Jump to content
cikgureza

Tips Berjaya Untuk Graduan Ict-part 2.1.0

Recommended Posts

Korang nak tau cerita yang betul, sila baca part 1 (part 2 ada kisah pasal part 1 jugak)...

Bagi yang tak pernah baca part 1, saya ulang balik kat bawah ni.. part 2 lepas yang ni..

." Aku sebenarnya tak de le successful big time, cuma aku nak share panglaman aku je..sebelum ni aku ngajor kat satu kolej swasta kat kl(jgn tanya kolej mana!), so aku paham bebenor (benar-benar) bebudak student ni yang datang rata-ratanya dari luar KL.

apa yg aku nampak, student-student ni belajor supaya boleh cemerlang dalam exam je..part practicallity nye hampesh!(walaupun result giler babat punya)(dan aku tak cakap semua student ye!jgn kecik ati..)

Melihat dari perkara tersebut, aku berazam untuk memperbetulkan keadaan, so aku start buat satu kelas free (extra class) untuk memenuhi gap practicallity student2 tu (aku ajo subject software engineering), jadi, aku sentiasa brainwash diorang supaya jangan aim lepas graduation day nak kerja kerajaan pastu jadi bos! sebab itu yg diorang pikir, aku sentiasa cakap kat diorang lepas abis belajor nanti bukak bisnes!jadi bisnes owner! baru buleh kaya-raya! itu le yg aku cakap kat diorang, tapi aku terlepas satu perkara..iaitu, aku bukannya bisnes owner,pastu aku sendiri pun makan gaji..so aku berenti kerja untuk menyahut cabaran yang aku buat sendiri..

So aku start satu bisnes concept yang buat software development, with a humble beginning.Satu meja,dua kerusi dan satu desktop pc IBM lama (pentium mmx kot..), masa tu aku takde partner lagi.Stand alone, dan aku tumpang lesen company ex-student aku (dia lagi tua dari aku dan dia dah lama bisnes). Selepas itu, aku decide untuk ubah style meniaga aku, dan aku start marketing diri aku (bukan product aku) so aku end up melepak kat satu kedai wartel (telepon) kat satu taman yang dekat dengan UTPetronas (tronoh,perak), sebab aku dapat tau kat situ ada somebody yang aku buleh mintak tolong untuk liase ngan satu project software aku (software untuk tadika kemas management system).aku lepak kat sana lebih kurang sebulan jugak, tanpa ada apa2 bisnes lansung..melangut je, aku pun tak tau apa aku buat kat situ masa tu. Masa tu lah Allah menunjukkan kuasanya. Benarlah , setiap kejadian itu ada rahmat di sebaliknya.Aku tersembanglah dengan sorang kontraktor cum supplier kepada Naval Base Lumut (TLDM), dia dapat sub contract untuk repair satu simulator software untuk kolej TLDM (KD Pelandok).Jadi aku pun dipanggil untuk repair simulator tu.Simulator tu dipanggil GAT (Gun Aimer Trainer) .giler babat hardware dia, meriam kapal besar kepala lori sambung ngan satu simulation server.Jadi aku check2, ada satu je line code yang salah,so tak leh connect ngan database server. Di pendekkan cerita, lepas tu nama aku jadi semakin popular untuk contractor/company-company panggil aku outsource kerja diorang..

Aku dah rasa malas nak type so, aku pendekkan lagi cerita aku lah

so tips yg aku nak bagi adalah..

~ Kalau korang tak leh bukak company takpe,sebab untuk bukak company enterprise dalam RM60 je kot, tapi bukak current account dalam RM 1000 ke RM 5000 (depends on bank).pastu nak kena daftar lak dgn MOF dalam kepala2 yang ICT related. Duit gak tu, so takpe, untuk start up bisnes aku nasihatkan korang tak yah buat company.

~Bila takde company camner nak niaga? boleh niaga, dengan syarat kau positionkan diri korang sebagai "Outsource Expert". Bermakna, kau akan offer technical service kepada company2 yang nak meniaga ICT tapi tak mampu nak hire expert cam korang. (walaupun korang baru grad, sentiasa tanamkan mind set korang sebagai expert dalam field korang (klau bidang programming,make sure korang rasa korang expert in programming), sebab bila korang tanamkan mind set, satu sensor akan di activatekan (R.A.S) pastu otak korang akan mula bertindak macamana korang boleh jadi expert, dan korang akan nampak jalan2 yang boleh membawa kepada menjadi expert)(tips ni aku dapat dalam satu business coaching seminar)

~ cari sebanyak mungkin company yang korang boleh market kan diri korang, terdapat banyak company yang ada lesen meniaga ICT dan MOF dalam ICT, tapi diorang takde experts (sesetengah tu ada experts tapi panggil outsource jugak),kawan baik dengan diorang.Cadangan aku jangan cari company yang owner dia melayu lebih dari 33 tahun.Sebab diorang dah rasa diorang tu terlampau pengalaman dan diorang ni tak open mind. berbeza ngan korang, start fresh, dan dah tentu banyak idea yang giler babat kan!

Tujuan korang ngan company tu adalah, kalau ada tender ICT atau apa2 job gomen, suruh diorang mintak, korang bagitau company tu, korang adalah satu outsource division yang akan handle segala technical thing required by that project,tetapi dia boleh guna company dia untuk dapat untung tanpa buat banyak benda technical. Cara ni mungkin akan menyebabkan korang jadi ratusribuwan ataupun jutawan dalam tempoh 3 bulan. (bergantung pada LO kerajaan).

~Kekalkan konsep image "outsource division" tu pada bisnes korang, make sure korang advertise diri korang sebanyak mungkin pada companies2 ni.

~Nak tak nak, kena guna cina jugak! sebab dan kenapa korang kena buat adalah camni..korang kena rapat dengan company cina, cari yang average umur bawah 30 dan baru start bisnes ICT,sebab diorang umur ni dah generasi baru,so open sikit, senang nak sembang.

