Jump to content

Ramzi Bin Bakri

Members
  • Content Count

    279
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Ramzi Bin Bakri


  1. Aslkm semua.Saya perlukan FREELANCER yang dedikasi dalam membangunkan halaman web / blog perniagaan professional.

     

    Kepakaran yang saya perlukan adalah:

     

    1. Mampu membina sistem halaman web

    2. Berkemahiran dalam membina system cart

    3. Berkemahiran dalam membina pengkalan data dan form

    4. Kreatif dalam memanipulasi grafik (Photoshop/Illustrator)

    5. Berikan sekali URL halaman web anda dan sekurang-kurangnya TIGA website / blog perniagaan pelanggan anda.

     

     

    Kepada sesiapa yang mempunyai kebolehan membina halaman web atau blog yang berprestasi tinggi, sila PM saya atau boleh directly PM saya kat FB : Ramzi Bakri.

     

    Terima Kasih.


  2. Aku nak tanya..kalau aku nyer domain dan hosting kat A,com expired, adakah aku dapat bawa keluar domain add on (B.com) aku dari hosting tu? Add on domain B.com tu masih belum expired. Account aku kena suspended sebab domain A.com expired tapi masalahnyer domain add on aku B.com ada dalam hosting tu. Aku nak domain tu je. x nak activekan balik A.com. Apa yg aku boleh buat? Technical support web hosting aku ni mcm x serius je layan aku. Lain ditanya, lain dia jawap. Lepas ni nak tukar hosting lah. 


  3. Aslkm semua kengkawan, Setelah lulus dengan jayanya peperiksaan yang lepas, sekarang aku kongsikan pula pengalaman menghadiri temuduga Gred F29 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang aku lalui pada 04.01.2013 yang lalu di Pusat Temuduga SPA Johor Bahru. Part 1: Introduce yourself in English - Masa yang diberikan dalam 5 minit. So korang kena sediakan teks awal-awal dan setkan masa 5 min. Kalau korang merapu lebih dari 5 min, penemuduga tu akan potong cakap korang. x penting sangat isinya...dia juz nak test korangnya english je...asal jangan terketar2 dan sebutan OK... mesti lepas! Part 2: Awak kerja dimana sekarang ... apa tugas awak kat sana. Utk soklan ni, korang kena cerita pengalaman kerja yg lalu. Tips....walau apa pun kerja lama korang sebelum ni...pastikan korang kaitkan dengan tugas yg berkaitan IT. Tak kesah lah apa kerja pun...cth aku cakap aku kerja sebagai penyelia Asrama di KPWKM tapi salah satu tugas aku adalah sebagai Ketua Unit ICT. Part 3: Apa yang awak tahu tentang jawatan PPTM ni dan apa tugasnya? Utk soklan ni...mudah jer, korang copy pastekan sebijik mcm kat senarai tugas dlm laman web SPA tu. Pastu huraikan dengan ringkas. Part 4: Berikan saya Projek yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat yang pernah awak buat dan apakah fungsinya? Soklan ni soklan wajib. So make sure korang pernah buat projek. DAPAT Markah BESAR kat sini. Kalau korang tak pernah buat... aku cadangkan korang cari budak IT yg sedang belajar kat mana2 U pastu baca proposal dia orang tentang mana2 projek. Cth projek adalah Membina Laman Web Syarikat / Kerajaan(bukan individu punye!), Membuat Program Interaktif berorientasikan perisian Multimedia cthnya: DVD Video Interaktif Belajar Matematik untuk Pelajar UPSR (program yg boleh feedback dengan pengguna) dan banyak lagilah!. Tp kalau korang nak tau...Projek yg korang BOLEH MENANG hati penemuduga adalah projek yg berlandaskan SQL + MYSQL. Sebab kalau korang tengok balik dlm senarai tugas kat laman SPA.... mmg yg nilah yg COREnya. So aku nyer Projek adalah Projek Paper Less TSH Tampoi. Aku buat satu pengkalan data yang menyimpan semua data staff dan penghuni TSH Tampoi yang memudahkan sesiapa sahaja mengetahui maklmumat spt no. tel dan alamat lebih 200 orang kat tpt tu. Sebab guna fail memang leceh!. Kepentingan projek aku adalah kurangkan penggunaan kertas selain mempercepatkan akses data berbanding cari fail satu persatu. Projek ni aku bawa masuk ke Pertandingan Inovasi Peringkat Institusi di Johor. Part 5: Cuba awak jelaskan macam mana awak buat program ni dan apa programing yg awak gunakan? Kalau korang mmg buat projek tu... x de masalah korang jawap soklan ni. Part 6: Berikan saya sebab, kenapa saya mesti pilih awak berbanding calon yang lain? Soklan killer ni... aku x nak kongsikan kat sini. Kalau korang nak tau jawapan KILLER utk SOKLAN Killer ni...korang PM jer aku. Wassalam.

