Jump to content

cikgureza

Members
  • Content Count

    1466
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

5 Normal

About cikgureza

  • Rank
    Ahli Rajin
  • Birthday 12/04/1978

Contact Methods

Profile Information

  • Gender
    Male
  • Location
    Ipoh,Perak
  1. Tindakan sesetngah Majikan yg peras tenaga student praktikal: Rata-rata yg aku peratikan dlm forum (Putera.com), akan terdapat student2 yg 'berusaha' untuk bertanya kepada forumers yg lain, jln penyelesaian bagi sistem software yg perlu mereka develop untuk memenuhi tuntutan praktikal mereka semasa On Job Training. (ada segelintir, mintak terus mana2 forumers yg kesian kat diorang untuk buat sampai siap!) Kebanyakan software yg perlu di buat, di request sendiri oleh pihak majikan tempat mereka membuat latihan industri. Dengan cara ini (meminta bebudak praktikal ni yg develop software tu), maka company yg diorang buat practical tadi telah melakukan penjimatan yg (amat) besar dari segi Total Cost of ownership, licensesing, malah tidak keterlaluan aku katakan proses after completed services terhadap software2 yg di bina oleh bebudak praktikal tersebut. (ini hnaya berlaku kalau software tu sempat siap sebelum diorang habis praktikal kat situ, kalau tak siap, citer lain) jadi, sedikit sebanyak, student2 tadi telah mengeluarkan masa, dan juga tenaga, malah sesetengahnya wang (untuk mengupah orang lain menyiapkan system tersebut- ini kes tak reti dan malas nak berusaha bagi siap). Bagi pihak company pula, mereka hanya menanti supaya software itu siap.Dan kalau betul2 siap, diorang memang akan jimat duit tak ingat. Aku, yg berada di pihak majikan, merasakan perkara ini amat tidak patut, iaitu satu keadaan di mana, student2 ni membuat kerja (software) yg menguntungkan syarikat tersebut, tetapi tidak di beri ganjaran yg setimpal.Kalau ada pun , mcm belanja mee goren ke,air teh ke dsbgnya. Padahl sesetengah system software yg diorang develop dan siap tu,kalau nak di beli, bukan kata teh, dekat nak sama harga ngan kilang teh pun ada. bagi aku, ini adalah satu bentuk penindasan terhadap student2 ni. Dan di kira sebagai mengambil kesempatan. Apa yg aku buleh cadangakan untuk mengekang keadaan ini dari terus berlaku adalah, student2 yg di minta untuk membina system software yg rumit (buat website syarikat tak kira ye! dan lain2 keje ringan pun tak kira) bolehlah mengemukakan quotation kepada majikan tersebut, iaitu sebutharga untuk pembanggunan perisian tersebut. Jumlah ini buleh mengikut kadar standard harga market. Dan kalau majikan tidak mahu membayarnya, tetapi ingin juga meminta korang menyiapkan software tu atas alasan nak bagi korang training supaya mahir bende2 ni, maka , apa yg korang buleh buat, adalah dgn men develop sebuah software berbentuk trial ,iaitu,ianya hanya akan berjalan/running selama tempoh kotrang praktikal je, lepas tu dia lock. Dan kalau majikan tu still nak pakai software tu lepas korang abis praktikal, maka diorang perlulah membayar harga yg di minta di quotation tersebut. Dengan cara ini, takdelah kes2 majikan amik kesempatan dari student2 ni. Dan pihak IPT pula ,perlulah memantau keadaan ini,sebab, hasil kerja student ni di gunakan secara take it for granted, padahal, amat beharga kepada company tu, untuk memudahkan urusan mereka seharian.. kalau sespa pernah mengalami kejadian seperti topik ini,maybe boleh share kat sini, apa yg telah terjadi..
  2. Korang nak tau cerita yang betul, sila baca part 1 (part 2 ada kisah pasal part 1 jugak)... Ok, sambungan setelah lama menyepi.. Berbalik pada camna korang nak optimized kan untung korang dalam bidang ICT. Pertama sentiasa guna prinsip "mamak", iaitu " modal mau sikit, wuntung (untung) mau banyak..". Itulah yang korang kena pikirkan secara mendalam. Setkan R.A.S (nanti aku cerita bab RAS ni kat korang~ (aku dapat dalam bisnes coaching aritu..) ), korang untuk bende ni. Kalau korang tanya soalan "macamana", bermakna korang dah mula untuk fokus tentang benda ni. Ok, secara generalnya, aku terus terang kata aku ni orang software, dan tips ni pun berkenaan ngan software gak. Jadi mula2, apa yang korang kena buat adalah untuk menghitung /menyenarai kos yang korang bakal