Jump to content
matieu

Kerjaya Jualan Langsung(mlm) Dan Peluang

Recommended Posts

Saya cukup berminat dgn MLM...

Anda minat, anda buat, anda pasti berjaya.

Kalau anda masih baru dalam ONLINE MLM, pastikan diri anda kuat belajar tentang selok belok syarikat yang anda pilih. sebab masih banyak yang prlu anda pelajari.

kalo anda telah sedikit lama menyertai MLM, jangan berputus asa dengan syarikat yang anda sertai itu, walaupun semakin hari semakin banyak syarikat online MLM muncul, tumpulah perhatian kepada syarikat anda sahaja. sebab kuasa konsentrasi itu umpama kanta pembesar yang menumpukan cahaya matahari redup, dan akhirnya boleh membakar apa-apa sahaja yang berada di titik tumpuan kanta pembesar itu.

andai kata syarikat yang anda sertai itu lingkup, janganlah pula anda salahkan kerjaya MLM keseluruhanya, mungkin kerana syarikat itu masih baru dan tiada pengalaman. So, pilihlah syarikat yang ada pengalaman dan kredibiliti tinggi. yang pasti, kekalkan semangat anda untuk menuju ke puncak kejayaan melalui ONLINE MLM.

Kerana puncak lazimnya tidak rata, kalau rata ramai yang berjaya....

Dalam ONLINE MLM, setiap orang mempunyai puncaknya sendiri(matlamat untuk berjaya). Yang membezakan adalah, daki atau tak daki je, berusaha atau tak berusaha je. Jalan menuju ke puncak telah siap dibina(marketing plan dan demo produk - termasuk rangkaian produk yg telah siap sedia untuk dijual. malah latihan setiap minggu... )

"Jika anda tak nampak, bukan bermakna anda buta, tapi mungkin belum ada jari2 telunjuk(para upline berdedikasi) yang menunjukkan kepada anda dimana arahnya kejayaan itu..." - Matieu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih atas pandangan anda dan saya tertarik dengan kata2 akhir saudara,

"Jika anda tak nampak, bukan bermakna anda buta, tapi mungkin belum ada jari2 telunjuk(para upline berdedikasi) yang menunjukkan kepada anda dimana arahnya kejayaan itu..." .

saya sekarang bertugas di jabatan swasta....8 jam untuk bekerja selama 5 hari seminggu...oleh kerana saya orang baru nak buat secara part time, berapa jam harus diperlukan untuk MLM?

Tujuan DEMo tu aper? dan Tujuan Mesyuarat tiap2 minggu tu untuk aper? Apakah perlu semua aktiviti syarikat MLM yg kita serta itu harus di ikuti selalu?

terima kasih diatas perkongsian ini

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa yg pasti Revell sebuah syarikat MLM yang sudah melebihi 15 tahun dan mempunyai produk lebih 300 jenis produk yg berkualiti dari Pengilang yg terbaik(GMP).

Boleh saudara dapatkan maklumat berapa buah syarikat MLM seluruh Malaysia yg berdaftar dengan KDN dan yg Berdaftar dengan Persatuan Jualan Langsung Malaysia dan jangan lupa dapatkan syarikat yg benar2 aktif diseluruh Malaysia hari. saya nak maklumat yg. terkini...

Melihat sebuah syarikat yg bertahan lama kukuh, yg mempunyai produk yg menyeluruh keperluan (lebih 300 produk) dan mempunyai marketing Plan yg pasti boleh membawa ke puncak Impian. Apakah dengan adanya syarikat sedemikian rupa boleh membantu kadar pengangguran siswazah menganggur di seluruh Malaysia hari ini? Kerana statistik tahun lepas lebih 80, 000 orang graduan menganggur...

sebab saya mengemukakan soalan ini kerana,

1. Join tak lebih RM 100 ( bukak lesen busines lain dah berapa?)

2, Modal kecik Pulangan besar

3. Boleh buat ikut masa sendiri (kerana konsep menggaji diri sendiri)

4. Tak payah jual naik rumah ke rumah ketuk pintu rumah.

5. Produk berpatutan tetapi jimat (kos turun), produk kat luar murah tapi membazir(kos meningkat)

6. Semua orang adalah pengguna (tak kira miskin atau kaya, anak2 atau orang tua)

7. Risiko tak der ( risiko cumer orang tak nak buat dan tak nak join)

8. MLM menyediakan Universiti kehidupan di mana tenaga pengajarnya adalah para jutawan...(carilah mana ada jutawan dalam dunia ni yg sanggup mengajar orang2 biasa jadi jutawan? Kalo ko nak kaya ikut cara ku lah...kata mereka)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terlebih dahulu terima kasih kepada kelana akira kerana berminat dengan MLM dan nampak potensi MLM.

DEMO tu tujuannya untuk MENARIK MINAT golongan sasaran. Tujuan DEMO bukanlah untuk menjual sesuatu produk. Tetapi, bertujuan untuk memperkenalkan produk dan menarik minat golongan sasaran terhadap produk kita, dengan harapan, mereka akan membeli daripada kita DI MASA HADAPAN apabila mereka mempunyai keperluan terhadap produk kita, dan teringatkan kita dan produk kita(jgn lupa bagi contact contoh email atau no tepon kang senang sket org tu nak call kita).

Ramai ejen baru beranggapan, DEMO itu bertujuan untuk MEMAKSA DAN MEMBOSANKAN KAWAN untuk beli barang daripada kita. Tapi itu bukanlah tujuan demo dibuat.

Dengan adanya KECANGGIHAN KOMPUTER pada masa kini, proses menarik minat kawan2 boleh dilakukan hanya melalui CD Demo produk dan CD pelan pemasaran.

Berkaitan dengan MESYUARAT setiap minggu, ia adalah program latihan, bimbingan dan motivasi yang disediakan oleh syarikat untuk ejen baru dan lama bertukar2 pengalaman semasa mereka melakukan perniagaan MLM ONLINE atau offline.

Ini merupakan salah satu keunikan MLM dan online MLM yang tidak terdapat di bidang perniagaan lain. Pernah tak, anda nampak mana2 kumpulan kedai runcit berkumpul setiap malam rabu untuk bertukar2 pendapat dan pengalaman sepanjang mereka berniaga? tidak pernah bukan? ini kerana, kedai runcit lain bagi mereka adalah pesaing, so, tak da maknanya mereka mahu menunjuk ajar teknik beerniaga mereka kepada pesaing. betul? tapi di MLM, perkara sebaliknya berlaku. Setiap upline yang berdedikasi pasti akan menunjuk ajar teknik2 terbaik kepada downlinenya melalui mesyuarat.

Selain tujuan asal mesyuarat seperti latihan bimbingan dan motivasi serta bertukar2 pengalaman, harus diingat bahawa ejen2 MLM terdiri daripada pelbagai golongan. ada yang peguam, ada yang askar, ada doktor dan macam2 lagi bidang lain. oleh itu, mesyuarat MLM juga memberi peluang kepada golongan2 ini berkongsi pengalaman bidang mereka untuk mencari idea2 atau rakan2 kongsi atau sahabat baru untuk bisnes atau kerjaya persendirian mereka. pendek kata, jika anda pergi mesyuarat, mana tahu anda bakal bertemu dengan rakan kongsi baru kepada bisnes anda? mana tahu anda akan bertemu dengan mekanik yang anda sedang cari untuk membaik pulih kereta anda?

Yang pasti, minda anda akan lebih berkembang jika anda hadiri mana2 mesyuarat MLM( ya, mana2 pun sama). ini kerana memang nature mesyuarat MLM diselubungi aura motivasi yang sangat tinggi. sebab itu jika anda lihat ejen MLM yang aktif menghadiri mesyuarat dan menghayati semangat mesyuarat itu, tahap motivasi mereka memang luar biasa hebat!

Jika anda terlalu sibuk untuk menghadiri mesyuarat, pastikan anda sekurang2nya pernah voice conference dengan sekumpulan upline2 anda di YM. Dari situ, minda anda pasti akan terbuka luas untuk menerima idea2 yang bernas2 belaka.

Boleh saudara dapatkan maklumat berapa buah syarikat MLM  seluruh Malaysia yg berdaftar dengan KDN dan yg Berdaftar dengan Persatuan Jualan Langsung Malaysia dan jangan lupa dapatkan syarikat yg benar2 aktif diseluruh Malaysia hari. saya nak maklumat yg. terkini...