  4. OK lah kengkawan. Alhamdullillah...Akhirnya aku LULUS exam PPTM F29 yang lepas. Siap puasa nazar 2 hari.

    Sekarang aku kongsikan contoh soklan utk tatapan bakal calon temuduga F29 yang akan datang.

     

    1. PENGETAHUAN AM seksyen A

     

     - Ada 40 soklan jawab dalam masa 30 minit (kalau tak silap lah)

    50% soalan nya berkisar tentang jenis sistem windows, jenis software antivirus, jenis topologi network - soklan nya memang umum. kalau korang sentiasa up to date dengan berita komputer pun dah cukup. Tak perlu belajar dalam-dalam.

     

    cth soklan: Apakah Windows Seven? Sekiranya sebuah pejabat ada 5 buah komputer, apakah topologi network yang sesuai? Apakah Worm?

     

    50% soklan yang selebihnya lebih kepada perkembangan ekonomi dan perundangan negara.

     

    cth soklan: Apakah pnyumbang terbesar eksport malaysia bagi suku tahun terakhir 2011? Sekiranya seseorang terlibat dengan perhimpunan haram, apakah surat kuasa yang membolehkan polis untuk membuat penangkapan ke atas mereka? "Sentiasa ke arah kerja berkualiti adalah apa"? - misi? visi? atau slogan?


     

    2. DAYA MENYELESAIKAN MASALAH seksyen B

    Untuk part ni aku terus terang cakap - MATEMATIK. Ha ha ha... lemah otak dengar benda ni. Yang ni pun taklah susah sangat. Soklannya banyak berdasarkan soklan buku matematik PMR. Soklan tak susah...asal korang tau tambah, tolak ngan bahagi. dah cukup bagus. Tambah satu lagi.. korang juga kena tau pasal MIN / MEDIAN / PURATA. yang korang kena sedia adalah buang karat dlm otak korang sebab 40 soklan kena jawab dalam masa 30 minit TANPA KALKULATOR. Buat latihan buku PMR adik korang. Try jawap 30 soklan dalam masa 30 minit. Kalau korang dapat 20 betul...cerah masa depan.yang selebihnya korang tembak je. hi hi hi.

     

    cth soklan: Amir membeli sebuah radio pada harga diskaun sebanyak 35%. Dia juga membeli sebuah buku pada harga 1/4 daripada harga diskaun radio tersebut. Adik amir pula meminta abangnya membeli sebatang pembaris berharga RM 3.69. Berapakah perbelanjaan Amir untuk tiga barang tersebut sekiranya harga radio adalah RM250?  


    3. PENAKSIRAN PERSONALITI

    Part ke tiga ni susah sikit aku nakbagi panduan. Tapi soklannya adalah yang paling mudah dalam ketiga - tiga kertas ni. Ada 180 soklan yang korang kena setelkan dalam masa 60 minit. Ia adalah soklan PSIKOLOGI. Korang kena jawap dengan tenang tp kena berfikir juga. Ada soklan akan diulang sebanyak 3 kali secara rawak. Soklan yang sama akan tengok korang jujur ke tak masa menjawap. Sebab kalau 1 soklan di ulang 3 kali tp jawapan korang lain2...maksudnya korang menipu.

