Jump to content
cikgureza

Tips Berjaya Untuk Graduan Ict-part 2.1.0

Recommended Posts

nak buat JV dgn company IT ni susah skit la Cikgureza, sebab kebanyakkan yang saya jumpa, diorang cakap lebih kurang mcm ni la --> daripada bagi ko projek website tu, baik company aku buat. :huh:

setakat ni blm berjumpa yang sudi menJV kan diri mereka.

sbb tu saya plan nk sendiri cari client yg blm ada website, market diri kat dia, pastu buat mcm Cikgureza ckp tu, caj bulan-bulan selama 1 thn. so dia tak payah risau pasal nak update ke apa ke.. cari dalam 10 client mcm ni, cukup la sbg permulaan.

agak-agak boleh berjaya ke? sbb tu saya tanya sblm ni mcm mana nak tau potential client & camne nk approach.

jgn lah cari company software gak untuk buat JV. Carilah company yg jual hardware. Chinese company banyak yg jual hardware. Kawa lah ngan diorang. Sebab most of the market, org diorang..

Maybe untuk memudahkan kerja diorang, kau bagilah diorang satu (1 je!) portal free, sebagai token of frenship. Pastu bila dia tgk hasil kerja kau bagus, kau ayatlah dia untuk buat sales, pastu bagilah amaun yg sepatutnya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ooo lagu tu ka? pasal apa la aku tak terfikir slama ni :P . masa blajar dulu banyak sgt orang suapkan kot. hahaha. sib baik skrg aku dh ada keja, kalau tak sure jadi graduan IT mengangur, lambat berfikir.

kat area umah aku tu ada satu kedai cina jual hardware& repair pc. aku ingat nak keje part time repair pc kat situ la. sbb aku mmg tau repair pc ni. pastu baru masuk jarum kat bos dia, tunjuk kepakaran aku yg lain plak.

mcm ni ok ke cikgu?. sori la byk tanya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ooo lagu tu ka? pasal apa la aku tak terfikir slama ni :P . masa blajar dulu banyak sgt orang suapkan kot. hahaha. sib baik skrg aku dh ada keja, kalau tak sure jadi graduan IT mengangur, lambat berfikir.

kat area umah aku tu ada satu kedai cina jual hardware& repair pc. aku ingat nak keje part time repair pc kat situ la. sbb aku mmg tau repair pc ni. pastu baru masuk jarum kat bos dia, tunjuk kepakaran aku yg lain plak.

mcm ni ok ke cikgu?. sori la byk tanya.

banyak tanya bagus,sebab aku pun dpt belajar sama.

Cam tu, boleh gak, tapi kau dah terikat le kerja ngan dia. Ingat, aim kau nak outsource kan department kau(dlm kes ni- web development).

Lebih baik sediakan busness plan sekali- siap ngan sales forecast lagi baik!. Tunjukan untung jer kat dia. Kalau dia tnya negativo punya soalan, kau kena prepare lah..jgn mengalah..

ingat, dia cuma akan jadi tukang jual web site kau jer! Lebih baik, kalau kau dpt secure payment dgn dia-maksud aku, kalau dia dpt client pastu berdegil nak pakai invoice company dia, make sure yg dia akan bayar kau tak kira client tu bayar ke tak kat dia.

Lagi satu, jgn lah nak ego bila kita dikenalkan sebagi staff dia ke hapa ke dkt client. Ikut je cerita dia dgn client tu. Yg pentingnya, pastikan masyuuuuk..bukan prestige!

Sebab prestige/ego lah ,melayu susah sikit nak maju..

Harap membantu.

(baca topic ni 18 kali lagi untuk paham keseluruhanya..)

Share this post


Link to post
Share on other sites

walaupun dah 5 tahun biz, ari ni lepas saya baca posting ni, banyak benda baru yang saya belajar.

Terima kasih pawer ruk...

diharap cikgu dapat teruskan...

Edited by matdin97

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya cukup setuju dengan saranan untuk JV, sebagai PM (Project Manager) dgn Turnkey SI, company saya pun cuma ada core Project Management Team dan yang lain-lain outsource. Setiap kali dapat project mesti masalah yang sama untuk dapatkan consistent supplier dgn developer yang expert dalam bidang masing2. Tak perlu canggih pun janji skill dlm bidang tu memang boleh pakai. Kalau main tender selalunya, inilah masalahnya. Kadang-kadang amik jer fresh janji sangup belajar & komited (10-16hrs per day kalau project tgh ongoing)

Project management ni orngnya boleh kata macam McGyver type (semua boleh buat & selesaikan tapi expert in none, maybe documentation). Camno pun, kalau takde ide baru, boleh fokus on the mainstream;

1. Passive Infra - Supply & Install Cat5E, Cat3, COAX, Fiber dengan baik dan tahu nak test/label/commisioning dgn documentation dan workmanship.

2. Active Infra - IP protocols, Layer 3 Routing (tak semestinya CISCO sahaja) , Firewall, Network Management System, Server OS, Optimization,

3. Software development - Integration & New requirement on existing app (repeat business & less prone to failure pasal dah specific)

4. Private sector -Margin memang tak tinggi tak byk peluang - PC, Internet Access, Off the selves software (AV/MS OFFICE) - advantage bagi yang ada front(kedai/cc/booth) and contacts.

Namun yang margin paling bagus sekali memang kalau boleh initiate ataupun identify requirement dgn potential client yg ada BUDGET! Baru saya perasan positive aspect FUD dgn tips Cikgureza nie. TQ. Cuma saya nampak sini belum ada yg front ide baru/ refresh idea lama. Saya ada a few suggestion.

1. Smart device untuk sejukkan keta kat parking - simple tapi cuba fikir betul2 sapa dah buat dgn murah? Perlukan design dgn disiplin dalam electronics(sensor, fan, rechargeble battery, solar power,PIC), thermodynamics, moulding, mass marketing. Nampaknya student semua nak buat project canggih macam robot main bola tapi yang lebih praktikal buat robot petik kelapa (selesaikan masalah kekurangan beruk). Kalau boleh murah & effective macam air freshner.

2. Starsight.com like device - takde kat malaysia lagi, aper dia? Google ler. Sapa yang pernah fikir yang kita boleh jual balik electric kat TNB?

3. Open source PABX dgn VOIP untuk Small business - boleh based dgn Asterix

4. Community WIFI access - bagi free wifi access kat semua jiran, buat duit dgn iklan kedai runcit ker, barang-barang MLM, ADSENSE, rent PC, IDD card kat landing page.

5. Ok, Electronics gadget MLM, yang bagi free byk based kat US aje pasal advertising money byk. Boleh start

dgn satu kontena used handphone, tak pun mp3/4 yang byk nak dilupuskan kat alibaba.com tu.

