Jump to content
'ra

Bahasa Aturcara Melayu?

Recommended Posts

Nak tanya sikit.. "32" dalam "am32" tu amende?? 32-bit ?? bleh tak awak detached nombor2 camni daripada namanya? bagi jer nama "am".

Maksud nombor 32 dalam "am32" adalah masih kabur lagi. Saya rasa merujuk kepada persekitaran 32bit adalah yang paling munasabah sekali. Bila saya letak nombor tu pada namanya, ia kelihatan "lengkap" dan tidak tergantung. Tapi itu hanya pada pandangan saya sahaja.

Saya ingin tahulah kenapa meletakkan sebarang nombor2 pada namanya tidak bersesuaian? Mungkin Ancient One boleh terangkan serba-sedikit. Saya kurang tahu dalam hal-hal macam ni. Adakah pengguna melihatnya sebagai terlalu kompleks atau tidak menarik?

Lagipun benda ni hanya suatu 'draf' saja. Masih boleh di perbaiki dengan bantuan komen dan kritik dari anda semua. wink.gif Saya akan 'edit'-kan logo tersebut untuk tujuan perbandingan dan kesesuaiannya. biggrin.gif

Edited by 'ra

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya telah buat beberapa versi logo untuk perisian ini sebagai perbandingan. Sila berikan pendangan dan pendapat anda yang mana satu lebi sesuai. Berikut adalah logo-logo tersebut mengikut pilihan:

a. Pilihan 1

user posted image

b. Pilihan 2

user posted image

c. Pilihan 3

user posted image

Jika anda mempunyai grafik yang ingin dicadangkan sebagai logo untuk perisian ini, silalah post-kan di sini. Penghargaan yang sepatutnya akan dicatatkan didalam dokumentasi perisian ini jika logo anda menjadi pilihan ramai. Kalau boleh konsepnya mestilah simple dan mudah serta mengandungi warna-warna yang berhubung kait dengan jalur gemilang. wink.gif

Edited by 'ra

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pilih no3 berdasarkan post a1 seblm ni yg suggest buang no 32 tu..

aku rasa dia cakap begitu sebab sekarang ni zaman peralihan dari 32 bit ke 64 bit..

mungkin 2 tahun lagi kita dah fully 64 bit...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Susah juga nak putuskan yang mana satu lebih baik. Sebab, kalau ia diberi nama am sahaja, nama tersebut akan tenggelam bila kita tulis didalam fail dokumentasi berasaskan teks(*.txt). Ini akan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. Jadi ini adalah salah satu sebab saya memilih am32 sebagai namanya. Ia akan tertera dengan jelas dari sekilas padangan mata kasar jika ditulis dalam teks biasa yang tidak mempunyai sebarang format.

Mengenai flatform 32bit dan 64bit ini bukan perkara baru. Komputer dan Sistem Operasi 64bit telah lama wujud seperti Unix dan Mac OS. Peralihan ke Sistem Operasi persekitaran 64bit ini hanya menunggu syarikat Microsoft dan sahaja untuk mula menguasainya. Jika diperhatikan sekarang kredibiliti Perisian MS ini sudah mula pudar, menurun nilai 'merit'-nya dengan membawa pelbagai masalah baru yang dibawa oleh pakej Windows XP. Kebanyakkannya adalah kesilapan yang berpunca dari kecuaian dan kekurangan pengalaman pekerja-pekerja generasi baru mereka.

Jadi masih ramai pelanggan OS yang lama mungkin tidak semuanya akan 'upgrade' ke OS ini. Dari 2/3 dari pengguna OS Win95/98/NT/2K masih lagi belum menukarkan OS mereka kepada WinXP. Jadi, adalah lebih baik untuk menyokong persekitaran 32bit dan berada ditengah-tengah. Jika ingin mengembangkan lagi keupayaan perisian, kita boleh menyokong 16bit dan meningkat ke 64bit kemudiannya.

Pada saya flatform 32bit buat masa ini adalah sangat teguh seperti architecture processor 386 yang menjadi standard dan rujukkan pengaturcara2 perisian dan perkakasan.

