Jump to content
Sign in to follow this  
aku

Kita Buat Game Simple Dulu

Recommended Posts

Assalamualaikum...

Aku sebenarnya rasa takut2 nak bukak topic ni, sebab aku sebenarnya tak tahu apa-apa sangat pasal pembangunan game. tapi oleh sebab rasa cam semangat nak buat game, aku bukak jugak la topic ni.

Oleh sebab projek2 yang grand tak menampakkan hasil lagi, jadi, aku nak cadangkan buat game cikai2 dulu.. cikai pon bukan sebarang cikai la, sebab kalo tak tahu nak buat, rasa susah gakkan..

game tersebut adalah Tic Tac Toe :D

oleh sebab tiada langsung pengalaman membuat game, apa yang aku cadangkan disini hanyalah dari apa yang aku fikirkan sahaja. Secara rasminya, aku adalah Project Manager :D

Game ini akan dibangunkan menggunakan Flash sahaja. Jadik aku memerlukan seorang Action Script Programmer. Secara rasminya beliau tersebut akan dilantik sebagai Programmer.

Apalah sebuah game tanpa grafik. Jadik seorang Graphic Designer diperlukan. Untuk menghidupkan sebuah game, aku perlukan seorang Sound Editor dan seorang Animator.

secara ringkas:

Programmer: (1)b1naryc0de - AS, (2)putramaya - javascript

Graphic Designer:

Sound Editor:

Animator:

Project Manager: En. Aku

Jangka masa projek: 2 minggu (setelah semua krew mencukupi)

Selepas daripada tempoh 2 minggu, projek akan dianggap gagal.

Game yang dikehendaki:

Game tic tac toe merupakan game mudah (walaupon aku tak tahu codenye :P). Aku nak jadikan game ni dalam suasana di sekolah. bermakna, garis2 pada tic tac toe dan tanda 'x' dan 'o' adalah seperti dilukis menggunakan kapur, background plak adalah papan hitam/hijau.

Seperti kebanyakan game flash, loading scene/frame adalah perlu, bagi mengelakkan pengguna bosan jika terlalu lama load.

Selepas load, game akan bermula dengan animasi garis tic tac toe dilukis, cursor bertukar jadik kapur. terdapat menu disebelah kiri-atas untuk player pilih nak amik 'x' atau 'o' dan untuk pilih sama ada komputer start dulu atau player start dulu. setiap kali tanda 'x' atau 'o' dilukis, animasi kapur melukiskan tanda tersebut berlaku.

Jika player kalah, sound 'tidak gembira' dimainkan, jika menang, sound 'sorakan' dimainkan, diakhir permainan, menu untuk 'play again' dan 'exit' disediakan.

Game ini tiada high score dan tiada level

Pembahagian kerja:

Programmer: Cari/buat code ntuk tic tac toe versi flash. Buat code ntuk beritahu percentage loading, dan sila jayakan apa yang ternyata di dalam kandungan Game yang dikehendaki, gunakan graphic mudah sahaja sebab bab graphic serah kat orang lain :)

Updated: rujukan untuk programmer. http://personal.vsnl.com/erwin/tictactoe.htm (thanks to hampeh)

Graphic Designer: Lukis black/green/white board versi cute. kapur, garis tic tac toe, x dan o. Pilih font yang sesuai dengan tema sekolah. buat graphic untuk loading. graphic ntuk menu.

Sound Editor: Penah main game Marbel tak? kalau boleh dapatkan sound dari game tu, yang ada bunyi budak2 sorak sebelum main, bebudak sorak kegembiraan bila menang, dan sedih bila kalah. sound ntuk bunyi kapur. sound ketika menu kuar. dan apa-apa sound yang dirasakan perlu mengikut kepakaran anda.

Animator: Tugas anda bermula setelah graphic siap. Anda akan bekerja sama dengan Programmer ntuk menghidupkan mana-mana graphic yang perlu. (seperti melukis garis tic tac toe)

2 minggu = 14 hari.

1 - 2: Graphic Designer sediakan lakaran ringkas graphic yang akan digunakan (kapur, garis, x, o, kedudukan menu)

3 - 9: Graphic Designer menyediakan graphic yang cun abis.

1 - 8: Sound Editor menyediakan sound-sound yang diperlukan. background sound yang bersesuaian juga boleh dikumpulkan.

3 - 7: Programmer menyediakan code dan menggunakan lakaran asas sebagai rujukan.

8: Programmer memasukkan sound-sound mengikut arahan Sound Editor.