Peluang untuk startup biz ni sentiasa ada. Saya sendiri masih mencari database supplier/partners yang boleh dipakai tetapi nampaknya contacts ini memerlukan masa yang lama untuk establish trust ataupun credit hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya cukup setuju dengan saranan untuk JV, sebagai PM (Project Manager) dgn Turnkey SI, company saya pun cuma ada core Project Management Team dan yang lain-lain outsource. Setiap kali dapat project mesti masalah yang sama untuk dapatkan consistent supplier dgn developer yang expert dalam bidang masing2. Tak perlu canggih pun janji skill dlm bidang tu memang boleh pakai. Kalau main tender selalunya, inilah masalahnya. Kadang-kadang amik jer fresh janji sangup belajar & komited (10-16hrs per day kalau project tgh ongoing)

Project management ni orngnya boleh kata macam McGyver type (semua boleh buat & selesaikan tapi expert in none, maybe documentation). Camno pun, kalau takde ide baru, boleh fokus on the mainstream;

1. Passive Infra - Supply & Install Cat5E, Cat3, COAX, Fiber dengan baik dan tahu nak test/label/commisioning dgn documentation dan workmanship.

2. Active Infra - IP protocols, Layer 3 Routing (tak semestinya CISCO sahaja) , Firewall, Network Management System, Server OS, Optimization,

3. Software development - Integration & New requirement on existing app (repeat business & less prone to failure pasal dah specific)

4. Private sector -Margin memang tak tinggi tak byk peluang - PC, Internet Access, Off the selves software (AV/MS OFFICE) - advantage bagi yang ada front(kedai/cc/booth) and contacts.

Namun yang margin paling bagus sekali memang kalau boleh initiate ataupun identify requirement dgn potential client yg ada BUDGET! Baru saya perasan positive aspect FUD dgn tips Cikgureza nie. TQ. Cuma saya nampak sini belum ada yg front ide baru/ refresh idea lama. Saya ada a few suggestion.

1. Smart device untuk sejukkan keta kat parking - simple tapi cuba fikir betul2 sapa dah buat dgn murah? Perlukan design dgn disiplin dalam electronics(sensor, fan, rechargeble battery, solar power,PIC), thermodynamics, moulding, mass marketing. Nampaknya student semua nak buat project canggih macam robot main bola tapi yang lebih praktikal buat robot petik kelapa (selesaikan masalah kekurangan beruk). Kalau boleh murah & effective macam air freshner.

2. Starsight.com like device - takde kat malaysia lagi, aper dia? Google ler. Sapa yang pernah fikir yang kita boleh jual balik electric kat TNB?

3. Open source PABX dgn VOIP untuk Small business - boleh based dgn Asterix

4. Community WIFI access - bagi free wifi access kat semua jiran, buat duit dgn iklan kedai runcit ker, barang-barang MLM, ADSENSE, rent PC, IDD card kat landing page.

5. Ok, Electronics gadget MLM, yang bagi free byk based kat US aje pasal advertising money byk. Boleh start

dgn satu kontena used handphone, tak pun mp3/4 yang byk nak dilupuskan kat alibaba.com tu.

Peluang untuk startup biz ni sentiasa ada. Saya sendiri masih mencari database supplier/partners yang boleh dipakai tetapi nampaknya contacts ini memerlukan masa yang lama untuk establish trust ataupun credit hehe..

walaupun ada sesetngah terms yang digunakan oleh engkau aku sendiri tak pernah dengar..tapi it is a very good advice, idea and experience!

Thanks..harap bolehlah kita kongsi bersama-sama kat sini..

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum,

hehe ..terima kasih cikgureza kerana berkongsi pengalaman sbg graduan ICT. saya pon dr bidang yg sama, lebih kpd web application, software tak brape expert sgt. seblom keje makan gaji ni, saya ade jugak buat outsource web. masalah sy dulu ialah, gile punye susah nak carik client. disebabkan itulah sy skg nih keje mkn gaji sbg software engineer (dimana tugas2 yg sy buat pon sbnrnye lebih kpd multitasking).

lepas baca pengalaman cikgureza, barulah sy sedar kesilapan sy dulu, iaitu sy target big income, maksudnye, saya reject buat projek outsource yg byr sy skit. walhal kalau sy terima je projek tu, sy dh dpt 1 client, murah pon tetap client jugak. sambil2 tu carik client yg lain pulak. 1 client murah, kalau 10 client tak ke dpt big income jugak akhirnye? hehehe ..

kesilapan lalu dijadikan pengajaran. terima kasih skali lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hye..

ekcely aku xtau la mcm ne aku blh tersesat kt pages ni...maybe Allah nk bg petunjuk...at 1st aku mcm pelik jer tgk pages ni tp x sangker terSPENT time 2jam lebih...

nway...tahniah kt korg2 yg sudi nk share tips2 ni....cz aku ni mmg xreti sgt even student computer sc.

tq2 :D:D

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam..

ape pandangan cikgu tentang buat online system (e.g rapidshare, fontifier, etc..) yang ada business model sendiri? agak2 market kat malaysia ni macam mana?

sebab aku ngan sorang kawan macam nak buat startup company (hasil pembacaan paulgraham.com ), idea pun ada la, cuma tak sure UM ke tak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

alhamdulilah ...abis gak aku bace thread nie ...tq to cikgureza 4 your kindness sb share kan bende2 yg pernah kite blejao kat skool or Uni..

Situasi aku lak camnie...nak mintak pandangan ..kalo aku ade skill dan abaillity ..camne aku nak prove kan pada org yg aku mampu wat kerje2 tue ..and ..4 developing satu2 system, kalo kite develop sistem sndri ..pas2 camne nak outsource kan bende2 tue ..

sori ar ..name jer budak sc comp ..tapi sengal sket bab2 mangement ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hayat perniagaan ada juga mempengaruhi FUD. Tetapi tak perlu di pikirkan sangat. Sebab, kalau kita lihat kisah Google Inc. masa mula2 operate dulu, ada jugak customer diorang yang nak gunakan service diorang, walaupun masa tu dah ada search engine yan lebih established dari diorang.

Untuk lebih memahami FUD dan juga kaiatan pentingnya..aku rasa aku akan masuk bab "Camaner nak create market korang sendiri (unik)".

a'kum....sesape tau pasal software hp yang latest dan brape harge terbaru.... boleh tak sesape bantu saye untuk dptkan name2 software tu dan kat mane leh dpt yang murah dan berkualiti.... tolong ye... thanks..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ader pn :) nk tny kalu cikgu sudi jawap....dan senior2 puteranian...

berapa modal yg bersesuaian kalau nk start build company multimedia rs2 cikgu...from scratch...modal tuh nk ikut target current market kita atau future market?

dr pengalaman keje dgn company2 skg dan terdahulu...mak aihhh pc,lesen software, related harware tools dan mcm2 lagi la bkn nye benda murah2....

what do you think?is it worth a shot?

