Jump to content
aichiken

Ternakan Ikan Air Tawar/udang Galah @akuakultur

Recommended Posts

As"kom..

Penternakan ikan air tawar/udang galah secara penggunaan sangkar sangat popular pada masa ini.

Pendapatan daripada hasil penternakan udang galah contohnya boleh mencecah RM30/kg begitu lumayan.

Disini saya ingin berkongsi dan bertukar fikiran pendapat mengenai penternakan ini.

Kepada sesiapa yang ada membuat dan yang berminat dalam penternakan ini,bolehlah memberi tunjuk ajar atau sebagainya...

Terima kasih :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

As"kom..

Penternakan ikan air tawar/udang galah secara penggunaan sangkar sangat popular pada masa ini.

Pendapatan daripada hasil penternakan udang galah contohnya boleh mencecah RM30/kg begitu lumayan.

Disini saya ingin berkongsi dan bertukar fikiran pendapat mengenai penternakan ini.

Kepada sesiapa yang ada membuat dan yang berminat dalam penternakan ini,bolehlah memberi tunjuk ajar atau sebagainya...

Terima kasih :)

macam best je.. ngko mesti seorang pengusaha yang berjaya.. :lol: tahniah aa... tunjuk aa sket gambar..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pengusaha berjaya..???Em..Belum lagi ....

Tentu ada ramai usahawan2 berjaya dalam forum ini terutamanya bidang penternakan nie..

Apa kata kalau korang kongsi pengalaman dalam nie..

Tentu ramai usahawan-usahawan muda yang berminat dalam bidang nie..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ni adalah tajuk presentation aku ni..

akuakultur terbahagi kepada 2 iaitu air tawar dan air masin ..

sistem akuakultur terbahagi kepada 3 iaitu ternakan dalam sangkar, kolam dan secara rakit.

Paling popular adalah sangkar dan kolam ..

Jabatan Perikanan banyak buat kursus pasal ni

nak tau lebih lanjut tanya Jabatan Perikanan bahagian Akuakultur .. tak silap aku dia ada buat

kursus untuk sesiapa yang berminat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Disini ada info mengenai kursus-kursus untuk akukultur nie

Sesiapa berminat boleh mendaftar..

http://www.dof.gov.my/fkursus/index_kursus.htm

Info mengenai penternakan

http://www.lpp.gov.my/

http://akuakulturplaza.blogspot.com/

To nirzaanputra

Tentu ramai yang berminat dengan tajuk presentation tu..

Boleh kongsi sesama??

Aku pun berminat..Boleh send by email takk??

Thank you.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sumber kekayaan baru -- Kita mampu hasilkan ikan RM6.3b menjelang 2010 – PM

Petikan daripada Utusan Malaysia

31 Jan 2007

KUALA BERANG 30 Jan. – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan Projek Berimpak Besar (HIP) Zon Industri Akuakultur (ZIA) Peringkat Kebangsaan di sini dengan sasaran menghasilkan pengeluaran perikanan negara bernilai RM6.3 bilion menjelang tahun 2010.

Projek yang sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 700 peserta dari golongan nelayan dan siswazah di 39 projek yang telah dikenal pasti itu dijangka memberikan pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan kepada peserta terlibat.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, projek yang dibangunkan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pekerjaan tetapi juga dijadikan sebagai sumber kekayaan baru kepada negara khususnya para peserta terlibat.

Katanya, projek ZIA merupakan kaedah baru yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu nelayan dan pengusaha yang pendapatan mereka tidak menentu supaya memperoleh sumber pendapatan sampingan berterusan.

‘‘Industri akuakultur akan dijadikan tonggak utama sektor perikanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerana kita mahu pembangunan ekonomi komprehensif yang memberi peluang kepada semua pihak.

“Dengan menggunakan pendekatan baru sebegini, ia dapat dijadikan sumber pendapatan kepada masyarakat luar bandar, justeru ia wajar dilaksanakan untuk meningkatkan lagi nilai pertanian, nilai kerja-kerja berkaitan pertanian dan hasil-hasil pertanian,†katanya pada majlis itu di Sekolah Kebangsaan Tapah di sini.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri melawat projek ZIA Sungai Como di Tasik Kenyir melibatkan kawasan kira-kira 3,000 hektar termasuk 2,800 hektar kawasan perairan yang akan dibina dengan 6,000 unit sangkar bernilai RM50 juta melibatkan 240 peserta sepanjang pembangunannya sehingga 2010.

Menurut Perdana Menteri, dengan tumpuan besar yang diberikan terhadap projek berkenaan, industri pertanian berasaskan akuakultur mampu menarik minat golongan siswazah untuk menyertainya.