9: Programmer memasukkan graphic mengikut permintaan Graphic Designer

10 - 12: Programmer dan Animator menentukan bahagian-bahagian yang akan dianimasi. Sound Editor diperlukan untuk nasihat berkenaan sound.

13 - 14: Testing

1 - 14: Project Manager memantau perkembangan projek dan membantu menjayakan usahasama ini.

Programmer dan Sound Designer adalah krew utama. (sebab banyak keja)

OK. aku sendiri dah nak pening ni.. kalo ada salah perancangan ni.. akan diperbetulkan. akhir game nanti akan ada kredit ntuk setiap yang menyumbang. Sekurang-kurangnya bertambah satu lagi portfolio korang.

Sebelum aku terlupa. Masa loading, ada logo Putera.com, sebab ni projek kita di putera.com.

Aku tahu ada orang boleh buat game ni sorang diri. tapi mungkin projek ni boleh menjadi warm-up untuk ahli-ahli bekerjasama.. Kita mulakan dengan game bodo dulu... :)

Forum ini menjadi perekod masa hasil kerja anda. Jangan takut diciplak.

Countdown (belum bermula, tak cukup orang lagi)

-----------------------------------------------------------------------

14 hari lagi.

Edited by aku

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak silap aku masa aku blaja recursion ada cara nak code tic tac toe ni...tapi aku dah lupa :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Muahahaha... nie tajuk thread lawak pulak aku rasa. Tapi satu effort yang bagus! Tak silap aku programming tictactoe nie selalu jadi example/project bagi budak2 IT yang nak start belajar programming. Anyway, good luck to all of you. B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

tu link tu cam bleh membantu jer.. computer cari the best move tak pon average.. cubalah tengok.. bleh tunjuk screenshot game yang ko buat tu tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wah..memang canggih game ko tu Hackezkk..siap ada game "tambahan" kat last part..kekeke..Yang tu apa benda? Tu kira sebagai ester eggs ke? Mari2, cuba game tu..Lepas main, kita pakai bantai Hackezkk ramai2..hahaha

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh.. aku dah agak.. mesti sama ngan part 1.

wes, takde sesapa yang nak menjayakan projek ni ke?

hmm.. kalo cukup 100 kali topic ni dilihat, aku akan tutup kalo tak mendapat sambutan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok hakes,

nampaknya tiada peningkatan pada ko

ending kekampungan & sudah tiada idea

grafik yang keras macam batu

next time mungkin ko boleh cari ending yang lebih baik

apa yang ko buat ni aku tak tau la...idea basi dan lapuk

ko patut cari idea yang boleh buatkan orang tak bosan dengan persembahan ko

anyway ini sebenarnya bukan game

tak tahulah pada ko ini adalah game

well,lepas ni aku harap ada peningkatan pada ko

itu pun kalau ko tak terkeluar minggu ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh.. aku dah agak.. mesti sama ngan part 1.

wes, takde sesapa yang nak menjayakan projek ni ke?

hmm.. kalo cukup 100 kali topic ni dilihat, aku akan tutup kalo tak mendapat sambutan...

Tunggu dulu 'aku'.. aku rasa ada yg berminat tapi takde masa.. hehe.. sila tunggu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

baiklah.. aku tunggu :)

aku dulu buat game bodo2 pakai game maker.. search and download je..

tujuan aku ntuk latih teamwork. kalo buat sorang, aku pon ada 2 game :) tah letak mana tah.. lebih kurang cam hakes gak.. kaku jer.. tapi aku buat guna flash.. aku rasa hakes guna game maker la..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tic tac toe tu boleh buat tak sampai sehari..Yang mungkin akan ambil masa lama sikit ialah bahagian action script dia tu..kena ada fungsi math kat situ..Yg ni kena cari orang yg betul2 mahir..

aku dulu pernah buat game ala-ala MasterMind (game yg teka kod warna tu) guna AuthorWare cuma aku ubah sikit konsep dia..Mastermind, ko kena teka kod warna tapi game aku tu ko kena teka sususan nombor..Nama game aku tu CodeMaster..Aku tak pernah publish kat mana2..aku buat tu pun sbb suka2 jer..

Masa aku mula2 nk buat game ni, aku cuba try nk buat dlm flash tapi aku tak mahir dengan actian script dia..Lagipun aku tak reti mcm mana nk generate nombor kod tu secara rawak dlm flash..klu dlm authorware dia ada fungsi "random"..Sbb tu la aku buat dlm Authorware..game tu pun entah kemana dah..dah terdelete dah kot..File2 lama aku mmg tak simpan..Kalau ada sesaper yg rasa nk port game ni ke Flash, aku boleh tolong bagi idea sikit..

