Jump to content
Sign in to follow this  
scorps

Jenis-jenis Storan Ingatan

Recommended Posts

A'kum semua warga putera.com

Cakera Liut (Floppy Disc)

Cakera Liut atau disket merujuk kepada cakera yang lembut dan diperbuat dari plastik Mylar serbaguna dan flexible. Disket pertama dikeluarkan pada tahun 1971 bersaiz 8 inci yang bersalut dengan partikel bermagnet dan disimpan dalam pembalut kadbod. Seterusnya disket bersaiz 5 ¼ inci diperkenalkan pada tahun 1976 dan diikuti dengan disket bersaiz 3 ½ pada tahun 1987. Kapasiti storan sesebuah disket boleh dilihat berdasarkan Jadual berikut:

user posted image

user posted image

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cakera Keras ( Hard Disk)

Perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan keperluan ruang storan turut meningkat. Cakera keras dapat menyimpan jumlah storan yang lebih besar kapasitinya berbanding cakera liut. Cakera keras yang pertama mula diperkenalkan pada tahun 1957 yang dikenali sebagai 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control). Ia bersaiz besar dan terdiri daripada 50 plat besi, berdiameter 24 inci dengan kapasiti storan setinggi 5 MByte. Seterusnya saiz plat besi bagi setiap cakera semakin mengecil kepada saiz diameter 14 inci dan juga 8 inci.

Setiap satunya disimpan dalam bentuk menegak serta mengandungi berdozen-dozen besi yang bermagnet. Dari masa ke semasa saiz fizikal bagi cakera keras semakin mengecil dan akhirnya pada tahun 80-an ianya menjadi hanya 5¼ inci. Kebanyakkan cakera keras pada masa ini mempunyai saiz diameter sebesar kira-kira 3½ inci sahaja.

Apabila perisian komputer menjadi semakin kompleks, kebanyakan kapasiti storan bagi cakera keras turut meningkat dan sehingga kini ada cakera keras mempunyai ruang storan melebihi 50GB. Cakera keras secara umumnya merupakan plat besi yang diselaputi oksida bermagnet yang boleh dimagnetikkan bagi tujuan perwakilan data. Istilah ‘keras’ mewakili keadaan fizikalnya yang keras berbanding cakera liut yang lembut. Ia juga mampu menampung saiz data yang lebih besar dari cakera liut dan membolehkan capaian data dilakukan dengan lebih pantas.

user posted image

user posted image

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cakera Padat (CD-ROM)

Di awal teknologi penggunaan komputer, kebanyakan perisian komputer dipasarkan dalam bentuk cakera liut. Namun apabila wujudnya masalah di mana perisian komputer semakin rumit dan memerlukan ruang storan yang lebih besar, teknologi cakera liut tidak mampu menampungnya lagi. Cakera optik atau cakera padat mula diperkenalkan ke pasaran dan mendapat perhatian ramai.

Setiap format cakera memerlukan pemacu khas bagi membolehkan proses membaca atau menulis data dilaksanakan kepadanya. Pemacu ini juga mampu membaca data-data daripada CD-Audio dan CD-Video.

CD-ROM mampu menyimpan data antara 650 hingga 700 MB iaitu bersamaan dengan 300,000 muka surat bercetak yang penuh dengan teks. Ia merupakan komponen baca sahaja (Read Only Memory) dan diwakili oleh “Drive E” pada sesebuah sistem komputer bergantung kepada sistem pengoperasian yang digunakan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Data ditulis kedalam CD-ROM menggunakan teknologi pancaran laser dan hampir sama dengan teknologi CD-Audio. CD-Audio mempunyai trek bagi audio sedangkan CD-ROM mampu membaca dan menyimpan data dalam bentuk teks, audio, grafik, video, animasi dan sebagainya. Kelajuan pemacu CD-ROM diukur berdasarkan kadar pemindahan datanya. Terdapat beberapa jenis CD-ROM dengan kelajuan 1X (150 Kbps), 2X (200 Kbps), 4X (600 Kbps), 10X (1500 Kbps), 52X (7800 Kbps) dan sebagainya di pasaran.

user posted image

user posted image

user posted image

Edited by scorps

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lain-lain Storan Ingatan

Cakera WORM - Bermaksud cakera boleh tulis sekali baca banyak tetapi data selepas ditulis tidak boleh dipadam. Data ditulis menggunakan tenaga laser yang tinggi menggunakan alat perakam CD-ROM.

Cakera R/W - Boleh ditulis dan dibaca berulang kali dengan kadar simpanan data sehingga 700 MB. Harganya lebih mahal berbanding dengan CD-ROM tetapi boleh digunakan sebagai CD R/W atau CD-R.

Pita Bermagnet- Digunakan pada komputer yang banyak memproses data. Ia merupakan satu bahan storan yang murah bagi tujuan pemindahan data, salinan gantian dan simpanan data jangka panjang. Pita ini dibuat daripada Mylar (sejenis plastik) selebar ½ inci dan setebal 1/500 inci dan kelihatan seperti pita yang digunakan oleh kaset muzik. Ia mudah rosak dan memerlukan persekitaran tanpa habuk dengan suhu dan kelembapan yang terkawal.