Bila dah dapat cina yang sesuai, korang start bertukar2 info ngan diorang. Bagi je idea korang yang canggih2 tu, cuma kena make sure idea tu dalam bentuk verbal (cakap ) je, jgn sesekali bagi dia write up! Target korang adalah untuk menjadikan dia dependent (bergantung) pada expertise(kepakaran) korang.

(Jangan ingat cina yang belajor kat UK ke kat US tu pandai dalam bidang2 ni, diorang tu cuma tau cakap je, melayu jugak yang terrer!)

Kegunaan company cina ni adalah, diorang lah yang akan menjadi sumber pendapatan korang sementara tunggu payment tender clear. Sebab apa? cina ni kalau boleh diorang tak nak overhead tinggi, kalau buleh tak nak langsung overhead, jadi bila korang offer outsource division concept camni, diorang dah nampak diorang dapat jimat giler2 babat punya.Silap2 diorang sediakan office untuk korang buat kerja dia tanpa bayaran sewa.Sebab diorang tak perlu tanggung gaji korang. (Ingat ye, outsource division ni tak mintak gaji, korang akan cakap berapa nilai kerja korang pastu company2 ni yang akan mark up dari nilai yg korang letak! jangan sekali2 terima payment monthly untuk apa2 job dari company ni,walaupun koranr terdesak,sebab nanti, end up korang akan seperti kerja dengan dia dan korang akan rugi masa.)

lagi satu marketting diorang(cina) untuk private market memang giler canteekk punya.Sebab diorang invest dalam marketting memang tinggi dari lain2 perbelanjaan. Jadi korang akan goyang kaki, tapi bisnes masuk,sebab cina2 ni yg akan jadi partner korang utk marketting

~ Bina satu idea yang korang buleh jual dengan jumlah lump sum yang besar.

sebagai contoh, dulu aku ada buat satu system software, aku rasa memang aku takleh nak jual sendiri, walaupun jika aku berjaya jual, aku akan ada dalam lebih kurang RM 1.2million dalam tempoh setahun (kalau segalanya ikut plan lah!). Jadi apa aku buat, aku guna network cina2 tadi dan aku berkorban sikit. Aku bagitau kat dia, aku sanggup jual ownership software aku ni pada interested party dengan jumlah RM20ribu je, walaupun nilai dia tinggi lagi dari tu.Dan tak lama lepas tu datanglah satu cina ni. Dia kata dia sanggup beli, tapi dia takde cash, dan dia tanya aku boleh tukar dengan barang nilai sama yang lain tak, dan aku tanya apa mende yang dia nak bagi aku. Dia kata dia ada satu Toyota SEG 1.6 (AE101)[aku cek nilai dia masa tu RM34ribu ..) so aku setuju giler babat le.maka dapat le aku satu kereta tanpa perlu utang bank..tapi korang tak semestinya dapat kereta,maybe boleh dapat cash ke, tanah ke, banglo ke, anak dara dia ke..terpulang le pada nilai yang korang nak.

~Yang paling penting sekali, jgn sekali2 utang untuk mende2 bodoh! mcm kereta ke, rumah ke, make sure korang beli cash,kalau tak mampu jgn pakai. Kereta tak semstinya kereta baru, cari kereta lama2 yng harga dia RM 2~3 ribu je pun dah cukup.Contohnya mcam nissan bluebird ke, toyota corolla KE20 ke, pastu bubuh engine turbo ke supercharge ke apa2 ke,asalkan korang boleh ulang alik buat kerja.

~Jangan amik kredit kad walau apa pun terjadi..

~sentiasa share knowledge korang dengan ikhlas. Bangsa omputeh buleh berjaya sebab diorang kongsi ilmu dan diorang komited kongsi ilmu. Contoh yg paling senang macam dala forum2 technical, kalu malam ni tanya, esok pagi dah ada jawapan dah!

Bila korang kongsi knowledge korang dengan orang lain, maka Allah akan bagi lagi ilmu yang lagi tinggi, tanpa korang tau sebab camna korang buleh dapat ilmu tu (ladunni). Sebagai contoh, aku cuma ajar student aku dulu camna nak guna VBA dalam Ms Access, tapi tak lama lepas tu aku dah dapat knowledge best giler pasal MySQL database,dan aku dah buat duit giler babat dengan knowledge tu..(kisah benar)

Dan yang paling last sekali..tak semestinya korang ikut cara aku..maybe cara korang lebih baik beribu kali,cuma jadikanlah tips2 aku ni stepping stone korang..

aku dah penat nak tulis,lain kali aku sambung kalu aku rajin...'

Bagi yang pernah try tips part 1 tu, sila reply sekiranya berjaya atau pun gagal semasa mengamalkanya..

Part 2 lebih kepada semasa tips bisnes part 1 korang dah jalan/di amalkan...

Ok, setelah mengamalkan tips2 part 1 tempohari..tibalah masanya untuk korang menonjolkan diri atau melibatkan diri dalam bisnes betul pulak.

Sememangnya sedap kalau dapat makan free, nak-nak pulak hari-hari orang tanggung..tapi apa kan daya, mana buleh hari-hari makan free..makan sama-sama mungkin le boleh..

Begitulah perumpamaanya dengan teknologi yang korang bakal gunakan, alangkah sedapnya kalau operating system, applications, database, dan sebagainya tak yah bayor..dan takde berlesen..malangnya dunia tak seindah itu..jadi solution nya adalah dengan mengunakan teknologi Open Source...

Sebab apa..open source ni sememangnya open (tapi bukan semua free..), jadi amat mudah untuk kita enriched kan atau enchanced kan mengikut kehendak kita..sebab kita ada total control over the source code..

Bagi yang terlibat dengan web based application pulak, tak kah teruja mendengar sebuah Operating system yang boleh dan juga pernah beroperasi selama 24jam sehari sepanjang 3 tahun tidak pernah di shut down dan tak pernah tergendala? Tidak kah teruja mendengar database yang beroperasi tanpa henti selama 3 ke 4 tahun dan masih digunakan oleh NASA sehingga kini? Kalau teruja..adakah teruja dengan harganya? iaitu hampir kurang dari RM500 setahun untuk mendapatkan software-software tersebut. Kalau teruja..software-software yang dimaksudkan tadi adalah dari Open source.