Edited: Takder org berminat, jadi aku remove idea aku tu..

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok hakes,

nampaknya tiada peningkatan pada ko

ending kekampungan & sudah tiada idea

grafik yang keras macam batu

next time mungkin ko boleh cari ending yang lebih baik

apa yang ko buat ni aku tak tau la...idea basi dan lapuk

ko patut cari idea yang boleh buatkan orang tak bosan dengan persembahan ko

anyway ini sebenarnya bukan game

tak tahulah pada ko ini adalah game

well,lepas ni aku harap ada peningkatan pada ko

itu pun kalau ko tak terkeluar minggu ni

kire okeylah tu darik orang yang mengkomen

tak sumbang ape2

hokhok

ckp nak wat game bodo2 tadi

heheheh

game aku tu kire ade gak fizik calculation woooo

:P :P

p/s:game aku tu menggunakan :

1.SWISHmax

2.Steinberg Wavelab

3. Adobe Photsyiok

4. Google.com

hokhokhok

Edited by Hackezkk

Share this post


Link to post
Share on other sites

err.. nampaknya thread aku ni jadik tempat perbincangan game bodo2 plak :lol:

tak pe.. aku masih menunggu otai menimbulkan diri.

aku rasa tak best aa cakap game bodo2.. kalo cenggitu, orang yang tak reti buat langsung lagi bodo la :D

jadik, sila tukar perkataan anda dari bodo2 kepada simple

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak buat game tic tac toe, cuba

1.buat grafik penuhnyanya dulu..buatlah cantik2.

2.kemudian buat pulak grafik buahnya iaitu:- tanda pangkah dan bulat.(yg ni letak kat luar dulu..hide)

3.kemudian buat kotak supaya pemain boleh pilih siapa mula dulu.

4.kemudian baru buat event bila pemain klik kat kotak2 tu -letakkan buah pangkah kat kotak tersebut.

5. kemudian baru buat proses time komputer nak jalan.

...sambung.

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak buat game tic tac toe, cuba

1.buat grafik penuhnyanya dulu..buatlah cantik2.

2.kemudian buat pulak grafik buahnya iaitu:- tanda pangkah dan bulat.(yg ni letak kat luar dulu..hide)

3.kemudian buat kotak supaya pemain boleh pilih siapa mula dulu.

4.kemudian baru buat event bila pemain klik kat kotak2 tu -letakkan buah pangkah kat kotak tersebut.

5. kemudian baru buat proses time komputer nak jalan.

...sambung.

Apa programming language korang guna nanti nak buat game nie?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo camni boleh x?

kite discuss algorithma game yg nak wat dulu..

pastu develop..

develop ni kite wat camni..(cadangan je)

-yg otai c++ wat pakai c++

-yg otai java wat pakai java

-yg otai flash(action script ke ape) wat pakai mende tu..

bile semua dah siap, boleh compare script yg lain2 languaage tu.. haha

cadangan semata-mata..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku nak wat bahagian actionscript.. boleh test skill actionscript yang aku baru explore.. hehe.. tapi malangnya bukan dalam masa terdekat nie.. dua minggu dari skrg baru aku free.. boleh 'aku'??

Share this post


Link to post
Share on other sites

buleh kut :) selagi tak cukup korum dan tak siap, aku on je.. :)

jadik en. b1naryc0de setuju tak aku lantik jadik Programmer?

kepada yang lelain, terima kasih atas sume cadangan.. ada sesapa nak amik port?

Share this post


Link to post
Share on other sites

hoyoyo80, ko dah buat sekerat jalan kan? apa kata ko 'donate' graphic ntuk projek ni. secara rasminya ngko menjadi Graphic Designer :)

kalo stuck dalam programming, kita bleh bincang dalam forum Bahasa Pengaturcaraan (takpon masuk subjek Data Structure bab Stuack :P melawak je ). Setakat ni, game simple ni, game paling cikai ni pon kita tak dapat nak satukan bebudak putera untuk siapkan. No wonder la aku tengok game yang grand-grand menyepi.

Tujuan aku buka thread ni untuk siapkan satu projek yang disumbang bersama oleh ahli-ahli putera. Apa yang aku harapkan, ada orang yang akan kata, "Ok, bagi aku post Sound Editor, aku ada huge collection of sounds dan sound editing is my enthusiasime" tak pon, "Alah, Tic Tac Toe tu aku dah bikin da, meh aku jadi Programmer".

Kalau anda pernah membaca dibeberapa thread yang terbengkalai, anda akan dapati lebih sudu dari kuah, itu adalah sesuatu yang tidak aku inginkan disini.

Harap Maklum :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...