Share this post


Link to post
Share on other sites

lagi satu jgn lupe, gaji pekerja yg semestinya 1800> hehe...

utk starting maybe just a few workers je yg ko bleh sambil2 kita maintain projek dah stabil tambah lagi pekerja..

ako rasa mmg banyak guna duit lagi2 software,sewa bangunan,bil.. cikgureza lagi arif sbb ada company sendiri (open sos) :D

silakan cikgu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa khabar CikguReza,

Sebenarnya saya salah sorang customer cikgu (iklankan brg dlm islamik).

Buat masa ni bisnes kurang, ttp saya tak rugi apa2..

Dah adat berniaga, memang camtu..

Cuma dah agak lama CikguReza menyepi..sambung blajar kot atau buat Phd.

Apa2 pun selamat Hari Raya Korban & Selamat tahun Baru 2007 utk semua..

Bye..........

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kepada para grads yg ingin menceburi bidang perniagaan,sekali lagi diingatkan untuk sentiasa meng updates kan ilmu di dada,serta membuat praktikal ke atas ilmu tersbeut, sebab, sebagai orang ICT, information sentiasa berubah, dan kadangkala boleh kira obselete terus...

Jgn lokek untuk menghadiri seminar2 atau talks, atau conference yg dianjurkan oleh oleh organisasi yg selalu membuat kursus2 seperti ini, cthnya MARA,IKBN, dan sebagainya.

Terdapat juga talks dari orang putih, yg mana agak mahal, tapi berbaloi untuk di hadiri, sebab hasil dari talks tersebut, korang akan menmdapat new ideas serta yg fresh2 punya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

zaman dah berubah, kalau kelulusan tinggi tapi gagal dapat jawatan tinggi dalam sektor makan gaji, maka korang kena cari jalan lain untuk tak makan gaji. bukannya takda graduan ijazah yang tanam cendawan besar-besaran, bukak kedai jahit baju.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam,

Saya ada pertanyaan....minta pencerahan. Saya bisnes trading sendiri ajer, tapi nak juga buat bisnes IT nih.....tak thu nak mulakan macamana......untuk pengetahuan, isteri saya lecturer IT & mahir dalam bidang Database & system......tetapi wife saya tak pandai bisnes......macamna nak bagi idea bisnes pada isteri saya supaya dapat manfaatkan kemahiran dia?

Sekian, terima kasih.

:unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam,

Saya ada pertanyaan....minta pencerahan. Saya bisnes trading sendiri ajer, tapi nak juga buat bisnes IT nih.....tak thu nak mulakan macamana......untuk pengetahuan, isteri saya lecturer IT & mahir dalam bidang Database & system......tetapi wife saya tak pandai bisnes......macamna nak bagi idea bisnes pada isteri saya supaya dapat manfaatkan kemahiran dia?

Sekian, terima kasih.

:unsure:

maybe kena pakai taktik 'umpan dan tarik..'. Taktik ni boleh dipelbagaikan, sebagai contoh, maybe abgcomei boleh mintak wife 'tolong' dlm menyediakan buat bisnes plan untuk bisnes IT ni.

Highlight kan pada dia potential market ngan profits yg bakal diterima sekiranya business plan dlm bisnes IT ni berjalan lancar.

Mintak dia turut serta dlm pnyediaan business plan tu..

Insyallah, dia akan nampak jugak keuntungan dlm bisnes ni, pastu dia juga akanberminat untuk join, insyallah..

harap membantu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

yang paling aku lupa sekali adalah.. untuk menjadi seorang usahawan (apa2 bidang) maka, korang perlulah lekas2 berkahwin.. !!

Ya KAHWIN sebab, dgn berkahwin, uasaha perniagaan yg korang buat dgn jalan yg betul (di landasan islam) maka Allah akan memberi pahalanya lebih dari orang bujang yg berniaga. Itu yg penting!!

Korang biasa dgr ungkapan "Kejayaan seorang lelaki adalah kerana seorang wanita (isterinya)" kan? selalu di sebut, dan peratusan orang yg berjaya ni dia akan berkahwin.. atau dia sudahpun berkahwin.

Orang bujang ni kalau dia buat amalan2 agama pun pahalanya setengah je, manakala kalau dah kahwin, maka Allah akan doublekan..

So penting juga untuk bisnes korang mengundang Rahmat dari Allah supaya ianya di berkati..baru le boleh lama bisnes..

harap berjaya!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum...

lembaran baru di buka pada first quarter 2007 ini dgn syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah... aku tak sangka,belum habis 1st quarter ni pun, target aku bagi clients yg amik online apps secara berkontrak telah melebihi paras yg mana aku expect untuk dpt hanya pada 4th quarter tahun ni.Syukur..

Tang mana aku nak mula? Maybe aku akan mula dgn nasihat-nasihat yg pernah aku bagi dulu dlm topik pertama.

Memula skali, aku ulangi, JANGAN BERHUTANG!--> untuk bende2 yg tak perlu. Spend wisely dan untuk usahawan yg startup* tidak perlu 'terliur' melihat kemewahan yg di nimmati oleh org lain,sebagi cth,baru start meniaga dah beli rumah besar,kereta besar dan menambah koleksi hutang yang belum pasti ada kesudahan nya.

*Startup bisnes = perniagaan yang di mulakan dalam 3 tahun pertama. mengikut kajian, lebih dari 80% startup biz gagal dan gulung tikar dlm perniagaan mereka pada 2 tahun pertama. Dan baki 20% tersebut,lebih dari 70% gagal pada tahun ke 3.

Untuk menjadi/membina ketahanan (ressiliance), usahawan perlu bijak menguruskan risiko, sebaik-baiknya mendapat keputusan risiko yang paling minima.

Risiko yang paling perlu ditanggung adalah dari segi KEWANGAN.

Menurut Robert T. Kiyosaki (penulis buku Rich Dad,Poor Dad), "make sure you pay yourself" (lebih kurang le..).

Bermakna, semasa/sebelum korang membuat/membina bisnes plan korang, make sure korang memasukkan anggaran gaji yg di perlukan dari budget bisnes tersebut.

Jgn sesekali menggunakan duit dari luar untuk 'membayar' gaji korang yang di maksudkan untuk bisnes tersebut.Jika tidak, korang akan end up berhutang dgn diri bisnes korang.

as for an example : gunakan gaji (sebab korang masih makan gaji) korang yg dpt bulanan untuk cover balik cost sebab korang belum lagi bergaji dlm bisnes tersebut. dan tindakan tersebut adalah merbahaya untuk startup biz.

Buatkan dlm biz plan korang tu seolah-olah korang makan gaji (walaupun one man show punya co) secara bulanan, jadi bajet mesti mengambil kira gaji yg bakal korang dapat.Tetapi of coz lah, dari segi nett profit, itu adalah duit yg memang patut korang dapat sebab hasil dari bisnes tersebut.