Baiklah, ini adalah link ke senarai terkini syarikat MLM yang berdaftar dengan DSAM iaitu persatuan syarikat jualan langsung malaysia. Anda boleh lihat, cuma 66 sahaja syarikat yang berdaftar dengan DSAM. Untuk makluman, syarikat yang menyertai DSAM telah diakui mengamalkan etika perniagaan jualan langsung yang tinggi.

Melihat sebuah syarikat yg bertahan lama kukuh, yg mempunyai produk yg menyeluruh keperluan (lebih 300 produk) dan mempunyai marketing Plan yg pasti boleh membawa ke puncak Impian. Apakah dengan adanya syarikat sedemikian rupa boleh membantu kadar pengangguran siswazah menganggur di seluruh Malaysia hari ini? Kerana statistik tahun lepas lebih 80, 000 orang graduan menganggur...

sebab saya mengemukakan soalan ini kerana,

1. Join tak lebih RM 100 ( bukak lesen busines lain dah berapa?)

2, Modal kecik Pulangan besar

3. Boleh buat ikut masa sendiri (kerana konsep menggaji diri sendiri)

4. Tak payah jual naik rumah ke rumah ketuk pintu rumah.

5. Produk berpatutan tetapi jimat (kos turun), produk kat luar murah tapi membazir(kos meningkat)

6. Semua orang adalah pengguna (tak kira miskin atau kaya, anak2 atau orang tua)

7. Risiko tak der ( risiko cumer orang tak nak buat dan tak nak join)

8. MLM menyediakan Universiti kehidupan di mana tenaga pengajarnya adalah para jutawan...(carilah mana ada jutawan dalam dunia ni yg sanggup mengajar orang2 biasa jadi jutawan? Kalo ko nak kaya ikut cara ku lah...kata mereka)

Bak kata orang bijak pandai, "kejayaan, satu pilihan dan kegagalan, juga adalah satu pilihan." walaupun telah diterangkan dengan jelas oleh Nabi Muhamad SAW bahawa 9/10 daripada rezeki itu datangnya dari perniagaan(termasuk perniagaan MLM online dan macam2 lagi perniagaan), tapi masih ramai yang berebut2 untuk mendapatkan 1/10 rezeki (bidang selain perniagaan, contohnya makan gaji).

So, tepuk dada, tanya selera.

Memanglah untuk permulaan, kita kena usaha(tanpa putus asa, curah sket wang dan masa), tapi usaha yang kita lakukan tu, pastinya akan memberikan pulangan jugak lambat laun. nak buat atau tidak jer masalah nyer. Nak berusaha dan tak putus asa atau tidak jer.

em, rasanya sekian sahaja perkongsian saya kali ini.

salam sukses dan semoga bertemu di puncak kejayaan! biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sdr. matieu terima kasih di atas kesudian sdr. untuk berkongsi denga saya tentang perniagaan MLM ini. saya dapat rasakan kesungguhan anda dan melihat anda sebagai seorang LEADER yg berwibawa dan berkomitmen. Sungguh beruntung sekali ORGANISASI anda punya LEADER UPLINE seperti anda. Oleh itu saya ingin terus bersama anda untuk berkongsi ilmu yg ada kaitan dengan MLM seterusnya...

Soalan saya...

1. APAKAH SEHARUSNYA UPLINE(LEADER) LEBIH BANYAK BUAT KERJA UNTUK DOWNLINE SEHINGGA DOWNLINE ITU BERJAYA?

2. APAKAH TIPS YG TERBAIK UNTUK MEMBAWA DOWNLINE YG SUKA BERALASAN BILA DIAJAK MENGIKUTI APA JUA AKTIVITI MLM SEPERTI SEMINAR, LATIHAN DAN KURSUS?

3. APAKAH KITA MEMBINA MATLAMAT BERSAMA ORGANISASI KITA BERDASAR PLAN PEMASARAN YG SUDAH TERSEDIA ADA ATAU MACAM MANA?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sdr. matieu terima kasih di atas kesudian sdr. untuk berkongsi denga saya tentang perniagaan MLM ini. saya dapat rasakan kesungguhan anda dan melihat anda sebagai seorang LEADER yg berwibawa dan berkomitmen. Sungguh beruntung sekali ORGANISASI anda punya LEADER UPLINE seperti anda. Oleh itu saya ingin terus bersama anda untuk berkongsi ilmu yg ada kaitan dengan MLM seterusnya...

Soalan saya...

1. APAKAH SEHARUSNYA UPLINE(LEADER) LEBIH BANYAK BUAT KERJA UNTUK DOWNLINE SEHINGGA DOWNLINE ITU BERJAYA?

2. APAKAH TIPS YG TERBAIK UNTUK MEMBAWA DOWNLINE YG SUKA BERALASAN BILA DIAJAK MENGIKUTI APA JUA AKTIVITI MLM SEPERTI SEMINAR, LATIHAN DAN KURSUS?

3. APAKAH KITA MEMBINA MATLAMAT BERSAMA ORGANISASI KITA BERDASAR PLAN PEMASARAN YG SUDAH TERSEDIA ADA ATAU MACAM MANA?

Terima kasih di ucapkan kepada kelana akira dan anda seharusnya memberi tepukan gemuruh kepada diri sendiri kerana sudah mula melihat potensi, di dalam bisnes ONLINE MLM. Saya akan cuba sedaya saya untuk memberi penerangan berkaitan ONLINE MLM di dalam menjawap soalan2 yang bermain2 di fikiran anda nanti.

untuk itu, biar saya mulakan dengan menjawap soalan2 anda...

begini...

1. leader lebih banyak "membantu", bukan "melakukan kerja untuk"

Leader seharusnya "available" setiap kali downline meminta bantuan. Harus diingat, bukan membuat kerja untuk downline, tapi membantu downline menyelesaikan kerjanya di mana jika downline tidak berpengalaman dalam membuat kerja itu. contohnya memberi penerangan mengenai pelan pemasaran kepada prospek downline kita. mungkin downline kita masih baru, dan kurang keyakinan untuk menerangkan pelan pemasaran itu kepada prospeknya, mungkin kita sebagai upline boleh membantu. dalam masa yang sama, downline haruslah dilatih sehingga dia boleh melakukannya sendiri.

2. Downline yg suka beralasan...

Jika anda cuma ade seorang sahaja downline dan downline itu tidak berinisiatif, cuba cari downline lain. Satu nasihat, jgn amik sebarang org untuk menjadi downline anda. kerana anda tidak mahu menghabiskan masa anda untuk memujuk downline ini nanti. bak kata pepatah jutawan MLM dari barat "professionals sorts, amateurs convince" - Tom Schreiter aka Big Al. Maksudnya, seorang yang professional dalam MLM akan hanya mengambil downline yg bersemangat tinggi dan ada inisiatif, manakala seorang amatur yang tidak berpengalaman, akan cuba memujuk sesiapa sahaja untuk menjadi downlinenya(sehingga kawan2 menjadi bosan dengan tindakannya itu.).

Dulu, sebab tidak mengetahui teknik ini, saya sering memujuk sesiapa sahaja menjadi downline saya sehingga tiada orang berani dekat dengan saya(pada masa itu saya sangat hairan kenapa saya dijauhi, sekarang saya dah tahu sebabnya). so, sekarang ini, saya TIDAK lagi memujuk sesiapa sahaja untuk jadi downline saya, tetapi hanya membuat promosi biasa2 sahaja di internet sekadar untuk memberitahu tentang wujudnya peluang dalam Online MLM. Sekiranya ada yang betul2 berminat(contohnya seperti anda biggrin.gif) barulah saya akan menerangkan dengan lebih lanjut.

Biarpun anda cuma ada 10 downline sepanjang karier anda dalam Online MLM, tapi jika kesemua downline anda berinisiatif dan berdaya maju, sudah tentu keadaan anda lebih baik daripada mereka yang mempunyai 100 downline tapi semua hanya bergantung kepada upline - iaitu anda seorang. setuju?

3. Buat permulaan, cuba ikut sahaja pelan pemasaran yang disediakan.

Kemudian, sekiranya anda sudah nampak pattern kejayaan, anda boleh merangka pelan anda sendiri dengan syarat ia tidak keluar dari garis panduan yang diberikan. Memandangkan kita sebagai ejen adalah USAHAWAN BEBAS(istilah ini ada disebut di dalam buku panduan kebanyakan MLM utama di malaysia) yang diberi hak mengedarkan rangkaian produk sesuatu syarikat online MLM, maka anda diberi kebebasan untuk menjadi kreatif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan anda tetapi dengan syarat tidak melanggar etika dan garis panduan yang digariskan oleh syarikat itu sendiri atau yang digariskan oleh DSAM.