Berbalik kepada pilihan logo saya menambah lagi dua pilihan. Kini, saya semakin rasa yakin untuk memilih nama am32 yang mempunyai kelebihan dalam memberikan impak kepada penggunanya. Tetapi jika ramai yang mempunyai alasan yang lebih baik untuk menggunakan nama lain, saya bersedia mengubahnya untuk keselesaan penggunanya. Di bawah ini adalah logo terbaru yang saya updatekan:

d. Pilihan 4

user posted image

e. Pilihan 5

user posted image

Edited by 'ra

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak ikut sangat perkembangan kompiler nie.... tapi aku dapat tahu bawah korang ada yang sedang bikin kompiler dan nak uji ... boleh tak bagi aku demo kompiler tu... aku nak test kat pc aku.... pastu sejauh mana kompiler nie boleh jalan?.... boleh buat database tak?

kalau boleh buang 32... nanti tak sesuai dengan perubahan zaman.. maklum la pc nie cepat aje gerak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku tak ikut sangat perkembangan kompiler nie.... tapi aku dapat tahu bawah korang ada yang sedang bikin kompiler dan nak uji ... boleh tak bagi aku demo kompiler tu... aku nak test kat pc aku.... pastu sejauh mana kompiler nie boleh jalan?....

Boleh saja bila sudah siap pakej-pakej untuk pengedarannya. Kebetulan pula di hari Kemerdekaan yang ke-47 ini ia dilancarkan dengan rasminya. Sila rujuk pengumuman dibawah.

kalau boleh buang 32... nanti tak sesuai dengan perubahan zaman.. maklum la pc nie cepat aje gerak..

Saya tangguhkan dulu mengenai nama perisian ini. Walau bagaimanapun perbincangan mengenainya boleh diteruskan untuk nama perisian yang akan digunakan pada Kompiler yang lebih lengkap nanti. Jadi saya gunakan nama am32 untuk enjin asas kompiler kajian ini.

boleh buat database tak?

Tinggi betul permintaan anda. biggrin.gif ada banyak perisian komersil anda boleh guna untuk buat database. Saya harap anda baca sekurang-kurangnya 3 atau 4 perbualan di awal topik ini untuk mengetahui apakah tujuan projek yang sedang dibincangkan disini.

Secara kasarnya, saya "bangun kena buat" bila saya tanya ada sesiapa ke yang pakar dalam IT nak buat perisian Bahasa Aturcara dalam Bahasa Melayu. Saya hanya tahu menghasilkan perisian yang bodoh saja buat masa ini. Jadi janganlah mengharapkan kepada kecanggihan yang terlalu tinggi dari projek perisian ini, kerana semua Pakar-Pakar IT tempatan sedang "nyenyak tidur". Jadi saya cuma ajak mana-mana individu yang sama-sama ceteknya pengetahuan IT-nya dengan saya dan mempunyai hobi menyelidik tentang penghasilan perisian komputer serta belajar sesama-sendiri membuat perisian sumber terbuka ini.

Jadi, kalau anda ada kepakaran sedikit sebanyak tentang kompiler dan nak tengok perisian ini boleh mengendalikan database ke atau lain-lain keupayaan pada masa yang akan datang berikanlah sedikit tips-tips atau join sama membincangkan secara teknikal benda-benda yang perlu disediakan untuk menghasilkan perisian kompilre yang baik.

ps - saya menganggapkan usaha dalam projek penghasilan perisian ini sebagai perjuangan patriotik untuk bangsa dan negara. he..he..he..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pengumuman

Pakej-pakej Bahasa Aturcara Mudah am32 telah dipindah-naikkan ke ruang perkongsian fail di komuniti ictmelayu. Diharapkan anda sudi menguji dan mengkaji kod sumbernya untuk peringkat pembinaan fail PE-nya. Buat masa ini hanya beberapa perintah ringkas digunakan dan tiada modul pengurusan jenis-jenis data lagi.

Apabila ujian penghasilan fail-fail PE tidak mempunyai masalah pada komputer dan versi Sistem Operasi Windows anda, kita akan teruskan kepada peringkat seterusnya yang mana pengurusan jenis-jenis data dan fungsi-fungsi buatan penguna (user's procedure) akan cuba ditambah kepada perisian ini. Jika anda ingin terlibat secara terus, mendaftarlah ke komuniti ictmelayu dan membincangkan dan melakukkan bersama-sama peningkatannya. Komuniti ictmelayu boleh dilawati dengan klik saja pada logonya di bawah:

user posted image

Anda boleh memindah-turun pakej-pakej am32 melalui pautan web ini:

Pakej-Pakej Edaran Perisian Aturcara Mudah am32

Jika anda ingin melihat contoh-contoh kod sumber untuk menghasilkan perisian dengan menggunakan am32, sila lawati alamat web ini:

Contoh-contoh kod sumber untuk am32

Kesemua pakej-pakej perisian am32 mengandungi kod sumber yang digunakan untuk membangunkan perisian ini menggunakan Bahasa Pengaturcaraan Rapid-Q Basic.