     

    Cth soklan: Mencuri tulang semasa bekerja adalah tidak mengapa asalkan kerja telah disiapkan. A. Saya bersetuju B.Saya tidak bersetuju C.Saya tak tahu.

     

    Tips soklan part3 ni...kalau boleh elak jawap saya tak tahu.... nampak sangat korang tak de pendirian.

     

    Ok...tu jer yang dapat aku nukilkan...aku dah nak duduk TEMUDUGA pd 04.01.13 ni. Doakan kejayaan aku dan kengkawan yang akan turut sama interview bulan depan. Aku nazar tumbangkan seekor kambing kalau dapat jawatan ni. Amin.

     

    Buat bro yg dah penah lulus interview F29 ni...harap2 dpt kongsikan pengalaman anda.

    Terima's.


  5. Aku tetap vote for Chrome walaupun beberapa version terawalnya selalu Crash. yg skrg ni agak stabil dan belum ada masalah Crash.
    ttg add on may be x teruk sangat kekurangannya. yg aku suka chrome ni sbb aku user yg byk guna aplikasi dr google mcm google doc, google ads, gmail dan mcm2 lagi. dia lebih senang nak sync dgn semua aplikasi google.

    bagaimanapun aku tetap kena guna ie8 sbb kerja gov. semua sistem egnet, hrmis dan eperolehan hanya boleh running dgn ie.

  6. [quote name='aczan' timestamp='1346834922' post='1084277']
    Dah buka windows Task Manager dan dah buka Processes...Tapi dalam tu tak jumpa pulak firefox.exe....!
    [/quote]
    Buka Taskmanager masa iklan Firefox tu dipaparkan.
    Jangan tutup iklan tu sehingga Task manager diaktifkan.
    Kalau ada firefox dlm task manager, rasanya firefox tu dah boleh try uninstall.(start>control panel>programs> uninstall>mozila firefox> klik next smp abis uninstall.
    Selepas uninstall, try running pc tu tanpa firefox. kalau keluar pulak melalui ie, mmg pc tu dah infected malware. kenalah scan dgn antivirus.

  7. pc ko tak dapat masuk terus ke Win sebab bateri CMOS dah KO.
    So setiap kali restart, dia akan minta ko "Load default" dengan tekan mana2 button kat keyboard. so just Tukar batery CMOS.

    Kalau keyboard ko guna jenis usb...biasanya ada masalah untuk tekan button DEL terutama sekali kalau bateri CMOS dah kong!
    so untuk elakan perkara ni berlaku lagi...aku cadangkan ko beli USB to PS2 connector. Simpan dan gunakan kalau masalah mcm ni berulang.
    masukkan pada PS2 port. (yg lubang bulat kaler purple gelap)

  8. mcm force shutdown. aku pernah dapat masalah yg sama dari pc customer.
    tp kalau aku, biasanya aku akan check mainboard dulu dengan cara melihat kapasitor.
    kalau ada yg nampak dah membengkak tu...confirm board rosak.

    tp kebiasaan prblm yg force shutdown ni berkaitan dengan suhu Processor.
    Pabila processor smp ke tahap max temp, dia akan tetiba shutdown.
    Pernah sekali aku nye customer desktop pc masalah mcm ni.
    tp sebenarnya masalahnya adalah processor fan tersangkut kat wayar power cable nye. Bila fan tak pusing...processor jd panas dan shutdown.

  9. [quote name='nakal' timestamp='1256035320' post='997598']
    dah boleh dah...aku masuk bios aku disable intel cipset boot dan disable floopy disk....pelik gak sebelum nie ok jer...seminggu tak guna tetiba jadi gitu
    [/quote]
    aku rasa ko nyer first boot adalah floopy. floopy mmg ada masalah mcm ni.
    bila ko disablekan... so dia dah tak detect floopy. aku dah beberapa kali jumpa masalah ni.