Contohnya baru2 ini saya telah merangka satu program sendiri(belum dilancarkan - akan dilancarkan dalam masa terdekat di laman web saya matieuonline.com) iaitu "program 20 hari penurunan berat badan" yang bertujuan untuk mempromosi produk hangat REVELL iaitu best of fiber.

Sedikit mengenai program 20 hari penurunan berat badan...

Program ini tidak melanggar etika REVELL, ini kerana program ini hanya mengaplikasikan cadangan pengambilan untuk mengawal berat badan yang diberi oleh REVELL yang disesuaikan menjadi rutin pengambilan produk best of fiber 20 hari(masih mengikut saranan revell iaitu untuk mengawal berat badan, ambil 2 kali sehari). melalui program ini, peserta akan mebeli 2 kotak best of fiber yang mengandungi 20 paket setiap satu kotak. So, kesemuanya ada 40 paket yang boleh diambil cukup untuk 20 hari(dua kali sehari). Untuk membantu peserta berkomitmen dengan program 20 hari ini, sebuah borang rutin akan diberi kepada peserta program untuk disi dua kali sehari sebaik selepas mengambil satu paket. peserta juga perlu mengambil ukuran berat badan setiap hari sehingga hari terakhir program sebagai rekod penilaian berterusan kemajuan program.

Program ini TIDAK MENJANJIKAN SEBARANG KEPUTUSAN yang PASTI tetapi hanya bertujuan membantu mereka yang benar2 mahu mengurangkan berat badan untuk mempunyai satu rutin yang terancang dan mudah untuk diikuti. So, DIHARAPKAN dengan adanya program ini, mereka akan dapat mencapai sesuatu pencapaian(penurunan berat badan, berbeza-beza mengikut situasi, motivasi, cara pemakanan dan lain2 faktor dari satu individu ke individu lain). Satu lagi, program ini adalah anjuran www.matieuonline.com SENDIRI SAHAJA (ini merupakan strategi penjualan best of fiber matieuonline.com tersendiri) dan bukan program anjuran revell. so, sebarang pertanyaan sila hubungi secara terus dengan pihak matieuonline.com dan BUKAN(dan jangan sekali2 menghubungi) REVELL atau mana2 ejen revell yang lain untuk mendapatkan penerangan kerana mereka tidak tahu menahu tentang program ini.

well, itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini,

salam sukses dan semoga bertemu di puncak kejayaan!!! smile.gif

Edited by matieu

Share this post


Link to post
Share on other sites

sdr. Matieu saya ingin tanya serba sedikit tentang REVELL ....

1. Berapa harus mantain yg sebenar REVELL untuk mmendapat syarat sehingga dapat bonus setiap bulan melalui Produk Keperluan Harian ( ...dari bangun pagi gosok gigi sehingga gosok gigi sebelum tidur...)?

2. Adakah Produk tersebut diguna dari golongan anak kecil sehingg orang tua, Lelaki dan Perempuan turut menggunakannya?

3. Kesimpulanya, kerana kita adalah KONSUMER (pengguna). Seorang Penasihat Kewangan kepada dua bekas Presiden Amerika pernah berkata bahawa"Kekayaan Manusia dihasilkan oleh KONSUMER". Teori kewangan tersebut tidak pernah bertukar semejak dahulu. Kita adalah konsumer...(KERJA...TERIMA GAJI...BELANJA SUPERMARKET/ KEDAI RUNCIT...TAUKEY UNTUNG 20%-30%)...kita cuma terima Barang...Beg Plastik.... Resit Thank You and come again... cuba tukar...(KERJA...TERIMA GAJI...BELANJA DI REVELL...ANDA UNTUNG...) kita cuma terima barang...beg plasti...resit nama upline dan nama kita...Apakah begini yg dimaksud dalam sistem Revell...

mula-mula menjadi PENGGUNA dan selepas itu jadi PELABUR dan seterusnya menjadi USAHAWAN. PRODUK REVELL adalah alat untuk mencipta pulangan yg luarbiasa dan REVELL itu sendiri adalah KENDERAAN untuk menuju ke arah IMPIAN.

Apakah betul apa yg saya maksudkan?

Jumpa anda dipuncak kejayaan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamu'alaikum semua,

Sering kita dengar rungutan kolompok masyarakat kita yang tidak begitu suka dengan kaedah penjualan barangan berasaskan sistem 'multi level marketing' tanpa sebab yang yang munasabah.

Biasanya mereka yang tidak menyokong kaedah jualan begini hanya kerana desakan-desakan yang selalu dikenakan oleh 'up line' supaya 'down-line' nya membuat jualan yang banyak dalam tempoh masa promosi untuk meningkatkan jualan kumpulan.

Mari kita lihat apa pendapat ulama atau pemikir Islam berkaitan hukum perniagaan MLM ini :

Pada dasarnya, hukum MLM ditentukan oleh bentuk muamalatnya. Jika muamalat yang terkandung di dalamnya adalah muamalat yang tidak bertentangan dengan syariat Islam, maka absahlah MLM tersebut. Namun, jika muamalatnya bertentangan dengan syariat Islam, maka haramlah MLM tersebut.

Pada faktanya kebanyakan MLM melakukan dua muamalat yang diharamkan di dalam Islam; iaitu:

(1) mengambil komisyen/bonus yang bukan haknya (agen di atas agen), dan

(2) dua aqad dalam satu aqad.

Mengambil Komisyen Yang Bukan Haknya (agen di atas agen)

Apa yang dimaksudkan dengan agen di atas agen adalah jika seorang agen mengambil komisyen keuntungan dari agen yang lain. Sebagai contoh, Amir adalah agen dari Ahmad untuk menjualkan sebuah rumah. Ahmad mengatakan, bahawa rumah tersebut dijual dengan harga 100 ribu, dan Amir sebagai agen akan memperoleh komisyen sebanyak 10% dari hasil penjualan. Kemudian, Amir bertemu dengan Amar sebagai agen yang lain. Amir berkata kepada Amar, “Jika kamu boleh menjualkan rumah Ahmad, maka kamu mendapatkan komisyen 10%, dan saya mendapatkan komisyen 5% dari kamu.” Komisyen yang diambil Amir dari Amar sesungguhnya bukan komisyen yang dibenarkan oleh syariat. Ini disebabkan Amir bukanlah pemilik rumah, dan bukan juga pembeli rumah. Oleh kerana itu, ia tidak boleh menetapkan ketetapan apapun, atau membuat perjanjian apapun dengan agen yang lain, iaitu Amar. Sesungguhnya, agen hanya berhubung dengan pemilik barang (shahib al-mâl), atau pembeli barang. Dia tidak boleh berhubung dengan agen yang lain dalam hal mendapat keuntungan, dan komisyen.

Akan tetapi, jika Amir mengajak Amar untuk bekerjasama dalam menjual rumah, kemudian komisyen dari Ahmad sebanyak 10% dibahagi sesama mereka, maka amalan sebegini dibolehkan di dalam Islam.

Perihal agen di atas agen tersebut juga berlaku dalam MLM. Di dalam MLM, jika seorang berjaya mendapat downline, maka ia juga akan mendapatkan komisyen keuntungan dari penjualan ataupun pembelian yang dilakukan oleh downline tersebut hingga downline ke bawahnya, dan seterusnya. Padahal orang tersebut tidak berhak mendapatkan komisyen dari downlinenya. Muamalat sebegini dikategorikan sebagai mengambil komisyen yang bukan menjadi haknya (agen di atas agen). Amalan sebegini hukumnya adalah haram.

Jika amalan sebegini menjadi perkara biasa dan menjadi sistem bagi MLM, maka kita boleh menyatakan bahawa semua MLM adalah haram. Ia disebabkan di dalamnya terdapat aktiviti pengambilan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Padahal prinsip utama di dalam Islam adalah melarang pengambilan sesuatu yang bukan menjadi hak atau bahagiannya.