Cuba outsource sumber2 sekiranya bajet yg korang kira takleh nak cover cost biz tersebut selama 4 quarter (setahun).

Mungkin buat permulaan ICT biz, seperti yg aku bagi tau dulu, equipment2 memang yg paling baik,di biayai oleh co.namun, untuk outsource kan/minimlkan sumber2 sekiranya bajet berkurangan,sebagai cth: korang memerlukan extra help untuk menyiapkan sesuatu apps,maka korang boleh mengoutsourcekan secara project basis pekerja tersebut.- dan jgn lupa,outsource worker(s) tu boleh jadi dari kalangan bekas rakan sekuliah korang dulu.Masa nilah nak tolong kawan kan?

aku smbg nanti..ada apa2 yg nak tambah?

Kemudian,nasihat aku yg ingin aku ulangi adalah, mula explore balik ilmu2 ICt yg terkini, tak rugi korang spend masa ber jam jam utnuk study bende2 baru..

Cuma bila dah bisnes,kena ba nyakkan R& D dekat stuffs yg banyak berkenaan ngan scope ICT business yg korang buat. Yang paling baik, study yang mana yg melibatkan open source..

"kenapa Open Source? padahal saya belajor banyak windows based punya perkara dulu..rugi le camni" ---> kalau itu lah bende yg korang tanya,memula aku nak ucap tahniah,sebab korang merupakan antara jenis student yg hampir pupus,iaitu betul2 study,iaitu bukan takat study untuk lulus exam je..

Kendian, soalan yg korang tanya tu bagus,sebab open source adalah melibatkan dgn scope kos bisnes korang yg korang akan spend.

Sebagai bisnesman,korang takleh nak amik risiko untk guna pirated software,dan of course,yg home punya memang bermasalah kalau korang nak guna untuk kerja/opis.

jadi,jln penyelesaianya adalah untuk migrate kepada open source. Sudah ada banyak compatible apps software yg ada kat WWW yg boleh di donlod secara free(atau berbayar), dan juga korang boleh dpt support yg baik sekiranya korang pandai membuat sedikit sourcing..

Aku amik cth dlm biz aku. Kebanyakan apps yg aku ada/jual adalah merupakan 97% open source ,iaitu dlm definisi aku, software/apps yg aku jual tanpa perlu aku buat coding dari scratch-yg aku panggil TEMPLATES, dan yg balance 3% tu adalah coding dari scratch.

Jadi,melalui experience aku, dgn mengunakan templates open source, aku dpt menjimatkan development time sebanyak 80%! Betul2 menjimatkan time, dan bila time dpt di jimat,segala cost yg bakal hadir juga akan di jimatkan...

Dan,of coz,untk template2 yg ada/perlu memang bersepah2 di WWW,cuma sekali lagi aku ingatkan kena pandai dan juga rajin sourcing je.. pakcik GOOGLE kan ada...

kalau korang jenis yg rajin buat R&D,dan dlm waktu yg sama nak biz, maka korang sekarang ni kena bahagikan masa korang untuk dua bende tu,iaitu pertama,sebagai org yg rajin buat R&D (definisi aku rajin R&D dlm dunia programming adalah---> buat coding dari scratch), dan yg kedua,sebagai business owner/usahawan.

Dua2 'personaliti' ni kena di asingkan waktu kerjanya,sebab,bila bisnes, masa adalah penting,jadi,kalau korang spend bnyk masa untk R&D bende2 yg tak berkait ngan bisnes korang,maka, job2 yg patutnya di buat tak siap..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hari ni aku memulakan lembaran aku ni dengan emo yg sedih skit... bukan apa. Untuk pahami perenggan seterusnya, silalah baca thead ni dari awal balik...

Sepanjang aku menulis di thread ni, aku telah mendapat banyak feedback. Dari PM, dari YM, dari email, ada yg datg jumpa dan mcm2 lagi. Semuanya nak mintak nasihat atau konsultansi atas bisnes ataupun untuk start up bisnes diorang. Aku seperti biasa, cuba membantu sekadar yg mampu, dan hanya mampu berdoa kepada Allah untuk mereka2 ni berjaya..

Sepajang sessi2 personal dengan mereka2 yg mana telah aku reply baliklah (kpd yg aku belum reply, maafkanlah aku aku tak sempat, bukan nak sombong..) aku memahami mereka2 ni. Yg mana, satu enviroment yg baru bagi aku. Sebab dulu, enviroment aku , nasihat2 aku hanyalah untuk sudent2 (X student skang ni) yg memita bantuan nasihat aku.. namun bila bertemu dgn bermacam peringkat, aku mengalami experience yg baru.

Aku semakin nampak keperluan dan juga kehendak mereka2 yg dtg jumpa aku, malah tak salah kalau aku katakan sesiapa juga yg nak start bisnes. Iaitu, perkara pertama yg mereka fikirkan adalah- bagaimana nak dapatkan satu income yg boleh mengantikan gaji sebagai org yg makan gaji. ini memang benar, sebab, bila bisnes, risk yg akan di hadapi adalah kekuragan wang, samaada untuk modal mahupun survival setiap hari. bagi yg berfamily, lagilah masalah....

aku rasa, sepanjnag aku menulis kat sini, semua tips2 yg aku ceritakan tak memrlukan modal yg banyak untuk start. Boleh dikatakan memang play safe punya game. Tinggal korang lagi untuk memanfaatkanya. aku tak tau lagi kut2 ada cara yg lebih baik, namun yg terbaik mengikut pengalaman aku, sebagai seorang yg survive after the first 3 years, ini je cara yg terbaik...

y

Aku sentiasa tekankan, jgn buat hutang, atau tambahkan hutang untuk bende2 yg tak perlu. sebagai contoh, kereta baru, rumah baru,Sony 52' plasma tv (ehhem..ehhem.) ,credit card, dsbgnya. kalau korang nak beli boleh, tapi make sure komer beli secara cash! sebelum nak amik tu tgk dulu poket, "cukup ke duit aku nak amik bende ni cash? "kalau tak cukup, jgn beli lansung. Aku kan pernah citer, kalu mean of transport korang keter, maka belilah keter2 yg ol' skool. yg regenya cuma beberapa Ribu je dan boleh beli cash. ada yg RM 70 je pun ada, (tak caya mari datang Perak.) keter2 tu semua, walaupun pada pandangan korang tak hip dan kool mcm wira convert evo, kancil convert mira dsbgnya, tapi mereka cukup berhaga untuk start- up bisnes. iaitu sebagai maksud untuk sampai ke satu destinasi dari satu destinasi. Cukup le, nak apa lagi? (nak bawak laju2? maybe tak boleh, tapi keter2 lama ni sudah semstnya boleh buat drift!)