Sila beri komen dan pandangan anda mengenai perisian ini.

ps - Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-47. Semoga kita semua terus maju dan mengekalkan budaya kesopanan dan hormat-menghormati diantara kita sebagai suatu harta yang tak ternilai harganya.

Terima kasih,

Edited by 'ra

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ichiro78,

Terima kasih dengan laporan anda. Anda boleh sertai projek ini dengan mendaftar ke Komuniti ictmelayu untuk menggunakan fasiliti2 utk tujuan projek ini. Kalau boleh ceritakan sedikit tentang aspek mana yang anda paling mahir dan selesa melakukannya. Ia memudahkan sebarang pembahagian modul2 atau area2 kajian pembangunan. smile.gif

Edited by 'ra

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok.. spesifikasi saya::

Overall HLL = 75%

LLL = 0%

Konsep & Logik Pengaturcaraan Windows = 80%

Konsep & Logik System Operasi MS Windows = 85%

Konsep & Logik System Operasi Linux / Unix = 50%

Berminat::

1- API manipulation

2- DLL, COM, COM+ design / development / implementation

3- Security design / implementation

kalu ade lagi nanti aku tambah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Usaha yang menarik...

very very long journey tapi masih usaha itulah anak malaysia... malaysia boleh.. congrats!!!

- RA , kalau tambah GUI tanpa guna notepad lagi nampak best... kalau kau nak aku tolong buatkan GUI + interpreter aku boleh tolong buatkan..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok.. spesifikasi saya::

Overall HLL = 75%

LLL = 0%

Konsep & Logik Pengaturcaraan Windows = 80%

Konsep & Logik System Operasi MS Windows = 85%

Konsep & Logik System Operasi Linux / Unix = 50%

Berminat::

1- API manipulation

2- DLL, COM, COM+ design / development / implementation

3- Security design / implementation

Anda mempunyai sumber pengetahuan yang bernilai dan amat berguna untuk perkembangan peringkat antaramuka pengguna. Dari specs anda ini, mungkin kita boleh memulakan dengan mencarta aliran fungsi didalam am32 dan kemudiannya mengkaji dan menerapkan pemanggilan DLL dan COM secara dalaman pada peringkat runtime.

- RA , kalau tambah GUI tanpa guna notepad lagi nampak best... kalau kau nak aku tolong buatkan GUI + interpreter aku boleh tolong buatkan.

zsuperxtreme, anda tak perlu menunggu kebenaran dari saya. smile.gif Buat saja satu yang simple dan uploadkan ke ruang perkongsian fail. Nanti kita sama-sama 'customize'-kan, melakukan ujian dan penyesuaian.

Tetapi saya akan mengawasi tentang konsep yang digunakan agar ianya mudah digunakan. Contoh, jika anda membuat sesuatu modul, saya akan mengkaji bagaimana ianya mudah dipelajari oleh pengaturcara2 lain yang terlibat didalam projek ini dan akan melakukan penyesuaian dengan kerjasama penghasil modul tersebut.

Jangan risaukan tentang sesuai atau tidak, canggih atau tidak modul anda. Ada je ilham, jadikanya sesuatu yang nyata dan uploadkan saja. Selebihnya akan mengalir dengan sendirinya. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

'ra.. apa kata kita bukak satu thread dlm sourceforge.net.. senang nak tgk progress, pastu jadikan itcmelayu as homepage or download center..

Edited by Ichiro78

Share this post


Link to post
Share on other sites

thread apakah yang Ichiro78 maksudkan? thread Mailing List ke thread Forums? Kalau Mailing List, ictmelayu sudah ada fasiliti ini. Kalau nak satu forum baru, saya rasa kena cari dan buat satu forum yang boleh membenarkan pelawat yang tidak mendaftar mengikut serta didalam perbincangan.