Tidak boleh dinyatakan sekiranya downline-downline tersebut redha, maka sahlah pengambilan komisyen tersebut. Ini berdasarkan pada hujah bahawa sistem MLM lah yang menyebabkan komisyen diambil dari yang bukan menjadi hak seseorang. Dengan kata lain, sistem MLM lah yang menyebabkan seseorang boleh mengambil komisyen dari downline nya melalui sebuah mekanisma yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kenyataan ini diperkuat dengan adanya hujah bahawa kebanyakan downline tidak mengetahui siapa yang menjadi upline nya hingga ke atas. Jika seorang anggota MLM berjaya menjual barang mahupun berjaya mendapat downline yang lain, maka secara automatik upline-upline nya berhak mendapatkan komisyen di atas penjualannya dan kejayaannya mendapat downline. Padahal komisyen yang diperolehi oleh upline dari downline termasuk dalam bentuk penyelewengan ke atas hak. Jadi, isunya adalah sistem MLM yang telah memaksa siapa sahaja yang terlibat di dalamnya untuk melakukan pengambilan sesuatu yang bukan haknya, bukan dilihat berdasarkan kerelaan downline-downline nya atas komisyen yang diambil syarikat yang kemudiannya diberikan kepada upline nya.

Aqad samsarah (sistem agen) adalah aqad yang melibatkan seorang agen dengan pemilik barang (shahib al-mâl); atau pembeli barang. Jika pemilik barang meminta seseorang untuk menjualkan barangnya dengan komisyen tertentu, maka ini adalah mekanisma agen yang sah. Demikian pula jika seorang pembeli barang meminta seseorang untuk mencarikan barang tertentu dengan komisyen tertentu, maka mekanisma seperti ini juga sah menurut syara’.

Seseorang yang menjadi agen pihak pembeli tidak boleh menerima komisyen dari pihak penjual. Ini kerana dia adalah sebagai penghubung dari pihak pembeli sahaja. Jika seseorang menjadi agen dari pihak penjual, maka dia dilarang mengambil keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan oleh pembeli. Ini kerana keuntungan tersebut adalah hak dari pihak penjual, bukan haknya, kecuali jika penjual mengizinkannya.

Seorang agen dari pihak penjual tidak boleh menerima komisyen —bukan perbezaan harga penjualan— dari pihak pembeli dengan apa-apa bentuk meskipun pihak penjual merelakannya. Ini kerana dia adalah penghubung dari pihak penjual, bukan dari pihak pembeli. Dalam kes MLM, seorang upline yang menjadi agen, akan mendapat komisyen di atas pembelian yang dilakukan oleh downline nya (yang juga agen). Ini menunjukkan bahawa upline tersebut (yang juga agen) mendapat komisyen dari pembeli (iaitu downline yang sekaligus menjadi agen) pula. Amalan sebegini tentunya adalah amalan yang bertentangan dengan hukum syara’.

Dua Aqad Dalam Satu Aqad Dua aqad dalam satu aqad (‘aqdaain fi ‘aqd), atau “shafqatain bi shafqah” adalah dua aqad yang terkumpul menjadi satu dalam sesuatu muamalah.

Rasulullah SAW telah melarang umat Islam melakukan dua aqad dalam satu transaksi. Ahmad Bin Hanbal meriwayatkan sebuah hadith dari Abdullah bin Mas’ud ra, bahawasanya ia berkata:

“Rasulullah SAW melarang dua aqad dalam sebuah aqad jual beli” .

Para fuqaha menafsirkan dua aqad dalam sebuah jual beli, atau dua harga dalam sebuah jual beli seperti berikut:

Pertama, jika seseorang mengatakan kepada orang lain, “Aku jual baju ini kepadamu dengan harga sepuluh dirham jika tunai, dan dua puluh dirham jika hutang.” Kemudian kedua orang tersebut berpisah dan belum ada kesepakatan tentang salah satu model jual beli tersebut. Para ‘ulama menyatakan bahawa jual beli semacam ini adalah fasid (rosak). Ianya kerana kedua-duanya tidak mengetahui (belum jelas benar) harganya. Asy-Syaukani menyatakan, “Adapun ‘illat diharamkannya dua aqad dalam satu aqad jual beli adalah tidak disepakatinya salah satu (aqad) harga dari dua (aqad) harga tersebut.” (Asy-Syaukani, Nailul Authar, bab al-Bai’). Akan tetapi, jika kedua orang tersebut bersepakat tentang salah satu aqad (harga) dari dua aqad (harga) jual beli tersebut; misalnya pembeli menerima harga baju tersebut 20 dirham secara kredit; sebelum keduanya berpisah, maka sahlah jual beli tersebut. Sebab, harga baju itu telah ditetapkan, dan kedua belah pihak mengetahui dengan jelas harga dari baju tersebut serta bentuk transaksinya.

Kedua, Syafi’i sebagaimana diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, menafsirkan dua aqad dalam sebuah aqad jual beli seperti berikut; jika seseorang berkata kepada orang lain, “Saya jual rumahku kepadamu dengan harga sekian, akan tetapi engkau harus menjual anak laki-lakimu kepadaku. Jika kamu menjual anak laki-lakimu, maka aku serahkan rumah ini kepadamu.” Muamalat semacam ini berbeza dengan jual beli dengan harga yang tidak diketahui. Namun demikian, muamalat semacam ini adalah bathil. Sebab, ia termasuk dalam jual beli bersyarat. Sedangkan jual beli bersyarat boleh menyebabkan tiada jelasnya tentang harga. Adapun ‘illat pengharaman transaksi seperti ini (jual beli bersyarat), menurut Asy-Syaukani adalah dikaitkannya jual beli dengan syarat untuk masa depan.

Ketiga, penafsiran ketiga mengenai “shafqatain fi shafqah” adalah jika seseorang melakukan pesanan barang sejumlah gandum dalam jangka waktu satu bulan, dengan harga 1 dinar. Ketika tempoh masa telah tiba, dan pemesan meminta gandum yang dipesannya, orang yang dipesani barang berkata, “Juallah gandum yang seharusnya saya berikan kepada anda, dengan dua takar gandum, tapi jangkanya ditambah dua bulan.” Jual beli semacam ini adalah fasid, sebab aqad yang kedua telah masuk pada aqad yang pertama (Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwadziy, bab al-bai’ain fi al-bai’ah).

Inilah beberapa tafsir mengenai al-bai’ain fi al-bai’ah (dua aqad jual beli dalam satu aqad jual beli); atau yang dikenali sebagai al-‘aqdain fi al-‘aqd, atau al-shafqatain fi al-shafqah.

Salah satu penafsiran mengenai shafqatain fi shafqah adalah dikaitkannya jual beli dengan syarat-syarat tertentu yang boleh membatalkan sebuah transaksi jual beli. Oleh kerana itu, bila sesuatu transaksi jual beli yang dikaitkan dengan syarat-syarat fasid, maka transaksi tersebut dikategorikan sebagai “dua aqad dalam sebuah aqad”. Transaksi sebegini dikategorikan sebagai transaksi yang diharamkan. Namun, jika suatu transaksi dikaitkan dengan syarat-syarat yang lazim, maka syarat ke atas transaksi tersebut bukanlah perkara yang haram. Untuk itu, kita harus memahami terlebih dahulu syarat-syarat yang lazim dan syarat-syarat yang tidak lazim (syarat fasid), agar kita boleh membezakan samada syarat tersebut dikategorikan sebagai syarat yang boleh membatalkan jual beli atau tidak.

Para fuqaha mengklasifikasi syarat-syarat jual beli (transaksi) kepada dua bahagian. Pertama, syarat shahih lazim. Shahih lazim adalah transaksi yang sesuai dengan tuntutan aqad.

Syarat lazim terbahagi kepada tiga:

1. Syarat yang menjadi tuntutan jual beli. Syarat ini wajib dipenuhi, dan menjadi syarat sahnya sebuah transaksi. Contohnya, sahnya pertukaran adalah adanya pertukaran barang dengan barang; syarat sahnya jual beli adalah dengan adanya pertukaran barang dan pelunasan pembayaran. Suci dari najis merupakan syarat sahnya sholat, dan lain sebagainya.

2. Syarat yang berhubungan dengan kemashlahatan aqad. Misalnya, syarat penangguhan pembayaran ke atas transaksi tertentu. Jika seseorang mensyaratkan transaksi boleh berjalan jika pembayaran dilakukan secara kredit, maka syarat sebegini dibolehkan. Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi, maka transaksi harus dijalankan. Namun jika syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi, maka pembeli berhak membatalkan aqad, dengan alasan tidak memenuhi syarat.

3. Syarat yang manfaatnya diketahui oleh penjual dan pembeli. Misalnya, jika transaksi jual beli rumah terjadi, maka penjual rumah boleh menempati rumah tersebut selama 1 atau 2 bulan sebelum diserahkan kepada pembeli. Syarat semacam ini tidaklah membatalkan transaksi jual beli tersebut, dan tidak dikategorikan sebagai dua aqad dalam satu aqad.

Syarat Fasid.