Pastu pulak. Untuk start-up. Target mesti ada. mcm aku citer kat post yg atas2 ni. Set target untuk achievement korang dlm bentuk pecahan, iaitu secara pecahan mengikut quarter. (satu quarter = 3 bulan). set target unuk berapa income dari bisnes korang tu buleh dapat. kalau mampu, set kepada income sehinga 300%. Iaitu, kalau sampai end of each quarter, kalau tak dapat 300% target pun, at least dapat 100% dah cukup. Bukan nak banyak...

Bila buat planing, mesti ingat, Allah lebih Berkuasa. Sebab itu ianya dinamakan planning je. Sebab ketentuanya dari Allah. Jgn frust kalau tak achive target, sebab, tanamkan dalam hati, bahawasanya Allah ingin memberi yg lebih baik dari yg kau plan tu. Setiasa ingat dan latihkan diri untuk ber mind set begitu.

Ini kerana, Allah takkan menganiaya kita hamba-hambaNYa yg cuba berhijrah kepada sesuatu yg baik. Dia pastii aka membantu. Dan kadangkala anugerah yg diberi kat dunia ni adalah dlm keadaan yg tak disangka2 serta tak semena2. Aku sendiri selalu mengalaminya. Malah mcm aku ulis kat atas post ni, tak sangka, target yg aku set untuk "contract basis software" (leasing kepada client), iaitu yg mana aku targe unuk dapat/achive pada quarter keempat tahun ni, telah pun Allah bagi pada quarter pertama tahun ni !

Cumanya, untuk sampai ke level tu, memang banyak dugaan nya.

Ingatlah, aku adalah gen X punya bisnes man, dan korang2 ni adalah gen y punya bisnes man. maka, adalah menjadi harapan aku untuk korang2 yg gen y ni membawa trend yg baru ke dunia bisnes org melayu ni. Gen x (zaman aku), di kalagan kami, kami bekerjasama unuk complimen each other punya technology dan bukanya bersaing. sebagai cth, antara compay2 yg aku jadi partner, mereka semua adalah software development company. Tapi kami still dapat masuk market prvate sector dgn sihat dan tapa perlu membunuh bisnes each other seperti generasi2 peniaga melayu sebelum kami. iaitu dgn kami menerapkan sifat BI (Business Inovation-aku akan cover bab ni nanti) ataupun yg mana pernah aku citer kat atas ni sebagai UM (unik market ataupun USP- Unique Selling Proposition).

Iaitu kami menerapkan konsep tersendiri dlm setiap bisnes kami. Sebagai contoh ada 3 company yg buat software, camner kami tak bersaing,malah jln seiring? (1) company pertama hanya concetrate ke atas software jenis desktop application (windows based (2) company kedua jenis multimedia software, mcm segala yg berkaitan dgn animation dsbgnya (3) concentrate on Open Source dan server side programming (web based).

jadi, bila mana2 dari satu company atau mana main sub compay dapat projek,maka kerja akan dipecahkan mengikut fokus 3 company ini. Jadi hasilnya akan mndatangkan pejimatan masa dan juga hasil kerja yg lebih fokus.

Malah, even untuk hardware pun kami tak buat sendiri walaupun kami boleh buat, tetapi kami akan outsourcekan kepada company yg seterusnya.Jadi di antara kami sentiasa ada job yg hendak dlakukan dan juga ada income. Yg ini adalah gen X.

Sila ambil perhatian, bahawa, income gen X bukan lah sebesar fantasi korang. Tapi setakat ni ,Alhamdulillah, kami telahpun berjaya memanfaatkan teknologi yg kami sukai dlm bidang masing2 dan dapat juga compliment each other. Maka harapa kamilah bahwa, concept gen X ini di bawa kepada gen y, tetapi di lakukan secara inovatif sikit, di mana gen Y perlulah mendapat income g lebih besar dari kami gen X. sebab apa, apa yg gen x lakukan adalah satu jenis pengorbanan. iaitu untuk mencapai maksud compliment each othe dlm bisnes, kami terpaksa makan pai dgn potion yg kecik. Walhal, generasi terdahulu, kesemua pai adalah milik dia dan dia dapat makan sesorang..

sebagai contoh, satu projek bernilai RM 100k setelah di tolak kos dsbgnya,dan kemudia di bahagikan lagi kepada beberapa bahagian, maka pai nya lebih kecil dan nilainya berkurangan. Namun, bila kita membuat fokus ke atas bidang kita, iaitu dgn menyerahka tugas2 mengkut company2 yg pakar dlm bidang tersebut, maka mereka akan dapat membuat anggaran keuntngan bagi setiap job mereka berdasarkan nilai itu. Jadi itulah yg terjadi sekarang.

Sebab itulah gen y, perlu mendapatkan nilai yg lebih besar dari kami, iaitu dgn konsep berkongsi job mcm kami buat.

"Nak letak harga lebih ke?" kala itu soalan yg ditanya, jawapanya begini:

Katakan nilai projek adalah sama seperti kami (RM100k) dan masih ada few company yg ingin terlibat sama2 dlm pai tersebut. Maka, bukanlah apa yg korang mintak itu harga yg leih tinggi, tetapi, korang perlu bijak menguruskan kos. Takkan tak sedar, development kos untuk teknologi di zaman kami, sudah tentulah akan lebih tinggi/mahal dari development kos korang bla korang start menceburi bisnes ni. (development kos adalah kos yg di kira secara internal da bukan yg di 'ual' kepada client). Ini kerana, zaman kami, kami mengunakan teknologi yg lebih lama dari apa yg korang bakal gunakan nanti. Sbagai contoh, katakankan untuk sesuatu apps Open Source yg kami gunakan adalah verson 1.0, udah tentulah masa orang start bisnes nanti akan ada version 2.0 atapun 3.0. dan sudah tentulah version selepas itu lebih baik dan cukup.

zaman dulu semua perkara kena buat dari scratch, dan bila start perubahan zaman, barulah ada templates2 yg memudahkan kerja serta source code2 yg blh di kongsi bersama2. aman korang nanti, mesti lagi hebat di zaman tu..

"habis tu, kalau kami jump in dlm market place yg sama, cmaner lak gen x punya bisnes nanti?" kalau itu yg ditanya..

setiap maket place ada niche dia tersendiri (refer ke post yg atas2). Dan setiap manusia, Allah sudah tetapkan rezekinya. Jadi gunakanlah niche tersebut. malah untuk gen x punya bisnes mana yg aku kenal, kami telah bersedia untuk meniggalkan niche market kami skarang dan kami sedang menghala ke niche market yg baru. So, niche market kami dulu tu ada le kekososgan..sapa yg nak guna? hehehe, tepuk dada tanya selera.