Lagipun saya kurang memahami macamana nak deal dengan halaman web sourceforge. Navigasi laman webnya agak kurang mesra pengguna. Tapi kalau Ichiro78 boleh urusannya permohonannya, kita boleh cuba fasilitinya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya ingin tahulah kenapa meletakkan sebarang nombor2 pada namanya tidak bersesuaian? Mungkin Ancient One boleh terangkan serba-sedikit. Saya kurang tahu dalam hal-hal macam ni. Adakah pengguna melihatnya sebagai terlalu kompleks atau tidak menarik?

kalau 32 tu tak membawa sebarang makna takpe la kot, tapi kalau 32 tu bermakna/related to 32-bit, ia seolah-oleh memberi gambaran yang bahasa am32 terhad untuk 32-bit architecture (mungkin buat masa ni ia memang benar.. tapi maser depan plak? takkan nak tukar nama plak kot?.. orang juga tengok daya usaha anda)..

aku dah pindahturun am32 ari ni, nanti malam aku test.. tengok best ke tak smile.gif.. anyway kalau ader saper2 bantu `ra kena setkan dulu "todo" list so takdela semer orang buat benda yang sama.

enjoy!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi maser depan plak? takkan nak tukar nama plak kot?

Saya rasa kalau 32 tu di-associate-kan dengan 32bit pun tak jadi masalah bila sampainya revolusi 64bit. seperti mana-mana lazimnya sesuatu produk yang menjadi pilihan ramai seperti Jenama Motosikal Honda Cub c70, Cub c90, CBR600, CBR1000, Yamaha YZF600, YZF-1000 dan sebagainya yang merujuk kepada kapasiti iaitu cc. Jadi, am32 boleh evolve jadi am64, am128 atau am256. Kalau sekali pandang ia macam bersedia untuk melakukan evolution mengikut peredaran masa. Sudah pastinya nanti keupayaan-keupayaan yang terbina dalam juga bertambah mengikut keperluan pada ketika itu. Secara logiknya namanya tidak akan terbantut kalau zaman teknologi itu ikut berubah. Itu hanyalah jika kita memikirkan untuk reserve nama untuk masa depan secara jangka panjang.

Kecualilah kalau limitkan nama itu mengikut tahun seperti am2000. Ia akan menyusahkan pengaturcara dan pengguna yang kena updatenya setiap tahun. Kalau setiap 3 hingga 5 tahun tu taklah menjadi beban sebaliknya menyegarkan semula penjenamaan dan penstrukturan dalaman perisian ini.

aku dah pindahturun am32 ari ni, nanti malam aku test.. tengok best ke tak

Di harapkan objektif utama versi ini tercapai. Iaitu menunjukkan bagaimana satu contoh kitaran enjin perisian kompiler untuk dipelajari dan disediakan sebelum kepada perisian projek yang sebenar. Sekurang-kurangnya, jika 30% dari penguji-penguji yang telah memindah-turun dan mencuba am32, memahami cara binaannya melalui kod sumber yang disertakan, dikira sudah mencapai objektifnya. Kalau nak diikut dari awal perbincangan ini, ia baru saja pada langkah kedua selepas membina Interpreter ringkas.

Langkah selepas ini sepatutnya adalah membina sebuah kompiler yang 'fully-functional' berdasarkan prototaip yang telah dihasilkan dari interpreter dan enjin kompiler tadi. Untuk memcapai objektif peringkat kedua ini, saya perlu menulis sebuah dokumen panduan pembinaan perisian am32 dan carta aliran untuk rujukkan pengaturcara-pengaturcara yang berminat untuk mempelajarinya dan terlibat dengan projek ini. Setakat ini, saya telahpun menulis kira-kira suku daripada panduan pembinaan tersebut. Cuma masa untuk menulis tu agak terhad sedikit. Walau bagaimanapun, progresnya amat menggalakkan. wink.gif

Dan saya amat berharap sekali untuk membaca sebarang komen dan kritik mengenai am32 dari Ancient One. Sedikit sebanyak Ancient One telah menyumbang pengetahuan kepada penghasilan perisian Bahasa Aturcara saya yang pertama. biggrin.gif

Edited by 'ra

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya rasa kalau 32 tu di-associate-kan dengan 32bit pun tak jadi masalah bila sampainya revolusi 64bit. seperti mana-mana lazimnya sesuatu produk yang menjadi pilihan ramai seperti Jenama Motosikal Honda Cub c70, Cub c90, CBR600, CBR1000, Yamaha YZF600, YZF-1000 dan sebagainya yang merujuk kepada kapasiti iaitu cc. Jadi, am32 boleh evolve jadi am64, am128 atau am256.