Syarat fasid pula ada beberapa kategori:

1. Syarat yang membatalkan aqad sejak daripada awalnya. Misalnya, seorang penjual berkata, “Aku jual kepadamu rumahku dengan syarat kamu harus menjual barangmu yang ini, atau kamu harus meminjami aku barang ini atau itu…” Syarat semacam ini dilarang, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Tidak dihalalkan salaf (hutang) dengan penjualan, dan tidak pula ada dua syarat dalam satu jual beli.” [hr. at-Tirmidzi].

Contoh yang lain adalah, “Aku jual kepadamu barangku ini, dengan syarat engkau kawini anakku.”

2. Syarat yang meniadakan tuntutan aqad, tapi aqadnya tetap sah. Transaksi semacam ini batal, misalnya, jika disyaratkan pihak pembeli tidak boleh rugi pada saat menjual. Contoh lain adalah, penjual mensyaratkan kepada pembeli tidak boleh menjual barangnya, atau tidak boleh menghibahkannya; dan lain sebagainya.

3. Syarat yang tidak mengesahkan aqad. Syarat-syarat semacam ini biasanya dikaitkan dengan waktu yang akan datang. Misalnya, seorang penjual berkata, “Aku jual kepadamu barang ini, jika si fulan telah merelakannya, atau jika kamu menemuiku di tempat ini dan itu.”

4. Terdapatnya dua syarat dalam satu transaksi jual beli. Misalnya, pihak pembeli mensyaratkan agar yang memotong dan membawa kayu adalah penjualnya sendiri. Syarat semacam ini batal, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Tidak dihalalkan salaf (hutang) dan penjualan; serta dua syarat dalam satu transaksi jual beli.” [hr. at-Tirmidzi].

Inilah syarat-syarat yang boleh membatalkan aqad dan yang tidak membatalkan aqad.

Secara umum, jika seseorang masuk ke dalam jaringan MLM, maka dia diminta untuk mengisi borang (administratif), dan disyaratkan untuk melakukan pembelian dengan item dan harga tertentu. Seterusnya dia disyaratkan melakukan penjualan dengan kaedah mencari downline sebanyak-banyaknya. Jika dia berjaya mendapat downline, maka dia akan mendapatkan komisyen di atas kejayaannya mendapatkan downline, serta komisyen atas pembelian (kegunaan peribadi) yang dilakukan oleh downline-nya atas barang yang diperjualbelikan dalam MLM tersebut. Demikian seterusnya, jika downline mendapatkan lagi downline berikutnya, maka ia akan mendapatkan komisyen. Jika syarat-syarat ini dipenuhi, maka seseorang itu sah menjadi anggota MLM.

Kebanyakan MLM, terdapat komisyen bagi upline dari pembelian yang dilakukan oleh downline-downline nya hingga ke bawah; atau berasal dari penjualan yang dilakukan oleh upline. Jika downline-downline tersebut tidak aktif; tidak melakukan pembelian ke atas barang atau melakukan penjualan barang, maka upline tidak akan mendapat komisyen lagi. Begitu pula jika seorang berada pada posisi downline terakhir (berada pada posisi paling akhir dari rangkaian MLM), tentunya ia tidak mendapatkan apa-apa kecuali jika dia sendiri melakukan membeli barang untuk diguna sendiri).

Kesimpulan dari fakta di atas bahawa di dalam MLM ada aktiviti mencari downline dengan komisyen tertentu, penjualan, dan penggunaan produk MLM.

Fakta Dua Aqad Dalam Satu Transaksi

Dalam transaksi penjualannya, kebanyakan MLM melakukan dua aktiviti berikut ini:

1. Penjualan oleh ahli syarikat MLM kepada orang lain yang tidak mahu terikat dengan syarat-syarat keahliaan tertentu (orang yang tidak ingin menjadi ahli MLM). Dalam kes ini, ahli hanya mendapatkan komisyen dari penjualan produk saja. Transaksi sebegini bukanlah sesuatu yang terlarang di dalam Islam.

2. Penjualan oleh ahli kepada seseorang yang diikat dengan syarat tertentu. Dalam kes ini, seorang ahli MLM disyaratkan untuk membeli sekaligus menjadi agen dalam mencari down line.

Fakta pengkaitan dan pensyaratan jual beli dengan sistem ejen (samsarah) semacam ini terlihat tatkala perusahaan tersebut menjual barang pada seseorang yang telah menjadi ahlinya, maka pembeli tersebut disyaratkan menjadi agennya dalam urusan mencari downline-downline. Pembeli yang sebenarnya juga ejen syarikat MLM ini akan mendapatkan komisyen dari transaksi jual beli dan sistem agen yang dilakukannya. Dengan kata lain, MLM ini sebenarnya sedang menjual barang kepada seseorang yang disyaratkan menjadi agennya.

Amalan sebegini telah menggabungkan di antara jual beli dengan sistem agen; sehingga tergolong sebagai shafqatain fi shafqah yang diharamkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak dihalalkan salaf (hutang) dengan penjualan, dan tidak pula ada dua syarat dalam satu jual beli.” [hr. at-Tirmidzi].

Di dalam perniagaan MLM, transaksi akan terbatal tidak hanya berhubung kait dengan agen di atas agen dan shafqatain bi al-shafqah, akan tetapi kadang-kadang juga berhubung kait dengan harga jualan yang terlalu tinggi (ghabn al-fâkhîs). Kami cuba menjelaskan hukum mengenai MLM secara terperinci dan mendalam semoga umat Islam tidak berada di dalam transaksi yang HARAM!

Wallahu a'lam bi al-shawab

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih kepada saudara sesas kerana telah bersusah payah meng"copy paste" artikel tersebut dari mana2. (kalo mmg tulisan saudara, maafkan saya.)

selepas membaca artikel tersebut, ingin saya memberi sedikit pandangan...

1. MLM tidak memaksa ejennya membeli, menjual atau mencari downline.

2. Kalo beli barang pun, bukannya beli kat upline tadi, dia gi beli kat stokis berdekatan(dengan harga ahli - harga yang sama dibeli oleh uplinenya).

3. Upline tidak mendapat komisen tetapi bonus setiap bulan. pengiraan bonus ini berdasarkan penjualan upline downline di bawahnya... ingat ye bukan komisen tapi bonus. jualan runcit downline adalah hak mutlak downline ye..

4. kalau skim piramid(atau skim piramid yang bertopengkan MLM contohnya Raja Kambing, Lembu Plus dan sebagainya) mereka mendapat keuntungan hasil yuran keahlian yang mahal(mencecah sehingga rm300). so itu jelas haram.

5. Bila sebut kebanyakan MLM, cuba sebut betul2, kebanyakan "MLM yang tidak beretika".. baru betul. ini kerana, di luar sana terdapat 66 syarikat MLM beretika yang berdaftar di bawah DSAM dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai sah disisi undang2.

6. Tiada unsur paksaan di dalam MLM beretika, so jika anda rasa didesak oleh mana2 pihak, anda sentiasa boleh memilih untuk tidak menyertai MLM. Jikapun upline anda mendesak anda, itu sbb dia tidak memahami apa itu MLM beretika. Kepada upline2, sila berhenti memaksa donline anda kerana tiada gunanya memaksa org yg tidak mahu berusaha. bila didorong sedikit untuk maju, mereka akan menuduh kita sebagai memaksa. hehe.

7. Last sekali, tepuk dada tanya selera. nak, seribu daya, tak nak seribu dalih. cuba bezakan yang baik ngan yg buruk, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sdr. Matieu saya ingin tanya serba sedikit tentang REVELL ....

1. Berapa harus mantain yg sebenar REVELL untuk mmendapat syarat sehingga  dapat bonus setiap bulan melalui Produk Keperluan Harian ( ...dari bangun pagi gosok gigi sehingga gosok gigi sebelum tidur...)?

2. Adakah Produk tersebut diguna  dari golongan anak kecil sehingg orang tua, Lelaki dan Perempuan turut menggunakannya?

3. Kesimpulanya, kerana kita adalah KONSUMER (pengguna).  Seorang Penasihat Kewangan kepada dua bekas Presiden Amerika pernah berkata bahawa"Kekayaan Manusia dihasilkan oleh KONSUMER". Teori kewangan tersebut tidak pernah bertukar semejak dahulu. Kita adalah konsumer...(KERJA...TERIMA GAJI...BELANJA SUPERMARKET/ KEDAI RUNCIT...TAUKEY UNTUNG 20%-30%)...kita cuma terima Barang...Beg Plastik.... Resit Thank You and come again... cuba tukar...(KERJA...TERIMA GAJI...BELANJA DI REVELL...ANDA UNTUNG...) kita cuma terima barang...beg plasti...resit nama upline dan nama kita...Apakah begini yg dimaksud dalam sistem Revell...

mula-mula menjadi PENGGUNA dan selepas itu jadi PELABUR dan seterusnya menjadi USAHAWAN. PRODUK REVELL adalah alat untuk mencipta pulangan yg luarbiasa dan REVELL itu sendiri adalah KENDERAAN untuk menuju ke arah IMPIAN.