guna. Dalam kes aku/ software development adalah seperti berikut : Kos yang timbul : 1) Cost of development~Human Resource ( i.e: Programmer, system analyst, DBA, DB Designer dan lain-lain) 2) Cost of material ( i.e: Development Software, Database, Operating System, Server, Storage devices, Work station dan lain2) 3) Cost of marketing ~Marketting personnel, Marketting tools,i.e: hand ourts, brochures, medias dan lain-lain dan jangan sesekali lupa tentang perkara ini,iaitu after sales punya cost ! "Apa maksudnya after sales punya cost?". Maksud after sales punya cost adalah, seperti pengalaman aku yang ni..teruskan baca.. Aku ni dulunya seronok bila buat system software atau applications (sebab ada orang yang beli), dan pulak tu, system yang aku buat tu buleh siap dalam masa beberapa hari, jadi kos yang timbul semasa development tu takde le banyak sangat. So semasa customer buat payment, rasa macam dunia ini ana yang punya. Dan lepas tu biasa le, tak sampai dua hari duit tu habis aku joli! (jangan ikut bahagaian tu ye..ini kesilapan semasa muda..!!). Tak lama selepas itu (beberapa bulan), customer mula call dan suruh aku buat sedikit corrective maintenance/preventive maintenance. Masa ni aku betul-betul nyesal sebab habiskan duit haritu dan buat joli, aku rasa macam P.Ramlee dalam citer Kassim Selamat, (masa dia dapat duit dari mak mertua dia dan buat joli lumba kuda kat Singapore). Masa tu terpaksa le aku guna duit lain. Moral of the story, jgn lupa kira kan cost after sales punya amount dan jgn letakkan dalam harga jualan, sebaliknya letak dalam agreement( maksudnya, buatkan mereka bayar korang semasa korang datang untuk buat preventive/corrective maintenance) sebab, duit yang saki baki tu le korang nak guna untuk datang balik ketempat diorang (transporation pun cost jugak!) Berbalik pada tips untuk untung tadi. yang nombor satu : Macam aku cakap masa part 1 aritu, samaada buat masa ni korang produce sendiri system/applications tu atau korang cari geng2 yang sanggup susah sama2 untuk developkan system tu dengan cara consignment atau pun korang cari geng yang buleh di buat JV, maksudnya, geng korang ni maybe dia boleh sediakan hardware untuk job tu, dan korang pulak dari segi software, maka bergabungle dan dua2 dapat minimized kan cost. Ini bukan apa, masa aku start jual ada satu Paperless Office punya solution kat satu company kat Ipoh dulu, aku takde keupayaan untuk setup server (in terms of hardware dan jugak connection) so, aku cari kawan aku yang boleh sediakan barang2 tu.. dan bende tu pun agak successful, syukur pada Allah! ), jadi aku JV dengan dia,dgn perjanjian dia akan dapat 30% dari profit of the apllication yang customer aku bayar aritu.So kami pegang pada janji tu dan ,Alhamdulillah, ok sampai skang. Kemudian nya, cuba le guna Open Source punya teknologi, percayalah, korang akan save duit melambak-lambak! (ini pengalaman aku). Tak kira le dari segi development atau pun dari mana sudut pun. Korang akan untung. Untuk part aku pulak, segala teknologi (esspecially code) yang aku nak, dah memang ada kat web, tak caya masuk le sourgeforce.net dan lain-lain (fokus on LAMP~ Linux ,Apache, MySQL, Php,Phyton Perl. Ini paling yang korang kena AMBIK PERHATIAN!! Tips ni bukan kerana aku suruh korang berlagak atau memilih job yang kena buat, tapi aku dah merasa kan azab yang lebih bila aku tak buat bende ni! Bende yang aku katakan ni adalah mengenai system software yang bakal korang produce, dan aku akan terangkan mengikut keutamaan dia ..ye..sila fahami kan dan amalkan... 1) Untuk start up business macam kita ni, (bukan macam otai2 yang ada kat luar tu..), sebaik-baiknya bagi satu harga yang boleh menenangkan jiwa si pembeli/purchaser nya. Maksud aku, bukan harga yang rendah sampai korang rugi, tapi harga yang logikal mengikut budget client korang. 