Jump to content
kecibung

Sila Waspada Dengan Kontraktor Kabinet Penipu Ini !

Recommended Posts

(Harap maaf jika topik ini diletakkan di bahagian yang salah. Minta bantuan moderator untuk pindahkan ke bahagian yang betul. Terima kasih.)

Aku telah ditipu oleh kontraktor penipu ni, harap korang berwaspada jika mencari orang untuk membuat kabinet atau apa sahaja pengubahsuaian rumah.


Begini ceritanya, awal bulan Februari 2010, aku dan bini aku diperkenalkan oleh seorang kawan kepada si penipu ini (masa tu tak tau lagi sikap sebenar dia). Pada awal pertemuan segalanya nampak ok, kata2nya kedengaran meyakinkan. Perjanjian dipersetujui bersama untuk membuat kabinet dapur berharga RM3350 dan wardrobe dalam bilik RM900. Setelah dijumlahkan kesemuanya, dicampur dengan lain-lain, jumlah kos dalam perjanjian ialah RM4910. Dia memberitahu tempoh 22 hari diperlukan untuk menyiapkan semuanya, maknanya 27/28 Feb, semuanya sepatutnya siap. Aku telah membuat pembayaran beberapa kali, dan jumlah yang telah diberikan kepadanya adalah RM2030.

Beberapa hari sebelum 27 Feb, dia meminta tempoh seminggu lagi, kami tak kisah sangat pasal seminggu je lewat tapi kemudian segalanya semakin lewat, dari seminggu ke seminggu, bermacam alasan diberikan. Ada antara alasannya ialah pemandu lori terpaksa membawa semua barang yang telah siap ke Perak kerana ada ahli keluarga pemandu lori meninggal dunia. Waktu ini kami bersabar lagi, ingatkan alasan itu betul, tapi nampaknya kini itu hanyalah alasan. Kalau betul dah siap, mesti dah siap pasang pun sekarang. Satu lagi alasan yang aku ingat ialah ketika dia membawa contoh papan kabinet yang dan siap dicat ke rumah, tapi tak sempurna kerana catnya tidak rata. Masa ini aku marah betul, dia macam mencari alasan untuk melengahkan masa. Dia meminta panjangkan tempoh lagi, aku cuba bersabar lagi dan terpaksa jugak berikan dia masa.

Setelah beberapa kali berjanji, dan dia sendiri mungkiri janjinya, dia berjanji lagi untuk pasang semuanya pada 20 Mac. 19 Mac, aku telefon untuk tahu perkembangan, tapi dia tak angkat2, hantar SMS pun tak jawab. 20hb Mac, aku ke bengkel dia dengan rakan untuk meninjau sejauh mana kebenaran katanya (tanpa beritahu dia), sebab sebelumnya dia kata tak banyak lagi yang tak siap. Rupa-rupanya memang banyak lagi yang tak siap, cuma beberapa bahagian sahaja yang ada. Di bengkelnya, aku berjaya dapatkan perjanjian bertulis, yang dia persetujui, yang mana aku boleh ambil tindakan jika dia tidak menyiapkan kesemuanya pada 25hb Mac, jam 7.00 petang.

Petang 25 Mac, masa balik dari kerja aku dapati dia memang tidak menyiapkan seperti yang dia janjikan (dia dah balik masa ni). Malamnya aku telefon dia dan setelah bertegang urat, dia tercakap yang dia boleh kembalikan duit aku kalau aku nak (perkataan inilah yang aku tunggu2), dan aku terus bersetuju. Kami kemudiannya bersetuju yang dia perlu kembalikan semua duit aku sebanyak RM2030 dan kemudian dia boleh ambil semula segala barang dia kat rumah aku. Dia berjanji untuk memasukkan jumlah tersebut pada hari Isnin, 29hb Mac secara tunai. Nak keluarkan duit ASB katanya... (piiirahhh !! macam banyak duit, tapi lakonan semata).

29 Mac, dia beritahu yang dia tunggu gaji isterinya, ok aku sabar lagi. 30 Mac, dia minta akaun bank pula untuk dia masukkan duit tersebut, aku bagi no akaun Maybank aku. 31 Mac, dia minta tangguhkan lagi, atas bermacam alasan dan aku masih dapat bersabar, aku bersetuju untuk panjangkan tempoh sehingga Isnin, 5 April. 6 April, aku semak baki akaun dan dapati tiada apa2 dimasukkan, aku telefon dia dan bertanyakan duit yang sepatutnya dia masukkan ke akaun aku, dan kami bertengkar lama masa ni (lebih 10 minit). Aku cuba mendapatkan duit aku, aku desak dia, dan dalam pertengkaran itu bermacam kata kesat dia gunakan (antaranya dia kata aku "bodoh"... "bangsat", sebab mungkin tertekan dengan desakan aku), tapi aku masih boleh kawal kata-kata aku (tak macam dia) sebab aku masih cuba dapatkan duit aku yang masih berbaki RM930 dari dia. Kalau aku kata melampau kang, mungkin aku langsung tak berpeluang nak dapatkan balik duit tu.