Apakah betul apa yg saya maksudkan?

Jumpa anda dipuncak kejayaan...

Memang betul, em, saya semakin dapati yang saudara berminat dengan revell. sudah kah saudara mendaftar? hehe.

1. maintain bulanan hanya serendah RM50 sahaja smile.gif

2. 300 barangan memang merangkumi barangan yg boleh digunakan oleh kanak2, org dewasa, laki ngan pompuan.

3. Itulah yang cuba saya sampaikan.. biasanya kita ke kedai membeli barang, kita dapat barang, tauke dapat untung. Tapi melalui online MLM, kita beli barang, tauke untung, kita dapat bonus. bila kita jual, kita dapat komisen hasil jualan.

ye tepat sekali..

baiklah sebab anda dah tanya, ini adalah formula 5p REVELL.

mengguna

menjual

menaja

membina

mesyuarat

untuk berjaya, anda disarankan melalui kelima2 step tersebut di atas... dimulakan sebagai pengguna bijak, kemudian menjual kepada rakan2 sekeliling.

bila mereka berpuas hati dengan barangan berkualiti revell, maka anda menajanya menjadi donline. kemudian, bantu mereka mengikuti 5p.

Selalu lah bermesyuarat dengan donline dan upline2 anda untuk bertukar2 pendapat dan berkongsi pengalaman.

em, bila disebut menjadi PELABUR, anda tidak perlu melabur beribu2 ringgit di dalam revell. Cuma laburlah 1 jam sehari atau sekurang2nya 3 jam seminggu membuat promosi online... dan laburlah RM50 sebulan untuk maintain belian melayakkan mendapat bonus.

Malah jika anda ingin menjadi USAHAWAN, anda boleh menjadi STOKIS dengan belian minimum kali pertama RM500(daripada stokis utama), dan belian bulanan minimum RM300(daripada stokis utama) untuk anda jual kepada ejen lain pada harga ahli.

berkaitan ngan stokis, anda tidak perlu mengambil lesen perniagaan, kerana anda menjadi stokis berdaftar di bawah syarikat revell.

Nampak tak kelebihan menjadi stokis? anda boleh buat bisnes berpremis(contohnya buka kedai di rumah anda) tanpa lesen perniagaan, dan anda boleh mula dengan modal serendah RM500 beli stok pertama. dan belian stok RM300 setiap bulan. pada masa yang sama, anda juga boleh menjual seperti ejen biasa. nampak tak kelebihan2nya?

so, itu sahaja perkongsian saya kali ini,

salam sukses dan semoga bertemu di puncak kejayaan! biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wah...sudah lama tak masuk kat sini... ok matieu sebenarnya produk kiter hampir samer tapi tak serupa ...biler aku pegi menjengok kat www.kdnhep.gov.my..hari ni tinggal 333 syarikat MLM yang berdaftar AJL. MLM dengan KDNK

Share this post


Link to post
Share on other sites

UNTUK MAKLUMAN SAUDARA SEKELIAN..SATU PROGRAM 2 DALAM 1 DILANCARKAN DENGAN PENDAPATAN YANG AMAT MENARIK. PRODUK YANG UNIK IAITU E-EDUCATION(TUTORIAL PELAJAR SEKOLAH GUNA INTERNET) UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAWATI LAMAN WEB NI

http://www.elinkgroups.com/?ref=ahmadfs

Erk, ade org tumpang iklan kat sini aiseh ehehe..

em, selama beberapa minggu saya buka thread ini, cuma pengenalan tentang MLM jer yang saya dan kawan2 lain postkan. rasanya dah cukup kot untuk bagitau apa itu MLM, dan apa yg perlu dilakukan oleh seseorang sebelum memilih MLM.

Saya juga sudah menyatakan ingin mengambil 4 org dijadikan sebagai donline dan pernah berjanji untuk membantu awk(yg terpilih... stakat ni masih belum ade calon sesuai) untuk masuk ke dalam dunia MLM dan seterusnya membawa awk bersama2 saya dan upline2 saya yang telah berjaya untuk menuju ke puncak kejayaan.

Baiklah, sekarang ini, saya akan menunjukkan kepada awak(awak semua), ciri2 prospek ideal saya(prospek yg paling sesuai) yang layak untuk mengisi 4 kekosongan itu...

Prospek ideal

1. Nak ade sumber pendapatan tapi lum jumpa

2. Not too desperate but tahu kepentingan ade sumber pendapatan kedua

3. Bersedia menukar jenama ke barangan revell setiap bulan

4. Perbelanjaan setiap sebulan untuk barangan rumah(sahaja) rm100 hingga 200

5. Ingin membeli barangan bermutu pada harga yang wajar(murah tapi berkualiti tinggi)

6. Suka online, tapi bersedia untuk bergerak secara offline

7. Mampu meluangkan masa berkongsi peluang dengan rakan2 atau jiran2 atau rakan sekerja

8. tiada apa2 kemahiran tambahan yg diperlukan

9. positif terhadap semua jenis bidang menambah pendapatan termasuk MLM

10.tidak suka berbohong

11.boleh dipercayai

12.menyetujui bahawa jika kita kuat berdoa dan berusaha, kejayaan akan datang sendiri kepada kita (hampir2 bergolek atau melayang kepada kita, dengan izinNya).

13.mahu merasa memiliki duit yang banyak(contohnya RM100ribu hingga RM1juta) bukan atas dasar tamak, tapi lebih kepada memikirkan masa depan keluarga dan anak2(bukan setakat makan minum, malah pendidikan, kesihatan, dan perlindungan yang sewajarnya).

14.Tidak mengenal putus asa

15.Sanggup berkorban sedikit, sebelum mendapat kejayaan yg berlipat kali ganda.

Dah nama pun ideal, maka, mmg saya jangkakan tiada sorang pun yg akan miliki kesempurnaan seperti di atas. tapi Jika awk ade lebih separuh daripada ciri2 di atas(awk kene jujur semasa menilai diri) maka bolehlah pm saya bila2 masa sehingga satu tarikh. Iaitu apabila saya sudah membuat pengumuman di thread ini yang saya sudah jumpa 4 org yg layak itu.

Saya jangkakan, dalam 200 orang(orang malaysia mmg kebanyakannya memiliki llebih separuh ciri tersebut di atas) yang akan memohon dan hanya 4 org yg akan terpilih.

so, anda hidup, anda berani. Anda cepat, anda dapat. Kalau tidak sanggup berkorban, jangan bicara tentang kejayaan.

p.s.

jika tidak ada aral melintang, thread kat tanya putera ini akan menjadi tempat pertemuan dan tempat perbincangan kita(saya dan awak 4 org) bertukar2 ilmu dan pendapat. Tempat persidangan kita dalam menjalankan "program kejayaan" kita ni.

Sudah tentu isi perbincangan adalah berkaitan teknik promosi melalui internet atau kaedah ict lain(seperti email, yahoo group, chatroom).

Salam sukses dan semoga bertemu di puncak kejayaan!

matieu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Asalammualaikum..

Tengok sig aku kat bawah ler kan... rasa-rasa apa maknanya tu...? He he he...

wei pyan, ekau duk mano? den duk s2. ado maso singgah la umah.. kito cito pasal IT, pasal bisness... :D

kalau aku ada modal, aku join MLM nie...

pertama skali aku tukar kete baru.. lepas tu aku claim la nie untung yg aku buat dari MLM nyer program.. baru la org akan percaya.. tak gitu..? org kita nak tgk dulu baru dia org percaya... lool

bagi aku, cara tu dah kurang sesuai le skrg ni nayoe. org skrg ni dah bijak pandai. derang lebih percaya pada cek atau rumah banglo.. keta-keta ni kureng sket. abg ipar aku dah wat tapi tak menjadi... alih-alih black list dgn bank

anyway, cintai bisness kerana produk adalah lebih afdal dari cintai bisness kerana duit.. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

AKU HAIRANLAH..KALO DULU ORG KATE KALO TAK PANDAI BACE BUTE HURUF...ITU ZAMAN PERTANIAN

HINGGA MASUK KE ZAMAN PERINDUSTRIAN

MASUK ZAMAN IT PLAK RAMAI YG TAK RETI KOMPUTER DIER ORG KATA TU BUTE IT NAMER NYER...