Jadi, untuk start up company macam korang, di nasihatkan untuk mengguna kan open source technology. Bukan apa, korang sanggup ke nak bayor ratus-ratus malah ribu-ribu untuk software proprieteries (komersial)?

Lagipun, dengan open source ni, korang dah jimat banyak masa untuk development, user dan juga community yang support nya ada di merata-rata dunia..

(aku dah malas balik ni..nanti le aku sambung..)

Ok, sambungan setelah lama menyepi..

Berbalik pada camna korang nak optimized kan untung korang dalam bidang ICT. Pertama sentiasa guna prinsip "mamak", iaitu " modal mau sikit, wuntung (untung) mau banyak..". Itulah yang korang kena pikirkan secara mendalam. Setkan R.A.S (nanti aku cerita bab RAS ni kat korang~ (aku dapat dalam bisnes coaching aritu..) ), korang untuk bende ni.

Kalau korang tanya soalan "macamana", bermakna korang dah mula untuk fokus tentang benda ni. Ok, secara generalnya, aku terus terang kata aku ni orang software, dan tips ni pun berkenaan ngan software gak. Jadi mula2, apa yang korang kena buat adalah untuk menghitung /menyenarai kos yang korang bakal guna. Dalam kes aku/ software development adalah seperti berikut :

Kos yang timbul :

1) Cost of development~Human Resource ( i.e: Programmer, system analyst, DBA, DB Designer dan lain-lain)

2) Cost of material ( i.e: Development Software, Database, Operating System, Server, Storage devices, Work station dan lain2)

3) Cost of marketing ~Marketting personnel, Marketting tools,i.e: hand ourts, brochures, medias dan lain-lain

dan jangan sesekali lupa tentang perkara ini,iaitu after sales punya cost !

"Apa maksudnya after sales punya cost?". Maksud after sales punya cost adalah, seperti pengalaman aku yang ni..teruskan baca..

Aku ni dulunya seronok bila buat system software atau applications (sebab ada orang yang beli), dan pulak tu, system yang aku buat tu buleh siap dalam masa beberapa hari, jadi kos yang timbul semasa development tu takde le banyak sangat. So semasa customer buat payment, rasa macam dunia ini ana yang punya. Dan lepas tu biasa le, tak sampai dua hari duit tu habis aku joli! (jangan ikut bahagaian tu ye..ini kesilapan semasa muda..!!). Tak lama selepas itu (beberapa bulan), customer mula call dan suruh aku buat sedikit corrective maintenance/preventive maintenance. Masa ni aku betul-betul nyesal sebab habiskan duit haritu dan buat joli, aku rasa macam P.Ramlee dalam citer Kassim Selamat, (masa dia dapat duit dari mak mertua dia dan buat joli lumba kuda kat Singapore). Masa tu terpaksa le aku guna duit lain.

Moral of the story, jgn lupa kira kan cost after sales punya amount dan jgn letakkan dalam harga jualan, sebaliknya letak dalam agreement( maksudnya, buatkan mereka bayar korang semasa korang datang untuk buat preventive/corrective maintenance) sebab, duit yang saki baki tu le korang nak guna untuk datang balik ketempat diorang (transporation pun cost jugak!)

Berbalik pada tips untuk untung tadi. yang nombor satu : Macam aku cakap masa part 1 aritu, samaada buat masa ni korang produce sendiri system/applications tu atau korang cari geng2 yang sanggup susah sama2 untuk developkan system tu dengan cara consignment atau pun korang cari geng yang buleh di buat JV, maksudnya, geng korang ni maybe dia boleh sediakan hardware untuk job tu, dan korang pulak dari segi software, maka bergabungle dan dua2 dapat minimized kan cost.

Ini bukan apa, masa aku start jual ada satu Paperless Office punya solution kat satu company kat Ipoh dulu, aku takde keupayaan untuk setup server (in terms of hardware dan jugak connection) so, aku cari kawan aku yang boleh sediakan barang2 tu.. dan bende tu pun agak successful, syukur pada Allah! ), jadi aku JV dengan dia,dgn perjanjian dia akan dapat 30% dari profit of the apllication yang customer aku bayar aritu.So kami pegang pada janji tu dan ,Alhamdulillah, ok sampai skang.

Kemudian nya, cuba le guna Open Source punya teknologi, percayalah, korang akan save duit melambak-lambak! (ini pengalaman aku). Tak kira le dari segi development atau pun dari mana sudut pun. Korang akan untung. Untuk part aku pulak, segala teknologi (esspecially code) yang aku nak, dah memang ada kat web, tak caya masuk le sourgeforce.net dan lain-lain (fokus on LAMP~ Linux ,Apache, MySQL, Php,Phyton Perl.

Ini paling yang korang kena AMBIK PERHATIAN!! Tips ni bukan kerana aku suruh korang berlagak atau memilih job yang kena buat, tapi aku dah merasa kan azab yang lebih bila aku tak buat bende ni! Bende yang aku katakan ni adalah mengenai system software yang bakal korang produce, dan aku akan terangkan mengikut keutamaan dia ..ye..sila fahami kan dan amalkan...

1) Untuk start up business macam kita ni, (bukan macam otai2 yang ada kat luar tu..), sebaik-baiknya bagi satu harga yang boleh menenangkan jiwa si pembeli/purchaser nya. Maksud aku, bukan harga yang rendah sampai korang rugi, tapi harga yang logikal mengikut budget client korang.