Sehingga kini, hanya RM1100 dia masukkan ke akaun aku (setelah banyak kali aku desak, itupun sedikit-sedikit dia masukkan), dan aku masih lagi menanti RM930 tu. Banyak dah SMS aku hantar untuk minta baki tu (sebab aku tak nak dah jumpa dia atau dengar suara dia lagi, dah benci sangat aku dengan dia yang berciri-ciri orang munafik ni). Kabinet tak siap yang masih ada kat rumah aku ni dahlah tak ikut plan asal, tak cantik pulak tu (korang boleh tengok sendiri gambar2 kat bawah). Aku dan bini aku sebenarnya boleh terima kalau dia jelaskan masalah dia terus terang, kami boleh terima dan bagi dia masa, tapi bukan pelbagai alasan dan penipuan sebagai penyedap cerita.

Tujuan aku ceritakan pengalaman aku ni ialah untuk memberitahu orang lain supaya tidak tertipu (atau terpedaya dengan kata-kata manis) dengan si penipu ni, macam aku sekeluarga. Dah banyak dah masa, tenaga, wang ringgit aku terbuang dalam menanti kabinet dan wardrobe yang tak siap2 ni. Sampaikan aku demam seminggu hari tu, samalah jugak dengan bini aku (tak tahulah pasal hal ni atau pun kebetulan). Tertekan memang tertekan, tengok dapur bersepah dengan kabinet yang tak siap. Isk isk, harap korang dapat ambil pengajaran/ikhtibar dari kisah aku ni.


Maklumat diri si penipu:

Nama: Aidil Azri Bin Azlar
No KP: 800831-10-5301
Nama syarikat: Selasih Furniture Renovation.
Alamat: Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.


* Sila klik utk paparan lebih besar.

[url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet1.jpg][img]http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/th_Kabinet1.jpg[/img][/url][url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet2.jpg][img]http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/th_Kabinet2.jpg[/img][/url][url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet3.jpg][img]http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/th_Kabinet3.jpg[/img][/url][url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet4.jpg][img]http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/th_Kabinet4.jpg[/img][/url]

[url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet5.jpg]Gambar Lain1[/url]
[url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet6.jpg]Gambar Lain2[/url]
[url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet7.jpg]Gambar Lain3[/url]
[url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Kabinet8.jpg]Gambar Lain4[/url]
[url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Penipu1.jpg]Gambar Lain5[/url]
[url=http://i176.photobucket.com/albums/w178/bqaz/KabinetTipu/Penipu2.jpg]Gambar Lain6[/url]

* Laporan polis telah dibuat.
* Ini kisah benar, bukan rekaan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aduh kita nak tolong bangsa kita tapi bangsa kita menjahanamkan bangsa kita huhuhu,kalau upah cina org kata mahal la,tak nak tolong melayu la.
better kalau perkara2 mcm ni elok bayar separuh aje.siasat tentang org yang nak buat tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites
uish.. kayu apa dia pakai tu? mana orang tak ngamuk.. lau aku dpt hasil kerja orang macam tu pon memang hangin. apa2 pon pengajaran buat yang lain..

thanks for sharing :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
terus terang aku cakap,aku tgk muka dia pun automatik aku punya firewall dah hantar isyarat ade virus huhuhu....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pun sama Bro, nampak je muka dia, automatik tekanan darah aku meningkat. Tu belum bersua muka lagi tu, mau merah muka menahan rasa. :angry:

[quote name='FryShadow' date='28 April 2010 - 09:06 AM' timestamp='1272416778' post='1027874']
uish.. kayu apa dia pakai tu? mana orang tak ngamuk.. lau aku dpt hasil kerja orang macam tu pon memang hangin. apa2 pon pengajaran buat yang lain..

thanks for sharing :)
[/quote]
Ntahlah, tak tau kayu 2nd hand mana dia amik. Tengok2 dah siap pasang jer, tak bagitau apa2 lak tu. Tak pandai jaga customer dia ni. Mahal rezeki dia buat camtu kat orang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...