Malah tak kejam kalau aku katakan, gen x bisnesman dlm It ni ,niche market dia bukan lagi kat Malaysia ni dah! jgn le riso! cumanya kami berharap supaya gen x dan gen y dapatlah bergabung tenaga untuk memajukan industri It kita. Kalu tgk kat MDEC punya statistic, masih banyak level lagi yg bumi co's belum masuk... dan ingatlah, manusia semakin computer-dependent dah skang ni. Insyallah teknolog is here to stay, maybe untill kiamat.

so aku harap, korang memahami apa yg aku meraban teben (merepek) ni... dan semoga apa yg aku cerita ni korang dapat lah manfaatkan sekiranya rasa berguna. namun kalau rasa tak betul, aku mintak maaflah, sebab segala tips2 yg aku tulis ni adalah jenis education di "University of Hard Knock" dan juga masa aku amik PhD kat "University of - I Didn't go To University"

Assalamualaikum...

Ikhlas

arigatogazaimaisu....

Cikgureza

Kyoto, Japan <--- tipu!!

** gen-Y Bisnesman: iaitu sejenis bisnesman yg start lepas grad IPT pada 2008-2009.

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

.Assalamualaikum...

(menyambung kembali kepada post emo aku yg sebelum ni .Aku sebenarnya tak abis lagi tulis yg atas tu, so aku nak sambug lagi maksud aku yang belum lagi tercapai. Untuk aku luahkan kat sini.)

Aku sendiri (lawaknya) jarang sekali baca balik thread ni dari awal balik. Dan aku kesan, banyak lagi bab-bab yg belum lagi sambung (yg mana aku tak sedar ramai yg sedang menunggunya- sorry, aku ingat korang tak anggap bende tu penting), sebagai contoh bab R.A.S, ramai rupanya yg tanya balik bila nak citer bab tu.. so guess what? aku akan sambung secepat mungkin! plus aku akn includekan bab "Neuro Logic Programming(NLP)-The art of hypnotic sales!" hahaha, kalau korang tgk citer "Hitch" (Will Smith), korang mesti tau apa yg aku maksudkan- tapi gunakan apa yg Wll Smith gunakan tu dl bisnes korang!!

Dan jugak, aku tengok skang ni genX+ GenY (yg aku letakkan harapan), ramai yg penguasaan diri tu takde. Prinsip diri tidak kuat serta mudah untuk di persuade/di pengaruhi. apa yg aku maksudkan adalah, mengenai skim-skim yg menjanjikan kekayaan erlampau tidak munasabah. malah ada yg terang-terang scam. Tapi ramai yg enroll/masuk sebab impian untu kaya tu terlampau tinggi...

Wake up and do some reality chechk!

Sebelum membuat apa-apa keputusan untuk invest ataupun mengambil bahagaian dlm skim2 yg sebegitu, do your homework and math. Tabahkan diri. Jgn dgr crita pasal boleh dapat RM 1million dlm setahun, korang dah kelabu mata dah. Memang sedap di dengar quote-quote diorang mcm ni "Kita akan jadi jawan secara seiring!","Membantu menjana ekonomi umaat islam" "umat islam itu akan hina kalau tak kaya" dan pelbagai rubbish lagi!

Skim2 yg ada quote mcm tu adalah yg paling perlu di kaji kembali! Terutamanya source of income diorang. Apakah benar2 dtg dari produk2 diorang ataupun daripada 'duit' korang2 yg join?

Kalau dorang asyik menekankan tentang kepentingan plan-plan, ataupun kejayaan-kejayaan sekiranya dapat recruit orang y baru, maka berhati-hatilah, dah banyak company yg fail after few years of business...walaupun pada awal2 operasi mereka, nampaknya memang hebat, tapi lepas second phase (the first 5 years untuk start -ups). itulah fakta business!

Memang sedih, sebab dah memang menjadi fakta bahawasanya dlm 10 start-ups business, 9 start-ups tu akan gagal pada 3 tahun pertama operasinya. Gagal bermakna, susah untuk diteruskan dan di run kan kembali. adakah sebab start-ups tu gagal dapat funding (kewangan)? adakah sebab diorang ad teknologi?sama-samalah kita kaji...

ada yg kata aku ni jealous sebab dengki dengan kejayaan diorang. Malah ada yg sampai teruk sekali kata aku menghalang melayu maju! mak aih. mcm tu sekali elagation nya pada aku! Tai aku tak kisah, sebab aku tahu, apa yg aku buat tu bukanlah nak dengki atau nak jealous atas diorang punya cara/usaha.

Personally ,kalaulah aku just nak kelabu mata, :lol: malas aku nak cerita panjag2 bab tu, tapi percaylah, bukan yg kecik2 mcm diorang ceriat tu yg aku dapat, infact duit tu dah di bank in kan pun untuk memujuk aku meneruskan perkara tu.. Tapi aku tak amik , aku ulangi, aku tak amik, da aku putuskan terus hubugan aku dgn partner bukan bumi aku tu..(tapi kami still brhubung)

Sebab tu lah, aku bukan big shot! aku just seorang small time punya bisnesman, mencari rezeki di bumi Allah ni, menjalankan bisnes jenis yg aku rela tak tidor bebrapa malam sebab minat aku dekat situ,( bukan sebab aku terpaksa..).

Dan to tell you the truth, the reason pada thread ni awal2 lagi yg aku tak berapa galakan korang untuk dpatakan MOF (lesen kementerian kewangan ) adalah sebab aku taknak sesekali genY ni terlibat dgn satu game yg 'menyeronokkan'. 'menyeronokkan' sebab duit memang bolh dapat banyak, tapi kesan selepas itu menag akan makan bebrapa keturunan. Ikutlah nasihat aku, lebih bailah korang sub kan memana job yg di tender.

Bila ada MOF, ndak atau tak ndak, korang akan terlibat dlm satu maket place yg "it's not WHAT you knows, but WHO you knows"!.

Percayalah, once korang dah terlibat kat 'game' big time business man mcm tu memang susah nak patah balik. Umapan duit memang kuat. Sebab tu aku seru korang supaya kuatkan diri...

Aku teringat ada satu kisah yg aku terbaca kat ,aku lupa kat mana, tapi bunyinya lebih kurag begini (kisah benar):

"Seorang business coach telah melakukan satu sessi coaching dgn 10 orang bekas jutawan yg baru sahaja bankrap. Dan mengikut coach tersebut, satu persamaan yg dia berjaya kesan daripada kesemua 10 orang bekas jutawan itu adalah- mereka tidak pernah melepaskan peluang apabia mendengarnya pada kali pertama"

Kaji balik apa yg aku tulis ni. There are no shortcut to success! The wold of business is out there waiting for you! Do come and tap-in whichever you like! Trust me, been there, done that!

cikgureza

(arini dah sampai Tokyo,Japan: Naik shinkansen!!!)

P/s: anata ga yukkuri hana shitara watashi wakarimasu..