ZIP Disket- Merupakan salah satu storan ingatan mudah alih yang paling popular, terutamanya keluaran syarikat Iomega. Ia mampu menyimpan data diantara 100 MB hingga 250 MB dengan kos yang murah dan saiz yang kecil (3 ½ inci).

ok!!!!

cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

mane ko curik ayat orang yang taip penat2 ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites

mane ko curik ayat orang yang taip penat2 ni?

hahahahaaa....

aku pon penat jugak laaa salin..

dr nota masa aku belajar dulu...

lecturer aku kasi + dgn yg aku tambah sendiri...

cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

nice job!!! maybe bole tambah lagik... HDD pun banyak jenisnya, flash drive lg... happy.gif

*keep up the good work

Share this post


Link to post
Share on other sites

SuperDisk

Pemacu SuperDisk daripada Imation adalah pesaing terdekat kepada pemacu Zip. Pemacu SuperDisk mempunyai kapasiti sebanyak 120MB dan ia mempunyai saiz yang sama dengan disket 1.44MB. anda juga boleh menggunakan disket 1.44MB dalam pemacu SuperDisk.

user posted image

Harga pemacu SuperDisk adalah berpatutan dan ia sesuai untuk storan grafik. Harga pemacu SuperDisk ialah kira-kira RM400 dan cakeranya berharga kira-kira RM40 setiap satu. Walaupun ia sesuai untuk grafik tetapi ia tidak mampu menanggung video yang berat. Kadar perpindahan data ialah 1.1MBps iaitu lebih kurang sama dengan pemacu Zip.

Jaz

Pemacu Iomega Jaz adalah lebih besar dan lebih pantas berbanding dengan Zip. Pemacu Jaz boleh menyimpan 1GB dan 2GB setiap cakera. Oleh kerana ia mempunyai kapasiti yang besar ia menawarkan pilihan yang baik untuk pengguna komputer yang memerlukan storan untuk video dan fail grafik. Jaz 2GB boleh menyimpan sehingga 2,000 foto, 3.2 jam muzik dan 40 minit video berkualiti tinggi.

user posted image

Pemacu Jaz juga mempunyai kelajuan yang baik iaitu 10ms ketika membaca data dan 12ms ketika menulis data. Kadar perpindahan data ialah 8MBps iaitu dua kali ganda lebih laju daripada pemacu Zip dan SuperDisk. Namun begitu harga pemacu Jaz lebih tinggi daripada Zip dan SuperDisk. Pemacu 2GB berharga lebih kurang RM950 manakala harga medianya pula adalah kira-kira RM290.

ORB

Pemacu ORB daripada Castlewood Systems merupakan sebuah lagi storan luaran yang besar iaitu 2.2GB dan ia lebih besar daripada Jaz. Harga ORB pula ialah kira-kira RM540 dan medianya pula berharga kira-kira RM95.

Pemacu ORB menggunakan teknologi MR (Magnetoresistive) yang membolehkan data dikumpulkan dengan banyak pada katrij 2.2GB ORB. Ia mempunyai kadar perpindahan data pada 12.2MBps (lebih laju daripada Jaz) dan ia mempunyai keupayaan video dan imej yang baik. ORB mempunyai keupayaan storan 2 jam video dan lebih 2,000 foto. Pengeluar ORB juga akan mengeluarkan modul untuk VCR dan kamera video untuk merakam video digital pada cakera ORB.

Share this post


Link to post
Share on other sites

DVD

DVD juga mempunyai media yang boleh ditulis dan menyimpan data dengan banyak. Pemacu DVD-R boleh digunakan untuk pengguna yang mahu menyimpan data dalam jumlah yang amat besar. Sehingga kini terdapat tiga jenis DVD boleh rakam iaitu DVD-RAM, DVD+RW dan DVD-RW. Malangnya setiap standard hanya boleh digunakan pada medianya yang tersendiri sahaja dan tidak boleh bertukar-ganti atau berkongsi media.

user posted image

DVD boleh menyimpan data dalam jumlah yang besar iaitu daripada 4.7GB hingga 17GB. Ini boleh kerana pemacu DVD boleh mengendalikan data pada cakera DVD dengan baik dan cekap pada kedua-dua belah cakera. Cakera DVD boleh rakam pula mempunyai storan yang kecil sedikit contohnya DVD-RAM hanya boleh menyimpan sejumlah 5.2GB hingga 9.4GB data pada kedua-dua belah cakera.

Kadar perpindahan data juga adalah lebih pantas berbanding dengan pemacu CD. Kadar perpindahan data bagi sebuah pemacu DVD iaitu 1,350KBps untuk 1X. Dengan itu kebanyakan pemacu mempunyai 2X kelajuan bacaan dan 1X kelajuan menulis. Pemacu DVD juga sesuai untuk penyimpanan fail grafik dan video kerana saiz storannya yang besar dan kadar perpindahan data yang tinggi. Manakala harga sebuah pemacu DVD adalah di antara RM80 hingga RM125 dan harga cakera pula adalah di antara RM9 hingga RM20 sekeping.

#edit#

Edited by scorps

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...