cuma boleh compile ke exe untuk game PC sahaja. Untuk digunakan dalam lain2 devices, kita kena dapatkan licensed full version baru bleh compile. Sebab tu aku tak dapat nak cuba dalam device lain....

Namun begitu, banyak dah game2 yang diperbuat dari GE itu sendiri dah dikomersialkan untuk pocket pc dan sebagainya. Sebagai contoh check website2 nie.

http://www.clickgamer.com/moreinfo.htm?pid=5943

http://www.clickgamer.com/moreinfo.htm?pid...amp;section=PPC

http://www.pocketgear.com/software_detail.asp?id=20920

Sebenarnya aku pun bercadang nak beli license GE nie sebab murah jer... USD24.95 dan boleh buat seberapa banyak game yang kita mahu dalam pelbagai platform. Cuma aku tunggu next version yang dijangka release tahun nie jugak... dia punya interface berbeza sikit dan banyak feature tambahan (contoh Connection Illustration dan Multi-player). Menurut pembangun GE iaitu Makslane, ia jauh lebih mudah dari version sedia ada.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Petikan dari GE:

Limited Time Offer: Buy the Gold or Silver package now and you will receive the coming MAJOR new version of Game Editor for free (new user interface). You will also receive either 6 months (Silver) or 12 months (Gold) of Full Version Updates AFTER you have received the free new version!

Hehe kalo nak updated punye bolehlah beli Gold atau Silver package.. Dapat tambahan 6 bulan atau 12 bulan lagi biler dah dapat yang latest version..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Aku cuba buat analisis berikut:

Package Choices Number of New Full Version Updates Price (USD)

Basic Package - Purchase the current FULL version. No Version Updates. $24.95

Silver Package - 6 months of free FULL Version Updates. $54.95

Gold Package - 1 year of free FULL Version Updates. $94.95

Berdasarkan pada harga diatas mengikut pakej. Kalo amik BASIC Package cuma USD$24.95 bermakna kita cuma tak dapat apa2 update tetapi dapat FULL VERSION. Sebaliknya kalo beli SILVER plak, harga dia double daripada harga BASIC. Pada pendapat aku ler, memang update tu bagus.... cuma better beli yang BASIC disebabkan jika nak dapatkan yang latest version kemudian (mungkin setahun ke, dua tahun ke)... cuma perlu beli BASIC pakej jugak lagi sekali, total cost cuma kira2 USD$50.00 jer. Mana ler kita tahu dia ada update secepat 6 bulan atau 1 tahun kemudiannya, kalo 2 tahun baru nak update... rugi plak. Itu cuma pendapat aku lerr.. hehehe. :)

Ps:/ kalo ko nak beli, jangan lupa bagitau aku... boleh pinjam (or share beli...) full version.... hehehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Betul gak tue analisi ko.. Harap2 yang latest version tu keluar dalam masa terdekat nie.. Aku pon rasa nak tunggu yang baru punye keluar pastu beli basic package..

Heheh.. Nak beli nanti sure aku bagitau ko.. Share beli?? <- ko macam tau2 jer apa dalam fikiran aku.. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Kalau dak putera kuar sorang 1 usd... sure dapat satu... :D 24 orang cukup la... kekeke

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Kalau dak putera kuar sorang 1 usd... sure dapat satu... :D 24 orang cukup la... kekeke

Hehehe... betul gak idea ko tu ZX. Cuma aku rasa tak ler sampai 24 orang yang nak buat game nie. Mungkin b1naryc0de boleh umumkan masa dia nak beli GE nanti. Masa tu boleh ler sapa2 yang nak joint share beli menda nie kumpul USD$ ramai2.... sekurang2nya, ramai ler yang dapat buat game nanti bukan sahaja untuk MS Window, malahan Linux, Smartphone etc... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

assalamualaikum...

ish... bleh ker yg full ver tuh copy reramai? kalu bleh oklah beli satu jer n kongsi yer tak?

satu usd brape ek? RM 3.80 ker skang?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

assalamualaikum...

ish... bleh ker yg full ver tuh copy reramai? kalu bleh oklah beli satu jer n kongsi yer tak?

satu usd brape ek? RM 3.80 ker skang?

Lebih kurang ler rate tu... so, dalam Ringgit Malaysia ialah RM95.00 kalo ada 5 orang share katakan; dapat ler RM19.00 sorang bayar. Dah banyak save dari segi kos tu. Dia akan bagi satu salinan jer kalo kita beli dan kita boleh bagi ler copy untuk setiap orang yang share tadi... as simple as that.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

assalamualaikum...

:D haha jadi arap2 ramai ler yg kongsi nk beli.. lagi ramai lagi kurang kos tiap2 org

so sesapa yg xder akaun internet tu bleh la pkai wangpos/moneyorder pastu bagi kat sesapa yg ader akaun... bleh kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Uik... bleh ke share.. hehe... aku rasa mcm nie.... share dalam satu company/Group/Club... ha baru logik... kalau beli tapi buat asing2 nampak mcm tak kena plak... hehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Uik... bleh ke share.. hehe... aku rasa mcm nie.... share dalam satu company/Group/Club... ha baru logik... kalau beli tapi buat asing2 nampak mcm tak kena plak... hehe.

hehe.. share tu mmg blh share.. tp dr segi etika lah x betul.. GE aku ingat nak beli dlm bulan depan.. harap2 versi terbaru cepatlah keluar..

aku nak buat game untuk company aku.. sesapa yang nak contribute nanti blh gak.. kalo nak buat usahasama dgn KBG pon aku tadahal..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

assalamualaikum...

share la... beli sorang2 xmampu la... haha :P

wa LanoG senyap je... tgh kumpul material kaw2 nyer tuuu..haha

dh bleh tembak2 tu btmbah semangat aku wat tutorial nih...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

halamak.. betul la.. aku punye tutorial 3d tu bila nak sambung.. kekeke... ingat nak sambug buat FPS guna irrlicht tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted (edited) · Report post

assalamualaikum...

share la... beli sorang2 xmampu la... haha :P

wa LanoG senyap je... tgh kumpul material kaw2 nyer tuuu..haha

dh bleh tembak2 tu btmbah semangat aku wat tutorial nih...

Walaikumsalam,

Ahahaha... kumpul dulu material nak buat screenshot. Senang sikit nak paham sebab "one picture can tell thousand words" kan, tapi amik masa sikit memandangkan dalam minggu nie, ada family aku datang sini.... Kalo sempat, esok atau lusa aku sambung tutorial nie. By the way, korang bleh try & error apa2 sahaja yang ada dalam GE tu... jangan lupa baca dia punya documentation dan buat sendiri internal tutorial....

aku nak buat game untuk company aku.. sesapa yang nak contribute nanti blh gak.. kalo nak buat usahasama dgn KBG pon aku tadahal..

B1naryc0de, wah buleh tahan company ko nak buat game untuk mobile pc/ smartphone jugak ker. Bagus ler tuh, boleh kita belajar sama2 untuk explore keupayaan GE nie.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Posted · Report post

Pergh siap ada company nak guna GE tu.. :D menarik sungguh.... aku ingat company ko tu kena upah LanoG jadi Consultant GE.. hehehe.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now