KARANG NI ZAMAN REVOLUSI ABAD 21 MLM DI SANGKA BUSINESS KETUK PINTU RUMAH ORG...PAS TU KATA KASI UNTUNG ORG ATAS ...KADANG2 ADA YG KATA .."AH DIER JOIN DULU...BAB TU DIER KAYER RAYER DULU...TTP ADER JUGA YG TERDAHULU LAGI PI TIDOQ SAMPAI SEKARANG...ADER KATA PRODUK MAHAI TTP TAK PANDAI BEZA BERJIMAT DGN MEMBAZIR/MEMBELI DENGAN MENGGUNA..TAK FAFAM2 & TAK RETI2 SBB APER DIER BELI BRG SETIAP BULAN MAUPUN SETIAP HARI DIER SENDIR TAK FAHAM TAK RETI2 SBB APER DIER MEMBELI... JADI AKU FIKIR MASIH RAMAI LAGI OTG BUTA MLM (MUlti Level Markerting) NI...

KALO DINEGARA MAJU ....MLM ADALAH BIDANG PROFESIONAL...KALO TAK DER DIPLOMA MLM, DIHARAMKAN UNTUK BUAT BUSINESS NIH..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku ader kenal seorng yg dah jd crown manager Luxor, then join lingkos....

Aku suspect dah ade yg tak kena ngan luxor, itu pasal la dier keluar...

akum

boleh tanye x

crown mngr tu org panggil dia pak man ke

aku ade kenal gak sorang

dia dgn bini dia tu masuk lingkos

Share this post


Link to post
Share on other sites

AKU HAIRANLAH..KALO DULU ORG KATE KALO TAK PANDAI BACE BUTE HURUF...ITU ZAMAN PERTANIAN

HINGGA MASUK KE ZAMAN PERINDUSTRIAN

MASUK ZAMAN IT PLAK RAMAI YG TAK RETI KOMPUTER DIER ORG KATA TU BUTE IT NAMER NYER...

KARANG NI ZAMAN REVOLUSI ABAD 21 MLM DI SANGKA BUSINESS KETUK PINTU RUMAH ORG...PAS TU KATA KASI UNTUNG ORG ATAS ...KADANG2 ADA YG KATA .."AH DIER JOIN DULU...BAB TU DIER KAYER RAYER DULU...TTP ADER JUGA YG TERDAHULU LAGI PI TIDOQ SAMPAI SEKARANG...ADER KATA PRODUK MAHAI TTP TAK PANDAI BEZA BERJIMAT DGN MEMBAZIR/MEMBELI DENGAN MENGGUNA..TAK FAFAM2 & TAK RETI2 SBB APER DIER BELI BRG SETIAP BULAN MAUPUN SETIAP HARI DIER SENDIR TAK FAHAM TAK RETI2 SBB APER DIER MEMBELI... JADI AKU FIKIR MASIH RAMAI LAGI OTG BUTA MLM (MUlti Level Markerting) NI...

KALO DINEGARA MAJU ....MLM ADALAH BIDANG PROFESIONAL...KALO TAK DER DIPLOMA MLM, DIHARAMKAN UNTUK BUAT BUSINESS NIH..

MLM ni satu2nya bisnes yg diberi latihan percuma... tapi still org tak amik peluang untuk blaja( blaja cara percuma tak yah bayar... ade gak yg berbayar tapi jauh lagi murah berbanding latihan untuk bisnes jenis lain)

modal lak kecik, dan boleh buat untung sbb kerja cara berkumpulan atau kata org putih "leveraging".

satu je org kita skeptik pasal mlm, sbb dorang confuse antara skim piramid ngan mlm ni. bila sebut je berbilang tingkat, seme org ingat piramid, sedangkan...

mlm dan skim piramid sama-sama menggunakan kaedah berbilang tingkat(cam struktur piramid)

bezanya, mlm bertujuan nak jual produk berkualiti, diberi latihan (cara mencari prospek, memasarkan, cara-cara menjual, product knowledge dan mesyuarat mingguan untuk tujuan motivasi) dan RAMAI ORG TELAH TERBUKTI BERJAYA malah ada yg jadi jutawan.

tapi skim piramid ni tujuan dia nak untung tanpa buat apa2 keje. tak de apa2 latihan, tak de mesyuarat, tak de motivasi. sbb tu di dunia ini TIADA SATU PUN SKIM PIRAMID yang berjaya.

memang betul, setiap sistem ciptaan manusia tu mmg ade kelemahan, termasuklah mlm. tipu la kalo kata mlm ni perfect.

tapi, walaupun begitu, mlm ni kalo ikut tul2 formula dia contoh:

1.diri sendiri mengguna produk

2.diikuti menjual kepada kawan2

3.menaja kawan menjadi ejen

4. membina rangkaian dengan melatih kawan cara menjual dan menaja

5. hadiri mesyuarat untuk berkongsi masalah, pengetahuan dan saling memotivasikan

peratus kejayaan akan semakin tinggi

actually, terdapat satu lagi halangan yang menyebabkan seseorang tu gagal dalam mlm...

iaitu TIDAK SUKA MENJUAL

bila dengar je kene MENJUAL

org jadi malas nak buat sbb

1. takut pelawaannya ditolak

2. takut dihina sbb buat mlm

3. takut ditertawakan rakan2

4. takut org tak nak beli

5. takut org kata "aku tak nak beli"

6. takut kawan2 tak berani dekat

then mula la bagi alasan

"tak reti bercakap"

"tak reti jual"

"ade ke org nak beli?"

"buang masa je jual2 ni"

tapi, sebenarnya... semua tu kalo guna teknik yang betul, semua perasaan takut pasti akan hilang

then, kejayaan akan menyusul.

sbb tu, pergi mesyuarat tu penting.. sbb time mesyuarat la tempat untuk bertanya, dan mendapat idea dari perkongsian org lain.

satu lagi kelebihan mesyuarat, kat situla tempat nak jmp seme jenis golongan orang, ada peguam, ade ahli perniagaan, ade guru, ade pegawai kerajaan.. kira mmg tempat sesuai untuk mencari rakan kongsi bisnes, cari pegawai bank yang sesuai, cari peguam yang sesuai, cari doktor yang sesuai, cari pegawai kerajaan yang sesuai cari tutor memandu yang sesuai, cari mekanik yang sesuai, cari tukang gunting yang sesuai.

sbb tu, ramai org yg tahu mengambil peluang keemasan ini(ramai org tak tahu), hadir ke mesyuarat mlm( apa2 mlm) sekadar untuk mencari idea baru, rakan kongsi baru, kenalan baru, jodoh baru, atau sekadar bertemu dengan rakan-rakan lama.

so, mlm ni, mmg satu bisnes yang mementingkan komuniti. ianya umpama keajaiban zaman moden yg boleh menukarkan seorang yg pendiam kepada seorang yang peramah, seorang yang nakal menjadi seorang yang berwawasan.

so, ade peluang, sekadar nak cari idea2 baru untuk bisnes ke atau ape2, pegila mana2 mesyuarat mlm. tak yah bayar pun free je. sapa2 je bleh pegi walaupun bukan ahli. bayangkan kalo anda pegi seme meeting mlm di kawasan anda. tidak kira apa jenis mlm, anda pegi, bayangkan apa pelajaran yg boleh anda perolehi, siapa yg boleh anda temui dan semangat motivasi yang camne yg bakal anda miliki? jika anda minat bisnes kecil2an tapi tak minat mlm, pegi tgk mana2 mesyuarat mlm, anda akan kagum melihat terdapat golongan2 yg buat bisnes semasa mesyuarat sedang berlangsung - mereka jual kad perkhidmatan kad bisnes, cetak tshirt, convert cd, jual prepaid, dan seribu satu macam jenis bisnes, hanya dalam satu malam mesyuarat tu je. so, kalo anda nak idea bisnes, gi mana2 mlm dan tgk.

ringkasannya...

MLM mementingkan pembangunan insan komuniti, dan mementingkan ilmu

skim piramid tidak mementingkan seme itu.

so, nak ngan tak nak je.

anda sendiri buat pilihan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

AKU RASE ADE SATU LAGI SISTEM YG ADIK SEPUPU KEPADA SKIM PIRAMID IAITU SKIM BINARY ...