‘‘Dengan transformasi sektor pertanian ini, saya harap industri berkenaan akan menjadi pilihan pertama anak-anak muda lulusan universiti untuk menjadi usahawan akuakultur dan membangunkan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian,†ujarnya.

Beliau berharap para peserta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap peraturan dan nasihat yang diberikan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan projek itu benar-benar mencapai matlamatnya.

Abdullah turut menggesa pihak swasta supaya terlibat secara serius dalam bidang perikanan terutama berkaitan pemasaran dan mengeksport hasil akuakultur bagi memastikan hasil ternakan pengusaha negara ini mendapat pasaran di luar negara.

“Penglibatan sektor swasta amat penting, (untuk mengeksport) hasil-hasil ikan atau yang ada hubung kait dengan perikanan. (Hasil ikan) Ini bukan hanya dijual di pasar-pasar tempatan sahaja dan jika ikan ini dieksport, hasil pendapatan rakyat juga bertambah,†ujarnya.

Pada sidang akhbar selepas itu, beliau berkata, ZIA merupakan projek yang mempunyai impak besar dari segi pekerjaan, memberikan pendapatan tinggi kepada peserta selain mewujudkan peluang perusahaan baru dalam sektor perikanan.

‘‘Tahun 2010 bukan lama lagi. Ia satu projek menambah nilai. Usaha yang berskala komersial dan dengan itu boleh menghasilkan pendapatan baru (kepada) siswazah, nelayan dan kumpulan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),†katanya.

Abdullah berkata, sekiranya projek berimpak besar ZIA itu diberikan tumpuan serius, ia akan menjadi salah satu projek yang boleh membawa perubahan besar kepada pembangunan ekonomi negara.

http://akuakulturplaza.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

tp bila mgenagkan laporan kaji cuaca sekarang bimbang jugak. tp tawakal je pd ALLAH SWT.Insyaallah mudah2an berjaya perancangan korang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kerajaan perkenalkan projek akuakultur ala Felda

Petikan daripada Utusan Malaysia

Kerajaan akan memperkenalkan satu lagi projek pertanian berimpak tinggi iaitu projek akuakultur ala Felda bagi menjana pengeluaran ikan negara sekali gus mengeluarkan peserta daripada kepompong kemiskinan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek perintis itu akan dilaksanakan pada tahun ini di Pekan, Pahang di atas tanah berkeluasan kira-kira 200 hektar.

Beliau berkata, projek tersebut akan menjadikan sistem Felda sebagai panduan iaitu setiap peserta yang terpilih dikehendaki tinggal berhampiran kawasan projek bagi memudahkan mereka mengusahakan kolam ikan secara terancang dan sistematik.

‘‘Felda telah menunjukkan kejayaannya dan tidak salah kita mengikut kaedah mereka untuk projek ini. Walaupun projek kita ini sesuatu yang baru, saya yakin ia boleh dilaksanakan.

‘‘Apa yang penting ialah semangat daripada peserta dan komitmen daripada semua pihak supaya projek berkenaan benar-benar memberi kesan kepada industri perikanan di negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Menteri Pertanian Sabah, Sarawak dan Exco Pertanian negeri di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, projek perintis tersebut adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Zon Industri Akuakultur yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Terengganu pada 30 Januari lalu.

Ketika ditanya mengenai konsep pelaksanaan projek akuakultur itu, beliau berkata, sebuah syarikat swasta akan dipilih untuk menjadi penaja projek terbabit.

Katanya, kerajaan pula akan menyediakan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik selain memilih peserta.

Malah, beliau berkata, pihak Jabatan Pertanian dan Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa bekerjasama memastikan kualiti air kolam sentiasa dipelihara bagi mengelakkan berlakunya kematian ikan.

‘‘Berdasarkan perancangan kita, sebahagian tanah projek ini diserahkan kepada syarikat swasta berkenaan dan sebahagian lagi diserahkan kepada peserta.

‘‘Pihak syarikat akan memantau sepenuhnya perjalanan projek sambil dipantau oleh pihak kerajaan. Sudah ada beberapa syarikat yang menunjukkan minat untuk memajukan projek tersebut,’’ ujarnya.

Mengenai peserta, beliau berkata, jumlahnya belum ditentukan lagi tetapi keutamaan akan diberikan kepada rakyat miskin seperti peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

‘‘Keseluruhan projek juga kita masih belum putuskan dan begitu juga dengan cadangan membina rumah untuk peserta sama ada ia ditanggung oleh kerajaan atau syarikat,’’ katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kos keseluruhan projek akuakultur untuk empat tahun akan datang adalah kira-kira RM260 juta manakala kos pelaburan pihak swasta kira-kira RM1.8 bilion.