2) Korang maybe boleh dapat RM 500~ Rm900 dari satu client untuk satu urusniaga, tapi bukan kah lebih baik korang boleh dapat RM 200 sebulan selama setahun setengah? (lebih kurang RM4500)

Jadi untuk ini apa yang korang kena buat adalah lebih kurang trick ni. Biasanya sebagai contoh aku akan amik cth dari website static le,senang sikit. Biasanya untuk static page yang dalam 5 ke 6 page, harga dia dalam RM 1500 ke RM 2300 (lebih kurang).Pengalaman aku, ada banyak lagi bisnes yang takde website ni dan diorang teringin nak ada satu, cuma harga tu agak menakutkan.So apa yang aku offer kat diorang adalah, satu website yang diorang buleh bayar bulan-bulan dan harga bulanan tu agak reasonable untuk bisnes cam diorang (customer tu yang kata..bukan aku :) ..). Harga tu cam tadi le.. RM 250 sebulan dan diorang kena bayar aku untuk setahun setengah.Tapi untuk trick ni korang lebih baik jgn bagitau pasala harga lump sum le.. cuma kalau diorang tanya kenapa caj tu camtu, korang buleh kata sebab, sepangjang diorang bayar bulanan tu, koran akan buat updates untuk diorang,selagi bahan2 untuk update tu diorang yang hnatar sendiri, i.e: gambar2,maklumat dan lain..Jadi kat sini korang dapat satu long term punya bisnes.

Dan rahsia untuk trick camni berjaya (trick yang customer bayar bulan2) adalah, korang kena make sure korang buleh dapat volume, ataupun dalam bentuk banyak. Bayangkan kalau korang ada client seramai 30 orang /company yang bayar RM250 sebulan selama 18 bulan, jadi pendapatan sebulan korang adalah lebih kurang RM 7500, dan bagi keseluruhan 18 bulan adalah selama RM135000.Tak nak ke??

Jumlah 30 client tu bukan jumlah yang tak logik, malahan realistik sekali...dan untuk website static camtu,korang tak yah upah orang pun! Macam aku kata kat atas tadi le..gunakan lah open source punya teknologi. Web site static yang cangih2 korang buleh guna "Mambo" atau "Joomla" atau guna PhpNuke je..(Provided korang study dulu le camne nak setup webserver). Client tu tak heran nak bayar RM250 ~RM300 bukan sebab apa, tapi sebab dia rasa jumlah tu sikit sgt.. Korang pulak make sure korang buat agreement yang berstem le (stamping). Cari lawyer yang makan percent dari agreement, kalau buleh cari lawyer yang kawan2, biasanya diorang ni akan amik 1% ke 3% dari total cost of project, so korang bincang le ngan dia katakan yang korang dapat duit bulan2, jadi 1% tu pun kena le di bayar ikut bulan2. Buleh kau tim punya.

Agreement tu bukan apa, kaau korang nak buat loan, aku rasa kuat tu. Cuma tunjuk je kat bank kesemua client korang punya agreement dan diorang akan consider untuk bagi korang loan (part ni aku tak sure,sebab aku tak pernah try, tapi by theory,buleh kot..)

3) Percaya atau tidak,boleh terima atau tidak, elakkan dari buat satu system yang korang kena pergi dekat premis client korang untuk buat installations, lepas tu untuk maintenance, setiap kali kena datang tempat dia jugak.Elakkan! Bukan sebab apa, tapi korang akan rugi masa sebenarnya. Teknik ni lah yang aku tgh buat sekarang ni, dan aku dapat save banyak kos bila aku laksanakan perkara ni. Untuk maksud ni, korang kena mula dari sekarang buat server side punya programming, bermakna, korang akan buat alteration/modification dalam server korang terus, tanmpa korang perlu datang jumpa customer tu.Dalam erti kata lain, mula2 kan lah buat web based punya sistem! bukan aku suruh lupakan sistem yang stand alone, tapi korang buat duit dulu, dah cukup duit, baru buat balik sistem yang kena install lah, kena buat maintenance kat premis client le..kena uprade kt premis client le. Ini tips aku le, sebab aku belajar the hard way! Maybe nanti akan ada org yang komen kata, "apa susah, hantar le org pergi buat modification kat premis client!",memang betul! tapi korang kena ingat, korang ni bukannya anak cina!Buat2 je bisnes terus ada duit mak bapak bagi! Kalau korang banyak duit lain le! Dan kalau banyak duit tak yah le baca tips2 ni, sebab tips ni untuk loosers macam aku..

Perasan atau tak, tips ni dari part 1 lagi, tak melibatkan korang kena buat loan lah, kena mintak subsidi lah! dan macm2 lagi (bagi yang tak perasan sila baca dari part 1). Sebab aku start bisnes aku ni memang dari zero! Dan macam akau kata aritu, aku ni bukan Big Time punya success story..tapi.. he he he..malas nak citer nanti org kata bongkak. Cuma, ingat balik yang aku pesan aritu..tips ni maybe tak sesuai untuk semua orang tapi amik le iktibar setakat mana yang sesuai.

Dan sesungguhnya aku kena sambung balik nanti..ada mende ang aku kena buat sikit ni..

:)

Bye..

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bisnes yang paling untung ada lah bisnes yang ada sifat-sifat seperti ini. Iaitu, " A profitable business is a business that works without you!" (Perniagaan yang menguntungkan adalah perniagaan yang berjalan tanpa anda!) Maksudnya disini adalah seperti berikut. Anda adalah business owner, (boss,tokey,low pan, ke hapa ke..) tapi bisness yang korang jalankan tu akan terus je berfungsi,walaupun korang cuti sebulan ke setahun ke..nak tahu camna?

Ok, caranya adalah agak simple dari segi theory,tapi practicalnya susah.

Pertama, business korang kena ada sistem. Sistem yang dimaksudkan adalah prosedur. Sebagai contoh, McDonalds punya restaurant. Dia punya bos tak pernah pun datang opis, tapi bisnes dia jalan cam biasa je, makin ramai pulak org datang.So, apa yang korang kena start buat sekarang,walaupun korang takde pekerja, mulakan sistem/prosedur2 yang sepatutnya.Korang buleh mula dengan dokumentasikan kerja2 korang yang ada sekarang, buat guideline. Ataupun maybe korang buleh anggap system kerja yang korang buat tu sebagai standard yang perlu dicapai oleh penggerak bisnes korang ni.