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

Okey, setelah pulih dari ‘daily rhythm’ aku yg pelik sampai menjadikan aku emo tahap jenglot, maka aku nak sambung balik beberapa perkara yg aku lupa nak highlight…

Okey.. ini tajuk kali ni:

The Current ICT Oppurtunities.. (sumber dari MDEC)

• Bio Tech/ Life science

• Computer engineering design

• Computer /system security

• Content development

• Data center/Support center

• Hardware/ Electronics

• Internet Based Business

• Mobile/ wireless Technology

• Software Development

• SI, Consultancy

• Telecomm/Networking

• Others

 menurut sumber ini, participation Bumiputera companies adalah teramat tinggi dalam segmen ini:

• Content development

• Software Development

• Telecommunication and Networking

 Tapi, yg segmen ni pulak participation yg minimal dari bumi’s co. :

• Bioinformatics/ Life Sciences

• Computer/Enginering Design

• Data Center/Support Center

• Mobile/Wireless Technology

• Internet Communication Technologies

Nak tau tak kenapa bumi’s co. kureng sikit ada kat segment tu?

Ni sebab, beberapa variables yg selalunya kita ndak sgt... terutama dekat Bio informatics tu. Yg mana, paling tinggi expectation kebanyakan Bumi’s co. Adalah untuk mendapat grant. (korang tau kan kemende grant kerajaan tu?)

Maybe untuk start-ups, agak susah sikit untuk pergi pada level yg cengitu, jadi takper, pelan2 kayuh, dan sampai satu masa nanti, dan when you are big n strong enough, well, do join in..

BTW, kalau ikut post aku yg 2 dari atas post ni, aku ada ceritakan yg genX company yg dulunya start-ups, dah nak keluar dari niche kami skang ni, dan pergi ke niche yg lain. So, sebenarnya, niche yg genX nak pegi skang ni adalah yg dekat list yg kedua tu ( yg minimal). So itu le maksud aku, jadi, market high concentration tu lah yg kami akan tinggalkan dgn satu footsteps yg aku harap adik2 genY boleh ikut dan kembangkan serta perbaiki...

Ingat apa yg aku tulis, aku nak genY kalau boleh, dapat income lebih dari yg kami buat skang ni, tanpa perlu berkorban mcm kami..jadi makanlah hasil secara berkongsi sesama di antara company2 bumi’s yg korang start tu...

Okeh..habis part tu dan aku harap korang tak blank yg mana market segmen ICT yg ada kat Mesia ni..jadi aku akan ke topik yg lebih penting..yg mana sambungan daripada U.M (unique marketing) ataupun USP (unique selling propositions) dari atas..

Kali ni dipanggil â€Business concept Inovation†(BCI): (inovasi konsep bisnes)

BCI ni mcm jugak niche market yg mana korang sebenarnya keluar dari persaingan, walaupun marketplace korang tu memang dah tepu. So, ni kira lanjutan pada niche jugak le, lebih kurang mcm ‚niche 101’ kut.. wakakakak

Apakah matlamat business concept inovation (bci) ?

• iaitu korang memperkenalkan lebih banyak kelainan strategic ke dlm sesuatu industi ataupun market yg memang competitive.

• Korang jugak mencipta satu potensi untuk ‘memperkayakan’ diri korang dan juga membawa ‘kekayaan ‘ itu menghala pada korang…

• Korang perlu jugak untuk mengkaji business concept sedia ada iaitu dari melihatnya dlm bentuk meta, dan bukanya tertumpu kepada produk dan juga teknologi..

• Dan bukanlah ianya (BCI) berbentuk ‘menentang’ persaingan2, sebaliknya, ‘pusing keliling’ saingan2 tersebut..

Maksud aku camni:

• iaitu korang memperkenalkan lebih banyak kelainan strategic ke dlm sesuatu industi ataupun market yg memang competitive.

-ambik cth, andaikan yg korang ni penjual aiskrim, dan kawasan tu memang ada banyak potential market,yg mana ada students, ada budak2 , ramai family, dan jugak, kawasan tu ada 2-3 sekolah. Jadi kalau ikutkan, memang aiskrim boleh jalan punya, cuma, dah lebih 10 orang penjual aiskrim mobile yg meniaga jugak kat kawasan tu..jadi saingan memang tinggi. So, dgn BCI, ianya akan membuatkan korang masih stay in the same business, tapi, with better income, sebab saingan korang dah tak mampu nak lawan BCI korang tu..

• Korang jugak mencipta satu potensi untuk ‘memperkayakan’ diri korang dan juga membawa ‘kekayaan ‘ itu menghala pada korang…

Cthnya mcm, (still dekat meniaga aiskrim), apakah caranya yg korang nak bawak/tarik semua orang ataupun at least 60% manusia yg ada kat situ beli aiskrim dari korang?

• Korang perlu jugak untuk mengkaji business concept sedia ada iaitu dari melihatnya dlm bentuk meta, dan bukanya tertumpu kepada produk dan juga teknologi..

Yg ni pulak cthnya mcm, apakah yg membuat kan orang nak membeli aiskrim? Adakah sebab sejuk je? Dan jugak bilakah waktu yg paling sesuai sekali untuk korang memperniagakan aiskrim tu? Dan mcm mana nak buat clients korang tau time korang jln?

• Dan bukanlah ianya (BCI) berbentuk ‘menentang’ persaingan2, sebaliknya, ‘pusing keliling’ saingan2 tersebut..

Yg ni maksudnya mcm, korang takdelah sampai pergi santau semua org yg jual aiskrim kat kawasan tu, sebaliknya, korang kena buat supaya, walaupun kenderaan aiskrim korang bergerak sebelah2 dgn kenderaan iaskrim satu lagi, tapi still, clients korang tungu gak korang..

Jadi hapa ke jenis kesan/effects yg BCI akan bagi?

Satu je! Iaitu, kalaulah bci korang tu efektif, maka ianya akan meninggalkan competition korang tu tinggal dlm keadaan terpinga-pinga dan terkejut...

Manakala, bagi competition tu pulak :

- kalau diorang tinggalkan business model diorang skang ni, diorang akan terpaksa mengobankan core business diorang untuk menjadi 2nd place dlm sebuah game yg bukan dicipta oleh mereka, dan juga game tu ada undang2 yg mereka sendiri tak tahu serta tak paham..

- Tapi, kalau diorang tak buat pulak apa yg korang tgh buat tu, diorang lak yg kena tinggal belakang!!

Dan itulah Business Concept Inovation in a nutshell !!! ahaks! Ahaks ! lol

Untuk masuk lebih mendalam lagi, maka, kita tgk kepada Business Model Framework

Untuk framework model ni, ada empat ciri : (dan kalau dah tahu, maka kenalah identify ada atau tak dekat business korang skang ni/bakal bukak)

• Customer Interface

• Core Strategy

• Strategic Resources

• Value Network

Jadi hubung kait memang berlaku di antara framework2 tu, aku huraikan dlm bentuk simple begini..