Rasanya kiter sedang bercakap tentang bahasa pengaturcaraan kat sini kan? ker aku silap tempat nih?

aku baru je try am32 semalam.. nampak tak menarik smile.gif. let just forget about nama dan logo nih dulu. setiap bahasa kena ader grammar. Awak mungkin dah bacer pasal BNF. Use them. Awak kena design dulu bahasa pengaturcaraan awak. aper macam dia punyer syntax. aper keywords yang digunakan. control structures, pengisytiharan data, kod dan sebagainya. aper yang awak buat setakat ni just interface to the library.. but since am32 baru je brape ari awak buat, takpe la kot.. don't worry about penghasilan kod aras rendah atau optimization.. tu belakang crite nyer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Rasanya kiter sedang bercakap tentang bahasa pengaturcaraan kat sini kan? ker aku silap tempat nih?

;--------------------

Off topik sikit, Memang kita membicarakan tentang pengaturcaraan. Tetapi dunia sebenar juga sentiasa wujud selepas suiz komputer ditutup. Saya lebih suka merujuk kepada sesuatu yang nyata, praktikal dan terbukti hasil penggunaannya. Komputer bukanlah sesuatu yang sangat hebat. Ia tidak ada beza dengan spanar, mangkuk tandas dan cangkul. Cuma lain manusia lain cara menggunakan setiap peralatan tersebut. Ada juga setengah penggunanya sangat 'obses' dengan terma-terma perkomputeran samalah dengan orang yang 'obses' dengan duit yang juga hanyalah satu alat untuk menguruskan kehidupan seharian. Yang hebat dan mahal disini adalah bentuk ilham seseorang itu dan menghasilkan teknik yang baik untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

;--------------------

setiap bahasa kena ader grammar. Awak mungkin dah bacer pasal BNF. Use them.

Saya tak tahu apa bendanya BNF tu. Tentang grammer tu mungkin kena buatlah. Tapi mengikut cara dan kehendak saya dan orang yang terlibat membinanya. Tapi kat M'sia ni tak ade langsung rujukkan tempatan yang boleh dijadikan panduan kasar. Jadi kenalah bentuk satu persekitaran untuk memahami bagaimana secara ringkas gambaran projek tersebut. Maka terhasilah perisian PAR dan am32 yang mana berkaitan di antara satu sama lain.

Tapi kalau ada sesiapa boleh cerita tentang BNF denga bahasa yang mudah, tentunya dapat membantu. Tapi kalau tak ada pun tak apa. Lama kelamaan bila kita membina perisian itu dan memperbaiki enjin dalamnnya, secara sendirinya benda yang diberi terma-terma seperti BNF ini akan terjadi dengan sendirinya. Yang penting bagi saya secara logiknya ia memantau syntax-syntax yang akan kita guna dan situasi-situasi pada setiap peringkat dan perisian yang dihasilkan adalah boleh digunakan setaraf dengan keperluan sesuatu fail perisian lengkap.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya nampak sedikit kelainan didalam membincangkan topik Interpreter/Compiler ini berbanding dengan perbincangan di forum-forum luar. Disini anda semua lebih tertumpu kepada termilogy dari memperbincangkan struktur binaan dari experimental interpreter/compiler yang telah diketengahkan. Ini akan menjurus kepada tiada kerjasama diantara satu sama lain.

Ia bagaikan sebuah forum untuk 'penggodam' yang hanya untuk menceritakan betapa hebatnya mereka hacking sesuatu program yang tiada faedah sampingan. Ya, mereka mengetahui bagaimana sesuatu program itu hendak dipecahkan. tetapi lepas tu tiada apa lagi untuk dibicarakan kecuali jika mereka dapat hacking kepada program yang lebih canggih dari sebelumnya.

Kalau saya kena ikut Grammar dan BNF dari awal, saya mungkin tak dapat keluarkan samada PAR ataupun am32 sekarang ni. Sekarang saya lebih menghargai article Jack Crenshaw yang mana tidak terlalu menekankan terminology dan terus kepada pratikalnya binaan interpreter/kompiler. Jika anda tak dapat lihat BNF dalam PAR dan grammar dalam am32, walaupun ianya ringkas, saya rasa tugas ini semakin berat untuk saya mencari mana-mana ahli-ahli dapat mengendalikan sesuatu bahagian didalam pembinaan kompiler ini.

Secara tidak langsung am32 ialah sebuah kompiler yang boleh menjadikan pengganti batch file anda kepada satu program jika anda betul-betuk memahami penggunaannya. Walaupun ia hanya contoh compiler yang tertumpu kepada contoh bahagian penghasilan PE, ia boleh jadi DOS batch compiler tanpa disedari.