Keduanya. Korang kena buat Planning yang proper. Start dengan planning untuk 14 hari, kemudian 30 hari kemudian 90 hari dan kemudian selama 90 hari. Semua ni adalah plan untuk quarterly (satu suku=3 bulan). Dengan plan ni korang akan dapat mengagak samada plan korang tu buleh berjaya atau tidak.

Ketiga. Buat semua perkara serentak. Dalam erti kata lain, jadi multitasking. Sebagai contoh, sekiranya korang ada plan A,B,C,D dan E, jangan buat satu persatu sebagai contoh,korang buat A pastu buat B, pastu buat C, jgn buat camtu,sebab yang tu akan buang masa korang. Buat semua sekali serentak, sebab bila korang buat semua sekali serentak, korang akan dapat tahu yang mana satu buleh dapat untung dalam waktu terdekat. Sebab kita mana tahu, mungkin plan E yang untung dulu.Kalau lah korang buat step by step, maksudnya plan A korang buat dulu dan ambik masa satu quarter untuk dilaksanakan dan korang baru tahu ianya taklah untung sangat selepas cukup 90 hari tu,maka korang telah membuang masa yang banyak. Tetapi bayangkan kalau korang execute semua sekali plan tu serentak (dengan proper planning) maka korang akan dapat agak bisnes yang mana yang akan untung dulu.Betul tak?

Nanti aku sambung balik..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ttg plan A,B,C,D dan E tuh tak baper nk paham sgt...boleh kasi penerangan lanjut sket x???

kemdian utk bab marketing tuh...kita mmg dok luar yer utk dptkan projek2 related it kat mesia nih, klu dok surf dlm internet mcm Irfan Khairi tu camner ya...maner effektif care marketing tuh utk permulaan bisnes software nih

Share this post


Link to post
Share on other sites

ttg plan A,B,C,D dan E tuh tak baper nk paham sgt...boleh kasi penerangan lanjut sket x???

kemdian utk bab marketing tuh...kita mmg dok luar yer utk dptkan projek2 related it kat mesia nih, klu dok surf dlm internet mcm Irfan Khairi tu camner ya...maner effektif care marketing tuh utk permulaan bisnes software nih

Yang ni aku tak berapa paham soalan kau. Maksudnya adakah ianya berkaitan dengan bahagian "A profitable business is a business that works without you" atau pun ni soalan baru. Aku tak berapa tahu Irfan tu busines apa so aku takleh komen pasal dia. Tapi kalau kau nak tau camna nak bisnes tanpa ada keluar pergi marketing..yang ni aku buleh jawab.

Tak pergi marketing bukan bermakna takde marketing lansung. Ada, tetapi bukan korang yang buat. Macam aku cerita masa part 1 aritu, korang buleh suruh JV partner korang buat (sila rujuk part 1).

Dan,kalau soalan kau ada kena dengan "A profitable..etc,etc.." tu, maka jawapan dia ada kat situ! Bisnes kau kena ada sistem. Aku bukan suruh tak buat marketing lansung (ada ke aku cakap camtu?

:blink: ) tapi, bila kau dah buat sistem/prosedur yang teguh,baru le benda tu buleh di execute. Masa tu orang2 kau je akan melaksaanakan sistem/prosedur yang kau reka tu. Ada paham?

Tentang plan A,B,C,D dan E tu adalah a,b,c,d,e TU HANYALAH KIASAN. Katakanlah projek yang current ni nama dia projek A, pastu ada pulak projek B dan seterusnya. Apa yang aku cuba terangkan di situ adalah, korang kena start buat tugas yang multi tasking (tugas=tasking..ei apada ulang2?). Korang kena buat begitu sebab tak tau lagi projek mana yang boleh diletak sebagai prirority (keutamaan) yang tertinggi. (Sebab tu planning penting!). Ingat ye,korang ni start up bisnes, jadi kena banyak gamble! Jadi, bila korang multi tasking, dengan semua projek di jalankan serentak, masa tu korang akan dapat clear view yang mana satu kah yang paling buleh dapat untung banyak (keutamaan tinggi). Dan projek yang manakah buleh dikendiankan/di reject terus. Multi tasking ni pulak korang buleh buat dalam peringkat awalan je,iaitu,selepas tau yang mana dapat untung banyak, yang lain tu buleh di slow down kan. Dengan cara yang macam ni, korang tak buang masa.

OK. (pasal Irfan tu aku tak tau dia bisnes apa.mintak mahap ye..)

Share this post


Link to post
Share on other sites

;) Tips untung banyak yang perlu di fikirkan di sini dalam bentuk point adalah:

Kena kekalkan sifat software tu yang camni: B

1) Buleh di develop dalam waktu yang singkat.

2)Kemudian kos development dia tak banyak sangat, sebagai cth terpaksa pakai 7~8 orang buat satu system.

3) mestilah bersifat universal,maksudnya, satu system software yang korang buat tu buleh diguna pakai oleh ramai company.

4) dengan sifat unversal yang diterangkan tadi, maka korang dapat control harga yang baik dan selesa untuk customer. Cthnya "Paperless Office System" yang aku buat sekarang, customer cuma kena bayar RM 450 sebulan untuk guna application system aku, dan diorang tak perlu risau pasal maintenance of system,mereka tak perlu ada server, ada MIS team dan sebagainya. Dengan payment RM450 sebulan dari satu company tu memang nampak sikit, tapi aku tak katapun company yang guna system aku ni 1 je.Bayangkan kalau ada 20 company melangan dengan korang...

Nanti aku sambung lagi..

Share this post


Link to post
Share on other sites

menarik nie... cam berminat lak stakat statik web leh laa ako wat ahaks...

ako ada proposal nak wat system UPK(unit pentadbiran kolej) agak2 bpe patut di caj ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

menarik nie... cam berminat lak stakat statik web leh laa ako wat ahaks...

ako ada proposal nak wat system UPK(unit pentadbiran kolej) agak2 bpe patut di caj ?