  10. betul, dia bukak kat firefox sebab default program utk internet browsers dah di set ke firefox.
    firefox tak support HRMIS sebab ia memang dibina utk running dlm ie.
    so caranya... buka ie>tools>internet option>Programs>Make default.
    kemudian ko try save balik page HRMIS ke desktop.

    tapi kalau ko nak kekalkan firefox sbg default browser:
    ko savekan page HRMIS kat desktop, kemudian ko right klik ka fail tu.
    open with: jangan terus klik kat ie. tp klik kat Choose Default Program.
    dari situ barulah ko pilih ie.

  11. tak perlu delete, juz hiddenkan. Tp kalau rajin nak reformat, benda tu tak kan ada kalau buat clean format.
    kalau aku, aku lebih suka clean format dengan winxp.
    tp sebelum sampai stage copying windows file, aku juz keluarkan cd. kendian installkan win7.
    biasanya ini cara leceh yg aku rasa terbaik kerana semua benda2 lama kat dlm harddisk akan padam.

  12. [quote name='dvdbane' timestamp='1346704474' post='1084237']
    state= all bkn ke tunjuk sume?active x active sume die tunjuk
    btw,nk buat pe ek gne cmd utk check list services?
    slalu klu ak gne sc ni pon time nk delete "malware" punye services je

    yg xnmpk/xle scroll tu limitation kat cmd
    [/quote]
    Aku tertarik dengan statement nak delete malware ni. share sikit bro. mcm mana nak detect malware dengan SC ni.
    nak masuk ke CMD aku tau. Just nak tau mcm mana nak detect dan buang malware.
    Makasih.

  13. ha ha ha... sama dengan aku. exam 29.09.2012. Aku kena kat Johor Bahru..jln skudai. Aku dah usha sikit ttg soklan kat seksyen A - Pengetahuan AM. contohnya Trojan Horse adalah sejenis:

    A. Rootkit
    B. Adware
    C. Worm
    D. Malware

    Seksyen B kena pakai matematik sikit. Tp tak melebihi tahap SPM. Cuma soklannya berputar belit sikit. Menguji IQ jugaklah. Lebih kpd Kemahiran Logik (analisa data dengan baik) , Menginterprestasi data (matematik dan analisa data)

  14. Hello bro semua, aku akan pergi exam PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 pada 29.09.2012 ni.

    Sesapa yang ada pengalaman duduk exam ni, sila kongsikan dengan aku ye.
    Kertasnya
    1. PENGETAHUAN AM seksyen A
    2. DAYA MENYELESAIKAN MASALAH seksyen B
    3. PENAKSIRAN PERSONALITI

    Sesapa yang dah lalui exam ni share dengan aku. Semoga bantuan korang nanti dapat balasan syurga dari yang maha Penyayang. Amin.

  15. Alang-alang cakap pasal topik ni, aku ada prob ttg booster ni. Baru jer tukar modem dlink tm yang baru lepas kena petir. Mcm mana nak settingkan semula booster supaya sync dengan modem ni? sebab bila tukar modem baru, booster tak sync dengan modem. booster wireless tp link nak sync dengan dlink modem. kena masuk interface 192.168.1.1 kat dlink ke? sebab kalau direct device guna wireless dari modem memang ok, tapi masalahnya wireless device yang jauh tak dapat signal. kat sini pakai repeater atau booster untuk sampai beberapa blok dari ofiz.

  16. ha ha ha, sorry lah bro Null, aku dah tukar template tu. Memang tunggang langgang, sebab "IN PROGRESS". Tak pe, nanti aku buat blog baru utk rujukkan. Tapi betullah apa yg bro cakap tu, "[color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3]kalau slideshow ni biasanya la yg selalu org praktikkan letak kat frontpage, sub-page selalunya tak perlu kot.. kalau nak iklan ke ape ke, banner je dah mencukupi..", tp minta maaflah bro, sbb aku ni org yg susah nak putus asa...aku nak jugak slideshow tu di applykan pada semua page. Ada koding utk enablekan benda ni tak?[/size][/font][/color]

    Assalamualaikum,

    Ha, aku dah updatekan dengan template baru, kalau korang nak tengok boleh click kat signature aku. O.K, ada tak sesiapa yang tahu mcm mana aku nak kekalkan ruang iklan bawah ikon subscribe sampai ikon facebook tu. Yg aku tau ruangan tu ID dia mcm ni [color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3]"[/size][/font][/color]<div id="top">" Sebab iklan tu hanya nampak masa kat HOMEPAGE, bila klik kat BACA SELANJUTNYA pada posting, ruangan tu hilang.