HARUS ADA 4 PERKARA MESTI DILIHAT DALAM MLM

1. ADIL (SAPA BUAT KERJA KUAT DIER DAPAT. DOWNLINE BOLEH POTONG UPLINE)

2. PRAKTIKAL (APA YG DIJANJIKAN SYARIKAT TERBUKTI...)

3. AKUMULATIF (TERKUMPUL MATA)

4. PEMBAHAGIAN BONUS (PERKONGSIAN KEUNTUNGAN SYARIKAT DAN AHLI)

Share this post


Link to post
Share on other sites

:)MEMANG BETUL, TAK SEMUA ORG NAK JADIKAN MLM SEBAGAI KERJAYA :) tetapi PERLU ADA KESEDARAN KEPADA DIRI DI ATAS KEADAAN SKRG CONTOHNYA KENAIKAN HARGA MINYAK, RAMAI YANG KOMPLEN DAN ADA JUGA YANG BUAT MOGOK? ADAKAH INI SALAH KERAJAAN ATAU RAKYAT TIADA KESEDARAN. SETIDAK-TIDAKNYA LAKUKAN SESUATU DEMI MASA DEPAN SENDIRI BUKANNYA MENYALAHKAN ORANG LAIN. BUATLAH ;

1) MLM

2) BERNIAGA

3) JUAL BUAH, KARIPAP @ SEBAGAINYA YANG BOLEH MENAMBAH PENDAPATAN tetapi masih ada yang masih menuding 1 jari ke arah orang tetapi dia tidak sedar bahawa 3 jari lagi menuding ke arahnya sendiri.

SAYA CUMA INGIN BERKONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN, untuk berjaya walau dalam apa jua bidang anda perlu ikut 3 langkah ini

1. KEPUTUSAN

Apakah kukuh keputusan anda, adakah anda benar-benar bersedia untuk berubah. Jika keputusan anda tidak kukuh, saya berani bagi jaminan 100% setiap perkara yang anda lakukan sukar untuk berjaya

2. ILMU / MENUNTUT ILMU / BELAJAR

tuntutlah ilmu dalam bidang yang anda ceburi, concentrate dan fahami betul-betul supaya anda tidak akan terpesong dari Landasan kejayaan anda.

LAKSANA

Untuk melaksanakan apa jua kerjaya anda, lagi mudah sekiranya anda sudah ada pengetahuan / ilmu di dalam bidang berkaitan. Perlaksanaan menjadi lebih mudah apabila keputusan anda kukuh didorongi dengan pengetahuan/ilmu yang anda ada. maka strategi dan idea-idea baru pasti akan menyusul di dalam minda anda.

ANDA AKAN MENGALAMI KEGAGALAN DI DALAM PERLAKSANAAN APABILA KEPUTUSAN ANDA TIDAK KUKUH DAN ANDA TIDAK ADA PENGETAHUAN / ILMU DALAM BIDANG BERKAITAN.

:( MUNGKIN ANDA TIDAK PERCAYA AKAN TIPS SAYA INI, :( ANDA BOLEH LAKUKAN TANPA MENGIKUT TIPS INI) - JAMINAN UNTUK BERJAYA AMAT SUKAR. CUBALAH !!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sdr. elite 4026 saya menyokong anda 110%..tentang KEPUTUSAN, ILMU dan LAKSANA yg telah anda perkatakan. saya cukup senang dan menerimanya dengan dada yg lpang dan hati yg terbuka. Sebab saya berpegang dengan kata2 ini..."KEJAYAAN menyamar dalam KESULITAN...KESULITAN adalah ALASAN-ALASAN...DAN ALASAN-ALASAN itu menjelma menjadi BATU PENGHALANG.. lazimnya ada "UDANG" disebalik BATU PENGHALANG tersebut. "UDANG" bagi saya adala IMPIAN saya. Kalau org tidak berimpian org tu tak normal bagi saya.

Untk mencapai IMPIAN tersebut wajib dipecahkan BATU PENGHALANG itu. Untuk memecahkannya harus ada sesuatu yg lebih besar. Sesuatu yang lebih besar itu adalah KEPUTUSAN, ILMU dan LAKSANA yg telah anda perkatakan untuk memecah BATU PENGHALANG tersebut agar tercapai IMPIAN kita. Sebelum nak pecahkan batu penghalang di luar batu penghalang dalam diri sudah menyekat hasrat nak capai Impian. Apa yang saya maksudkan BATU PENGHALANG dalam diri iatu

1. KEPUTUSAN TIDAK KUKUH dan TIDAK BERSEDIA UNTUK BERUBAH.

2. ILMU / MENUNTUT ILMU / BELAJAR TETAPI BILA ADA YG ILMU MENUNTUT BAYARAN MELEBIHI KEMAMPUAN TERUS MENGALAH.

LAKSANA

Bagaimana nak melaksanakannya sedangkan kedua-dua yg di atas tidak terlaksana maka itulah BATU PENGHALANG dalam diri yg pertama menyekat direi sendiri untuk mencapai Impian. Bila impian tidak tercapai maka tinggallah IMPIAN menjadi ANGAN-ANGAN sahaja...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sdr. elite 4026 saya menyokong anda 110%..tentang KEPUTUSAN, ILMU dan LAKSANA yg telah anda perkatakan. saya cukup senang dan menerimanya dengan dada yg lpang dan hati yg terbuka. Sebab saya berpegang dengan kata2 ini..."KEJAYAAN menyamar dalam KESULITAN...KESULITAN adalah ALASAN-ALASAN...DAN ALASAN-ALASAN itu menjelma menjadi BATU PENGHALANG.. lazimnya ada "UDANG" disebalik BATU PENGHALANG tersebut. "UDANG" bagi saya adala IMPIAN saya. Kalau org tidak berimpian org tu tak normal bagi saya.

Untk mencapai IMPIAN tersebut wajib dipecahkan BATU PENGHALANG itu.

Kejayaan atau kegagalan bergantung kepada diri sendiri.

Ingatkah anda sewaktu anda masih belajar dahulu, anda mesti fikir bahawa anda mahu lulus dalam peperiksaan, maka anda pun buat persediaan dgn mengulangkaji pelajaran, jawab soalan past year, ajak kawan yang pandai untuk study bersama & bermacam-macam ikhtiar lagi anda jalankan.

Tetapi mengapa? setelah anda dewasa, anda menjadi begitu MALAS. Ini yang menyebabkan anda GAGAL di dalam kerjaya anda. MALAS berfikir, MALAS bertindak dan MALAS berusaha. Jika diri anda boleh melepasi tahap memecahkan benteng KEMALASAN diri, saya begitu yakin anda akan berjaya di dalam bidang yang anda ceburi.

Alhamdulillah kumpulan saya sendiri telah berjaya saya bantu untuk berfikir dgn positif dan mereka semua telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka.

Jika anda ingin bersama-sama mereka, saya alu-alukan.

Ikhlas dari saya

izwan

019-2727068

[email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hendah MENGUBAH orang lain begitu sulit tetapi lebih sulit MENGUBAH diri sendiri. Dan begitu juga untuk MEMPOSITIFKAN orang lain begitu sulit tetapi lebih sulit MEMPOSITIFKAN sendiri...

MALAS + TANGGUH = HALANGAN (Impian)

Terima kasih di atas aluan saudara dan saya amat menghargainya dan buat masa sekarang saya masih menumpu perhatian dalam perniagaan MLM yang saya ceburi. Syarikata ini KUKUH, BESAR dan HANDAL sejak 1989 lagi (saat kegawatan ekonomi). saya amat menyenangi dan menyukai syarikat ini yg mengutamakan pendidikan yg disebut sebagai BES(Business Education System)...syaraikat MLM ini lebih mendidik ahlinya menjadi "USAHAWAN" bukan sesetengah syarikat MLM hanaya mengajar ahlinya menjadi "JURUJUAL " produk MLM sahaja. dan mereka tidak menjanjikan KEKAYAAN tetapi menjanjikan "KEJAYAAN" bagi ahli yg benar2 berkomitmen hendak menjadi USAHAWAN yg cemerlang dan gemilang dalam perniagaan yg berkonsepkan menggaji diri sendir ini.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau kita nak join mlm ni, yg penting aku rasa kita kena tau apa produk. lepas tu macammana dia punya plan dan strategi. kalau sekadar masuk rasanya buang karan. tp kalau buat betul2 ikut dia punya plan tak mustahil utk dpt 5-6 angka. aku pon sebenarnya baru nak try. yg prob nyer nak tarik org tu yg leceh. baru nak ckp dah kena pangkah. hampeh toll. org baru nak masuk jarum.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...