Harga dia bergantung kepada beberapa faktor :

1) Adakah satu je kolej yang akan pakai?

2) Adakah kolej yang akan pakai melebihi dari 50 unit? atau lebih?

3)Kena buat customization tak bagi setiap satu kolej yang melanggan tu?

4)Berapa kerap kau rasa kena buat maintenance?

5) Kena install local ke? atau buleh letak dalam server kau kat opis (yang kau ada access) ?

6) Lepas abis waranti berapa pulak kau nak caj dia?

7) Berapa org nak kena develop? Kalau kau sorang je buat, berapa pulak unit masa/kos yang di bahagikan?

dan itu lebih kurang le, bila tau jawapan soalan tu baru buleh estimate.. cuba search dalam sourceforge.net, dah ada kot system ang agak serupa dengan tu, cuma kena manipulate sikit je, dengan cara tu, kau jimat kops masa untuk development, jimat masa = untung banyak!

Share this post


Link to post
Share on other sites

askum

cikgu reaz...sy suka bc topik ni

best

walaupun sy bukan budak it

dan x reti satu pun pasal it

cuma nak cakap..

kalau en.Azizi Ali bc topik ni...mesti dia carik cikgu Reza

suruh cikgu buat buku...pastu jual

jadi

apakata cikgu reza bukukan sahaja topik ni...

jual sendirik

imho

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau en.Azizi Ali bc topik ni...mesti dia carik cikgu Reza

suruh cikgu buat buku...pastu jual

jadi

apakata cikgu reza bukukan sahaja topik ni...

Thanks sebab bagi saya semangat. First of all, Azzizi Ali ni sapa? Kedua, seperti yang saya katakan masa part 1 dulu, saya ni bukan berjaya big time dan saya bukanya big shot, so panglaman saya ni maybe sesuai untuk org yang baru abis belajar dan tak tau nak buat apa dengan knowledge diorang.Jadi maybe takde org yang nak spend duit dan beli buku tu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Thanks sebab bagi saya semangat. First of all, Azzizi Ali ni sapa? Kedua, seperti yang saya katakan masa part 1 dulu, saya ni bukan berjaya big time dan saya bukanya big shot, so panglaman saya ni maybe sesuai untuk org yang baru abis belajar dan tak tau nak buat apa dengan knowledge diorang.Jadi maybe takde org yang nak spend duit dan beli buku tu..

azizi ali

sy pun x pasti..

tapi kwn sy beritahu dialah yg terbitkan buku irfan khairi

terbitkan buku jutawan senyap

n byk la buku2 nak kaya nih

hehhe

ada sesapa nak tambah or betulkan..

1 lagi...

bila cikgu nak citer pasal

benda

R.A.S iyer ke...ke sy salah taip

heheh

hurm

Share this post


Link to post
Share on other sites

haduih.. jangan aa enter banyak2 sangat, letih jariku menscroll. sedang menanti topic dari cikgureza. azizi ali tu di claim sebagai jutawan hartanah, sama cam irfan, jutawan internet. (huhuhu, aku beli buku depa)

aku ada kawan yang baru abis praktikal kat satu compeni..la ni depa lanjutkan dia sebab nak bagi abih buat montaj kat gov dengan janji dapat percent dari hasil kerja tuh. mestila kawan aku takkan wat hitam putih. agak2 cikgureza la, ada chance tak tak kena tipu?

satu lagi, memandangkan kawan aku nih baru saje belajar flash tak sampei 1 bulan pon, dia tak der keyakinan diri. cuma yang aku nampak dia ni kreatif la.. ada chance tak aku partner ngan dia? sebab compeni tu cakap nak bagi dia handle projek2 it yang depa dapat.

cemana solution terbaik bagi situasi aku?

hehehe.. mahapler kalo aku banyak songeh..

tambahan...

"Paperless Office System" yang cikgureza wat tu, ntuk kompeni baru start atau dah lama.. yerla, sanggup ke depa ubah style pengurusan depa. emm.. satu lagi, cemana cikgureza approach depa? aku ni PR lemah sket... kalo aku ada satu sistem, cemana cara terbaik nak approach target customer?

Edited by aku

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ada kawan yang baru abis praktikal kat satu compeni..la ni depa lanjutkan dia sebab nak bagi abih buat montaj kat gov dengan janji dapat percent dari hasil kerja tuh. mestila kawan aku takkan wat hitam putih. agak2 cikgureza la, ada chance tak tak kena tipu?

satu lagi, memandangkan kawan aku nih baru saje belajar flash tak sampei 1 bulan pon, dia tak der keyakinan diri. cuma yang aku nampak dia ni kreatif la.. ada chance tak aku partner ngan dia? sebab compeni tu cakap nak bagi dia handle projek2 it yang depa dapat.

cemana solution terbaik bagi situasi aku?

hehehe.. mahapler kalo aku banyak songeh..

tambahan...

"Paperless Office System" yang cikgureza wat tu, ntuk kompeni baru start atau dah lama.. yerla, sanggup ke depa ubah style pengurusan depa. emm.. satu lagi, cemana cikgureza approach depa? aku ni PR lemah sket... kalo aku ada satu sistem, cemana cara terbaik nak approach target customer?

Chance kena tipu tu agak tinggi, tapi siapa yang tahu, maybe bos dia baik kan? Jalan yang selamat adalah untuk dia Blog kan development of dia punya montaj, maksudnya bagi tau komuniti perkembangan development montaj dia melalui Blog. Dengan cara ini, secara tidak lansung, kompeni tu tak leh lah nak claim yg montaj tu diorang yang develop tanpa bantuan kawan kau.

Kalau dia baru belajar sebulan, apsal kompeni tu nak upah dia? Pastu pasal keyakinan diri pulak, yang tu tak kisah, cuma nak tahu komitmen dia terhadap kerja dia. Kalau dia jenis tak putus asa, takpe, kau teruskan JV ngan dia, tapi kalau dia jenis nak buat kerja lain (yg bukan berkaitan ngan bisnes korang) lebih baik tak yah.