• Customer Interface

• Core Strategy – link dua ni adalah pada customer Benefits

Manakala,

• Core Strategy

• Strategic Resources- link dua ni pulak dekat Configuration

Dan jugak..

• Strategic Resources

• Value Network – dan link dua2 ni adalah pada Company Boundaries

So, formula yg akan dilahirkan menjadi seperti ini:

Efficiency/ Uniqueness/Fit/Profit Boosters

(Sorry, masa aku belajar dulu semua ni baser English, aku pun tak tau camner nak memelayukan bende ni..- cuma itu le maksud dia kalau dlm baser melayu..)

Aku akan mula explain dgn component Core Strategy…iaitu ttg apa sebenarnya core strategy tu..

• business mission

• produk/ market scope

• Asas untuk ‘berlainan’

Ini adalah intipati pada bagaimana sesebuah company itu akan memilih untuk bersaing, dan sedar atau tak sedar, walaupun korang tak buat lagi bende2 ni, tapi percayalah, dah memang/bakal korang buat nanti..

Aku kecikkan lagi pecahan nya, iaitu kepada segmen dalam Core Strategy ni…

• business mission

- maksudnya ia merangkumi kesemua objektif overall pada strategy business tu.

- Meninggalkan kesan halatuju dan jugak satu set criteria untuk korang mengukur tahap progress tu..

- Meng kompaskan apa yg aku pecahkan seperti berikut:

a) Value proposition ( proposal penilaian)

B) Strategic intent ( objektif strategic korang)

c) Matlamat

d) Tujuan

e) Objektif prestasi keseluruhan..

(kan bunyi cam siut je bila nak memelayukan technical language!)

Okeh..seems that yg korang dah berpinor mata, so apa kata aku bagi cth, dan kali ni kita amik Xerox & HP:

• Misi xerox adalah berfokus pada copiers dan juga copying- yg mana maksudnya photostat pada zaman tu.

• Awal2 dulu, diorang ni telah terperosok pada satu business concept yg membawa diorang ni pada blind spot.iaitu, beberapa masalah yg disebabkan diorang ni terlampau fokus pada copiers jer, iaitu bila zaman ledakan komputer bermula..

• Ini membawa kepada kemunculan HP (yg bijak masa tu) untuk menjadi satu market leader pada business printer..sebab apa tu? Sebab, kebanyakan business zaman tu, dokumen telah mula disimpan secara elektronik..So zaman tu mana ada xerox machine yg boleh print dari PC.

• Dan selepas tertingal belakang, Xerox telah mengubah business concept nya iaitu memasukkan sekali apa saja yg berkenaan printing ke dlm company tersebut..

Jadi tanya diri korang:

• apa ke business mission korang skang ni ? (atau yg bakal bukak nanti)

• kat tahap mana yg korang akan pergi/masuk? – entry?advanced? saturated (tepu) ?

• Apa jenis perbezaan yg korang akan bawak?

• Adakah misi korang nanti akan relevan dgn customer korang?

• Dan adakah misi korang nanti akan unik/meneraju daripada saingan korang dlm marketplace yg sama?

Jawab dan menang!!

Okey, skang kita gi pulak kat point kedua dlm core strategy, iaitu:

• produk/ market scope

apa bende maksud ni?

Maksudnya kenalpasti intipati dimana dikalangan company tu bersaing, melalui beberapa perkara seperti :

a) Demographics

B) Geographies

c) Product segmen

Korang blank lagi kan?so kta amik cth lagi, dan sebab ni lah aku taknak bagi dlm bentuk point, tapi ramai pulak yg mintak dlm bentuk point (kat feforum lelain).

Ni kes Amazon.com pulak:

• mula-mula diorang ni start sebagai penjual buku je.

• Matlamat diorang nak jadi mcm wal-mart of the internet yg menjual jugak produk2 mcm video, personal interest,electronics, dan jugak peralatan berkebun (sebab rata2 org US ni suka berkebun),tools , mainan dan bnyk lagi..

• Kekuatan diorang adalah pada easy-to-use customer interface(pada website) dan jugak mempunyai support vendor yg kuat. Jadi...

Tanya diri korang balik,

• Boleh ke gamaknya korang memberikan customer korang satu ’total solution’ dgn memperkembangkan definisi product scope korang? (amazon punya product scope apa?- buku je ke?)

• Boleh ke korang menambahkan lagi ’wallet share’ korang seiring dgn ’market share’, korang, iaitu dgn mengembangkan product scope korang? Maksudnya, kalau tambah produk lagi, boleh ke korang dapat lebih income dan jugak penguasaan kat market tu?

• Adakah dengan membawa produk yg berlainan scopenya akan membolehkan korang mendapat profit yg seiring dgn produk atau servis korang tu?

• Ada tak jenis2 customer yg telah secara am nya tidak dipedulikan oleh saingan korang dlm marketplace yg sama. Sebagai cth bangang, mcm credit card punya company, selalunya bila buat pomo, diorang tak berapa nak layan mcm melayu2 yg just pakai t-shirt ngan jeans jer,so secara general nya, jarang diorang approach pun..

Sekarang kita ke satu lagi iaitu, ’Asas untuk ‘berlainan’

Aku point out kan seperti berikut....

• Mengesan bagaimakah company korang akan bersaing secara berlainan dgn persaingan korang.

Kita amik cth Jonathan Ives & Apple Computer

• zaman dulu kala, PC adalah sebijik machine yg paling buruk pernah ada dekat rumah, (kalau korang pernah tgk PC ol’ skool ), nampak mcm robot yg selekh dgn cables dan jgak cord yg berjela. Dan yg paling bodoh sekali, semuanya satu kaler jer..

• Jadi si Jonathan Ives dari Aple computer pun mengubah semua tu, dgn memperkenalkan iMac-iaitu dgn bentuk yg tak bersegi, translucent dan berwarna warni. Dan dgn intro camtu, ianya telah djual sebanyak 400,000 unit pada bulan pertamanya…Jadi.

Tanya diri korang sendiri:

• bagaimanakah persaingan korang pulak cuba untuk me ‘lain’kan company diorang dlm industri tersebut?

• Adakah tedapat sebarang ruang kelainan lagi dlm marketplace korang yg boleh korang terokai?

• Apakah aspek2 pada produk atau servis korang yg terdapat kurang nya kelainan?

• Kalau ada, camner nak tambahkan lagi kelainan dlm segment tu?

• Dah habis cari ke peluang untuk berlainan di setiap dimensi business model korang tu?

Dan sesungguhnya aku akan sambung nanti..panjang gila subjek ni, cumanya untuk paham ,korang kena ulang beberapa kali ler…

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...