Jump to content
azuan

>>> Peraturan Menggunakan Ruangan Sembang <<<

Recommended Posts

assalamualaikum dan salam sejahtera.

memandangkan begitu ramai sekali ( lebih sorang dikira ramai ) yang melahirkan rasa tidak puas hati + selingan selingan lucu + sindir menyindir tak berapa jadi, maka dengan ini beberapa garis panduan untuk ruangan TANYA Sembang PUTERA.COM diadakan:

sebarang topik yang tidak berkaitan dengan IT (definisi IT berbeza antara setiap orang dengan setiap orang yang lain). oleh itu jika pada pandangan anda topik tersebut tidak sesuai di sini, seperti yang telah ditekankan di bahagian lain, SILA GUNAKAN BUTANG REPORT. anda tidak perlu untuk mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran tidak menjadi, ataupun rengekan tidak matang. tidak perlu untuk menjadi orang dewasa dalam membuat tindakan menggunakan butang 'REPORT'. anda cuma perlu click.

dan moderator akan melihat topik tersebut.

moderator berhak untuk membuat keputusan akhir samada topik tersebut wajar dibiarkan atau dipadamkan mengikut budibicaranya. sebarang ketidakpuashatian sila salurkan kepada admin, encik hasani. sebarang ketidakpuashatian terhadap moderator sila salurkan kepada admin. jika ada sebarang post yang berkait rapat mengenai ketidakpuashatian berkenaan sesuatu topik, post/topik anda akan dipadamkan serta merta tanpa sebarang notis. cuma orang yang membuat topik/post tersebut sahaja yang akan tahu bila postnya hilang.

+ tambahan +

disebabkan masih ada lagi PENGGUNA yang suka dengan kelakuan menyindir di dalam topik yang dia rasa tak sesuai, dan PENGGUNA tu pulak seperti yang kita semua sudah kenal, memang suka merengek, ditekankan sekali lagi, apa yang anda perlu buat hanya click butang report, bagitau apa yang ada dalam kepala anda, cadangkan apa yang perlu, kunci ke, padam ke, pindah ke, dan bukan perlu melatah. Jika anda rasa ruangan ini memerlukan lebih ramai moderator, atau anda memang bijak menentukan isi kandungan forum, sila calonkan diri anda menjadi moderator/pemantau dan bukannya setakat pandai melatah.

sebarang perbincangan yang umum sila lakukan di www.putera.net

ada orang kata putera.net membosankan. andalah yang sebenarnya membosankan kalau anda wujudkan topik yang lari dari terma putera.com di putera.com

garis panduan akan diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

sekian terima kasih.

Edited by azuan

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam sejahtera

sejak akhir-akhir ni makin banyak topik yang menyimpang dari konsep sebenar ruangan "SEMBANG @ PUTERA.COM"

pihak moderator boleh pindahkan topik tersebut ke sub-forum yang berkenaan, tapi anda semua perlulah memberi kerjasama. takkan nak cerita pasal kucing dalam ruangan ni kot?. cerita la dalam HOBBIES & LIVING

nak cerita pasal masalah diri sendiri? cerita dalam JATI DIRI & PERIBADI.

dalam erti kata lain, belajar mengenal fungsi forum sebelum anda nak post sebarang topik. tak tau? tanya di ruangan "BANTUAN FORUM".

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...