Lagi satu, kalau compeni tu kalau tahap cakap je susah le...kena le ada itam putih, baru le korang boleh Jv lak ngan kompeni tu..

Bab PaperlessOffice tu, yang tu untuk kompeni lama dan baru. Dan depa sanggup bila harga nya kena dengan budget diorang (faktor harga adalah salah satu dari 3P-> People,Place and Price.

Bab approach customer, kena cari org marketing, org teknikal memang lemah bab ni, termasuk aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bab 2.0.1 ~ Objektif Strategik bagi bisnes Korang

1)Tentang Pendapatan (Wang) korang

2)Tentang Peluang-Peluang yang korang perlu rebut

3)Tentang Prototype perniagaan korang (business model)

4) Tentang Perkembangan perniagaan korang.

5) Tentang segala nya yang penting untuk perniagaan korang

Untuk merangka pelan strategik bisnes korang, maka perkara2 di atas perlu ditana pada diri sendiri, dengan soalan begini:

Pendapatan ~ 1)Adakah bisnes korang akan menjadi sebuah RM500ribu punya company, atau, sejuta RM, ataupun RM500 juta punya company? Kalau ya ,bila?

2)Apakah keuntungan yang bakal korang dapat tahun ni? Tahun depan? dan bagaimana pula dengan korang punya untung kasar sebelum dan selepas cukai?

3)Berapa banyak duit yang korang perlukan untuk korang dapat hidup dengan carahidup/gaya hidup yang di ingini? Dan bilakah korang buleh dapat kebebsan bekerja dan juga boleh berdikari?

4)Apakah pelan korang untuk mendapat kesemua di atas?

Bab ni pun aku dah penat..nanti aku cerita dengan R.A.S lah..

ok

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bab 2.0.2 ~ Objektif Strategik bagi bisnes Korang mengunakan F.U.D

Apakemende F.U.D ni?

F.U.D adalah senjata yang paling utama bagi perniagaan ICT, sekiranya kita tahu menggunakanya atau memanipulasikanya, maka perniagaan kita akan berjaya dengan Izin Allah.

F.U.D adalah faktor 80% bagi bisnes yang kita berjaya jual atau tidak, manakala produk yang kita bawak hanyalah 20%.

F.U.D= Fear ,Uncertainty and Doubt ! (Ketakutan, Tak Keruan dan Sangsi)

Ya betul!, FUD dengan lebih mesranya kita panggil sebagai permainan emosi. Sebab emosilah yang menguasai seseorang untuk membeli sesuatu produk tersebut, bukan nya produk tu.

Kalau tak percaya, kita kaji balik, Revlon (peralatan mekap pompuan tu) jual apa sebenarnya? Dia jual lipstick ke jual apa? Mesti ramai yang jawab peralatan mekap kan...sebenarnya jawapan tu betul dan salah. Betul sebab nampak macam produk tu yang laris, tetapi salah, sebab yang laris tu adalah emosi yang diorang jual ! Emosi yang diorang jual kepada pembeli adalah, perasaan takut tak cantik dan takut nampak tua.

Dengan ketakutan yang ada pada customer diorang, maka, dioprang dah ada power nak pegang customer tu...

FUD buleh diguna dengan dua cara; cara pertama dengan mengada-adakan FUD, cthnya mcm Revlon tadi, dia mengada-adakan perasaan takut tu pada customer diorang. Dan cara kedua adalah dengan menyingkirkan FUD; sebagai cthnya macam Revlon jugak, iaitu diorang menyingkirkan perasaan takut tak cantik dan takut tua,bila customer tu guna produk diorang.

So satu tips untuk korang. Gunakan FUD ni untuk produk korang.

Lagi contoh FUD untuk iktibar korang :

Dulu ada satu company yang buat jual makanan online, maksudnya order online dan company tu akan antar kat pelanggan. Tetapi , FUD yang tak sengaja timbul dari side pelanggan tu telah muncul . Iaitu pelanggan takut samaada makanan tu mahal ke, tak sedap ke, dsbgnya, Kemudian Tak Keruan, sebab tak tahu makanan tu buleh sampai ke tak dlm masa yang pendek dsbgnya dan Sangsi bila tak tahu samada makanan tu halal ke tak.

Satu step yang company telah buat bila aku consult diorang adalah, dengan menyingkirkan element FUD yang telah muncul tu. Dan semuanya berjalan lancar selepas itu dan customer diorang pun dah banyak...

Ingat ye..pelanggan akan membeli dari orang yang mereka suka. Jadi permainan emosi memang penting. Kaji permainan Poker.

Lepas ni kita akan sambung dengan bab: Macamana nak create market korang sendiri (yang unik).

Ada apa2 nak tanya atau nak tambah?

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak confirmkan betol ke idak yang aku paham ni...

dalam kes jual makanan online tuh..

takut: mahal ke, tak sedap ke

tak keruan: boleh sampai ke

sangsi: halal ke

jadik, dalam promosi kat web tuh kena mention kan semua2 nih.. cam nih.

Kuih Bulan - RM0.50 murah saje

Saya tak tahu ada kuih sesedap ini - Chef Wan.

Money Back Gurantee jika tak sampai dalam masa 2 hari waktu bekerja

Halal - disahkan oleh JAKIM

Adakah betol pemahaman aku?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Betul...

Yang pentingnya, korang tahu camna nak main emotion pelanggan tu, bila dia rasa Tak Takut, Keruan dan Tak Sangsi..gerenti dia akan amik produk kau punya-Insyallah

Share this post


Link to post
Share on other sites

FUD

camana nak yakinkan pelanggan kalau kita tak pernah bersua muka dengan derang.

cukup ke sekadar buh text dan grafik? Ada tak kaedah yang lebih sesuai?

sebab kekadang yang meniaga cara online - cam saya - tak register syarikat pun. bukan taknak register

tapi still makan gaji dan ditegah oleh polisi majikan. jadi nak meletakan warranti ke, komen artis ke akan lebih menimbulkan persoalan di pihak pelanggan.