‘‘Secara keseluruhannya, jumlah tanah yang berpotensi dimajukan untuk bidang ini adalah sebanyak 300,000 hektar tetapi untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kita hanya perlukan 38,000 hektar sahaja,’’ tambahnya.

http://www.akuakulturplaza.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

YANG NAK BUAT TERNAKAN NI BANYAK TAPI NAYNG NAK JADI ORANG TENGAH KURANG LA..AKU RASA KALAU JADI ORANG TENGAH LAGI UNTUNG TAPI PERLU SEPENUH MASA LA..

Share this post


Link to post
Share on other sites

http://www.freindster.com/viewphotos.php?p...800uid=40916696

As"kom..

Penternakan ikan air tawar/udang galah secara penggunaan sangkar sangat popular pada masa ini.

Pendapatan daripada hasil penternakan udang galah contohnya boleh mencecah RM30/kg begitu lumayan.

Disini saya ingin berkongsi dan bertukar fikiran pendapat mengenai penternakan ini.

Kepada sesiapa yang ada membuat dan yang berminat dalam penternakan ini,bolehlah memberi tunjuk ajar atau sebagainya...

Terima kasih :)

Terima kasih atas dorongan anda

Share this post


Link to post
Share on other sites

Skim Pinjaman Untuk Penternak dan Siswazah

BANK Pertanian Malaysia (BPM)

menyediakan pelbagaijenis pinjaman pertanian kepada

pelanggan-pelanggan melalui pembiayaan secara konvensional atau perbankan Islam.

Pinjaman pertanian adalah pinjaman yang digunakan bagi tujuan pengeluaran, pemprosesan

dan pasaran komoditi pertanian serta aktiviti yang boleh dibiayai di bawah akta BPM.

Terdapat pelbagai skim pinjaman yang diberikan oleh BPM kepada pe-minjam yang layak.

Antara yang biasa dipohon bagi pelbagai projek pertanian, penternakan dan perikanan adalah

Skim Tabung untuk Makanan (3F) dan Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah

(SUTKS) ........

http://akuakulturplaza.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

UNTUK INFOMASI ANDA SEMUA.. KLU ADA INFOMASI TERBARU TOLONG LA BGTAU SY..

TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF

Udang Harimau

PENGENALAN

Udang Harimau (Penaeus Monodon) adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.

Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan.

Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :-

Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.

Permintaan yang tinggi

Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar Negara Contoh:

Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah diantara RM 20 –RM 30/kg.

Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIM

Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.

KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK

Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:-

Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian).

Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.

Berhampiran dengan pusat penetasan.

Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)

Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.

Mempunyai strategi pemasaran yang baik.

PEMBINAAN KOLAM

1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.

2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan kos.

3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif.

4. Sistem air kolam intensif.

a. Punca air

b. Sistem pam

c. Kolam takungan

d. Pintu air masuk/keluar

5. Reka Bentuk Kolam Intensif

a. Kedalaman 1.3m-1.5m

b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1

c. Kecerunan dasar 1: 200

d. Saiz kolam 0.5 – Iha.

e. Pintu air masuk dan keluar.

PENYEDIAAN KOLAM

Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.

1. Pembuangan Lumpur:

-Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.

- Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu air.

- Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.

- Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.

Penjemuran :

Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.

Membaiki Sturuktur Kolam

Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.

Mengapur

Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.

5. Kawalan Perosak/Pemangsa :

Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu digunakan.

6. Pemberian Makanan :

Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.

PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL

‘Automatik Feeder’

–Tidak memerlukan tenaga buruh

-Jimat kos.

- Mengelak pembaziran

- Waktu pemberian makanan lebih tepat.

Sludge Pump.

-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.

Kolam HDPE

-Dasar kolam lebih bersih.

-Ruang untuk udang makan lebih luas.

-Mengelak kebocoran kolam.

PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF

-Oksigen Terlarut – 5 ppm

-pH – 7.5-8.5

-Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)

-Suhu – 27-32◦C

-Karbon Dioksida - <2 PPM

-Copper - <0.1 ppm

-Hydrogen Sulfid - <0.1 ppm

-Saliniti – 15-25 ppt

- Ketelusan – 30-60 cm

-Kedalaman air – 1.3 -1.5 m

CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI

Bentuk dan Sifat:

Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.

Analisis Mikroskopik:

Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut) panjang lurus dan rapat.

Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan jernih.

Rostrall spines 6-7

Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh dengan kulit.

KUALITI AIR

Oksigen Terlarut (D.O):

Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah.

2. Bagaimana D.O. Memasuki Air:

a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi.

b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).

c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin.

Apabila D.O<3.0 ppm ketegangan mula berlaku. Udang akan berenang ke permukaan air dan ke tepi kolam. Apabila D.O < 1.5ppm udang akan mulai mati.