2) Korang maybe boleh dapat RM 500~ Rm900 dari satu client untuk satu urusniaga, tapi bukan kah lebih baik korang boleh dapat RM 200 sebulan selama setahun setengah? (lebih kurang RM4500) Jadi untuk ini apa yang korang kena buat adalah lebih kurang trick ni. Biasanya sebagai contoh aku akan amik cth dari website static le,senang sikit. Biasanya untuk static page yang dalam 5 ke 6 page, harga dia dalam RM 1500 ke RM 2300 (lebih kurang).Pengalaman aku, ada banyak lagi bisnes yang takde website ni dan diorang teringin nak ada satu, cuma harga tu agak menakutkan.So apa yang aku offer kat diorang adalah, satu website yang diorang buleh bayar bulan-bulan dan harga bulanan tu agak reasonable untuk bisnes cam diorang (customer tu yang kata..bukan aku ..). Harga tu cam tadi le.. RM 250 sebulan dan diorang kena bayar aku untuk setahun setengah.Tapi untuk trick ni korang lebih baik jgn bagitau pasala harga lump sum le.. cuma kalau diorang tanya kenapa caj tu camtu, korang buleh kata sebab, sepangjang diorang bayar bulanan tu, koran akan buat updates untuk diorang,selagi bahan2 untuk update tu diorang yang hnatar sendiri, i.e: gambar2,maklumat dan lain..Jadi kat sini korang dapat satu long term punya bisnes. Dan rahsia untuk trick camni berjaya (trick yang customer bayar bulan2) adalah, korang kena make sure korang buleh dapat volume, ataupun dalam bentuk banyak. Bayangkan kalau korang ada client seramai 30 orang /company yang bayar RM250 sebulan selama 18 bulan, jadi pendapatan sebulan korang adalah lebih kurang RM 7500, dan bagi keseluruhan 18 bulan adalah selama RM135000.Tak nak ke?? Jumlah 30 client tu bukan jumlah yang tak logik, malahan realistik sekali...dan untuk website static camtu,korang tak yah upah orang pun! Macam aku kata kat atas tadi le..gunakan lah open source punya teknologi. Web site static yang cangih2 korang buleh guna "Mambo" atau "Joomla" atau guna PhpNuke je..(Provided korang study dulu le camne nak setup webserver). Client tu tak heran nak bayar RM250 ~RM300 bukan sebab apa, tapi sebab dia rasa jumlah tu sikit sgt.. Korang pulak make sure korang buat agreement yang berstem le (stamping). Cari lawyer yang makan percent dari agreement, kalau buleh cari lawyer yang kawan2, biasanya diorang ni akan amik 1% ke 3% dari total cost of project, so korang bincang le ngan dia katakan yang korang dapat duit bulan2, jadi 1% tu pun kena le di bayar ikut bulan2. Buleh kau tim punya. Agreement tu bukan apa, kaau korang nak buat loan, aku rasa kuat tu. Cuma tunjuk je kat bank kesemua client korang punya agreement dan diorang akan consider untuk bagi korang loan (part ni aku tak sure,sebab aku tak pernah try, tapi by theory,buleh kot..) 3) Percaya atau tidak,boleh terima atau tidak, elakkan dari buat satu system yang korang kena pergi dekat premis client korang untuk buat installations, lepas tu untuk maintenance, setiap kali kena datang tempat dia jugak.Elakkan! Bukan sebab apa, tapi korang akan rugi masa sebenarnya. Teknik ni lah yang aku tgh buat sekarang ni, dan aku dapat save banyak kos bila aku laksanakan perkara ni. Untuk maksud ni, korang kena mula dari sekarang buat server side punya programming, bermakna, korang akan buat alteration/modification dalam server korang terus, tanmpa korang perlu datang jumpa customer tu.Dalam erti kata lain, mula2 kan lah buat web based punya sistem! bukan aku suruh lupakan sistem yang stand alone, tapi korang buat duit dulu, dah cukup duit, baru buat balik sistem yang kena install lah, kena buat maintenance kat premis client le..kena uprade kt premis client le. Ini tips aku le, sebab aku belajar the hard way! Maybe nanti akan ada org yang komen kata, "apa susah, hantar le org pergi buat modification kat premis client!",memang betul! tapi korang kena ingat, korang ni bukannya anak cina!Buat2 je bisnes terus ada duit mak bapak bagi! Kalau korang banyak duit lain le! Dan kalau banyak duit tak yah le baca tips2 ni, sebab tips ni untuk loosers macam aku.. Perasan atau tak, tips ni dari part 1 lagi, tak melibatkan korang kena buat loan lah, kena mintak subsidi lah! dan macm2 lagi (bagi yang tak perasan sila baca dari part 1). Sebab aku start bisnes aku ni memang dari zero! Dan macam akau kata aritu, aku ni bukan Big Time punya success story..tapi.. he he he..malas nak citer nanti org kata bongkak. Cuma, ingat balik yang aku pesan aritu..tips ni maybe tak sesuai untuk semua orang tapi amik le iktibar setakat mana yang sesuai. Dan sesungguhnya aku kena sambung balik nanti..ada mende ang aku kena buat sikit ni.. Bye..
×
×
  • Create New...