Kalu Cikgu ada trick yang menarik utk masalah cam nih, share le bersama kami...

:)

Share this post


Link to post
Share on other sites

ops, luper plak nak cakap, yang contoh aku tuh kene pastikan sumernyer benar...

aku pon meluat kalo org sesaja wat testimonal palsu.. apa yang cuba aku katakan dalam contoh aku tu, maybe cara nak yakinkan sedap kene dapatkan rekemen dari org yang selayaknya, bab halal, mestila dari pihak yang berkaitan...

hmm.. aku pon menunggu kot2 cikgu ada cadangan lagi best...

peace..

Share this post


Link to post
Share on other sites

FUD

camana nak yakinkan pelanggan kalau kita tak pernah bersua muka dengan derang.

cukup ke sekadar buh text dan grafik? Ada tak kaedah yang lebih sesuai?

sebab kekadang yang meniaga cara online - cam saya - tak register syarikat pun. bukan taknak register

tapi still makan gaji dan ditegah oleh polisi majikan. jadi nak meletakan warranti ke, komen artis ke akan lebih menimbulkan persoalan di pihak pelanggan.

Kalu Cikgu ada trick yang menarik utk masalah cam nih, share le bersama kami...

:)

Tak di nafikan,customer punya side dia nak some prove yang boleh melegakan hati dia.. tapi bukan testimonial macam yang di buat2. Cthnya; "pakcik dah kena kencing manis,asthma, darah tinggi, 40 tahun dah, tapi lepas minum susu ni, tak sampai 2 minggu semua tu dah hilang. Percayalah, susu ni bukan antibiotik tetapi original" (tiada kaitan dengan susu yang benar!). Yang tu dipanggil MENIPU!

Bab ni, kena specific,maksud aku, kena tengok produk. Sebagai contoh, korang kena tahu online bisnes korang tu sebenarnya jual produk yang dah ada kat market ke? atau belum. Sebagai contoh, untuk Milo,tak payah lah korang buat iklan "Minum Milo anda jadi sihat dan kuat!" sebab Milo dah memang iklankan barang tu.

Untuk masalah ni, kita kena berbalik pada konsep " customers will always buy from the people they like". Jadi kau kena le tekankan dalam web site kau tu,dan korang kena pastikan ang customer tu tengok mende ni dulu, baru dia buat benda lain. Ayat dia lebih kurang camni ayat dia:

"We really like to help you on getting the product you request. So, in order to satisfy your needs even better, we would like to ask a small portion of your time to fill up the guestbook or the comment.The more info you give to us, The better you know us and the better assistant we will give to you. Please, do not hesitate to call us anytime if you feel like to have some assistant from our customer care at this number. We WILL assist you"

( Kami benar-benar ingin membantu anda mendapatkan produk yang anda ingini dari site ini. Jadi, untuk maksud demikian, kami ingin meminta sedikit masa anda untuk mengisi guestbook atau comment form kami. Dengan mengisi maklumat lengkap anda, maka Lebih banyaklah yang anda kenali kami, maka lebih mudah lah kami boleh membantu anda. Juga janganlah teragak-agak untuk menelefon kami pada bila2 masa sekiranya anda memerlukan bantuan dari customer care kami, di nombor ini. Kami AKAN membantu anda! )

Pada contoh ni, sebenarnya korang telah membantu menyingkirkan FUD pada customer2 korang. Sebab, jika di lihat pada ayat2 tu,customer tahu, korang ni jenis bertanggungjawab untuk bisnes korang ni. Kalau tak, takkan korang akan bagi assistant round the clock,kan?Tambahan pulak korang bagi nombor untuk di hubungi. Dan kalau dia tak percaya bahawa korang boleh membantu, dia akan cuba call untuk memastikannya. Di sini, korang kena make sure lah korang kotakan janji.

Kalau di kaji balik kat ayat-ayat atas tadi, mesti ada yang tertanya, "apsal pulak bila customer isi comment form, customer pulak yang akan kenal dengan company ni? ". Jawapanya sebab,korang kena mainkan perasaan customer ni. Maksud aku, kena bagi customer apa yang diorang nak, bukanya apa yang korang nak! Dalam kes ni, customer tu nak tahu lebih lanjut mengenai bisnes korang supaya FUD tu dapat disingkir. Jadi tugas korang pulak, adalah untuk liase lah pulak ngan diorang. Maksud aku,bila dia dah isi maklumat guestbook ke, comment ke, antar le e-mail ke, call ke, bagi update ke tentang bisnes korang dsbganya..

Bab "kena bagi customner nak, bukan korang nak" nati akan muncul ,dengan lebih panjang..mabe masa 2.0.5, sebab ada banak lagi yang aku belum kongsi ni..

So ada apa2 lagi nak tanya?

Share this post


Link to post
Share on other sites

OOOooo.. itu macam ler..

lagi satu nak tanya, ada tak jangka hayat sesebuah perniagaan tu turut mempengaruhi FUD. Mcm lebih lama satu-satu biz tu wujud, lebih rendah kadar FUD pada customer..

Tima kasih Cikgu :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

OOOooo.. itu macam ler..

lagi satu nak tanya, ada tak jangka hayat sesebuah perniagaan tu turut mempengaruhi FUD. Mcm lebih lama satu-satu biz tu wujud, lebih rendah kadar FUD pada customer..

Tima kasih Cikgu :)

Hayat perniagaan ada juga mempengaruhi FUD. Tetapi tak perlu di pikirkan sangat. Sebab, kalau kita lihat kisah Google Inc. masa mula2 operate dulu, ada jugak customer diorang yang nak gunakan service diorang, walaupun masa tu dah ada search engine yan lebih established dari diorang.

Untuk lebih memahami FUD dan juga kaiatan pentingnya..aku rasa aku akan masuk bab "Camaner nak create market korang sendiri (unik)".

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...