Beginilah, biar saya siapkan dokumentasi pembinaannya, sementara itu jika ada sesiapa yang boleh terjemahkannya kepada bahasa c atau c++, uploadkan kat mana-mana. Nanti boleh digunakan untuk pembangunan secara selari yang mana satu menggunakan sumber c/c++ dan satu lagi bahasa Basic (rapid-Q).

Selepas ini saya akan memberi tumpunan kepada penghasilan kompiler yang lebih meluas fungsi-fungsinya seperti pentakrifan data, procedures dan peningkatan sintaks-sintaksnya. Untuk itu saya telah menggariskan beberapa garis kasar:

1. Tumpuan pengguna ialah pelajar2 yang berumur lebih 10 tahun dan individu yang tak pernah buat pengaturcaraan.

2. Sintaks-sintaksnya mestilah mudah dan model bahasa aturcara adalah berpandukan Bahasa Basic atau DBase atau gabungan kedua-keduanya. Melihatkan persekitaran sekarang, membina bahasa aturcara seperti c/c++ atau assembler yang lebih cryptic/mengelirukan sintaks-sintaksnya adalah masih belum sesuai. begitu juga OOP seperti java.

3. Prototaip compiler seterusnya merangkumi pentakrifan data, pengiraan dan beberapa fungsi dalaman seperti am32. Juga sedikit optimization untuk mengendali penghasilan kod sumber bahasa penghimpunnya agar tidak menjadi besar dan panjang.

4. Satu atau dua contoh fungsi dalaman yang menghasilkan persekitaran GUI. Tetapi boleh digunakan oleh yang pakar dalam WIN32 untuk membina perisian GUI selengkapnya. Atau dalam maksud lain penggunaan dan pengurusan DLL ketika pemprosesan ataupun ketika run-time.

5. Buat masa ini ia masih bergantung kepada assembler dan/atau linker seperti nasm, fasm dan golink. Apabila semuanya sudah diuji dan memuaskan, barulah membina prototaip yang akan membina fail perisian PE-nya secara terus tanpa bergantung kepada perisian assembler dan Linker luaran.

Bagi sesiapa yang mempunyai model kompiler lain yang ingin diperbincangkan, sila ketengahkan. Lebih banyak sumber-sumber kompiler adalah lebih baik dan meriah. Dengan itu ia akan mencapai objektif untuk membuat lebih ramai lagi orang memahami pembinaan sesuatu kompiler.

ps - terima kasih ancient one dan zeph. sekarang saya telah memahami apa itu BNF dan EBNF.

Edited by 'ra

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau saya kena ikut Grammar dan BNF dari awal, saya mungkin tak dapat keluarkan samada PAR ataupun am32 sekarang ni. Sekarang saya lebih menghargai article Jack Crenshaw yang mana tidak terlalu menekankan terminology dan terus kepada pratikalnya binaan interpreter/kompiler. Jika anda tak dapat lihat BNF dalam PAR dan grammar dalam am32, walaupun ianya ringkas, saya rasa tugas ini semakin berat untuk saya mencari mana-mana ahli-ahli dapat mengendalikan sesuatu bahagian didalam pembinaan kompiler ini.

it's OK kalau awak tak dapat keluarkan aper2 perisian pun sekarang. awak bleh start tulis pengkompil awak once awak dah design language awak. ia lebih mudah demikian, sebab orang lain dah tau aper specification language awak so diaorang bleh tolong dari segi pembinaan compiler.

Beginilah, biar saya siapkan dokumentasi pembinaannya, sementara itu jika ada sesiapa yang boleh terjemahkannya kepada bahasa c atau c++, uploadkan kat mana-mana. Nanti boleh digunakan untuk pembangunan secara selari yang mana satu menggunakan sumber c/c++ dan satu lagi bahasa Basic (rapid-Q).

actually aku dah buat pun tapi rasenyer takde lagi manfaatnya nak release buat masa sekarang.

Edited by Ancient One

Share this post


Link to post
Share on other sites

user posted image

saje buat

camner ek nak eje jawi?

Share this post


Link to post
Share on other sites

sajer jer gatai tangan nak menyampuk

Ancient One...

ko release jeq... mungkin pada pendapat ko tadak manafaat, tapi berguna untuk orang yang baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

eemmm.... dry.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

sajer jer gatai tangan nak menyampuk

Ancient One...

ko release jeq... mungkin pada pendapat ko tadak manafaat, tapi berguna untuk orang yang baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

eemmm....  dry.gif

taknak..

aper perkembangan am32 yang latest nih?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...