    Terima's.

  17. Itulah nasihat yang aku nak dengar. Nasihat yang berhemah. Biar agama lain tau akan kesopanan yang diterapkan dalam islam. Aku memilih untuk bincangkan perkara ni dalam putera, sbb aku tau org2 kat putera ni berpandangan jauh dan tak akan sesuka hati menulis reply pd sesuatu topik. Aku tak postkan perkara ni kat wall fb, sbb aku risaukan ada yang akan jadi taksub. Lagipun di putera tak ramai yang benar-benar kenal aku. Tp aku sedih bila perkara ni jadi pertelingkahan. Jadikan kita berpuak2, ada yg sokong si A, ada yang sokong si B.

    Aku taksub? aku cuma nak dengar pendapat org lain berdasarkan pengalaman sebenar org lain. Berbincang secara ilmiah. Bukan pendapat yang nak mempersoalkan kebenaran apa yg berlaku pada aku. Aku percaya pada apa yg aku lihat sbb aku lihat benda ni dua kali. Tapi tak mengapa anggap sajalah aku tak pernah bincangkan perkara ni kat sini. Kembalikan persaudaraan kita.

    Buat yg berkenaan, berhemahlah semasa memberi nasihat. Pada masa sekarang saman menyaman dah jadi perkara biasa, awas jangan sampai terlebih cakap. Berkenaan aku "baru lagi atas muka bumi ni", aku terima pasal posts aku dalam putera jauh kurang drpd ahli putera yg lain, tapi aku dah joint putera sejak putera versi pertama lagi lebih awal drpd tarikh 17 Apr 2004 yg tertera pd profile aku. Sebab putera pernah mengalami masalah teknikal beberapa kali satu ketika dahulu.

    Terimakasih atas nasihat semua. Wassalam.

  18. [quote name='PowerRootTongkatAli2011' timestamp='1330843209' post='1079833']
    Aku nasihat jer, kalau nak dengar. Mungkin kau baru lagi atas muka bumi nie.
    Jadi dengar lah nasihat orang tua2, sebab mereka banyak pengalaman.
    Tak der cas negatif atau positif kat sini.

    Sebab tu aku kata, kalau berlaku perkara pelik kat kita lebih baik mintak pendapat dengan orang terdekat dengan kita, guru kita ker.
    Dunia nie hanya tempat permainan yang melalaikan.

    Aku quote kata:
    [/quote]
    Aku memang dengar nasihat orang lain, tak kira tua or muda. Kalau betul cara nasihatnya. Tapi kalau statement "[color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3] jangan laa nak taksub sangat" or "[/size][/font][/color][color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3] Kalau setakat kain pelikat atau sejadah boleh transform jadi macam2 objek tu tak pelik sangat" dan "[/size][/font][/color][color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3]Mungkin kau baru lagi atas muka bumi nie." buat aku mcm di perbudakkan je. Macam tu ke nasihat? Takde ke kata-kata yang lebih baik yang mencerminkan peribadi anda? Aku tak taksub sebab takde sebarang perkara yang aku buat yang korang boleh hukumkan aku "taksub". Dan aku rasa kau silap kalau cakap aku yang dah lebih 30 tahun dah berkeluarga yang kau bahasakan "baru lagi atas muka bumi ni". Tak pe lah, aku muslim berakal. Aku tak suka musnahkan persaudaraan dalam islam. Cuma aku nak berpesan, berilah nasihat dengan berhemah.[/size][/font][/color]
×
×
  • Create New...