SALINITI

Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut.

SUHU

Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.

Suhu yang tinggi menyebabkan :

Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.

Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.

Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.

Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.

PUNGUTAN HASIL

Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:

i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka.

ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.

ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN

-Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500

-Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000

Benih 5,400

Makanan 31,500

Letrik 12,000

Buruh 2,000

Pelbagai 2,000

Jumlah = 53900

Lain-lain kos: Pengurusan 1,500

Penyelenggaraan 2,000

Jumlah 3,500

JUMLAH BESAR 57,400

UNTUNG BERSIH 19,100

NOTA

Saiz kolam – 1 hektar

Kepadatan – 30 ekor/m2

Tempoh Ternakan - 120 hari

Kadar Hidup – 60%

Saiz pasaran – 40 ekor/kg

FCR – 2.0

Tuaian – 4.5 mt

Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.

Share this post


Link to post
Share on other sites

CATFISH 2007 MEETS IN HCMC

The traditional white meat fish industry has a “new kid on the block†- Catfish. Vietnamese Pangasius catfish, also known as tra/basa, has successfully penetrated the European markets. Vietnam exported around US$ 737 million of this product last year. EU imports rose by 146% and Russia by 1389% over 2005, totaling around US$ 343 and US$ 83 million, respectively. Thus, the EU has now become the largest market for Vietnamese catfish. Exports to the US and other markets including Asia have also grown rapidly, which would help Vietnam in achieving the target of US$ 1 billion worth of catfish exports in 2007............

http://akuakulturplaza.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

~Fuhh..asyik bincang pasal ikan air tawar jer...

tapi bg pendapat korang ikan air tawar apa yg demanding skang?

jgn buat xder market sudah...

sebab ada market mean ader customer..

ader customer mean ader duit..

ader duit mean ada kebebasan...<---pendapat jer nie..korang leh tukar kebebasan tu dgn apa yg korang impikan.. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

APAKAH SPLAM

Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) merupakan satu Skim Sukarela (Voluntary Scheme) bertujuan bagi menggalakkan amalan akuakultur yang baik dan lebih bertanggungjawab di peringkat ladang. Skim ini ditadbirkan oleh Jabatan Perikanan bagi pihak Kementerian Pertanian Malaysia dan menekankan kepada pelaksanaan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) di peringkat ladang (HACCP at source). Pengusaha ladang akuakultur dikehendaki memenuhi beberapa kriteria tertentu, diikuti dengan proses permohonan, siasatan, audit dan kelulusan sebelum boleh diberi pertimbangan untuk dianugerahkan sijil sebagai tanda pengiktirafan. Dengan pengiktirafan ini, ianya memberi hak kepada pengusaha ladang untuk menggunakan logo SPLAM bagi memasarkan hasil ternakan dalam tempoh sahlaku sijil.

sumber dari jabatan perikanan

http://akuakulturplaza.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Amonia merupakan zat buang terlarut hasil metabolisme ikan oleh perombakan protein, baik dari kotora ikan sendiri maupun dari sisa pakan. Sisa pakan biasanya akan membusuk sehingga kadar amonia meningkar.

Secara kimia, amonia terdiri dari dua bentuk yaitu unionzided ammonia UIA/NH3 dan ionized ammonia IA/NH4+. Bila kadar UIA dalam air tinggi maka ikan bias mabuk atau keracunan. Sebaliknya IA kurang daya racunnya.

Nitrit (NO2) merupakan gas beracun bagi ikan. Nitrit merupakan hasil perombakan protein yang merupakan ikutan dari amonia. Pada air kotor karena terlalu banyak ikan biasanya mempunyai kadar nitrit yang tinggi.

Kandungan amonia dan nitrit dapat dikurangi ataupun dihilangkan denga cara penggantian air, pemberian aerasi, penguapan, maupun reaksi kimia dengan oksigen. Reaksi amonia dan nitrit dengan oksigen umumnya terjadi karena dibantu oleh bakteri Nitrosomonas sp. Sehingga menjadi bentuk nitrat (NO3) yang tidak beracun. Bakteri Nitrosomonas sp. Akan berkembang sendiri dan berkumpul dan berkoloni pada dinding bak atau akuarium apabila telah lama digunakan.

http://akuakulturplaza.blogspot.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

ikan ubi , ikan baung....nie antara ikan yg bnyk demand smpi ke luar negara ...tp target le memule di dalam negara dl ..ok ..

ikan ubi dan baung ok gak ternak...sesiapa ada maklumat ternak ikan ni kongsi-kongsi le sesama kita....

kalau boleh ternak ikan guna kanvas ke....mungkin orang kat bandar boleh join sekali...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...